tokoh falsafah islam, imam al-ghazali

8
PENGENALAN TOKOH FALSAFAH ISLAM Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Beliau dilahirkan di Tusi, Khurrasan, Parsi pada tahun 450H. Al- Ghazali juga dikenali sebagai Hujjatul Islam kerana keluasan ilmunya dalam segenap perkara terutamanya dalam bidang tawasuf dan aqidah. Namun tidak dinafikan juga beliau sememangnya mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak tentang falsafah. Ini kerana falsafah dan aqidah merupakan dua bidang ilmu yang saling berpaut antara kedua-duanya. Tahukah anda? Ayahnya merupakan seorang sufi yang sangat wara’ dan kerjanya memintal dan menjual benang yang ditenun dari bulu biri-biri. Turut mendedahkan anak-anaknya dengan asas sufi. Al-Ghazali mempunyai seorang saudara lelaki bernama Ahmad. Pendidikan Imam Al-Ghazali

Upload: deluxe786

Post on 30-Jun-2015

731 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: tokoh falsafah Islam, Imam Al-Ghazali

PENGENALAN TOKOH FALSAFAH ISLAM

Nama sebenar Al-Ghazali ialah Abu Hamid Muhammad bin Muhammad bin

Muhammad bin Ahmad al-Ghazali at-Tusi. Beliau dilahirkan di Tusi,

Khurrasan, Parsi pada tahun 450H.

Al- Ghazali juga dikenali sebagai Hujjatul Islam kerana keluasan ilmunya dalam

segenap perkara terutamanya dalam bidang tawasuf dan aqidah. Namun tidak dinafikan

juga beliau sememangnya mempunyai ilmu pengetahuan yang banyak tentang falsafah.

Ini kerana falsafah dan aqidah merupakan dua bidang ilmu yang saling berpaut antara

kedua-duanya.

Tahukah anda?

Ayahnya merupakan seorang sufi yang sangat wara’ dan

kerjanya memintal dan menjual

benang yang ditenun dari bulu biri-biri. Turut mendedahkan

anak-anaknya dengan asas sufi. Al-Ghazali mempunyai seorang

saudara lelaki bernama Ahmad.

Pendidikan Imam Al- Ghazali

Pada mulanya beliau mendapat pendidikan awal di

kampungnya sendiri dalam bidang Fiqh dan kemudian

meneruskan kembara ilmu ke Jurjan.

Guru-guru Imam Al-Ghazali

Antara ulamak-ulamak terkenal yang beliau pernah berguru ialah Imam al-Juwaini di

Naisabur dan Nizam al-Muluk di Muaskar. Melalui Nizam al-Muluk, Al-Ghazali diterima

mengajar di Madrasah Nizamiyah di Kota Baghdad disokong kemahiran bermuhadarah

sehingga menjadikan dirinya seorang ilmuan yang terkenal dalam bidang Fiqh, ilmu

Kalam, dan Falsafah pada zaman tersebut.

Page 2: tokoh falsafah Islam, Imam Al-Ghazali

Semangat keilmuan

Kecintaannya terhadap ilmu pengetahuan begitu mendalam sehingga

mendorongnya mengembara dan merantau dari sebuah tempat ke

tempat yang lain untuk berguru dengan ulama-ulama yang hidup pada

zamannya. Sewaktu di Baghdad, Al-Ghazali telah dilantik

sebagai Mahaguru Universiti Baghdad.

HURAIAN FALSAFAH TOKOH AL-GHAZALI

Imam Al-Ghazali telah merumuskan terdapat 6 aspek penting dalam bidang falsafah iaitu

bidang metafizik, fizik, logik, etika, politik dan matematik.

Perbandingan dengan cabang falsafah yang dipelajari hanya mempunyai 4 cabang

falsafah iaitu : Metafizik, Logik, Etika, Epistemologi.

Terdapat beberapa persamaan di antara pandangan falsafah yang dikemukakan oleh tokoh

Islam ; Imam Al-Ghazali dengan apa yang telah kita pelajari, bukan?

[Soalan] Cuba anda imbasi kembali, apakah persamaan pandangan tersebut?

Imam Al-Ghazali menambah lagi, tiada salah dan masalah untuk mempelajari falsafah

yang dikemukakan oleh tokoh Barat, contohnya falsafah Greek asalkan ianya tidak

bertentangan dengan Islam sebagaimana dibahaskan di dalam karyanya yang

berjudul “Tahafut al-Falasifah”(Incoherence of Philosophers) mengenai fizik dan

metafizik yang menyatakan alam ini terurus dengan sendiri tanpa kawalan. Kadang kala,

beliau juga bersetuju dengan pandangan dan pendapat yang dikeluarkan oleh Aristotle

namun bukanlah keseluruhan perkara falsafah, ini kerana terdapat juga beberapa

bahagian falsafah yang dikemukakan oleh Aristotle menyalahi aqidah seorang Muslim

Page 3: tokoh falsafah Islam, Imam Al-Ghazali

Bagi Al-Ghazali, ilmu tersebut boleh menimbulkan beberapa persoalan yang berat.

Antaranya ialah ilmu matematik terlalu mementingkan logik sehingga boleh

menyebabkan timbul persoalan yang berkaitan dengan keTuhanan khususnya mengenai

perkara yang tidak dapat dihuraikan oleh akal fikiran.

Persoalan falsafah sangat berkait dengan persoalan aqidah iaitu metafizik yang

menjangkau tentang keTuhanan. Di sinilah terdapat perbezaan di antara pendapat falsafah

Islam dan Barat di antaranya ahli falsafah Barat terlalu mengutamakan logik dalam ilmu

matematik sehingga melibatkan soal keTuhanan. Menurut Al-Ghazali tidak salah

berpegang kepada logik tetapi yang menjadi masalahnya ialah golongan falsafah yang

terlalu berpegang kepada logik iaitu terlalu mengikut akal fikiran, hendaklah

membuktikan fakta termasuk perkara yang berhubung dengan keTuhanan atau konsep

metafizik yang salah.

Imam Al-Ghazali telah menentang beberapa golongan ahli falsafah Islam yang

terpengaruh dengan pemikiran falsafah Yunani yang boleh menyebabkan kepada

kesesatan dan syirik.

Terdapat tiga pemikiran falsafah metafizik yang menurut Al-Ghazali amat bertentangan

dengan Islam iaitu qadimnya alam ini, Tuhan tidak mengetahui terhadap

perkara dan peristiwa yang kecil, dan pengingkaran terhadap kebangkitan

jasad atau jasmani.

Al-Ghazali tidak menolak penggunaan akal dalam pembicaraan falsafah dan penghasilan

ilmu pengetahuan yang lain. Sebaliknya beliau berpendapat bahawa ilmu kalam dan

penyelidikan menggunakan fikiran boleh menambahkan keyakinan dan menyemarakkan

api keimanan pada hati orang bukan Islam terhadap kebenaran ajaran Islam.

Justeru itu, perkembangan sesuatu ilmu pengetahuan bukan sahaja bersandarkan

kepuasan akal fikiran tetapi juga perlu mengambil kira aspek perasaan dan hati nurani.

Al-Ghazali menganjurkan supaya umat Islam mencari kebenaran dengan menjadikan al-

Quran sebagai sumber yang utama bukannya melalui proses pemikiran dan akal semata-

mata.

Jadi, Al-Ghazali cuba memaparkan kesalahan dan kepalsuan bidang pengetahuan yang

bercanggah dengan agama Islam serta bertentangan dengan pendirian umat Islam. Hal ini

Page 4: tokoh falsafah Islam, Imam Al-Ghazali

menunjukkan bahawa Al-Ghazali sebenarnya merupakan seorang ahli falsafah Islam

yang mencari kebenaran dengan berpandukan al-Quran dan hadis tidak seperti pemikiran

serta permainan logik yang lazim digunakan oleh ahli falsafah Yunani. Perkara yang

ditentang oleh Al-Ghazali bukan ahli falsafah dan pemikiran yang dibawakan oleh

mereka tetapi kesalahan, kesilapan, dan kesesatan yang dilakukan oleh golongan tersebut.

Pada Al-Ghazali, tunjang kepada pemikiran falsafah ialah al-Quran itu sendiri.

Manakala dalam kitab “al-Munqidz Min ad-Dhalal”, Al-Ghazali menyatakan

bahawa para Filosof yang menganut pelbagai mazhab dan yang membawa pemikiran

yang bercirikan kekufuran dapat dibahagikan kepada tiga golongan iaitu golongan ad-

Dahriyyah (Aties) iaitu golongan yang mengingkari adanya Tuhan. Mereka berkata,

alam ini ada dengan sendirinya. Seperti haiwan yang ada melalui mani dan mani dari

haiwan tanpa kesudahan lingkarannya, oleh yang demikian pula halnya dengan alam ini.

Golongan ini adalah golongan zindiq.

Golongan yang seterusnya ialah golongan at-Tobiiyyah (Naturalis) iaitu golongan ini

memusatkan perbahasan pada alam fizikal, terutama haiwan dan tumbuh-tumbuhan.

Keajaiban yang mereka mengakui adanya Pencipta yang Maha Bijaksana. Golongan

ini pula berpendapat setiap jiwa akan fana dan tidak kembali lagi. Oleh itu

merekamengingkari adanya hari akhirat, syurga, dan neraka. Golongan ini juga termasuk

zindiq.

Golongan yang seterusnya ialah golongan al-Ilahiyyah (Theis) iaitu golongan yang

muncul dari dua golongan yang telah dinyatakan. Contohnya Sokrates, Plato, dan

Aristoteles.

Kesan daripada itu, Aristotle telah menyanggah pemikiran para falsafah sebelumnya,

tetapi beliau sendiri tidak mampu membebaskan diri dari sisa-sisa kekufuran. Namun

ilmu-ilmu falsafah selain yang membincangkan tentang KeTuhanan boleh diterima selagi

Page 5: tokoh falsafah Islam, Imam Al-Ghazali

tidak bertentangan dengan ajaran Islam. Sebagai contoh Al-Ghazali menunjukkan satu

contoh dalam ilmu matematik yang dapat diingkari kebenarannya.

Sumbangan Imam Al-Ghazali

Al-Ghazali telah menghasilkan lebih daripada 400 buah karya dalam pelbagai bidang

seperti teologi, falsafah, sains, dan ilmu Sufi.

Contoh karya beliau :

Tahafut al-Falasifa : karya yang menolak semua pandangan falsafah Barat iaitu Aristotle

dan Plato.

Ihya Ulumuddin : merangkumi bidang sains Islam yang luas; fiqh, kalam(teologi), dan

ilmu Sufi.

Maqasid al-Filasafa : membentangkan teori-teori asas falsafah.

Miyar al-Ilm fi fan al-Mantiq (Criterion of Knowledge in the Art of Logic)

Mihak al-Nazar fi al-Mantiq(Touchstone of Reasoning in Logic)

Al-Qistas al-Mustaqim(The Correct Balance)

Kesimpulan

Beliau juga sememangnya dikagumi oleh ahli falsafah Islam yang lain malah orientalis-

orientalis Barat juga mengiktiraf keunggulan pemikiran beliau. Antaranya ialah Cara De

Vaux, J.Wensik dan Obbermana merupakan orientalis barat yang sangat tertarik dengan

teori falsafah Al-Ghazali. Walau bagaimanapun, golongan yang sering mengikuti

perkembangan Al-Ghazali ini, sentiasa memberi pandangan dan idea yang berlainan

antara satu sama lain termasuklah B.B. McDonald yang menyifatkan kehebatan Al-

Ghazali sebagai seorang tokoh yang terkenal di dalam dunia ilmuwan islam sehingga

filosof terkenal Perancis iaitu Pascal menjadikan Al-Ghazali sebagai tempat rujukan

utama dalam falsafahnya.

Sepanjang hayatnya yang singkat beliau telah memberi sumbangan yang besar kepada

dunia Islam, beliau telah menghasilkan karya-karya agung seperti Kitab Ihya’

Ulumuddin, Ihya Ulumiddin, Al-Munqiz Min ad-Dalal, Mizanul-amal, Tahafut al-

Falasifah, Hidayah Al-Salikin, Jawahir Al-Quran, Minhaj al-Abidin, Asma Allah al-

Husna dan Ayyuha al-Walad dan Kimia as-Sa’adah.