topik12edit

Upload: amani-mubarak

Post on 05-Apr-2018

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/31/2019 Topik12edit

    1/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    TAJUK12Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa:Perbezaan Pelajar

    SINOPSIS

    Topik ini membincangkan tentang perbezaan gaya pembelajaran kanak-

    kanakdalam pengajaran sains.Ia turut membincangkantentang strategi

    pengubahsesuaian bagi pengajaran tersebut.

    HASIL PEMBELAJARAN

    1. Menerangkan strategi pengubahsuaian pengajaran sains kepada kanak-

    kanak berbeza gaya pembelajaran.

    2. Mengenal pasti satu aktiviti sains dan membuat pengubahsuaian bagi

    memenuhi keperluan kanak-kanak yang berbeza gaya pembelajaran.

    KERANGKA TAJUK

    Rajah 11.0Kerangka Tajuk

    Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa:

    Strategi mengadaptasi pengajaran sains kepada kanak-kanak berbeza gaya pembelajaran.

  • 7/31/2019 Topik12edit

    2/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    12.0 Sains Untuk Kanak-Kanak Istimewa

    Setiap kanak-kanak berbeza dari segi kebijaksanaan, sosio ekonomi,

    budaya, jantina, persekitaran, emosi, sosial,fisiologi dan psikologi.Setiap

    satu faktor tersebut dapat mempengaruhi keupayaan pembelajaran

    mereka. Sesetengah gabungan faktor tadi meletakan mereka pada

    keadaan berisiko kerana tidak berupaya mengambil sepenuhnya

    faedahterhadappengalaman pembelajaran yang baik dan cemerlang.

    Melalui rangsangan persekitaran, emosi, fisiologi, sosiologi dan psikologi

    terdapat hubung kait terhadap gaya pembelajaran murid.Ini menjadikan

    merekamempunyai gaya pembelajaran yang berbeza-beza.

    Modul ini akan membincangkan tentang gaya pembelajaran yang

    berbeza-beza dalam kalangan kanak-kanakdan bagaimana membuat

    adaptasi pembelajaran sains terhadap mereka. Modul seterusnya akan

    menyentuh tentang kanak-kanak istimewa. Merekamerupakan kanak-

    kanakyang luar biasa tahap pembelajaran mereka; boleh jadi kurang

    upaya dari segi pembelajaran(at-risk), kurang upaya dari segi fizikal atau

    terlalu bijak (pintar cerdas dan berbakat). Rajah di bawah meringkaskan

    maksud kanak-kanak istimewa yang akan disentuh secara mendalam di

    dalam Modul 13,14 dan 15

    Rajah 12.1 Kanak-kanak Istimewa

  • 7/31/2019 Topik12edit

    3/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    Rajah 12.2 Perbezaan Gaya Pembelajaran

    Terdapat dua kumpulan murid iaitu FieldDependent dan Field

    Independentyang mempengaruhi gaya pembelajaran merekayang.

    berbeza. Murid Field Dependent (FD)lebih bergantung kepada guru dan

    memerlukan pembelajaran konkrit manakala murid Field Independent (FI)

    pula mampu mempelajari sesuatu konsep secara abstrak dan kurang

    bergantung kepada guru.

    (a) Murid Field Dependent

    Murid di dalam kumpulan ini berhubung rapat dengan rakansebaya, mereka lebih menggemari pendekatan secara

    pemerhatian, memahami sesuatu konsep apabila contoh yang

    bersesuaian,yang pernah mereka alami diberikan semasa sesi

    pengajaran.Mereka sangat terpengaruh dengan kritikan serta

    sering memerlukan motivasi luaran untuk mencapai matlamat

  • 7/31/2019 Topik12edit

    4/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    pembelajaran. Pendekatan perlu lebih berpusatkan muridtetapi

    perludengan garispanduan dan arahan yang cukup lengkap.

    (b) Murid Field Independent

    Murid dalam kumpulan ini kurang berinteraksi dengan rakan

    sebaya. Mereka lebih bersikap personal dan tidak terpengaruh

    dengan kritikan tetapi memerlukan bantuan dalam kemahiran

    bersosial. Mereka mempunyai motivasi dalaman yang kuat. Mudah

    mengikuti pembelajaran secara kuliah. Guru boleh menggunakan

    soalan untuk memulakan sesuatu topik dan menyemak jawapan

    murid. Mereka lebih sukakan sesuatu tugasan yang memberikan

    kebebasan kepada mereka untuk menghasilkannya.

    Menurut Witkin et al., (1977). Ciri pelajar FI dan FD dapat diringkaskan

    seperti di dalam Jadual 12.1

    Jadual 12.1

  • 7/31/2019 Topik12edit

    5/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    Layari Internet

    (i) Baca ciri-ciri pelajar FD dan FI melalui artikel yang boleh didapatidaripada laman sesawang ini :

    http://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htm

    (ii) Tentukan apakah gaya pembelajaran anda dengan membuat

    Survey Gaya Pembelajaran VAK yang dapat diakses melalui laman

    sesawang ini:

    http://www.nwlink.com/~donclark/hrd/styles/vak.html

    12.1 Strategi Mengadaptasi Pengajaran Sains Kepada Kanak-Kanak

    Berbeza Gaya Pembelajaran

    Terdapat pelbagai teori dan model gaya pembelajaran.Murid dan guru

    perlu mengetahui kepelbagaian gaya pembelajaran tersebut supaya gaya

    pembelajaran yang sesuai dapat dikenal pasti.Ada murid yang suka

    melibatkan diri secara aktif, suka memerhati, gemar menggunakan prinsipdan teori dan ada yang lebih mementingkan hakikat yang sebenar.Semua

    ini merupakan pemasalahan yang perlu dikenalpasti oleh guru ketika

    proses pengajaran dan pembelajaran berlaku di dalam kelas supaya ianya

    berjalan dengan lancar dan segala perancangan pengajaran dapat

    dilakukan dengan baik.

    Menurut Azizi (2003),seseorang murid mula membentuk gaya

    pembelajaran sejak awalkanak-kanak. Selepas itu, dia akan terus

    menggunakan gaya pembelajaran tersebut.Gaya pembelajaran yang

    diamalkan oleh seseorang murid, mungkin dipengaruhi oleh beberapa

    faktor-faktor tertentu.Dunn ( 1979 ) dalam menghuraikan pembelajaran

    sebagai satu strategimenyatakan bahawa kajian yang dilakukan semenjak

    http://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htmhttp://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htmhttp://www.nwlink.com/~donclark/hrd/styles/vak.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/hrd/styles/vak.htmlhttp://www.nwlink.com/~donclark/hrd/styles/vak.htmlhttp://www.eltnewsletter.com/back/June2002/art1022002.htm
  • 7/31/2019 Topik12edit

    6/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    abad yang lalu menunjukan bahawa strategi belajar seseorang adalah

    berbeza diantara satu sama lain tanpa mengira umur, status sosio-

    ekonomi atau IQ. Sesetengah sifat belajar juga turut berubah apabila

    kanak-kanak membesar dan semakin matang.Manakala sesetengah sifat

    kanak-kanak itu kekal tidak berubah dan sifat-sifat yang tidak berubah

    inilah yang membawa kesan kepada pencapaian akademik kanak-kanak

    tersebut seperti yang dikatakan oleh Dunn.

    11.1.1 MODEL GAYAPEMBELAJARAN VAK( Visual, Auditouri,Kinestetik)

    Gaya VAK mengandungi tiga aspek , iaitu gaya pembelajaran Visual ,

    Auditori dan Kinestetik.

    Gaya Pembelajaran Visual

    1. Murid belajar lebih baik dengan melihat sesuatu teks

    berbentuk perkataan / ayat dalam buku , papan hitam atau

    paparan komputer.

    2. Mereka lebih mengingati dan memahami arahan danpenerangan menerusi pembacaan ayat atau teks berkenaan.

    3. Murid Visual tidak memerlukan penerangan lisan seperti

    murid auditori tetapi mereka selalunya dapat belajar melalui

    pembacaan.

    4. Mereka selalunya menulis nota syarahan / arahan lisan jika

    mereka hendak mengingati sesuatu.

    Gaya Pembelajaran Auditori

    1. Murid Auditori belajar dengan mendengar perkataan / ayat

    yang disebut dan juga arahan lisan.

  • 7/31/2019 Topik12edit

    7/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    2. Mereka boleh mengingati penerangan melalui bacaan kuat

    atau menggerakkan bibir ketika membaca terutama apabila

    mempelajari sesuatu yang baru.

    3. Mereka dapat mengukuhkan ingatan dengan mendengar

    semula rakaman pita audio, mengajar murid lain dan

    berbincang dengan guru.

    Gaya Pembelajaran Kinestetik

    1. Murid Kinestetik belajar dengan baik dan berkesan melalui

    pengalaman dan akan melibatkan diri secara fizikal dalam

    aktiviti di kelas.

    2. Mereka biasanya dapat menginagti sesuatu dengan baik

    dan berkesan apabila melakukan aktiviti secara hands-on.

    11.1.2 Matrik Gaya Pembelajaran VAK

    Apabila anda Visual Auditori Kinestetik/Tactile

    Mengeja Anda cuba melihatperkataan?

    Membunyikanperkataan ataumenggunakanpendekatan fonetik?

    Tulis perkataanuntukmemastikannyabetul.

    Bercakap Anda bercakapsecaraberpasangan tetapitidak sukamendengar terlalulama? Lebih sukamendengarperkataan lihat,

    gambarkan danbayangkan?

    Anda sukamendengar tetapitidak suka untukbercakap? Gunaperkataan sepertidengar dan fikirkan?

    Menggunakanpergerakan dan airmuka. Sukaperkataan rasa,sentuh danpegang.

    Membayangkan Adakah anda dapatmelihat gambardengan jelas danterperinci?

    Berfikir secara bunyi? Melihat beberapagambar, semuanyabergerak?

  • 7/31/2019 Topik12edit

    8/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    Memberi tumpuan Adakah andaterganggu olehpergerakan ataukeadaan tidakteratur?

    Terganggu olehbunyi atau bising?

    Terganggu olehaktiviti di sekeliling?

    Bertemu semula

    seseorang

    Terlupa nama

    tetapi ingatmukanya? Ingat dimana bertemu?

    Terlupa muka tetapi

    ingat nama? Ingatapa yang telahbicarakan?

    Ingat dengan baik

    apa yang telahdilakukanbersama?

    Menghubungisesorang atassesuatu urusan

    Adakah anda sukasecara terus,berhadapan ataupertemuanperibadi?

    Lebih suka telefon? Bercakap sambilatau melibatkan diridalam sesuatuaktiviti?

    Releks (relax) Adalah anda lebihsuka menonton TV,pertunjukan atauwayang?

    Lebih sukamendengar radio,musik ataumembaca?

    Suka bermainsesuatu permainanatau membuatsesuatu

    menggunakantangan?

    Cubamenginterpretasikan moodseseorang

    Adakah andamemerhatikan airmukanya?

    Mendengar tonsuara?

    Melihat pergerakanbadan?

    Membaca Adakah anda sukasituasi deskriptif?Berhenti untukmembayangkansesuatu tindakan?

    Gemarkan dialog danperbualan ataumendengar watakyang bercakap?

    Lebih suka ceritaberbentuk aksi atautidak betul-betulberminatmembaca?

    Membuat sesuatu

    yang baru

    Adakah anda suka

    melihatdemonstrasi, rajah,slaid atau poster?

    Lebih suka arahan

    verbal atauberbincang denganseseorang?

    Lebih suka terus

    mencuba?

    Meletakkansesuatu bersama-sama

    Adakah melihatarah dan gambar?

    Suka bercakapdengan seseorangatau bercakap kuatsemasa bekerja?

    Mengabaikanarahan danmemikirkansemasamelaksanakannya?

    Memerlukanbantuan daripadaaplikasi komputer

    Adakah andamemerlukangambar atau rajah?

    Panggil meja-bantuan, tanya jiran?

    Terus mencubaatau mencuba dikomputer lain.

    Mengajar

    seseorang

    Adakah anda suka

    menunjukkansesuatu?

    Lebih suka

    memberitahu?

    Lakukan untuk

    mereka danberikan merekamelihat bagaimanadibuat atau mintamerekamelakukan?

  • 7/31/2019 Topik12edit

    9/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    Murid boleh membuat pembelajaran kendiri tentang air dengan

    mengakses laman sesawang berikut :

    http://ga.water.usgs.gov/edu/mwater.html

    Berdasarkan artikel yang disertakan ini bincangkan tentang

    pengubahsuaian (adaptasi) bagi pembelajaran perbezaan pelajar bagi

    yang berikut:

    (a) Pembelajaran Koperatif-Kaedah Jigsaw

    (b) Tutor Rakan Sebaya

    (c) Pengajaran Pelbagai Aras

    (d) Kemahiran sosial

    Dengan merujuk kepada Kurikulum Sains Sekolah Rendah, pilih satu

    aktiviti sains untuk murid-murid anda, buat pengubahsuaian supaya

    sesuai dengan kehendak murid dengan pelbagai gaya pembelajaran..

    Layari Internet

    http://ga.water.usgs.gov/edu/mwater.htmlhttp://ga.water.usgs.gov/edu/mwater.htmlhttp://ga.water.usgs.gov/edu/mwater.html
  • 7/31/2019 Topik12edit

    10/10

    (SCE3104 KURIKULUM DAN PEDAGOGI SAINS PENDIDIKAN RENDAH)

    Layari Internet

    Layari internet dalam pengumpulan maklumat tentang strategimengadaptasi sains ke atas kanak-kanak berbeza gaya pembelajaran

    Rujukan

    Azizi Hj Yahya. (2003).Hubungan Gaya Pembelajaran Dengan PencapaianAkademik Pelajar Di Tingkatan Empat Sekolah Menengah Teknik

    N.Sembilan. Seminar Kebangsaan Memperkasakan Sistem Pendidikan,Puteri Pan-Pacific, Johore Bahru, 19-21 October.

    Faterson, H.F., & Witkin, H.A. (1970). Longitudinal study of development of thebody concept. Developmental Psychology, 2(3), 429-438.

    Kamus Dewan (1999). Dewan Bahasa dan Pustaka, Kuala Lumpur

    Kementerian Pelajaran Malaysia (2006). Pelan Induk Pembangunan

    Pendidikan. Kuala Lumpur

    Mara Sapon- Shevin, Ability Differences in the Classroom diakses dari sesawangwww.sig2.hawaii.edu/resources/briefings/topic7/.../Article01.pdf

    Sh.Alawiah Alsagoff (1983). Ilmu Pendidikan Pedagogi. Kuala Lumpur: VinlinPress Sdn. Bhd.

    Unknown Author , Learning style di akses daripada laman sesawang

    http://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.html ,

    http://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.htmlhttp://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.htmlhttp://www.bcps.org/offices/lis/models/tips/styles.html