ifolio.ukm.my · web viewmengasah bakat kepimpinan dalam kalangan ahli jawatankuasa serta kemahiran...

19
LAPORAN MINGGU USAHAWAN SATRIA 2014 (MUS14) KOLEJ TUN HUSSEIN ONN TARIKH : 31 MAC – 3 APRIL 2014 TEMPAT : FOYER LAMA, FAKULTI KEJURUTERAAN ALAM DAN BINA, UKM ANJURAN : MAJLIS JAWATAN KUASA MUS14

Upload: docong

Post on 14-Jul-2019

232 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

LAPORAN MINGGU USAHAWAN SATRIA 2014 (MUS14)

KOLEJ TUN HUSSEIN ONN

TARIKH : 31 MAC – 3 APRIL 2014

TEMPAT : FOYER LAMA, FAKULTI KEJURUTERAAN ALAM DAN BINA,

UKM

ANJURAN : MAJLIS JAWATAN KUASA MUS14

Minggu Usahawan Satria 2014 (MUS14) diaakan bertujuan untuk mengumpul dana untuk

menjayakan program tahunan Kolej Tun Hussein Onn iaitu Majlis Anugerah Pelajar ke-17

(MAP17). Beberapa wakil syarikat atau penggerai dijemput membuka gerai sepanjang

program ini berlangsung. Bagi menarik pelanggan datang bertandang membeli-belah pada

minggu ini sertamemeriahkan lagi program ini, kami di bahagian ahli jawatankuasa program

diberi tanggungjawab menganjurkan pelbagai aktiviti. Antara aktivi yang di adakan selama

empat hari bermula 31 mac sehingga 3Apreil adalah seperti berikut :

1.0 BUTIRAN PROGRAM HIJABSTYLISTA

A. Nama Program : Hijabstylista, Antara Aurat dan Fesyen

B. Penganjur : Majlis Eksekutif Pelajar Kolej Tun Hussein Onn, UKM.

C. Tarikh : 31 Mac 2014

D. Tempat : Foyer Lama,Fakulti Kejuruteraan Alam dan Bina

E. Jumlah Peserta : 50 orang

1.1 GAMBAR SEPANJANG PROGRAM HIJABSTYLISTA

1.2 LAPORAN PROGRAM HIJABSTYLISTA

Program Hijabstylista merupakan salah satu aktiviti yang dijalankan sepanjang

Minggu Usahawan Satria 2014 (MUS14). Program ini diadakan pada 31 mac 2014 bertujuan

memeriahkan lagi Minggu Usahawan Satria 2014. Mengikut perancangan awal program ini

diajalankan sebanyak dua sesi iaitu sesi pagi dan petang. Pada sesi pagi program ini bermula

dengan forum dan berakhir dengan ‘grooming’ pada sesi petang. Namun begitu disebabkan

kekurangan ‘vendor’ ataupun pendandan kami terpaksa mengubah perancangan ini kepada

kepada satu sesi iaitu sesi pagi sahaja.

Sesi pagi bermula dengan forum Hijabstylista pada pukul 10 pagi. Forum ini

dikendalikan oleh Mai Izyani sebagai moderator. Bagi menjayakan program ini kami turut

menjemput Prof Dr. Salasiah Hanin Hamjah pensyarah Fakulti Pengajian Islam UKM, Yatt

hamzah sebagai artis jemputan dan Pn Nazatushima iaitu pemilik butik Shazzmin Collection

sebagai pereka fesyen. Barisan panel ini mengupas dengan lebih terperinci tajuk yang

diberikan iaitu Antara Aurat dan Fesyen. Tajuk ini sangat sinonim dengan muslimah zaman

ini yang mementingkan fesyen dan penjagaan aurat.

Untuk menarik penonton hadir program ini, kami cuba meminta sunbangan ‘goodies

bag’ daripada beberapa syarikat seperti coolblog,butik-butik tudung, loreal dan sebagainya

namun gagal. Oleh itu, kami cuba menggantikan ‘goodies bag’ dengan air mineral dan gula-

gula untuk diberikan kepada peserta.

Dua hari sebelum program berlangsung kami mendapati syarikat Mary kay sudi

memberi sumbangan berupa alat solet serta melakukan tutorial ‘make-up’ di akhir forum

hijabstylista. Oleh itu, kami menggunakan sumbangan tersebut beserta air dan gula-gula

untuk diberikan kepada peserta dengan bayaran RM2.00 untuk mengumpul dana MAP17.

Walaubagaimanapun, disebabkan sambutan daripada penonton tidak memberansangkan, kami

terpaksa membatalkan cadangan tersebut dan diberi secara percuma kepada penonton.

Selain itu, kami turut menyediakan ruang ‘fotobooth’ untuk memberi peluang kepada

peminat Yatt Hamzah bergambar dan beramah mesra dengan beliau. Peserta yang hadir

adalah terdiri daripada pelajar , staf dan pensyarah. Program ini berakhir dengan tutorial

‘make-up’ pada pukul 1.00 tengah hari.

1.2.1 Tentatif program

MASA AGENDA CATATAN

9.30 – 10.00 Pendaftaran peserta -50 gudibag untuk 50 orang

peserta dengan bayaran

RM2.00

10.00 – 12.00 forum bersama 3 panel

public figure

fesyen designer

pensyarah

12.00 – 12.30 Grooming

fesyen designer

-beberapa orang penonton

dipilih untuk didandan

12.30 – 12.45 Penyampaian cenderamata kepda ahli panel

12.45 -1.00 Sesi bergambar bersama yatt hamzah dan

menjamu selera.

1.3 KESIMPULAN

1.3.1 kebaikan dan keburukan program Hijabstylista

I. Memberi kefahaman kepada peserta tentang garis panduan dalam berfesyen.

II. Mengasah bakat kepimpinan dalam kalangan ahli jawatankuasa serta kemahiran gerak

kerja dalam sesebuah organisasi.

1.3.2 Masalah dan penyelesaian

Bi

l

Masalah Penyelesaian

1 Tidak mendapat sumbangan ‘goodies

bag’ seperti yang dirancang.

Membeli air mineral dan gula-gula sebagai

gantian kepada ‘goodies bag’

2 Sambutan yang tidak memberansangkan

daripada peserta

Memberi pas masuk secara percuma dan

mendapat ‘goodies bag’ yang disediakan.

2.0 BUTIRAN PROGRAM FUN MINI4WD TAMIYA

A. Nama Program : Fun Race Mini4WD Tamiya MUS14

B. Penganjur : Minggu Usahawan Satria 2014

C. Tarikh : 01 & 03 April 2014

D. Tempat : Foyer Bawah Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, UKM Bangi.

E. Jumlah Peserta : 01 April 2014 03 April 2014

10 rang 10 Orang

2.1 GAMBAR SEPANJANG PROGRAM FUN MINI4WD TAMIYA

2.2 LAPORAN PROGRAM FUN MINI4WD TAMIYA

Program Tamiya ini diadakan ketika Program Minggu Usahawan Satria 2014

berlangsung bermula 31 Mac 2014 sehingga 03 April 2014. Fun Race Tamiya ini diadakan

untuk memeriahkan lagi perjalanan MUS14 di FKAB UKM. Pada permulaan perancangan,

exco program hanya berhasrat untuk mengadakan fun race tamiya ini sehari sahaja, tetapi

kami telah peroleh permintaan yang baik agar fun race tamiya ini diadakan lagi sekali.

Penonton yang hadir memeriahkan program daripada pelajar pensyarah dan staff UKM serta

orang luar.

Sebelum hari kejadian berlangsung, beberapa perkara telah kami lakukan untuk

menjayakan fun race tamiya ini. Kami telah mengambil menganalisis fun race tamiya ini

melalui beberapa akaun sosial Facebook dan bertanya kepada mereka yang pakar dalam

menganjurkan fun race tamiya. Selain itu kami menghadapi masalah untuk mendapatkan trek

tamiya untuk program ini.

Seminggu sebelum fun racebermula, kami telah peroleh kelab tamiya yang akan

menyewakan trek tamiya mereka kepada kami dan akan mengendalikan fun race tamiya pada

hari kejadian. Semasa hari kejadian, ahli kelab tersebut tak dapat datang atas sebab yang tak

dapat dielakkan. Maka kami exco program mengambil alih dan meneruskan program ini.

Peserta yang hadir datang dari Sepang, Gombak, Nilai, Seremban dan Pelajar UKM.

Bermula pada pukul 10.00 pagi sehingga 4.00 petang fun race tamiya ini berlangsung.

Peserta daripada Nilai dan Sepang telah membawa pulang semua hadiah.

Beberapa akaun Facebook yang dilawati:

. KELAB RC SMKBB o

https://www.facebook.com/pages/KELAB-RC-SMKBB/403410759794932?fref=ts

· Tamiya racer team o https://www.facebook.com/TamiyaRacerTeam?fref=ts

· Geng Tamiya angkuh o https://www.facebook.com/gengtamiyaangkuh.gta?fref=ts

· Pro-tamiya o https://www.facebook.com/groups/225471020953683/?fref=ts

· Kedai Tamiya mini dash yonkuro 4wd original o

https://www.facebook.com/KedaiTamiyaMiniDashYonkuro4wdOriginal?fref=ts

2.2.1 Dokumen yang disediakan

Syarat-syarat yang diberikan:

01 April 2014

Format Semi Tech.

Fee RM20 battery included! (UKMians 25% discount with matric card)

Venue Foyer Fakulti Kejuruteraan dan Alam Bina UKM

Registration start from 10.00 am (sticker given)

Battery : Panasonic Evolta

100% Tamiya Rules

Imitation parts will be prohibited.

Motor up to Mach Dash for Dual Shaft, Sprint for single shaft.

Fascinating prizes from number 1-3, TQ and Lucky Draw !

03 April 2014

Tempat : Foyer Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, UKM

Tarikh : 03 April 2014 (Khamis)

3.00 tgh - 5.00 ptg : Time Attack, 5.30 ptg : Battle

Yuran RM20 satu kereta (UKMians RM15, show matric card)

Battery included

Format Semi Speed (shorcut)

Battery Panasonic Evolta

Motor maksimum Sprint & Mach Dash

Syarat & peraturan Tamiya!

Pendaftaran :

- Bermula jam 2 petang

- Tunjukkan kad matrik, UKMians

- Dapat sticker

Hadiah :

Fascinating prizes from number 1-3

Top Qualifier

Mission : Top 16

2.3 KESIMPULAN

2.3.1 Kebaikan/ Kelebihan Fun Race Mini4WD Tamiya MUS14

I. Dapat memeriahkan lagi MUS14

II. Dapat mencungkil bakat dan kreatif peserta dan pada pelajar UKM khususnya

III. Membantu MUS14 memperoleh keuntungan dari segi kewangan

2.3.2 Masalah dan Penyelesaian

Masalah Penyelesaian

Tidak mengetahui selok belok program

tamiya

Menganalisis dan berjumpa kepada

mereka yang pakar

Kurang sambutan pada awalnya Melalui publisiti dan kelab tamiya,

peroleh peserta dan penonton yang

ramai

3.0 BUTIRAN PROGRAM BUSKING

Nama Program : Battle of The Buskers

Penganjur : Minggu Usahawan Satria 2014

Tarikh : 02 April 2014

Tempat : Foyer Bawah Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, UKM

Jumlah Peserta : 4 Buskers

3.1 LAPORAN PROGRAM BATTLE OF THE BUSKERS

Program Battle of The Buskers ini diadakan ketika Program Minggu Usahawan Satria

2014 berlangsung pada 02 April 2014. Busking ini diadakan untuk memeriahkan suasana dan

ingin mencungkil bakat pelajar UKM. Pada awal perancangan, kami menganggarkan bahawa

akan mendapat sekurang-kurangnya satu wakil penyertaan bagi setiap kolej akan tetapi hanya

terdapat sebanyak empat kumpulan sahaja yang menyertainya. Hal ini demikian disebabkan

oleh kesukaran untuk mencari peserta yang ingin menyertai program ini kerana terdapat ramai

pelajar yang sibuk dan ada yang akan mempunyai peperiksaan pertengahan semester pada

minggu tersebut.

Sebelum hari kejadian berlangsung, beberapa perkara telah kami lakukan untuk

menjayakan program ini. Pada malam sebelum hari kejadian kami telah menukar beberapa

syarat penyertaan di mana kami sendiri perlu mencari bahan-bahan buangan di sekitar kolej

iaitu baldi, botol mineral, surat khabar, tin minuman, tin kosong dan ranting kayu untuk

dijadikan sebagai alat muzik tambahan untuk digunakan oleh setiap buskers. Hal ini kerana

kami ingin memudahkan peserta yang menyertai program ini.

Pada hari kejadian, pendaftaran peserta bermula pada pukul 12 tengah hari sehingga 2

petang di mana peserta dikehendaki mengisi borang dan membayar yuran sebanyak RM20

untuk setiap penyertaan. Setelah semua peserta yang terlibat selesai mendaftar, mereka telah

mencabut undi nombor giliran persembahan dan dua jenis alat muzik daripada bahan buangan

seperti yang kami telah sediakan sebagai alat muzik tambahan selain alat muzik yang mereka

sendiri bawa. Peserta telah diberi masa sebanyak 15 minit untuk mempraktis menggunakan

alat muzik tambahan yang mereka telah cabut undi tersebut mengikut kreativiti mereka. Pada

jam 2 petang Battle of The Buskers telah bermula di mana setiap satu kumpulan mengikut

nombor giliran persembahan telah melakukan persembahan di depan juri yang kami jemput

dari PUSKEB UKM untuk dinilai persembahan mereka.

Setiap buskers telah melakukan persembahan yang sangat menarik dan menghiburkan

hati penonton. Keputusan pemenang telah diumumkan pada hari penyampaian sehari selepas

hari kejadian program busking tersebut. Setiap peserta datang untuk mengambil hadiah pada

hari penyampaian tersebut.

Syarat-syarat penyertaan:

1) Pertandingan terbuka untuk seluruh warga UKM dan orang luar yang berminat.

2) Minimum tiga ahli dan maksimum 10 ahli untuk satu kumpulan.

3) Boleh mebawa sekurang-kurangnya 3 alat muzik sendiri.

4) Peserta dikehendaki mencabut undi dua alat muzik (non-musical instrument) seperti yang

pihak penganjur sediakan.

5) 7 – 15 minit masa persembahan untuk setiap kumpulan.

6) Persembahan dinilai oleh juri professional dari PUSKEB UKM dan kriteria penilaian

persembahan seperti berikut:-

i. Kreativiti persembahan – 40 %

ii. Pengurusan bunyi / tempo – 25%

iii. Persembahan pentas – 10%

iv. Vokal – 25%

Hadiah:

1)Tempat pertama wang tunai sebanyak RM150 dan hamper.

2)Pemenang selain tempat pertama mendapat hamper.

3.2 KESIMPULAN

3.2.1 Kelebihan Battle of The Buskers:

1) Dapat mencungkil bakat pelajar UKM.

2) Memeriahkan suasana dan menghibur hati pengunjung yang hadir.

3.2.2 Masalah dan penyelesaian:

Masalah Penyelesaian

Sukar untuk mendapatkan peserta untuk

menyertai program ini

Meminta MEP Kebudayaan setaip kolej

untuk berusaha mencari peserta selagi boleh

4.0 BUTIRAN PROGRAM DART

Nama Program : Dart

Penganjur : Minggu Usahawan Satria 2014

Tarikh : 31 Mac – 2 April 2014

Tempat : Foyer Bawah Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, UKM

Jumlah Peserta : 50 orang

4.1 GAMBAR SEPANJANG PROGRAM DART

4.2 LAPORAN PROGRAM DART

Minggu Usahawan Satria diadakan selama seminggu bertempat di Foyer Fakulti Kejuruteraan

dan Alam Bina. Antara aktiviti yang telah dijalankan adalah aktiviti permainan dart.

Aktiviti ini telah berlangsung selama seminggu bermula dari pukul 8.00 pagi hingga 5.00

petang pada setiap hari. Penyertaan untuk permainan ini adalah dijalankan secara terbuka

bagi semua pelajar yang berminat. Yuran penyertaan adalah sebanyak RM 1 untuk 3 kali

balingan.

4.3 BELANJAWAN

PERKARA BILANGAN TOTAL

PAPAN DART 1 PAPAN DART X 2 2 X RM 200

PENGANGKUTAN RM 70

= RM 270

HASIL KUTIPAN =RM 50++

4.4 KESIMPULAN

Kebaikan dan keburukan

I. Mengasah bakat pelajar ukm

II. Memeriahkan Minggu Usahawan Satria 2014

Masalah dan penyelesaian

Bil Masalah Penyelesaian

1. Kurang mendapat sambutan

daripada para pelajar

disebabkan kawasan

kejadian yang kurang

strategik di samping strategi

publisiti yang kurang

meluas.

Mempergiatkan penyebaran poster di laman

sosial seperti facebook.

5.0 BUTIRAN MAJLIS PENUTUPAN MUS14

Nama Program : majlis penutupan MUS14

Penganjur : Minggu Usahawan Satria 2014

Tarikh : 3 April 2014

Tempat : Foyer Bawah Fakulti Kejuruteraan Dan Alam Bina, UKM

Jumlah Peserta : 40 orang

5.1 LAPORAN MAJLIS PENUTUPAN MUS14

Majlis penutupan MUS14 diadakan pada hari terakhir MUS14 iaitu 3 Apri 2014 pada pukul

10.00 pagi. Semua ahli jawatankuasa diwajibkan hadir pada majlis ini. Namun begitu

kehadiran tidak memuaskan kerana kehadiran ahli jawatankuasa hanyalah mereka yang

bertugas pada hari tersebut dan ajk lain yang memberi komitmen diawal program ini

dijalankan lagi. Beberapa orang felo dan MEP turut hadir pada majlis ini. Majlis ini

dipengerusikan oleh .

Majlis di mulakan dengan bacaan doa oleh Mohd Kashful Anwar bin Minhat.

Pengerusi majlis menjemput Muhd Muzani bin Muhd Saperi selaku pengarah program

MUS14 untuk memberi ucapan. Ucapan beliau berkisarkan tentang masalah yang dihadapi

sepanjang program serta kelancaran aktiviti dengan kerjasama daripada semua ahli

jawatankuasa. Beliau juga memberi ucapan penghargaan kepada ahli jawatankuasa yang

bertungkus-lumus menjalankan tugas bagi menjayakan aktiviti ini.

Seterusnya majlis diteruskan lagi dengan ucapan pengetua Kolej Tun Hussien Onn Lt

Kol Prof Madya Dato’ Dr samsu Adabi Mamat. Beliau tidak putus-putus memberi semangat

kepada ahli jawatankuasa program supaya tidak putus asa dan memperbaikinya pada masa

akan datang. Beliau turut menyatakan akan memberi semangat serta bantuan sepenuhnya jika

program ini dijalankan lagi. Majlis ini berakhir dengan ucapan penutup daripada pengetua

kolej.

6.0 PENUTUP

Secara keseluruhannya program ini berlangsung dengan jayanya dengan mendapat kerjasama

yang baik daripada pihak pentadbiran kolej, barisan felo, Ahli Majlis Tetinggi Kolej dan

Majlis Eksekutif Kolej (MEP) KTHO. Tidak lupa juga kepada setiap ahli jawatan kuasa

MUS14 dan MAP17 yang hadir dan melibatkan diri secara penuh sepanjang berlansungnya

program ini. Diharapkan kerjasama yang lebih baik lagi daripada ahli jawatan kuasa yang lain

untuk program seperti ini pada masa hadapan. Sekian.

Disediakan oleh,

___________________

Norazima bt Mohd rodzi,

Setiausaha program MUS14,

Kolej Tun Hussein Onn,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.

_____________________

Mohd Farid bin Anuar,

Pengarah program MUS14,

Kolej Tun Hussein Onn,

Universiti Kebangsaan Malaysia, bangi

Disemak oleh,

___________________

Puan Zie Fazlin Binti Hashim,

Timbalan Pengetua Kolej Tun Hussein Onn,

Kolej Tun Hussein Onn,

Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi.