titas kesan interaksi antara tamadun melayu dan tamadun cina - copy

8
Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina Sejak zaman penjajahan, masalah perpaduan telah wujud terutamanya pada penjajahan British. British menjalankan dasar divide and rule iaitu dasar pecah dan perintah agar dapat memerintah dan memperkembangkan ekonomi negara. Dasar ini juga telah memisahkan kaum-kaum utama di negara ini mengikut bidang ekonomi yang dijalankan. Masyarakat Melayu yang mengendalikan pertanian tradisional ditempatkan di kawasan luar bandar iaitu di kampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan di lombong-lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang dijalankan oleh mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladang- ladang getah. Perubahaan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan mempunyai hubungan yang terhad di Malaysia. Kini, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang berbilang bangsa. Di samping itu, perubahan yang wujud di antara kaum dari adalah segi pemikiran dan tingkahlaku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam negara. Ini dapat dilihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat keselamatan dan keharmonian negara. Dengan kejadian tragedi ini, kerajaan sedar bahawa perpaduan tidak dapat dicapai sepintas lalu oleh itu telah mengatukan pelbagai langkah bagi mewujudkan perpaduan. Perpaduan negara merupakan satu situasi yang aman dimana rakyat dari pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Sedemikian dengan itu, integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang dapat merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat untuk membentuk satu negara Malaysia yang mempunyai identiti yang tersendiri dengan berteraskan Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Zaman teknologi yang kian membangun di negara ini, ramai yang berprihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Disamping itu, terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk integrasi sosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam masa yang sama berusaha untuk identiti asas masing-masing. Sarjana tempatan Haji Ishak bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia menjelaskan integrasi lebih

Upload: alamelu-rathanam

Post on 08-Feb-2016

68 views

Category:

Documents


3 download

TRANSCRIPT

Page 1: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina

Sejak zaman penjajahan, masalah perpaduan telah wujud terutamanya pada

penjajahan British. British menjalankan dasar “divide and rule” iaitu ‘dasar pecah dan

perintah’ agar dapat memerintah dan memperkembangkan ekonomi negara. Dasar ini juga

telah memisahkan kaum-kaum utama di negara ini mengikut bidang ekonomi yang

dijalankan. Masyarakat Melayu yang mengendalikan pertanian tradisional ditempatkan di

kawasan luar bandar iaitu di kampung-kampung. Masyarakat Cina ditempatkan di lombong-

lombong bijih timah dan bandar-bandar kerana aktiviti perlombongan dan perdagangan yang

dijalankan oleh mereka. Manakala masyarakat India pula ditempatkan di ladang-ladang

getah. Perubahaan fungsi ini telah menyebabkan ketiga-tiga kaum ini terpisah dan

mempunyai hubungan yang terhad di Malaysia.

Kini, Malaysia merupakan sebuah negara yang mempunyai masyarakat yang

berbilang bangsa. Di samping itu, perubahan yang wujud di antara kaum dari adalah segi

pemikiran dan tingkahlaku telah menimbulkan pertelingkahan atau ketegangan dalam

negara. Ini dapat dilihat melalui peristiwa 13 Mei 1969 yang mengugat keselamatan dan

keharmonian negara. Dengan kejadian tragedi ini, kerajaan sedar bahawa perpaduan tidak

dapat dicapai sepintas lalu oleh itu telah mengatukan pelbagai langkah bagi mewujudkan

perpaduan. Perpaduan negara merupakan satu situasi yang aman dimana rakyat dari

pelbagai kumpulan etnik, agama dan wilayah, hidup dengan aman sebagai satu bangsa yang

bersatu dengan memberi komitmen yang penuh kepada identiti kebangsaan berlandaskan

kepada Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara.

Sedemikian dengan itu, integrasi nasional merupakan satu proses dinamik yang

dapat merapatkan masyarakat negeri-negeri dalam masyarakat untuk membentuk satu

negara Malaysia yang mempunyai identiti yang tersendiri dengan berteraskan

Perlembagaan Persekutuan dan Rukun Negara. Zaman teknologi yang kian membangun di

negara ini, ramai yang berprihatin terhadap perpaduan dan integrasi nasional. Disamping itu,

terdapat juga pendapat lain yang mengatakan integrasi nasional sebagai satu bentuk

integrasi sosial bersama dengan mengetepikan perbezaan-perbezaan besar tetapi dalam

Page 2: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

masa yang sama berusaha untuk identiti asas masing-masing. Sarjana tempatan Haji Ishak

bin Saat dalam bukunya Sejarah Sosial Masyarakat Malaysia menjelaskan integrasi lebih

kepada penerapan ciri-ciri luar atau ciri-ciri budaya kaum lain ke dalam sesuatu budaya

hingga ciri-ciri itu dapat disebatikan dengan budaya yang menerimanya.

Kemiskinan merupakan salah satu halangan untuk mencapai perpaduan. Kadar

kemiskinan di kalangan penduduk pada zaman penjajahan adalah tinggi kerana fungsi

ekonomi yang berbeza. Terdapat jurang perbezaan pendapatan yang ketara di antara

penduduk di bandar dan di luar bandar. Kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya

masalah sosial di kalangan rakyat. Keadaan ini telah menjadi salah satu faktor yang

menyebabkan berlakunya masalah perpaduan dan seterusnya gagal mencapai integrasi

nasional. Akhirnya masalah kemiskinan ini telah menyebabkan berlakunya rusuhan kaum

pada 13 Mei 1969. Oleh itu, kerajaan mengambil beberapa usaha dari peristiwa 13 Mei 1969

iaitu rusuhan kaum yang menjadi titik hitam negara, kerajaan telah melaksanakan pelbagai

langkah mahupun dasar sosial, ekonomi dan politik ke arah pewujudan dan pengukuhan

perpaduan dan integrasi nasional. Usaha yang diambil oleh kerajaan telah memberi

kesedaran di antara masyarakat tentang kepentingan perpaduan.

Kesan dari tragedi itu, telah mewujudkan satu pengubalan rukunegara iaitu

merupakan satu panduan awal yang menanamkan semangat kesetiaan, kesopanan dan

kesusilaan bagi mewujudkan pelbagai kaum. Objektif rukunegara diperkenalkan adalah bagi

mencapai perpaduan yang lebih erat di kalangan masyarakat. Konsep tersebut secara

langsungnya dapat membentuk sebuah negara yang adil dan saksama tanpa mengira kaum

dan agama, memelihara dan mengekalkan prinsip demokrasi, membentuk sebuah

masyarakat Malaysia yang liberal dan membina masyarakat bertamadun.

Justeru itu, Wawasan 2020 satu pandangan jauh telah diasaskan oleh bekas Perdana

Menteri kita yang kelima, Datuk Sri Dr. Mahathir bin Mohamad. Wawasan 2020 merupakan

satu cabaran yang pertama bagi membentuk satu Bangsa Malaysia yang bersatupadu serta

menyanjung masa hadapan yang dikongsi bersama. Wawasan 2020 berobjektif untuk

membentuk sebuah negara yang benar-benar maju menjelang tahun 2020 bukan sahaja

Page 3: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

dalam bidang ekonomi tetapi merangkumi segala aspek kehidupan seperti ekonomi, politik,

sosial, kerohanian, kejiwaan dan kebudayaan. Kesejahteraan masyarat akan terjamin dan

memberi satu manfaat pada setiap masyarakat yang bertamadun. Kini, semua bangsa

bergiat untuk mencapai wawasan 2020 demi meningkatkan prestasi masyarakat sendiri dan

negara.

Justeru, itu dapat memperkenalkan Dasar Ekonomi Baru(DEB)pada tahun (1970-

1990) sebagai tindak balas kepada peristiwa 13 Mei 1969, rusuhan kaum yang dikatakan

terjadi kerana jurang perbezaan dari segi ekonomi. Dasar ini digubal bagi mencapai

perpaduan negara melalui penghapusan kemiskinan dan struktur sosiopolitik dan ekonomi

masyarakat yang tidak seimbang. Pengamalan dasar ini telah membuatkan empat rancangan

Malaysia sebagai saluran bagi mencapai amatlamat kesejahteraan negara. Berbanding

dengan dahulu akibat ‘dasar pecah perintah’ kaum melayu bekerja sebagai petani dan kaum

melayu di kawasan perlombongan. Ianya telah memberi satu peluang kepada kaum cina

menguasai di sektor ekonomi. Negara iniginkan semua rakyat jelata harus dipandang dengan

keselarasa agar strategi ‘serampang dua mata’ diperkenalkan bagi membasmi kemiskinan di

kalangan rakyat tanpa mengira kaum dan menyusun semula masyarakat bagi

menghapuskan pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi. Banyak peluang pekerjaan

diwujudkan melalui pembangunan sektor industri dan pembukaan tanah-tanah baru. Di

samping itu, pendapatan golongan miskin dan daya pengeluaran ditingkatkan menerusi

pembukaan tanah baru dan pembangunan setempat.

Matlamat utama adalah bagi mendekatkan jurang perbezaan dalam ekonomi iaitu

bumiputera menguasai 40% manakala bukan bumiputera 40% dan pemodal-pemodal asing

30%. Memodenkan kawasan-kawasan luar Bandar bagi meninggikan daya pengeluaran dan

taraf hidup. Struktur gunatenaga dan penglibatan semua kaum dalam sektor-sektor ekonomi

negara disusun semula agar pengenalan kaum mengikut kegiatan ekonomi dihapuskan

(dasar pecah perintah). Dasar Ekonomi Baru telah mencapai kejayaan dalam usaha untuk

membasmi kemiskinan dan menyusun semula masyarakat disamping mewujudkan

perpaduan di kalangan masyarakat.

Page 4: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

Justeru itu, adanya Dasar Pembangunan Nasional telah dilancarkan pada 17 Jun 1991

hingga 2000 selepas Dasar Ekonomi Baru dilancarkan. Perdana Menteri Yang Amat

Berhormat Dato Seri Dr. Mahathir Mohamad yang melancarkan Dasar Pembangunan

Nasional bagi mewujudakan sebuah masyarakat yang bersatupadu penting untuk

memperkukuhkan lagi kestabilan sosial dan politik dan mengekalkan pembangunan ekonomi

yang berterusan. Antara sebab yang mendorong adalah untuk menggalakkan dan

memperkukuhkan semangat kesatuan serta mengurangkan jurang ketidakseimbangan

ekonomi berasaskan dengan prinsip pembangunan seimbang dan pengagihan yang

saksama untuk mencapai keadilan sosial dan memperkukuhkan perpaduan negara.

Seperti yang kita sedia maklum, pada zaman penjajahan British di Tanah Melayu tidak

mempunyai satu dasar pendidikan yang berkesan. British telah membiarkan sistem

pendidikan berkembang mengekalkan identiti negara asal mereka. Selepas bertahun menuju

kearah kemerdekaan, pemimpin dan rakyat sedar bahawa betapa pentingnya satu sistem

pendidikan kebangsaan yang seragam di sebuah negara bagi melahirkan masyarakat. Ke

arah mewujudkan Sistem Pendidikan Kebangsaan ditubukan dengan beberapa

jawatankuasa. Antaranya, British telah cuba menyatukan sistem-sistem pendidikan yang

sedia ada bagi mewujudkan perpaduan di antara kaum. Rancangan Cheeseman(1945) telah

mengeluarkan beberapa cadangan bahawa pemberian tempat percuma untuk kanak-kanak

yang menghadiri sekolah vernakular di sekolah rendah, Bahasa Inggeris dijadikan sebagai

bahasa pengantar di semua sekolah rendah, dua jenis sekolah menengah ditubuhkan.

Cadangan Laporan Pelajaran pada tahun 1983 mengenai pelajaran vokasional dilaksanakan

sepenuhnya. Rancangan ini ditolak oleh Majlis Perundangan Persekutuan kerana tidak

menampakkan dasar yang mewujudkan integrasi nasional. Ianya telah berlaku selepas

adanya interaksi antara kaum di Malaysia.

Pada zaman penjajahan, Tanah Melayu tidak mempunyai dasar pendidikan yang

jelas. Semasa pemerintahan British, sistem pendidikan yang dilaksanakan oleh pihak British

tidak menunjukkan keseimbangan. Sistem pendidikan British telah bersifat perkauman.

British mewujudkan empat jenis persekolahan iaitu aliran Inggeris, Melayu, Cina dan Tamil.

Page 5: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

Keempat-empat aliran ini mempunyai perbezaan yang ketara dari segi matlamat, sukatan

pelajaran, bahasa pengantar dan pendidikan guru. Sekolah Inggeris menyediakan pelajarnya

untuk melanjutkan pelajaran ke peringkat yang tinggi di seberang laut. Sekolah Melayu pula

untuk menjadikan pelajar sebagai petani dan nelayan yang baik. Sekolah Cina menyediakan

pelajarnya untuk melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah dan ke negara China.

Manakala, sekolah Tamil untuk menarik lebih ramai buruh India berhijrah ke Tanah Melayu.

Setiap sekolah mempunyai sukatan masing-masing iaitu sekolah Inggeris menggunakan

sukatan dari England, sekolah Cina dan Tamil sukatan dari negara asal masing-masing dan

sekolah Melayu mementingkan asas 3M (menulis, membaca, mengira) dan pelajaran agama.

Setiap aliran menggunakan bahasa ibunda masing-masing. Ini telah menyebabkan

perpaduan di antara rakyat tidak berlaku.

Perkauman merupakan satu isu sensitif jika diungkitkan dimana jua kita berada. Jika

disiasat perkauman inilah yang menghalang perpaduan negara dicapai terutamanya parti

politik. Majoriti parti politik di negara ini ditubuhkan berasaskan kaum masing-masing.

Contohnya, UMNO ditubuhkan untuk menyatupadukan orang-orang Melayu, MIC untuk

menjaga kepentingan politik, ekonomi dan sosial kaum India di Tanah Melayu dan MCA pula

untuk melindungi hak dan kepentingan ekonomi, politik dan sosial kaum Cina di Tanah

Melayu. Sikap ingin memperjuangkan kaum masing-masing tanpa semangat kekitaan telah

melambatkan proses perpaduan di negara ini. Kita dapat melihat semangat perkauman ini

dalam isu Sekolah Wawasan. Masyarakat Cina yang diwakili oleh parti politik Cina telah

menentang penubuhan sekolah ini mengatakan identiti rakyat Cina akan hilang. Malah

mereka tidak sedar akan kepentingan sekolah itu untuk mewujudkan perpaduan antara

masyarakat.

Malahan sekolah merupakan satu pusat integrasi antara pelajar pelbagai kaum. Ia

bukan sahaja tempat untuk menimba ilmu malah ia juga menjadi alat memupuk perpaduan di

kalangan pelajar. Menurut Dr Chandra Muzaffar, aktiviti sosial ‘integrasi di peringkat sekolah

rendah adalah penting untuk perpaduan’. Jadi pendidikan menjadi alat penting untuk

memupuk integrasi dan mewujudkan perpaduan di antara masyarakat terutamanya kanak-

Page 6: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

kanak di bangku sekolah. Untuk itu, pihak sekolah telah mengambil pelbagai langkah agar

perpaduan serta integrasi dapat dipupuk sejak dari bangku sekolah kepada pemimpin masa

hadapan. Ini adalah usaha yang diambil oleh kerajaan bagi melengkapkan negara Malaysia

sebagai satu negara yang bertamadun walaupun terdapat pelbagai kaum.

Selepas memenangi pilihanraya pada tahun 1955, British menubuhkan satu

jawatankuasa untuk mengkaji sistem pendidikan negara yang diketuai oleh Dato Abdul

Razak Hussein. Antara cadangan-cadangan dalam Penyata Razak 1956 ialah setiap kanak-

kanak diberi peluang mendapatkan pelajaran, diwujudkan 1 sistem pendidikan sahaja iaitu

Sistem Pelajaran Kebangsaan, 2 jenis sekolah diwujudkan iaitu sekolah umum yang

menggunakan bahasa Melayu dan sekolah jenis umum yang menggunakan bahasa

Inggeris/Cina/Tamil, bahasa Melayu dan Inggeris diwajibkan di semua sekolah, bahasa Cina

dan Tamil boleh diajar jika ada 15 pelajar dan permohonan ibubapa, bantuan diberi kepada

semua sekolah dan akhirnya peringkat sekolah menengah ditubuhkan iaitu sekolah

menengah kebangsaan yang berpengantarkan bahasa Melayu manakala bahasa Inggeris

diwajibkan dan sebaliknya.

Pada tahun 1960, Penyata Razak 1956 dikaji semula dan Penyata Rahman Talib

dikeluarkan. Segala syor-syor Penyata Rahman Talib dimasukkan ke dalam Akta Pelajaran

1961. Butir-butir yang terdapat dalam Akta Pelajaran 1961 ialah kanak-kanak sekolah rendah

diberi peluang melanjutkan pelajaran ke sekolah menengah, pelajaran percuma di sekolah

rendah kebangsaan dan sekolah menengah kebangsaan, umur persekolahan adalah antara

6-15 tahun, kanak-kanak yang gagal memasuki sekolah akademik ditawarkan ke sekolah

kemahiran, 2 jenis sekolah diwujudkan Sekolah Kebangsaan dan Sekolah Jenis

Kebangsaan, kurikulum dan peperiksaan diselaraskan di semua Sekolah Kebangsaan dan

Sekolah Jenis Kebangsaan, bahasa Melayu digunakan sebagai bahasa pengantar di

sekolah, bahasa Cina, Tamil dan Pengetahuan Islam boleh diajar jika terdapat 15 pelajar.

Pada tahun 1974, Jawatankuasa Kabinet Mengkaji Pelaksanaan Dasar Pelajaran

Kebangsaan ditubuhkan dan ini dipengerusikan oleh Dr. Mahathir Mohamad. Laporan ini

mencadangkan pendidikan hendaklah memenuhi keperluan tenaga kerja terutama dalam

bidang sains dan teknologi dan keperluan pembentukan akhlak mulia. Hasil daripada itu,

Page 7: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

Kurikulum Baharu Sekolah Rendah (KBSR) dilancarkan pada tahun 1983 dan Kurikulum

Bersepadu Sekolah Menengah (KBSM) pada tahun 1988. Dengan melaksanakan Dasar

Pendidikan Kebangsaan, dapat dilihat sistem pendidikan negara telah dapat melahirkan

rakyat yang bersatupadu, berdisiplin dan terlatih.

Kerajaan yang amat prihatin terhadap perpaduan harus berusaha terus untuk

mencapainya terutamanya melalui sistem pendidikan agar semangat kekitaan dapat dipupuk

sejak dari bangku sekolah dan juga cuba untuk menerapkan pendidikan yang berkaitan

dengan perpaduan. Kerajaan boleh mengadakan program-program berdasarkan kebudayaan

semua bangsa secara meluas di seluruh negara agar semua masyarakat di Malaysia

mengenali kebudayan semua kaum. Kerajaan juga boleh mengadakan kempen perpaduan

untuk menyedarkan kepentingan perpaduan kepada masyarakat. Usaha sebegini akan

menghala kepada wujudnya persefahaman antara mereka dan menjurus kepada perpaduan

serta integrasi nasional.

Sekolah juga harus berfungsi sebagai pusat mewujudkan perpaduan. Sekolah boleh

menganjurkan sukan, perkhemahan, program motivasi dan sebagainya agar pelajar dari

aliran lain dapat turut menyertainya. Sikap bekerjasama dan berganding bahu untuk

menyempurnakan sesuatu dapat memupuk hubungan yang baik di antara mereka. Lama-

kelamaan hubungan baik ini akan melahirkan satu semangat kekitaan dan perpaduan.

Sesebuah sekolah harus berusaha untuk mengajar 4 bahasa dalam sekolah iaitu bahasa

Melayu, bahasa Inggeris, bahasa Cina dan bahasa Tamil. Pendedahan bahasa-bahasa ini

akan memudahkan seorang pelajar memahami cara hidup dan kebudayaan lain.

Pada pandangan negara, perpaduan dapat dipupuk dengan kebudayaan. Maka,

Dasar Kebudayaan Kebangsaan diperkenalkan sebagai satu langkah untuk mencapai

integrasi nasional. Terdapat tiga ciri utama dalam Dasar Kebudayaan Kebangsaan iaitu

kebudayaan kebangsaan negara mestilah berasaskan kepada kebudayaan penduduk asal

atau asli atau peribumi negara ini. Unsur-unsur kebudayaan lain yang sesuai, wajar dan

munusabah diterima dan digabungkan dalam kebudayaan kebangsaan. Pada mulanya,

komponen kebudayaan kebangsaan merujuk kepada aspek-aspek kesenian dan pakaian.

Page 8: Titas Kesan Interaksi Antara Tamadun Melayu Dan Tamadun Cina - Copy

Malah kebudayaan kebangsaan tidak hanya penyataan-penyataan artistik dan simbolik

dengan kesenian dan pakaian tetapi turut dengan bahasa serta norma dan nilai. Dari segi

bahasa, dalam kebudayaan kebangsaan Bahasa Melayu dijadikan bahasa pengantar dan

digunakan secara meluas. Norma dan nilai pelbagai etnik seperti Cina diterapkan ke dalam

kebudayaan kebangsaan dan ini telah menjadi nilai sejagat yang positif yang boleh

mewujudkan kesatuan dan kesetiaan kepada negara. Kini, Bahasa Melayu dijadikan bahasa

rasmi negara dan wajibkan sebagai seorang warganegara Malaysia harus mengetahuinya

bagi menjadikan sebagai bahasa penghantaraan antara kaum.

Masyarakat harus sedar akan kepentingan perpaduan dan integrasi nasional pada

masa kini. Ramai di kalangan rakyat masih berpegang kepada sifat perkauman yang kuat.

Walaupun itu bukannya salah tetapi sikap ini akan menghalang mereka untuk bergaul mesra

dan menyertai sebarang aktiviti yang melibatkan semua. Perkahwinan campur adalah

digalakkan di kalangan masyarakat seperti masyarakat Bugis iaitu campuran orang Melayu

dan Belanda. Ini sebagai satu langkah ke arah perpaduan. Kini ada matlamat ‘Satu Malaysia’

dapat mengertakan lagi perhubungan antara kaum. Akhir kalam mendapati bahawa

kesepaduan antara kaum amat penting bagi memelihara, memupuk dan menjamin

kelangsungan hubungan etnik yang harmonis di Malaysia. Ianya satu fakta yang diterima

umu oleh semua lapisan masyarakat. Sifat hubungan yang diplomatik akan mewarnai

persepsi sesebuah masyarakat dan negara. Interaksi antara tamadun kini memberi pelbagai

perubahan dan meningkatkan mutu kualiti negara dengan perpaduan.