tutorial.pptx

Upload: nurshaidatulafina

Post on 04-Oct-2015

19 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

PowerPoint Presentation

Peristiwa 13 Mei 1969Perbezaan Agama Dan KebudayaanSistem Pendidikan Yang BerasinganDasar Pecah Dan Perintah BritishPendudukan JepunPersatuan-persatuan EtnikAktiviti Ekonomi Yang BerlainanYeo Gek ChiengPeristiwa 13 Mei 1969 Dasar Pecah Dan Perintah British Sistem Pendidikan Yang Berasingan Perbezaan Agama Dan Kebudayaan Aktiviti Ekonomi Yang Berlainan Persatuan-persatuan Etnik Pendudukan Jepun Rusuhan kaum . Langkah-langkah konkrit harus diambil untuk mengeratkan perpaduan nasional dan keharmonian . Perpaduan kaum tidak tercapai sekiranya terdapat sebilangan besar rakyat miskin .

Peristiwa 13 Mei 1969Dasar Pecah Dan Perintah BritishBritish mewujudkan kelompok-kelompok etnik berdasarkan kegiatan ekonomi. Dilakukan untuk menjaga kepentingan mereka agar tidak terjejas dengan kewujudan perpaduan kaum kerana mereka mahu mengeksploitasi semaksima mungkin kekayaan semulajadi Malaysia.

Larry Anak LiminJusteru mereka telah menetapkan status dan perana yang berbeza bagi setiap kaum seperti orang Melayu digalakkan tinggal di kampung, kaum Cina digalakkan tinggal di bandar manakala kaum India digalakkan tinggal di estet-estet. Dasar ini telah berjaya direalisasikan dan kesannya interaksi antara kaum-kaum menjadi terbatas hanya di pejabat dan pasar sahaja. Apabila ini berlaku maka lahirlah perasaan prasangka antara satu kaum dengan kaum yang lain. Prasangka yang wujud inilah yang telah mengapi-apikan lagi tercetusnya sentimen 13 Mei 1969.

Sistem Pendidikan Yang Berasingan Sebelum Laporan Razak dikemukakan, Malaysia tidak mempunyai satu asas atau sistem pendidikan nasional. Apa yang wujud ialah empat aliran pendidikan yang berlaianan iaitu Aliran Inggeris, Melayu, Cina dan India. Bagi kaum India mereka telah mengunakan silibus yang dibawa dari negara india untuk diajar kepada anak-anak mereka. Begitu juga dengan kaum Cina dan Melayu menyebabkan tiada keseragaman dari segi identiti dan fahaman.

Sistem Pendidikan Yang BerasinganNegara China, Contohnya mengamalkan fahaman komunisme dan silibus yang diambil dari Negara China mempunyai unsur-unsur komunisme tetapi lain pula dengan kaum lain yang berteraskan fahaman yang lain. Selain itu tidak terdapat satu bahasa pengantar yang seragam telah menyebabkan setiap kaum hanya tahu bercakap dalam bahasa ibunda masing-masing sahaja. Ini telah menyebabkan timbulnya pelbagai masalah yang telah menggugat perpaduan kaum. Ini telah memberikan satu imapak buruk dalam pembentukan perpaduan kaum di Malaysia.

Perbezaan agama dan kebudayaan merupakan salah satu lagi punca berlakunya masalah perpaduan kaum di Malaysia. Kaum Melayu sebahagian besarnya beragama Islam, kaum Cina beragama sama ada Buddha, Lao-Tze, Taoisme, Confucius manakala kaum India beragama Hindu.

Perbezaan Agama Dan KebudayaanNurshaidatul AfinaDisamping itu terdapat ramai juga yang beragama Kristian. Setiap kaum pula mempunyai kebudayaan yang berlainan dan ini menambahkan lagi masalah perpaduan kaum di Malaysia. Masalah perpaduan ini bukannya bermula disebabkan agama yang dianuti oleh kaum-kaum yang terdapat di Malaysia yang menggalakkan penganutnya memusuhi agama lain tetapi berpunca daripada sikap jahil terhadap agama-agama lain hingga banyak perkara yang dilakukan secara tidak sengaja telah menyinggung emosi penganut agama lain. Inilah punca yang telah mengakibatkan peristiwa 13 Mei 1969 berlaku.

Aktiviti Ekonomi Yang BerlainanAktiviti Ekonomi Yang Berlainan Masyarakat Melayu kebanyakan terdiri daripada petani yang tinggal di kampung Masyarakat cina telah mewarisi pekerjaan turun temurun keluarga mereka iaitu berniaga dan kebanyakannya tinggal di bandar

Masyarakat India pula bekerja sebagai penoreh di estet-estet dan tinggal di estet-estet. Kegiatan ekonomi yang berbeza ini telah mewujudkan jurang pendapatan yang berbeza anatara satu kaum dengan kaum yang lain. Ini telah menimbulkan rasa tidak puas hati dan persaingan ekonomi secara tidak sihat dan pada kemuncaknya berlakulah peristiwa 13 Mei 1969.

Persatuan-persatuan EtnikStruktur masyarakat Malaysia yang terdiri daripada berbagai-bagai kaum telah melahirkan banyak persatuan-persatuan politik sosial dan ekonomi yang berasakan kaum masing-masing. Perkara ini telah memeperkuatkan lagi rasa syak wasangka di antara satu sama lain kerana persatuan-persatuan ini hanya memperjuangkan kepentingan kumpulan kaum yang diwakilinya sahaja tanpa menghiraukan kaum-kaum yang lain. Parti-parti politik yang berbentuk perkauman seringkali mengeksploitasi perbezaan-perbezaan yang wujud di kalangan kaum hingga menimbulkan rasa tidak puas hati yang ketara antara satu kaum dengan kaum yang lain.

Siti KartiniPendudukan JepunSalah satu punca permusuhana orang Melayu dengan Orang Cina ialah akibat Pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Jepun memberi layanan yang lebih istimewa kepada orang Melayu berbanding orang Cina kerana Jepun masih lagi dipengaruhi sentimen peperangan dengan negara China pada akhir kurun ke 19 dan awal kurun ke 20. Ini menyebabkan tentera Jepun bersikap pilih kasih dalam hal yang melibatkan kaum Melayu dan Cina.

Jepun juga telah melantik orang Melayu sebagai askar dan polis berbeza dengan orang Cina yang tidak diberi peluang untuk menjawat sebarang jawatan. Ketika itu kebanyakan orang Cina menyertai MPAJA (Malaysian People Anti Japanese Army). Keadaan bertambah buruk apabila kebanyakan tentera Jepun yang menyerang MPAJA ialah terdiri daripada orang Melayu dan ini telah menimbulkan persengketaan antara orang Melayu dengan Orang Cina dan kemuncaknya ialah pada 13 Mei 1969.

Sekian,Terima Kasih