topik 16 rangkaian kawasan setempat

Upload: assayuti

Post on 06-Apr-2018

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 8/3/2019 Topik 16 Rangkaian Kawasan Setempat

    1/5

    214 OUM

    TOPIK 16RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

    TOPIK 16 RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT(LAN)

    PENGENALAN

    Dalam topik yang lepas, telah dibincangkan maksud rangkaian kawasan setempat

    (LAN). LAN juga tidak terhad kepada rangkaian PC sahaja, LAN boleh mengandungi

    kerangka utama dan stesyen kerja. Dalam topik ini, kita akan membincangkanbeberapa jenis LAN dengan lebih lanjut.

    OBJEKTIF

    Di akhir topik ini, anda seharusnya dapat:

    1. mengenal pasti jenis rangkaian LAN yang popular;

    2. mengetahui ciri-ciri rangkaian PC; dan

    3. mempelajari tentang teknologi LAN wayarles dan LAN Ethernet.

    16.1 RANGKAIAN LAN LAZIM

    Secara umumnya ada dua jenis rangkaian LAN yang popular atau lazim iaitu rangkaian

    rakan-ke-rakan (peer-to-peer) dan rangkaian pelanggan/pelayan (client/server).

    16.1.1 Rangkaian Rakan ke Rakan

    Rangkaian rakan-ke-rakan adalah rangkaian paling mudah dan murah. Rangkaian iniboleh menyokong sehingga kurang dari 10 komputer dengan menggunakan wayar UTPatau kabel sepaksi. Setiap komputer dalam rangkaian ini boleh berkongsi perkakasan

    seperti pencetak, data, maklumat dalam sebarang komputer yang dibenarkan. Setiapkomputer perlu ada sistem pengoperasian rangkaian tersendiri. Sistem PengoperasianWindows (seperti Windows XP/2000) juga menyediakan kemudahan asas rakan-ke-

    rakan seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16.1. Rangkaian rakan-ke-rakan dalamRajah 16.1a tidak memerlukan sebarang kad antaramuka rangkaian. Sementara

    rangkaian rakan-ke-rakan dalam Rajah 16.1b memerlukan kad antaramuka rangkaian

    pada setiap PC. Setiap PC berstatus sama.

  • 8/3/2019 Topik 16 Rangkaian Kawasan Setempat

    2/5

    OUM 215

    TOPIK 16 RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

    Rajah 16.1: Rangkaian rakan-ke-rakan

    16.1.2 Rangkaian Pelanggan/Pelayan

    Rangkaian pelanggan/pelayan adalah rangkaian di mana satu atau lebih komputer

    adalah komputer pelayan dan yang lainnya komputer pelanggan. Komputer pelayanakan mengawal capaian ke atas perkakasan dan perisian termasuk perkongsian ruang

    storan untuk menyimpan data dan maklumat seperti yang ditunjukkan dalam Rajah 16.2.Setiap PC perlu ada kad antara muka rangkaian (Network interface card, NIC).

    Komputer pelayan perlu dipasang sistem pengoperasian rangkaian. Rangkaian jenis

    ini memerlukan seorang pentadbir rangkaian (network administrator) demi memastikansemua kemudahan rangkaian dalam keadaan baik dan sempurna.

  • 8/3/2019 Topik 16 Rangkaian Kawasan Setempat

    3/5

    216 OUM

    TOPIK 16RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

    16.2 RANGKAIAN PC

    Rangkaian PC adalah rangkaian yang selalu digunakan oleh kebanyakan organisasiterutamanya di pejabat dan juga di rumah. Kebanyakannya menggunakan rangkaian

    PC untuk mencapai Internet. LAN Ethernet adalah teknologi LAN yang popular.

    Kebanyakan rangkaian PC di pejabat dibina berasaskan LAN Ethernet mudah.Rangkaian PC memerlukan semua lapisan OSI dikendali dengan jayanya. LAN hanyalahperkhidmatan penghantaran dalam rangkaian PC. Rangkaian mudah PC boleh dalam

    bentuk rangkaian rakan-ke-rakan, dan boleh dalam bentuk rangkaian pelayan/pelanggan.

    Rangkaian PC mudah berasas pelayan/pelanggan terdiri beberapa PC pelanggan, PCpelayan, hab atau suis Ethernet 10BaseT. Setiap PC perlu mempunyai kad antaramuka

    rangkaian (NIC). PC pelayan akan menggunakan sistem pengoperasian rangkaian(NOS) atau sistem pengoperasian pelayan(SOS). NIC diperlukan untuk mengendalikan

    semua komunikasi rangkaian pada pelapisan fizikal dan pautan data. Jadi PC perlu

    melaksanakan lapisan Internet, pengangkutan, dan aplikasi dalam perisian.

    Rajah 16.2: Rangkaian pelanggan/pelayan

    Latihan 16.1

    Bincangkan rangkaian PC mudah. Apakah peranti yang digunakan

    dalam rangkaian PC mudah?

    16.3 LAN ETHERNET

    Ethernet adalah teknologi LAN yang paling popular. Mungkin lebih 80% semua trafik

    LAN dijalankan pada teknologi LAN. LAN Ethernet lazimnya mengamalkan topologi basdengan hab Ethernet dan topologi suis dengan suis Ethernet. LAN Ethernet

    menggunakan protokol Ethernet IEEE802.3. Komputer akan dihubungkan dengan

    menggunakan wayar UTP , kabel sepaksi atau gentian optik. Satu hab sahaja digunakandalam LAN Ethernet kecil. LAN Ethernet seperti ini biasanya disebut LAN Ethernettradisional yang menyokong sehingga 10Mbps.

    LAN Ethernet boleh diperluas kepada LAN Ethernet besar yang mengandungi lebih dari

    satu hab. Hab-hab akan disambung menjadi satu bentuk pepohon seperti yangditunjukkan dalam Rajah 16.3.

  • 8/3/2019 Topik 16 Rangkaian Kawasan Setempat

    4/5

    OUM 217

    TOPIK 16 RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

    Media yang digunakan boleh berbagai sama ada UTP, kabel sepaksi dan gentian optik.Begitu juga kelajuan yang disediakan oleh hab juga boleh berbeza seperti hab 10 Mbps,

    100 Mbps dan juga 1 Gbps. Begitu juga suis dengan kelajuan yang berbeza 10/100Mbps. LAN Ethernet yang menyokong 100 Mbps disebut Ethernet laju (Fast Ethernet)

    dan yang menyokong 1000Mbps (1Gbps) disebut Ethernet Gigabit (Gigabit Ethernet).

    Dalam Ethernet gigabit, media mesti mampu menyokong sehingga 1Gbps. Suisdiperlukan untuk menukar pautan yang tinggi ke rendah atau sebaliknya, contohnya suis10/100Mbps digunakan untuk menyambung pautan 10 Mbps dengan pautan 100Mbps.

    Ethernet laju dan Ethernet gigabit digolongkan sebagai LAN berkelajuan tinggi. Selainberasaskan Ethernet, LAN berkelajuan tinggi lain juga boleh berasaskan kepada gelangtoken (sehingga 100 Mbps) dan saluran gentian (100Mbps-3.2Gbps).

    Rajah 16.3: LAN Ethernet besar

    Latihan 16.2

    Apakah kelajuan yang disokong oleh LAN Ethernet?

    16.4 LAN WAYARLES

    LAN wayarles mula mendapat perhatian akhir-akhir ini terutama dengan berkembangnya

    telefon selular dan juga PDA seperti komputer telapak (palmtop). LAN wayarles jugaberkembang untuk memenuhi keperluan mobiliti, rangkaian ad hoc, penempatan semula

    dan liputan lokasi sukar untuk dipasang wayar. Media yang digunakan pastinya mediapenghantaran tanpa wayar seperti mikrogelombang dan infra merah.

    Kebanyakan LAN Wayarles merupakan sebahagian daripada LAN yang lebih besar,yang disebut sebagai Perluasan LAN(LAN extension). Dalam LAN berwayar (LAN

    tetulang belakang), disediakan satu nod capaian yang juga disebut modulkawalan(Control module, CM). Modul kawalan ini akan berinteraksi dengan komputer

  • 8/3/2019 Topik 16 Rangkaian Kawasan Setempat

    5/5

    218 OUM

    TOPIK 16RANGKAIAN KAWASAN SETEMPAT (LAN)

    atau modul pengguna(user module, UM ) melalui media wayarles seperti yang

    ditunjukkan dalam Rajah 16.4.

    LAN wayarles ini masih kurang digunakan kerana kos tinggi, kadar data rendah,keperihatinan keselamatan pekerjaan, dan keperluan perlesenan. Piawaian rangkaian

    wayarles ialah IEEE802.11.

    Rajah 16.4: Rangkaian wayarles

    RUMUSAN

    Dalam topik ini, anda telah mempelajari dua jenis rangkaian LAN yang popular dan

    sering digunakan. Anda juga telah diterangkan berkenaan teknologi LAN Ethernet danLAN wayarles. Sebelum mengakhiri topik ini, anda perlulah tahu bahawa rangkaiankomputer dalam organisasi telah berkembang mengikut masa. Kebanyakan organisasi

    yang besar mempunyai berbagai konfigurasi rangkaian, sistem pengoperasian danstrategi berlainan yang luas. Organisasi ini bergerak ke arah menyepadu dan

    menyambung ke semua rangkaian ini bersama. Dengan itu, seorang pengguna pada

    satu rangkaian boleh mencapai sumber yang tersedia ada di syarikat.

    Latihan 16.3

    1. Apakah perbezaan utama antara rangkaian pelanggan/pelayan dan

    rangkaian rakan ke rakan?