tips menghadapi peperiksaan upsr

2
ASSALAMMUALAIKUM W.B.T Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR, satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan. Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal dan ada yang menganggapnya tidak penting. Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti. Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian atau peperiksaan. Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan. Walaupun demikian, seandainya kamu gagal di dalam ujian, jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh- sungguh mengulangkaji pelajaran. Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :- Pertama, Kurang memahami apa yang diajar Kedua, Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran. Ketiga, Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan. Rakan-rakan seperjuangan, Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi. Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-

Upload: muhdnajib10

Post on 18-Feb-2016

247 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

bimbingan kaunseling

TRANSCRIPT

Page 1: Tips Menghadapi Peperiksaan UPSR

ASSALAMMUALAIKUM W.B.T

Di dalam menghadapi peperiksaan UPSR,

satu perkara yang tidak boleh dilupakan ialah

persediaan di peringkat awal secara berterusan sehingga tiba masa yang ditetapkan

dan akan menjadi lebih berkesan sekiranya kaedah pembelajaran yang betul diamalkan.

Ramai pelajar bersikap acuh tak acuh di dalam menghadapi ujian bulanan dan peperiksaan penggal

dan

ada yang menganggapnya tidak penting.

Pada hal ujian dan peperiksaan ini boleh mempengaruhi keputusan peperiksaan nanti.

Akibatnya ramai pelajar yang gagal dan mendapat markah yang rendah di dalam setiap ujian atau peperiksaan.

Sikap seperti ini hendaklah dikikiskan.

Walaupun demikian, seandainya kamu gagal di dalam ujian,

jadikanlah ia suatu pengajaran untuk lebih memahami dan bersungguh-sungguh mengulangkaji pelajaran.

Kegagalan di dalam ujian mungkin disebabkan oleh beberapa faktor seperti :-

Pertama, Kurang memahami apa yang diajarKedua, Tidak mengambil perhatian yang serius terhadap pelajaran.Ketiga, Tidak mengulangkaji pelajaran selepas waktu persekolahan.

Rakan-rakan seperjuangan,

Keyakinan menghadapi peperiksaan hanya boleh diperolehi

oleh pelajar yang sudah betul-betul membuat persiapan yang rapi.

Antara persiapan yang perlu diberi perhatian ialah :-

Pertama, Habis mengulangkaji topik-topik yang disoal.Kedua, Mengingati dengan baik nota-nota yang penting.

Page 2: Tips Menghadapi Peperiksaan UPSR

Ketiga, Mengetahui bentuk-bentuk soalan yang akan disoal.Keempat, Bertawakkal kepada Allah S.W.T.

DISINI SAYA SENARAIKAN BEBERAPA PERINGATAN KEPADA RAKAN-RAKAN MENJELANG PEPERIKSAAN

1. Tidak keterlaluan membaca sehingga kurang tidur.2. Belajar dengan hati yang tenang dan lapang. Pastikan semua kerja atau masalah

diselesaikan terlebih dahulu sebelum anda memulakan pembelajaran/study.3. Tepatilah masa belajar yang anda telah tetapkan dan pastikan anda ada masa untuk

merehatkan otak secukupnya. Elakkan daripada memaksa diri anda untuk belajar sekiranya anda letih dan mengantuk.

4. Elakkan diri anda daripada membaca dan menghafal matematik. Sebaliknya cubalah memperbanyakkan latihan mengira dan memahami formula dan konsepnya.

5. Berbincang dengan rakan yang lebih memahami dan elakkan daripada sifat malu bertanya.

6. Elakkan daripada sifat menangguhkan sesuatu kerja yang diberi oleh guru serta jauhkan sikap mengambil jalan mudah dengan meniru kerja kawan tanpa memahami akan maksud dan konsepnya.

7. Elakkan mengumpulkan nota yang diberikan oleh guru sehingga bertimbun barulah hendak mengulangkajinya.

Sesungguhnya seseorang pelajar akan mencapai tahap penguasaan yang maksimun

jika dia mampu mengaplikasikan teknik dan kaedah belajar yang betul.

Setiap pelajar mempunyai cara belajar yang berbeza,

janganlah meniru gaya belajar orang lain yang tidak sesuai dengan kita

InsyaAllah kejayaan itu milik semua.