tuan muhammad aiman bin tuan sembok

Upload: la-suerte-aiman

Post on 04-Nov-2015

251 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

asas

TRANSCRIPT

TUAN MUHAMMAD AIMAN BIN TUAN SEMBOK3 PISMP SAINSTUTORIAL 1 KHASIAT HERBA POKOK KACIP FATIMAH

Info dan Khasiat Herba Pokok Kacip Fatimah :PENGENALAN Kacip fatimah (Labisa pumila) adalah versi perempuan kepada Tongkat Ali. Kacip Fatimah kebiasaannya digunakan secara ubat-ubatan tradisional bagi memudahkan dan mendorong untuk bersalin serta selepas bersalin di kalangan wanita Malaysia. Kacip fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu kecil dantumbuh liar di hutan hujan tropika pada ketinggian 150 kaki dari paras laut.Khasiat Herba Pokok Kacip FatimahDalam usaha mengumpul info khazanah herba di Malaysia, kami susun dan senaraikan pelbagai herba dan ulam yang terdapat di Malaysia. Moga ianya menjadi manafaat untuk semua. Amalan memakan ulam-ulaman segar oleh masyarakat kampung, menjadikan mereka hidup sihat sepanjang hayat. Moga ilmu dan khazanah ini tidak hilang di telan zaman.Artikel kali ini membincangkan tentangKhasiat Herba Pokok Kacip Fatimahyang mana mempunyai pelbagai nama dan khasiat seperti. Mengukuhkan struktur tulang,Kacip fatimah,L. Pumila var. Lanceolata.,L. Pumila var. Pumila,Labisia pumila var. Alata,Masalah keputihan,Melewatkan proses penuaan,Memantapkan tisu,membuang angin,Tenaga kepada tubuh.Info tentangKhasiat Herba Pokok Kacip Fatimahini kami masukkan dalam kategori :Herba,Ubat

PENGENALANKacip fatimah (Labisa pumila) adalah versi perempuan kepadaTongkat Ali. Kacip Fatimah kebiasaannya digunakan secara ubat-ubatan tradisional bagi memudahkan dan mendorong untuk bersalin serta selepas bersalin di kalangan wanita Malaysia. Kacip fatimah adalah sejenis tumbuhan herba yang mempunyai batang berkayu kecil dan tumbuh liar di hutan hujan tropika pada ketinggian 150 kaki dari paras laut. Tumbuhan ini membiak dengan 2 cara: melalui biji benih dan keratan akar. Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air. Daun kira-kira 20 sentimeter panjang berwarna hijau dan mempunyai buah bertangkai warna merah di bahagian pangkal batangnya, dan biasanya digunakan sebagai sejenis minuman teh oleh kaum wanita yang mengalami kehilangan libido. Terdapat 3 jenis variasi yang boleh dijumpai di Malaysia ialah:a) Labisia pumila var. Alata,b) L. Pumila var. Pumilac) L. Pumila var. Lanceolata. SERDANG (UPM) Sebut sahaja Tongkat AliatauKacip Fatimahkepada warga Malaysia, pasti ia membuatkan mereka tersenyum. Ini kerana kedua-dua herba ini mempunyai hubung kait dengan budaya atau amalan mereka yang sudah berkelamin.Hanya dengan mendengar namanya sahaja, ia sudah memberikan gambaran asas mengenai kegunaan herba-herba ini.Herba-herba ini berkhasiat untuk meningkatkan libido (syahwat) dan kesihatan baik bagi lelaki mahupun perempuan. Bagi mereka yang masih sangsi dengan ubatan tradisional, semua khasiatKacip Fatimahatau nama saintifiknyaLabisia pumila Benthakan terjawab setelah bertemu dengan Prof. Madya Dr. Hawa ZE Jaafar, daripada Universiti Putra Malaysia (UPM). Beliau telah menghabiskan masa lebih daripada lima tahun mengkaji dan menerbitkan berdozen kertas kerja berkenaan herba ini. Selain memenangi pelbagai anugerah termasuk Anugerah Fellowship Naib Canselor; dan baru-baru ini, beliau diangkat sebagai pemenang pingat perak di Ekspo Teknologi Malaysia 2013, hasil inovasinya dalam perkembangan tumbesaranKacip Fatimah, sejenis tumbuhan lembam berakar pendek yang tumbuh meliar di dalam hutan.

KHASIAT KACIP FATIMAHHerba kacip fatimah boleh diamalkan perempuan bujang dan yang sudah berkahwin kerana khasiatnya dapat membekalkan tenaga kepada tubuh manusia.Tiada kemudaratan malah pada yang masih perawan, jika diamalkan sejak awal lagi ia adalah salah satu usaha pada pemuliharaan dalaman tubuh badan baik dan cukup menyihatkan.Kacip Fatimah mengandungi elemen antioksidan danphytoestrogenyang mana kedua-dua elemen ini mampu memberi manfaat bukan sahaja kepada wanita tetapi juga lelaki.Antara kebaikan kacip fatimah ini ialah :1.Mencegah pembiakkan sel prakanser2. Memantapkan tisu yang memerlukan hormon estrogen3. Mengukuhkan struktur tulang melalui penyerapan jisim tulang4. Melewatkan proses penuaan.5. Masalah keputihan6. Masalahanginkerana ianya anti-flatulence iaitu membantu membuanganginberlebihan di dalam badan.7. Melancarkan proses kelahiran bayi.8. Mengembalikan kecergasan selepas bersalin.9. Membantu dalam pengecutan rahim10.Melangsingkan badandengan membantu dalam menegangkan otot-otot.11. Merangsangkan pengeluaran hormon yang dapat melancarakan perjalanan darah dan kitaran haid wanita sekaligus mengurangkan sakit senggugut ketika haid.12. Mengurangkan simptom sakit buasir,penyakit sendidengan membaikpulihkan peredaran darah sekaligus mengurangkan kesakitan di sendi dan otot.13. Gonorrhea dan cirit birit.14. Menyeimbangkan hormon dalam badan dan mengatasi masalah depresi selepas bersalin serta menambahkan tenaga dan kecergasan badan..15. Mengembalikan rambut yang sudah rosakKhasiatKacip Fatimahterkenal di seluruh dunia bagi kegunaan wanita sebelum dan selepas bersalin, namun ia masih perlu banyak kajian dan menjalani ujian makmal bagi membolehkan perladangan secara komersil dibangunkan dalam penghasilan bahan mentah bagi tujuan perusahaan farmaseutikal. Pada masa ini, beberapa projek kendaliannya menyentuh kesan pelbagai faktor alam sekitar terhadap kandungan fitokimia dalamKacip Fatimahyang juga merupakan waktu terbaik untuk menentukan indeks penuaian metabolit sekunder tinggi.Dalam amalan perubatan tradisional, daunKacip Fatimahdirebus bersama dengan ramuan herba lain dan campurannya diminum atau digunakan untuk mandi.Bagaimanapun, herba yang hidup meliar ini terdedah kepada kepupusan akibat eksploitasi secara berleluasa seperti yang terjadi kepadaTongkat Ali, walaupun begitu, ia masih boleh diselamatkan dengan penanaman secara domestik berskala besar. Malahan, bahan mentah yang digunakan untuk menghasilkan kapsulKacip Fatimah(untuk kegunaan semasa dan selepas bersalin) juga kebanyakannya diperolehi dari hutan.

CARA PENAMAAN :Kacip fatimah dapat membiak dengan 2 cara:Melalui biji benih dan keratan akar(pecahan akar).Tumbuhan ini dapat tumbuh dengan sempurna dikawasan yang akan redup dengan tanah yang mempunyai kandungan humus yang tinggi dan tidak menakung air.