tutorial 5_kumpulan 4 kes teori tingkah laku

Upload: zenzenblue

Post on 04-Nov-2015

37 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Kes : Tingkah Laku Merokok Dalam Kalangan Pelajar

TRANSCRIPT

Tutorial 5 Kumpulan 4Kes : Tingkah Laku Merokok Dalam Kalangan PelajarAhmad merupakan seorang lelaki yang berusia 17 tahun. Ahmad merupakan seorang pelajar di Sekolah Menengah Sultan Abu Bakar yang bakal menduduki peperiksaan SPM. Ahmad pelajar yang rajin dan berbakat di sekolahnya. Beliau memiliki pencapaian akademik yang cemerlang dan sikap yang baik serta bersopan santun. Beliau juga merupkan seorang pelajar yang aktif dalam bidang sukan dan sering menyertai aktiviti di luar kelas. Tambahan pula, beliau selalu mewakili sekolah untuk menyertai pertandingan perbahasan dan sukan. Disebabkan beliau mempunyai ciri kepimpinan dan pencapaian yang cemerlang maka membolehkan beliau dilantik sebagai seorang ketua pelajar. Ahmad ialah anak sulung daripada lima orang adik-beradik. Adik-adiknya masih bersekolah rendah. Hal ini menjelaskan bahawa perbezaan umur yang jauh antara mereka. Ahmad bercita-cita menjadi seorang usahawan tetapi beliau menghadapi konflik untuk meneruskan pelajarannya dan menentukan matlamat masa depannya. Kini, rakan sebayanya telah mempengaruhi cara hidupnya dengan mengajak beliau menghidap rokok. Justeru, beliau mengalami tekanan dan konfiik psikologi.Disebabkan kebanyakan rakan-rakannya adalah perokok maka Ahmad berasa sukar untuk menolak ajakan mereka supaya mengelakkan diri daripada merokok. Beliau jiga takut rakannya ketawakannya sekiranya beliau tidak merokok. Beliau juga betindak mencuri rokok bapanya dan merokok di dalam bilik air. Beliau mendakwa bahawa fikirannya akan menjadi tenang serta selesa setelah merokok dan dapat melupai segala tekanan daripada peperiksaan SPM dan keluarganya. Namun begitu, beliau berasa risau dengan tabiat merokok ini kerana beliau faham bahawa sekiranya tabiat negatif ini tidak diubah dari sekarang maka masalah ini akan menjadi sukar untuk dikawal dan akan membazirkan wang untuk membeli rokok kelak. Kerisauan beliau bertambah apabila tahap kesihatannya semakin merosot dan sering diserang penyakit. Beliau ingin untuk berhenti merokok kerana memandangkan prestasi akademiknya semakin menurun malah aktiviti pembelajarannya terganggu kerana beliau akan berasa mengantuk sekiranya tidak merokok dalam suatu tempoh masa tertentu.Punca masalah Ajakan rakan-rakan Tabiat merokok Tekanan daripada periksaan SPM dan keluarga Prestasi akademik menurun Aktiviti pembelajaran terganggu akibat berasa mengantuk sekiranya tidak merokokMasalah utama yang dihadapi oleh Ahmad ialah tabiat merokok dan tabiat ini haruslah dihapus dengan segera demi kebaikan Ahmad. Hal ini demikian kerana, disebabkan merokok, tahap peperiksaan Ahmad telah merosot dan sering dijangkiti penyakit malah prestasi akademik Ahmad telah menurun. Tambahan pula, ketagihan merokok telah menyebabkan Ahmad bergantung kepada rokok untuk memberi ketenangan kepadanya dan mengurangkan keletihannya. Dengan mengubah tabiat merokok maka masalah pencapaian akademik Ahmad dapat diselesaikan dan tekanan untuk menghadapi peperiksaan SPM juga dapat dikurangkan.

Matlamat kaunseling Membantu mengubah tabiat merokok Meningkatkan prestasi akademik Mengurangkan tekanan daripada peperiksaan SPM dan keluarga

Proses1. Membina hubungan yang mesra antara kaunselor dengan klien Hubungan yang mesra ini dibina dengan menunjukkan kebolehan berempati. Kaunselor berperanan sebagai seorang guru yang aktif dan mempunyai pengetahuan serta kemahiran saintifik. Kaunselor mewujudkan suasana yang selesa agar klien berasa bebas untuk meluahkan masalahnya dan membantu klien supaya tidak berhelah bela diri untuk mencari alasan tertentu bagi tingkah lakunya.

2. Menerokai masalah yang dihadapi oleh klien Kaunselor mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh klien. Kaunselor menanlisis masalah yang diluahkan oleh klien.

3. Menentukan matlamat Setelah menentukan masalah klien, kaunselor perlu menentukan matlamat bersama-sama dengan klien agar pada akhir sesi kaunseling dapat mencapai matlamat kaunseling. Matlamat utman ialah menyediakan persekitaran agar tingkah laku yang tidak sesuai seperi merokok boleh dihapuskan dan menggantikan dengan tingkah laku yang baik.

Teknik 1. Menggunakan terapi implosif Kaunselor menyuruh Ahmad membayangkan situasi yang menakutkannya akibat tabiat merokok. Semasa Ahamd menjalankan imaginasi tersebut, kaunselor membuat gambaran yang selaras untuk menjelaskan lagi gambaran situasi menakutkan dan merisaukan itu agar gambaran itu menjadi lebih dahsyat dan lebih merisaukan Ahmad. Sebagai contoh, beberapa jenis penyakit yang akan dihadapi akibat daripada merokok dan meminta Ahmad untuk menjelaskan sebab merokok dan bertanya sama ada ingin meneruskan ataupun berhenti merokok.

2. Menggunakan teknik tingkah laku arahan-kendiri Disebabkan Ahmad mempunyai keingingan untuk mengubah tingkah laku merokoknya, maka hal ini menunjuk bahawa Ahmad mempunyai kesedaran dan keyakinan bagi mengurus dan mengarahkan diri sendiri. Justeru, Ahmad hendaklah memilih satu matlamat yang boleh dicapai dan penting bagi individu itu dan menghuraikan dengan jelas dari segi tingkah laku. Sebagai contoh, matlamat Ahmad ialah berhenti merokok. Ahmad boleh menulis beberapa batang rokok yang dihisap sekarang, beberapa batang rokok yang hendak dikurangkan dalam minggu pertama, kedua dan seterusnya. Beberapa minggu yang diperlukan bagi berhenti merokok juga perlu dicatatkan. Seterusnya, Ahmad perlu mejalankan pengawasan kendiri dengan mencatat di dalam buku hariannya tingkah laku yang telah dilakukan berhubung dengan matlamat yang hendak dicapai. Melalui catatan sebegini, Ahmad akan menyedari tindakan yang dilakukannya seta melihat kemajuan yang dicapainya yang juga merupakan penilaian kendiri. Akhirnya, Ahmad perlu menyediakan rancangan tindakan untuk mencapai matlamatnya.