sejarah bab 6 syahmi aiman

17
BAB 6 KEMEROSOTAN MELAKA

Upload: oha-gozaimasu

Post on 01-Jun-2015

914 views

Category:

Education


7 download

DESCRIPTION

harap boleh bantu korang

TRANSCRIPT

Page 1: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

BAB 6KEMEROSOTAN MELAKA

Page 2: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

PENGENALAN

• Kesultanan Melayu Melaka yang diasaskan oleh Parameswara berkembang maju dan mencapai kegemilangan pada zaman pemerintahan Tun Mutahir Shah.

• Namun, Kesultanan Melayu Melaka mengalami kemerosotan pada zaman pemerintahan Sultan Mahmud Shah.

Page 3: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

PILIH SUBTOPIK(FAKTOR-FAKTOR KEMEROSOTAN MELAKA)

KELEMAHAN PEMIMPIN

KEDATANGAN PORTUGIS

KELEMAHAN ASKAR MELAKA

MASALAH PERPADUAN

Page 4: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

6.1 KELEMAHAN PEMIMPIN

Tun Mutahir dilantik menjadi Bendahara Melaka apabila Bendahara Tun Perak meninggal dunia.

Semasa menjalankan tugas Bendahara, Tun Mutahir dituduh bersikap pilih kasih kerana memilih saudara-maranya untuk memegang jawatan-jawatan penting dalam kerajaan.

Tindakan Bendahara Tun Mutahir menimbulkan perasaan iri hati dan tidak puas hati di kalangan permbesar lain.

Beliau difitnah cuba mengatasi kekayaan sultan Melaka. Sultan Mahmud Shah amat murka dan mengarahkan

supaya Bendahara Tun Mutahir dan keluarganya dijatuhi hukuman bunuh.

Kesilapan Sultan Mahmud Shah menjatuhkan hukuman tanpa usul periksa kemudiannya disedari oleh baginda dan menyerahkan pemerintahan negeri kepada puteranya, Raja Ahmad.

Page 5: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

Sultan Ahmad seorang raja yang lemah dan tidak cekap dalam pemerintahan. Keadaan ini melemahkan pucuk pemimpin negeri Melaka.

Keadaan bertambah buruk apabila Bendahara Tun Mutahir digantikan dengan Bendahara Tun Perpatih Putih yang uzur dan tepok.

Ketiadaab pemimpin yang berwibawa menyebabkan pentadbiran Melaka bertambah lemah.

Kemerosotan pentadbiran Melaka membawa kesan berikut :

a) Amalan rasuah dan fitnah-menfitnah.b) Sistem cukai berkeutamaan tidak lagi diamalkan.c) Kadar cukai yang tinggi menyebablan pedagang

asing memilih pelabuhan lain seperti Acheh,Bantam,Petani, dan Brunei untuk berdagang kerana cukainya lebih rendah.

Page 6: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

6.2 MASALAH PERPADUAN Pelantikan Tun Mutahir sebagai Bendahara Melaka

menimbulkan perasaan tidak puas hati di kalangan pembesar Melayu. Ini kerana Tun Mutahir berketurunan India-Muslim.

Keadaan ini menimbulkan persaingan antara orang Melayu dan India Muslim untuk mendapatkan pengaruh.Contohnya :

a) Laksamana Khoja Hassan berebut pengaruh dengan Bendahara Tun Mutahir.

b) Raja Mendeliar menfitnah Tun Mutahir cuba mengatasi kekayaan Sultan Melaka yang meneyebabkan Sultan Mansor Shah menjatuhkan hukum bunuh ke atasTun Mutahir dan keluarga nya.

Kesan daripada konflik tersebut, rakyat Melaka berpecah belah dan tidak bersatu padu.

Perpecahan di kalangan rakyat Melaka telah menjejaskan keutuhan kerajaan Melaka.

Page 7: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

6.3 KELEMAHAN ASKAR MELAKA

FAKTOR-FAKTOR

KELEMAHAN ASKAR MELAKA

Senjata Portugis lebih moden dan lengkap

Askar upahan melaka dari jawa telah melarikan

diri

Askar portugis terlatih

Angkatan tentera melaka tidak

mempunyai struktur yang lengkap

Askar portugis mendapat sokongan

dari pengkalan tentera di Goa, India

Page 8: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Page 9: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman
Page 10: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

6.4 KEDATANGAN PORTUGIS

1. Portugis merupakan bangsa Eropah yang pertama berlayar ke Timur pada abad ke-15.

2. Kedatangan Portugis ke timur boleh dikaitkan dengan penemuan jalan laut, penyebaran agama Kristian, dan kegiatan perdagangan.

Page 11: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

6.4.1 Sebab Kedatangan Portugis Kedatangan Portugis ke timur didorong oleh tiga faktor iaitu :

a. Gospel (Agama)

b. Gold(Ekonomi)

c. Glory(Kebanggan)

d. Berdasarkan slogan Gospel,Gold dan Glory, Putera Henry telah memberi galakan dan dorongan kepada orang Portugis untuk menjelajah ke Timur.

Peristiwa berikut membuktikan kegigihan orang Portugis menjelajah ke Timur :

Tahun Peristiwa

1488 Bartholomew Diaz tiba di Tanjung Harapan

1498 Vasco da Gama tiba di India

1509 Lopez de Sequeira berasa angkatan lautnya tiba di MElaka

Page 12: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

Kedatangan orang Portugis ke Timur turut dikaitkan dengan usaha meneruskan Perang Salib di Timur.Mereka ingin menghancurkan kerajaan Islam di Timur termasuk kerajaan Melaka yang menjadi pusat perkembangan dan penyebaran Agama Islam. Pada masa yang sama, orang Portugis ingin menyebarkan agama Islam ke Timur.

Orang Portugis mahu mengaut kekayaan yang terdapat di Timur. Mereka berhasrat menguasai perdagangan rempah yang ketika itu dimonopoli oleh pedagang Islam.

Perdagangan rempah ratus seperti lada hitam, kayu manis, bunga cengkih dan buah pala sangat menguntungkan kerana pedagang Islam menjualnya kepada pedagang Eropah dengan harga yang tinggi.Pedagang Islam mendapatkan bekalan rempah ratus tersebut dari pelabuhan negeri Melaka.

Orang Portugis berpendapat bahawa jika mereka dapat menguasai Selat Melaka mereka akan dapat menguasai perdagangan rempah ratus.

Mereka memerlukan rempah ratus untuk mengawet dan menyedapkan makanan di samping memanaskan badan ketika musim sejuk

Page 13: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

6.4.2 Portugis Menguasai Melaka.

Pada tahun 1509, Lopez de Sequeira bersama angkatan lautnya tiba din Melaka.Beliau dihantar oleh raja Portugal untuk memulakan hubungan antrara kedua-dua buah kerajan. Kedatangan mereka pada mula nya disambutbaik oleh Sultan Mahmud Shah. Mereka dibenarkan berniaga di Melaka dengan jaminan keselamatan daripada sultan Melaka.

Pedagang Islam dari Jawa dan Gujerat telah mendapat maklumat bahawa kedatangan Portugis adalah untuk menguasai perdagangan dan menentang agama Islam.Perkara ini telah disampaikan olehBendahara Tun Mutahir.

Page 14: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

Bendahara Tun Mutahir menasihati Sultan Mahmud Shah supaya menangkap rombongan perdagangan Portugis itu termasuk pegawai kanannya, Ruy de Araujo.Dalam peristiwa penangkapan itu, beberapa orang Portugis telah mati dibunuh. Lopez de Sequeira berjaya melarikan dirike Goa.

Pada tahun 1510,raja Portugal menghantar angkatan laut yang dipimpinoleh Alfonso de Albuquerque untuk menyerang Melaka. Apabila tiba di Melaka, beliau menuntut pembebasan tawanan mendirikan kubu di Melaka.Sultan Mahmud Shah berani dengan menolak semua permintaan Alfonso.

Page 15: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

Tindakan Sultan Mahmud Shah yang menolak permintaan tersebut menyebabkan Alfonso mengambil keputusan untuk menyerang Melaka.Serangan pertama dilancarkan pada 25 Julai 1511.Dalam serangan itu,Portugis berjaya menguasai jambatan Sungai Melaka.Kejayaan ini disebabkan maklumat kekuatan pertahanan Melaka yang telah diberikan oleh Si Kitol kepada pihak Portugis.

Semangat perjuangan askar Melaka membara melalui pembacaan Hikayat Muhammad Ali Hanafiah. Askar Melaka diketuai oleh Sultan Ahmad Shah dan melancarkan serangan balas terhadap angkatan Portugis sehingga angkatan Portugis terpaksa berundur pada serangan awal.

Page 16: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

Sultan Mahmud Shah dan puteranya,Sultan Ahmad Shah bersama keluarga,pembesar dan pengikutnya berundur ke Muar.Dari Muar,mereka berudur ke Pahang dan seterusnya ke Benyan.Di Bentan, Sultan Mahmud Shah mendirikan sebuah kerajaan yang baru selepas kemangkatan Sultan Ahmad Shah.

Walaupun Melaka sudah jatuh di tangan Portugis, Sultan Mahmud Shah masih berusaha mendapatkan semula Melaka.Beberapa siri serangan balas telah dilakukan oleh Sultan Mahmud Shah terhadap Portugis.

Page 17: Sejarah Bab 6 Syahmi Aiman

Usaha Sultan Mahmud Shah,Sultan ahmad Shah dan rakyat Melaka mempertahankan kedaulatan bangsa dan negara patut disanjung dan dicontohi generasi pada masa kini.

Rakyat yang sejati ialah rakyat yang sanggup berkorban de,I mempertahankan bangsa dan negara daripada ancaman musuh.

Kejatuhan Melaka ke tangan Portugis patut dijadikan iktibar supaya peristiwa tersebut tidak berulang lagi.

KESIMPULAN