ucapan hari guru

5
Tajuk : Ucapan Hari Guru Burung berkicau di pohon bidara; Berlagu riang gadis di taman; Kata mulia pembuka bicara; Salam sejahtera saya ucapkan. Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Guru-Guru Penolong Kanan, Ketua-Ketua Bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dihormati dan disayangi. Pertamanya, marilah kita sama-sama memanjat rasa kesyukuran kita kepada Allah kerana dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di dewan besar yang indah ini. Saya juga ingin mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis yang penuh bersejarah ini. Warga sekolah yang saya kasihi, 16 Mei merupakan tarikh keramat buat warga pendidik. Pelbagai tema diilhamkan. Tahun ini temanya ialah ‘Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' amat bertepatan dengan suasana dan cabaran masa kini serta sejajar dengan misi kenabian Rasulullah S.A.W. seperti mana sabda baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Sesungguhnya aku diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Sehubungan ini, guru memainkan peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan berperibadi unggul.

Upload: qifaysvg

Post on 06-Dec-2015

237 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ds

TRANSCRIPT

Page 1: Ucapan Hari Guru

Tajuk : Ucapan Hari Guru

Burung berkicau di pohon bidara;

Berlagu riang gadis di taman;

Kata mulia pembuka bicara;

Salam sejahtera saya ucapkan.

Terima kasih kepada Tuan Pengerusi Majlis. Assalamualaikum dan selamat sejahtera. Yang

Berusaha Tuan Pengetua Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Lati, Guru-Guru Penolong

Kanan, Ketua-Ketua Bidang, guru-guru dan pelajar-pelajar yang dihormati dan disayangi.

Pertamanya, marilah kita sama-sama memanjat rasa kesyukuran kita kepada Allah kerana

dengan limpah kurnia-Nya dapat kita berkumpul di dewan besar yang indah ini. Saya juga ingin

mengucapkan ribuan terima kasih kerana diberi peluang menyampaikan ucapan dalam majlis

yang penuh bersejarah ini.

Warga sekolah yang saya kasihi,

16 Mei merupakan tarikh keramat buat warga pendidik. Pelbagai tema diilhamkan.

Tahun ini temanya ialah ‘Guru Membina Ilmu Menyempurnakan Akhlak' amat bertepatan

dengan suasana dan cabaran masa kini serta sejajar dengan misi kenabian Rasulullah S.A.W.

seperti mana sabda baginda dalam sebuah hadis yang bermaksud : “Sesungguhnya aku

diutuskan untuk menyempurnakan akhlak yang mulia”. Sehubungan ini, guru memainkan

peranan penting untuk menyempurnakan akhlak murid serta membentuk insan seimbang dan

berperibadi unggul.

Sekiranya kita melihat sejarah persekolahan kita iaitu ketika masa prasekolah, kita tidak

tahu membaca dan menulis. Kini kemahiran membaca dan menulis telah kita kuasa. Siapakah

insan yang berhati mulia itu yang banyak membantu dan memberikan didikan yang sempurna

untuk pelajarnya? Maka gurulah orangnya yang bertanggungjawab memikul beban dan amanah

untuk kejayaan pelajarnya. Pepatah melayu ada menyebut bahawa guru ibarat lilin membakar

dirinya untuk menerangi yang lain. Pada umumnya, sukar untuk dibalas jasa guru ini walaupun

keluasan alam ini dijadikan penggantinya. Dengan ini terbukti dan memang tidak dapat

dinafikan lagi bahawa sumbangan dan jasa guru tidak ternilai.

Page 2: Ucapan Hari Guru

Hadirin sekalian,

            Guru jugalah yang menjadi sumber inspirasi anak watan bagi memacu aspirasi negara

ke arah Wawasan 2020. Selain itu, bagi guru, mereka tidak ada perkataan jemu dan menyerah

kalah dalam kamus hidup guru yang berkualiti. Di samping itu, guru juga menjadi wadah

penyemai perpaduan. Para guru bertanggungjawab menanam sifat perpaduan dalam jiwa

generasi muda. Kemahiran dan kecekapan yang ada pada guru ketika memberikan motivasi

dan teknik belajar yang berkesan amat tinggi nilainya. Pendek kata, guru akan terus menabur

bakti walaupun dibebankan dengan tugasan yang semakin berat dan mencabar.

                Bersempena dengan Hari Guru yang bersejarah ini, saya mewakili semua pelajar

SMK(A) Lati ingin merakamkan setinggi tinggi penghargaan kepada semua guru yang telah

bertungkus lumus mendidik dan mengajar kami agar menjadi manusia yang berguna kepada

agama, bangsa dan tanah air serta membimbing kami ke jalan yang benar daripada kami

terjerumus ke lembah yang hina. Semoga Allah S.W.T.akan membalas segala jasa guru-guru

terhadap kami.

             Harapan saya kepada rakan-rakan dan adik-adik sekalian, hormatilah dan dengarlah

nasihat nasihat daripada guru agar kita akan terus berjaya. Hargailah jasa dan sumbangan guru

dengan menghadiahkan prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik dan kokurikulum.

Warga guru yang diraikan,

           Akhir sekali,saya mewakili semua pelajar SMKA Lati mengucapkan selamat hari guru

untuk semua warga pendidik yang kami cintai. Kami juga ingin menyusun sepuluh jari

memohon kemaafan sekiranya terdapat kesalahan yang telah kami lakukan sepanjang cikgu

mengajar. Segala nasihat dan teguran yang diberikan para guru akan kami sematkan dalam

sanubari. Jasa guru terhadap kami tidak akan kami lupakan selagi  hayat dikandung badan.

Kami juga berharap agar guru-guru yang disayangi akan sentiasa mendoakan kejayaan kami

pada masa hadapan. Saya mengakhiri ucapan ini dengan serangkap pantun :

Page 3: Ucapan Hari Guru

Kalau ada jarum yang patah,

Jangan disimpan di dalam peti;

Kalau ada silap dan salah,

Jangan disimpan di dalam hati;

Selamat hari guru. Sekian. Wabillahi taufiq walhidayah assalamualaikum warahmatullahi

wabarakatuh.

Page 4: Ucapan Hari Guru

Rujukan

Al-Quran al-Karim

Noresah Baharom Et Al. (Ed). (2000). Kamus Dewan (Edisi Ketiga). Kuala Lumpur : Dewan Bahasa Dan Pustaka.

Siti Hajar Abdul Aziz. (2009). Bahasa Melayu 2. Shah Alam : Oxford Fajar Sdn. Bhd.

Nik Safiah Karim. 1989. Laras Bahasa. Kuala Lumpur: Nurin Enterprise.

Syafawani Jamil.2012. http://teachersyafa.blogspot.com/2012/08/pengucapan-awam.html. Pengucapan Awam.Diakses pada 7 Ogos 2015.