ub1 p.moral thn6.docx

9
BAHAGIAN A Arahan : Jawab SEMUA soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satu jawapan yang betul. 1 Bagaimanakah kita boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan? I Menjaga anugerah Tuhan II Melakukan perkara yang dilarang III Mensyukuri pemberian Tuhan IV Melakukan perbuatan baik yang diperintahkan oleh Tuhan A I, II, dan III C I, III, dan IV B I, II, dan IV D II, III, dan IV 2 Pilih gambar yang menunjukkan amalan gaya hidup yang sihat. A I, II, dan III C I, III, dan IV B I, II, dan IV D II, III, dan IV 3 Berikut adalah cara kita menjaga anugerah Tuhan, kecuali A tidak membuang sampah di merata-rata tempat B mengamalkan kitar semula C membersihkan kawasan tempat tinggal D melakukan pembakaran terbuka 4 Antara berikut, yang manakah benar tentang amalan pemakanan yang sihat? I Selalu makan buah-buahan dan sayur-sayuran II Kurangkan makanan yang berlemak III Lebihkan makan bijirin dan ubi IV Selalu makan makanan segera A I, II, dan III C I, III, dan IV B I, II, dan IV D II, III, dan IV 5 Antara berikut, yang manakah benar tentang cara mengamalkan nilai kebersihan fizikal dan mental? A Mengamalkan berfikiran negatif terhadap orang lain B Mengamalkan sikap berbaik sangka terhadap orang lain C Menimbulkan pergaduhan dan perselisihan faham dalam setiap perbuatan D Tidak menjaga kebersihan dan kekemasan diri 6 Antara berikut, manakah ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap rakan? I Sentiasa menghormati rakan II Menerima kritikan rakan dengan hati yang terbuka III Tidak mempercayai rakan IV Tidak memperkecilkan kebolehan rakan A I, II, dan III C I, III, dan IV

Upload: francisvedamuthu

Post on 08-Nov-2015

225 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

BAHAGIAN AArahan :Jawab SEMUA soalan. Tiap-tiap soalan diikuti oleh empat pilihan jawapan, iaitu A, B, C dan D. Pilih satujawapan yang betul.

1Bagaimanakah kita boleh mengamalkan nilai kepercayaan kepada Tuhan?IMenjaga anugerah TuhanIIMelakukan perkara yang dilarangIIIMensyukuri pemberian TuhanIVMelakukan perbuatan baik yang diperintahkan oleh TuhanAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

2Pilih gambar yang menunjukkan amalan gaya hidup yang sihat.

AI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

3Berikut adalah cara kita menjaga anugerah Tuhan, kecualiAtidak membuang sampah di merata-rata tempatBmengamalkan kitar semulaCmembersihkan kawasan tempat tinggalDmelakukan pembakaran terbuka

4Antara berikut, yang manakah benar tentang amalan pemakanan yang sihat?ISelalu makan buah-buahan dan sayur-sayuranIIKurangkan makanan yang berlemakIIILebihkan makan bijirin dan ubiIVSelalu makan makanan segeraAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

5Antara berikut, yang manakah benar tentang cara mengamalkan nilai kebersihan fizikal dan mental?AMengamalkan berfikiran negatif terhadap orang lainBMengamalkan sikap berbaik sangka terhadap orang lainCMenimbulkan pergaduhan dan perselisihan faham dalam setiap perbuatanDTidak menjaga kebersihan dan kekemasan diri6Antara berikut, manakah ciri-ciri individu yang bersikap positif terhadap rakan?ISentiasa menghormati rakanIIMenerima kritikan rakan dengan hati yang terbukaIIITidak mempercayai rakanIVTidak memperkecilkan kebolehan rakanAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

7Berikut merupakan faedah kita bersikap positif terhadap orang lain, kecualiAdapat meningkatkan persefahamanBdapat mengeratkan ikatan persahabatanCdibenci oleh orang lainDdihormati oleh orang lain

8Nilai harga diri boleh diamalkan dengan caraImempunyai tanggapan baik tentang diri sendiriIImempunyai cita-cita dan bersemangat tinggiIIIberani mengatakan tidak kepada perkara yang boleh merosakkan diriIVmalas belajar dan tidak mengambil berat tentang pelajaranAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

9Apakah yang perlu kita lakukan untuk mencapai cita-cita?IBerusaha bersungguh-sungguhIITidak mudah berputus asaIIITidak menumpukan perhatian semasa guru mengajarIVBijak menguruskan masa dengan baikAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

10Apakah ciri-ciri murid yang menjaga maruah diri?ISentiasa bercakap benarIIAmanah ketika menjalankan tugasIIIMengamalkan gaya hidup yang sihatIVTerlibat dalam gejala sosialAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

11Apakah faedah yang akan diperoleh sekiranya kita bertingkah laku sopan?ADipandang tinggi oleh masyarakatBDipandang seperti sampah masyarakatCDihina dan dikejiDMenjatuhkan maruah keluarga12Berikut merupakan nilai kerajinan yang boleh diamalkan, kecualiAberusaha bersungguh-sungguh dengan semangat inisiatif, inovatif, dan kreatif untuk mencapai kejayaanBberminat dan rela mengorbankan masa dan tenaga dalam melakukan sesuatu kerjaCmenyerah kalah tanpa berusaha bersungguh-sungguhDbersabar dan tidak berputus asa dalam melakukan sesuatu perkara

13Pilih padanan yang salah mengenai nilai kerajinan mengikut kepercayaan agama.AIslam perlu rajin dalam menunaikan sembahyang, mencari ilmu, dan menjaga diri serta persekitaranBSikh tidak perlu terlalu rajin kerana orang lain akan datang membantuCKristian manusia perlu rajin dalam kehidupan seharian merekaDHindu penganutnya perlu rajin melaksanakan tanggungjawab yang diberikan

14Pilih gambar yang tidak menunjukkan individu yang mengamalkan nilai kerajinan.

15Berikut merupakan nilai hemah tinggi yang bolehdiamalkan oleh setiap individu, kecualiAbercakap dengan kuat di tempat awamBmenggunakan bahasa yang sopanCmengucapkan salam apabila bertemuDberkawan dengan semua orang tanpa mengira status

16Antara berikut, manakah amalan bersopan yang perlu ditekankan dalam sektor kerajaan dan swasta?IMelayan orang ramai dengan mesra dan bersopanIISenantiasa memberikan senyumanIIIMengambil berat akan aduan yang diberikanIVBercakap perkara-perkara yang boleh menyinggung perasaan pelangganAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

17Berikut merupakan sikap individu yang jujur dan amanah, kecualiAtidak menggunakan harta yang diamanahkanBmenyalahgunakan kuasa yang diberikanCbersungguh-sungguh dalam menjalankan tugas yang diberikanDtidak menyeleweng wang syarikat

Tidak meninggikan suara ketika bercakap

18Apakah amalan yang diamalkan oleh individu di atas?AKejujuranC KesederhanaanBKasih sayangD Kerajinan

19Apakah ciri-ciri murid yang berfikiran positif?ITidak menyimpan dendam terhadap rakan-rakanIIDapat mengawal perasaan marahIIITidak mudah buruk sangka pada orang lainIVTidak dapat menerima kritikan yang diberikanAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

20Bagaimanakah cara untuk kita menjaga kesihatan dan mengamalkan gaya hidup sihat?AJarang bersenamBTerlibat dengan aktiviti yang tidak bermoralCSering tidur lewatDMakan makanan yang seimbang dan berkhasiat

21Apakah sikap rajin yang diamalkan oleh individu di atas?ARajin membantu rakanBRajin mengulang kaji pelajaranCRajin sembahyangDRajin membantu ibu

Seorang rakan anda telah disahkan sebagai penghidap HIV

22Apakah tindakan anda dalam menghadapi situasi ini?ITerus berkawan dengannyaIITidak memberi bantuan yang diperlukanIIIJangan menyisihkan merekaIVTidak menghina dan mengecilkan hati merekaAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV23Antara berikut adalah benar mengenai contoh perbuatan menjaga maruah diri yang digalakkan oleh agama, kecualiAberadap sopan dan berbudi bahasaBmengamalkan pergaulan yang sihatCmenjalankan tugas dengan amanahDtidak berusaha memajukan diri

24Apakah tindakan tidak jujur yang dilakukan oleh individu di atas?AMenjalankan tugas dengan penuh tanggungjawabBMenyeleweng wang rakanCMenjaga harta yang diamanahkan dengan baikDMenyalahgunakan kuasa

25Berikut merupakan cara-cara memberikan sokongan moral kepada pesakit HIV, kecualiAmelawat mereka sekiranya mereka sakitBtidak menyisihkan merekaCberkawan dengan mereka seperti biasaDmenjauhkan diri daripada mereka

26Apakah amalan bersopan yang perlu ditekankan dalam sektor kerajaan?IBersabar dengan kerenah orang ramaiIIMemarahi pelanggan yang banyak bertanyaIIIMemberikan senyuman kepada pelangganIVSentiasa melayan pelanggan dengan mesra dan bersopanAI, II, dan IIIC I, III, dan IVBI, II, dan IVD II, III, dan IV

27Apakah faedah yang diperoleh oleh murid yang mempunyai fikiran yang positif?ABijak dalam membuat keputusanBTidak dihormati oleh rakanCSuka turut serta dalam pergaduhanDMalas untuk belajar

28Berikut adalah benar mengenai nilai kejujuran, kecualiAbertanggungjawab terhadap sebarang tugas yang diberikanBberkata benarCtidak mengharapkan sebarang balasan apabila melakukan sesuatuDmerungut apabila disuruh melakukan sesuatu tugas

29Pilih pernyataan yang menunjukkan tindakan yang betul.AMencaci orang lain kerana anda tidak menyukai merekaBMenyiasat dahulu sebelum mengambil sebarang tindakanCBersangka buruk dengan orang yang baru dikenaliDMenyimpan dendam terhadap orang yang membuli kita

30Apakah contoh amalan bersederhana dalam berbelanja?ATidak makan terlalu banyakBTidak meninggikan suara ketika bercakapCBerbelanja mengikut kemampuanD Belajar dengan bersungguh-sungguh

BAHAGIAN BAGariskan jawapan yang sesuai.

1Raju menjaga harta yang diamanah kepadanya dengan baik. Ini menunjukkan Raju adalah seorang yang (jujur, bersederhana).

2Jangan sesekali kita (memuji, menghina) kekurangan yang dimiliki oleh orang lain.

3Individu yang menghidapi penyakit HIV perlu diberi (sokongan, herdikan) supaya mereka lebih bersemangat untuk hidup.

4 Memberi sokongan moral kepada pesakit HIV tidak salah, malah kita akan mendapat banyak (keburukan, kebaikan) daripadanya.

5 Kakitangan awam mahupun swasta harus melayan orang ramai dengan mesra dan (sopan, rajin) dalam memberikan perkhidmatan.

6 Sikap rajin dalam diri individu perlu (dibelai, dipupuk) sejak dari kecil lagi.

7Individu yang berfikiran (positif, negatif) akan bijak dan rasional dalam membuat keputusan.

8Sikap bersedia memaafkan orang lain menunjukkan individu itu mempunyai sikap yang (baik, jahat).

9Kita haruslah menerima setiap kritikan terhadap diri kita dengan (fikiran terbuka, buruk sangka).

10 Menimba ilmu merupakan suatu sikap yang (dilarang, dituntut) oleh setiap agama.(10 markah)

BIsikan tempat kosong dengan perkataan yang disediakan.

kejayaanjujurmelentingmenyinggung menghormatimengharumkankasih sayangberadadisukai moral

1Kita perlu berusaha untuk mengekalkan kebahagiaan keluarga dengan cara saling ____________ antara satu sama lain.

2Razak bermain dengan bersungguh-sungguh dalam kejohanan badminton untuk memastikan dirinya mampu ________________ nama sekolah.

3Razif tidak cepat ___________ walaupun dia sering menjadi bahan ketawa rakan-rakannya.

4Orang yang belajar bersungguh-sungguh akan memperolehi _____________ dalam hidup.

5Ravin seorang yang berfikiran positif. Hal ini telah menyebabkan dia ___________ oleh rakan-rakannya yang lain.

6Rohan sering bercakap kasar dengan kawan baiknya. Namun disebalik sikapnya itu, dia mempunyai sikap___________ terhadap keluarganya.7Aiman tidak kisah berkawan dengan Farid yang menghidap penyakit HIV kerana Farid memerlukan sokongan ______________ daripada orang di sekelilingnya.

8Sikap bersopan perlu diamalkan walau di mana sekali pun kita _____________.

9Kita akan _______________ perasaan orang lain jika meninggikan suara ketika bercakap.

10Berkata benar merupakan salah satu sikap _____________ yang dimiliki oleh individu yang berperibadi mulia.(10 markah)

C Tuliskan Bersopan atau Tidak bersopan bagi dialog di bawah.

1Hei budak, jangan main di sini. Kau nampak penumbuk ni!__________________

2Terima kasih kerana menolong pak cik. Ambillah buah ini sebagai balasannya.__________________

3Baik kamu pergi dari sini sebelum saya halau kamu. Pergi!__________________

4Silalah masuk. Ibu dan kakak ada di dalam.__________________

5Perlahannya kau jalan, kau memang lembab la.__________________

6Abang, boleh perlahankan radio?. Ibu dan ayah sedang solat.__________________

7Selamat pagi. Boleh saya bantu, puan?__________________

8Maafkan saya, cikgu. Bolehkah saya ke tandas sekejap.__________________

9Baju kurung saya yang awak pakai ni tak cantiklah. Mungkin sebab badan awak gemuk.__________________

10Awak tahu di mana bilik guru? Tunjukkan saya di manakah tempatnya.__________________ (10 markah)

DTandakan (B) pada pernyataan yang betul dan (S) pada pernyataan yang salah.

1Pekerja yang jujur dan amanah akan disukai oleh majikan dan rakan sekerja._______

2Kuman HIV boleh berjangkit melalui perkongsian tempat tidur dengan penghidapnya._______

3Individu yang bercakap jujur merupakan individu yang mengamalkan sikap pilih kasih._______

4Penghidap penyakit HIV tidak memerlukan sokongan moral daripada orang disekelilingnya._______

5Individu yang menyalahgunakan kuasa yang diberikan merupakan individu yang tidak amanah._______

6Meninggikan suara sewaktu bercakap dengan orang lain boleh menyinggung perasaan mereka._______

7Chee Fang berasa jijik untuk berkawan dengan Ramesh kerana penyakit yang dihidapi oleh Ramesh._______

8Pekerja sektor swasta perlu mengamalkan sikap mesra dan sopan apabila melayan orang ramai yang _______berurusan dengan mereka.

9Sani tidak berdendam dengan Muthu yang telah menuduhnya mencuri dompet tanpa usul periksa._______

10Ravin tidak berkecil hati dengan sikap rakan-rakan sekelasnya yang sering mengejeknya._______(10 markah)