tugas pengawas

4
BIDANG TUGAS PENGAWAS SEKOLAH 1. Mengawal disiplin diri dan pelajar. 2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada pelajar dan pengawas junior. 3. Menjaga imej dan nama baik sekolah. 4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar. 5. Memastikan keceriaan sekolah, bilik gerakan pengawas dan taman pengawas dijaga dengan baik. 6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya. 7. Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah. 8. Mencegah kes jenayah di sekolah. 9. Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah. 10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian. 11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas, sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi. 12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain. 13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

Upload: khaleefah-mujahideen

Post on 13-Dec-2015

264 views

Category:

Documents


13 download

DESCRIPTION

contoh

TRANSCRIPT

Page 1: tugas pengawas

BIDANG TUGAS PENGAWAS SEKOLAH

1. Mengawal disiplin diri dan pelajar.

2. Mementingkan imej diri dan menunjukkan teladan yang baik kepada

pelajar dan pengawas junior.

3. Menjaga imej dan nama baik sekolah.

4. Membantu guru, pembantu kepada para guru dari segi penyampaian

arahan atau maklumat kepada rakan-rakan pelajar.

5. Memastikan keceriaan sekolah, bilik gerakan pengawas dan taman

pengawas dijaga dengan baik.

6. Mematuhi peraturan sekolah sambil menguatkuasakannya.

7. Memimpin rakan-rakan pelajar dalam mencapai misi dan visi sekolah.

8. Mencegah kes jenayah di sekolah.

9. Menghormati guru dan kakitangan serta tetamu sekolah.

10. Tidak memberat sebelah dalam tugas harian.

11. Serius dan bersikap positif semasa menjalankan setiap tugas,

sentiasa menjalankan tugas dengan penuh dedikasi.

12. Mendisiplinkan diri sebelum mendisiplinkan pelajar lain.

13. Memastikan diri sendiri mencapai prestasi yang cemerlang dalam

bidang akademik, kokurikulum, sahsiah dan disiplin.

14. Sentiasa peka terhadap apa yang berlaku dan memberikan cadangan

dan pendapat kepada Lembaga Pengawas untuk memperbaiki

keadaan.

15. Mengenalpasti pelajar-pelajar yang bermasalah disiplin dan cuba

sedaya upaya untuk mengubah sikap mereka.

Page 2: tugas pengawas

16. Mempengaruhi para pelajar untuk berdisiplin dan memberikan

teguran kepada mereka yang bersalah dengan menggunakan Bahasa

yang sopan

17. Menyimpan rekod atau maklumat pelajar yang bersalah sebagai

panduan masa hadapan.

18. Patuh kepada ketepatan masa. Para pengawas harus sampai ke

tempat tugas lebih awal daripada masa yang ditetapkan.

1- ketika mengawal di pintu pagar sekolah pada waktu pagi

2- ketika bertugas di kantin, koperasi, surau, dll

3- sebelum perhimpunan berlangsung, pengawas perlu memanggil

dan menyusus barisan pelajar.

19. Memastikan para pelajar beratur semasa makan di kantin, ketika

membeli di koperasi sekolah, ketika perhimpunan, ketika hendak masuk

ke dalam surau dan ketika pulang.

20. Menjalankan tugas-tugas semasa mengikut arahan guru-guru dan

pihak sekolah

21. Mencatat nama pelajar yang terlibat dengan salah laku di sekolah.

22. Melaporkan kes salah laku pelajar kepada Guru Pengawas.

SENARAI SALAH LAKU PELAJAR DI SEKOLAH.

Page 3: tugas pengawas

1. Tidak memakai pakaian seragam seperti yang diarahkan

2. Memakai selipar ke sekolah

3. Tidak beratur ketika mengambil makanan di kantin

4. Tidak beratur ketika hendak masuk ke dalam surau

5. Tidak beratur ketika membeli di koperasi

6. Tidak beratur ketika waktu bacaan doa sebelum pulang

7. Tidak meletakkan pinggan / cawan dengan betul

8. Membuang sampah di kawasan sekolah

9. Menconteng dinding sekolah

10. Merosak, mencuri atau menyembunyikan barang pelajar lain

11. Tidak menyusun kasut ketika masuk ke dalam surau

12. Tidak melakukan tugasan di surau / kelas

13. Membiarkan telekung solat @ barang peribadi pelajar bersepah di

dalam surau.

14. Bermain @ membuat bising ketika di dalam surau

15. Bergaduh

16. Ponteng kelas

17. Bersikap biadap dengan pelajar lain @ guru

18. Makan di dalam kelas / surau / perpustakaan

19. Tidak menyimpan Al-Quran di tempat yang sepatutnya

20. Mencuri

21. Membuat bising ketika di dalam kelas

22. Merosakkan harta benda sekolah / kelas

23. Menggunakan Bahasa yang tidak sopan

24. Masuk ke perpustakaan di luar waktu yang dibenarkan

25. Masuk ke dalam bilik guru tanpa arahan / urusan

26. Masuk ke dalam pejabat tanpa arahan / urusan

27. Menggunakan tandas guru dengan sengaja

28. Bermain di kawasan larangan seperti kawasan parkir kereta