tug as an 2011

Upload: wan-mohamad

Post on 12-Jul-2015

414 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

1.0

PENGENALAN Aktiviti perniagaan dalam negeri dan atarabangsa

merupakan nadi kepada

kegiatan perdagangan. Aktiviti ini

dapat mewujudkan aktiviti pertukaran dan pengagihan barang kepada pengguna akhir. Aktiviti perniagaan juga memerlukan kegiatan perindustrian untuk menghasilkan barang yang hendak diniagakan. Oleh itu, kerajaan telah mempelbagaikan kegiatan perindustrian dengan memberi tumpuan khusus kepada industri kecil dan sederhana (IKS). Industri Kecil dan Sederhana merupakan gabungan dua jenis industri iaitu industri bersaiz kecil dan bersaiz sederhana. Perbadanan Pembangunan Industri Kecil dan Sederhana (SMIDEC) telah mentakrifkan IKS sebagai sebuah perniagaan yang mempunyai pusing ganti jualan tahunan yang tidak melebihi RM25 juta atau mempunyai pekerja sepenuh masa tidak melebihi 150 orang 1.1.1 LatarbelakangSyarikat Seseorang pengusaha sebuah industri kecil dan sederhana boleh menceburi pelbagai bidang pengeluaran. Ini kerana IKS merupakan industri yang flexible dari segi modal, teknologi dan lokasi kegitan yang tidak terbatas. Industri Kecil dan Sederhana boleh dibahagikan kepada beberapa bidang industri. Antaranya berasaskan industri logam, berasaskan industri sumber, industri plastik, berasaskan

industri komponen automotif, industri komponen elektrik dan elektronik, industri pembuatan makanan dan industri pembuatan lain. Di dalam tugasan ini, 1

saya telah memilih Syarikat JALEN Sdn Bhd bagi membincangkan kesan makro persekitaran kepada perniagaan. Syarikat JALEN Sdn. Bhd adalah industri Bumiputra yang terkenal dalam penghasilan produk makanan seperti kicap, sos dan jus. Syarikat ini telah beroperasi pada November 1981 secara kecil-kecilan dengan nama JALEN ENTERPRISE yang hanya memberi tumpuan terhadap penghasilan produk kicap soya iaitu Habhal. Menjelang tahun 1988, JALEN telah pasaran menghasilkan sendiri kicap soyanya Dengan lagi yang permintaan yang yang diberi nama JALEN yang telah menembusi tempatan. setapak memberangsangkan daripada pasaran syarikat telah melangkah dengan menghasilkan produk pengeluaran secara besar-besaran di dalam industri makanan.Pengguna menggunakan JALEN khususnya orang Islam tidak berasa bimbang kerana produk yang dihasilkan mengikut syariat Islam dan mendapat piawaian daripada Jabatan Kemajuan Islam Malaysia dan tidak perlu meragui status Halal yang syarikay diperolehinya. yang dinamik Syarikat di ini merupakan dalam

menghasilkan produk makanan yang berkualiti dan mendapat permintaan yang tinggi di dalam pasaran. Selain menghasilkan kicap soya syarikat ini juga menghasilkan produk-produk lain seperti jus, sos cili, sos tomato dan pelbagai kordial. Syarikat JALEN Sdn. Bhd beroperasi di Skudai Johor dan mempunyai beberapa cawangan di seluruh negara. Antaranya Johor, Negeri Sembilan, Selangor, Melaka, Peak, Pulau Pinang dan Terengganu. 2

1.1.2 Ciri Ciri Syarikat a) Jenis Keluaran Keluaran yang dihasilkan kurang menggunakan teknologi pengeluaran yang canggih dan terkini serta pekerja yang berkemahiran tinggi. Selain menggunakan teknologi dan mesin dalam pengeluaran produknya, syarikat ini masih lagi menggunakan bantuan tenaga buruh di dalam membantu proses pengeluaran. Mungkin pada peringkat permulaan, syarikat ini tidak menggunakan banyak tenaga kerja. Oleh kerana permintaan yang tinggi di dalam pasaran, syarikat menggunakan banyak tenaga pekerja separuh mahir khususnya diperingkat pengeluaran. b) Organisasi Penubuhan syarikat lebih mudah dan strukturnya juga lebih ringkas berbanding organisasi yang besar. Pada peringkat permulaan syarikat ini diasaskan oleh individu dan dibantu oleh beberapa orang pekerja. Pengkhususan pekerjaan juga tidak diamalkan. Sebagai contoh seorang pekerja melakukan lebih darpada satu pekerjaan seperti membuat dua kerja di dalam satu masa hinggalah syarikat telah mencapai status syarikat sdn bhd yang memerlukan pembahagian kerja yang lebih efektif untuk menghasilkan produk secara besarbesaran. c) Modal Kebanyakan syarikat syarikat yang berstatus IKS pada peringkat awalnya memulakan perniagaan dengan modal yang kurang daripda RM2.5 JUTA. Sebahagian 3

besar modal yang diperolehi daripada modal simpanan atau dipinjam daripada ahli keluarga terdekat. Syarikat JALEN Sdn. Bhd adalah syarikat keluarga yang masih lagi diuruskan oleh keluarga terdekat. Aset modal biasanya terdiri daripada mesin dan peralatan yang mudah. Pada masa kini ase syarikat ini terdiri daripada mesin jentera yang moden dan cekap tetapi masih lagi menggunakan tenaga pekerja. d) Lokasi Biasanya lokasi perniagaan terletak di kawasan yang bersesuaian dengan kemudahan yang ada di sesuatu kawasan seperti kawasan perkilangan yang murah. Antara kawasan yang biasanya menjadi lokasi industri ini adalah di Taman Teknologi Shah Alam, Kompleks Industri dan Kawasan Perindustrian Skudai. e) Ciri umum pekerja Kebanyakan pekerja di dalam industri ini adalah pekerja kurang mahir kerana meraka merupakan pelajar lepasan sekolah dan sebahagian kecil yang berpendidikan tinggi. Pekerja juga tidak mendapat latihan secara formal dan kemahiran berkaitan pengeluran diperolehi secara amali di tempat kerja. Pekerja hanya melakukan kerja yang sama sahaja khususnya di peringkat pengeluaran. f) Teknologi Pengeluaran Penggunaan teknologi yang digunakan berfungsi sebagai mekanikal dan manual. Kebanyakannya masih lagi menggunakan tenaga pekerja di dalam proses pengeluaran. Teknologi yang digunakan masih lagi tidak secara automatik kerana kekangan modal. 4

2.0

PERSEKITARAN MAKRO Persekitaran adalah situasi di mana operasi perniagaan berlaku. Elemen persekitaran boleh dibahagikan kepada dua iaitu persekitaran mikro (persekitaran dalaman) dan persekitaran makro (persekitaran luaran). Persekitaran mikro lebih menjurus kepada unsur dalaman seperti pengguna, pesaing, pembekal, institusi kewangan, organisasi bukan kerajaan dan agensi kerajaan. Persekitaran makro pula lebih melibatkan unsur-unsur luaran seperti politik, ekonomi, teknologi dan budaya. a) Politik dan undang-undang Politik dan undang-undang adalah sebahagian daripada elemen persekitaran makro yang penting. Politik merangkumi undang-undang, agensi-agensi kerajaan dan kumpulankumpulan yang boleh mempengaruhi sesuatu aktiviti perniagaan. Setiap syarikat IKS perlu mematuhi dan menerima polisi dan undang-undang yang dibuat serta peraturan dimana perniagaan itu dijalankan. Politik dan undang-undang ini dibahagikan kepada dua skop yang penting iaitu :(i) Isu global Isu global ini merangkumi halangan perdagangan dan tarif, risiko politik dan perjanjian perdagangan. a) Halangan perdagangan dan tarif dikenakan terhadap barangan dan perkhidmatan yang didagangkan dalam pasaran antarabangsa. Ini akan menghalang sumber aliran bebas dari negara lain selaku perlindungan kepada industri tempatan.

5

b) Risiko politik Ini merujuk kepada kemungkinan berlakunya ketidakstabilan, rasuah dan keganasan di dalam negara atau kawasan di mana perniagaan itu dijalankan. Kawasan yang mempunyai risiko politik yang tinggi adalah sukar dan mahal untuk sesuatu syarikat beroperasi dengan lancar dan baik. Ia akan menambahkan kos kepada setiap pelaburan yang akan dilakukan oleh sesuatu syarikat. c) Perjanjian Perdagangan Terdapat aliran utuk meningkatkan perjanjian perdagangan diantara negara. AFTA sebagai contoh. Sesuatu syarikat IKS perlu mempertimbangkan mengenai AFTA apabila membuat keputusan untuk berdagangan di peringkat antarabangsa. Ini kerana matlamat AFTA adalah untuk meningkatn produktiviti ekonomi di dalam pasaran serantau.

(ii)

Isu Nasional

Ia lebih menekankan kepada peraturan dan undangundang iaitu :a) Cukai Ia mertupakan faktor politik utama yang perlu dihadapi oleh syarikat di peringkat nasional. Kesan cukai ke atas operasi perniagaan adalah seperti berikut :(i) Mengurangkan tunai yang sedia ada untuk pelabur perniagan melabur. 6

(i)

Sesetengah cukai menguntungkan kepada

perniagaan tertentu sahaja dan ini merupakan keadaan yang merugikan kepada perniagaan yang lain. b) Peraturan Peraturan ada kalanya memberi kesan negatif terhadap sesuatu syarikat. Ini akan melibatkan tambahan kos kepada sesuatu perniagaan untuk kertas kerja, ujian, pemantauan dan pelaksanaan. Secara amnya kestabilan polituk sesuatu negara di mana operasi perniagaan itu dijalankan akan memberikan peluang kepada sesuatu syarikat mahupun orang perseorangan memulakan atau memajukan perniagaan mereka. b) Ekonomi Persekitaran ekonomi memainkan peranan yang penting di atas kejayaan sesuatu perniagaan khususnya perjalanan operasi syarikat IKS. Persekitaran makro ekonomi meliputi kesemua produk, penghasilan perkhidmatan, pengedaran, penjualan dan pengguna.Sesebuah syarikat perlu menganalisa persekitaran ini pada paras global, nasional dan tempatan di mana operasi perniagaan dijalankan. Setiap perniagaan saling berhubung kait antara satu sama dengan yang lain pada persekitaran ekonomi makro. Syarikat perlu meninjau, memantau, meramalkan dan mentaksir keadaan ekonomi makro yang akan memberi kesan kepada perniagaan mereka. Syarikat mestilah berupaya untuk melihat perubahan terhadap ekonomi dan dan berupaya untuk menentukan pembolehubah yang berkaitan untuk dianalisa. Faktor 7

ekonomi juga boleh mempengaruhi kuasa beli dan corak perbelanjaan pengguna. Antara lain ialah perubahan di dalam pendapatn apabila pendapatan meningkatkan kuasa beli juga akan turut meningkat. Kita dapat lihat pada pertengahan tahun 1997 apabila negara mengalami kemelesetan ekonomi, industri seperti automobilmenghadapi kesukaran apabila unit jualan semakin menurun. Industri lain seperti perhotelan, perindustrian dan lain-lain industri juga turut merasainya daripada kesan perubahan ekonomi tersebut. Ini jelas faktor ekonomi mmemainkan peranan yang penting di dalam operasi perniagaan atau sesuatu syarikat yang berstatus IKS. c) Sosio-budaya Elemen persekitaran makro yang seterusnya adalah sosiobudaya . Di dalam konteks sosio budaya ia merangkumi dua aspek yang penting iaitu :a) Demografi Demografi berkait rapat dengan saiz, lokasi, kepadatan penduduk, jantina, kelas sosial dan lain-lain ciri kependudukan seperti bangsa, pekerjaan serta statistik lain berhubung populasi penduduk dalam sesebuah negara atau kawasan. Persekitaran demografi ini sangat penting kerana ia akan mempengaruhi strategi pemasaran yang meliputi produk, dan jumlah kuantiti produk yang akan dikeluarkan. Kesemua unsur-unsur di dalam faktor demografi secara tidak langsung akan mempengaruhi kehendak pengguna, kuasa beli dan kapasiti sesuatu industri. Perubahan pada aliran demografi pula akan menyebabkan sesuatu syarikat perlu menilai perubahan bagi mengenalpasti peluang perniagaan yang ada. 8

Contohnya penambahan jumlah kanak-kanak di dalam masyarakat akan menghasilkan peluang perniagaan seperti pelajaran, makanan dan pakaian kanak-kanak. b) Aliran sosial Aliran sosial sangat berhubung kait dengan tingkah laku sopan di mana manusia itu tinggal. Cara hidup menggambarkan cita rasa dan kecenderungan manusia. Sesuatu syarikat yang ingin maju ke hadapan perlu menilai dan memantau pertukaran cara hidup demi mengenal pasti peluang perniagaan yang ada. Antara pembolehubah yang dapat digunakan adalah seperti berikut :a) Pembentukan rumahtangga b) Tahap pendidikan c) Waktu lapang d) Kadar tenaga buruh Syarikat perlu menggunakan informasi yang ada dari pelbagai sumber sama ada sumber umum dan sumber sendiri untuk menilai dan memantau setiap perubahan yang berlaku.Selain daripada itu syarikat perlu boleh membuat ramalan dan penilaian kesan daripada perubahan bagi meningkatkan keuntungan yang sedia ada.

9

Ini. Selain daripada itu syarikat untuk meningkatkan keuntungan.perlu membuat ramalan dan membuat penilaian bagi setiap perubahan yang berlaku. d) Teknologi Teknologi boleh didefinisikan sebagai cabang pengetahuan yang berkenaan dengan industri seni, kejuruteraan dan proses. Analisis teknologi memerlukan penilaian dan pemantauan. Kesan penggunaan teknologi bagi sesuatu syarikat IKS membolehkan mereka mengeluarkan produk secara besar-besaran. Sebagai contoh dengan penggunaaan internet sesebuah syarikat boleh mencari pasaran dan membuat promosi bagi mengiklan sesuatu produk. Secara umumnya teknologi yang digunakan bergantung kepada dua keadaan iaitu amat penting bagi melicinkan urusan perniagaan dan industri. a) Proses inovatif Proses ini merujuk kepada perubahan kecil terhadap rekabentuk, produk formulasi dan pengeluaran, bahan dan pengedaran. Ia lebih menekankan kepada sedikit pengubahsuaian s selain mempertingkan mutu produk yang sedia ada. Ia bukanlah sesuatu perkara yang mudah kerana ia melibatkan proses seperti penilaian, pemaantauan keperluan mendapatkan maklumat. Pada peringkat awalnya kajian, syarikat tidak akan dapat mengetahu nilai komersilnya sehinggalah ia telah dipasarkan. Walau bagaimanapun, ia merupakan satu kelebihan dan peluang yang besar kepada syarikat kerana ia adalah satu bentuk peningkatan mutu produk. Contohnya apabila produk kereta yang diaplikasikan 10

teknologinya, sudah tentu ia memberikan pengalaman yang berbeza dari sudut kepuasan pengguna dan nilai komersilnya. Contohnya apabila enjin kereta waja yang asal diganti dengan enjin GEN2 atau penggunaan teknologi automobil luar negeri ke atas keretaMalaysia seperti yang Myvi yang dikeluarkan oleh Syarikat PERODUA. Ianya lebih ke arah proses inovatif. b) Penemuan tulen Sesuatu penciptaan yang baru berbeza dari segi teknologi sedia ada produk dikenali sebagai penemuan tulen. Sesuatu penciptaan selalunya mempunyai nilai ekonomi dan tidak mempunyai saingan pada peringkat awal. Biasanya ia dimonopoli oleh individu yang mempunyai hak undang-undang terhadap penemuan produk tersebut. Kebanyakan yang produk baru yang dihasilkan oleh mana-mana syarikat akan dipatenkan bagi mengelakkan hasil ciptaan daripada ditiru oleh pihak yang tidak bertanggungjawab. Sesebuah syarikat perlu juga memikirkan kerana produk yang dihasilkan melalui teknologi ini mempunyai kelemahannya sendiri. Ini dapat dilihat dari sudut kesukaran untuk mendapatkan pasaran dan perlu bersaing dengan produk yang sedia ada di dalam pasaran yang lebih diyakini oleh pengguna.Contohnya kesilapan yang dilakukan oleh syarikat akan menyebabkan syarikat terpaksa menanggung kos kerugian yang tinggi seperti yang berlaku oleh Syarikat Makanan Segera Syarikat Ayam Taza sekitar penghujung tahun 1990an yang mahu menyaingi Kentucky Fried Chicken (KFC). Oleh kerana tersilap kajian pemasarannya, syarikat tidak 11

beroperasi dengan baik dan hanya bertahan tidak sampai setahun sahaja.

3.0

Kesan Elemen Persekitaran Makro terhadap Syarikat Secara amnya kesemua elemen faktor persekitaran makro memberi kesan kepada Syarikat Jalen Sdn. Bhd. Kesan ini boleh merangkumi kesan yang besar terhadap organisasi ataupun sebahagian kecil sahaja. Ianya dapat dilihat dari aspek :a) Politik Dari aspek politik, elemen persekitaran makro lebih memberi kesan terhadap isu nasional. Isu nasional yang dimaksudkan adalah kadar cukai dan peraturan. (i) Cukai Kadar cukai secara tidak langsung turut mempengaruhi pasaran produk syarikat ini. Ini kerana semakin banyak pengeluaran dan kadar jualan (sales) yang meningkat menyebabkan kadar cukai juga akan turut meningkat. Cukai yang dimaksudkan adalah cukai syarikat. Peningkatan kadar cukai ini akan menyebabkan berlakunya pengurangan aliran tunai kepada syarikat. Ini memberi kesan yang besar kerana aliran tunai tersebut boleh digunakan untuk membuat pelaburan seperti

12

pembelian teknologi bagi membantu meningkatkan pengeluaran atau pelaburan tambahan aset tunai. (ii) Perturan Pertaturan tidak semestinya memberikan kesan yang negatif terhadap operasi perniagaan sesuatu syarikat yang berstatus IKS. Ia lebih merujuk panduan yang mesti diguna pakai oleh seesebuah syarikat. Secara umumnya syarikat yang berorientasikan industri makanan perlu mematuhi standard atau piawaian yang telah ditetapkan oleh pihak kerajaan. Syarikat JALEN misalnya perlu mematuhi peraturan yang ditetapkan oleh badan induk yang memantau pengeluaran sijil halal seperti Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM) dan juga Bahagian Penguatkuasaan Jabatan Agama Islam Negeri Johor. Kedua dua badan induk ini berperanan memantau dan memastikan produk yang dihasilkan oleh syarikat memenuhi syarat sijil halal. Walau bagaimanapun, pihak syarikat tidak menghadapi masalah besar kerana semua produk yang dipasarkan telah mendapat piawaian daripada kedua dua badan induk tersebut. Mungkin pada peringkat permulaan ia memerlukan proses yang lama untuk mendapatkan sijil tersebut. b) Ekonomi Dalam konteks ekonomi elemen faktor persekitaran ini memberi kesan yang agak besar kepada syarikat ini kerana ia terlibat di dalam industri makanan.

13

c) Sosio-Budaya d) Teknologi

4.0 5.0

MMMM MMMMM

14