tranformatif generatif

11
TRANSFORMASI GENERATIF AHMAD FAUZI BIN ABDUL MANAF SARMI BINTI UNDANG NURUL NADWAH BINTI KHALID

Upload: nadwah-khalid

Post on 02-Jun-2015

848 views

Category:

Documents


4 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tranformatif generatif

TRANSFORMASI GENERATIF

AHMAD FAUZI BIN ABDUL MANAFSARMI BINTI UNDANG

NURUL NADWAH BINTI KHALID

Page 2: Tranformatif generatif

PENGENALAN TEORI GENERATIF

• Merupakan satu aliran baharu yang timbul selepas aliran struktural.

• Teori ini muncul dalam tahun 50-an yang dipelopori oleh Noam Chomsky.• Teori ini wujud akibat daripada beberapa

kekurangan dan kelemahan teori tradisional dan struktural.

Page 3: Tranformatif generatif

APAKAH TEORI TRANFORMASI GENERATIF?

Generatif bermaksud menerbitkan, iaitu bermula daripada unsur-unsur yang terhad dan kemudian akan bertambah dan berkembang untuk menerbitkan unsur yang lebih besar melalui beberapa proses menurut rumus-rumus tertentu

Transformasi pula bermaksud mengubah atau menukar, iaitu menuliskan semula

Dalam konteks ini bermakna menuliskan semula bentuk struktur ayat asas atau ayat yang asal kepada bentuk struktur yang lain tanpa mengubah atau menghilangkan makna asalnya.

Page 4: Tranformatif generatif

Kajian transformasi generatif dibuat berdasarkan kenyataan bahawa seseorang penutur asli sesuatu bahasa berkebolehan untuk membentuk dan memahami pertuturan yang belum pernah mereka dengar kerana mereka dilahirkan dengan kecekapan semula jadi untuk berbahasa.

Penutur asli juga boleh membezakan berbagai-bagai jenis struktur ayat,mengenali sama ada sesuatu ayat adalah gramatis ataupun tidak dan membentuk ,mengenali serta memahami ayat tidak terkira banyaknya.

Oleh itu, analisis transformasi generatif bertujuan membentuk rumus-rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berdasarkan pengetahuan penutur asli sesuatu bahasa

Rumus-rumus yang disediakan itu akan membolehkan orang lain yang tidak tahu bahasa itu membentuk ayat-ayat dalam bahasa berkenaan

Kesimpulannya analisis transformasi generatif bertujuan untuk membentuk rumus sesuatu bahasa dengan lengkap berasaskan pengetahuan penutur asli bahasa tersebut.

Page 5: Tranformatif generatif

LATAR BELAKANG PEMIKIRAN

Bahasa merupakan bahagian yang tidak dapat dipisahkan dari kehidupan manusia , kerana dengan bahasa seseorang dapat menyampaikan maksud dan keinginan kepada orang lain .Dengan kata lain seseorang boleh berkomunikasi dan menyesuaikan diri dengan manusia lain , seperti yang dikatakan oleh Kridalaksana ( 1983:45 ) bahawa bahasa adalah sistem lambang bunyi arbitrari , yang digunakan oleh para kelompok sosial untuk bekerjasama , berkomunikasi dan mengenal pasti diri .

Ada orang yang beranggapan bahawa kompetensi penggunaan bahasa seakan - akan dicapai dengan sempurna melalui keturunan dan warisan saja . Pandangan ini keliru kerana kemampuan penguasaan dan penggunaan bahasa harus melalui latihan - latihan baik mengenai pengucapan mahupun mempergunakan bahasa dengan baik dan benar .

Di lain pihak ada komunikasi dilakukan dengan tulisan . Hal tersebut bermakna kompetensi menyatakan fikiran dan perasaan dalam bentuk tulisan dan kemampuan memakai apa yang dicuba . Jadi kaitan bahasa terhadap pemikiran manusia sangat erat sekali .

Dunia ilmu , termasuk linguistik , bukan merupakan aktiviti yang statik , melainkan merupakan aktiviti yang dinamik ; berkembang terus , sesuai dengan falsafah ilmu itu sendiri yang selalu ingin mencari kebenaran yang hakiki . Begitulah , linguistik struktural lahir kerana tidak puas dengan pendekatan dan prosedur yang digunakan linguistik tradisional dalam menganalisis bahasa .

Page 6: Tranformatif generatif

MAKSUD TRANSFORMATIF GENERATIF

Aliran transformasional merupakan reaksi dari faham strukturalisme. Konsep strukturalisme yang paling ditentang adalah konsep bahwa bahasa sebagai faktor kebiasaan.

Nama yang dikembangkan untuk model tatabahasa yang dikembangkan oleh Chomsky ini adalah Tranformational Generative Grammar tetapi dalam Bahasa Malaysia disebut tata bahasa transformasi atau tata bahasa generative.

Page 7: Tranformatif generatif

TUJUAN

Menurut Chomsky salah satu tujuan dari kajian bahasa adalah untuk menyusun tata bahasa dari

bahasa tersebut. Bahasa boleh dianggap sebagai kumpulan

kalimat yang terdiri dari deretan bunyi yang mempunyai makna. Setiap tata bahasa merupakan

teori dari bahasa itu sendiri, dan tata bahasa itu harus memenuhi

dua syarat, iaitu:

1. Kalimat yang dihasilkan oleh tata bahasa itu harus dapat

diterima oleh pemakai bahasa tersebut, sebagai kalimat yang wajar dan tidak dibuat-buat.

2. Tatabahasa tersebut harus berbentuk sedemikian rupa,

sehingga istilah yang digunakan tidak berdasarkan pada gejala bahasa tertentu sahaja, dan semuanya ini harus sejajar

dengan teori linguistik.

Page 8: Tranformatif generatif

CIRI-CIRI TRANSFORMASI GENERATIF

• Diasaskan oleh Chomsky yang merupakan lanjutan daripada apa yang telah dibangunkan bersama Harris.

• Chomsky menganggap teorinya dapat memperlihatkan ciri-ciri universal dalam mengkaji semua bahasa manusia.

• Berjaya menarik perhatian ramai dan telah menerima kesinambungan berterusan yang ekstensif.

• Percaya bahawa bahasa bersifat mentalistik dan kognitif.

• Teori ini menentang pandangan aliran strukturalis yang menyatakan bahwa bahasa merupakan kebiasaan.

Page 9: Tranformatif generatif

CIRI –CIRI

1. BERDASARKAN FAHAMAN MENTALISTIK Bukan sekadar tanggapan dan ransangan semata-mata. Tetapi

merupakan proses dalam diri iaitu apa yang difikirkan oleh orang yang berbicara.

Bukan juga sebagai proses fizik yang merupakan bunyi yang dikeluarkan oleh alat auditori manusia. Tetapi merupakan perasaan yang ada dalam diri manusia.

2. BAHASA MERUPAKAN INNATE Teori ini percaya bahawa bahasa adalah warisan keturunan. Bukti = Manusia dan chimpazi mempunyai struktur otak yang hampir

sama. Namun chimpazi tidak dapat berbicara walaupun telah diajar berulang kali. Kerana bahasa disebabkan keturunan bukan kebiasaan.

Bukti = Setiap bangsa mempunyai bahasa.

Page 10: Tranformatif generatif

3. ANALISIS BAHASA BERMULA DARI STRUKTUR KATATeori ini menganggap bahasa adalah susunan yang gramatik. Struktur kata Frasa Klausa AyatNamun teori ini menolak kewujudan klausa dalam susunan kata dan dimulakan dengan kata.Struktur Kata Frasa Ayat

4. BINAAN AYAT DAPAT DIHURAIKAN DENGAN MEMAHAMI STRUKTUR DALAMAN DAN STRUKTUR LUARANMemisahkan pengetahuan sesorang tentang bahasanya dengan cara atau keterampilan seseorang itu menggunakan bahasa tersebut.

Page 11: Tranformatif generatif

5. MEMBEZAKAN PERKATAAN INTI (Ayat Dasar) DAN PERKATAAN TRANSFORMASIAyat transformasi terdiri daripada pelbagai bentuk misalnya ayat penyata, ayat tanya dan ayat penegas. Itulah sebab itu, TTG diperlukan kerana melalui ayat dasar kita dapat menerbitkan pelbagai ayat.

6. BAHASA BERSIFAT SEJAGAT DAN KREATIF Pengalaman berbahasa, memberikan pengaruh yang sangat

signifikan terhadap perkembangan bahasa sesorang individu.

Kecerdasan linguistik merupakan kecerdasan yang paling universal dan penting dalam kehidupan manusia.

• bahasa yang hidup dicirikan oleh kreativiti dengan berasaskan rumus atau aturan.