ucapan ihya ramadan 1436

Upload: siti-fatimah

Post on 05-Nov-2015

255 views

Category:

Documents


1 download

DESCRIPTION

ucapan

TRANSCRIPT

Yang Berbahagia Iman Nazrul Izwan Bin_____________________Yang dihormati : Barisan Ahli Jawatankuasa HELWA Masjid Syed Alwi Batu Anam, Barisan Ahli Jawatankuasa Persatuan Ibu Tunggal Segamat, Tuan-Tuan,Puan=Puan dann hadirat sekalian.Alhamdulillah, setinggi rasa kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana pada pagi ini kita dapat mengadakan satu program yang dinamakan Program Ihya Ramadan yang setiap tahun diadakan.Pada kali ini,saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada Imam Muda Ustaz Nazrul Izwan kerana sudi menerima undangan pihak kami.SAya juga mengucapkan terima kasih di atas kehadiran semua hadirin yang berusaha melapangkan untuk menjayakan majlis pada pagi ini.Semoga Ramadhan kali ini lebih baik daripada tahun-tahun sebelumnya.In Syaa Allah

Hadirin dan Hadirat Sekalian ,

Program Ihya' Ramadhan adalah merupakan satu program yang penting untuk mengimarahkan bulan Ramadhan al-Mubarak 1436H bagi diingati oleh semua individu dan ahli masyarakat khususnya dan umat islam umumnya. Ia merupakan satu usaha kearah memantapkan diri agar menjadi insan yang sejati.

Di antara objektif Program ini ialah :

1)Memastikan setiap orang Islam mendalami ibadah puasa Ramadhan dengan sebaiknya berlandaskan amalan sebenar.2)Menanamkan rasa cinta untuk mendalami ibadah puasa Ramadhan untuk dijadikan ikhtibar di dalam kehidupan.3)Menyelaraskan semua aktiviti Ihya' Ramadhan dalamdiri, keluarga dan masyarakat serta Untuk meningkatkan keimanan dan ketaqwaan kepada Allah swt.Akhir kata,marilah kita berdoa semoga kita dapat meningkatkan amalan dan ketaqwaan,diberikan kesihatan yang baik untuk melakukan Ibadah dalam bulan Ramadhan ini.Saya juga ingin memohon kemaafan andaikata terdapat kesalahan dan kesilapan saya disepanjang saya menjalankan tugas-tugas saya .Selamat Menyambut Bulan Ramadhan Al-Mubarak dan Selamat menjalani Ibadat Puasa..Wabillahittaufiqwalhidayah