tips menjawab sains pt3

10
tips menjawab sains pt3 Tips 01 : Fahami Format Soalan Ini adalah perkara utama yang perlu adik-adik buat, sebelum cuba menjawab soalan Sains PT3. Mesti faham dan kenal dulu dengan format soalan. Format soalan Sains PT3 terdiri daripada 14 soalan, dengan kesemuanya berjumlah 100 markah. Soalan 1 hingga 10 terdiri daripada 6 markah setiap satunya. Manakala soalan 11 hingga 14 pula merupakan soalan berbentuk KBAT dengan 10 markah setiap satunya. Soalan terdiri daripada soalan objektif dan soalan subjektif. Objektif di sini tidak bermaksud soalan disertakan dengan pilihan jawapan A B C dan D. Tetapi objektif juga bermaksud jawapan ada disertakan dalam soalan. Sebagai contoh soalan yang berbentuk label dan padankan. Manakala soalan yang berbentuk subjektif pula ada soalan tanpa pilihan jawapan. Maknanya pelajar perlu memikirkan jawapan sendiri yang sesuai dan tepat dengan kehendak soalan. Tips 02 : Arahan Soalan Sesudah adik-adik pelajar memahami format atau bentuk soalan, maka adik-adik kena faham pula mengenai arahan soalan. Selalunya arahan soalan atau kehendak soalan ini ada pada awal soalan. Soalan boleh ditanya dalam pelbagai bentuk dan cara. Maka adalah amat penting untuk menjawab soalan dengan memberikan jawapan yang mengikut kehendak seperti yang dikehendaki soalan. Soalan berbentuk seperti 'Wajarkan', 'Beri penjelasan', 'Jelaskan', 'Huraikan' dan 'Terangkan' mengkehendaki pelajar memberikan jawapan beserta penerangan bagi memberi lebih banyak maklumat yang boleh menyokong jawapan. Soalan berbentuk seperti 'Nyatakan', 'Labelkan' dan 'Padankan' pula adalah soalan yang berbentuk lebih direct dan mengkehendaki pelajar memberi jawapan yang tepat dan terus menjawab persoalan. Manakala soalan berbentuk seperti 'Cadangkan','Ramalkan' adalah soalan yang mengkehendaki pelajar untuk memberi idea baru berdasarkan kepada perkara yang sudah ada, atau pun perkara yang mungkin akan berlaku. Tekaan rambang ini haruslah munasabah dan diterima akal serta disertakan dengan hujah bernas. Tips 03 : Kenalpasti Kata Kunci Setiap soalan pasti akan mempunyai kata kunci yang membantu pelajar memberi jawapan yang tepat. Saya cadangkan adik-adik pelajar gariskan kata kunci utama yang ada pada soalan. Ini bagi membolehkan adik-adik pelajar tidak tertinggal dan lebih jelas dengan persoalan dan perkara utama dalam soalan.

Upload: ibu-iza-mokhri

Post on 15-Dec-2015

185 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

document

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Menjawab Sains Pt3

tips menjawab sains pt3

Tips 01 : Fahami Format SoalanIni adalah perkara utama yang perlu adik-adik buat, sebelum cuba menjawab soalan Sains PT3. Mesti faham dan kenal dulu dengan format soalan. Format soalan Sains PT3 terdiri daripada 14 soalan, dengan kesemuanya berjumlah 100 markah. Soalan 1 hingga 10 terdiri daripada 6 markah setiap satunya. Manakala soalan 11 hingga 14 pula merupakan soalan berbentuk KBAT dengan 10 markah setiap satunya.

Soalan terdiri daripada soalan objektif dan soalan subjektif. Objektif di sini tidak bermaksud soalan disertakan dengan pilihan jawapan A B C dan D. Tetapi objektif juga bermaksud jawapan ada disertakan dalam soalan. Sebagai contoh soalan yang berbentuk label dan padankan. Manakala soalan yang berbentuk subjektif pula ada soalan tanpa pilihan jawapan. Maknanya pelajar perlu memikirkan jawapan sendiri yang sesuai dan tepat dengan kehendak soalan.

Tips 02 : Arahan SoalanSesudah adik-adik pelajar memahami format atau bentuk soalan, maka adik-adik kena faham pula mengenai arahan soalan. Selalunya arahan soalan atau kehendak soalan ini ada pada awal soalan. Soalan boleh ditanya dalam pelbagai bentuk dan cara. Maka adalah amat penting untuk menjawab soalan dengan memberikan jawapan yang mengikut kehendak seperti yang dikehendaki soalan.

Soalan berbentuk seperti 'Wajarkan', 'Beri penjelasan', 'Jelaskan', 'Huraikan' dan 'Terangkan' mengkehendaki pelajar memberikan jawapan beserta penerangan bagi memberi lebih banyak maklumat yang boleh menyokong jawapan. 

Soalan berbentuk seperti 'Nyatakan', 'Labelkan' dan 'Padankan' pula adalah soalan yang berbentuk lebih direct dan mengkehendaki pelajar memberi jawapan yang tepat dan terus menjawab persoalan. 

Manakala soalan berbentuk seperti 'Cadangkan','Ramalkan' adalah soalan yang mengkehendaki pelajar untuk memberi idea baru berdasarkan kepada perkara yang sudah ada, atau pun perkara yang mungkin akan berlaku. Tekaan rambang ini haruslah munasabah dan diterima akal serta disertakan dengan hujah bernas.

Tips 03 : Kenalpasti Kata KunciSetiap soalan pasti akan mempunyai kata kunci yang membantu pelajar memberi jawapan yang tepat. Saya cadangkan adik-adik pelajar gariskan kata kunci utama yang ada pada soalan. Ini bagi membolehkan adik-adik pelajar tidak tertinggal dan lebih jelas dengan persoalan dan perkara utama dalam soalan.

Bila memberi jawapan, pastikan juga persoalan pada kata kunci tadi terjawab. Dalam sesetengah soalan, kata kunci itu sendiri perlu dimasukkan dalam jawapan. Sebagai contoh soalan mengenai perbandingan. 

"Nyatakan perbezaan ketinggian pada Ali dan Abu?"

Ada 3 kata kunci bagi soalan di atas. 1.Ketinggian, 2.Ali dan 3.Abu. Ini juga bermakna dalam jawapan

Page 2: Tips Menjawab Sains Pt3

anda, 3 kata kunci ini perlu ada. Maka jawapan yang paling tepat bagi menjawab soalan di atas adalah "Ali lebihtinggi daripada Abu".

Tips 04 : Markah Sebagai PanduanMarkah yang ada pada soalan juga boleh membantu adik-adik untuk menjawab soalan. Lebih besar markah nya, bermakna lebih banyak lah isi penting dan penjelasan yang perlu disertakan.

Sebagai contoh, untuk soalan dengan hanya 1 markah, ini bermaksud jawapan nya selalunya tidak lah panjang dan perlu huraian. Maka adik-adik tak perlu buang masa dengan menulis jawapan yang panjang-panjang. 

Manakala bagi soalan dengan 2 markah, ini juga bermaksud ada 2 isi penting yang perlu dinyatakan. 1 menjawab persoalan utama, dan 1 lagi menghuraikan isi yang pertama. Begitu juga dengan soalan lain dengan 3 atau 4 markah.

Tips 05 : Beserta PeneranganSeperti yang saya huraikan pada Tips 4, setiap jawapan perlulah disertakan dengan penerangan. adang-kadang jawapan yang terlalu pendek yang diberikan oleh pelajar boleh mengelirukan para pemeriksa. Penerangan ini boleh membantu pemeriksa kertas jawapan untuk memahami maksud sebenar jawapan. 

Luangkan sedikit masa menulis lebih panjang untuk menjelaskan lagi jawapan anda. KMaka langkah ini adalah perlu diambilkira bagi memberikan jawapan yang terbaik.

Tips 06 : Kemahiran Berfikir Aras TinggiSeperti yang sudah diketahui, elemen dan unsur KBAT (Kemahiran Berfikir Aras Tinggi) akan mula diterapkan dalam kertas soalan Sains PT3. Sebanyak mana peratusannya, tak pula saya pasti. Yang pasti, memang ada soalan berunsur KBAT. Kebanyakkan soalan berunsur KBAT berfokus kepada 4 soalan terakhir, bermula daripada soalan 11 hingga 14.

Bagi menjawab soalan yang berbentuk KBAT, pelajar perlulah membaca petikan atau esei yang diberikan berulang kali. Setelah difahami kandungan dalam petikan tersebut, jawab soalan yang diberikan dengan merujuk kepada petikan tadi. Selalunya jawapan yang diminta oleh soalan juga terkandungan dalam petikan. Cuma pelajar perlu pandai mengenalpasti jawapan yang boleh dipindah keluar daripada petikan.

Jawapan yang berunsur KBAT juga menitikberatkan kepada pemikiran di luar konteks kebiasaan. Maka selagi jawapan yang diberikan adalah logik, munasabah dan bertepatan dengan hukum alam, maka jawapan tersebut boleh dikira sebagai betul. 

Jika pelajar keputusan idea, boleh juga dikaitkan dengan fenomena yang berlaku seharian yang dialami sendiri oleh pelajar. Pelajar boleh mengaitkan perkara seharian yang dilakukan selagi bertepatan dengan konsep sains yang diminta. 

Page 3: Tips Menjawab Sains Pt3

Tips 07 : Konsep dan Prinsip SainsBagi menggalakkan pemikiran KBAT, maka pelajar perlu lah memberi penekanan kepada konsep dan prinsip Sains. Soalan kini tidak lagi terus menjurus kepada jawapan, sebaliknya meminta pelajar untuk menggunakan otak dan berfikir memberi penjelasan. Maka seharusnya lah konsep dan prinsip Sains diberi keutamaan.

Saya senaraikan sedikit beberapa konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi penekanan oleh pelajar. Sila rujuk senarai di bawah.

1. Ketumpatan2. Mekanisma pernafasan (tarik dan hembus)3. Peneutralan asid dan alkali4. Permukaan putih dan hitam5. Pemindahan haba6. Serap dan bebas haba7. Proses pencernaan makanan8. Mekanisma penglihatan dan pendengaran9. Kestabilan10. Konsep tuas11. Proses persenyawaan12. Peredaran darah13. Interaksi organisma hidup14. Konsep tekanan udara15. Tenaga dan perubahan16. Litar selari dan litar bersiri17. Transformer

Pelajar tidak boleh hanya bergantung kepada senarai di atas sahaja. Ulangkaji semua topik dari Tingkatan 1 2 dan 3. Yang saya senaraikan adalah konsep dan prinsip Sains yang perlu diberi keutamaan. Sama ada keluar atau tak dalam Soalan Sains PT3, wallahualam.

Tips 08 : Fokus Tingkatan 2 dan 3Oleh sebab terdapat bab yang lebih banyak dan lebih susah pada Tingkatan 2 dan 3, maka saya sarankan adik-adik pelajar memberi keutamaan kepada bab daripada tingkatan berkenaan. Ini kerana pada Tingkatan 1, pelajar hanya mempelajari 7 bab sahaja. Kebanyakkannya adalah topik yang lebih mudah.

Berbanding bab-bab yang dipelajari semasa dalam Tingkatan 2 dan 3. Masing-masing dengan 10 bab, dan dengan topik yang lebih susah. Maka patut lah bab daripada kedua tingkatan ini diberi lebih penekanan. 

Semoga video dan entri perkongsian ini dapat memberi manfaat dan juga membantu adik-adik pelajar dalam menjawab Soalan Sains PT3 yang bakal berlangsung tak lama lagi! Cikgu doakan yang

Page 4: Tips Menjawab Sains Pt3

terbaik buat semua calon-calon PT3 pada tahun ini. Amin!

p/s: Terima kasih banyak juga buat semua anak pelajar saya yang cantik-cantik, yang sudi menjayakan video penggambaran "Tips Menjawab Soalan Sains PT3". 

Sistem pernafasan manusia terdiri daripada beberapa struktur dan organ yang penting. Bermula

daripada mulut dan rongga hidung, seterusnya bergerak ke trakea (salur pernafasan) dan seterusnya

bergerak ke paru-paru.

Pada paru-paru, akan berlaku pertukaran gas oksigen (yang akan digunakan oleh badan) dengan gas

karbon dioksida (yang telah digunakan oleh badan) dalam struktur yang diberi nama alveolus.

Bagi topik ini, adalah penting bagi pelajar untuk:

1) mengingat label pada struktur pernafasan manusia

Kedudukan beberapa struktur penting, seperti trakea, bronkus, paru-paru dan diafragma perlu

diingat dengan baik. 

2) mengetahui apa yang berlaku semasa mekanisma pernafasan manusiaPelajar perlu mengetahui apa yang berlaku kepada sangkar rusuk, rongga torasik dan juga diafragma semasa proses menarik dan menghembus nafas. 

Page 5: Tips Menjawab Sains Pt3

SEMASA TARIK NAFAS

Sangkar rusuk akan bergerak ke atas dan ke luar

Rongga torasik membesar

Diafragma bergerak ke bawah

Tekanan udara di luar lebih tinggi daripada tekanan udara di dalam rongga torasik

SEMASA HEMBUS NAFAS

Sangkar rusuk akan bergerak ke bawah dan ke dalam

Rongga torasik mengecil

Diafragma bergerak keatas

Tekanan udara dalam rongga torasik lebih tinggi daripada tekanan udara di luar

     3) menggunakan model sistem pernafasanPelajar juga perlu mahir mengaitkan model sistem pernafasan manusia dengan sistem pernafasan manusia yang sebenar. Sebagai contohnya,tiub kaca bertindak sebagai trakea, balang kaca bertindak sebagai sangkar rusuk, belon bertindak sebagai paru-paru dan kepingan getah bertindak sebagai diafragma.

Page 6: Tips Menjawab Sains Pt3

Bagi yang nak cuba membina model sistem respirasi manusia, anda boleh baca artikel kat SINI   atau boleh tonton video kat bawah ni yer..

Asid dan alkali banyak digunakan dalam kehidupan seharian kita. Kadang-kadang kita memasak menggunakan cuka, iaitu bahan berasid. Mencuci pakaian dengan menggunakan sabun pencuci atau detergen yang beralkali. Jom kita tengok perbezaan dan persamaan sifat bagi asid dan alkali. Harus diingat, asid dan alkali hanya boleh menunjukkan ciri-ciri mereka jika berada di dalam air!

Page 7: Tips Menjawab Sains Pt3

Perbandingan Sifat Asid dan AlkaliPersamaan1) Kedua-duanya larut dalam air2) Bersifat mengakis jika pekat

Perbezaan1) RasaAsid rasa masam, Alkali rasa pahit

2) Kertas LitmusAsid menukarkan kertas litmus biru kepada merah, Alkali menukarkan kertas litmus merah kepada biru

3) Nilai pHAsid kurang daripada 7, Alkali lebih daripada 7

Page 8: Tips Menjawab Sains Pt3

4) Tindakbalas dengan logamAsid menghasilkan gas hidrogen, Alkali tidak ada tindakbalas

PERINGKAT 1 - MULUT

Percernaan secara fizikal - mengunyah

Pencernaan secara kimia - Kanji akan ditukar kepada maltosa bila bercampur dengan enzim Amilase

dalam air liur

PERINGKAT 2 - ESOFAGUS

Gerakan Peristalsis akan menggerakkan bolus (makanan yang dikunyah) ke arah perut 

PERINGKAT 3 - PERUT

Page 9: Tips Menjawab Sains Pt3

Pencernaan secara kimia

- Jus Gastrik bagi membunuh bakteria dan mengaktifkan enzim protease

- Enzim Protease bagi menguraikan protein

- Menghasilkan kim (makanan separa pepejal)

PERINGKAT 4 - DUODENUM

Pencernaan secara kimia

- Hempedu akan mengemulsikan lemak dan meneutralkan kim

- Jus pankreas : enzim Amylase, enzim Protease, enzim Lipase

PERINGKAT 5 - USUS KECIL

Pencernaan secara kimia

- Jus Usus : enzim Maltase, enzim Protease, enzim Lipase