tun dr. mahathir mohammad

Download Tun Dr. Mahathir Mohammad

If you can't read please download the document

Upload: hazrul-hafizyani-abd-halim

Post on 19-Nov-2014

9.045 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

 

TRANSCRIPT

  • 1. TUN DR MAHATHIR MOHAMADPERDANA MENTERI MALAYSIAKEEMPAT (1981-2002)

2. Tun Dr Mahathir Mohamad Bab ini menerangkan tentang PerdanaMenteri Malaysia yang keempat. Dalam bab ini pelajar akan mempelajaritentang: a) Pendidikan awal beliau b) latar belakang beliau c) latar belakang politik d) keistimewaan beliau 3. Pendidikan Awal Tun Dr.Mahathir Mahathir di zaman kanak-kanak 4. Latar Belakang Tun. Dr. Mahathir Mahathir bin Mohamad dilahirkan pada 20Disember 1925 oleh Wan Tempawan di sebuahrumah di Lorong Kilang Ais, Seberang Perak, AlorSetar, Kedah. Ibunya Wan Tempawan binti Wan Hanafi adalahketurunan Wan Mat Saman, Menteri Besar Kedahyang membina terusan Wan Mat Saman. Beliau adalah anak bongsu kepada Encik Mohamadbin Iskandar dan Wan Tempawan binti Wan Hanafidikurniakan sembilan orang anak. Dr. Mahathiranak mereka yang bongsu . 5. Dr.Mahathir di hariperkahwinannya 6. LATAR BELAKANG TUN DR, MAHATHIR Dr. Mahathir mula bersekolah di Sekolah Melayu Laki-laki SeberangPerak, Kedah. Kemudian menyambung persekolahan ke Sekolah Inggeris Alor Setar(kini Maktab Sultan Abdul Hamid) di mana ayahandanya, EncikMohamad bin Iskandar adalah gurubesar sekolah itu yang pertama.Encik Mohamad Iskandar adalah anak Melayu pertama yang menjadiguru besar sebuah sekolah Inggeris pada tahun 1908. Beliau adalah seorang yang tegas dan menitikberatkan prestasipendidikan yang tinggi di kalangan anak-anaknya. Sejak kecil Tun Dr Mahathir bin Mohamad dikatakan sebagai seorangyang pasti akan jalan tujunya dan cara mencapai matlamatnya.Secara semulajadi beliau merupakan seorang yang rajin danmempunyai determinasi untuk berjaya dalam apa jua bidang yangdiceburinya. 7. Tun Dr Mahathir bin Mohamad bersekolah di SekolahMelayu Seberang Perak sebelum memasuki SekolahInggeris Kerajaan di Alor Setar yang kini dikenali sebagaiKolej Sultan Abdul Halim. Semasa Jepun memerintah Malaya persekolahannyatergendala dan Tun Dr Mahathir bin Mohamadberkecimpung dalam perniagaan gerai kopi serta menjualbuah-buahan dan barangan kraftangan di Pekan Rabu, AlorSetar, Kedah. Setelah tamat Perang Dunia Kedua, Tun DrMahathir bin Mohamad menyambung pelajarannya disekolah yang sama pada tahun 1945 sehingga SeniorCambridge. Tun Dr Mahathir bin Mohamad kemudiannya pada tahun1947, melanjutkan pengajian ke King Edward VII College ofMedicine, Universiti Malaya, Singapura . Pada tahun1952, Tun Dr Mahathir bin Mohamad lulus dengan ijazahperubatan MBBS. 8. Pengalaman Tun Dr. Mahathir Dr. Pernah meletakkan jawatannya dengan kerajaan.Beliau pernah berniaga buah-buahan dan cendol diPekan Rabu, Kedah. Beliau telah dilantik dalam jawatankuasa PekanRabu. Beliau melihat sendiri betapa susahnya orangMelayu mendapatkan ruang niaga. Beliau kemudiannya membuka klinik sendiri. Pengalaman berniaga yang dilalui menyedarkanbeliau betapa perlunya kemahiran berniaga untukmeninggikan taraf hidup kaum Melayu. Inilah yangmendorong Tun Dr Mahathir bin Mohamadmenceburi bidang politik apabila beliau masih dibangku sekolah. 9. Latar Belakang Politik Tun Dr.Mahathir Ketika zaman persekolahan lagi Tun Dr Mahathir bin Mohamadmenentang Malayan Union dengan lantang dan menubuhkan KesatuanMelayu Kedah serta Kesatuan Pemuda Melayu Kedah. Pada tahun 1946, Tun Dr Mahathir bin Mohamad merupakan salahseorang ahli UMNO yang awal dengan kemasukan Kesatuan MelayuKedah ke dalam UMNO. Dr. Mahathir sejak mudanya adalah seorang yang rajin menulis. Dengannama penanya Che Det beliau banyak menulis tentang kisah-kisahyang melanda masyarakat Melayu yang tersiar dalam akhbar-akhbartempatan. Kebanyakan rencana Tun Dr Mahathir bin Mohamad dihantarke Strait Times dan Sunday Times bertemakan kepahitan hidupmasyarakat Melayu. Bakat kepimpinannya terselah semasa menuntut lagi apabila beliaudilantik sebagai Presiden, Penrtubuhan Islam, Kolej Kedoktoran. Tun DrMahathir bin Mohamad sering mengikuti perdebatan dan forum dantidak segan silu menyatakan pendapatnya yang sebenar. 10. Keistimewaan Tun Dr. Mahathir Tun Dr Mahathir bin Mohamad dianggap seorangpemikir dan revolusiner. Tun Dr Mahathir bin Mohamad ingin perubahanberlaku dalam minda dan fizikal rakyat. Dr. Mahathiringinkan nama Malaysia dikenali dalam pentasdunia. Beliau mahukan rakyatnya menepati masadan bekerja keras. Perkara ini diilhamkan dalamDasar Pandang Ke Timur. Beliau membawaMalaysia lebih rapat dan menjadi rakan karib bagidua negara Korea Selatan dan Jepun. Kedua duanegara ini dilihat telah menjadi peneraju dalampelbagai sektor industri. 11. Tun Dr Mahathir bin Mohamad memperkenalkan konsepPersyarikatan Malaysia di mana Malaysia diandaikansebagai sebuah syarikat dan rakyat adalah pekerja danpemegang saham. Hal ini diadaptasi daripada Jepun yangtelah memberi peranan yang lebih besar kepada sektorswasta untuk turut memacu negara ke arah kemajuan. Konsep ini telah meningkatkan lagi prestasipekerjaan, pendapatan serta imej negara. Di antaralangkah-langkah ke arah mencapai sistem ekonomiperindustrian ini adalah pembangunan sektor industriberat. Salah satu kejayaan industri ini ialah pengeluaran keretanasional yang kini merupakan kereta yang paling laris diMalaysia (Kereta import dikenakan cukai 100%). 12. Memperkenalkan pelbagaiSlogan, Dasar dan Konsep baru Dasar Pandang Ketimur Dasar Penerapan nilai-nilai Islam Dasar Kependudukan 70 juta Wawasan 2020 Slogan "Bersih, Cekap dan Amanah". 13. Wawasan 2020 Harapan Datuk Seri Dr Mahathir binMohamad adalah menjadikan Malaysiasebuah negara maju sepenuhnya menjelangtahun 2020. Matlamatnya ialah pembangunan yangberwajahkan kemanusiaan denganpersekitaran yang seimbang. 14. Jasa Tun Dr. Mahathir