tingkah laku tantrum pdf

17
SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN AWAL KANAK- KANAK SEMESTER: JANUARI 2017 (1/17/34) KOD & NAMA KURSUS: ECS 2333 - BIMBINGAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK TAJUK TUGASAN KUMPULAN: TINGKAH LAKU TANTRUM DISEDIAKAN OLEH: BIL. NO. MATRIK NAMA PENUH 1. 4161006611 Hanum Safiqah Binti Saidan 2. 4161006251 Masyitah Binti Samsudin 3. 4161002101 Muhammad Afifi Bin Kasim 4. 4161000321 Nuralina Binti Anuar 5. 4161002051 Nurfarhanah Binti Afendy NAMA PENSYARAH: Encik Muhammad Safar bin Abdurahman TARIKH SERAHAN: 27 APRIL 2017

Upload: little-butterfly

Post on 22-Jan-2018

1.343 views

Category:

Education


35 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkah laku tantrum pdf

SARJANA MUDA PENDIDIKAN (KEPUJIAN) PENDIDIKAN AWAL KANAK-

KANAK

SEMESTER: JANUARI 2017 (1/17/34)

KOD & NAMA KURSUS:

ECS 2333 - BIMBINGAN DAN PENGURUSAN TINGKAH LAKU KANAK-KANAK

TAJUK TUGASAN KUMPULAN: TINGKAH LAKU TANTRUM

DISEDIAKAN OLEH:

BIL. NO. MATRIK NAMA PENUH

1. 4161006611 Hanum Safiqah Binti Saidan

2. 4161006251 Masyitah Binti Samsudin

3. 4161002101 Muhammad Afifi Bin Kasim

4. 4161000321 Nuralina Binti Anuar

5. 4161002051 Nurfarhanah Binti Afendy

NAMA PENSYARAH:

Encik Muhammad Safar bin Abdurahman

TARIKH SERAHAN:

27 APRIL 2017

Page 2: Tingkah laku tantrum pdf

KANDUNGAN

1.0 PENGENALAN 1

1.1 Definisi Tingkah laku 1

1.1.1 Definisi Tingkahlaku Positif 1

1.1.2 Definisi Tingkah laku Negatif 2

1.2 Jenis-Jenis Tingkah laku 2

1.2.1 Contoh tingkah laku positif 2

1.2.2 Contoh Tingkah laku Negatif 3

1.3 Definisi Tingkah Laku Tantrum 3

1.3.1 Contoh Tingkah laku Tantrum Mengikut Peringkat Usia Kanak-Kanak 4

2.0 JENIS TINGKAHLAKU TANTRUM 5

2.1 Manipulative Tantrum 5

2.2 Verbal Frustration Tantrum 5

2.3 Temperamental Tantrum 5

3.0 CIRI-CIRI TINGKAHLAKU TANTRUM 6

4.0 TEORI MENGENAI TINGKAH LAKU TANTRUM 7

4.1 Teori Hurluck 7

5.0 FASA DALAM TINGKAH LAKU TANTRUM 7

6.0 PUNCA TANTRUM 8

6.1 Kehendak Atau Keinginan Anak Di Halang 8

6.2 Ketidakmampuan Kanak-Kanak Untuk Mengungkapkan Kata-Kata Dengan

Perkataan 8

6.3 Asuhan Ibu Bapa 8

6.4 Ingin Mendapatkan Perhatian 9

7.0 KESAN DARI TINGKAH LAKU TANTRUM 10

8.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH TANTRUM 11

9.0 CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU TANTRUM 12

9.1 Cari tahu dan pelajari penyebab anak-anak menjadi tantrum 12

9.2 Alihkan perhatian 12

9.3 Jangan respon keinginan anak sampai ia berhenti tantrum atau berteriak 13

9.4 Berikan pelukan dan mengajak anak-anak berbincang 13

10.0 KESIMPULAN 14

11.0 RUJUKAN 15

Page 3: Tingkah laku tantrum pdf

1

1.0 PENGENALAN

1.1 Definisi Tingkah laku

Tingkah laku adalah apa sahaja yang dilakukan dan diucapkan oleh seseorang serta boleh

dilihat oleh orang lain. Ia merupakan respon atau tindak balas individu terhadap apa yang

berlaku sama ada dalam dirinya sendiri ataupun di persekitaran. Contohnya, jika kanak-kanak

gembira tindakan yang dibuat oleh kanak-kanak itu untuk menzahirkan perasaan tersebut

seperti tersenyum, menepuk tangan atau melompat dianggap sebagai tingkah laku.

Terdapat dua jenis tingkah laku, iaitu tingkah laku yang boleh dilihat (overt) dan

tingkah laku yang tidak boleh dilihat (covert). Tingkah laku yang boleh dilihat termasuklah

tingkah laku verbal (penggunaan bahasa) dan tingkah laku motor (pergerakan badan).

Tingkah laku seperti ini boleh dilihat dan diperhatikan oleh individu lain.

Menurut Lewis M.Beaker (2001), tingkah laku merupakan sebarang perbuatan yang

dilakukan secara sedar ataupun tidak sedar ataupun separa sedar. Tingkah laku adalah

gambaran fizikal yang berasaskan nilai-nilai tertentu. Manakala tingkah laku bermasalah

pula, kata Mohd Nazar Mohamad (1990), mentakrifkannya sebagai tingkah laku yang

mengganggu perjalanan kehidupan seseorang individu. Dalam konteks pendidikan, tingkah

laku bermasalah merujuk kepada sebarang tingkah laku individu yang boleh menjejaskan

keberkesanan dalam proses pengajaran dan pembelajaran terutama di dalam bilik darjah.

1.1.1 Definisi Tingkahlaku Positif

Masalah tingkah laku terbahagi kepada dua iaitu masalah tingkah laku positif dan masalah

tingkah laku yang negatif. Tingkah laku bermasalah bermaksud ada gangguan tingkah laku

terhadap seseorang kanak-kanak itu. Sebagai contoh, sikap suka bermusuhan, mempunyai

sikap tidak peduli, suka mengganggu orang lain, selalu bosan ketika sedang diajar oleh ibu

bapa malah jika kanak-kanak itu terlalu cepat belajar dan suka mendahului rakan-rakannya

dalam pembelajaran juga adalah merupakan salah satu tingkah laku bermasalah juga.

Tingkah laku positif bermaksud tingkah laku yang ditunjukkan oleh kanak-kanak

tetapi tingkah laku itu akan menjadi bermasalah sekiranya dilakukan secara berlebihan atau

Page 4: Tingkah laku tantrum pdf

2

tanpa kawalan dan boleh menimbulkan masalah kepada dirinya sendiri atau orang lain.

Misalnya, sifat ingin tahu berlebihan yang dimiliki oleh seseorang kanak-kanak itu boleh

menyebabkannya bertindak keterlaluan sehingga menyusahkan dirinya dan juga orang lain.

Antara contoh tingkah laku positif seperti tingkah laku dorongan naluri ingin tahu, cepat

belajar, pintar cerdas dan tingkah laku proaktif.

1.1.2 Definisi Tingkah laku Negatif

Tingkah laku negatif ini pula merupakan tingkah laku yang mampu memberikan masalah dan

mengganggu proses pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas. Seperti situasi kanak-kanak

yang suka mengganggu individu lain, dan tingkah laku kanak-kanak yang sering

memberontak di dalam kelas merupakan contoh tingkah laku negatif. Ini adalah jelas

menunjukkan bahawa tingkah laku ini menimbulkan masalah kepada dirinya dan juga orang

lain serta persekitarannya.

1.2 Jenis-Jenis Tingkah laku

1.2.1 Contoh tingkah laku positif

i. Pintar cerdas

Kanak-kanak yang pintar cerdas mempunyai kebolehan mental yang luar biasa

dengan kecerdasan (IQ) yang lebih tinggi berbanding dengan kanak-kanak biasa

iaitu IQ 120 dan keatas.

ii. Cepat belajar

Kanak-kanak yang dikatakan cepat belajar adalah lebih cekap memproses

maklumat dan menyerap maklumat-maklumat yang diterima. Kanak-kanak ini

bersedia menerima pembelajaran baru dan bersikap positif terhadap bahan-bahan

baru. Mereka turut mempunyai kesediaan belajar yang tinggi.

iii. Proaktif

Kanak-kanak yang diklasifikasikan proaktif adalah mereka yang bertindak atas

arahan sendiri. Mereka tidak perlu tunggu arahan daripada orang lain dan akan

Page 5: Tingkah laku tantrum pdf

3

terus bertindak mengikut budi bicara mereka sendiri. Kanak-kanak yang

menunjukkan tingkah laku proaktif ini bersifat praktikal dan suka menyelesaikan

masalah secara sendiri. Mereka belajar aktif dan cepat menghasilkan sesuatu

kerja.

1.2.2 Contoh Tingkah laku Negatif

i. Kebergantungan berlebihan

Kanak-kanak seperti ini bergantung secara berlebihan terhadap orang lain seperti

kepada ibu bapa, guru, rakan sebaya dan tidak dapat berdikari atau membuat

keputusan sendiri.

ii. Hiperaktif

Keadaan kanak-kanak yang sukar untuk duduk diam, bergerak ke sana ke sini

tanpa arah dan tujuan dan sukar dikawal. Kanak-kanak ini tidak takut kepada

individu yang dikenali mahupun yang tidak dikenali, kerap menangis, suka

ketawa, sukar memberi tumpuan terhadap permainan atau kerja yang dilakukan,

mudah mengamuk apabila kehendaknya dihalang dan sukar menyesuaikan diri

serta susah untuk berinteraksi dengan rakan sebaya yang lain.

1.3 Definisi Tingkah Laku Tantrum

Tantrum adalah suatu proses tumbesaran normal dan tidak tergolong sebagai penyakit.

Tingkah laku ini akan hilang apabila usia kanak-kanak meningkat. Tingkah laku tantrum

terhasil daripada rasa kesedihan, ketakutan dan kebingungan. Di dalam buku mengenai

tingkah laku tantrum iaitu Help My Child Me Crazy, Alila Pramiyanti menyatakan tingkah

laku tantrum adalah luahan emosi secara memberontak dan tidak dapat dikawal oleh individu

sekeliling. Hal ini kerana, tingkah laku tantrum akan hadir dalam diri setiap kanak-kanak

pada umur mereka 15 bulan sehingga 6 tahun. Tingkah laku tantrum terjadi kepada kanak-

kanak yang aktif dan mempunyai kestabilan fizikal yang kuat.

Page 6: Tingkah laku tantrum pdf

4

Sebuah laman web mengenai keibubapaan di Asutralia mengemukakan pendapat dan

pandangan mereka bahawa tingkah laku tantrum adalah ledakan amarah, perasaan kecewa

dan perilaku yang tidak terkawal oleh kanak-kanak..

Menurut Yuniar Khairani, tingkah laku tantrum adalah contoh perilaku kanak-kanak

seolah-olah membangkang kepada sesuatu tindakan yang tidak kanak-kanak itu ingini dan ia

sering terjadi kepada kanak-kanak berusia 3 hingga 5 tahun. Tingkah laku tantrum boleh

berlaku dalam situasi apabila seorang kanak-kanak itu bersemangat untuk melakukan sesuatu

aktiviti, tetapi dalam masa yang sama kemahiran fizikal kanak-kanak tersebut belum mampu

untuk melakukan aktiviti yang diingini ataupun kanak-kanak menginginkan sesuatu barang

contohnya alat permainan tetapi ditolak oleh ibu bapanya. Selain itu, mungkin juga kanak-

kanak bertingkah laku tantrum apabila ibu bapa melarangnya melakukan suatu tingkah laku

yang tidak disukai seperti contoh ibu bapa melarang anaknya memanjat pagar rumah. Ini

menyebabkan kanak-kanak itu memberontak apabila keinginannya tidak tercapai. Oleh

kerana itu, ibu bapa harus terlebih dahulu mengambil tahu tentang maklumat bagaimana

ingin mengawal tingkah laku tantrum yang dialami oleh anak-anak mereka.

1.3.1 Contoh Tingkah laku Tantrum Mengikut Peringkat Usia Kanak-Kanak

Dibawah Usia 3 Tahun

Menangis

Memukul

Menjerit

Menghempaskan badan ke lantai

Melemparkan barang

Usia 3 hingga 4 Tahun

Menghentakkan kaki

Berteriak

Merengek

Usia 5 Tahun dan Keatas

Memaki hamun orang lain atau ibu bapanya

Memukul kakak atau adik atau kawan-kawannya

Page 7: Tingkah laku tantrum pdf

5

Memecahkan barang dengan sengaja

Trauma atau fobia keatas sesuatu yang menekankan emosi anak-anak

2.0 JENIS TINGKAH LAKU TANTRUM

2.1 Manipulative Tantrum

Manipulative tantrum berlaku apabila seseorang kanak-kanak tidak memperoleh apa yang

diingini. Tingkah laku ini akan berhenti apabila keinginan anak dituruti.

2.2 Verbal Frustration Tantrum

Verbal frustration tantrum ini terjadi ketika kanak-kanak tahu apa yang ia mahu tetapi tidak

tahu bagaimana cara menyampaikan keinginannya dengan jelas. Pada kejadian ini kanak-

kanak akan mengalami kekecewaan. Tantrum jenis ini akan hilang selaras dengan

peningkatan keupayaan komunikasi kanak-kanak, di mana kanak-kanak semakin mampu

untuk menjelaskan kesulitan yang dialaminya.

2.3 Temperamental Tantrum

Temperamental tantrum berlaku apabila tahap mengecewakan kanak-kanak mencapai tahap

yang sangat tinggi, dan kanak-kanak menjadi sangat tidak terkawal, dan sangat emosional.

Kanak-kanak akan merasa sangat lelah dan sangat kecewa. Pada tantrum jenis ini kanak-

kanak sukar untuk menumpukan perhatian dan mendapatkan kawalan terhadap dirinya

sendiri. kanak-kanak kelihatan bingung dan mengalami disorientasi. Walaupun kanak-kanak

tidak meminta tolong, tetapi sesungguhnya kanak-kanak sangat memerlukannya.

Tingkah laku tantrum yang ditunjukkan seorang kanak-kanak boleh muncul dalam

bentuk yang bermacam-macam, diantaranya adalah perilaku berteriak, memecahkan benda-

benda, atau berguling di atas lantai. Beberapa kanak-kanak boleh menyakiti diri sendiri

dengan memukul kepalanya atau cuba menyakiti sesiapa yang datang mendekatinya. Pada

titik yang melampau seorang kanak-kanak dapat menunjukkan perilaku tantrum dengan

menahan nafas mereka selama beberapa saat.

Page 8: Tingkah laku tantrum pdf

6

3.0 CIRI-CIRI TINGKAH LAKU TANTRUM

Kanak-kanak menangis, berteriak dan melakukan gerakan tubuh yang boleh menyakitkan diri

sendiri seperti melempar barang, menjatuhkan diri ke lantai dan menghantukkan kepala,

tangan atau kaki ke lantai sebagai menunjukkan ekspresi kemarahan dan tekanan adalah

tanda-tanda awal masalah tingkah laku Tantrum. Masalah tingkah laku tantrum ini biasanya

berlaku kepada kanak-kanak yang berusia 2 hingga 4 tahun, dimana seorang kanak-kanak

yang sudah mampu berkomunikasi dengan kata-kata tetapi belum memiliki keterampilan

berbahasa yang cukup baik dan menggunakan ekspresi emosi dalam beberapa situasi untuk

meminta sesuatu.

Menurut Encyclopedia of Children’s Health, tantrum merupakan ekspresi dari fasa

tekanan diri anak-anak kerana keinginannya tidak dapat dipenuhi atau dituruti oleh ibu

bapanya dan mengambil tindakan menyelesaikan atau memujuk ibu bapa mereka dengan cara

menangis, menjerit dan berteriak. Kanak-kanak akan beranggapan bahawa mereka akan

diberikan perhatian oleh ibu bapa mereka sekiranya kanak-kanak berkelakuan seperti itu.

Antara ciri-ciri tingkah laku tantrum ialah :

i. Anak sering berada di dalam keletihan, tekanan, dan kecemasan yang tinggi.

ii. Terhalang keinginan anak untuk mendapatkan sesuatu

iii. Ketidakmampuan anak-anak untuk mengungkapkan kata-kata dengan cara yang

baik

iv. Kanak-kanak tidak cukup tidur

v. Mudah marah dan menangis

vi. Emosi yang tidak tenteram dan bertingkahlaku kearah negatif

Page 9: Tingkah laku tantrum pdf

7

4.0 TEORI MENGENAI TINGKAH LAKU TANTRUM

4.1 Teori Hurluck

Menurut Hurlock (1997), reaksi tingkah laku tantrum terbahagi kepada dua golongan besar

iaitu :

i. Reaksi Impulsif

Reaksi impulsif dikenali sebagai pencerobohan, yang berupa kata-kata mahupun

tindakan, samaada ringan mahupun berat. Kanak-kanak tidak ragu-ragu untuk

mencederakan orang lain. Reaksi marah impulsif lebih umum berbanding dengan

reaksi marah yang ditahan.

ii. Reaksi Melawan

Reaksi kanak-kanak selalu berada di bawah kawalan atau ditekan. Kanak-kanak

mungkin menyalahkan dirinya sendiri kerana kanak-kanak belajar untuk tidak

menyalahkan orang lain. Mereka mungkin merasa bodoh, memperlihatkan

ketidakacuhan atau kurang berani. Perilaku seperti ini disebut impunitive atau

membebaskan diri dari hukuman.

5.0 FASA DALAM TINGKAH LAKU TANTRUM

Jika diperhatikan dengan teliti, fasa atau sikap kanak-kanak yang mengalami tingkah laku

tantrum terbahagi kepada 3 fasa. Fasa pertama atau fasa permulaan iaitu kanak-kanak akan

menjerit dan merengek. Fasa yang seterusnya adalah fasa kedua atau fasa kemuncak kepada

tingkah laku tantrum iaitu kanak-kanak akan mula menghentak kaki, berguling di atas lantai

atau membaling barang. Fasa yang ketiga atau fasa terakhir iaitu kanak-kanak akan menangis

dan merengek apabila apa yang kanak-kanak ingini tidak dapat dilaksanakan oleh ibu

bapanya.

Page 10: Tingkah laku tantrum pdf

8

6.0 PUNCA TANTRUM

Kanak-kanak ingin mendapatkan perhatian daripada ibu bapa mereka. Tindakan yang

dianggap ‘melampau’oleh ibu bapa sebenarnya adalah isyarat yang diberikan oleh kanak-

kanak supaya ibu bapa mereka memberikan lebih perhatian kepada mereka.

6.1 Kehendak Atau Keinginan Anak Di Halang

Setelah tidak berhasil untuk meminta sesuatu yang tetap pada keinginannya, maka kanak-

kanak akan mudah melepaskan emosi tantrumnya yang bertujuan untuk mendesak ibu

bapanya agar memenuhi impiannya. Jika ini berlaku, kanak-kanak akan berasa kecewa

kerana kanak-kanak mahu lakukan apa yang kanak-kanak mahukan. Apabila kanak-kanak

kecewa, kanak-kanak akan menunjukkan kekecewaan dan kemarahan kanak-kanak dengan

menangis, memukul dan menjerit. Kanak-kanak belum mempunyai kemahiran untuk

meluahkan kemarahan dan kekecewaan kanak-kanak dalam cara yang lain. Oleh itu, tantrum

adalah peluang yang baik untuk kanak-kanak belajar kaedah mengendalikan kekecewaan dan

kemarahan. Selalunya, kanak-kanak hanya akan menghentikan perangai ini apabila kanak-

kanak dapat apa yang mereka mahu. Tingkah laku tantrum dan reaksi ibu bapa juga

menyumbang kepada berapa kerap tingkah laku tantrum akan berlaku terhadap kanak-kanak.

6.2 Ketidakmampuan Kanak-Kanak Untuk Mengungkapkan Kata-Kata Dengan

Perkataan

Kanak-kanak dibawah usia 4 tahun memiliki keterbatasan bahasa. Amat sukar sekali untuk

mereka menterjemahkan keinginan mereka dalam bentuk bahasa yang mudah untuk ibu bapa

fahami. Oleh itu, keadaan mereka yang masih tidak tahu telah menekankan emosi kanak-

kanak untuk menjadi kecewa dan secara tidak langsung mewujudkan perasaan hampa pada

diri kanak-kanak dan disampaikan melalui sikap tantrum.

6.3 Asuhan Ibu Bapa

Kanak-kanak yang mengalami tingkah laku tantrum biasanya daripada asuhan ibu bapa yang

terlalu dimanjakan apabila semua keinginan dipenuhi dan apabila ada keinginannya yang lain

Page 11: Tingkah laku tantrum pdf

9

tidak diikutkan oleh ibu bapa kanak-kanak. Tingkah laku tantrum akan terjadi apabila segala

permintaan anak-anak mereka inginkan selalu dituruti. Apakah anak kita adalah anak

tunggal? Atau anak lelaki yang ditunggu-tunggu dari beberapa anak perempuan kakak-

kakaknya? Atau mungkin anak yang sudah bertahun-tahun ditunggu-tunggu?. Fenomena ini

seringkali menjadikan ibu bapa teramat sayang kepada anaknya sehingga apa saja kemahuan

dituruti. Betapa sayangnya kita pada anak, janganlah pernah mengamalkan cara didikan

seperti ini. Rasa sayang tidak perlu di tunjukkan dengan menuruti segala kemahuannya. Jika

kita sayang, maka kita harus mengajar tentang nilai baik dan buruk, yang benar dan yang

salah, yang boleh dan yang tidak boleh. Jika tidak, rasa sayang kita akan membuatnya jadi

anak yang mementingkan diri sendiri.

Selain daripada itu, kanak-kanak yang mengalami tantrum adalah dari asuhan yang

tidak konsisten daripada ibu bapanya yang tidak menerangkan yang mana baik dan yang

mana buruk. Tiada penjelasan yang kukuh diberikan oleh ibu bapa sekiranya keinginan

kanak-kanak itu tidak dipenuhi. Manakala, apabila kanak-kanak melakukan kesilapan dan

secara tiba-tiba ibu bapa menegur dan menghukum kanak-kanak, maka inilah komplikasi

yang akan timbul iaitu wujudnya tingkah laku tantrum kepada kanak-kanak tersebut.

Seterusnya, ibu bapa berbeza pendapat yang mana baik atau buruk untuk kanak-kanak.

6.4 Ingin Mendapatkan Perhatian

Tindakan yang dianggap ‘melampau’ oleh ibu bapa sebenarnya adalah isyarat yang ingin

kanak-kanak berikan supaya ibu bapa memberikan perhatian lebih kepadanya. Kesibukan ibu

bapa terhadap kerja menyebabkan ibu bapa sendiri tidak faham karakter anak-anak mereka

sendiri. Jika ibu bapa tidak faham apa yang ingin disampaikan oleh kanak-kanak dalam nada

suara yang kecil. Jadi kanak-kanak mungkin terpaksa menggunakan teriakan atau jeritan

sebagai cara yang berkesan untuk menarik perhatian ibu bapa mereka. Sebagai ibu bapa,

perhatian yang ringan seperti ‘eye contact’ dengan anak-anak, sentuhan atau suara yang

lembut sudah memadai untuk kanak-kanak mengetahui bahawa mereka mendapat perhatian

daripada ibu bapa mereka.

Page 12: Tingkah laku tantrum pdf

10

7.0 KESAN DARI TINGKAH LAKU TANTRUM

Masalah tingkah laku di kalangan kanak­kanak pada zaman kini perlu diambil perhatian yang

serius oleh semua pihak. Kebanyakan daripada segi kelakuan mereka sebagai contoh

pergaulan anak dengan ibu bapa, pergaulan bersama rakan, kelakuan semasa berada di rumah

mahupun di sekolah. Oleh itu, ibu bapa memainkan peranan yang sangat penting untuk

mendidik anak­anak supaya dapat bertingkah laku dengan baik seterusnya, mengurangkan

masalah tingkah laku di kalangan mereka.

Antara kesan-kesan tantrum ialah gangguan kepada proses pengajaran dan

pembelajaran di dalam kelas dengan membuat bising, mengganggu rakan, bergaduh,

melawan cakap guru, vandalisme, kerap menangis, berbohong, mencuri, mengejek dan tidak

menunjukkan minat dan perhatian dalam pelajaran. Tingkah laku seperti ini akan

menyebabkan kanak-kanak lain akan takut untuk mendekatkan diri dengan kanak-kanak yang

mengalami masalah tingkah laku tantrum. Tingkah laku tantrum ini juga akan menyebabkan

kanak-kanak mengalami masalah negatif merangkumi tingkah laku distruptif, pengasingan

diri, pergantungan berlebihan, agresif dan kebimbangan.

Dalam aspek pengajaran dan pembelajaran pula tingkah laku bermasalah negatif ini

akan mengganggu perjalanan pengajaran dan pembelajaran dengan pelbagai cara termasuk

tindakan-tindakan ataupun perlakuan-perlakuan yang mengganggu rakan dan guru ataupun

merosakkan peralatan yang terdapat di dalam kelas. Kanak-kanak yang mengalami tingkah

laku tantrum juga boleh membahayakan dan mencederakan kanak-kanak atau rakan sebaya

mereka sendiri. Hal ini terjadi, kerana kanak-kanak inginkan perhatian yang lebih daripada

orang lain dan juga dari rakan-rakan sebaya mereka. Sekiranya guru, mahupun rakan-rakan

tidak memberikan respon terhadap apa yang akan dilakukan maka kanak-kank akan

mencetuskan sikap-sikap yang negatif termasuk merosakkan harta benda. Jika sikap seperti

ini tidak dibendung lama-kelamaan kanak-kanak akan membesar dengan perlakuan negatif

dan tidak mustahil tertanam sikap panas baran.

Page 13: Tingkah laku tantrum pdf

11

8.0 LANGKAH MENGATASI MASALAH TANTRUM

Untuk mencari jalan penyelesaian bagi permasalahan tingkah laku tantrum tidaklah sukar dan

ibu bapa adalah antara peranan yang penting dalam membentuk anak-anak seperti tidak

terlalu kerap memenuhi keinginan anak ketika ia sedang mengamuk dan jangan terlalu

manjakan anak-anak apabila ia mula menunjukkan sikap tersebut tetapi memuji tingkah laku

yang positif kepada anak-anak anda supaya ia akan mula terdorong dengan kata-kata tersebut.

Hal ini boleh dilakukan ketika situasi dimana ibu bapa dan kanak-kanak yang mengalami

tingkah laku tantrum dikelilingi dengan orang ramai. Ini kerana kanak-kanak akan mula

menunjukkan sikap tersebut dihadapan orang ramai bagi mendapatkan perhatian daripada

orang lain.

Sebagai langkah selamat, ibu bapa boleh mencuba untuk menarik perhatian kanak-

kanak untuk berhenti melakukan perbuatan tersebut dan sentiasa memberikan dorongan yang

baik kepada kanak-kanak. Secara tidak langsung ia akan mula berfikir dan termakan dengan

setiap kata ibu bapa. Selain itu, kadangkala tingkah laku tantrum ini juga membolehkan kita

banyak melihat pelbagai gaya dan perangai kanak-kanak, ada diantaranya suka menarik

rambut sendiri, menghantukkan kepala atau suka memukul diri sendiri dengan alat permainan

mereka. Sekiranya kanak-kanak mula menunjukkan situasi dimana kanak-kanak cuba untuk

melakukan sesuatu yang menyakitkan diri sendiri, ibu bapa jangan menghalang kanak-kanak

untuk melakukan dan ibu bapa haruslah membiarkan kanak-kanak merasakan sakit itu,

kerana dengan sebegitu kanak-kanak akan mendapat pengajaran kepada diri mereka sendiri

dan mereka akan berhenti untuk melakukan perkara-perkara tersebut pada masa akan datang.

Sekiranya mereka mula menunjukkan kelakuan tantrum sebagai ibu bapa mahupun

guru sekalipun harus banyak bersabar untuk mengendalikan kanak-kanak yang mengalami

masalah tantrum kerana sekiranya ibu bapa mahupun guru menggunakan kaedah

menghukum, secara tidak langsung akan membuatkan kanak-kanak lebih memberontak dan

akan menyebabkan juga masalah tantrum kanak-kanak ini menjadi bertambah teruk dan akan

kekal dalam tempoh jangka masa yang panjang. Malah ini juga salah satu sebab kenapa

kanak-kanak ini meningkat dewasa nanti mereka mempunyai sikap panas baran yang tidak

dapat dikawal.

Page 14: Tingkah laku tantrum pdf

12

Bukan itu sahaja, malah guru juga harus pandai bermain dengan emosi kanak-kanak

apabila kanak-kanak tersebut mula menunjukkan sikap-sikap tantrumnya maka guru cuba

tidak terkejut dan memberikan reaksi kepada kanak-kanak tersebut dan cuba memberi arahan

yang jelas dan tegas mengenai kelakuannya. Namun janganlah menggunakan bahasa yang

menunjukkan kemarahan kepada kanak-kanak tersebut kerana ia akan mengakibatkan kanak-

kanak tersebut berisiko mencederakan rakan-rakannya yang lain.

9.0 CADANGAN MENGATASI TINGKAH LAKU TANTRUM

9.1 Cari tahu dan pelajari penyebab anak-anak menjadi tantrum

Anak-anak akan lebih cenderung menjadi cepat marah kerana lapar, sakit, bosan atau

tekanan. Sebagai ibu bapa, kita perlu mempelajari penyebab ini dan memerlukan pemerhatian

selama beberapa minggu kerana ia tidak akan berhasil dalam masa sehari atau dua hari. Kita

boleh mengetahui pada waktu bila anak-anak mudah berkelakuan marah, kenapa sebabnya?

ataupun pada waktu bila anak-anak tidak marah dan mudah mendengar kata kerana emosinya

akan mudah letih dan lemah. Dari hasil pemerhatian tersebut, kita boleh mencari jalan untuk

menghindari atau meminimakan masalah tantrum kepada kanak-kanak. Cadangan untuk

menghindari tantrum ini lebih mudah daripada menghadapi situasi tantrum ini.

9.2 Alihkan perhatian

Ibu bapa perlu menunjukkan sesuatu yang lebih menarik dari apa yang dilihatnya atau

mengajak anak-anak melakukan sesuatu yang disukainya atau memintanya membacakan satu

cerita. Apabila anak-anak bersetuju dengan tindakan ibu bapa mereka, dengan mudah mereka

akan lupa pada apa yang dilihatnya. Ibu bapa perlu menggunakan pelbagai cara dan pastikan

kanak-kanak tidak terhidu dengan tindakan ibu bapa yang ingin menghalang mereka untuk

menginginkan sesuatu.

Page 15: Tingkah laku tantrum pdf

13

9.3 Jangan respon keinginan anak sampai ia berhenti tantrum atau berteriak

Ibu bapa perlu mengajar anak-anak untuk meminta sesuatu dengan cara yang baik dan

berhemah bukan dengan cara marah, mengamuk, berteriak ataupun menangis dihadapan

umum. Sebagai contoh, seorang ibu mempunyai anak yang menginginkan sesuatu apabila

anaknya meminta dengan cara menangis. Ibu tersebut hanya menghela nafas dan memberi

isyarat kepada anaknya bahawa beliau berada di dalam bilik sekiranya anaknya itu

memerlukannya. Apabila anaknya itu diam dan tenang, anak tersebut masuk ke bilik ibunya

dan memeluk ibu tersebut serta meminta maaf.

Anak tersebut kemudian meminta pertolongan ibunya dengan cara yang baik dan

menggunakan ayat ‘Tolong’ untuk meminta sesuatu. Sekiranya ibu tidak mahu memberi, dia

akan faham dan tidak akan memintanya lagi. Ibu bapa perlu mengajar anak-anak bahawa

tidak semua permintaan anak-anak akan dituruti. Inilah tindakan dan contoh yang perlu ada

pada setiap ibu bapa. Biarlah ibu bapa yang membimbing dan mengajar anak anak bukan

anak-anak yang membimbing serta mengajar ibu bapa.

9.4 Berikan pelukan dan mengajak anak-anak berbincang

Kita ibu bapa wajib menenangkan hati anak-anak dan memberi mereka tunjuk ajar agar lebih

cara untuk bersikap lebih baik. Ibu bapa perlu mendedahkan kepada anak-anak tentang

perkara yang tidak baik atau perkara yang baik untuk mereka ikuti. Jika ibu bapa tidak

menghiraukan anak-anak tanpa memberi sebarang pendedahan bahawa setiap tingkah laku

yang mereka tunjukkan itu salah, maka semua cara yang dicadangkan di atas hanya menjadi

sia-sia.

Anak-anak tidak akan belajar dari tingkah laku sana sini dan akan menganggap

bahawa setiap tangisan dan kemarahan mereka adalah hal yang biasa. Namun begitu ibu bapa

boleh mengajak anak-anak untuk mengatasi dan mengubah emosi mereka menjadi lebih baik.

Setiap masalah pasti mempunyai jalan penyelesaiannya tetapi hanya kita sebagai ibu bapa

yang perlu berusaha untuk kebaikan anak-anak kita.

Page 16: Tingkah laku tantrum pdf

14

10.0 KESIMPULAN

Sebagai konklusinya, peranan ibu bapa amatlah penting dalam pembentukan tingkah laku

kanak-kanak. Oleh kerana itu, sebelum seseorang itu ingin mendirikan rumahtangga haruslah

terlebih menguasai kemahiran keibubapaan supaya dapat membantu mereka untuk mengelola

tingkah laku anak mereka sekiranya anak mereka mengalami tingkah laku tantrum. Adalah

menjadi tanggungjawab kedua ibu bapa untuk mengesan tahap kesihatan anak mereka.

Sekiranya terdapat tanda-tanda awal seperti masalah tantrum, ibu bapa perlulah membuat

pencegahan awal. Seandainya ibu bapa berhadapan dengan kanak-kanak tantrum, adalah

penting untuk tahu bagaimana mengendalikan kanak-kanak tantrum.

Bersikap tantrum mungkin boleh diterima jika jarang berlaku. Tetapi sekiranya

tantrum terjadi hampir setiap hari, langkah mengawal tantrum adalah diperlukan agar tingkah

laku negatif seperti ini tidak berlarutan hingga menjdi tidak terkawal. Teknik mengawal

tingkah laku tantrum juga perlu dipelajari secara lebih mendalami agar dapat menggunakan

kepelbagian teknik yang sediaada. Kemungkinan teknik yang pertama tidak menjadi, jadi

boleh menggunakan teknik yang lain.

Page 17: Tingkah laku tantrum pdf

15

11.0 RUJUKAN

Mohd Hanafi Mohd Yasin, Mohd Mokhtar Tahar, Dan Siti Sufika Abdul Aziz 2016.

Modifikasi tingkah laku tantrum murid pendidikan khas menggunakan social stories. 1-8

Mutiara Septenia, (2014). Kenali Gejala Temper Tantrum Pada Anak dan Cara yang Tepat

untuk Mengatasinya.

Ee Ah Meng, Suppiah Nachiappan & Taquddin Abd Mukti (2011). Perkhidmatan Bimbingan

& Kaunseling: Oxford Fajar.

Haliza hamzah & jow nesamalar samuel (2016). Siri Pendidikan Guru, Pengurusan bilik

darjah dan tingkah laku (Edisi Kedua): Oxford Fajar.