ucapan ihtifal pasti 2016

2
Assalamualaikum w.b.t. ن معي ج ه أ ب ح ص له و ى أ عل و ن سلي ر م ل اء وأ ي! ب# ن لأ أ# رف* ش ى أ عل سلأم ل وأ0 صلأة ل وأ ن ميعل ل أ له رب مد ل ح ل أِ مْ يِ حC ر ل أِ نC مْ جC ر ل أِ له ألِ مْ سِ بYang Berusaha Saudara Pengacara Majlis, Yang berbahagia (PERASMI) Yang dihurmati. (PENGERUSI PASTI CAWANGAN) Yang dikasihi (SEMUA AJK ULAMA,PEMUDA & MUSLIMAT PAS KWSN, MTD, DAN CWGN) Yang Berusaha. (SEMUA GURU-GURU PASTI_______________) Dan seterusnya ibu bapa, anak-anak yang diraikan serta para hadirin yang saya muliakan. Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul di tempat yang indah ini bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan PASTI serta jawatankuasa Hari Ihtifal . Mewakili jabatan PASTI Kawasan Marang , Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa majlis ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur. Terima kasih tidak terhingga kepada semua Guru-guru serta ahli jawatankuasa PASTI cawangan kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga majlis ini berjaya dilaksanakan. Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja PASTI atas inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak- anak yang bakal mewarisi masa depan Negara dan Ummah. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian, Saban tahun, pihak PASTI tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan cemerlang murid-murid dalam bidang tarbiah, kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan bagi kami, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka. Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak PASTI kawasan Marang ingin merakamkan ucapan tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan untuk mereka. Tuan-tuan dan puan-puan sekalian Kita percaya kejayaan yang dicapai ini bukan suatu usaha yang mudah, malah menuntut pengorbanan dan sumbangan baik dari aspek idea, masa , tenaga dan wang ringgit. Sesungguhnya kami di pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menjadikan PASTI sebagai satu tempat yang terbaik dalam menimba ilmu akademik, ko-kurikulum dan akhlak murid. Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Upload: aswadi-mohamad

Post on 31-Jan-2016

198 views

Category:

Documents


24 download

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Ihtifal Pasti 2016

Assalamualaikum w.b.t.

. الحمد لله رب العـلـمين والصالة والسالم على أشرف األنبـياء والمرسـلين و على أله وصحـبه 0ِم ِح.ي ِح0ـم3ـن. الر2 . الله. الر2 ِم .س0 ِب

أجـمـعين

Yang Berusaha Saudara Pengacara Majlis,

 

Yang berbahagia (PERASMI)

Yang dihurmati. (PENGERUSI PASTI CAWANGAN)

Yang dikasihi (SEMUA AJK ULAMA,PEMUDA & MUSLIMAT PAS KWSN, MTD, DAN CWGN)

Yang Berusaha. (SEMUA GURU-GURU PASTI_______________)

Dan seterusnya ibu bapa, anak-anak yang diraikan serta para hadirin yang saya muliakan.

Pertama-tamanya izinkan saya melafaz dan menzahirkan rasa kesyukuran ke hadrat Allah SWT

kerana dengan limpah kurnia dan inayahNya maka kita dapat berkumpul di tempat yang indah ini

bagi melaksanakan satu lagi agenda pendidikan yang diatur oleh Pihak pengurusan PASTI serta

jawatankuasa Hari Ihtifal .

Mewakili jabatan PASTI Kawasan Marang , Ucapan syabas dan tahniah kepada Jawatankuasa  majlis

ini yang tentunya telah berusaha dengan gigih supaya majlis ini berjalan lancar dan teratur.

Terima kasih tidak terhingga kepada semua Guru-guru serta ahli jawatankuasa PASTI cawangan

kerana memberi komitmen yang tinggi sehingga majlis ini berjaya dilaksanakan.

Ucapan penghargaan dan terima kasih yang tidak terhingga kepada seluruh warga kerja PASTI atas

inisiatif dan kesungguhan yang ditunjukkan bagi menjayakan majlis anugerah cemerlang ini. Kita

sedar, majlis seumpama ini amat perlu dijalankan untuk memberi makna kepada kehidupan anak-

anak yang bakal mewarisi masa depan Negara dan Ummah.

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian,

Saban tahun, pihak PASTI tidak pernah lupa mengadakan majlis untuk meraikan kejayaan

cemerlang murid-murid  dalam bidang tarbiah, kurikulum mahupun kokurikulum. Malahan

bagi kami, majlis ini diadakan khusus untuk meraikan para waris yang sentiasa meletakkan

kecemerlangan dan kejayaan anak-anak menjadi agenda pertama dalam kehidupan mereka.

Jadi pada kesempatan ini saya bagi pihak PASTI kawasan Marang ingin merakamkan ucapan

tahniah dan syabas bukan sahaja kepada para murid yang bakal menerima anugerah malahan ibu

bapa juga para guru yang menjadi nadi atau tulang belakang sehingga membuahkan kejayaan

untuk mereka. 

Tuan-tuan dan puan-puan sekalian

Kita percaya kejayaan yang dicapai ini bukan suatu usaha yang mudah, malah menuntut

pengorbanan dan sumbangan baik dari aspek idea, masa , tenaga dan wang ringgit. Sesungguhnya

kami di pihak sekolah sentiasa berusaha untuk menjadikan PASTI sebagai satu tempat yang terbaik

dalam menimba ilmu akademik, ko-kurikulum dan akhlak murid.

Tuan-tuan dan puan-puan yang dirahmati Allah sekalian,

Page 2: Ucapan Ihtifal Pasti 2016

Saya pasti bahawa seluruh warga hadirin pada hari ini sedar, bahawa anak-anak yang kita raikan

hari ini merupakan waris yang bakal mendukung impian dan harapan ibubapa, sekolah, Negara dan

Ummah. Untuk itu, saya menyeru kepada ibu-bapa sekalian agar dapat sama-sama

berganding bahu meningkatkan kualiti hidup sihat dalam kalangan anak-anak. Sihat yang

dimaksudkan bukan hanya tertumpu kepada kesihatan tubuh badan malahan kesihatan semua

aspek dalamn dan luaran supaya harapan dan impian tuan-tuan dan puan-puan akan direalisasikan

sama seperti harapan dan impian kita semua ingin menjadikan anak pintar soleh. Bagi kami

besarlah harapan agar pihak ibubapa terus menerus memberi sumbangan walaupun anak kalian

sudah tidak lagi bersama belajar di PASTI ini kerana suruhan Allah “ Tolong menolonglah kamu

dalam perkara kebaikan dan kebajikan dan janganlah kamu tolong menolong dalam perkara

kemungkaran dan keburukan”.

saya juga ingin memaklumkan bahawa PASTI dan juga Dewan Pemuda bersama Ameerah akan

mengadakan satu program Waqaf Uniform dan kelengkapan sekolah, ini bertujuan untuk

membantu 500 anak yatim dan fakir miskin di seluruh parlimen Marang, besarlah harapan kami

agar ibubapa dapat turut sama memberi sumbangan kepada kami.

Akhir kata saya ingin merakamkan ucapan syabas dan tahniah kepada semua penerima anugerah

dan juga syabas kepada semua warga kerja yang bertungkus-lumus menjayakan Hari Ihtifal

PASTI___________ pada hari ini.

Sekian, terima kasih.