tuto 14,16,17,18,20

18
JABATAN PERDAGANGAN UNDANG-UNDANG KOMERSAN - P2114 - TUTORIAL DISEDIAKAN OLEH-: 1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04DAT06F578- CLASS: CARRY <DAT3B> DISEDIAKAN UNTUK:- :CIK FATIMAH.

Upload: ctiechn87

Post on 10-Jun-2015

1.879 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TUTO 14,16,17,18,20

JABATAN PERDAGANGAN

UNDANG-UNDANG KOMERSAN- P2114 -

TUTORIAL

DISEDIAKAN OLEH-:1. Siti Norfazilah Binti Che Hamid. -04DAT06F578-

CLASS: CARRY <DAT3B>

DISEDIAKAN UNTUK:-:CIK FATIMAH.

TUTORIAL 14.

SOALAN 1 :

Page 2: TUTO 14,16,17,18,20

Juni menulis surat kepada desi menyatakan hasratnya untuk menjual keretanya dengan harga RM 53,000.00. desi telah menghubungi juni dan menyatakan persetujuannya untuk membeli kereta tersebut. Walau bagaimanapun, desi telah meletakkan syarat tambahan iaitu kereta tersebut haruslah di cat semula.Juni tidak bersetuju dengan syarat tersebut dan menawarkan kereta tersebut kepada fara dengan harga RM50,000.00. desi mendakwa juni sudah terikat dengannya dan tidak berhak menjual kereta tersebut kepada fara. Nasihatkan desi berdasarkan undang-undang kontrak.

ISU :- samaada telah wujud kontrak diantara desi dengan juni.

PRINSIP UNDANG-UNDANG : - - Cadangan balas merupakan satu penolakan yang dibuat oleh penerima terhadap satu cadangan

asal yang dibuat oleh pencadang. Jika penerima mengubah sebarang syarat yang terdapat dalam cadangan asal, maka penerima telah mewujudkan satu cadangan balas kepada pencadang dan seterusnya memberi kuasa penerimaan kepada pencadang.

KES RUJUKAN :- HYDE VS WRENCH.Defendan menawarkan untuk menjual ladangnya kepada plaintif dengan harga 1,000 pound ini merupakan satu cadangan kepada plaintif.namun apabila plaintif meletakkan harga 950 pound, plaintif telah membuat penerimaan kepada cadangan defenden tetapi palintif telah membuat satu cadangan balas kepada defenden iaitu untuk membeli lading tersebut dengan harga 950 pound. Apabila defenden menolak, mahkamah memutuskan tidak wujud penerimaan kepada cadangan plaintif tersebut.

HUBUNGKAIT :Kes diatas, desi telah meletakkan syarat tambahan ( cadangan balas ), mengikut prinsip undang2. cadangan balas merupakan satu penolakan yang dibuat oleh penerima terhadap satu cadangan asal. Tindakan desi menbuat cadangan balas telah membatalkan cadangan asal yang dibuat oleh juni dan juni berhak membatalkan penawarannya kepada desi. Merujuk kepada kes HYDE VS WRENCH, tindakan plaintif meletakkan harga 950 pound ( cadangan balas ) keatas ladang yang ditawar oleh defenden kepada nya dengan harga 1000 pound telah membatalkan tawaran asal defenden kepadanya dan defenden berhak untuk membatalkan cadangan yang dibuat olehnya kepada plaintif. Seperti kes desi vs juni. Tindakan desi mewujudkan cadangan balas telah memberi hak penerimaan kepada juni samaada ingin meneruskan kontrak diantaranya atau membatalkan.

KESIMPULAN :Tidak wujud kontrak diantara desi dengan juni kerana tindakan desi mewujudkan cadangan balas telah membatalkan cadangan asal yang dibuat diantaranya.

SOALAN2.Syarikat enak bhd bersetuju untuk membeli sebuah dapur yang dapat mengeluarkan haba tidak kurang daripada 2,500^F bagi tujuan memasak

Page 3: TUTO 14,16,17,18,20

makanan khas daripada syarikat w. Syarikat w telah diberitahu dengan jelasnya spesifikasi dan tujuan pembelian dapur tersebut serta tarikh dapur itu mesti itu mesti sampai di premis syarikat enak bhd. Malangnya, syarikat w telah gagal untuk menghantar dapur tersebut pada tarikh yang telah ditetapkan dan juga telah gagal menepati spesifikasi yang telah ditetapkan. Syarikat enak bhd ingin menuntut ganti rugi. Nasihatkan Syarikat Enak Bhd.

ISU : Samaada Syarikat Enak Bhd boleh menuntut ganti rugi dari Syarikat W.

PRINSIP UNDANG-UNDANG : Seksyen 40, apabila suatu pihak bagi suatu kontrak telah enggan melaksanakan, atau telah tak membolehkan dirinya dari melaksanakan, janjinya pada keseluruhannya, maka penerima janji bolehlah menamatkan kontrak itu, melainkan jika ia telah menunjukkan, dengan kata2 atau kelakuan, persetujuannya untuk meneruskaan kontrak itu.Pelepasan kontrak disebabkan oleh pecah kontrak. Suatu kontrak juga dilepaskan daripada pelaksanaannya jika terdapat mana-mana pihak di bawah kontrak itu gagal memenuhi obligasinya seperti yang telah dipersetujui menurut terma-terma dan syarat2 kontrak tersebut. Pihak yang gagal ini dianggap telah memungkiri kontrak itu jesteru memberikan hak kepada pihak yang melaksanakan obligassinya menurut kontrak itu untuk membatalkan kontrak yang telah dimungkiri dengan menuntut ganti rugi daipada pihak yang telah memungkiri tadi.

KES RUJUKAN : CHEN CHUAN DEVELOPMENT SDN BHD VS NG AH HOCK.Perayu yang merupakan seorang pemaju perumahan telah bersutuju untuk menjual sebuah rumah kedai kepada responden dengan harga RM49,500.00. responden telah pun menjelaskan wang tempahan kepada perayu. Perayu kemudiannya cuba menaikkan harga rumah kedai tersebut kepada RM85,000.00. Perayu seterusnya memulangkan cek dan wang tempahan pembeli. Peguam responden merupakan salah seorang penerima cek tersebut dan dia telahpun menunaikannya. Mahkamah persekutuan telah memutuskan bahawa satu penolakan kontrak telahpun berlaku apabila perayu menulis surat kepada responden memaklumkan tentang kenaikan serta tindakannya memulangkan wang tempahan. Walaubagaimana pun, menurut mahkamah lagi, tindakan peguam responden menunaikan cek yang diterima itu jelas menunjukkan penerimaannya terhadap kemungkiran kontrak oleh perayu dan keadaan ini menyebabkan kontrak tersebut tamat atas kemungkiran kontrak oleh perayu.

HUBUNGKAIT :Syarikat W telah gagal melaksanakan janjinya kepada Syarikat Enak Bhd iaitu telah gagal menghantar dapur pada tarikh yang ditetapkan dan gagal menepati spesifikasi yang telah ditetapkan.mengikut seksyen 40, suatu pihak bagi suatu kontrak yang tidak dapat melaksanakan janjinya, maka penerima janji boleh menamatkan kontrak itu. jadi syarikat Enak Bhd berhak untuk menamatkan kontrak itu atau menuntut ganti rugi daripada pihak yang memungkiri kontrak itu ( syarikat W ). Dirujuk melalui kes chen chuan development sdn bhd vs ng ah hock. Juga terdapat kemungkiran kontrak oleh perayu dan keadaan ini menyebabkan kontrak tersebut tamat atas kemungkiran kontrak oleh perayu.

KESIMPULAN :Syarikat Enak Bhd boleh menuntut ganti rugi dari syarikat W.

SOALAN 3.

Page 4: TUTO 14,16,17,18,20

Rumi telah menempah sebuah bilik di hotel makmur untuk menyaksikan kemeriahan istiadat perarakan diraja. Istiadat tersebut terpaksa dibatalkan kerana salah seorang kerabat diraja jatuh gering. Encik dee selaku pemilik hotel makmur ingin menuntut ganti rugi kerana rumi enggan membayar sewa bilik tersebut. Nasihatkan Encik Dee.

ISU : - Samaada Encik Dee boleh menuntut ganti rugi dengan Rumi.

PRINSIP UNDANG-UNDANG : -

KES RUJUKAN :

HUBUNGKAIT :

KESIMPULAN :

TUTORIAL 16SOALAN 1.

Semasa membeli belah di jalan tuanku abdul rahman, kuala lumpur, rozi terpandang sebuah lukisan asli yang dipamerkan di tingkap sebuah kedai

Page 5: TUTO 14,16,17,18,20

yang menjual barang-barang seni. Lukisan yang bercorak batik itu ditandakan dengan label harga RM350.00. Terpikat dengan kehalusan seni lukisan itu, rozi memasuki kedai tersebut terus menghulurkan wang RM350.00 untuk membeli lukisan itu. raja, pemilik kedai menjelaskan bahawa lukisan tersebut tidak dilabelkan dengan betul dan harga sebenarnya ialah RM550.00.Bolehkah rozi menuntut untuk membelinya dengan harga RM350.00? sebagai seorang yang arif dalam bidang undang-undang, nasihatkan rozi.

ISU : Samaada Rozi boleh menuntut untuk membeli lukisan tersebut dengan harga RM350.00.

PRINSIP UNDANG-UNDANG :-- pelawaan cadangan merupakan langkah pertama di dalam rundingan yang dibuat di antara dua

pihak yang mungkin akan berkesudahan dengan satu cadangan yang seterusnya menjurus kepada kontrak ataupun sebaliknya rundingan tersebut hanya berakhir setaakat rundingan sahaja.

KER RUJUKAN :FISHER VS BELL.Tuan punya pekedai telah didakwa kerana membuat tawaran menjual pisau lipat kepada umum. Mahkamah telah memutuskan apabila tuan punya kedai membuat pameran pisau lipat di kedainya, ini bukanlah satu tawaran menjual tetapi hanya satu pelawaan tawaran.

HUBUNGKAIT :Harga sebenar lukisan yang dijual adalah RM550.00 dan tersalah label dengan harga RM350.00. pekedai hanya lah membuat satu Pelawaan Tawaran semata-mata dan bukan satu Tawaran. Mengikut prinsip undang-undang, pelawaan cadangan merupakan satu rundingan semata-mata yang mungkin berkesudahan dengan satu cadangan dan mungkin sekadar rundingan semata- mata. Dan merujuk kepada kes FISHER VS BELL, tindakannya hanyalah sekadar pelawaan cadangan sahaja dan setelah pembeli mengambil dan membayar kepada pekedai dan pekedai menerimanya. Disitulah baru mewujudkan satu kontrak yang mengikat. Dan pekedai berhak menolak cadangan yang dibuat oleh pembeli. Begitu juga kes Rozi dengan penjual lukisan. Penjual lukisan hanya membuat satu pelawaan tawaran dan Rozi membuat tawaran. Penjual tidak menerima tawaran yang dibuat oleh Rozi.

KESIMPULAN : Rozi tidak berhak untuk membeli lukisan tersebut dengan harga RM350,00.Dan tidak wujud kontrak diantaranya dengan pekedai.

SOALAN2.

Joha mewarisi satu kawasan lombong bijih besi ayahnya di lembah kinta. Operasi lombong tersebut telah ditutup 20 tahun yang lalu. Joha kemudiannya menjual lombong itu kepada syarikat ikan bhd yang bercadang yang untuk menternak ikan air tawar di situ. Joha memberitahu wakil syarikat ikan bhd bahawa lombong itu sesuai untuk

Page 6: TUTO 14,16,17,18,20

habitat ikan air tawar. Sebenarnya, joha sendiri tidak pernah menternak ikan do lombong itu. beberapa minggu selepas transaksi jual beli, syarikat ikan bhd mendapati bahawa lombong itu tidak sesuai untuk penternakan ikan air tawar.Syarikat ikan bhd ingin mengenepikan kontraknya dengan joha. Bincangkan.

ISU : Samaada Syarikat Ikan Bhd mengenepikan kontraknya dengan Joha.

PRINSIP UNDANG-UNDANG :

KES RUJUKAN :

HUBUNGKAIT :

KESIMPULAN :

SOALAN3.

Tok ngah mempunyai dua ekor kerbau yang gemuk dan sihat. Kerbau-kerbau iberi nama rumi dan juli. Tok ngah bercadang untuk menjual kerbaunya yang bernama juli.Pada suatu hari, ropi yang merupakan penternak kerbau yang berjaya, telah singgah di rumah tok ngah lalu terlihat kerbau-kerbau itu. setelah berunding dengan tok ngah, ropi telah bersetuju untuk membeli salah seekor daripada kerbau tok ngah dengan harga RM3,500.00 tanpa

Page 7: TUTO 14,16,17,18,20

diketahui oleh tok ngah, ropi sebenarnya berminat untuk membeli rumi, sedangkan tok ngah pula hanya bercadang untuk menjual juli. Nasihatkan mereka.

ISU :

PRINSIP UNDANG-UNDANG :

KES RUJUKAN :

HUBUNGKAIT :

KESIMPULAN :

SOALAN4.

Vida bercadang untuk membeli sebuah alat senaman bagi mengurangkan berat badannya. Oleh itu, beliau telah pergi ke pusat kesihatan reno untuk tujuan tersebut. Disana, reno telah mencadangkan kepada veda sebuah alat senaman jenama ”Go Fit” bagi membantu vida mengurangkan berat badannya. Reno menyatakan bahawa dia telah berjaya mengurangkan berat badannya dalam tempoh 3 bulan sahaja. Vida bersetuju untuk membeli alat senaman tersebut. Malangnya, setelah 3 bulan berlalu, vida masih tidak berjaya mengurangakan berat

Page 8: TUTO 14,16,17,18,20

badannya. Vida berjumpa reno dan ingin membatalkan kontrak di atas ketidakberkesanan alat tersebut. Nasihatkan vida.

ISU :

PRINSIP UNDANG-UNDANG :

KES RUJUKAN :

HUBUNGKAIT :

KESIMPULAN :

TUTORIAL 17.SOALAN1

Zaki merupakan kenalan lama tina semasa belajar di universiti kebangsaan malaysia. Setelah tamat belajar, masing-masing membawa

haluan sendiri.10 tahun berlalu dan sekarang tina sedang mengalami masalah kewangan

dan masalah dalam rumahtangganya. Dia telah menghubungi zaki bagi menceritakan segala masalahnya kepada zaki dengan harapan zaki dapat

membantunya.Setelah mendengar curahan hati tina, perasaan belas ihsan telah timbul

di hati zaki. Zaki bersetuju untuk memberikan wang sebanyak RM40,000.00 kepada tina dan tina bersetuju menerimanya.

Page 9: TUTO 14,16,17,18,20

Zaki terpaksa membatalkan niatnya untuk membantu tina apabila perkara tersebut diketahui oleh isterinya keti. Keti telah menghalang zaki

daripada berhubung dengan tina.Tina yang kecewa dengan tindakan zaki mengambil keputusan untuk

mendakwa zaki kerana pelanggaran kontrak. Menurut tina, kontrak telah wujud di antara dia dan zaki. Nasihatkan zaki akan haknya disisi undang-

undang kontrak dalam situasi ini.

ISU : Samaada kontrak telah wujud diantara zaki dengan Tina. Dan bolehkah tina mendakwa zaki.

PRINSIP UNDANG-UNDANG : - Eleman asas kontrak, balasan, niat, keupayaan, kerelaan bebas, keesahan, cadangan, penerimaanPerjanjian domestik/sosial diandaikan tidak wujud niat untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang.Balasan mestilah ada timbal balik.

KES RUJUKAN : BALFOUR VS BALFOUR. Si suami merupakan seorang kakitangan awam yang bertugas di ceylon. Si suami dan isteri telah kembali ke england semasa cuti. Si suami kemudiannya kembali ke Ceylon tetapi isterinya terpaksa tinggal di England atas nasihat doktor. Si suami berjanji untuk memberi si isteri 30 pound sebulan sebagai saraan sehingga si suami kembali semula ke England. Si suami gagal memenuhi janjinya dan si isteri menyaman untuk menuntut bayaran saraan tersebut. Dalam penghakimannya, mahkamah Rayuan England memutuskan bahawa perjanjian suami isteri ini merupakan suatu perjanjian tidak formal dan tidak diniatkan untuk mewujudkan hubungan di sisi undang-undang.

HUBUNGKAIT :Zaki telah membatalkan niatnya untuk memberi wang kepada Tina. Tina mendakwa zaki telah melanggar kontrak diantaranya. Mengikut prinsip undang2. sesuatu perjanjian tidak akan berlaku jika salah satu elemen2 kontrak tidak berlaku. Dan niat merupakan salah satu elemen asas kontrak. Zaki telah membatalkan niatnya. Maka kontrak tidak berlaku diantaranya. Perjanjian diantaranya juga dipengaruhi dengan perhubungan sosial. Mengikut prinsip undang2 juga perjanjian domestik/sosial diandaikan tidak wujud niat untuk mewujudkankan hubungan disisi undang-undang. Dan merujuk kes BALFOUR VS BALFOUR, isteri telah mendakwa suami kerana telah gagal menunaikan janji memberi 30 pound sebagai saraan. Dan mahkamah memutusskan perjanjian diantaranya adalah tidak formal dan tidak diniatkan untuk mengikat disisi undang2. begitu juga kes Zaki VS Tina. Niat Zaki lebih kepada untuk membantu Tina dan bersimpati dengan tina. Bukan dengan niat untuk mengikat disisi undang2. tanpa niat, kontrak tidak akan wujud.

KESIMPULAN :Tidak wujud kontrak diantara Tina dengan Zaki dan Tina tidak boleh mendakwa Zaki.

SOALAN2.

Suad berusia 17 tahun. Dia merupakan pelukis muda yang berbakat besar dan terkenal. Suad telah ditawarkan oleh Q Gallery untuk membuat

pameran solonya yang pertama. Dia akan dikenakan bayaran sebanyak 30% daripada keuntungan jualan lukisannya. Setelah berjaya mendapat

hasil jualan yang memberasangkan, suad enggan membuat bayaran kepada Q Gallery. Q Gallery mendakwa bahawa kontrak yang sah telah

wujud.

Page 10: TUTO 14,16,17,18,20

ISU : Samaada wujud kontrak yang sah diantara Q Gallery dengan Suad.

PRINSIP UNDANG-UNDANG : Seksyen 69, jika seorang yang tidak berdaya membuat kontrak, atau sesiapa yang dianya terikat disisi undang2 untuk menanggung, dibekalkan oleh seorang lain dengan keperluan2 yan sesuai dengan keadaan hidupnya, maka orang yang membekalkan sedemikian berhak diganti bayar dari harta orang yang tidak berdaya itu.

KES RUJUKAN : NASH VS INMANPlaintif telah membekalkan defenden (seorang kanak-kanak yang belajar di Universiti Cambridge ) dengan pakaian yang mahal termasuk 11 helai pakaian panas. Apabila plaintif menuntut bayaran pakaian2 itu dari defenden, defenden mengatakan ia tidak memerlukan pakaian tersebut kerana bapanya telah pun membekalkan pakaian yang mencukupi dan sesuai dengan kehidupannya.MAHKAMAH : memutuskan baju panas tersebut bukan keperluan bagi defenden.

HUBUNGKAIT :Suad telah membuat pameran solonya di Q Gallery dan merupakan sumber pendapatannya. Mengikut kontrak, perjanjian yang dibuat dengan kanak2 ( bawah18 tahun ) adalah BATAL. Tetapi terdapat beberapa pengecualian dan salah satunya adalah kontrak keperluan tetapi perlu dibuktikan bahawa ia adalah benar2 keperluan. Mengikut kes, pameran itu merupakan sumber pendapatan bagi suad dan ini telah membuktikan bahawa ia adalah satu keperluan untuk Suad.

KESIMPULAN : Wujud kontrak yang sah diantara Q Gallery dengan Suad kerana ia merupakan satu kontrak keperluan.

TUTORIAL 18.SOALAN 1.

Rain menawarkan rumahnya kepada chu dengan harga rm100,000.00. Rumah tersebut terletak di kawasan perkampungan yang aman damai

serta mempunyai pemandangan yang amat cantik. Tawaran dibuat melalui surat dan diterima oleh Chu pada 28/2/2008.

Chu yang amat menyintai keindahan alam semula jadi dan suasana damai, terus bersetuju untuk membelinya. Pada 10/3/2008, chu mengepos surat

penerimaan kepada rain.

Page 11: TUTO 14,16,17,18,20

Rain kemudiannya ingin membatalkan tawaran yang telah dibuat setelah didatangi oleh seorang jutawan yang bernama Dosi yang ingin memiliki

rumah tersebut dengan harga rm200,000.00.Rain telah menulis surat pembatalan tawaran kepada chu dan

mengeposnya pada 5/3/2008 dan diterima oleh Chu pada 11/3/2008.Nasihatkan Chu sama ada kontrak sudah terikat atau belum.

ISU :Samaada kontrak diantara Rain dengan Chu sudah terikat atau belum.

PRINSIP UNDANG-UNDANG :Seksyen 4(3)(b) komunikasi pembatalan lengkap terhadap orang kepada siapa yang ianya dibuat, bila pembatalan itu sampai kepada pengetahuannya.Seksyen 4(2)(b) komunikasi penerimaan menjadi lengkap terhadap penerima cadangan apabila surat penerimaan itu sampai kepada pencadang mengetahui.Seksyen 5(1) sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya.

KES RUJUKAN :BRYNE VS VAN TIENHOVEN Pada 1 oktober defenden membuat tawaran melalui surat untuk menjual bjih timah kepada palintif. Apabila plaintif menerima surat tawaran itu, ia segera menghantar penerimaannya dengan telegram pada 11 oktober. Sementara itu pada 8 oktober defenden telah menulis surat kepada plaintif membatalkan tawaran yang dibuatnya pada 1 oktober itu. Surat pembatalan tawaran defenden ini tiba pada plaintif pada 20 oktober. Mahkamah memutuskan bahawa pembatalan cadangan defenden dan itu tidak berkesan pada masa surat pembatalan tiba kepada plaintif, plaintif telah pun membuat penerimaan yang sah.

HUBUNGKAIT :Chu telah membuat penerimaan dengan tawaran yang dibuat oleh Rain dan kontrak telah wujud pada 10/03/08. mengikut Seksyen 4(2)(b) komunikasi penerimaan menjadi lengkap terhadap penerima cadangan apabila surat penerimaan itu sampai kepada pencadang mengetahui. Maka kontrak telah wujud dan terikat pada 10/03/08.dan pembatalan yang dibuat oleh Rain adalah selepasnya (11/3/08). Mengikutt seksyen 4(3)(b) kom pembatalan lengkap pada Orang ia dibuat apabila ianya sampai kepengetahuannya. Dan Seksyen 5(1) sesuatu cadangan boleh dibatalkan pada bila-bila masa sebelum komunikasi penerimaannya adalah lengkap terhadap pencadang, tetapi tidak selepasnya. Pembatalan yang dibuat oleh Rain adalah selepas komunikasi penerimaan lengkap iaitu selepas komunikasi penerimaan lengkap.

KESIMPULAN :Pembatalan yang dibuat oleh Rain tidak sah dan telah wujud kontrak yang sah diantaranya dengan chu pada 10/03/08

SOALAN 2,

Jamil mempunyai tiga buah rumah kedai di machang, kelantan. Dia sedang mengalami masalah kewangan dan memerlukan RM130,000.00 bagi membiayai pembedahan pemindahan hait anaknya, tiya. Tiya yang

berusia dua tahun perlu menjalani pembedahan segera kerana menghidap

Page 12: TUTO 14,16,17,18,20

penyakit hepatitis yang kronik. Jamil mendapat tahu bahawa seorang usahawan yang terkenal iaitu dato’dali amat berminat untuk membeli

kesemua rumah kedai miliknya. Dato’ dali kemudianya bersetuju untuk membeli tiga buah rumah kedai tersebut dengan harga RM180,000.00

yang mana amat murah jika dibandingkan dengan harga pasaran sekarang. Dato’ dali menjelaskan kesemua harga rumah kedai tersebut

secara tunai.Setelah tiya selamat menjalani pembedahan, jamil ingin membatalkan

pindahmilik rumah tersebut atas alasan jualan telah dibuat secara tergesa-gesa dan terlalu murah harganya. Nasihatkan jamil.

ISU :Samaada Jamil boleh membatalkan kontraknya dengan Dato’Dali.

PRINSIP UNDANG-UNDANG : Seksyen26 huraian 2 memperuntukan bahawa sesuatu perjanjian dimana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidaklah batal semata-mata kerana balasan itu tidak memandai.

KES RUJUKAN : PHANG SWEE KIM VS BEH I HOCKResponden telah ebrsetuju secara lisan untuk memindah hak milik tanah kepada perayu dengan harga RM500.00 walaupun harga sebenar tanah itu melebihi RM500,00. Walaupun harga sebenar tanah itu melebihi RN500.00 walau bagaimanapun, responden kemudiannya enggan memindah hak milik tanah tersebut atas alasan bahawa kontrak tersebut tidak boleh dikuatkuasakan sebagai satu kontrak yang disebabkan ketidakpadaan balasan. Pada peringkat awalnya, hakim perbicaraan memutuskan bahawa kontrak yang dimasuki itu adalah terbatal disebabkan keitdakpadaan balasan. Namun di peringkat rayuan, mahkamah persekutuan memutuskan bahawa isu ketidakpadaan adalah tidak relevan dan dalam kes ini wujudnya balasan yang baik berdasarkan seksyen 2(d) akta kontrak1950; keputusan mahkamah memihak pada pihak perayu walaupun balasan yang diberikan tidak berpada.

HUBUNGKAIT :Jamil telah menjual kedainya kepada Dato Dali dengan harga yang agak murah kerana masalah peribadi. Dah ingin membatalkan kontrak itu selepas masalahnya selesai dengan alasan kontrak itu dibuat secara tergesa2 dan terlalu murah harganya. Mengikut seksyen 26 huraian 2 menyatakan bahawa sesuatu perjanjian dimana persetujuan pembuat janji diberi secara bebas tidaklah batal semata2 kerana balasan itu tidak memandai. Maka, perjanjian jamil dengan dato dali tidaklah batal atas alasan harga yang beliau tawar adalah mudah dan tidak mengikut harga pasaran.

KESIMPULAN :Jamil tidak boleh memboleh membatalkan kontraknya dengan Dato’Dali atas alasan harga yang ditawarkannya tidak mengikut harga pasaran dan terlau murah harganya..

SOALAN3,

Page 13: TUTO 14,16,17,18,20

Pada 3/3/2008, seela telah mengupah ramu unutk memasang penyaman udara di dalam sebuah bilikdi rumahnya yang terletak di taman sri, pontian. Kontrak

telah dibuat di antara seela dan ramu dengan syarat bahawa semua peralatan mestilah dapat berfungsi dengan baik. Pada 6/3/2008, ramu telah datang

memasang penyaman udara di rumah seela. Setelah pemasangan selesai, seela enggan membuat bayaran kerana mendapati penyaman udara yang dipasang

tidak berfungsi dengan baik dan sempurna seperti yang telah dipersetujui dalam kontrak. Ramu seterusnya membawa perkara ini ke mahkamah. Nasihatkan ramu

akan tindakannya. ISU :Samaada Ramu boleh mndakwa Seela.

PRINSIP UNDANG-UNDANG :

KES RUJUKAN :

HUBUNGKAIT :

KESIMPULAN :

Page 14: TUTO 14,16,17,18,20

TUTORIAL 20.

SOALAN1 Nash merupakan seorang usahawan dan telah melantik mud sebagai agen bagi perniagaan hartanah. Nash telah mengarahkan mud untuk menjual 10 lot rumah banglo di Desa Anthurium mengikut harga pasaran.Mud kemudiannya telah menjual 4 lot banglo tersebut kepada isteri pertamanya, 3 lot kepada isteri keduannya, 2 lot kepada isteri ketiganya dan 1 lot kepada isteri keempatnya tanpa memberitahu nash terlebih dahulu.Apabila perkara tersebut diketahui oleh Nash, Nash ingin membatalkan traksaksi tersebut. Nasihatkan nash sama sama ada dia berhak untuk berbuat demikian berdasarkan prinsip Undang-Undang Agensi.

ISU : samaada Nash boleh membatalkan traksaksi yang dibuat oleh ejennya ( Mud ).

PRINSIP UNDANG-UNDANG : S 168 : Prinsipal berhak menolak traksaksi yang dibuat oleh ejen jika dia mendapati ejen semasa melaksanakan tugas Telah menyembunyikan fakta meterial dengan tidak jujur atau urus niaga itu ejen itu merugikannya. S169 : prinsipal berhak untuk menuntut daripada ejen apa-apa faedah yang telah diperolehnya dari traksaksi yang dibuat oleh ejen tanpa pengetahuannya serta gagal mengikut arahannya.

KES RUJUKAN : WONG MUN WAI VS WONG THAM FATT & SL.Mahkamah telah memutuskan bahawa ejen telah gagal dalam tugas-tugasnya kepada prinsipal kerana :a. ejen menjual tanah prinsipal di bawah harga pasaran semasa, dan b. ejen gagal memberitahu prinsipal yang dia telah jual tanah prinsipal kepada isterinya sendiri.Dalam kes di atas, ejen tidak sepatutnya mengaut keuntungan dengan menggunakan kedudukannya sebagai ejen kepada prinsipal.

HUBUNGKAIT :Mengikut kes diantara Nash dan Mud, mud telah menjual banglo yang diminta oleh Nash untuk menjualkannya. Mud telah menjual semua unit banglo tersebut ke kaum kerabatnya sendiri ( isteri ke-1,2,3,4 ) tanpa memberitahu Nash, iaitu prinsipal. seksyen 168 menyatakan prinsipal berhak menolak traksaski yang dibuat oleh ejen jika dia dapti ejen telah menyembunyikan fakta material dengan tidak jujur. Sama seperti kes Wong Mun Wai vs Wong Tham Fatt & SL. Ejen gagal memberitahu principal yang dia telah jual tanah principal kepada isterinya sendiri. Mengikut kes ini mud telah gagal memberitahu principal yang beliau telah jual kepada isterinya. Dan mencapai seksyen 168.

KESIMPULAN :Nash boleh membatalkan traksaksi yang dibuat olehnya dengan Mud.

Page 15: TUTO 14,16,17,18,20

SOALAN2.

JJ merupakan agen kepada CC. Semasa kontrak jual beli tanah antara JJ, sebagai wakil kepada CC dan pihak ketiga (pembeli) iaitu EE, JJ menerima RM2,000.00 sebagai saguhati daripada EE. JJ tidak memaklumkan kepada

CC bahawa dia telah menerima RM2,000.00 sebagai saguhati. Setelah urusniaga tersebut selesai, JJ menerima komisen yang telah dijanjikan

oleh CC. CC kemudiannya mendapat tahu bahawa JJ telah menerima saguhati daripada EE sebanyak RM2,000.00.

Nasihatkan CC mengenai haknya disisi undang-undang ke atas JJ.

ISU : samaada CC boleh mengambil tindakan ke atas JJ. Dan menuntut wang komisen yang diterima oleh JJ.

PRINSIP UNDANG-UNDANG : S168 : jika prinsipal mengizinkan ejen mengambil untung seperti ini. Walaubagaimanapun, sekiranya prinsipal tidak bersetuju dengan untung rahsia tersebut, prinsipal mempunyai pilihan seperti berikut : a. prinsipal boleh menamatkan kontrak yang dimasuki oleh ejen dengan pihak ketiga, jika kontrak

itu tidak memberi keuntungan kepadanya.b. Prinsipal boleh menuntut jumlah untung rahsia itu daripada ejen.

KES RUJUKAN :ANDREW VS RAMSY & CO.- prinsipal telah mengarahkan ejen supaya menjual hartanah dan bersetuju membayar komisen sebanyak 50 pound sterling. Ejen berjaya mendapatkan pembeli, dan dia telah diberikan 100 pound sterling sebagai deposit. Ejen kemudiannya telah membayar sebanyak 50 pound sterling kepada prinsipal, dan menyimpan baki 50 pound sterling

Sebagai komisen. Selain itu, ejen juga mendapat 20 pound sterling dari pembeli. Mahkamah memutuskan bahawa prinsipal berhak menuntut komisen rahsia yang didapati oleh ejen.

HUBUNGKAIT :Mengikut kes JJ vs CC. JJ telah merahsiakan untung rahsia yang dia perolihi daripada EE dengan sengaja. Iaitu komisen RM22,000.00. Seksyen 168 menyatakan, sekiranya prinsipal tidak bersetuju dengan untung rahsia tersebut, prinsipal mempunyai 2 pilihan iaitu, menamatakan kontraknya dengan pihak ketiga dan menuntut jumlah untung rahsia itu daripada ejen. Maka CC mempunyai 2 pilihan, iaitu CC boleh menamatkan kontraknya dengan JJ dan CC boleh menuntut jumlah untung rahsia yang diperolehi oleh JJ dengan EE.

KESIMPULAN : CC boleh mengambil tindakan keatas JJ dan bolen menuntut wang komisen yang diterima oleh JJ.

Page 16: TUTO 14,16,17,18,20