topik4

Download TOPIK4

If you can't read please download the document

Upload: kongsiilmu

Post on 06-Jun-2015

759 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

TEKANAN DI TEMPAT KERJA TOPIK 4 TOPIK 4 TEKANAN DI TEMPAT KERJA PENGENALAN Tekanan di tempat kerja sama ada disebabkan oleh lambakan maklumat, bebanan kerja atau sebab-sebab lain merupakan satu perkara tidak sihat yang perlu ditangani dengan bijaksana oleh pengurus kerana ia mampu menurunkan produktiviti seseorang pekerja. Mengikut satu kajian, hampir 35 peratus pekerja mengatakan pekerjaan mereka mengganggu emosi dan kesihatan manakala 42 peratus pekerja pula membuat kesimpulan bahawa tekanan pekerjaan mengganggu masalah peribadi mereka (Nelson & Quick, 2005). Fahamilah faktor-faktor penting tentang tekanan di tempat kerja dan kesannya terhadap produktiviti dan kualiti kehidupan pekerja. OBJEKTIF Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat: 1. menjelaskan takrif tekanan di tempat kerja; 2. menghuraikan faedah eustress dan kesan distress; 3. mengenal pasti dan menghuraikan 2 jenis tekanan di tempat kerja dan kesannya terhadap seseorang individu; 4. mengenal pasti punca-punca negatif tekanan di tempat kerja; dan 5. menerangkan kaedah-kaedah yang mengurangkan tekanan di tempat kerja. 4.1 TAKRIF TEKANAN DI TEMPAT KERJA Tekanan di tempat kerja ditakrifkan dengan pelbagai makna oleh mereka yang mengalaminya. Lazimnya, tekanan di tempat kerja merupakan satu reaksi negatif manusia terhadap rangsangan sosial, pekerjaan dan persekitaran seperti bebanan pekerjaan, ketidakstabilan pekerjaan, maklumat yang tidak mencukupi, gaya hidup yang terlalu mendesak dan sebagainya. Aktiviti-aktiviti ini menimbulkan tekanan yang dipanggil sebagai distress. Tidak dinafikan terdapat juga tekanan berbentuk positif yang meyakinkan pekerja untuk lebih agresif meningkatkan produktiviti mereka. Tekanan positif ini dikenali sebagai eustress. Eustress yang dialami secara sederhana mampu memotivasikan individu untuk mencapai matlamat dan berjaya dalam apa jua yang dilaksanakan. Rajah 4.1 menunjukkan keluk tekanan berbentuk eustress dan distress. 40 OUM

TOPIK 4 TEKANAN DI TEMPAT KERJA Tinggi Rendah Rendah (Distress) Optimum (Eustress) Tinggi (Distress) Kebosanan akibat daripada kurang rangsangan Bebanan Optimum Situasi yang ditakrifkan sebagai tekanan Distress akibat daripada lebihan rangsangan Rajah 4.1: Keluk Yerkes-Dodson Sumber: Adaptasi daripada Nelson & Quick (2005) Rajah 4.1 menunjukkan bahawa tekanan di tempat kerja yang dialami mampu memperbaiki prestasi seseorang sehingga ke tahap optimum sahaja. Selepas tahap optimum, tekanan yang berlebihan mempunyai kesan negatif terhadap prestasi seseorang pekerja. Rangsangan yang kurang juga menyebabkan seseorang pekerja menjadi distress. Oleh itu, pekerja tersebut perlulah dirangsang agar mencapai tahap optimum untuk menambah baik prestasinya. Jadual 4.1 pula menunjukkan faedah eustress dan kesan distress. Kesan eustress boleh dilihat dari sudut prestasi seperti merangsang pekerja untuk berusaha dengan lebih gigih dan meningkatkan kekuatan fizikal pekerja dan kesihatan pekerja seperti peredaran darah yang baik akibat sistem kardiovaskular yang berkesan dan memberi tumpuan yang sepenuhnya terhadap apa yang ingin dilakukan. Rajah 4.2 menunjukkan seorang pekerja yang menghadapi tekanan di tempat kerja. OUM 41

TEKANAN DI TEMPAT KERJA TOPIK 4 Rajah 4.2: Tekanan di tempat kerja boleh menyebabkan kesukaran menumpukan perhatian Kesan distress boleh dilihat dalam dua bentuk, iaitu individu dan organisasi. Bebanan rangsangan yang melampau kepada individu boleh menyebabkan tiga kesan, iaitu: (i) gangguan psikologi seperti kemurungan, keletihan dan sebagainya; (ii) penyakit seperti sakit jantung, strok, dan sebagainya; dan (iii) gangguan tingkah laku seperti bertindak ganas, menyalah guna bahan atau kuasa dan sebagainya. Organisasi pula akan berdepan dengan kos akibat masalah penyertaan seperti ketidakhadiran, lantik-henti dan sebagainya; penurunan prestasi pekerja akibat kualiti dan penurunan pengeluaran; tuntutan pampasan yang meningkat akibat daripada kemalangan dan tekanan pekerjaan. Jadual 4.1: Faedah Eustress dan Kesan Distress Sumber: Nelson & Quick (2005) 42 OUM

TOPIK 4 TEKANAN DI TEMPAT KERJA Takrif klinikal bagi tekanan ialah reaksi organ manusia terhadap sesuatu situasi yang memberi ancaman atau rangsangan kepada pekerja. Justeru, takrif tekanan di tempat kerja ialah sebarang reaksi yang tidak disedari oleh seseorang individu dan individu tersebut bertindak balas terhadap sesuatu situasi yang dilihat sebagai satu cabaran atau ancaman terhadap kualiti kehidupan individu tersebut. Perbincangan dalam topik ini akan difokuskan kepada distress memandangkan pekerja sering mengalami tekanan yang meningkatkan risiko terhadap mental dan kesihatan mereka. 4.2 PUNCA TEKANAN DI TEMPAT KERJA Terdapat dua jenis tekanan di tempat kerja, iaitu bebanan pekerjaan dan bukan pekerjaan. Punca bebanan pekerjaan termasuklah: (a) (b) (c) (d) (e) keadaan persekitaran; peranan yang perlu dimainkan di tempat kerja dan bebanan pekerjaan, masalah interpersonal; tekanan organisasi kepada keadaan fizikal; atau emosi terhadap seseorang individu.

Punca tekanan bukan pekerjaan adalah seperti tekanan keluarga dan gaya hidup peribadi. Rajah 4.3 berikut menunjukkan punca dan akibat tekanan di tempat kerja. Rajah 4.3: Punca dan akibat tekanan Sumber: McShane & Von Glinow (2004) OUM 43

TEKANAN DI TEMPAT KERJA TOPIK 4 4.2.1 Tekanan Pekerjaan Seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3, tekanan pekerjaan terdiri daripada keadaan: (a) persekitaran fizikal tempat kerja; (b) bebanan kerja dan pelbagai peranan yang perlu dimainkan oleh seseorang individu; (c) masalah interpersonal; dan (d) tekanan organisasi. Berikut diperjelaskan kepada anda tentang keadaan-keadaan yang ditunjukkan dalam Rajah 4.3 tersebut. (a) Persekitaran Fizikal Keadaan persekitaran sesuatu pekerjaan seperti kurang pencahayaan, terlalu bising dan kewujudan pelbagai hazad boleh mengganggu ketenteraman individu melakukan tugas mereka. Sebagai contoh, persekitaran pekerjaan yang terlalu panas atau sejuk boleh mempengaruhi reaksi seseorang individu seperti masalah penyahhidratan (dehydration) akibat keadaan terlalu panas. Persekitaran pekerjaan yang menggunakan komputer juga boleh mendatangkan tekanan kepada seseorang individu. (b) Peranan Pekerjaan dan Bebanan Kerja Peranan pekerjaan yang dimainkan oleh seseorang pekerja dan bebanan kerja mampu mempengaruhi pekerja mengalami masalah tekanan. Jadual 4.2 menunjukkan peranan pekerjaan dan bebanan kerja. 44 OUM

OUM 45 TOPIK 4 TEKANAN DI TEMPAT KERJA Jadual 4.2: Peranan Pekerjaan dan Bebanan Kerja (c) Masalah Interpersonal Punca interpersonal adalah seperti penyeliaan yang tidak baik, politik di pejabat, konflik dengan pekerja atau penyelia, gangguan seksual, gaya kepimpinan dan sebagainya. Sebagai contoh, organisasi yang tidak prihatin terhadap sebarang masalah gangguan seksual menyebabkan individu terlibat berasa tertekan dan mungkin akan berhenti kerja. Begitu juga sekiranya seseorang individu mempunyai seorang penyelia yang terlalu autokratik. Ini mempengaruhi gelagatnya untuk melakukan tugasan dengan baik. (d) Tekanan Organisasi Terdapat pelbagai bentuk tekanan daripada organisasi seperti pembuangan pekerja, jaminan pekerjaan, penstrukturan semula organisasi dan sebagainya. Sebagai contoh, pekerja yang mempercayai bahawa pekerjaannya berada dalam bahaya akan mengalami kebimbangan dan ini menyebabkan pekerja tersebut mengalami tekanan. Wujudnya peluang pekerjaan lain yang memberi ganjaran yang setimpal dan latihan kemahiran profesional yang dihadiri mengurangkan tekanan yang berkaitan isu jaminan pekerjaan.

TEKANAN DI TEMPAT KERJA TOPIK 4 4.2.2 Tekanan Bukan Pekerjaan Tekanan bukan pekerjaan berpunca daripada tekanan daripada keluarga dan gaya hidup peribadi. Individu juga mengalami masalah tekanan akibat daripada aspek bukan pekerjaan. Sebagai contoh, perasaan bertanggungjawab terhadap kebajikan atau keselamatan ahli-ahli keluarga mungkin menjadi satu punca tekanan semasa bekerja. Perasaan tanggungjawab terhadap kebajikan keluarganya menyebabkan seseorang pekerja berasa bahawa pilihan untuk mengambil risiko pekerjaan adalah terhad. Pekerja tersebut berkemungkinan menganggap bahawa dirinya telah terperangkap dalam kerjanya. Masa yang terlalu lama untuk melakukan pekerjaannya mengakibatkan keresahan dan tertekan dan berasa tanggungjawab terhadap keluarganya terabai. Bincangkan punca-punca tekanan yang berkemungkinan wujud di sesebuah organisasi dan cadangkan cara-cara penyelesaian yang terbaik yang dapat anda fikirkan. 4.3 REAKSI INDIVIDU TERHADAP TEKANAN DI TEMPAT KERJA Reaksi individu terhadap tekanan di tempat kerja boleh dikenal pasti dari aspekaspek yang berikut. (a) Fisiologi seperti penyakit jantung, ulser, peningkatan tekanan darah tinggi, pening kepala, gangguan tidur dan sebagainya; (b) Psikologi seperti ketidakupayaan memberi tumpuan atau membuat keputusan, kebimbangan, permusuhan dan rasa bersalah; dan (c) Gelagat seperti gelagat yang menyebabkan mudah mendapat kemalangan, menggeletar, ketidakhadiran, kadar lantik henti yang tinggi dan produktiviti rendah. Tekanan yang berterusan sering dikaitkan dengan pelbagai masalah fisiologi. Pertamanya, kesan psikomatik atau gangguan jiwa. Tekanan yang berterusan dan berpanjangan menyebabkan gejala gangguan fungsi organ. Penyakit-penyakit berkait tekanan yang biasa dialami oleh pekerja ialah gastrointestinal, terutamanya gastrik dan ulcer doudenum. Tindak balas atau respons manusia terhadap tekanan boleh diibaratkan sebagai seurat getah yang diregangkan. Apabila tekanan dikenakan secara berterusan, getah semakin meregang sehingga ke satu tahap di mana getah itu akan putus. Bagi manusia, perubahan fizikal dan fisiologi diperhatikan melalui rangsangan tekanan yang berulang. Sehinggalah satu had di mana kesan yang dialami tidak boleh diterbalikkan kepada normal. Tekanan yang

berpanjangan sehingga melepasi had yang boleh dibendung oleh individu boleh mendatangkan penyakit kepada manusia. 46 OUM

TOPIK 4 TEKANAN DI TEMPAT KERJA Rajah 4.4 menunjukkan tiga peringkat tindak balas manusia terhadap tekanan.

Rajah 4.4: Tiga peringkat tindak balas manusia terhadap tekanan Reaksi amaran berlaku apabila tekanan yang memberi ancaman dikesan. Peringkat amaran menunjukkan keadaan fizikal yang pucat, berpeluh, dan peningkatan kadar degupan jantung. Peringkat ini biasanya tidak lama. Ia mempersiapkan tubuh untuk tindakan selanjutnya. Apabila tekanan berterusan, peringkat penentangan atau ketahanan memulakan respons atau tindak balas yang lebih besar. Gejala amaran hilang, dan tubuh membuat adaptasi terhadap tekanan. Keupayaan tubuh membuat adaptasi pada peringkat ini adalah terhad. Peringkat kepenatan pula dicapai dengan tekanan yang berterusan. Pada peringkat ini, tubuh gagal untuk mengadaptasi tekanan yang berterusan. Penyakit seperti ulser gastrik, bengkak usus, ruam dan gangguan atau penyakit autoimun mula wujud. Kecenderungan untuk mendapat penyakit yang berkait dengan tekanan mungkin ditentukan oleh keturunan, tabiat peribadi seperti merokok dan juga perubahan personaliti. Rajah 4.5: Tindak balas manusia terhadap tekanan Sumber: McShane & Von Glinow (2004) OUM 47

TEKANAN DI TEMPAT KERJA TOPIK 4 Sila layar laman web berikut http://www.cdc.gov/niosh/stresswk.html untuk mendapatkan maklumat tentang Stress At Work. 4.4 GILIRAN KERJA DAN TEKANAN Kerja syif merupakan sistem kerja yang menugaskan pekerja untuk bekerja ketika sebilangan besar pekerja lain berehat. Dalam sesetengah kes, kerja syif memerlukan giliran antara dua atau tiga syif, yang mungkin berbeza sebanyak 8 jam atau lebih. Secara tradisi, kerja syif diperlukan dalam komuniti perubatan, industri pengangkutan, utiliti, keselamatan, perkilangan dan semakin meningkat keperluannya dalam bidang jualan runcit. Namun pada masa kini terdapat organisasi yang mengamalkan tiga syif di mana setiap syif bekerja tiga hari dan berehat empat hari dan sebaliknya. Bagi keadaan ini jumlah jam bekerja adalah 8 jam sehari dan mungkin melakukan kerja lebih masa sehingga 12 jam sehari. Masalah yang sering dikaitkan dengan kerja syif ialah fungsi fisiologi asas telah dijadualkan oleh jam biologi yang dikenali sebagai circadian rhythm. Kebanyakan manusia membesar dalam syif hari, pergi ke sekolah pada siang hari dan tidur pada waktu malam. Selepas begitu lama berada dalam syif siang, tubuh menganggap perubahan dalam syif kerja mendatangkan stres. Jika seseorang memulakan kerja pada waktu tengah malam, tubuhnya masih lagi berharap untuk tidur pada waktu malam dan bergerak aktif pada waktu siang. Banyak fungsi fizikal dan fisiologi dipengaruhi oleh rentak circadian (circadian rhythm). Tekanan darah, kadar degupan jantung, suhu badan dan pengeluaran urin adalah lebih rendah pada waktu malam. Fungsi-fungsi yang sama menjadi lebih tinggi dan pantas pada waktu siang (masa aktif). Pola bergelagat (behavioral pattern) juga mengikut rentak circadian, iaitu lebih perlahan pada waktu malam dan lebih pantas pada waktu siang. Seseorang yang tidak dapat bekerja pada syif siang yang normal boleh mengalami stres di tempat kerja, lebih-lebih lagi dengan giliran syif. Dari sudut keselamatan, pekerja-pekerja syif malam mudah mendapat stres di tempat kerja yang lebih tinggi. Tekanan boleh dirasai dalam bentuk keletihan, meradang, kemurungan, dan kurang berminat untuk bekerja. Kerja syif meningkatkan tekanan dan mungkin menyebabkan pekerja-pekerja terdedah kepada risiko kesihatan akibat gangguan tidur yang cukup. 4.5 PENGURUSAN TEKANAN DI TEMPAT KERJA

Pengurusan tekanan boleh berpunca daripada organisasi atau individu. Rajah 4.4 menunjukkan beberapa strategi bagi organisasi dan individu menguruskan tekanan di tempat kerja. Berikut merupakan antara strategi pengurusan tekanan di tempat kerja. (a) (b) (c) (d) (e) Hapuskan faktor yang memberi tekanan; Sokongan sosial daripada majikan, rakan sekerja dan keluarga; Menarik diri daripada sumber yang memberi tekanan; Mengubah persepsi tentang situasi yang memberi tekanan; dan Mengawal kesan tekanan.

48 OUM

TOPIK 4 TEKANAN DI TEMPAT KERJA Sesuatu faktor yang memberi tekanan boleh dihapuskan dalam bentuk; (i) mereka bentuk semula sesuatu tugas agar pekerja mampu menambah baik prestasi mereka; (ii) mencapai kata sepakat antara pekerja dengan pengurus berkaitan matlamat yang perlu dicapai; (iii) berunding dengan pekerja sebelum diberi sesuatu tugasan; atau (iv) hubungan sosial yang memberi sokongan kepada pekerja seperti mewujudkan persekitaran yang mesra-keluarga seperti kemudahan penjagaan anak di tempat kerja, kerja yang fleksi, dan sebagainya. Sebagai contoh, kalau dahulu sesuatu tugas itu tidak memerlukan seseorang pekerja membuat keputusan sendiri, selepas reka bentuk semula tugasan, elemen membuat keputusan oleh pekerja terlibat dimasukkan. Ini akan mengurangkan tekanan seseorang pekerja dalam membereskan tugas mereka dengan segera tanpa memerlukan pengurus membuat keputusan untuk mereka. Sokongan daripada majikan, rakan sekerja dan keluarga adalah seperti memberi sokongan emosi terhadap masalah yang dihadapi pekerja. Menarik diri daripada faktor yang memberi tekanan sama ada sementara atau kekal adalah seperti memberi tugasan yang sesuai dengan pekerja atau memindahkan pekerja ke jabatan yang sesuai dengan mereka. Mengubah tanggapan tentang situasi yang memberi tekanan boleh dilakukan melalui penetapan matlamat individu, pengukuhan diri, meningkatkan keberkesanan diri dan sebagainya. Kawalan terhadap kesan tekanan adalah seperti memastikan kesihatan dijaga dengan baik dengan menjalani gaya hidup yang sihat, mengawal kesan fisiologi melalui pengubatan penyakit dan masa bersantai selepas bekerja keras. Rajah 4.6: Strategi menangani tekanan di tempat kerja Sumber: McShane & Von Glinow (2004) OUM 49

TEKANAN DI TEMPAT KERJA TOPIK 4 Kebanyakan punca tekanan boleh diubah, dihapuskan atau dikurangkan. Walau bagaimanapun, pekerja harus menyedari dan memahami reaksi mereka terhadap sesuatu tekanan. Berikut disenaraikan di Rajah 4.7 beberapa amalan yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan tekanan di tempat kerja. (a) (b) (c) (d) (e) Rajah 4.7: Amalan yang boleh dipraktikkan bagi mengurangkan tekanan di tempat kerja Tekanan mental yang sederhana boleh menjadi pendorong kepada satu-satu tindakan dan pencapaian tetapi sekiranya tekanan mental adalah terlalu tinggi, ia boleh menimbulkan masalah sosial dan mengganggu kesihatan anda. RUMUSAN Tekanan di tempat kerja merupakan satu wabak yang melanda tempat kerja di zaman yang berteknologi tinggi. Pengurus harus menangani tekanan daripada melanda pekerja mereka kerana ia merupakan satu kos yang tinggi dan mampu menurunkan produktiviti pekerja yang sekali gus akan memberi kesan kepada prestasi organisasi. Oleh itu, pelaksanaan strategi yang berkesan akan memastikan organisasi tidak menanggung kerugian yang besar dan bagi pihak pekerja pula, mereka mampu memiliki kehidupan yang sihat dan berkualiti. Ini memastikan kualiti kehidupan bekerja individu adalah harmoni dan berlaku peningkatan produktiviti baik kepada individu mahupun kepada organisasi. UJIAN 1 Soalan Esei 1. 2. 3. 50 Terangkan tentang Keluk Yerkes-Dodson. Nyatakan fungsi fisiologi asas telah dijadualkan oleh jam biologi. Terangkan DUA (2) strategi untuk menguruskan tekanan di tempat kerja. OUM

TOPIK 4 TEKANAN DI TEMPAT KERJA UJIAN 2 Pernyataan BENAR (B) atau PALSU (P) 1. Tahap tekanan yang dialami sama antara pekerja dalam situasi yang sama. 2. Perasaan tanggungjawab terhadap keselamatan keluarga merupakan satu penyebab tekanan. 3. Tekanan yang berterusan sering dikaitkan dengan banyak masalah fisiologi. 4. Mengubah persepsi tentang situasi yang memberi tekanan merupakan satu strategi untuk mengurus tekanan di tempat kerja. 5. Tekanan darah, kadar degupan jantung, suhu badan dan pengeluaran urin adalah lebih rendah pada waktu malam. Soalan Esei 1. Terangkan TIGA (3) kesan akibat distress yang dialami oleh pekerja dan organisasi. 2. Terangkan TIGA (3) punca tekanan akibat pekerjaan. OUM 51