tvet di msia

17
REKABENTUK KERANGKA PIAWAIAN NASIONAL PROGRAM KEJURULATIHAN GURU/PENSYARAH TVET: PERSPEKTIF INSTITUSI PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA Mimi Suhana Bt Abd Aziz 1 , Muhaini Bt Muhammad 2 Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson 1 [email protected] 2 [email protected] Abstrak Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk merekabentuk kerangka piawaian program kejurulatihan guru/pensyarah latihan dan pendidikan teknik dan vokasional (TVET) dari perspektif institusi pengajian tinggi di Malaysia berdasarkan keperluan domain keterampilan yang dicadangkan. Domain tersebut adalah Pengetahuan, Kemahiran, Etika dan Profesionalisme, Proses Sosial, Keusahawanan dan Akauntabiliti Sosial. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan rekabentuk tinjauan dan proses pengumpulan data dilakukan dengan kaedah analisis dokumen, pengedaran soal selidik dan temubual. Seramai 246 orang pensyarah dipilih secara rawak daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Universiti Putra malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Politeknik Johor Bharu, Politeknik Port Dickson dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah terlibat dalam menjawab soal selidik kajian. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 for Windows (Statistical Packages for the Social Sciences) untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian mendapati kesemua domain tersebut adalah diperlukan membentuk kerangka piawaian keterampilan pensyarah politeknik dalam program kejurulatihan guru/pensyarah TVET. Kriteria yang dicadangkan bagi setiap domain juga memperoleh persetujuan yang tinggi (purata skor min = 3.81 hingga 4.54) yang mana ia menunjukkan bahawa kriteria tersebut adalah diperlukan. Seterusnya, satu kerangka piawai dalam penyediaan program latihan bagi pensyarah politeknik dirangka hasil sintesis dapatan kajian. Akhir sekali, pengkaji berharap supaya kajian ini dapat dimanfaatkan bagi merangka komposisi latihan yang bersesuaian bagi meningkatkan keterampilan pensyarah di politeknik Malaysia. Kata Kunci keterampilan pensyarah TVET, kemahiran, pengetahuan, etika dan profesionalisme, proses sosial, keusahawanan, akauntabiliti sosial. 1.0 PENDAHULUAN Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai reformasi sejak zaman selepas merdeka sehingga kini. Perubahan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki sistem pendidikan sedia ada supaya sesuai dan selari dengan keperluan semasa di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan menyediakan pendidikan di negara ini bertaraf dunia (Rushami Zien Yusoff, et. al 1999). Pendidikan merupakan industri berjuta ringgit dan ianya amat penting bagi memajukan sesebuah negara. Ianya menentukan masa hadapan negara terutamanya pendidikan kejuruteraan apabila negara tersebut ingin menjadi negara maju

Upload: ismail-hamzah

Post on 08-May-2015

3.405 views

Category:

Education


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tvet di msia

REKABENTUK KERANGKA PIAWAIAN NASIONAL PROGRAM KEJURULATIHAN GURU/PENSYARAH TVET: PERSPEKTIF INSTITUSI

PENGAJIAN TINGGI DI MALAYSIA

Mimi Suhana Bt Abd Aziz

1, Muhaini Bt Muhammad

2

Jabatan Kejuruteraan Elektrik, Politeknik Port Dickson

[email protected] [email protected]

Abstrak

Kajian ini dijalankan dengan tujuan untuk merekabentuk kerangka piawaian program kejurulatihan

guru/pensyarah latihan dan pendidikan teknik dan vokasional (TVET) dari perspektif institusi pengajian

tinggi di Malaysia berdasarkan keperluan domain keterampilan yang dicadangkan. Domain tersebut adalah

Pengetahuan, Kemahiran, Etika dan Profesionalisme, Proses Sosial, Keusahawanan dan Akauntabiliti

Sosial. Kajian ini merupakan kajian kuantitatif dengan rekabentuk tinjauan dan proses pengumpulan data

dilakukan dengan kaedah analisis dokumen, pengedaran soal selidik dan temubual. Seramai 246 orang

pensyarah dipilih secara rawak daripada Universiti Tun Hussein Onn Malaysia, Universiti Teknologi

Malaysia, Universiti Putra malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Politeknik Johor Bharu, Politeknik Port

Dickson dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah telah terlibat dalam menjawab soal selidik

kajian. Data yang dikumpul kemudiannya dianalisis menggunakan perisian SPSS 12.0 for Windows

(Statistical Packages for the Social Sciences) untuk mendapatkan skor min. Dapatan kajian mendapati

kesemua domain tersebut adalah diperlukan membentuk kerangka piawaian keterampilan pensyarah

politeknik dalam program kejurulatihan guru/pensyarah TVET. Kriteria yang dicadangkan bagi setiap domain

juga memperoleh persetujuan yang tinggi (purata skor min = 3.81 hingga 4.54) yang mana ia menunjukkan

bahawa kriteria tersebut adalah diperlukan. Seterusnya, satu kerangka piawai dalam penyediaan program

latihan bagi pensyarah politeknik dirangka hasil sintesis dapatan kajian. Akhir sekali, pengkaji berharap

supaya kajian ini dapat dimanfaatkan bagi merangka komposisi latihan yang bersesuaian bagi

meningkatkan keterampilan pensyarah di politeknik Malaysia.

Kata Kunci – keterampilan pensyarah TVET, kemahiran, pengetahuan, etika dan profesionalisme, proses sosial, keusahawanan, akauntabiliti sosial.

1.0 PENDAHULUAN

Sistem pendidikan di Malaysia telah melalui pelbagai reformasi sejak zaman selepas merdeka sehingga kini. Perubahan ini merupakan salah satu usaha Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) untuk memperbaiki sistem pendidikan sedia ada supaya sesuai dan selari dengan keperluan semasa di samping meningkatkan kualiti dan produktiviti di Malaysia. Ini adalah bertujuan untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan dan menyediakan pendidikan di negara ini bertaraf dunia (Rushami Zien Yusoff, et. al 1999). Pendidikan merupakan industri berjuta ringgit dan ianya amat penting bagi memajukan sesebuah negara. Ianya menentukan masa hadapan negara terutamanya pendidikan kejuruteraan apabila negara tersebut ingin menjadi negara maju

Page 2: Tvet di msia

berlandaskan perindustrian seperti yang dinyatakan dalam Wawasan 2020. Menurut Nor Hazimah Ismail (2000), institusi pendidikan memainkan peranan penting ke arah pencapaian matlamat pendidikan negara iaitu mewujudkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Satu etika kerja yang mantap dan berkualiti tinggi perlu diamalkan untuk memastikan semua warga pendidik mempunyai sifat-sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas dan tanggungjawab masing-masing. Justeru itu tidak dapat tidak, dalam menempuh era persaingan yang mementingkan kualiti, satu tahap piawaian kualiti dalam penjaminan kualiti bagi menghasilkan pendidik-pendidik yang bermutu juga tidak ketinggalan.

Piawaian adalah satu asas dalam membuat penilaian karektor yang diperlukan bagi

program untuk melahirkan graduan yang berkelayakan. Dalam menghasilkan warga pendidik yang bermutu, justeru, satu kerangka piawaian diperlukan bagi program-program yang melatih para guru. Kerangka piawaian adalah diperlukan bagi memperoleh pengiktirafan atau pengakreditasian bagi sesebuah program. Akreditasi adalah satu pengiktirafan rasmi kepada program bahawa sijil, diploma atau ijazah yang akan dianugerahkan kepada graduan adalah selaras dengan piawaian yang telah ditetapkan (Muhammad Muammar Ghadaffi Omar, 2004). Sistem akreditasi telah dilaksanakan dalam sistem pendidikan tinggi yang termashyur di dunia seperti di negara Jerman, Perancis, United Kingdom, Amerika Syarikat dan Australia. Negara Jerman telah melaksanakan sistem akreditasi yang merupakan prasyarat kepada kelulusan setiap negeri atau Lander (Muhd Dzafir Mustafa, 2005). Akreditasi ini dijalankan oleh badan-badan bebas antaranya persatuan institusi pengajian tinggi (IPT) dan pengamal profesion yang telah diakredit oleh Majlis Akreditasi. Sistem jaminan kualiti di Perancis pula adalah berdasarkan institusi dan menilai bukan sahaja pada aspek akademik dan penyelidikan tetapi juga aspek kebajikan pelajar dan lain-lain aspek yang menyumbangkan kepada pembentukan persekitaran pendidikan tinggi yang sihat. Jaminan kualiti di Perancis dilaksanakan oleh Committee National Evaluation (CNE) yang ditubuhkan di bawah undang-undang bertulis dan bertanggungjawab terus kepada Perdana Menteri (Muhd Dzafir Mustafa, 2005). Dalam sistem pendidikan tinggi di United Kingdom, terdapat perbezaan pendekatan penjaminan kualiti ke atas institusi yang boleh menganugerahkan kelayakan pengajian tinggi dan institusi yang menganugerahkan pendidikan lanjutan. Bagi pendidikan tinggi, jaminan kualiti adalah berasaskan institusi atau subjek. Manakala bagi institusi pendidikan lanjutan wujud elemen jaminan kualiti berasaskan program pengajian dengan kebanyakkannnya mempunyai piawaian yang lebih preskriptif. Pendekatan ini dirumuskan sebagai usaha mengekalkan elemen autonomi dan fleksibiliti dalam pendidikan dan penyelidikan yang pelbagai di universiti.

Di Malaysia, kewujudan sistem pendidikan tinggi yang berkualiti merupakan hasrat

kerajaan dalam usaha merealisasikan polisi menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pendidikan tinggi serantau (Mohamed Suleiman, 2004). Antara badan yang menjalankan sistem akreditasi adalah Lembaga Akreditasi Negara (LAN), Bahagian Jaminan Kualiti (BJK), Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM) dan Kementerian Sumber Manusia (KSM). LAN yang kini dikenali sebagai Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) adalah badan yang bertanggungjawab memberi Perakuan Akreditasi kepada institusi pengajian tinggi di Malaysia. Manakala Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK) pula telah menyediakan Standard Kemahiran Pekerjaan Kebangsaan atau National Occupation Skills Standards (NOSS) sebagai garis panduan dalam memastikan program latihan yang disediakan di Malaysia adalah selari dengan keperluan sebenar di tempat kerja. JPK juga merupakan salah satu komponen yang terdapat dalam sistem latihan dan pendidikan teknik dan vokasional (TVET) di Malaysia.

Sistem TVET adalah dilihat sebagai system yang mempunyai perkembangan yang baik

di Malaysia. Ini adalah kerana permintaan yang tinggi dalam sektor perindustrian samada daripada keperluan pekerja professional dan separuh professional. Ini disokong dengan keperluan yang dinyatakan dalam Rancangan Malaysia ke Sembilan (RMK-9) yang member penekanan kepada industry pembuatan di Malaysia. Dalam system TVET di Malaysia, keperluan terhadap latihan di tempat kerja dilihat sebagai berkepentingan dalam meningkatkan produktiviti tenaga kerja terutama dalam sector perindustrian. Ini adalah selaras dengan misi nasional yang

Page 3: Tvet di msia

dibentangkan dalam RMK-9, yang menyentuh tentang pembangunan modal insan. Modal insan negara yang berkualiti menjadi teras pembangunan dalam tempoh RMK-9. Antara kaedah holistik yang direncanakan kerajaan adalah dengan melalui pendidikan, latihan dan pembelajaran sepanjang hayat. 1.1 Latar Belakang Masalah

Persaingan antarabangsa dalam konteks ekonomi negara bukan sesuatu yang asing. Pelbagai strategi dan rancangan yang dibuat dan diimplementasi bagi memenuhi kehendak persaingan ini. Ekonomi negara dapat dijana secara total dan efektif dengan produktiviti yang tinggi daripada tenaga buruh sesuatu negara. Sebagai negara yang pesat membangun, ciri-ciri ekonomi negara adalah berdasarkan “investment-economic growth” (Laporan Bank Pembangunan Asia, 2004). Ia lebih tertumpu kepada sektor pembuatan yang mana melibatkan teknologi yang dibawa masuk daripada negara luar. Atas keadaan ini, cabaran utama bagi Malaysia adalah menarik dan membawa pelabur-pelabur asing untuk melabur di Malaysia dan membuat rangkaian ekonomi global dalam sektor pembuatan. Melihat kepada cabaran ini, satu sistem pendidikan teknik dan vokasional yang memberi penekanan terhadap penyediaan pekerja pada tahap juruteknik harus dimantapkan. Keperluan juga dilihat kepada latihan dan pendidikan yang berterusan ditempat kerja bagi memantapkan lagi kemahiran-kemahiran yang perlu ada pada pekerja-pekerja industri.

Menurut Mustapha (2001), Malaysia masih lagi kekurangan pekerja mahir bagi memenuhi

keperluan ekonomi Negara. Laporan Bank Pembangunan Dunia, 1999 melaporkan nisbah seorang jurutera adalah kepada tiga orang juruteknik kepada dua puluh orang operator (1:3:20). Namun, angka ini dilihat akan berubah atas faktor perubahan dan pembangunan ekonomi Malaysia yang mana nisbah seorang jurutera adalah lima orang juruteknik kepada dua belas orang operator (1:5:12). Perubahan skala nisbah ini seterusnya akan menjana pekerja berpengetahuan dan mengubah struktur keperluan tenaga kerja di Malaysia. Perubahan ini disokong Wan Seman (2005) yang menyatakan bilangan pekerja separamahir (semiskilled), mahir (skilled) dan sangat mahir (highly skilled atau multiskilled) harus diperbanyakkan dalam fasa pembangunan ekonomi perindustrian di Malaysia.

Guru, pensyarah, jurulatih adalah pengajar di institusi pendidikan yang mana merupakan

profesional dalam sistem latihan dan pendidikan teknik dan vokasional. Kumpulan pekerjaan ini adalah dimanfaatkan dan dinamakan di atas sifat pekerjaan mereka oleh majikan atau institusi di mana mereka bekerja, namun ianya merujuk kepada peranan sebagai tenaga pengajar di sesebuah tempat. Komponen kritikal di dalam manmana program pendidikan dan latihan adalah jurulatih atau tenaga pengajar. Menurut Leslie Rae (1994) sesuatu program latihan bergantung kepada tenaga pengajar yang menjayakan program tersebut. Seperti yang dinyatakan dalam manual Ohio Workplace Education Resource Guide (2001), kurikulum yang baik hanya akan Berjaya dengan wujudnya tenaga pengajar yang bagus dalam penyampaian isi pengajaran dengan berkesan. Di Amerika Syarikat, antara badan yang mengakreditasi program latihan jurulatih adalah Institute for Sustainable Power, Inc.. Antara faedah yang dikenalpasti dalam pemberian akreditasi ini adalah kepada program itu sendiri dan juga kepada pelanggan program tersebut. Akreditasi membolehkan sesuatu organisasi atau program dinilai dari beberapa aspek. Akreditasi juga membolehkan sesuatu organisasi atau program tersebut dikenali dan diketahui oleh orang ramai. Di Australia, keperluan untuk menyediakan akreditasi bagi program latihan jurulatih di industri telah dikenalpasti kepentingannya.

Page 4: Tvet di msia

1.2 Penyataan Masalah

Daripada pembentangan bajet 2006, antara dua sektor utama yang mendapat perhatian kerajaan adalah sektor perindustrian dan pendidikan. Sektor pendidikan yang mantap mampu menghasilkan tenaga kerja bagi sektor perindustrian yang memenuhi keperluan dan kehendak daripada sektor tersebut. Keperluan tenaga kerja yang berbeza-beza dalam bidang teknik dan vokasional yang dipengerahui oleh faktor ekonomi negara mewujudkan kepelbagaian jenis dan corak pembangunan program kejurulatihan guru/jurulatih TVET. Sehubungan itu, UNESCO International Meeting on Innovation and Excellent in TVET Teacher/Trainer Education di Hangzhou, China (2004) telah menekankan bahawa terdapatnya keperluan bagi mewujudkan satu kerangka piawaian transnasional bagi pembangunan program kejurulatihan guru/jurulatih TVET. Kerangka ini akan melibatkan kerjasama antarabangsa daripada profesional TVET yang mana dilihat mampu meningkatkan tahap profesionalisme guru/jurulatih TVET. Seterusnya, turut digariskan adalah keperluan untuk mengkaji parameter yang diperlukan sebagai garis panduan dalam pembangunan program kejurulatihan guru/jurulatih TVET.

Namun begitu, usaha ini tidak mungkin dapat dilakukan diperingkat nacional dengan

penyertaan negara Malaysia kerana di Malaysia belum wujud piawaian program kejurulatihan TVET yang menyeluruh dan diterima pakai oleh kesemua pengamal TVET. Berikutan daripada itu juga, satu mesyuarat EU-Asialink Project bersama stakeholder pendidikan TVET di Malaysia yang diadakan di Johor Bharu, Malaysia pada 22 Ogos 2006 melaporkan bahawa satu piawaian pada peringkat nasional perlu diwujudkan bagi menyelaras program latihan kejurulatihan guru/jurulatih TVET di Malaysia. Berdasarkan kepada keperluan ini, kehendak daripada stakeholder ini digabung dan kriteria keterampilan dikupas dalam menghasilkan pensyarah yang kompeten. Lanjutan daripada itu, EU-Asialink Project 2nd International Meeting di Malang, Indonesia (2006) telah menggariskan enam domain yang dijadikan asas dalam membentuk kriteria keterampilan guru/jurulatih TVET. Enam domain tersebut adalah:

i. Pengetahuan (Mastery of Body Knowledge) ii. Kemahiran (General Skills) iii. Etika & Profesionalisme (Ethics & Profesionalisme) iv. Proses Sosial (Social Processes) v. Keusahawanan (Entrepreneurship) vi. Akauntabiliti Sosial (Social Accountability)

1.3 Objektif Kajian Kajian ini dijalankan bagi :

i. Mengenalpasti domain keterampilan yang diperlukan dalam menghasilkan seorang pensyarah TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

ii. Mengenalpasti kriteria bagi domain keterampilan yang diperlukan dalam menghasilkan seorang pensyarah TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

iii. Merangka satu piawaian nasional yang sesuai bagi program kejurulatihan pensyarah TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

1.4 Persoalan Kajian

Bagaimanakah domain dan kriteria keterampilan yang diperlukan bagi menghasilkan seorang pensyarah TVET daripada perspektif institusi pengajian tinggi awam di Malaysia.

Page 5: Tvet di msia

1.5 Kepentingan Kajian

Penyelidik berharap daripada kajian yang dilakukan akan dapat memberi input dan membantu pihak pengurusan latihan di Politeknik Port Dickson dan Jabatan Pengurusan Politeknik dalam merancang program kejurulatihan bagi memastikan penghasilan pensyarah politeknik yang lebih kompeten samada melalui program latihan atau pendidikan berterusan.

. 1.6 Skop Dan Batasan Kajian

Dalam memenuhi objektif kajian ini, pengumpulan data dimulakan dengan enam domain (cadangan EU-AsiaLink Project) iaitu pengetahuan, kemahiran, etika dan profesionalisme, proses sosial, keusahawanan dan akauntabiliti sosial. Enam domain ini adalah domain umum dalam melihat kriteria keterampilan pensyarah TVET. Walaubagaimanapun, skop kajian tidak tertakluk kepada enam domain tersebut sahaja. Responden diberi peluang untuk mencadangkan domain lain jika dirasakan sebagai keperluan.

Kajian ini dijalankan dengan melibatkan responden daripada pensyarah dan pengajar

dalam aliran teknikal dan vokasional di beberapa institusi pengajian tinggi terpilih sahaja. Penyelidik juga membuat andaian bahawa responden telah memberi respon dengan baik mengenai keperluan domain yang dicadangkan. 2.0 KAJIAN LITERATUR

Di Malaysia, sejarah latihan perguruan TVET disediakan oleh beberapa pihak terutamanya dari Kementerian Pelajaran Malaysia (KPM) dan Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Selain daripada itu, Kementerian Sumber Manusia juga menawarkan kursus perguruan bagi menyediakan tenaga pengajar bagi latihan teknikal. Antara institusi yang menawarkan latihan dan program kejurulatihan ialah Institut Perguruan Teknik, Institut Aminuddin Baki, Universiti Teknologi Tun Hussein Onn Malaysia dan Pusat Latihan Pengajar dan Kemahiran Lanjutan (CIAST). Bahagian Pendidikan Guru (BPG), KPM meneraju sistem perguruan guru dengan misi dan visi untuk membangunkan profession perguruan. BPG telah menyediakan beberapa kursus atau latihan pra perguruan bagi menampung keperluan tenaga pengajar sekolah-sekolah di Malaysia. Antara kursus praperguruan yang ditawarkan adalah:

i. Kursus Diploma Perguruan Malaysia (KDPM) ii. Kursus Perguruan Lepas Ijazah (KPLI) iii. Program Khas Pensiswazahan Guru (PKPG)

Diploma Perguruan Malaysia diperkenalkan oleh Kementerian Pelajaran Malaysia mulai tahun 1996 menggantikan kursus Sijil Perguruan Asas (KPA) bagi menyediakan latihan kepada guru-guru praperkhidmatan untuk sekolah rendah. Kursus ini dijalankan di institusi perguruan seluruh Malaysia untuk tempoh tiga tahun iaitu 6 semester dan bertaraf diploma. Kursus Perguruan Lepasan Ijazah ialah kursus yang ditawarkan oleh pihak BPG, KPM untuk member peluang kepada graduan-graduan yang memiliki Ijazah Sarjana Muda dalam pelbagai bidang untuk menceburi profesion perguruan bagi menampung kekurangan para guru di sekolah-sekolah seluruh Malaysia. Program Khas Pensiswazahan Guru adalah khas bagi Pegawai Perkhidmatan Pendidikan Bukan Siswazah yang sedang berkhidmat disekolah rendah, sekolah menengah, politeknik, kolej komuniti, institute perguruan atau pegawai pendidikan yang sedang berkhidmat di Pejabat Pendidikan Daerah, Jabatan Pendidikan Negeri, Bahagian-bahagian di KPM atau di agensi lain yang memohon mengikuti PKPG.

Page 6: Tvet di msia

Latihan Pendidikan untuk pensyarah politeknik dan kolej komuniti pada peringkat awal telah dilaksanakan di Maktab Perguruan dengan usahasama Bahagian Pendidikan Guru. Ketika itu sehingga Disember 2007, politeknik dan kolej komuniti menggunakan Skim Perkhidmatan Pendidikan sebagaimana yang digunapakai bagi guru-guru di sekolah. Skim tersebut bersandarkan kepada Pekeliling Perkhidmatan Bil. 2 tahun 1996 dan Surat Pekeliling Perkhidmatan Kementerian Pelajaran Bil. 1 tahun 1987 . Pekeliling ini menjelaskan bahawa guru yang diambil bertugas dan dilantik ke Skim Perkhidmatan Pendidikan perlu mempunyai kelayakan ikhtisas perguruan bagi maksud lantikan tetap dalam perkhidmatan. Pada tahun 2007 dan 2008, pensyarah baharu politeknik dan kolej komuniti telah mengikuti kursus Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah di tiga buah universiti iaitu Universiti Pendidikan Sultan Idris Shah (UPSI), Universiti Malaysia Sabah (UMS) dan Universiti Tun Hussein Onn (UTHM). Berdasarkan kepada perubahan Skim Perkhidmatan, Program Diploma Pendidikan Lepasan Ijazah (DPLI) tidak lagi diambil sebagai prasyarat lantikan tetap dan program ini sekali lagi mengalami perubahan sehingga membawa kepada keputusan penamatan pelaksanaannya. Progam ini seterusnya digantikan dengan Kursus Kepimpinan Instruksional dan Pembangunan Andragogi (KIPA) Program latihan pengajaran dan pembelajaran ini dirangka untuk meningkatkan kompetensi pensyarah kerana ianya melibatkan aktiviti yang menyumbangkan kepada pertambahan ilmu, kemahiran dan pengalaman yang boleh meningkatkan profesionalisme pegawai dalam bidang pendidikan.

KPTM mempunyai visi untuk menjadikan Malaysia sebagai pusat kecemerlangan pengajian tinggi menjelang tahun 2020. Misi yang didukung oleh KPTM adalah untuk membangunkan dan mewujudkan persekitaran pengajian tinggi yang menggalakkan ke arah penghasilan pusat ilmu yang unggul dan insan kompeten, berinovasi serta berakhlah mulia untuk memenuhi keperluan negara dan antarabangsa. Dalam mencapai dan memenuhi visi dan misi KPTM, antara objektif yang dirangka bagi memantapkan institusi pengajian tinggi awam di Malaysia adalah untuk memastikan sekurang-kurangnya 75% pensyarah institusi pengajian tinggi awam mempunyai kelayakan Ph.D atau setaraf dengannya dan 30% pensyarah politeknik dan kolej komuniti mempunyai kelayakan Ijazah Sarjana, Ph.D atau setaraf dengannya. Selain daripada itu, KPTM juga mensasarkan untuk menghasilkan gradúan-graduan yang kompeten untuk memenuhi keperluan guna tenaga kerja negara dan antarabangsa dengan sasaran 75% graduan mendapat pekerjaan dalam bidang relevan dalam tempoh enam bulan selepas tamat pengajian. Kesemua objektif yang dirangka KPTM adalah berteraskan lima teras utama iaitu:

i. Mewujudkan perancangan pengajian tinggi yang strategik dan sistematik ii. Mengukuhkan pengurusan pengajian tinggi negara iii. Menambah kapasiti, akses dan penyertaan dalam bidang pengajian

tinggi iv. Meningkatkan kualiti pengajian tinggi negara setanding peringkat

antarabangsa v. Mengantarabangsakan pengajian tinggi negara.

Daripada teras ketiga dan keempat yang saling berkait rapat antara satu sama lain bagi memenuhi keperluan penyediaan tenaga pengajar yang mempunyai kelayakan yang lebih tinggi, satu program kejurulatihan yang mantap dan berkualiti tinggi perlu disediakan untuk memastikan semua pendidik mempunyai sifat luhur, bertanggungjawab dan tahap profesionalisme yang tinggi dalam menjalankan tugas. Dengan penekanan kepada penyediaan pensyarah politeknik dan universiti, secara tidak langsung penyediaan pensyarah teknikal dan vokasional dilihat mempunyai keperluan yang tinggi dalam memenuhi objektif KPTM.

Daripada Campos B.P. (2002), dalam memenuhi pencapaian pengajaran, antara kriteria

yang terlibat adalah merujuk kepada:

i. Objektif dan hasil pembelajaran program;

Page 7: Tvet di msia

ii. Proses yang dijalankan bagi mencapai objektif program; iii. Aktor yang bertanggungjawab bagi proses yang terlibat; iv. Sumber yang diperlukan.

Ini bermakna, aktor dan pekerja yang dimaksudkan adalah tenaga pengajar yang akan menyampaikan isi pengajaran dalam proses pengajaran dan pembelajaran program tersebut. Dalam memenuhi objektif yang digariskan oleh KPTM dalam menghasilkan tenaga pengajar yang berkualiti, ciri-ciri keterampilan tenaga pengajar harus diambil kira. Dalam “Kod amalan Jaminan Kualiti Bagi Institusi Pengajian Tinggi Awam di Malaysia” edisi kedua 2005, telah menggariskan jaminan kualiti ialah keseluruhan sistem, sumber dan maklumat yang diperuntukkan bagi mengekalkan dan memperbaiki kualiti dan standard pengajaran, kesarjanaan dan penyelidikan, serta pengalaman pembelajaran pelajar. Garis panduan kriteria dan piawai IPTA di Malaysia yang ditetapkan dan dipersetujui bersama oleh wakil komuniti akademik, profesional dan kerajaan pada Mac 2002 mengkategorikan sembilan bahagian bagi taksiran, iaitu:

i. Visi, misi, matlamat dan hasil pembelajaran; ii. Rekabentuk program pendidikan dan kaedah pengajaran an

pembelajaran; iii. Penilaian pelajar; iv. Pemilihan pelajar dan sistem sokongan; v. Staf akademik; vi. Sumber pendidikan; vii. Penilaian program; viii. Kepimpinan dan governans; ix. Penambahbaikan kualiti berterusan.

Begitu juga dengan sorotan kajian dan laporan terdahulu, kualiti staf akademik dilihat

sebagai komponen atau bahagian yang paling kritikal dalam sistem pendidikan dan pengajian tinggi samada di luar negara atau di Malaysia. Oleh yang demikian, domain keterampilan bagi guru/pensyarah TVET perlu ditentukan. Professional Development Framework 2005/2006 for Vocational Education and Training in Western Australia (2005) manggariskan kriteria keterampilan yang perlu ada bagi pengamal TVET ialah pengetahuan, kepakaran teknikal, kepimpinan, kemahiran pengurusan, keusahawanan dan keterampilan dalam penyampaian. Daripada kerangka sistem dual, jurulatih TVET diperlukan memiliki tiga komponan keterampilan iaitu komponen keterampilan teknikal, keterampilan dalam sosial dan keterampilan dalam pedagogi. Daripada kajian Izlin Zuriani (2002), domain yang mempengaruhi kualiti pensyarah politeknik adalah sikap, penguasaan ilmu pengetahuan, penguasaan kemahiran dan profesionalisme. Manakala menurut Yasmin (2000) dalam Izlin Zuriani (2002) lima indikator atau domain yang menilai guru yang efektif adalah kepimpinan, pengurusan bilik darjah, penglibatan an sokongan serta bahan pengajaran. Interstate New Teacher Assesment and Support Consortium (INSTAC) menyenaraikan sepuluh standard keterampilan iaitu pengetahuan pembelajaran, pengetahuan perkembangan manusia, menilai keperluan individu, strategi pengajaran yang pelbagai, kemahiran pengurusan, kemahiran komunikasi, kemahiran merancang pengajaran, penilaian pelajar, komitmen dan tanggungjawab profesional dan perkongsian atau partnerships. Selain daripada itu juga, Zakaria Kasa (2005) turut mengetengahkan keperluan latihan keusahawanan dalam perspektif pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. Laporan minit mesyuarat stakeholder pendidikan TVET di Malaysia (Ogos, 2006) menyatakan keperluan kepada budaya keusahawanan dilihat sebagai penting sebagai salah satu medium bagi menggerakkan produktiviti tenaga kerja yang dihasilkan oleh sistem TVET. Ini mencontohi budaya perniagaan negara timur khasnya negara Jepun yang sangat bijak mengkomersialkan produk inovasi mereka. Antara lain, keterampilan yang perlu ada bagi pekerja yang diperlukan oleh majikan di Malaysia menurut Ab. Rahim et. al (2005) adalah komunikasi efektif, kemahiran interpersonal, kualiti kepimpinan yang baik, literasi komputer, kebolehan membentuk dan bekarja di dalam kumpulan, bermotivasi tinggi, kemahiran analitikal yang baik, mampu bekerja secara sendiri, berpengetahuan, mampu menyesuaikan keadaan,

Page 8: Tvet di msia

jujur, integriti, kauntabiliti, berdisiplin, mahir berpengucapan awam, proaktif, bertanggungjawab, berinisiatif dan agresif.

Daripada kriteria-kriteria yang disorot, boleh disimpulkan antara domain yang

mengkelaskan kriteria tersebut adalah pengetahuan, kemahiran, etika dan profesionalisme, proses sosial, keuasahawanan dan akauntabiliti sosial. Domian-domain ini dilihat sebagai saling bergantung di antara satu sama lain dari segi kriteria bagi setiapnya.

3.0 METODOLOGI KAJIAN

Rekabentuk kajian kuantitatif ini dilakukan dengan rekabentuk tinjauan dan analisis dokumen. Menurut Mohd Majid (2004), kajian tinjauan bermatlamat untuk mengumpul maklumat mengenai pemboleh-pembolehubah serta mengukur pemboleh-pembolehubah yang berkait dengan sesuatu fenomena tanpa menyoal mengapa pembolehubah tersebut wujud. Bagi analisis dokumen pula, kajian literatur atau sumber-sumber literatur dijadikan sumber maklumat kajian untuk dilakukan sintesis kajian. Menurut Chua (2006), antara sumber rujukan bagi kajian literatur termasuklah dokumen sah, minit mesyuarat, surat dan dokumen penulisan lain yang tidak diberi indeks dalam perpustakaan. Fasa pertama dalam kajian ini adalah dengan melakukan analisis dokumen bagi penghasilan penanda aras pembolehubah yang menjadi domain cadangan dalam kajian ini. Lanjutan daripada itu, instrumen dibina dengan penghasilan borang soal selidik. Kajian ini mengenalpasti kriteria seorang jurulatih berketerampilan dengan cara memberi borang soal-selidik kepada pensyarah institusi pengajian tinggi awam Malaysia yang terpilih. 3.1 Populasi dan Sampel Kajian Populasi kajian adalah terdiri daripada pemberi pengajian tinggi teknikal di Malaysia. Daripada populasi ini, Populasi kajian ini terdiri daripada dua kelompok utama institusi pengajian tinggi di Malaysia iaitu universiti tempatan dan politeknik KPTM. Universiti yang terpilih adalah Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM), Universiti Teknologi Malaysia (UTM), Universiti Putra Malaysia (UPM), Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM). Secara signifikan, pemilihan dibuat kerana universiti ini merupakan pelopor utama sistem TVET di IPTA Malaysia. Selain daripada itu, politeknik KPTM juga turut dijadikan sampel kajian dengan penglibatan daripada Politeknik Johor Bharu (PJB), Politeknik Port Dickson (PPD) dan Politeknik Sultan Abdul Halim Muadzam Shah (PoliMAS). Politeknik merupakan antara pusat pengajian awam utama yang menawarkan sistem latihan teknik dan vokasional di Malaysia. Ketiga-tiga politeknik tersebut dipilih bagi mewakili populasi kerana sifat pensyarah politeknik KPTM yang homegen. Seramai 246 orang responden terpilih daripada populasi pensyarah TVET di Malaysia dengan menggunakan prosedur persampelan rawak. 2 prosedur persampelan yang berbeza dilakukan kerana melibatkan dua sub populasi yang berbeza. Bagi subpopulasi universiti, persampelan rawak mudah digunakan manakala persampelan berkelompok dilakukan bagi subpopulasi politeknik.

3.2 Instrumen Kajian Data yang diperolehi terdiri daripada dua iaitu data primer dan data sekunder. Data primer merupakan data mentah yang dikumpul penyelidik sendiri (Lau dan Zainuddin, 2001). Semua data ini dikumpul melalui kaedah soal selidik. Data sekunder pula adalah data yang diperolehi daripada fakta yang telah sedia ada dalam buku rujukan, jurnal dan juga bahan-bahan bercetak yang lain. Penyelidik menggunakan sumber rujukan yang sahih dan tidak diragui kebenarannya.

Page 9: Tvet di msia

Instrumen yang digunakan dalam kajian ini adalah melalui pengedaran soal selidik. Borang soalselidik yang dibina dibahagikan kepada tiga bahagian utama iaitu:

i. Bahagian I: Profil Responden ii. Bahagian II: Domain Keterampilan iii. Bahagian III:Kriteria bagi Domain Keterampilan.

3.3 Kesahan dan Kebolehpercayaan Instrumen Untuk memastikan instrumen pengukuran yang dibentuk dapat mengukur perkara yang hendak dikaji, borang soal selidik telah melalui proses kesahan kandungan dan kesahan konstruk. Seterusnya kajian rintis telah dilakukan untuk melihat kebolehpercayaan item yang dibina. Kajian rintis dilakukan terhadap 10 orang pensyarah TVET yang mewakili populasi. Kajian rintis menggunakan pengujian Alpha Cronbach yang mempunyai julat nilai 0.0 hingga 0.1 (Zaidatun dan Mohd Salleh, 2003). Nilai alpha (α) yang lebih besar dari 0.6 dan menghampiri 1.0, menunjukkan tahap kebolehpercayaan instrumen yang tinggi. Hasil dari kajian rintis yang dijalankan, nilai Alpha Cronbach (α) yang diperolehi bagi keseluruhan item soal selidik adalah 0.96. 4.0 DAPATAN DAN ANALISA DAPATAN KAJIAN 4.1 Profil Responden

Seramai 199 orang responden telah dipilih dari subpopulasi pensyarah di politeknik KPTM dan dikaji. Secara keseluruhan, pensyarah politeknik yang dikaji adalah terdiri daripada pensyarah Jabatan Kejuruteraan Awam, Jabatan Kejuruteraan Elektrik dan Jabatan Kejuruteraan Mekanikal. Selain daripada itu, seramai 47 orang pensyarah pengajian pendidikan teknikal telah dipilih dan dikaji daripada universiti awam yang menawarkan kursus berorientasikan pendidikan teknikal.

Jadual 4.1 : Agihan Responden Mengikut Subpopulasi

Subpopulasi Bilangan Peratus (%)

Politeknik KPTM 199 78 Universiti Awam 47 22

Jumlah 246 100

Daripada 246 orang responden yang memberi maklum balas terhadap soal selidik yang diedarkan, peratus keseimbangan antara lelaki dan perempuan adalah lebih besar peratusan responden perempuan iaitu sebanyak 55.7% dan hanya 44.3% responden lelaki. Tahap pendidikan tertinggi responden dilihat daripada tiga tahap utama iaitu Diploma, Ijazah Sarjana Muda dan Ijazah Sarjana. Daripada analisa, peratus tertinggi adalah responden yang mempunyai tahap pendidikan Ijazah Sarjana dengan peratusan sebanyak 41.1%. Daripada jumlah responden yang terlibat, peratus tertinggi yang dicatatkan oleh kumpulan yang berkhidmat atau terlibat secara langsung dalam sistem TVET selama 1 hingga 5 tahun iaitu sebanyak 51.3%. Kumpulan kedua tertinggi pula adalah kumpulan 6 hingga 10 tahun iaitu sebanyak 28% dan kumpulan ketiga iaitu yang terlibat dalam sistem TVET lebih daripada 10 tahun adalah 20.8%.

Page 10: Tvet di msia

4.2 Domain Keterampilan Guru/Pensyarah TVET di Malaysia.

Jadual 4.2 menunjukkan skor min dan tahap keperluan domain yang ditafsirkan mengikut kepentingan. Daripada analisis deskriptif, skor min yang diperolehi bagi domain pengetahuan adalah 4.45, manakala skor min bagi domain kemahiran adalah 4.46. untuk melihat tahap keperluan sesuatu domain, perbandingan skor min di antara domain tersebut dibandingkan. Daripada dapatan, pensyarah di institusi pengajian tinggi awam Malaysia telah menyatakan bahawa domain kemahiran adalah sangat diperlukan bagi seorang guru/pensyarah TVET yang berketerampilan. Ini diikuti oleh domain pengetahuan, domain etika dan profesionalisme, domain akauntabiliti sosial, domain proses sosial dan akhir sekali adalah domain keusahawanan. Lanjutan daripada itu, keenam-enam domain awalan yang dicadangkan adalah dipersetujui untuk digunakan sebagai domain dalam merangka sebuah program kejurulatihan guru/pensyarah TVET di Malaysia.

Jadual 4.2 : Skor Min dan Tahap Keperluan Domain mengikut Kepentingan

Domain Skor Min Aras Persetujuan

Tafsiran Min Kedudukan

Pengetahuan 4.45 Setuju Perlu 2 Kemahiran 4.46 Setuju Perlu 1 Proses Sosial 4.28 Setuju Perlu 5 Etika & Profesionalisme

4.41 Setuju Perlu 3

Keusahawanan 3.63 Sederhana Setuju

Sederhana Perlu

6

4.3 Kriteria Keterampilan Guru/Pensyarah TVET Kriteria yang diperlukan bagi seorang guru/pensyarah yang berketerampilan dikenalpasti berdasarkan domain yang dipersetujui. 4.3.1 Kriteria bagi Domain Kemahiran Daripada soal selidik rumusan kriteria bagi domain kemahiran yang dibentuk adalah kemahiran industri, kemahiran instruksi dan kemahiran facilitating. Daripada skor min yang diperoleh, kemahiran facilitating merupakan kemahiran yang sangat diperlukan (skor min tertinggi = 4.38) dan diikuti dengan kemahiran instruksi dan kemahiran industri.

Jadual 4.3 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Kemahiran.

Kriteria Domain Kemahiran

Skor Min Tafsiran Min Kedudukan

Kemahiran Industri 4.26 Perlu 3 Kemahiran Instruksi 4.34 Perlu 2 Kamahiran “Facilitating”

4.38 Perlu 1

Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.

Daripada kajian, kemahiran facilitating yang dirasakan perlu ada pada pensyarah TVET adalah kemahiran dalam melaksanakan strategi pengajaran dan menekankan aspek pemikiran kritis. Kemahiran intruksi yang dapat memindahkan kemahiran hands-on pensyarah kepada

Page 11: Tvet di msia

pelajar merupakan aspek kedua yang terpenting. Kerana kekangan peluang untuk sangkutan di industri, kemahiran industri merupakan kemahiran yang paling akhir dianggap perlu untuk domain kemahiran. 4.3.2 Kriteria bagi Domain Pengetahuan Bagi domain pengetahuan, kriteria yang diperlukan adalah dari aspek kandungan pengetahuan, kedalaman pengetahuan, pemindahan pengetahuan dan peningkatan pengetahuan pensyarah tersebut. Daripada Jadual 4.4, didapati bahawa aspek atau kriteria yang paling diperlukan adalah dari segi kandungan pengetahuan seorang pensyarah tersebut. Ia merangkumi kandungan pengetahuan dari pengetahuan dan kemahiran teknikal dalam bidang pensyarah tersebut.

Jadual 4.4 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Pengetahuan.

Kriteria Domain Pengetahuan

Skor Min Tafsiran Min Kedudukan

Kandungan Pengetahuan

4.5325 Perlu 1

Kedalaman Pengetahuan

4.4268 Perlu 3

Pemindahan Pengetahuan

4.2378 Perlu 4

Peningkatan Pengetahuan

4.4533 Perlu 2

Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.

Kriteria kandungan pengetahuan dalam aspek teknikal dilihat sebagai aspek yang paling dominan, signifikan dengan pengetahuan teknikal dan kemahiran teknikal yang dimilikinya, guru/pensyarah TVET dapat membentuk identiti TVET yang dibawanya. Responden kajian berpendapat bahawa minat mempelajari teknologi baru adalah diperlukan bagi meningkatkan pengetahuan yang dimiliki mereka. Rasionalnya adalah kerana teknologi dalam bidang teknik dan vokasional mengalami perkembangan dalam jangka waktu antara 3 tahun hingga 5 tahun. Selain daripada itu, kedalaman tentang pengetahuan sedia ada ditempatkan sebagai ketiga penting kerana kedalaman pengetahuan yang efektif dapat membimbing pelajar mentafsir idea secara teknikal dalam pengembangan isi pengajaran. Sesama rakan sekerja dan kumpulan pakar, guru/pensyarah TVET dilihat perlu kepada proses pemindahan pengetahuan sebagai satu budaya transformasi. 4.3.3 Kriteria bagi Domain Etika dan Profesionalisme Kriteria yang terhasil bagi domain ini adalah meliputi aspek pengurusan pelajar, amalan baik dan pembangunan profesionalisme (rujuk Jadual 4.5). Keperluan yang paling dominan adalah daripada kriteria pembangunan profesionalisme guru/pensyarah TVET. Ini adalah dengan melihat skor min persetujuan pada julat perlu iaitu 4.51. Ini disusuli dengan amalan baik dan pengurusan pelajar yang sistematik yang dipraktikkan oleh guru/pensyarah TVET.

Jadual 4.5 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Etika dan Profesionalisme.

Kriteria Domain Etika dan Profesionalisme

Skor Min Tafsiran Min Kedudukan

Pengurusan Pelajar 4.3028 Perlu 3

Page 12: Tvet di msia

Amalan Baik 4.3659 Perlu 2 Pembangunan Profesionalisme

4.5081 Perlu 1

Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.

4.3.4 Kriteria bagi Domain Akauntabiliti Sosial Domain akantabiliti sosial adalah domain pendidikan yang melibatkan antaranya aspek penjaminan tahap kualiti keluaran program pendidikan tersebut (Baharom Mohammad, 2007). Jadual 4.6 menunjukkan skor min dan kedudukan kriteria yang terhasil bagi domain akauntabiliti sosial. Kriteria adil menunjukkan kriteria yang paling diperlukan bagi domain ini dengan skor min tertinggi iaitu 4.36. perbezaan skor min menunjukkan perbezaan yang kecil dan seterusnya menunjukkan kriteria bertanggungjawab sebagai kedua perlu dan diikuti dengan kriteria amanah.

Jadual 4.6 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Akauntabiliti Sosial.

Kriteria Domain Akauntabiliti Sosial

Skor Min Tafsiran Min Kedudukan

Amanah 4.3557 Perlu 3 Adil 4.3659 Perlu 1 Bertanggungjawab 4.3598 Perlu 2 Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.

Secara kesimpulan, dalam program kejurulatihan guru/pensyarah TVET, aspek akauntabiliti sosial akan merujuk kepada tanggungjawab guru untuk bertugas sebagai seorang yang amanah, adil dan bertanggungjawab. Oleh itu, program haruslah dirangka selaras dengan keperluan ini, supaya guru/pensyarah TVET yang dikeluarkan akan mengamalkan keperluan ini dalam menjamin akauntabiliti sosial yang diperlukan. 4.3.5 Kriteria bagi Domain Proses Sosial Kriteria yang dibentuk bagi domain ini adalah seperti yang ditunjukkan dalam Jadual 4.7. Bagi domain proses sosial, terdapat empat kriteria yang mewakili item di dalam soal-selidik. Kriteria tersebut adalah komunikasi berkesan, kemahiran interpersonal, kerja berkumpulan dan perubahan budaya. Daripada skor min yang diperoleh, kemahiran interpersonal merupakan kriteria yang sangat diperlukan (skor min tertinggi = 4.55) dan diikuti dengan kerja kumpulan, boleh menerima dan mengadaptasi perubahan budaya dan mempraktikkan komunikasi berkesan.

Jadual 4.7 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Proses Sosial.

Kriteria Domain Proses Sosial

Skor Min Tafsiran Min Kedudukan

Komunikasi Berkesan 4.2988 Perlu 4 Kemahiran Interpersonal

4.5488 Perlu 1

Kerja Kumpulan (Teamworking & Networking)

4.4167 Perlu 2

Perubahan Budaya 4.3354 Perlu 3 Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.

Page 13: Tvet di msia

4.3.6 Kriteria bagi Domain Keusahawanan Walaupun daripada keperluan domain, domain keusahawanan ditafsirkan sederhana perlu, namun begitu, domain ini harus dilihat sebagai satu alternatif penting sebagai jalan penyelesaian lain dalam membantu masalah pengangguran negara (Jens Mueller et. al, 2005). Bagi domain keusahawanan, kriteria yang dibentuk adalah kemahiran keusahawanan, kemahiran kesediaan dan fungsi perniagaan. Daripada Jadual 4.8, kriteria yang paling diperlukan adalah kemahiran kesediaan dengan skor min sebanyak 4.03. Ini diikuti dengan kemahiran keusahawanan (skor min = 3.9146) dan seterusnya fungsi perniagaan (skor min = 3.8191).

Jadual 4.8 : Rumusan Skor Min dan Tahap Keperluan Kriteria Domain Keusahawanan.

Kriteria Domain Keusahawanan

Skor Min Tafsiran Min Kedudukan

Kemahiran Keusahawanan

3.9146 Perlu 2

Kemahiran Kesediaan (Ready Skill)

4.0305 Perlu 1

Fungsi Perniagaan 3.8191 Perlu 3 Julat persetujuan: 1~2.4 = Tidak Perlu, 2.41~3.8 = Sederhana Perlu, 3.81~5.00 = Perlu.

Oleh kerana elemen keusahawanan masih baru untuk diterapkan dalam sistem TVET di Malaysia, responden bagi kajian ini merasakan bahawa keperluan utama dalam domain ini adalah kemahiran kesediaan. Kriteria ini mewakili keupayaan pensyarah TVET untuk menjana rasa kesediaan pelajar untuk memulakan perniagaan dan kebolehan menyediakan aktiviti yang membolehkan pelajar menjadi lebih kreatif dan inovatif dalam penghasilan produk. Kriteria kemahiran keusahawanan pula adalah melibatkan proses keusahawanan yang lengkap yang harus dipupuk secara berperingkat. Seterusnya, kriteria terakhir yang diperlukan dalam domain ini adalah pengetahuan tentang fungsi perniagaan. Kriteria ini mewakili pengetahuan asas dalam pengurusan perniagaan dan pemasaran serta pengetahuan tentang kewangan dan perancangan strategik dalam perniagaan. 4.3.7 Rumusan Domain Keterampilan Guru/Pensyarah TVET Secara perincian, domain dan kriteria keterampilan yang dicadangkan dan dianalisa oleh penyelidik telah dirumuskan dalam Jadual 4.9. Domain dan kriteria telah dirumuskan mengikut tahap keperluan yang telah dipersetujui oleh responden.

Jadual 4.9 : Rumusan Domain Keterampilan Guru/Pensyarah TVET

Domain Kemahiran Pengetahuan Etika & Profesionalisme

Akauntabiliti Proses Sosial Keusahawanan

Kriteria

Kemahiran "Facilitating"

Kandungan Pengetahuan

Pembangunan Profesionalisme

Adil Kemahiran Interpersonal

Kemahiran Kesediaan

(Ready Skill)

Kemahiran Instruksi

Kedalaman Pengetahuan

Amalan Baik Bertanggung-jawab

Kerja Kumpulan Kemahiran Keusahawanan

Kemahiran Industri

Peningkatan Pengetahuan

Pengurusan Pelajar

Amanah Perubahan Budaya

Fungsi Perniagaan

Pemindahan Pengetahuan

Komunikasi Berkesan

Page 14: Tvet di msia

5.0 KESIMPULAN

Kajian ini dijalankan bagi mengenalpasti tahap keperluan setiap domain yang dicadangkan dalam kajian dalam usaha merekabentuk sebuah kerangka piawaian nasional bagi program kejurulatihan guru/pensyarah TVET di Malaysia. Daripada domain yang dicadangkan iaitu pengetahuan, kemahiran, etika dan profesionalisme, proses sosial, keusahawanan dan akauntabiliti sosial, tahap keperluan bagi kesemua domain adalah tinggi. Begitu juga dengan kriteria yang mewakili setiap domain, tahap keperluan yang dikenalpasti juga adalah tinggi. Ini bermakna setiap domain dan kriteria yang dicadangkan adalah diperlukan dalam membentuk keterampilan seorang guru/pensyarah TVET. Lanjutan daripada itu, kriteria dan domain ini seterusnya disepadukan bagi membentuk sebuah kerangka piawaian nasional program kejurulatihan guru/pensyarah TVET.

Secara keseluruhan, antara domain yang sangat diperlukan adalah daripada aspek

kemahiran. Oleh itu, program latihan dan pendidikan berterusan yang berkaitan haruslah memberi penekanan kepada aspek kemahiran dan diseimbangkan dengan aspek pengetahuan yang harus dimiliki oleh guru/pensyarah TVET tersebut. Selain daripada itu, keperluan kepada pembentukan nilai etika dan profesionalisme terhadap bakal guru/pensyarah TVET yang dihasilkan harus diterapkan dalam program kejurulatihan latihan berkaitan. Begitu juga tidak ketinggalan keperluan kepada aspek akauntabiliti sosial dan proses sosial yang harus dimiliki oleh guru/pensyarah TVET. Walaupun aspek keusahawanan masih baru untuk disepadukan dalam program kejurulatihan TVET, namun keperluan bagi aspek ini telah dikenalpasti. Oleh itu, program latihan harus juga mengambilkira aspek ini dalam membentuk keterampilan guru/pensyarah berkenaan.

Rumusan domain dan kriteria yang telah dihasilkan merupakan kerangka yang telah

mengambilkira tahap persetujuan responden mengenai domain dan kriteria keterampilan yang diperlukan. Oleh itu, kerangka domain ini sesuai dan boleh diguna pakai oleh semua institusi pengajian tinggi TVET di Malaysia. Ianya adalah lebih fleksibel dan mudah untuk disesuaikan dengan keperluan institusi kerana ianya mengambilkira faktor yang dicadangkan. Akhir sekali, penambahbaikan secara berkesinambungan terhadap kerangka domain dan kriteria ini dapat dijalankan agar penggunaannya adalah merangkumi setiap aspek yang dominan bagi keperluan semasa. Seterusnya, diharap kajian ini dapat meningkatkan piawaian keterampilan guru/pensyarah TVET di Malaysia yang mana mampu membantu memangkin transformasi sistem pendidikan teknik dan vokasional di Malaysia. 6.0 CADANGAN

Hasil sintesis kajian ini amat penting sebagai input dalam penambahbaik sistem pengurusan latihan dan pendidikan Jabatan Pengurusan Politeknik yang mewakili sistem pendidikan dan latihan teknik dan vokasional. Daripada hasil kajian , Jabatan Pengurusan Politeknik dan Unit Latihan Politeknik Port Dickson khasnya, dapat merangka latihan dan program pendidikan berkaitan yang akan memenuhi keperluan keterampilan pensyarah di politeknik. Antara cadangan yang dikenalpasti adalah:

i. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik boleh menggunakan domain

keterampilan ini sebagai panduan bagi merangka strategi penerapan kriteria tersebut dalam menyediakan manual latihan bagi guru/pensyarah TVET.

ii. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik diharap dapat melihat keperluan peluang kerjasama bersama industri bagi memenuhi keperluan

Page 15: Tvet di msia

pensyarah TVET dalam industri sebagai proses peningkatan profesionalisme.

iii. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik diharap dapat melihat keperluan latihan dalam bidang keusahawanan terutama bagi pensyarah teknikal supaya pendedahan dalam bidang keusahawanan dapat memberi input kepada pensyarah TVET seterusnya dapat memperluas prospek kerjaya pelajar lepasan politeknik.

iv. Pihak Jabatan Pengurusan Politeknik dan politeknik di Malaysia diharap dapat merangka strategi perkongsian dan pemindahan ilmu bagi memenuhi domain kemahiran dan pengetahuan terutama dalam aspek teknikal bagi melahirkan pensyarah yang kompeten.

v. Pihak pengurusan dan pentadbiran politeknik boleh menggunakan domain ini sebagai input penambahbaikan proses pemantauan pensyarah di jabatan.

vi. Pihak pensyarah TVET sendiri boleh menggunakan kerangka domain ini sebagai penandaaras bagi membantu guru/pensyarah TVET di Malaysia membuat penilaian kendiri.

7.0 RUJUKAN _.(1992).Model Standards For Beginning Teacher Licensing, Assesment And Development: A

Resource For State Dialogue. Developed by Interstate New Teacher Assesment and Support Consortium, Washington.

_.(2004).International Framework Curriculum For A Master Degree for TVET Teachers and Lecturers. UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In TVET Teacher Education.

_.(2005).Professional Development Framework 2005/2006 for Vocational Education and Training in Western Australia. Department of Education and Training, Western Australia.

Abdullah Ahmad Badawi (2005). Ucapan Bajet Tahun 2006. Ab Rahim, Shamsiah M., & H. Ivan (2005). “What do they look for when hiring nwe staff? The

perspective of Malaysian employers?”. The Twelfth International Conference on Learning Faculty of Education at University of Granada.

Ana Maria Rosende (2004). “Views from the field”, UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China.

Asian Development Bank (2004). “Improving Technical Education and Vocational Training Strtegies for Asia.” Asian Development Bank.

Baharom Mohamad (2007). “Kepimpinan dan Pengurusan dalam PTV, MBE 2263.” Modul Pengajarn, Fakulti Pendidikan Teknikal:Pejabat Penerbit UTHM.

Catherine Ashmore (2006). “National Standards for Entrepreneurship Education Enhance Student Performance.” Webcast transcript:March 31, 2006. Transcription by Professional Reporters, Insc., 800-229-0675.

Chae Ryang II (2004). “Views from the field”. UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China.

Che Kum Clement (2006). “Design and Development of Technical and Vocational Teacher/Trainer education Qualification Framework and Professional Standards in the OIC member Countries.” Paper at Islamic University of Technology (IUT), Bangladesh.

Clive Chappell (1999). “Issue of teacher identity in restructing VET system.” UTS Research Centre for Vocational Education and Training Working paper 99-42.

Clive Chappell (2000). “The new VET professional:Culture roles & Competance” UTS Research Centre for Vocational Education and Training Working paper 00-41.

Giselo Dybowski (2005). “Methodology for developing and implementing vocational education and training standards national case study:Germany.” Federal Institute for Vocational Training (BIBB):Germany.

Gonczi A., Curtain R., Hager P., Hallard A. And Harrison J. (1995). “Key Competencies in On the Job Training” Report Sydney:Scholl of Adult Education, University Technology, Sydney

Page 16: Tvet di msia

and NSW Department of Industrial Relations, Employment, Training and Further Education.

Gregory C. McLaughlin (1997). “Total Quality in Research and Development”. Series Editor Frank Voehl, Synergy Book International:Kuala Lumpur.

Hager, Paul McIntyre, John, Moy, Janelle, Comyn, Paul, Stone, Jacqui, Schwenke, Cristina, Gonczi, Andrew (1996). “Workplace Keys.Piloting the Key Competencies in Workplace Training: Technology University Sidney, Broadway (Australia).” Research Centra for Vocational Education and Training.

Institute Sustainable Power (2003). “Accreditation and Certification Applicant Information”. Booklet 2003: Institute Sustainable Power.

Izlin Zuriani (2002).”Kualiti Pensyarah Politeknik Lepasan Sarjana Pendidikan KUiTTHO.” Tesis Sarjana KUiTTHO.

Jailani Md Yunos (2004).”Views from the Field”. UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China.

Jens Mueller, Bentham Ohia, John Thornton, Joe Dewberry, Tan Wee Liang & Hu Hanjun (2005). “Creating Empowered, Entrepreneurial Opportunities in Indigenous Communities: A Comparative evaluation of Action-learning in Singapore, China, Korea, New Zealand and Australia.” International Indigigenous Journal of Entrepreneurship, Advancement, Strategy and Education Vol I, Issue 1, Special Edition “WiPCE World Indigenous People Congress on Education, Hamilton, New Zealand.

Kaplan, LS and Owings, W. A. (2001a). “Teacher Qualityand Student Achievement: Recommendation for Principles.” NASSP Bulletin n Vol. 85 No. 625.

Kaplan, LS and Owings, W. A. (2001b). “How Principals Can Help Teachers with High-Stakes Testing: One Surveys Findings with National Implications.” NASSP Bulletin n Vol. 85 No. 625 pg 15-23.

Kod Amalan Jaminan Kualiti Institusi Pengajian Tinggi Awam (IPTA)(2005). Edisi Kedua. Bahagian Jaminan kualiti, Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia.

Laporan Minit EU-Asia Project 2nd International Meeting (2006). 29-31 August 2006, Malang, Indonesia.

Laporan Minit Mesyuarat EU-Asialink bersama stakeholder Pendidikan TVET di Malaysia (2006). 22 August 2006, Johor Bharu, Johor, Malaysia.

Laporan Minit UNESCO International Meeting on Innovation and Excellence in TVET Teacher/Trainer Education. (2004). 8-10 November 2004, Hangzhou, China.

Leslie Rae (1994).”How to design and introduce trainer development programmes.” Kogan Page Limited, London.

Lynch, Lisa M. (1993). “Strategies for Workplace Training, Lessons from Abroad”. Economy Policy Inst., Washington DC.

Maimunah Aminuddin (2001). “Effective Training in Malaysian Organisations”. Mc Graw Hill. Masriam Bukit (2004). “Views from the field”. UNESCO International Meeting On Innovation And

Excellent In TVET Teacher Education. Hangzhou, China. Masriam Bukit (2006). “Professionalisation of the TVET Trainers Towards Continuous Human

Resources Development (An Issue for International Cooperation)”. International Conference on Technical and Vocational Education and Training 2006, Quality in TVET:Issues and Challenges Towards Human Capital Development 20~21 August 2006, Johor Bharu, Johor, Malaysia.

Mike Chu-Hsun Kuo (1994). “The Entreprise Training System and Training Content Analysis of Large Companies in Taiwan”. 62-63.

Mohamed Suleiman (2004).”Perutusan Tahun Baru Pengerusi/Ketua Eksekutif Akreditasi Benchmark Kursus Berkualiti”. Buletin LAN Vol. 3 No 1/2004.

Ohio Workplace Education Resource Guide (2001). Manual:Northwest ABLE Resource Centre, Toledo, Ohio.

Peter Gerds (2004). “Standards for Occupation-directed Education, Training and Development Practitioners (ETDPs) Input Paper for Group Session A”. UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In TVET Teacher Education.

Rushami Zien Yusoff, Kamarulzaman Md Ali, Mohd Suan Madon, Azran Mohamad (1999). “Sistem Pengurusan Kualiti MS ISO 9000 Dalam Pendidikan. Konsep & Aplikasi di Sekolah”. Kedah. Penerbit Utara Malaysia.

Page 17: Tvet di msia

Wan Seman Wan Ahmad (2005). “The New Sectors of Economic Growth: The Contributing Role of Technical and Vocational Education”. National Technical & Vocational Education Conference, Crown Princess Hotel, K.L.

Zakaria Kasa, Ab Rahim Bakar (2006). “Vocational and Technical education and Career Development: Malaysian Perspectives”. 2nd Asean Technical Conference & Career Expo 2006 (Technical Education and Vocational Training). Kuching, Sarawak.

Zhou (2004). “Opening session”. UNESCO International Meeting On Innovation And Excellent In TVET Teacher Education.