topik 5 pembelajaran inkuiri

4
TOPIK 5 : Pembelajaran Inkuiri HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan perbezaan utama antara penemuan dan inkuiri 2. Menghuraikan kelebihan pembelajaran inkuiri 3. Menerangkan proses inkuiri 4. Membincangkan keadaan-keadaan yang diperlukan bagi pembelajaran inkuiri 5. Menerangkan jenis soalan yang diperlukan bagi pembelajaran inkuiri 6. Membina soalan yang diperlukan bagi pembelajaran inkuiri 1. MENYATAKAN PERBEZAAN UTAMA ANTARA PENEMUAN DAN INKUIRI a. Inkuiri adalah proses mengenalpasti masalah, membina hipotesis, merancang eksperimen, mengumpul data, dan membuat kesimpulan tentang masalah yang dikaji. Tujuan inkuiri adalah bagi menolong seseorang memahami sesuatu dengan menyiasat dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut. b. Penemuan adalah produk daripada proses inkuiri. Apa yang ditemui semasa proses inkuiri bukan hanya fakta atau konsep sains, tapi kemahiran dan sikap saintifik. c. Inkuiri adalah pendekatan berpusatkan pelajar dimana pelajar perlu memainkan peranan yang aktif semasa menyiasat sesuatu masalah. d. Kitar inkuiri Dewey terdiri daripada bertanya, menyiasat, merekabentuk, berbincang, dan membuat refleksi. e. Kitar inkuiri Marner dan Myers pula terdiri daripada penyoalan(inquisition), pemerolehan(acquisition),andaian(supposition),pelaksanaan(implementation), penggulungan(summation), dan perkongsian(exhibition). Apa yang berlaku pada setiap peringkat adalah seperti berikut; penyoalan menentukan soalan yang ingin dikaji pemerolehan mengadakan sumbangsaran untuk mencari penyelesaian yang mungkin andaian memilih satu daripada kemungkinan tadi untuk disiasat

Upload: alyasserbinmdisa82

Post on 06-Nov-2015

60 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

try

TRANSCRIPT

  • TOPIK 5 : Pembelajaran Inkuiri

    HASIL PEMBELAJARAN 1. Menyatakan perbezaan utama antara penemuan dan inkuiri 2. Menghuraikan kelebihan pembelajaran inkuiri 3. Menerangkan proses inkuiri 4. Membincangkan keadaan-keadaan yang diperlukan bagi pembelajaran inkuiri 5. Menerangkan jenis soalan yang diperlukan bagi pembelajaran inkuiri 6. Membina soalan yang diperlukan bagi pembelajaran inkuiri 1. MENYATAKAN PERBEZAAN UTAMA ANTARA PENEMUAN DAN INKUIRI

    a. Inkuiri adalah proses mengenalpasti masalah, membina hipotesis, merancang

    eksperimen, mengumpul data, dan membuat kesimpulan tentang masalah yang

    dikaji. Tujuan inkuiri adalah bagi menolong seseorang memahami sesuatu dengan

    menyiasat dengan lebih lanjut tentang perkara tersebut.

    b. Penemuan adalah produk daripada proses inkuiri. Apa yang ditemui semasa

    proses inkuiri bukan hanya fakta atau konsep sains, tapi kemahiran dan sikap

    saintifik.

    c. Inkuiri adalah pendekatan berpusatkan pelajar dimana pelajar perlu memainkan

    peranan yang aktif semasa menyiasat sesuatu masalah.

    d. Kitar inkuiri Dewey terdiri daripada bertanya, menyiasat, merekabentuk,

    berbincang, dan membuat refleksi.

    e. Kitar inkuiri Marner dan Myers pula terdiri daripada penyoalan(inquisition),

    pemerolehan(acquisition),andaian(supposition),pelaksanaan(implementation),

    penggulungan(summation), dan perkongsian(exhibition). Apa yang berlaku pada

    setiap peringkat adalah seperti berikut;

    penyoalan menentukan soalan yang ingin dikaji

    pemerolehan mengadakan sumbangsaran untuk mencari penyelesaian

    yang mungkin

    andaian memilih satu daripada kemungkinan tadi untuk disiasat

  • pelaksanaan mereka bentuk dan melaksanakan pelan tadi

    penggulungan mengumpul data dan membuat kesimpulan

    perkongsian berkongsi tentang penyelesaian kepada masalah yang dikaji

    2. MENGHURAIKAN KELEBIHAN PEMBELAJARAN INKUIRI

    a. Apabila pelajar menggunakan mana-mana kitar inkuiri tersebut, pelajar akan dilatih

    untuk menyelesaikan sesuatu permasalahan yang dihadapi dengan cara yang

    bersistematik. Justeru ini akan dapat melatih pelajar meneroka dan menyelesaikan

    masalah saintifik yang dihadapinya dengan sendiri.

    b. Terdapat banyak kelebihan pembelajaran inkuiri. Di antaranya;

    pelajar akan dapat membentuk pemikiran kritis dan kreatif,

    menguasai kemahiran saintifik, kemahiran sosial dan emosi

    pelajar akan dapat melalui apa yang saintis alami semasa menyiasat

    pembelajaran ini dapat diubahsuai bagi pelajar yang mempunyai gaya

    pembelajaran yang berbeza

    c. Pelajar akan menjadi lebih berdikari sebab pembelajaran inkuiri memberi peluang

    kepada pelajar untuk membentuk kemahiran pembelajaran regulasi-kendiri. Ini

    adalah satu kemahiran yang berguna sekiranya kita inginkan pelajar menguasai

    pembelajaran sepanjang hayat

    3. MENERANGKAN PROSES INKUIRI

    a. Tiga jenis pembelajaran inkuiri adalah inkuiri berstruktur, terbimbing dan bebas

    b. Inkuiri berstruktur adalah peringkat pertama dimana guru menyediakan hampir

    kesemua persediaan yang diperlukan untuk proses inkuiri

    c. Inkuiri terbimbing adalah peringkat pertengahan dimana guru mengemukakan

    soalan dan menyediakan bahan-bahan yang diperlukan oleh pelajar dalam

    penyiasatan mereka

    d. Inkuiri bebas pula, pelajar membentuk soalan kajian dan cara penyelesaian sendiri

    e. Guru perlu menggunakan pendekatan inkuiri secara beransur-ansur atau

    berperingkat dimulai dengan inkuiri berstruktur. Apabila murid-murid telah

  • bersedia bolehlah menggunakan inkuiri terbimbing . Akhirnya apabila murid telah

    menguasai kemahiran dan boleh berdikari bolehlah dilaksanakan inkuiri bebas.

    4. MEMBINCANGKAN KEADAAN-KEADAAN YANG DIPERLUKAN BAGI PEMBELAJARAN INKUIRI

    a. Terdapat keadaan atau persekitaran yang boleh menyumbang kepada kejayaan

    proses inkuiri. Diantaranya;

    Pelajar bebas bertanya banyak soalan

    Aktiviti hands-on dengan menggunakan bahan mudah

    Beri banyak masa kepada pelajar

    Pelajar bebas mengkaji idea mereka sendiri

    5. MENERANGKAN JENIS SOALAN YANG DIPERLUKAN BAGI PEMBELAJARAN INKUIRI

    a. Kemahiran menyoal guru dan pelajar adalah amat penting dalam inkuiri

    b. Pelbagai jenis soalan digunakan di peringkat yang berlainan dalam proses inkuiri.

    Contoh;

    apabila ingin mencari apa yang hendak dikaji guru/pelajar gunakan

    soalan yang berbentuk mencapah supaya dapat menjana ide tentang

    persoalan yang ingin dikaji

    apabila pelajar sedang mengumpul data- guru boleh gunakan soalan

    tertutup supaya boleh bantu membuat pemerhatian

    6. MEMBINA SOALAN YANG DIPERLUKAN BAGI PEMBELAJARAN INKUIRI

    a. Soalan boleh dikategorikan beberapa cara : soalan mencapah dan tertutup, enam tahap dalam taksonomi Bloom, soalan produktif dan bukan-produkif

    b. Soalan tertutup hanya memerlukan pelajar jawab `ya atau `tidak sahaja. Soalan jenis ini akan membantu pelajar beri tumpuan kepada sesuatu yang spesifik. Manakala soalan mencapah mempunyai jawapan yang pelbagai. Soalan jenis ini akan menggalakkan pelajar untuk berfikir secara kritis dan kreatif.

  • c. Taksonomi Bloom mempunyai enam tahap soalan: pengetahuan, kefahaman, aplikasi, analisis, sintesis , dan penilaian. Soalan tahap pengetahuan adalah paling mudah manakala penilaian soalan yang paling tinggi.

    d. Harlen dan Qualter(2004) mengkategori soalan kepada soalan produktif dan bukan-produktif. Soalan produktif amat berguna dalam menolong pelajar untuk berfikir dan menyiasat.Contohnya;

    menolong pelajar memfokus kepada sesuatu ciri yang sedang dikaji,

    membanding ciri-ciri objek dengan objek lain

    menentukan apa tindakan selanjutnya