tingkatkan ibadah di bulan syaaban

3
BULETIN ROHANI DATO’ JAAFAR TINGKATKAN IBADAH DI BULAN SYAABAN Kini kita berada dalam bulan Syaaban. Bulan kelapan dalam taqwim Islam. Bulan yang penuh kemuliaan dan banyak kelebihan. Rasulullah SAW sendiri memperbanyakkan ibadah di bulan ini seperti ibadah puasa sunat. Rasulullah SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang dilakukan dalam bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud: Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadah saya diangkat ketika saya berpuasa. Justeru marilah kita perbanyakkan Syaaban ini dengan ibadah berikut: 1. Puasa sunat Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud : Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di bulan Syaaban” (hadis riwayat Bukhari) Ia juga sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Melazimi perut dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem pemerosesan makanan dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm up” sebelum datangnya Ramadhan untuk kita menunaikan puasa wajib pula. 2. Mengkada puasa wajib Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib diqada kepada setiap mukallaf. yang diberi keharusan berbuka seperti sakit, musafir, haid, nifas, hamil dan sebagainya. Saidatina Aisyah pernah memberi keterangan kepada Muazah al Adawiah yang bermaksud: Maka kita diperintahkan mengqada puasa (kerana kedatangan haid) tidak disuruh mengqada sembahyang yang tertinggal (semasa kedatangan haid) (Hadis riwayat Muslim) Perbuatan melengah-lengahkan qada tanpa uzur hingga datang Ramadhan berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke atasnya qada dan membayar fidyah.Malah fidyah itu akan berganda setiap tahun apabila masih gagal mengqada puasa tersebut. Perlu diingat, puasa qada tidak akan luput dari tanggungjawab seseorang. Malah fidyahnya akan terus berganda selagi ia belum melunaskan puasa tersebut. PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SDJ EDISI JULAI/2013

Upload: syuhaamra

Post on 24-Dec-2015

14 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

GH

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatkan Ibadah Di Bulan Syaaban

BULETIN ROHANI DATO’ JAAFAR

TINGKATKAN IBADAH DI BULAN SYAABAN

Kini kita berada dalam bulan Syaaban. Bulan kelapan dalam taqwim Islam.

Bulan yang penuh kemuliaan dan banyak kelebihan. Rasulullah SAW sendiri

memperbanyakkan ibadah di bulan ini seperti ibadah puasa sunat. Rasulullah

SAW pernah ditanya oleh Usamah bin Zaid tentang hikmah puasa yang

dilakukan dalam bulan Syaaban. Baginda bersabda yang bermaksud:

Bulan Syaaban yang berada di antara Rejab dan Ramadhan adalah bulan

yang dilupakan manusia dan ia adalah bulan yang diangkat padanya amal

ibadah kepada Tuhan seru sekalian alam, maka aku suka supaya amal ibadah

saya diangkat ketika saya berpuasa.

Justeru marilah kita perbanyakkan Syaaban ini dengan ibadah berikut:

1. Puasa sunat

Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud :

Saidina Aisyah pernah berkata:Aku tidak pernah melihat baginda berpuasa

sebulan penuh kecuali pada bulan Ramadhan dan aku tidak pernah melihat

baginda berpuasa sunat di dalam sebulan lebih banyak daripada puasanya di

bulan Syaaban”  (hadis riwayat Bukhari)

Ia juga  sebagai latihan untuk menghadapi bulan Ramadhan. Melazimi perut

dengan berlapar akan menjadikan kita lebih bersedia untuk menghadapi

Ramadhan agar tidak berlaku kejutan kepada sistem pemerosesan makanan

dalam organ badan kita. Puasa ini dikira sebagai ”warm up” sebelum

datangnya Ramadhan  untuk kita menunaikan puasa wajib pula.

2. Mengkada puasa wajib

Puasa Ramadhan yang tertinggal tetap wajib diqada  kepada setiap mukallaf.

yang diberi keharusan berbuka seperti sakit, musafir, haid, nifas, hamil dan

sebagainya. Saidatina Aisyah pernah memberi keterangan kepada Muazah al

Adawiah yang bermaksud:

Maka kita diperintahkan mengqada puasa (kerana kedatangan haid) tidak

disuruh mengqada sembahyang yang tertinggal (semasa kedatangan haid)  

(Hadis riwayat Muslim)

Perbuatan melengah-lengahkan qada tanpa uzur hingga datang Ramadhan

berikutnya adalah berdosa dan diwajibkan ke atasnya qada dan membayar

fidyah.Malah fidyah itu akan berganda setiap tahun apabila masih gagal

mengqada puasa tersebut. Perlu diingat, puasa qada tidak akan luput dari

tanggungjawab seseorang. Malah fidyahnya akan terus berganda selagi ia

belum melunaskan puasa tersebut.

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SDJ

EDISI JULAI/2013

EDISI JULAI/2013

Page 2: Tingkatkan Ibadah Di Bulan Syaaban

BULETIN ROHANI DATO’ JAAFAR

Alangkah meriahnya di meja makan ketika berbuka, isteri berbuka kerana

puasa qadanya, manakala suami dan anak-anak berbuka kerana puasa sunat.

Suasana Ramadhan telah dijelmakan di bulan Syaaban.

3. Memperbanyakkan doa, zikir dan membaca selawat atas Nabi  

Amalan seperti berdoa, berzikir dan berselawat akan mendekatkan diri kita

kepada Allah. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Barangsiapa yang mengagungkan bulan Syaaban, bertaqwa kepada Allah,

taat kepadaNya serta menahan diri dari perbuatan maksiat, maka Allah Taala

mengampuni semua dosanya dan menyelamatkannya di dalam tahun itu dari

segala macam bencana dan penyakit. (dipetik dari kitab Zubdatul Maizin)

Dalam kita membicarakan kelebihan bulan Syaaban, kita jangan melupai satu

malam yang paling mustajab berdoa, malam pengampunan dan rahmat iaitu

malam Nisfu Syaaban. Rasulullah SAW bersabda yang bermaksud:

Dari Abi Musa Al asyari dari Rasulullah SAW, baginda

bersabda:Sesungguhnya rahmat Allah SWT datang pada malam nisfu

Syaaban, lalu dia mengampunkan kesalahan kesemua makhluknya

melainkan orang musyrik atau orang yangbermusuhan”   (Hadis riwayat Ibnu

Majah)

Itulah yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini, apabila kita

mengadakan majlis bacaan yaasin sebanyak tiga kali dan memohon doa agar

dipanjangkan usia, dijauhkan dari bala dan dimurahkan rezeki.

Kita juga jangan melupai satu sejarah agung yang tercipta pada 15

Syaaban yang memberi implikasi besar hingga hari ini. Allah telah

memerintahkan Rasulullah agar mengadap Baitulahilharam di Mekah dalam

solat sebagai ganti arah kiblat sebelum ini iaitu Baitul Maqdis.

Sepanjang mengadap kiblat ke Baitul Maqdis, Rasulullah sering

mendapat ejekan dari orang yahudi yang mengatakan Rasulullah mengadap

ke arah tempat suci mereka  dan orang Islam tiada suatu tempat yang mulia

untuk dihadapkan ketika mengerjakan ibadah. Rasulullah SAW sering

dicemuh, diperlekeh, lalu baginda bermohon dan berdoa kepada Allah SWT

agar dibenarkan mengadap ke arah Masjidil Haram yang sememangnya

baginda cenderung ke arahnya. Lalu Allah Taala berfirman dalam surah Al

Baqarah ayat 144 yang bermaksud:

Kerapkali kami melihat engkau (wahai Muhammad) berulang-ulang

mengadap ke langit, maka kami benarkan engkau berpaling mengadap ke

arah yang engkau sukai, oleh itu palingkan ke arah Masjidil Haram (tempat

letak Kaabah) .

Suruhan mengadap ke arah Baitulahilharam sangat dinanti baginda

agar kemuliaan Baitulhiharam tetap terpelihara yang menyambung risalah

tauhid yang pernah dibawa oleh Nabi Ibrahim. Arah kiblat yang satu

melambangkan simbol kesatuan umat yang padu dan menjadi pusat tumpuan

dan perhimpunan sedunia ketika mengerjakan ibadah haji.

Oleh kerana bulan Sya’ban datang hanya sekali dalam setahun, maka

ambillah kesempatan untuk meningkatkan amal ibadah dalam usaha

memperbaiki diri menuju ketaqwaan dan keimanan kepada Allah SW

PANITIA PENDIDIKAN ISLAM SDJ

Tarikh Penting Islam 2013 Malaysia

12 Rabiulawal 1434 24 Januari 2013 Maulidur Rasul

27 Rejab 1434 6 Jun 2013 Israk dan Mikraj

* 1 Ramadhan 1434 10 Julai 2013 Awal Ramadhan/Berpuasa

17 Ramadhan 1434 26 Julai 2013 Nuzul Al-Quran

* 1 Syawal 1434 8 Ogos 2013 Hari Raya Puasa/Idul Fitri

1 Zulhijjah 1434 6 Oktober 2013 Awal Zulhijjah

* 10 Zulhijjah 1434 15 Oktober 2013 Hari Raya Korban/Idul Adha

1 Muharam 1435 5 November 2013 Awal Muharam/Maal Hijrah