tugasan 1_sistem audio visual

11
POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KURSUS SECARA SAMBILAN E 4121 : SISTEM AUDI0 VISUAL TUGASAN 1 PENSYARAH: PUAN MARLINA RAMLI DISEDIAKAN OLEH: NAMA NO. MATRIX MD ROSDI IBRAHIM 08PKE09S1065 MOHAMAD HAFIZ JUMIRAN 08PKE09S1038 ALIF AZMAN 08PKE09S1068 SAFAR AZHAR ARSHAD 08PKE09S1046 AMMAR HAZWAN HASHIM 08PKE09S1071 HISYAMUDDIN ISA

Upload: tugasanpsa

Post on 01-Nov-2015

1.663 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Tugasan ini disediakan oleh :MD ROSDI IBRAHIMMOHAMAD HAFIZ JUMIRANALIF AZMANSAFAR AZHAR ARSHADAMMAR HAZWAN HASHIMHISYAMUDDIN ISA

TRANSCRIPT

Page 1: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

POLITEKNIK SULTAN SALAHUDDIN ABDUL AZIZ SHAH

DIPLOMA KEJURUTERAAN ELEKTRONIK KURSUS SECARA SAMBILAN

E 4121 : SISTEM AUDI0 VISUAL

TUGASAN 1

PENSYARAH: PUAN MARLINA RAMLI

DISEDIAKAN OLEH:

NAMA NO. MATRIX MD ROSDI IBRAHIM 08PKE09S1065

MOHAMAD HAFIZ JUMIRAN 08PKE09S1038 ALIF AZMAN 08PKE09S1068

SAFAR AZHAR ARSHAD 08PKE09S1046 AMMAR HAZWAN HASHIM 08PKE09S1071

HISYAMUDDIN ISA

Page 2: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

Tugasan 1

Bincangan cara kerja peringkat TV warna yang meliputi :

1. Isyarat warna

2. Fungsi frekuensi letusan

3. Penguat warna

4. Bahagian Matrik

Jawapan

Penerima televisyen warna mempunyai bahagian atau peringkat yang dinamakan

peringkat kroma atau litar warna. Peringkat kroma merupakan perbezaan utama di antara

televisyen warna dengan televisyen hitam putih. Dalam peringkat kroma ini terdapat beberapa

bahagian litar yang mengendalikan isyarat warna.

Pengendalian peringkat kroma ini adalah untuk mendapatkan semula isyarat-isyarat warna serta

mengembalikan warna-warna asas ke bahagian tiub gambar. Hasil gambar warna pada layar

televisyen adalah gabungan gambar hitam putih daripada isyarat lar dengan warna-warna asas

daripada keluaran penguat pemacu merah, hijau dan biru (RGB). Jika peringkat kroma ini tidak

berfungsi. Seluruh layar televisyen akan terhasil gambar hitam putih sahaja. Kegagalan peringkat

kroma berfungsi bermakna tiada pemprosesan semula isyarat warna bagi mendapatkan gambar

berwarna seperti dipancarkan oleh stesen pemancar.

Page 3: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

Penyahkod PAL-D

Peringkat penyahkod warna berkendali untuk mendapatkan semula isyarat kebezaan warna V

dan U, juga untuk menjana semula isyarat subpembawa warna 4.43 MHz dengan kedudukan fasa

yang tepat seperti mana pada isyarat di pemancar.

Bentuk gelombang yang ditunjukkan berdasarkan kepada penerimaan isyarat jalur warna piawai

pemancaran. Antara tugas utama litar peringkat ini termasuklah :

a) Memperkuat serta mengasingkan isyarat warna,

b) Menggunakan kaedah talian lengah (D- delay) bagi mengasingkan fasa isyarat V dan

U,

c) Mendapatkan semula isyarat - isyarat kebezaan warna dengan menyahmodulat fasa

V dan U,

d) Menjana subpembawa yang sesuai untuk kegunaan di peringkat nyahmodulat,

e) Membina isyarat pensuisan ident untuk isyarat V,

f) Membina voltan pincangan untuk litar pembunuh warna.

Litar nyahkod D menyempurnakan satu talian lengah warna bagi pemurataan dua isyarat di garis

imbasan yang berturutan. Pada peringkat ini, pengesanan isyarat R-Y dan B-Y dilakukan

manakala isyarat G-Y didapati hasil daripada kebezaan isyarat-isyarat R-Y dan B-Y. Ketiga-tiga

isyarat warna ini akan dicantumkan dengan isyarat lar untuk menghasilakn isyarat warna utama

RGB.

Page 4: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

Keluran daripada peringkat pengesan video mengandungi isyarat video rencam seperti denyut-

denyut segerak, subpembawa warna, padaman dan gambar (lar). Isyarat tersebut disalurkan ke

penguat video dan seterusnya isyarat letusan warna diasingkan daripada video rencam dengan

menggunakan litar salun dan lebar jalur 1.3 MHz pada frekuensi pertengahan 4.43 MHz.

Litar sama panjang juga digunakan untuk memerangkap isyarat warna daripada memasuki

bahagian lar. Hanya isyarat video yang mengandungi isyarat segerak dan lar yang melalui

peringkat lengah lar.

Isyarat kekromaan dan letusan yang diasingkan dimasukkan ke peringkat kroma pertama untuk

proses pembesaran. Penguat merupakan sejenis litar kawalan gandaan dengan voltan dihasilkan

melalui penguat kawalan kroma automatic. Isyarat warna yang telah diperbesarkan akan

dibekalkan kepada penguat kroma kedua dan penguat kroma letusan.

Penguat kroma kedua ini mengendalikan litar kawalan ketepuan warna dan juga keluaran

daripada litarpembunuh warna dimasukkan ke peringkat ini. Keluaran daripada penguat kroma

kedua disalurkan juga ke talian lengah dan litar tambahan dan pengasingan. Rangkaian

pengasingan isyarat V dan U membekalkan isyarat-isyarat berkenaan kepada litar nyah

modulatan. Keluaran daripada nyahpemodulatan U dan V adalah isyarat kebezaan warna R-Y

dan B-Y. Isyarat G-Y pula didapati daripada rangkaian matriks. Ketiga-tiga isyarat kebezaan

warna yang didapati disalurkan ke penguat RGB bersama dengan isyarat Y bagi menghasilkan

semula isyarat kamera warna asal.

Keluaran daripada peringkat kroma pertama juga disalurkan ke penguat letusan yang membentuk

penguat dua peringkat. Peringkat kedua berkendali terkunci secara kebetulan oleh denyut-denyut

yang sama masanya dengan denyut-denyut imbas balik yang dibekalkan ke peringkat ini melalui

Page 5: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

rangkaian pembetulan denyut. Kedua-dua peringkat ini berfungsi untuk mengasingkan denyut

letusan serta membesarkannya ke aras yang sesuai bagi kendalian pembezalayan fasa letusan.

Peringkat ini sangat peka kepada denyut letusan dan direka bagi mengesan perbezaan di antara

fasa denyut letusan dengan pengayun rujukan. Jika terdapat perbezaan fasa, peringkat ini akan

mengeluarkan voltan a.t untuk mengawal frekuensi pengayun rujukan pada frekuensi 4.43 MHz.

Keluaran kedua daripada peringkat pintu letusan ditukar kepada voltan a.t oleh pengalaterus dan

disalurkan ke pengesan kawalan warna automatik (ACC). Voltan yang dibekalkan adalah

berkesesuaian dengan amplitud letusan dan amplitud isyarat kekromaan.

Keluaran daripada pengesan ACC adalah voltan yang digunakan untuk mengawal gandaan

penguat kroma pertama supaya keluarannya mempunyai amplitude isyarat kekromaan yang

tetap. Keluaran daripada fasa letusan disalurkan ke litar yang boleh mengenalpasti pertalian fasa

letusan warna. Fasa letusan bertukar setiap 45 darjah merujuk kepada fasa isyarat V dan U.

Pengendalian litar 7.8 kHz ini sebagai pengenalpastian fasa letusan yang menpunyai dua

keluaran. Satu daripadanya digunakan untuk kendalian suis PAL 180 darjah yang membalikkan

bentuk gelombang yang dimasukkan dari pengayun rujukan ke nyahmodulat V.

Pensuisan amat penting berlaku dalam fasa yang betul dan segerak dengan kendalian suis yang

saman di peringkat mengekod isyarat PAL di pemacar. Bentuk gelombang yang dimasukkan dari

pengayun rujukan ke nyahmodulat isyarat U menganjakkan fasa yang tetap pada -90 darjah bagi

membolehkan fasa sekena dengan subpembawa sebelum dimodulat oleh isyarat U. Keluaran

daripada litar ident juga disalurkan ke litar pembunuh warna. Litar ident menghasilkan voltan

keluaran a.t iaitu daripada pengalaterusan denyut-denyut letusan. Voltan a.t ini menjadi voltan

bekalan ke peringkat warna kedua untuk membolehkan litar berkendali bagi membekalkan

Page 6: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

isyarat warna ke peringkat nyahmodulat. Pada masa pemancaran isyarat hitam putih, litar

penguat warna tidak dapat berkendali kerana tidak mendapat bekalan denyut-denyut letusan atau

voltan bekalan a.t.

Dengan itu, litar penguat kroma kedua gagal berfungsi yang disusuli oleh peringkat-peringkat

yang berikutnya di peringkat kroma. Kebaikan litar pembunuh warna antaranya termasuklah

menghalang hingar warna daripada muncul di layar televisyen ketika pemancaran dan

penerimaan gambar hitam putih.

Penguat Isyarat Warna

Peringkat isyarat warna terdiri daripada dua peringkat litar iaitu penguat warna pertama dan

penguat warna kedua. Keluaran daripada peringkat ini disalurkan ke bahagian talian lengah.

Seterusnya proses pengasingan isyarat V dan U dilakukan. Isyarat rencam warna yang lemah

hanya dalam nilai milivolt. Isyarat lemah ini perlu diperbesar sehingga kepada nilai volt. Ini

dapat dilakukan di peringkat penguat warna. Setiap peringkat penguat menyalun kepada

frekuensi subpembawa 4.43 MHz yang mempuntai lebar jalur 3 MHz.

Penguat warna pertama dibekalkan dengan voltan kawalan warna automatik (ACC) yang

diperolehi daripada Litar ACC. Litar ini mempunyai tugas yang sama dengan litar KGA dalam

bahagian penguat FP. Ketika pemancaran isyarat hitam putih dibahagian warna dimatikan oleh

peringkat litar pembunuh warna. Dengan itu gangguan warna dapat dihalang.

Litar kawalan warna berkendali untuk menentukan amplitude isyarat warna yang keluar pada

kadar yang tetap walaupun isyarat masukan berubah kekuatannya. Dengan gandaan bagi litar

Page 7: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

penguat warna pertama dikawal oleh voltan ACC. Isyarat lar dan isyarat warna yang seimbang

diperolehi dengan melakukan pelarasan kawalan penepuan warna bagi menentukan amplitude

isyarat rencam warna dapat memenuhi penghasilan warna asli pada gambar. Penguat warna

kedua berkendali hanya pada siaran warna kerana litar ini menerima voltan pincang ke depan

daripada litar pembunuh warna. Litar pembunuh warna mengalaterus isyarat dari litar ident

untuk voltan pincang a.t penguat warna kedua. Tanpa siaran warna tiada keluaran daripada

peringkat ident dan tiada penghalaterus serta penguat warna yang tidak berkendali.

Penguat warna

Penguat warna pertama berkendali pada masa pemancaran warna dengan bantuan bekalan voltan

pincang ACC. Isyarat pada lebar jalur 3 MHz diterima dan diperbesar. Pada peringkat ini juga

terdapat litar kawalan warna bagi melaraskan aras isyarat yang akan dibekalkan ke peringkat

talian lengah. Keluaran daripada peringkat penguat warna kedua dimasukkan ke talian lengah

manakala isyarat terus disambung pada tep tengah gegelung L125 dan di sini berlaku proses

penolakan dan penambahan bagi menghasilkan kebezaan isyarat R-Y pada satu tamatan lain bagi

kegunaan litar nyahmodulat segerak.

Page 8: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

Bahagian Matriks

Bahagian matriks di dalam litar penerima TV warna berfungsi untuk pengendalian yang

sebaliknya daripada litar matriks di litar pengekodan. Isyarat ternyahmodulat U dan V

merupakan masukan kepada matriks penyahkod bersama dengan isyarat lar (EY) yang telah

diasingkan daripada isyarat kekromaan. Keluaran daripada matriks pula merupakan isyarat

warna asas yang mewakili komponen gambar merah (ER), hijau (EG) dan biru (EB).

Isyarat EG - EY tidak dipancarkan. Isyarat ini dihasilkan semula dalam litar matriks di penerima

televisyen dengan menggunakan isyarat kebezaan ER - EY dan EB - EY. Isyarat kebezaan dengan

nisbah yang betul digunakan bagi mendapatkan isyarat kebezaan warna EG - EY.

Gambarajah blok matriks penyahkod PAL

Page 9: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

Litar matriks dalam penyahkod PAL diatur seperti gambarajah di atas. Terdapat dua penguat

gandaan yang menerima isyarat masukan U dan V daripada penyahmodulat kekromaan. Isyarat

EG - EY diasingkan secara rangkaian perintang matriks mudah. Isyarat EG -EY mempunyai

hubungkait dengan ER - EY dan EB - EY iaitu :

EG - EY = - 0.51 ( ER - EY ) - 0.19 (EB - EY )

Oleh demikian, isyarat kebezaan warna hijau tidak perlu dipancarkan dan boleh dihsailkan

semula melalui kaedah mematriks dengan menggabungkan -0.51 dengan -0.19 dengan nisbah

yang tepat diambil daripada kedua-dua isyarat kebezaan warna pada rangkaian litar matriks.

Kaedah yang digunakan menunjukkan keluaran adalah negative bagi isyarat kebezaan warna

iaitu –EG - EY . Seterusnya isyarat tersebut ditukarkan kepada isyarat aras positif oleh penguat

pemacu.

Page 10: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

Gambarajah di atas menunjukkan tiga penguat pemacu kebezaan warna berasingan yang setiap

satu disambungkan kepada kesisi senapang merah untuk isyarat kebezaan ER, kesisi senapang

biru untuk isyarat kebezaan EB dan kesisi senapang hijau untuk isyarat kebezaan ER

Keluaran EG, EB dan ER daripada litar matriks merupakan isyarat masukan kepada litar tiub

gambar. Isyarat keluaran perlu diperbesar lagi bagi keupayaan memacu tiub gambar. Pacuan

katod memerlukan lebih kurang 100 volt puncak ke puncak. Satu litar pemacu iaitu sistem

pacuan kebezaan warna berasingan untuk setiap warna asas digunakan untuk membalik dan

memperbesar isyarat ke tiub gambar.

Satu daripada kaedah untuk mendapatkan semula isyarat utama daripada isyarat utama daripada

isyarat kebezaan warna ialah dengan mematriks isyarat lar (EY) dalam litar kekisi ke katod.

Page 11: TUGASAN 1_Sistem Audio Visual

Umpamanya, isyarat lar ditambah kepada isyarat kebezaan warna, maka isyarat utama dapat

dihasilkan seperti berikut:

( ER - EY ) + EY = ER

Keluaran ER, EG dan EB membentuk isyarat masukan kepada tiub gambar. Penguat kebezaan

warna memainkan peranan utama dengan gandaannya boleh dikawal sebagai sistem penguat

pemacu kebezaan warna ke tiub gambar. Peringkat terakhir memaktriks dengan menambah

isyarat lar EY kepada isyarat kebezaan warna berlaku di tiub gambar. Voltan positif isyarat yang

dibekalkan kekisi tiub gambar menyebabkan pertambahan aliran arus alur. Ini diikuti dengan

pertambahan kecerahan cahaya yang dihasilkan pada warna asas di tiub gambar.

Isyarat lar yang diterbitkan kekutubannya serta ditambah dengan kekuatan puncak ke puncak

akan dibekalkan kepada tiga katod bagi pemacuan tiub gambar. Pelarasan gandaan bagi litar

pacuan merah, biru dan hijau diperlukan bagi pampasan untuk perbezaan kepekaan kepekaan

senapang electron dan melakukan pelarasan skala kelabu di tiub gambar. Keupayaan voltan

posotif pada katod jika diubah boleh menyebabkan kekurangan aliaran arus dan diikuti oleh

penurunan keamatan cahaya yang dihasilkan pada warna asas. Tindakan memodulat arus alur

oleh isyarat warna berlaku apabila isyarat lar dibekalkan ke katod dan isyarat kebezaan warna

dibekalkan ke litar kesisi tiub gambar televisyen.