tutorial3(sec3143)

9
Norizat Binti Jalil 701224-01-5634 PPG Sains 3, Sem 8 Ambilan Jun 2011 Tutorial 3 Soalan 7 7. Sebuah pulau yang baru ditemui mempunyai saiz yang hampir sama dengan Pulau Pangkor. Pulau itu boleh menampung kehidupan 200 keluarga kerana mempunyai sumber hutan yang asli, sebuah tasik dan beberapa anak sungai yang membekalkan sumber air bersih. Anda telah dilantik sebagai Ketua Peneroka di pulau tersebut. Pertimbangkan langkah-langkah yang anda ambil untuk memastikan sumber- sumber asli di pulau itu dipelihara untuk kegunaan 10 hingga 20 tahun akan datang. i. Mewartakan hutan simpan dan taman negara. Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan tumbuhan semula jadi di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan dan taman negara. Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan untuk mengurus, memelihara dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu, majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.

Upload: norizat-jalil

Post on 07-Apr-2016

13 views

Category:

Documents


3 download

DESCRIPTION

ipg

TRANSCRIPT

Page 1: tutorial3(sec3143)

Norizat Binti Jalil

701224-01-5634

PPG Sains 3, Sem 8

Ambilan Jun 2011

Tutorial 3

Soalan 7

7. Sebuah pulau yang baru ditemui mempunyai saiz yang hampir sama dengan Pulau Pangkor. Pulau itu boleh menampung kehidupan 200 keluarga kerana mempunyai sumber hutan yang asli, sebuah tasik dan beberapa anak sungai yang membekalkan sumber air bersih. Anda telah dilantik sebagai Ketua Peneroka di pulau tersebut.

Pertimbangkan langkah-langkah yang anda ambil untuk memastikan sumber- sumber asli di pulau itu dipelihara untuk kegunaan 10 hingga 20 tahun akan datang.

i. Mewartakan hutan simpan dan taman negara. Pelbagai langkah diambil oleh kerajaan untuk pemeliharaan dan pemuliharaan

tumbuhan semula jadi di Malaysia. Antaranya termasuklah mewartakan hutan simpan

dan taman negara. Majlis Perhutanan Negara ditubuhkan untuk mengurus, memelihara

dan memulihara hutan di seluruh Malaysia. Majlis ini mengawal semula kegiatan

perhutanan dengan menetapkan keluasan hutan yang boleh ditebang di setiap negeri

setiap tahun. Langkah ini memastikan kemusnahan berlebihan tidak berlaku. Selain itu,

majlis ini akan memastika keadaan hutan asli dikekalkan dengan penubuhan kawasan

hutan simpan, hutan lipur, hutan perlindungan hidupan liar dan taman negara.

Antara beberapa contoh kawasan hutan tersebut termasuklah Hutan Simpan Paya Laut

Matang di Perak, Hutan Simpan Belum di Perak dan Hutan Simpan Sungai Lalang di

Semenyih, Selangor. Manakala kawasan taman negara pula termasuklah Taman Negara

Endau-Rompin, Taman Negara Niah, dan Taman Negara Kinabalu. Penebangan hutan di

kawasan-kawasan ini adalah diharamkan.  

ii. Penanaman semula pokok-pokok Kawasan hutan yang telah ditebang ditanam semula dengan pokok-pokok. Hutan yang

telah ditebang dan kawasan yang terbiar aktivti pertanian pindah ditanam semula dengan

spesis pokok kayu keras seperti akasia, yemane, dan batai. Spesis pokok-pokok ini dapat

Page 2: tutorial3(sec3143)

tumbesar dengan cepat, iaitu dalam tempoh 15tahun. Projek penanaman semula ini

dijalankan di negeri-negeri seperti Pahang, Johor, Selangor, Negeri Sembilan , Perak ,

Terengganu, Kelantan, Sabah dan Sarawak.

iii.   Penyelidikan baka tumbuhan Baka spesis yang digunakan untuk penanaman semula ditetentukan selepas

penyelidikan dijalanka oleh institute Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Kepong.

Program penghutanan semula juga telah dijalankan di kawasan Hutan Simpan Paya Laut di

Larut Matang, Perak. Spesis paya laut seperti bakau kurap dan bakau minyak ditanam.

Spesis pokok-pokok yang digunakan dalam usaha penanaman semula mempunyai potensi

bagi kegunaan masa depan.

iv. Penubuhan ladang hutan. Jabatan Perhutanan Malaysia menubuhkan ladang hutan untuk mendapatkan bekalan

kayu kayan yang berharga secara berterusan. Kira-kira 30% kawasan di Malaysia dijadikan

Hutan Simpan Kekal. Hutan ini ditanam secara perladangan dan ditebang mengikut giliran

selepas 30 atau 55 tahun. Hanya pokok yang cukup besar dipilih untuk ditebang.

Penanaman semula pokok baru dijalankan di kawasan ini bagi menggantikan pokok-pokok

yang telah ditebang. Penubuhan ladang hutan juga dapat mengurangkan penebangan

pokok dihutan asli. FRIM dengan kerjasama Universiti Pertanian Malaysia berusaha

menjayakan projek ladang hutan di Malaysia.  

v. Rawatan silvilkultur Rawatan silvilkultur memastikan hanya pokok-pokok yang berharga sahaja yang diberi

peluang untuk tumbuh. Pokok-pokok yang tidak bernilai dan bersaing dengan pokok lain

diracun atau dipotong. Rawatan silvilkultur dijalankan di ladang-ladang hutan. Langkah ini

bertujuan untuk memelihara spesis pokok yang semakin pupus seperti cengal, jelutong dan

rotan.

Page 3: tutorial3(sec3143)

vi. Pengawalan pembalakan hutan Jabatan Perhutanan Malaysia menguatkuasakan beberapa undang-undang untuk

mengawal pembalakan haram dan pemburuan hidupan liar. Antaranya termasuklah Akta

Perhutanan Negara (Pindaan 1993) dan Enakmen Industri Berasaskan Kayu (1989). Melalui

akta ini, tindakan undang-undang dapat diambil dan hukuman berat boleh dikenakan

terhadap pihak yang melakukan kegiatan pembalakan haram atau pencerobohan hutan.

vii. Pertubuhan alam sekitar . Malaysia bekerjasama dengan negara-negara ASEAN untuk menjaga , memelihara dan

memulihara hutan mengikut Persetujuan Jakarta 1981. Badan-badan seperti Tabung

Hidupan Liar Dunia (WWF), Persetujuan Pencinta Alam (MNS), dan FRIM berusaha untuk

memberikan kesedaran kepada orang ramai tentang pentingnya memelihara dan

memulihara alam sekitar.

viii. Pemuliharaan bekas lombong Pakar perhutanan dari FRIM   telah membuat kajian dan mendapati bahawa spesis pokok

tembusu, batai dan gelam dapat ditanam di kawasan bekas lombong yang ditinggalkan.

Spesis-spesis ini dapat menghasilkan kayu api atau serpihan kayu untuk dibuat kertas.

Pokok akasia dapat juga ditanam di kawasan ini. Spesis ini akan menghasilkan balak dan

meyuburkan tanih. Sebagai contoh, FRIM telah berjaya menanam pokok akasia dikawasan

bekas lombong bijih timah di Batang Berjuntai, Selangor.

ix. Undang-undang perlindungan flora Kerajaan negeri Sarawak telah mengubal undang-undang untuk melindungi beberapa

spesis flora. Beberapa spesis pokok bakau, periuk kera, orkid dan palma dan semua spesis

Rafflesia diharamkan dipungut untuk dijual. Hukuman berat dikenakan terhadap orang yang

melakukan perbuatan tersebut.

x. Mewujudkan ladang jati

Page 4: tutorial3(sec3143)

Penanaman spesis berharga seperti pokok jati dilaksanakan di Perak, Kedah, Perlis dan

Selangor. Penanaman pokok ini patut diperluas dikawasan lain yang sesuai. Setiap hektar

tanah yang ditanam dengan pokok jati dapat menghasilkan pendapatan antara RM650 000

hingga RM 731 250. Pokok jati hanya memerlukan 15 hingga 25 tahun untuk cukup besar.

xi. Kitar semula kertas

Orang ramai perlu disedarkan kepentingan   mengitar semula kertas. Permintaan

terhadap kertas untuk penerbitan surat khabar, buku dan majalah semakin meningkat.

Pada tahun 2000, kerajaan Malaysia membelanjakan kira-kira RM 4 juta setiap bulan

untuk mengimport 23 000 tan kertas bagi tujuan ini. Jumlah ini dijangka akan meningkat

dari setahun ke setahun.

d) Pemuliharaan hidupan liar

8. Huraikan dengan contoh mengapa hidupan liar boleh pupus atau hampir pupus .

Masalah pembalakan haram .

- Menurut laporan Trade Record Analysis of Fauna and Flora menyatakan diantara 1986 hingga jun 1990 , 500,000 hektar hutan di Malaysia ditebang tetapi kawasan yang dibenarkan hanya 320,000 hektar sahaja.

- Pembalakan haram juga menebang spesis pokok yang dilindungi seperti Meranti dan Cengal.

- Membalak di kawasan perlindungan seperti di kawasan hutan simpan dan Taman Negara.

- Apabila kegiatan pembalakan dijalankan ia juga memusnahkan spesis tumbuhan yang lain contohnya apabila pokok balak tumbang ia juga akan memusnahkan tumbuhan kecil yang berada disekitar itu. Ia juga akan menyebabkan binatnag-binatang yang hidup dikawasan itu dan lari dan mati.

Page 5: tutorial3(sec3143)

Pembakaran Hutan

- Pembakaran hutan secara terbuka seperti yang berlaku di Kalimantan dan Sumatera. Ia akan menyebabkan spesis-spesis yang terancam yang ada dikawasan tersebut akan musnah

 

Pembukaan Tanah Baru

- Pembukaan kawasan pertanian baru seperti pembukaan tanah – tanah rancangan

oleh Felda dan Felcra yang turut memusnahkan spesis tumbuh – tumbuhan

Pemburu Haram

- Pemburuan secara haram yang berleluasa di hutan-hutan di Malaysia adalah merupakan satu faktor yang menjurus kepada kemusnahan habitat dan spesis haiwan ini.

- Pemburu haram ini bukan sahaja mengeksploitasikan bintang ini malahan mengaut keuntungan yang banyak melalui kegiatan ini.

- Permintaan yang tinggi melalui pasaran antarabangsa dan tempatan terhadap bintang ini menjadi punca utama kegiatan ini berleluasa.

- Harimau Malaya meruapa satu spesis yang kian terancam kerana pemburuan terhadapnya. Permintaan yang tinggi terutama dalam bidang perubatan Cina menyebabkan Harimau Malaya kini hanya tinggal sejumlah yang sedikit sahaja.

Peningkatan Suhu Dunia

- Faktor peningkatan suhu dunia ini juga adalah antara punca utama kepupusan flora dan fauna.

- Faktor perubahan iklim ini bukalah perkara baru dalam kepupusan flora dan fauna ini dimana antara faktor kepupusan binatang prasejaran seperti ‘dinasaour’ adalah disebabkan perubahan cuaca dunia.

- Fenomena Elnino yang menyebabkan peningkatna suhu dunia yang mendadak ini menyebabkan ada sesetengah speisi haiwan dan tumbuhan yang terancam terutama haiwan dan tumbuhan dan tidak sesuai dengan cuaca panas. Faktor ini akan mnyebabkan kepupusan hidupan ini.

Page 6: tutorial3(sec3143)

Pencemaran

- Seperti mana kita maklumi bahawa keadaan pencemaran yang teruk akan menyebabkan kepupusan haiwan dan tumbuhan. Faaktor ini yang menyebabakan banyak hidupan akuatik kian pupus.

- Hidupan seperti ikan lumba-luma dan paus pembunuh (killer weil) semakin pupus disebabkan pencemaran air terutama disebabkan oleh tumpahan minyak dilaut dan kegitan manusia yang suka mengotorkan laut.

- Beruang panda yang merupakan antara habitat yang istimewa yang hanya terdapat di negara China kian terancam kepupusannya disebabkan pencemaran alam. Kepupusan pokok buluh juga menjadi penyebab kepada kepupusan hidupan ini kerana pokok buluh merupakan makanan utama habitat ini.

9. Bincangkan dengan contoh-contoh yang sesuai, lima langkah terbaik dalam memulihara haiwan-haiwan yang hampir pupus dari bumi Malaysia akibat kemusnahan hutan.

i. Gazet hutan-hutan simpan secara meluasDengan menggazetkan hutan-hutan simpan ini, tempat pembiakan haiwan terjamin

dan sumber makanan mereka juga akan berkekalan.

ii. Kuatkuasakan Akta Perlindungan Hidupan Liar 1972Penguatkuasaan undang-undang agar hidupan liar terjamin. Jabatan PERHILITAN

juga harus menyumbang dalam merealisasikan akta ini dikuatkuasakan. Tindakan

pemulihan seperti penanaman semula hutan untuk menjamin habitat hidupan liar

juga perlu ditingkatkan.

iii. Pemberian lesen pemburuan secara terkawalLangkah dari segi kawalan pemberian lesen pemburuan serta tindakan tegas ke atas

pemburu haram perlu diambil bagi memastikan hidupan liar ini selamat. Pegawai

Jabatan Perhutanan juga perlu ditambah agar kawalan pemburuan dapat dijayakan.

Page 7: tutorial3(sec3143)

iv. Mengawal tindak-tanduk orang asliPertanian pindah dan pembakaran hutan merupakan tindakan biasa bagi orang asli

mengakibatkan pemupusan hidupan liar.Penempatan orang-orang asli dan kawalan

pergerakan mereka serta usaha memastikan mereka tidak mengganggu habitat

haiwan perludiberi perhatian serius.

 

v. Tingkatkan kajian dan penyelidikanKajian dan penyelidikan perlu dijalankan agar haiwan ini terusmembiak dan

mempunyai ketahanan dalam menyesuaikan diri denganperubahan persekitaran.

Pelbagai pelalian dan hormon perlu diciptauntuk menjamin haiwan-haiwan ini terus

hidup. Usaha-usaha jugaperlu dijalankan untuk mewujudkan habitat melalui kajian