ucapan hari ko

5
Bismillahirrahmanirrahim Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia. Terima kasih kepada pengerusi majlis. Yang saya hormati, Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn Halidah bt Raof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hasmawati bt Mahmud, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pn Dahlia Asmara, YDP PIBG En Srikumar, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian. Alhamdululillah marilah kita sama- sama memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun bagi menjalankan Program Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Program ini merupakan salah satu program yang wajib dijalankan bagi setiap sekolah daerah Klang. Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah SK(2) SL kerana berjaya menganjurkan Hari Kanak-Kanak 2010. Selaku Guru Besar di sekolah ini, sudah tentu saya sentiasa menyokong program seperti ini. Program ini diadakan untuk memperingati dan menghargai kanak- kanak terutamanya anak- anak didik SK(2) SL. Warga SK(2) SL Antara objektif program ini adalah untuk menghiburkan dan membuka minda kanak- kanak sebagai generasi pemimpin masa hadapan, memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang, dan sekaligus dapat menggilap bakat- bakat terpendam dalam kalangan murid- murid SK(2) SL. Saya melihat semua murid terutamanya murid yang mengambil bahagian dalam acara- acara yang diadakan sepanjang hari ini sudah tidak sabar untuk menunggu program ini dimulakan . Peserta pakaian beragam dengan pelbagai jenis pakaian yang akan diperagakan sebentar lagi kelihatan cantik- cantik belaka.

Upload: siti-jamariah

Post on 17-Nov-2015

227 views

Category:

Documents


4 download

DESCRIPTION

teks

TRANSCRIPT

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Yang saya hormati, Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn Halidah bt Raof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hasmawati bt Mahmud, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pn Dahlia Asmara, YDP PIBG En Srikumar, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdululillah marilah kita sama- sama memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun bagi menjalankan Program Hari Kanak-Kanak peringkat sekolah. Program ini merupakan salah satu program yang wajib dijalankan bagi setiap sekolah daerah Klang.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah SK(2) SL kerana berjaya menganjurkan Hari Kanak-Kanak 2010. Selaku Guru Besar di sekolah ini, sudah tentu saya sentiasa menyokong program seperti ini. Program ini diadakan untuk memperingati dan menghargai kanak- kanak terutamanya anak- anak didik SK(2) SL.Warga SK(2) SL

Antara objektif program ini adalah untuk menghiburkan dan membuka minda kanak- kanak sebagai generasi pemimpin masa hadapan, memberi penghargaan kepada murid-murid yang menunjukkan potensi diri yang cemerlang, dan sekaligus dapat menggilap bakat- bakat terpendam dalam kalangan murid- murid SK(2) SL.Saya melihat semua murid terutamanya murid yang mengambil bahagian dalam acara- acara yang diadakan sepanjang hari ini sudah tidak sabar untuk menunggu program ini dimulakan . Peserta pakaian beragam dengan pelbagai jenis pakaian yang akan diperagakan sebentar lagi kelihatan cantik- cantik belaka.Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjayakan program ini. Dengan lafaz, bismillahhirrahmannirrahim saya dengan ini melancarkan program Hari Kanak- Kanak 2010 SK(2)SL.

Sekian, terima kasih.

Bismillahirrahmanirrahim

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Terima kasih kepada pengerusi majlis.

Yang saya hormati, Guru Penolong Kanan Kurikulum Pn Halidah bt Raof, Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hasmawati bt Mahmud, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum Pn Dahlia Asmara , guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Alhamdululillah marilah kita sama- sama memanjat kesyukuran ke hadrat Ilahi kerana dengan limpah dan kurnianya dapat kita bersama-sama berhimpun bagi menjalankan Program Hari Kemuncak Ko Kurikulum di peringkat sekolah.

Syabas dan tahniah diucapkan kepada semua warga sekolah SK(2) SL kerana berjaya menganjurkan Hari Kemuncak Ko Kurikulum 2010. Sesungguhnya ini adalah manifestasi usaha gigih warga SK(2)SL untuk pembinaan modal insan dan bagi membantu pihak sekolah mencapai status sekolah cemerlang pada masa depan.

Sudah tentu sebagai Guru Besar di sekolah ini, saya sentiasa menyokong usaha-usaha murni seperti ini demi meningkatkan lagi kecemerlangan sekolah kita.

Warga SK(2) SL

Objektif Program ini adalah untuk memastikan bakat terpendam murid dapat diketengahkan, membantu membina keyakinan diri dan berani untuk jadi pemimpin, sentiasa bersemangat tinggi untuk mencapai matlamat yang diingini, memupuk sikap positif di kalangan ahli GERKO dan menjalin sikap bertanggungjawab dan bekerjasama di kalangan mereka yang terlibat.

Saya menyeru kepada semua murid yang mengambil bahagian dalam acara- acara yang dipertandingkan sepanjang hari ini agar mengambil kesempatan ini untuk menimba ilmu seoptimum mungkin. Acara acara yang dipertandingkan adalah seperti pertandingan memasak, memasang khemah, kawad kaki dan sebagainya.

Akhir kata, saya mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang berusaha menjayakan program ini. Semoga program ini akan membuka lembaran dan kesinambungan kepada lebih banyak aktiviti ko kurikulum pada masa akan datang

Dengan lafaz, bismillahhirrahmannirrahim saya dengan ini melancarkan program Hari kemuncak ko kurikulum 2010 SK(2)SL.

Sekian, terima kasih.

Assalamualaikum, selamat sejahtera dan salam satu Malaysia.

Yang saya hormati, wakil dari Agensi Anti Dadah Kebangsaan Daerah Klang , Guru Penolong Kanan Hal Ehwal Murid Pn Hasmawati bt Mahamud, Guru Penolong Kanan Ko-Kurikulum, guru-guru serta murid-murid yang dikasihi sekalian.

Bersyukur kita kehadrat Ilahi dengan izinya NYA juga kita dapat berhimpun bagi menjalankan Program Anti Dadah dan Pencegahan Kebakaran di peringkat sekolah. Program ini merupakan program anjuran Hal Ehwal murid bersama jawatakuasa 3K serta Agensi Anti Dadah Kebangsaan serta Jabatan Bomba dan Penyelamat daerah Klang.

Seperti yang kita sedia maklum, peratusan kadar penagihan dadah di negara kita semakin meninggkat dari hari ke hari. Pelbagai langkah telah diambil oleh pihak-pihak yang berkuasa untuk membanteras dan menghapuskan penyalahgunaan dadah di negara kita.

Objektif Program Anti Dadah adalah untuk membina ketahanan dan jati diri murid-murid dari segi emosi, fizikal, mental, dan rohani. Memberi kemahiran pendidikan pencegahan dadah dan mengwujudkan permuafakatan antara sekolah dan masyarakat luar dalam usaha mencegah dadah dan jenayah. Selain itu objektif Pencegahan Kebakaran supaya dijadikan panduan dan tindakan kepada warga sekolah sekiranya berlaku keadaan sebenar,

Saya berharap selepas murid-murid mendengar ceramah ini dapat memberi kesedaran kepada kita bahana yang diperoleh daripada penyalahgunaan dadah. Fikir-fikirkanlah anak bangsa tonggak kejayaan negara di masa hadapan. Murid-murid yang akan mencorakkan negara kita di masa hadapan. Terlajak perahu boleh diundur terlajak tingkahlaku diri kita yang merana.

Dengan lafaz, bismillahhirrahmannirrahim saya dengan ini melancarkan Program Anti Dadah tahun dan Pencegahan Kebakaran 2010.

Sekian, terima kasih