[type the document subtitle] - guru coklat magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan...

12
qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz Guru coklat mag [Type the document subtitle] Edisi 3 Compaq

Upload: truongtram

Post on 31-Jan-2018

246 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

qwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwerty

uiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasd

fghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzx

cvbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc

vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

hjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklzxc

vbnmqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmq

wertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyui

opasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfg

hjklzxcvbnmrtyuiopasdfghjklzxcvbn

mqwertyuiopasdfghjklzxcvbnmqwert

yuiopasdfghjklzxcvbnmqwertyuiopas

dfghjklzxcvbnmqwertyuiopasdfghjklz

Guru coklat mag

[Type the document subtitle]

Edisi 3

Compaq

Page 2: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

2 | H a l a m a n

Chocolatiers Terbaik Perancis, Patrick Roger 3

Tips untuk membuat Ganache coklat yang sedap 5

Resipi Luxury Almond London Praline 7

Tingkatkan kredibiliti dengan Facebook Profile 9

Doa mohon diberikan rezeki tatkala kesempitan 11

Page 3: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

3 | H a l a m a n

Pada tahun 2000, Paris telah digegarkan oleh

seorang artisan coklat iaitu Patrick Roger yang telah

berjaya menarik perhatian orang ramai dengan

penghasilan tugu bersaiz manusia yang diperbuat

daripada coklat. Tugu tersebut diberi nama Harold,

merupakan seorang peladang koko yang memakai

topi sambil duduk mencangkung dan memegang biji

koko.

Beliau mendapat ilham untuk menghasilkan tugu

tersebut berdasarkan peladang koko yang telah beliau jumpa di Colombia pada tahun 1999.

Tugu tersebut dihasilkan demi menghargai penat lelah peladang koko dalam mendapatkan

biji koko sebelum diproses dan dijadikan coklat yang menjadi kesukaan ramai. Justeru, hasil

seni tersebut telah menobatkan Patrick Roger sebagai “Pembuat Coklat Perancis Terbaik”.

Profesion beliau sebagai pembuat coklat bermula

selepas beliau di masukkan ke dalam program perantis

pastri oleh ibubapanya kerana beliau merupakan pelajar

yang kurang pintar di sekolah. Semasa dalam program

perantis tersebut, seorang Chef telah meneliti

kemahiran dan kreativiti beliau dalam pembuatan pastri

dan mendapati Patrick Roger sangat mahir dalam bidang

penghasilan coklat. Beliau juga menyedari tentang

perkara tersebut dan menjadikan kerjaya pembuatan

coklat sebagai profesion.

Page 4: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

4 | H a l a m a n

Coklat Patrick Roger bukannya seperti coklat

jenama lain yang terkemuka seperti Cadbury dan

Hershey yang mana dihasilkan menggunakan

mesin. Seluruh proses dalam penghasilan coklat

beliau dihasilkan menggunakan tangan. Sudah

tentu akan mengambil masa yang lama untuk

menghasilkan coklat dalam kuantiti yang banyak tetapi perkara tersebut tidak menjadi

masalah buat Patrick Roger kerana beliau yakin kualiti coklat beliau tiada tandingannya.

Kreativiti yang ada pada Patrick Roger telah

membantu beliau dalam menghasilkan keunikkan

untuk setiap coklat yang beliau hasilkan. Setiap

sambutan hari istimewa seperti perayaan dan

sebagainya, pasti ada seni baru yang beliau

hasilkan dan dipaparkan pada cermin butik coklat

beliau yang sudah pasti dapat menarik perhatian

pengunjung. (Kini, beliau sudah ada 8 butik coklat

iaitu di Perancis dan Belgium)

Antara seni coklat yang telah beliau hasilkan ialah

Pokok Krismas yang paling besar didunia yang

dihasilkan menggunakan coklat. Sekali gus, telah menyenaraikan nama beliau dalam rekod

Guinness dunia (Guinness World Record).

Kesimpulan

1. Kita perlu mengetahui kelebihan yang ada pada diri kita dan aplikasikannya dalam

kehidupan seharian.

2. Minat yang mendalam perlu dalam membangunkan sesuatu perniagaan. Bukan

sekadar untuk mendapatkan wang semata-mata.

3. Utamakan kualiti berbanding kuantiti.

4. Kreativiti itu penting dalam menghasilkan keunikkan untuk setiap benda yang kita

hasilkan.

5. Harus pandai mengambil peluang untuk berjaya dalam perniagaan.

6. Hasilkan sesuatu yang dapat menarik perhatian ramai dan meningkatkan kredibiliti

diri.

Page 5: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

5 | H a l a m a n

Pada perkongsian tips pembuatan coklat

pada kali ini, saya nak sentuh sedikit tentang

pembuatan coklat Ganache.

Kepada yang baru bermula dalam seni

pembuatan coklat ini pasti ada banyak persoalan

tentang coklat Ganache ini.

Antara soalan biasa yang bermain di tanya ialah “Apa itu Ganache?”, “Apakah kegunaan

coklat Ganache?” dan “Bagaimana cara untuk membuat Ganache?”.

Jadi, saya terpanggil untuk kongsikan secara ringkas tentang coklat Ganache.

Apa itu Ganache?

Ganache ialah campuran coklat yang telah

dicairkan bersama dengan krim (whipping

cream dan sebagainya).

Apakah kegunaan coklat Ganache?

Kebiasaan Ganache digunakan sebagai topping kek, filling kek dan filling coklat Truffle.

Bagaimanakah cara untuk membuat coklat Ganache?

Saya suka untuk pecahkan cara untuk membuat coklat Ganache ini kepada 2 iaitu:

I. Coklat Ganache sebagai topping kek

II. Coklat Ganache sebagai filling kek dan Truffle.

Page 6: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

6 | H a l a m a n

Coklat Ganache sebagai topping kek

Untuk membuat topping kek, pertama sekali kita

tidak mahu coklat Ganache tersebut terlalu

pekat. Seelok-eloknya biarlah lembut dan

mudah cair dalam mulut apabila memakannya.

Jadi, rahsianya cuma perlu seimbangkan sukatan coklat dan krim tersebut menjadi sama

rata. Contoh, jika sukatan coklat ialah 125 gram, sukatan krim juga perlu 125 gram.

Coklat Ganache sebagai filling kek atau Truffle

Jika sukatan untuk membuat coklat Ganache sebagai topping kek ialah sama rata, untuk

membuat filling pula kita sekali gandakan lagi sukatan coklat tersebut.

Contoh, jika sukatan krim ialah 125 gram, sukatan coklat perlu sekali ganda lagi iaitu 250

gram. Jadi, rasa coklat Ganache tersebut akan jadi pekat sedikit berbanding coklat Ganache

yang digunakan untuk buat topping.

Sekian sahaja perkongsian tips ringkas pembuatan coklat pada kali ini. InsyaAllah akan ada

lagi tips pembuatan coklat yang akan dikongsikan pada edisi akan datang.

Selamat mencuba dan semoga berjaya.

Page 7: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

7 | H a l a m a n

Sempena bulan Ramadhan yang menjelang ini,

saya ingin kongsikan 1 resipi istimewa bersama

anda.

Sebelum itu, kita semua tahu antara kuih raya

yang popular dan kerap orang hidangkan pada

hari raya ialah biskut Almond London. Apa kata

raya tahun ini, kita beri sedikit kelainan dengan

menghidangkan kepada para tetamu kita sesuatu

yang lebih eksklusif dan istimewa.

Resipi pada kali ini diberi nama Luxury Almond London Praline.

Dari segi konsep memang sama dengan Almond London biasa iaitu biskut yang

mengandungi badam dan disalut coklat berserta taburan badam cincang. Cuma yang

membeza resipi kali ini dengan Almond London biasa ialah biskutnya kita campurkan

dengan koko dan susu tepung. Kemudian, disalut penuh dengan coklat Couverture dan

badam kepingan. Hidangan istimewa untuk penggemar coklat dan kekacang.

Bahan-bahan yang diperlukan:

1. 250 g butter

2. 125 g gula halus

3. 1 biji telur

4. 450 g tepung gandum

5. 1 ts baking soda

6. 3 sb serbuk koko

7. 3 sb susu tepung

8. Badam

9. 500 g coklat Couverture

10. Badam kepingan

Page 8: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

8 | H a l a m a n

Cara-cara untuk membuatnya:

1. Pukul butter dengan gula sehingga sebati. Kemudian, campurkan dengan telur dan

pukul lagi sehingga rata.

2. Campurkan tepung, baking soda, serbuk koko dan susu tepung bersama campuran

tadi dan uli sehingga menjadi doh.

3. Ambil sedikit doh, isikan dengan badam dan bentukkan menjadi bujur.

4. Bakar pada suhu 180oC selama 15 minit. Selepas itu, sejukkan biskut.

5. Cairkan coklat Couverture menggunakan kaedah tempering seperti yang

diterangkan dalam Pakej Ebook Cara Membuat Handmade Chocolate

(http://gurucoklat.com).

6. Celupkan biskut ke dalam coklat yang telah dicairkan.

7. Salut dengan badam kepingan.

8. Letakkan di atas dulang dan sejukkan biskut tersebut pada suhu bilik sehingga coklat

menjadi keras (boleh sahaja keraskan coklat dengan meletakkannya dalam peti sejuk

untuk seketika).

9. Sedia untuk dihidangkan.

Sekian sahaja perkongsian resipi pada kali ini. Mudah-mudahan dapat memberi manfaat

kepada anda. Selamat mencuba!

Page 9: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

9 | H a l a m a n

Pada edisi yang lepas, saya telah sentuh

tentang penggunaan Facebook Pages

dalam membina jenama produk anda.

Kali ini, saya nak sentuh pula penggunaan

Facebook Profile dalam meningkatkan

kredibiliti anda dalam perniagaan yang

anda ceburi.

Apa kelebihan Facebook Profile berbanding Facebook Pages?

1. Aplikasi chatting – Facebook profile ada fungsi chat yang mana anda boleh

berhubung secara terus dengan bakal pelanggan anda. Aplikasi chat ini bagus dalam

menguatkan lagi ikatan antara anda dan bakal pelanggan.

2. Lebih bersifat persendirian (personal) – Kebanyakkan orang menggunakan Facebook

profile untuk berkongsikan aktiviti seharian mereka. Jarang orang menggunakan

Facebook Profile untuk berbincang hal bisnes dan kebiasaannya topik tersebut tidak

akan mendapat sambutan.

3. Dapat menjalinkan ikatan yang lebih mesra bersama rakan Facebook –

Kebanyakkan pelanggan terdiri daripada orang yang mengenali kita kerana mereka

lebih mempercayai kita berbanding orang lain. Jadi, ikatan mesra bersama rakan

Facebook adalah penting dalam membangunkan perniagaan.

Page 10: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

10 | H a l a m a n

Tips memaksimakan penggunakan Facebook Profile dalam perniagaan

1. Banyakkan bercerita tentang diri anda dan aktiviti seharian anda. Elakkan bercerita

tentang perniagaan. Contoh, anda baru selesai membuat coklat, tangkap gambar

coklat tersebut dan muatnaik ke Facebook anda. Ceritakan serba sedikit tentang

coklat tersebut. Tetapi elakkan daripada memasukkan unsur-unsur jualan yang

keras.

2. Santaikan minda anda di Facebook. Elakkan log masuk ke Facebook dan update

status baru dengan ayat menggesa orang membeli produk anda. Rakan-rakan

Facebook anda lebih suka anda meluahkan emosi anda. Contoh ayat, “Berkobar-

kobar rasa nak cuba resipi baru ni. ”. Kemungkinan akan ada rakan-rakan

Facebook anda menyapa anda dan bertanyakan tentang resipi yang anda nak cuba.

3. Gunakan sahaja gambar sebenar anda sebagai Profile Picture anda di Facebook.

Tidak perlu guna gambar orang lain. Tapi gambar tersebut seelok-eloknya

menggambarkan profesion anda juga. Contoh, jika anda seorang tukang masak,

anda boleh gunakan gambar anda memakai topi chef sebagai Profile Picture.

4. Bertegur sapalah dengan rakan anda di Facebook. Anda boleh sapa rakan anda

dengan memberi komen kepada status update rakan anda atau anda boleh sapa

rakan anda dengan menggunakan aplikasi chat. Tetapi perlu berhati-hati dengan

ayat yang anda gunakan. Jangan gunakan bahasa yang kasar kerana ianya akan

menjatuhkan kredibiliti anda.

5. Banyakkan berkongsi informasi berkaitan profesion anda. Jika profesion anda

sebagai tukang masak, kongsikan informasi berkaitan masakan. Ianya akan

menaikkan lagi kredibiliti anda di kalangan rakan anda.

Sampai disini sahaja tips perniagaan pada kali ini. InsyaAllah akan ada lagi tips pada edisi

akan datang. Semoga berjaya!

Page 11: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

11 | H a l a m a n

Surah Hud Ayat 6

كل في وما من دابة في الرض إل على الله رزق ها وي علم مست قرها ومست ودعها {6}كتاب مبين

"Dan tiadalah sesuatu pun daripada makhluk-makhluk yang bergerak di bumi melainkan Allah jualah yang

menanggung rezekinya dan mengetahui tempat kediamannya dan tempat ia disimpan. Semua itu tersurat di dalam

kitab (Loh Mahfuz) yang nyata (kepada malaikat-malaikat) yang berkenaan."

Keterangan ayat:

Menurut Hadis riwayat al-Hakim dan al-Tirmizi daripada Zaid bin Aslam r.a, beberapa orang sahabat Nabi daripada keluarga al-Asy'ariyyin yang baru sampai daripada perjalanan berhijrah merasa lapar. Mereka mengutuskan seorang dari kalangan mereka untuk mendapatkan makanan daripada Nabi S.A.W.

Apabila para utusan kaum tersebut tiba di rumah baginda Rasulullah S.A.W, beliau mendengar baginda Rasulullah S.A.W membacakan ayat ke-6 daripada surah Hud ini. Utusan tersebut pulang semula kepada keluarganya dan tidak jadi meminta makanan daripada Rasulullah kerana berasa yakin dengan doa yang dibaca oleh Rasulullah.

Setibanya beliau kepada kaum keluarganya tanpa diketahui kaum keluarganya , datanglah dua orang lelaki membawa roti dan daging untuk mereka. Walaupun mereka telah menikmati makanan tersebut sepuas-puasnya masih banyak lagi baki yang tnggal. Akhirnya mereka meminta agar diberikan kepada Rasulullah S.A.W untuk diagihkan kepada orang lain yang memerlukan makanan.

Selepas itu mereka bertemu dengan Nabi dan mengucapkan terima kasih. Rasulullah S.A.W menafikan penghantaran makanan itu. Sahabat yang merupakan utusan keluarga tersebut akhirnya membuat pengakuan yang dia tidak meminta makanan daripada Nabi Muhammad S.A.W. Rasulullah S.A.W kemudiannya menyatakan itulah dia rezeki Allah yang Allah janjikan buat makhluk-Nya.

(Tafsir al-Qurtubi, al-Durrul Manthur, tafsir ayat ke-6 surah Hud)

Alhamdulillah, maka marilah sama-sama kita amalkan doa ini dan jadikanlah ia doa amalan harian agar kita sentiasa dilimpahi rezeki Allah S.W.T terutama ketika kesempitan. Tetapi perlu juga ingat bahawa doa semata-mata tanpa usaha dan tawakal adalah tidak berguna. Wallahualam.

Sumber: http://www.iluvislam.com/tazkirah/dakwah/3510-koleksi-doa-mohon-diberikan-rezeki-

tatkala-kesempitan.html

Page 12: [Type the document subtitle] - Guru Coklat Magmag.gurucoklat.com/download/edisi3.pdf · sambutan hari istimewa seperti perayaan dan ... Sempena bulan Ramadhan yang ... kita semua

Edisi 3

12 | H a l a m a n

Oleh Editor Guru Coklat Mag

Khairul Akmal Ibrahim (Guru Coklat Enterprise : 002032196-A)

http://www.gurucoklat.com

http://blog.gurucoklat.com

http://facebook.com/GuruCoklat