tinjauan kategori masalah dengan demografi di … filealhamdulillah syukur ke hadrat allah s.w.t...

24
TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA BERASASKAN “MOONEY PROBLEM CHECK LIST” NORIASAH BINTI OSMAN TENG UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Upload: danghuong

Post on 21-Jul-2019

218 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI

DI KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU FAKULTI PENDIDIKAN

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BERASASKAN “MOONEY PROBLEM CHECK LIST”

NORIASAH BINTI OSMAN TENG

UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

Page 2: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis
Page 3: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis
Page 4: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

i

TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI

DI KALANGAN PELAJAR TAHUN SATU

FAKULTI PENDIDIKAN UNIVERSITI TEKNOLOGI MALAYSIA

BERASASKAN “MOONEY PROBLEM CHECK LIST”

NORIASAH BINTI OSMAN TENG

Laporan projek ini dikemukakan

Sebagai memenuhi sebahagian daripada syarat

Penganugerahan Ijazah Sarjana Muda

Sains Dan Komputer Serta Pendidikan (Kimia)

Fakulti Pendidikan

Universiti Teknologi Malaysia

MAC 2006

Page 5: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

ii

Page 6: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

iii

DEDIKASI

Kepada bondaku dan ayahku yang tersayang,

Pn. Normah Bt. Adan dan En. Osman Teng Bin Abdullah, pengorbanan,

sokongan, segala pertolongan dan dorongan yang diberikan sehingga anakmu ini

berjaya mencapai cita-cita amat dihargai. Semoga ayah dan ibu dipanjangkan usia

dan dirahmati Allah selalu hendaknya.

Kepada tunangku,

Mohd. Khairul Anuar Bin Mohd. Tahir, segala bantuan dan dorongan yang

dihulurkan selama ini sangat aku hargai.

Kepada rakan-rakan seperjuangan

Semoga segala kesusahan dan pengorbanan yang kita hadapi bersama selama

tempoh berkursus di UTM ini akan dirahmati dan diredhai Allah.Terima kasih tidak

terhingga di atas segala pertolongan, dorongan dan nasihat yang diberikan selama

tempoh berkursus di UTM ini. Hanya Allah sahaja yang dapat membalas dengan

seadilnya segala budi baik kalian.

Page 7: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

iv

PENGHARGAAN

Dengan nama Allah Yang Maha Pemurah Lagi Maha Mengasihani

Alhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan

KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini.

Penulis ingin merakamkan penghargaan iklas dan ucapan terima kasih kepada

pembimbing PSM ini iaitu Prof. Madya Syed Mohamed Shafeq bin Syed Mansor

atas segala bimbingan dan dorongan yang beliau berikan sepanjang tempoh PSM ini

dibuat.

Ucapan terima kasih juga penulis berikan kepada pihak pentadbir di bahagian

Pendidikan UTM atas kerjasama memberikan maklumat tentang bilangan pelajar dan

kursus pelajar Tahun Satu di UTM untuk kegunaan PSM ini.

Penghargaan juga ditujukan kepada semua yang terlibat sama ada secara

langsung atau tidak langsung dalam membantu menjayakan PSM ini. Semoga segala

bantuan yang dihulurkan dirahmati Allah S.W.T.

Page 8: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

v

ABSTRAK

Kajian ini adalah bertujuan untuk mengenalpasti kategori masalah dengan

demografi di kalangan pelajar-pelajar Tahun Satu , Fakulti Pendidikan di UTM.

Seramai 217 orang pelajar telah dipilih secara rawak. Alat kajian yang digunakan

untuk mengukur kategori masalah ialah Mooney Problem Check List (MPCL) yang

mengandungi 330 item. Nilai kebolehpercayaan alat kajian adalah α = 0.86. Data

yang diperolehi dianalisa secara deskriptif menggunakan perisian “Statistical

Package for the Social Sciences”, Versi 11.5 (SPSS 11.5). Teknik pemeratusan telah

digunakan bagi menjawab persoalan kajian. Hasil kajian telah diperolehi mendapati

kategori masalah yang paling mengganggu pelajar ialah kegiatan sosial dan rekreasi

(47.46%), penyesuaian terhadap kerja-kerja tugasan akademik (47.34%) dan

perhubungan peribadi dan psikologi (emosi) (43.23%). Manakala item yang kurang

mengganggu responden pula ialah kurikulum dan kaedah pengajaran (36.69%),

kesihatan dan pertumbuhan jasmani (35.65%) dan rumah tangga dan keluarga

(33.74%). Oleh itu beberapa cadangan telah dikemukakan untuk mengatasi masalah

tersebut.

Page 9: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

vi

ABSTRACT

This study was to identify the category of problem and demography of first

undergraduate students from Education Faculty in UTM. 217 of students were

chosen randomly as respondents for this study. Instrument used is Mooney Problem

Check List (MPCL) containing 330 items. The reliability of this instrument, α= 0.83.

Data collected were processed and analyzed descriptively using “Statistical Package

for the Social Sciences”, Version 11.5 (SPSS 11.5). Statistical percentages technique

was used to answer the research questions. From the study, it was found that the most

categories of problem faced by the student were social and recreation activity

(47.46%), familiarizing with academic assignments (47.34%) and relation between

personal and psychology (emotion) (43.23%). The less distracting factors were

curricula and teaching method (36.69%), health and physical development (35.65%)

and families (33.74%).). Few suggestions were proposed to overcome the

distractions faced by students.

Page 10: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

vii

KANDUNGAN

BAB PERKARA MUKA SURAT HALAMAN JUDUL i

PENGAKUAN ii

DEDIKASI iii

PENGHARGAAN iv

ABSTRAK v

ABSTRACT vi

KANDUNGAN vii

SENARAI JADUAL xi

SENARAI SINGKATAN xvi

SENARAI LAMPIRAN xvii

BAB I PENGENALAN 1

1.0 Pendahuluan 1

1.1 Latar Belakang Masalah 2

1.2 Penyataan Masalah 3

1.3 Objektif Kajian 4

1.4 Persoalan Kajian 4

1.5 Kepentingan Kajian 5

1.6 Batasan Kajian 6

1.7 Definisi Istilah 6

1.7.1 Pelajar 6

Page 11: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

viii

1.7.2 Kategori Masalah 6

1.7.3 Demografi 7

1.8 Penutup 7

BAB 2 SOROTAN PENULISAN 8

2.1 Pengenalan 8

2.1.1 Kajian Luar Negara 8 2.1.2 Kajian Di Malaysia 10

2.2 Alat Ukur Kajian 12

2.3 Kajian Punca Masalah 13

BAB 3 METODOLOGI KAJIAN 14

3.1 Pengenalan 14 3.2 Reka Bentuk Kajian 14 3.3 Tempat Kajian 15 3.4 Populasi dan Sampel Kajian 15 3.4.1 Cara Persampelan 17 3.5 Instrumen Kajian 17

3.5.1 Bahagian A (Biodata) 17 3.5.2 Bahagian B (Kategori Masalah) 18

3.5.3 Kesahan Instrumen Kajian MPCL 19

3.5.4 Kebolehpercayaan Instrumen Kajian 19

3.6 Prosedur Kajian 20

3.7 Analisis Data 20

Page 12: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

ix

3.7.1 Memproses Data 20 3.7.2 Pengiraan Peratus 21

3.8 Jangkamasa Kajian 21 3.9 Penutup 21 BAB 4 ANALISIS DATA DAN KEPUTUSAN 22

4.1 Pengenalan 22 4.2 Analisis Latar Belakang Responden 23 4.2.1 Analisis Secara Deskritif 26 4.3 Bahagian B : Laporan Analisis 38

BAB 5 PERBINCANGAN, RUMUSAN DAN 93 CADANGAN

5.1 Pendahuluan 93 5.2 Perbincangan 93 5.3 Rumusan 97 5.4 Cadangan 98

5.4.1 Pelajar 99

5.4.2 Ibu Bapa/keluarga 100 5.4.3 Universiti 101 5.4 Cadangan kajian lanjutan 101

5.5 Penutup 102

Page 13: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

x

BIBLIOGRAFI 103 LAMPIRAN Lampiran A-E 105 - 131

Page 14: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

xi

SENARAI JADUAL

NO. JADUAL TAJUK MUKA SURAT 3.1 Taburan Jumlah Sampel yang Terlibat di Fakulti Pendidikan 16 3.2 Taburan Item Soalan Bagi Persoalan Kajian 18 3.3 Nilai Alpha Bagi Kategori Masalah Kajian ini 19 4.1 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Jantina 23 4.2 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Kursus Pengajian 24 4.3 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden Mengikut

Sekolah 25 4.4 Taburan Bilangan dan Peratusan Responden

Mengikut Kelayakan Akademik Masuk ke UTM 25 4.5 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kesihatan dan Pertumbuhan Jasmani 27

4.6 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kewangan, Keadaan kehidupan Dan Pekerjaan 28

4.7 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Sosial dan Rekreasi 29

4.8 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Psikologi Sosial 30

4.9 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Perhubungan Peribadi dan Psikologi (emosi) 31

4.10 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Page 15: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

xii

Dalam Sub Skala Masalah Kegiatan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks 32

4.11 Taburan Respon Pelajar-pelajar Terhadap Item-item Dalam Sub Skala Masalah Rumah Tangga dan Keluarga 33

4.12 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Moral dan Agama 34 4.13 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Penyesuaian Terhadap Kerja-kerja Tugasan Akdemik 35

4.14 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Pelajaran Dan Kerjaya Masa Depan 36 4.15 Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap Item-item

Dalam Sub Skala Masalah Kurikulum dan Pengajaran 37 4.16 Kesimpulan Taburan Responden Pelajar-pelajar Terhadap

Item-item Dalam Kategori Masalah Mengikut Peratusan Tertinggi Hingga Terendah 38

4.17 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan Pertumbuhan

Jasmani Mengikut Tahun Pengajian 39 4.18 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Jantina 40 4.19 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan

Rekreasi Mengikut Jantina 40 4.20 Lima Masalah Utama Perhubungan Psikologi Sosial

Mengikut Jantina 41 4.21 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi

dan Psikologi (emosi) Mengikut Jantina 42

4.22 Lima Masalah Utama Kategori Masalah Kegiatan Muda-mudi, Perkahwinan dan Seks Mengikut Jantina 42

4.23 Lima Masalah Utama Kategori Kategori Rumah Tangga dan Keluarga Mengikut Jantina 43 4.24 Lima Masalah Utama Moral dan Agama

Mengikut Jantina 43 4.25 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Jantina 43

Page 16: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

xiii

4.26 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya Masa Depan Mengikut Jantina 44

4.27 Lima Masalah Utama Kurikulum dan Kaedah Pengajaran

Kategori Mengikut Jantina 45 4.28 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Jantina 45 4.29 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kursus Pengajian 46 4.30 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan

Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kursus Pengajian 48 4.31 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan

Rekreasi Mengikut Kursus Pengajian 50 4.32 Lima Masalah Utama Kategori Perhubunganl

Psikologi Sosial Mengikut Kursus Pengajian 52 4.33 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi dan

Psikologi (emosi) Mengikut Kursus Pengajian 54 4.34 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,

Perkahwinan dan Seks Mengikut Kursus Pengajian 56

4.35 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan Keluarga Mengikut Kursus Pengajian 58 4.36 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama

Mengikut Kursus Pengajian 60 4.37 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kursus Pengajian 62 4.38 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya Masa

Depan Mengikut Kursus Pengajian 64 4.39 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran Mengikut Kursus Pengajian 66 4.40 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Kursus Pengajian 68 4.41 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Sekolah Menengah 70 4.42 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan dan

Pekerjaan Mengikut Sekolah Menengah 71

Page 17: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

xiv

4.43 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan Rekreasi Mengikut Sekolah Menengah 72

4.44 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Psikologi Sosial

Mengikut Sekolah Menengah 73 4.45 Lima Masalah Utama Perhubungan Peribadi dan

Psikologi (emosi) Mengikut Sekolah Menengah 74 4.46 Lima Masalah Utama Kategori Kategori Kegiatan Muda-mudi,

Perkahwinan dan Seks Mengikut Sekolah Menengah 75 4.47 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga dan Keluarga Mengikut Sekolah Menengah 76 4.48 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama

Mengikut Sekolah Menengah 77 4.49 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap

Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Sekolah Menengah 78 4.50 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya

Masa Depan Mengikut Sekolah Menengah 79 4.51 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran Mengikut Sekolah Menengah 80 4.52 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Sekolah Menengah 81 4.53 Lima Masalah Utama Kategori Kesihatan dan

Pertumbuhan Jasmani Mengikut Kelayakan 82 4.54 Lima Masalah Utama Kategori Kewangan, Keadaan Kehidupan dan Pekerjaan Mengikut Kelayakan 83 4.55 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Sosial dan

Rekreasi Mengikut Kelayakan 84 4.56 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Psikologi

Sosial Mengikut Kelayakan 85 4.57 Lima Masalah Utama Kategori Perhubungan Peribadi

dan Psikologi (emosi)Mengikut Kelayakan 856 4.58 Lima Masalah Utama Kategori Kegiatan Muda-mudi,

Perkahwinan dan Seks Mengikut Kelayakan 87 4.59 Lima Masalah Utama Kategori Rumah Tangga Dan Keluarga

Mengikut Kelayakan 88

Page 18: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

xv

4.60 Lima Masalah Utama Kategori Moral dan Agama Mengikut Kelayakan 89

4.61 Lima Masalah Utama Kategori Penyesuaian Terhadap Kerja-kerja Tugasan Akademik Mengikut Kelayakan 90

4.62 Lima Masalah Utama Kategori Pelajaran dan Kerjaya

Masa Depan Mengikut Kelayakan 91 4.63 Lima Masalah Utama Kategori Kurikulum dan Kaedah

Pengajaran Mengikut Kelayakan 92 4.64 Kesimpulan Taburan Lima Kategori Masalah Utama

Peratusan Mengikut Kelayakan 93

Page 19: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

xvi

SENARAI SINGKATAN

MPCL Mooney Problem Check List

UTM Universiti Teknologi Malaysia

SPSS Statistical Packages for the Social Sciences

SPK Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Kimia)

SPP Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan (Fizik)

SPT Ijazah Sarjana Muda Sains dan Komputer serta Pendidikan

(Matematik)

SPC Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Kimia)

SPF Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Fizik)

SPM Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan (Matematik)

SPN Ijazah Sarjana Muda Sains serta Pendidikan

SPI Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan

(Pengajian Islam)

SPS Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (Sukan)

TESL Ijazah Sarjana Muda Sains Komputer serta Pendidikan (TESL)

SPJ Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Mekanikal)

SPE Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Elektrik)

SPA Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kejuruteraan Awam)

SPH Ijazah Sarjana Muda Teknologi serta Pendidikan

(Kemahiran Hidup)

Page 20: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

xvii

SENARAI LAMPIRAN

LAMPIRAN TAJUK MUKA SURAT

Lampiran A Surat Permohonan Senarai Nama

Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan 105 Lampiran B Senarai Nama

Pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan 107

Lampiran C Jadual Penentuan Sampel 115 Lampiran D Borang Soal Selidik 117 Lampiran E Surat Pemohonan Lebih daripada 100 130 Muka surat

Page 21: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

BAB 1

PENGENALAN

1.0 Pendahuluan

Setelah menamatkan zaman persekolahan, tiba masanya untuk melangkah

kepada satu tahap pendidikan yang lebih tinggi iaitu ke menara gading. Pemilihan

pelajar ke universiti ditentukan berdasarkan kelayakan akademik mereka sama ada

daripada Sijil Tinggi Pelajaran Malaysia (STPM), Matrikulasi ataupun lepasan

Diploma. Secara formalnya, setiap individu menerima pendidikan seawal usia tujuh

tahun, kemudiannya melalui beberapa tahap tertentu yang telah ditentukan oleh

sistem pendidikan sehinggalah sampai ke peringkat universiti.

Pelbagai cabaran terpaksa ditempuhi terutama apabila berlaku perubahan

baru kepada diri pelajar selepas sahaja melangkah masuk ke universiti. Adakalanya

berlaku kejutan budaya kepada para pelajar baru dan jika tersalah langkah akan

memberi kesan negatif kepada mereka. Cabaran dan perubahan ini menyebabkan

mereka secara paksa perlu menyesuaikan diri dengan perubahan baru ini.

Masalah-masalah yang mengganggu pelajar-pelajar baru ini dapat

dikategorikan kepada 11 permasalahan yang dinyatakan dalam alat ukur Mooney

Problem Check List (MPCL) yang direka oleh Mooney pada tahun 1942 dan diuji

kembali pada tahun 1950. Kategori-kategori masalah ini terdiri daripada kesihatan,

kewangan, rekresi, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian, keluarga, dan

pengajaran.

Page 22: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

2

1.1 Latar belakang masalah

Dalam tempoh sedekad ini, pelbagai perubahan dilakukan dalam sistem

pendidikan sama ada di peringkat sekolah mahupun di unversiti. Perubahan-

perubahan yang dibuat ini sedikit sebanyak menganggu proses pembelajaran pelajar

dan memberi kejutan terutama kepada pelajar-pelajar yang baru melangkah kaki ke

universiti. Mereka perlu menyesuaikan proses pembelajaran, persekitaran dan

pengajaran yang berbeza di antara alam persekolahan dengan suasana yang baru di

universiti.

Kegagalan pelajar-pelajar baru dalam proses penyesuaian ini menyebabkan

pelbagai masalah timbul. Kurangnya pendedahan dan persediaan adakalanya

menyebabkan pelajar yang cemerlang semasa di sekolah atau pun di Matrikulasi

menemui kegagalan apabila berada di universiti. Pencapaian pelajar dalam sesuatu

mata pelajaran bergantung kepada bagaimana individu itu belajar. Penyesuaian

terhadap gaya pembelajaran yang diamalkan oleh pelajar boleh diketahui melalui

diagnosis terhadap gaya pembelajaran individu itu (Price, 1977). Oleh itu

pembelajaran yang tidak bersesuaian dengan gaya pembelajaran pelajar akan

menyebabkan pelajar ini terjerumus kepada masalah pembelajaran.

Pendidikan adalah proses dan aktiviti yang bertujuan untuk menghasilkan

perubahan yang dikehendaki di dalam diri seseorang (Atan Long, 1978). Ia juga

adalah satu proses menukarkan pola tingkah laku manusia. Tingkah laku ini

bermaksud tingkah laku dalam pengertian yang luas termasuk pemikiran, perasaan

dan perbuatan nyata. Apabila pendidikan dilihat dari segi ini maka jelaslah objektif

pendidikan bermakna perubahan tingkah laku yang dicari atau yang dikehendaki

berlaku oleh sesebuah institusi pendidikan ke atas para pelajarnya (Ralph W. Tyler,

1989).

Menurut Ee Ah Meng (1989), pendidikan merupakan satu proses menolong

dan memajukan pertumbuhan dan perkembangan seseorang individu dari semua

aspek iaitu jasmani akal, emosi, sosial, seni dan moral. Dengan kata lain, ia bertujuan

untuk mempertingkatkan diri individu supaya hidup dengan sempurna serta

Page 23: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

3

memperkembangkan bakat-bakatnya untuk kepentingan diri dan juga untuk menjadi

seorang ahli masyarakat yang berguna.

Dari pandangan psikologi pula, pendidikan bererti perubahan dan boleh

dianggap sama ada sebagai proses atau sebagai hasil. Pendidikan sebagai satu proses

meliputi semua bentuk kegiatan yang menempatkan seseorang itu untuk hidup

bermasyarakat dan yang menolong menyalurkan adat resam, undang-undang,

kepercayaan agama, bahasa dan institusi sosial dari satu generasi ke satu generasi

yang lain. (Crow dan Crow, 1983).

Dalam pendidikan, perlakuan yang berlaku adalah campuran interaksi dari

dua ilmu. Perlakuan seseorang pelajar mungkin disebabkan oleh gerakan

berkumpulan atau pergerakan berkumpulan mungkin disebabkan oleh pengaruh

seseorang atau pengaruh beramai-ramai ( Mohd Najib , 1999). Oleh itu, walaupun

para pelajar ini telah menerima pendidikan secara formal, pengaruh ke arah

permasalahan kepada dunia persekitarannya akan sentiasa menganggu pelajar dalam

proses perkembangan fizikal dan mentalnya .

Kesimpulannya, kecemerlangan dan kejayaan dalam bidang pelajaran

merupakan satu agenda yang patut diutamakan oleh setiap pelajar. Pengurangan

kategori permasalahan dalam menuntut ilmu akan meningkatkan lagi prestasi

kesihatan, kewangan, hiburan, sosial, peribadi, seks, keluarga, akhlak, pengajian,

keluarga dan pengajaran akademik serta mengurangkan gejala sosial kehidupan

seseorang pelajar pada masa hadapan.

1.2 Penyataan masalah

Secara umumnya, setiap pelajar menghadapi pelbagai masalah. Secara

khususnya, data mengenai tahap masalah yang dihadapi oleh Pelajar Tahun Satu

Fakulti Pendidikan pada sesi 2005/2006 secara klasifikasi mengikut Mooney

Problem Check List masih belum diketahui dengan terperinci.

Page 24: TINJAUAN KATEGORI MASALAH DENGAN DEMOGRAFI DI … fileAlhamdulillah syukur ke hadrat Allah s.w.t kerana dengan izin dan KudratNya, penulis berjaya menyempurnakan kajian ini. Penulis

4

1.3 Objektif Kajian

Objektif kajian ini secara umumnya adalah untuk mengenalpasti kategori

masalah di kalangan pelajar-pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan, UTM. Kajian ini

bertujuan untuk :

1.3.1 Mengenalpasti kategori-kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar-

pelajar Tahun Satu Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi

Malaysia.

1.3.2 Mengenalpasti perbezaan kategori masalah dari segi demografi

(jantina, kursus pengajian, sekolah dan kelayakan akademik).

1.4 Persoalan kajian

Kajian ini bermatlamat untuk meneliti:-

1.4.1 Apakah kategori masalah yang dihadapi oleh pelajar-pelajar Tahun Satu

Fakulti Pendidikan di Universiti Teknologi Malaysia?

1.4.2 Adakah terdapat perbezaan kategori masalah dari segi faktor demografi

terpilih (jantina, kursus pengajian, sekolah dan kelayakan akademik)?