jumaat, 3 jun 2016 (27 syaaban 1437) 30 buku …

1
LONDON: Pendapatan kelab Liga Per- dana England (EPL) mencapai paras re- kod £3.3 bilion ($6.55 bilion) pada tahun kewangan 2014-2015, berdasarkan pen- jualan hak penyiaran televisyen yang bakal bertambah musim depan. Pendapatan itu meningkatkan penda- patan 92 kelab profesional di England menjadi lebih £4 bilion buat julung-julung kalinya dalam sejarah, menurut Kumpu- lan Perniagaan Sukan syarikat penganali- sis Deloitte dalam reviu tahunannya ten- tang kewangan bola sepak. Sebagai perbandingan, pendapatan kelab EPL £1.5 bilion lebih tinggi daripa- da pesaing terdekatnya, Bundesliga Jer- man, dan dengan hak siaran televisyen ba- ru bernilai £5.14 bilion dijadualkan ber- mula Ogos nanti, kuasa kewangan kelab EPL dijangka berterusan. “Pertumbuhan kewangan bola sepak dalam tempoh 25 tahun mengagumkan,” kata Dan Jones daripada Kumpulan Perni- agaan Sukan Deloitte. “Sehingga waktu rehat perlawanan EPL kedua yang disiarkan musim depan, pendapatan hasil penyiaran televisyen yang dijana adalah lebih tinggi daripada pendapatan yang diraih Divisyen Satu 25 tahun lalu. “Buat kali pertama, EPL mendahului bola sepak dunia dalam tiga kategori pendapatan utama – komersial, hari perla- wanan dan penyiaran – dan perkem- bangan ini pemacu keuntungan yang ber- daya tahan,” ujar Jones. “Malah, apabila persetujuan penyiaran baru bermula pada musim 2016-2017, ke- untungan operasi boleh meningkat sehing- ga £1 bilion.” Laporan tahunan Deloitte itu juga menggariskan bahawa kelab EPL men- catat keuntungan sebelum cukai sejumlah £121 juta bagi tahun kedua berturut-turut bagi tahun kewangan 2014-2015. Ini kali akhir berlaku pada 1999. Perbelanjaan menyeluruh bagi membe- li pemain baru pula mencapai paras rekod £1.1 bilion dan kos gaji pemain meningkat 7 peratus dengan melebihi £2 bilion buat kali pertama. – AFP, Reuters. SELEPAS setahun gempa bumi menggegarkan Gu- nung Kinabalu, mengorbankan dan mencederakan se- kumpulan pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong (TKPS), sekumpulan ibu bapa dan anggota keluarga terdekat pelajar yang terkorban dan yang terselamat kembali ke tapak tragedi itu. Sekitar 20 orang berlepas ke Sabah pagi semalam untuk menyempurnakan matlamat yang tidak dapat di- laksanakan anak mereka, iaitu mendaki hingga ke pun- cak Gunung Kinabalu. Dengan mengenakan baju polo putih dengan keka- ta ‘Omega Challenge, Brave Heart, version 2016’, mereka ke sana sebagai memperingati ulang tahun se- tahun tragedi menyayat hati yang berlaku pada 5 Jun tahun lalu itu. Kumpulan tersebut dijangka sampai ke puncak Gu- nung Kinabalu pada 6 Jun, sehari selepas tragedi itu. Pada 5 Jun tahun lalu, seramai 29 pelajar dan lapan guru TKPS telah ke Gunung Kinabalu bagi satu ekspe- disi pendakian yang dipanggil ‘Omega Challenge’ apa- bila gempa bumi berlaku. Gempa bumi di Sabah berukuran 5.9 pada skala Richter ketika itu meragut jiwa tujuh murid dan dua gu- ru TKPS. Seorang lagi pemandu kembara dari Singapura yang mengikuti ekspedisi itu turut terkorban. Antara mereka yang ke Sabah semalam termasuk ibu bapa dan anggota keluarga terdekat Sonia Jhala, salah seorang murid yang terkorban dalam tragedi itu. Beberapa ibu bapa yang anak mereka terselamat turut menyer- tai kumpulan tersebut – ada yang membawa anak mereka. Cik Mandeep Tamana, yang kini menetap di Perth, Australia, menyertai kumpulan itu tanpa kehadiran anaknya, Jayden Francis, yang cedera pada buku lali semasa ekspedisi berkenaan. Beberapa ibu bapa yang anak mereka terselamat tetapi tidak mengikuti sesi pendakian itu turut berada di Terminal 2, Lapangan Terbang Changi. Cik Hazreen Mahmodd Hussain tiba seawal 6.30 pagi semalam bersama anaknya, Hanis Umairah Mohd Ramlan, untuk memberi ucap selamat kepada kumpulan tersebut. Pada awalnya beliau dijangka pergi bersama kumpulan itu kera- na telah menyertai latihan bersama mereka sekitar November tahun lalu. Tetapi beliau mengundurkan diri sekitar Februari lalu atas desakan anaknya. Seorang lagi, Cik Farhan Darlan, ibu kepada pelajar Amal Ash- ley Lim, juga telah mengikuti sesi latihan sebelum menarik diri. Ditanya tentang perkembangan anaknya, Cik Farhan berkata Amal kini sibuk dengan kerja sekolah dan kem bola jaring di sekolah barunya yang berlangsung sekitar minggu ini. Namun sejak dua minggu lalu, Cik Farhan mendapati anaknya itu seakan kembali takut dan khuatir bersendirian. “Keadaannya sama seperti semasa dia pulang dari ekspedisi tersebut. Mungkin dia terkenang kembali tragedi itu,” kata Cik Far- han. – SHAHIDA SARHID. ESHAHIDA SARHID [email protected] SEMASA di Sekolah Rendah Teluk Kurau, Tasneem Begum Mohd Mustapha yang ketika itu berada di darjah enam se- ring mengalami masalah kegelisahan atau anxiety disorder. Sebagai seorang pengawas, dia selalu be- rasa tertekan dalam usaha menonjolkan kelakonan baik sama ada dari segi tingkah laku ataupun pencapaian akademi. Ia lebih membebankan apabila orang di sekelilingnya menetapkan jangkaan tidak realistik terhadap pelajarannya. Ini yang membuatkannya rasa gelisah se- tiap kali bersendirian. Tangannya pula se- ring berpeluh dan menggeletar. Mujur gurunya, Cikgu Raihanah Moha- med, yang mengetahui masalahnya, sering memberikannya semangat dan dorongan. Malah, untuk membuat Tasneem lebih te- nang, Cikgu Raihanah memberikannya se- buah buku Melayu berjudul Potret Dua Wa- jah. Beliau kemudian menyuruh Tasneem menulis kesudahan cerita tersebut. Daripada situ, siapa sangka ia seakan ‘menyelamatkan’ Tasneem daripada terus berasa gelisah dan membuatnya jatuh cinta pada sastera. Meskipun meraih agregat 239 bagi Pep- eriksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE) dan boleh melanjutkan pengajiannya dalam aliran ekspres di sekolah menengah biasa, Tasneem sebaliknya memilih mendalami bidang kesusateraan yang diminatinya. Tasneem merupakan antara kelompok pertama pelajar bagi program Seni Kesusas- teraan di Sekolah Seni Singapura (Sota). Program yang memberi tumpuan mem- bangunkan bakat pelajar dalam bidang kesu- sasteraan dan penulisan kreatif itu dilancar- kan bulan lalu. Ini merupakan tambahan kepada lima la- gi program seni yang telah pun ditawarakan Sota, termasuk tarian, muzik, filem, teater dan seni visual. Program Seni Kesusasteraan itu mem- beri peluang kepada pelajar yang mempu- nyai potensi dan bakat serba boleh sebagai penulis, didedahkan kepada pelbagai genre penulisan. Ini termasuk menulis puisi, prosa, fik- syen, bukan fiksyen, skrip filem dan pemen- tasan, cerita pendek serta penulisan kewar- tawanan. Mengongsi pengalamannya, Tasneem berkata seorang gurunya pernah membawa beliau dan rakan-rakannya ke Stesen Kere- ta Api Tanjong Pagar bagi sesi menulis. “Kami ditanya apakah perasaan kami apabila berada di sana, apa yang telah ber- laku sebelum itu dan apa yang mungkin ber- laku pada masa depan. “Pengalaman berada di rel kereta api itu juga seakan-akan memberikan inspirasi un- tuk mengembangkan lagi idea penulisan ka- mi,” ujar Tasneem, anak bongsu dua be- radik itu. Pelajar 13 tahun yang fasih dua bahasa itu juga berkata beliau gemar membaca bu- kan sahaja buku Inggeris, malah juga buku Melayu. “Setiap kali saya baca buku Melayu, pas- ti saya akan dapat mempelajari kosa kata ba- ru yang tidak pernah saya tahu sebelum ini. “Secara tidak langsung, ini yang mem- buat saya lebih terdorong membaca buku-buku Melayu,” ujarnya yang gemar membaca buku karya A. Samad Said. Untuk menyelia pembangunan program Seni Kesusasteraan itu, Sota telah menubuh- kan satu panel penasihat khas. Antara yang menerajui panel itu ialah En- cik Philip Jeyaretnam, pengerusi Sota yang juga seorang penulis mapan; dan Dr Meira Chand, pengerusi hadiah Sastera Singapura yang juga penulis sembilan buku novel ter- laris. Laba kelab EPL capai paras rekod £3.3b Famili murid mangsa pula ingin ke puncak Buku pemberian guru buatkan pelajar jatuh cinta pada sastera MENANTI ‘DURIAN RUNTUH’: Juara Liga Perdana England Leicester City bakal menikmati pendapatan bertambah musim depan, hasil penjualan hak siaran televisyen pada harga yang lebih tinggi. – Foto REUTERS GEMAR MEMBACA: Mendalami bidang kesusasteraan di Sota menjadi pilihan Tasneem yang gemar membaca dan menulis dalam bahasa Inggeris dan Melayu. – Foto SHAKIR SAIFUDDIN Berita Harian Singapura @BeritaHarianSG IKUTI KAMI DI BERGAMBAR SEBELUM BERANGKAT: Cik Hazreen (bertudung) dan anaknya, Hanis Umairah (tiga dari kiri), serta Cik Farhan (lima dari kiri) sempat bergambar sebagai kenangan bersama beberapa ibu yang bakal mendaki puncak Gunung Kinabalu sebagai memperingati ulang tahun setahun tragedi menyayat hati itu. – Foto ihsan HAZREEN MAHMODD HUSSAIN 30 JUMAAT, 3 JUN 2016 (27 SYAABAN 1437) SETAHUN SELEPAS TRAGEDI GEMPA BUMI DI GUNUNG KINABALU Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.

Upload: others

Post on 12-Nov-2021

6 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: JUMAAT, 3 JUN 2016 (27 SYAABAN 1437) 30 Buku …

LONDON: Pendapatan kelab Liga Per-dana England (EPL) mencapai paras re-kod £3.3 bilion ($6.55 bilion) pada tahunkewangan 2014-2015, berdasarkan pen-jualan hak penyiaran televisyen yangbakal bertambah musim depan.

Pendapatan itu meningkatkan penda-patan 92 kelab profesional di Englandmenjadi lebih £4 bilion buat julung-julungkalinya dalam sejarah, menurut Kumpu-lan Perniagaan Sukan syarikat penganali-sis Deloitte dalam reviu tahunannya ten-tang kewangan bola sepak.

Sebagai perbandingan, pendapatankelab EPL £1.5 bilion lebih tinggi daripa-da pesaing terdekatnya, Bundesliga Jer-man, dan dengan hak siaran televisyen ba-

ru bernilai £5.14 bilion dijadualkan ber-mula Ogos nanti, kuasa kewangan kelabEPL dijangka berterusan.

“Pertumbuhan kewangan bola sepakdalam tempoh 25 tahun mengagumkan,”kata Dan Jones daripada Kumpulan Perni-agaan Sukan Deloitte.

“Sehingga waktu rehat perlawananEPL kedua yang disiarkan musim depan,pendapatan hasil penyiaran televisyenyang dijana adalah lebih tinggi daripadapendapatan yang diraih Divisyen Satu 25tahun lalu.

“Buat kali pertama, EPL mendahuluibola sepak dunia dalam tiga kategoripendapatan utama – komersial, hari perla-wanan dan penyiaran – dan perkem-

bangan ini pemacu keuntungan yang ber-daya tahan,” ujar Jones.

“Malah, apabila persetujuan penyiaranbaru bermula pada musim 2016-2017, ke-untungan operasi boleh meningkat sehing-ga £1 bilion.”

Laporan tahunan Deloitte itu jugamenggariskan bahawa kelab EPL men-catat keuntungan sebelum cukai sejumlah£121 juta bagi tahun kedua berturut-turutbagi tahun kewangan 2014-2015. Ini kaliakhir berlaku pada 1999.

Perbelanjaan menyeluruh bagi membe-li pemain baru pula mencapai paras rekod£1.1 bilion dan kos gaji pemain meningkat7 peratus dengan melebihi £2 bilion buatkali pertama. – AFP, Reuters.

SELEPAS setahun gempa bumi menggegarkan Gu-nung Kinabalu, mengorbankan dan mencederakan se-kumpulan pelajar Sekolah Rendah Tanjong Katong(TKPS), sekumpulan ibu bapa dan anggota keluargaterdekat pelajar yang terkorban dan yang terselamatkembali ke tapak tragedi itu.

Sekitar 20 orang berlepas ke Sabah pagi semalamuntuk menyempurnakan matlamat yang tidak dapat di-laksanakan anak mereka, iaitu mendaki hingga ke pun-cak Gunung Kinabalu.

Dengan mengenakan baju polo putih dengan keka-ta ‘Omega Challenge, Brave Heart, version 2016’,mereka ke sana sebagai memperingati ulang tahun se-tahun tragedi menyayat hati yang berlaku pada 5 Juntahun lalu itu.

Kumpulan tersebut dijangka sampai ke puncak Gu-nung Kinabalu pada 6 Jun, sehari selepas tragedi itu.

Pada 5 Jun tahun lalu, seramai 29 pelajar dan lapanguru TKPS telah ke Gunung Kinabalu bagi satu ekspe-disi pendakian yang dipanggil ‘Omega Challenge’ apa-bila gempa bumi berlaku.

Gempa bumi di Sabah berukuran 5.9 pada skalaRichter ketika itu meragut jiwa tujuh murid dan dua gu-ru TKPS.

Seorang lagi pemandu kembara dari Singapura yang mengikutiekspedisi itu turut terkorban.

Antara mereka yang ke Sabah semalam termasuk ibu bapa dananggota keluarga terdekat Sonia Jhala, salah seorang murid yangterkorban dalam tragedi itu.

Beberapa ibu bapa yang anak mereka terselamat turut menyer-tai kumpulan tersebut – ada yang membawa anak mereka.

Cik Mandeep Tamana, yang kini menetap di Perth, Australia,menyertai kumpulan itu tanpa kehadiran anaknya, Jayden Francis,yang cedera pada buku lali semasa ekspedisi berkenaan.

Beberapa ibu bapa yang anak mereka terselamat tetapi tidakmengikuti sesi pendakian itu turut berada di Terminal 2, LapanganTerbang Changi.

Cik Hazreen Mahmodd Hussain tiba seawal 6.30 pagi semalambersama anaknya, Hanis Umairah Mohd Ramlan, untuk memberiucap selamat kepada kumpulan tersebut.

Pada awalnya beliau dijangka pergi bersama kumpulan itu kera-na telah menyertai latihan bersama mereka sekitar Novembertahun lalu. Tetapi beliau mengundurkan diri sekitar Februari laluatas desakan anaknya.

Seorang lagi, Cik Farhan Darlan, ibu kepada pelajar Amal Ash-ley Lim, juga telah mengikuti sesi latihan sebelum menarik diri.

Ditanya tentang perkembangan anaknya, Cik Farhan berkataAmal kini sibuk dengan kerja sekolah dan kem bola jaring disekolah barunya yang berlangsung sekitar minggu ini.

Namun sejak dua minggu lalu, Cik Farhan mendapati anaknyaitu seakan kembali takut dan khuatir bersendirian.

“Keadaannya sama seperti semasa dia pulang dari ekspedisitersebut. Mungkin dia terkenang kembali tragedi itu,” kata Cik Far-han. – SHAHIDA SARHID.

ESHAHIDA [email protected]

SEMASA di Sekolah Rendah TelukKurau, Tasneem Begum Mohd Mustaphayang ketika itu berada di darjah enam se-ring mengalami masalah kegelisahan atauanxiety disorder.

Sebagai seorang pengawas, dia selalu be-rasa tertekan dalam usaha menonjolkankelakonan baik sama ada dari segi tingkahlaku ataupun pencapaian akademi.

Ia lebih membebankan apabila orang disekelilingnya menetapkan jangkaan tidakrealistik terhadap pelajarannya.

Ini yang membuatkannya rasa gelisah se-tiap kali bersendirian. Tangannya pula se-ring berpeluh dan menggeletar.

Mujur gurunya, Cikgu Raihanah Moha-med, yang mengetahui masalahnya, seringmemberikannya semangat dan dorongan.

Malah, untuk membuat Tasneem lebih te-nang, Cikgu Raihanah memberikannya se-buah buku Melayu berjudul Potret Dua Wa-jah.

Beliau kemudian menyuruh Tasneemmenulis kesudahan cerita tersebut.

Daripada situ, siapa sangka ia seakan‘menyelamatkan’ Tasneem daripada terusberasa gelisah dan membuatnya jatuh cintapada sastera.

Meskipun meraih agregat 239 bagi Pep-eriksaan Tamat Sekolah Rendah (PSLE)dan boleh melanjutkan pengajiannya dalamaliran ekspres di sekolah menengah biasa,Tasneem sebaliknya memilih mendalamibidang kesusateraan yang diminatinya.

Tasneem merupakan antara kelompokpertama pelajar bagi program Seni Kesusas-teraan di Sekolah Seni Singapura (Sota).

Program yang memberi tumpuan mem-bangunkan bakat pelajar dalam bidang kesu-sasteraan dan penulisan kreatif itu dilancar-kan bulan lalu.

Ini merupakan tambahan kepada lima la-gi program seni yang telah pun ditawarakanSota, termasuk tarian, muzik, filem, teaterdan seni visual.

Program Seni Kesusasteraan itu mem-beri peluang kepada pelajar yang mempu-nyai potensi dan bakat serba boleh sebagaipenulis, didedahkan kepada pelbagai genrepenulisan.

Ini termasuk menulis puisi, prosa, fik-syen, bukan fiksyen, skrip filem dan pemen-tasan, cerita pendek serta penulisan kewar-tawanan.

Mengongsi pengalamannya, Tasneemberkata seorang gurunya pernah membawabeliau dan rakan-rakannya ke Stesen Kere-ta Api Tanjong Pagar bagi sesi menulis.

“Kami ditanya apakah perasaan kami

apabila berada di sana, apa yang telah ber-laku sebelum itu dan apa yang mungkin ber-laku pada masa depan.

“Pengalaman berada di rel kereta api itujuga seakan-akan memberikan inspirasi un-tuk mengembangkan lagi idea penulisan ka-mi,” ujar Tasneem, anak bongsu dua be-radik itu.

Pelajar 13 tahun yang fasih dua bahasaitu juga berkata beliau gemar membaca bu-kan sahaja buku Inggeris, malah juga bukuMelayu.

“Setiap kali saya baca buku Melayu, pas-ti saya akan dapat mempelajari kosa kata ba-ru yang tidak pernah saya tahu sebelum ini.

“Secara tidak langsung, ini yang mem-buat saya lebih terdorong membacabuku-buku Melayu,” ujarnya yang gemarmembaca buku karya A. Samad Said.

Untuk menyelia pembangunan programSeni Kesusasteraan itu, Sota telah menubuh-kan satu panel penasihat khas.

Antara yang menerajui panel itu ialah En-cik Philip Jeyaretnam, pengerusi Sota yangjuga seorang penulis mapan; dan Dr MeiraChand, pengerusi hadiah Sastera Singapurayang juga penulis sembilan buku novel ter-laris.

Laba kelab EPL capai paras rekod £3.3b

Famili murid mangsa pula ingin ke puncak

Buku pemberianguru buatkan

pelajarjatuh cinta

pada sastera

MENANTI‘DURIANRUNTUH’: JuaraLiga PerdanaEngland LeicesterCity bakalmenikmatipendapatanbertambahmusim depan,hasil penjualanhak siarantelevisyen padaharga yang lebihtinggi. – FotoREUTERS

GEMAR MEMBACA: Mendalami bidangkesusasteraan di Sota menjadi pilihan Tasneemyang gemar membaca dan menulis dalam bahasaInggeris dan Melayu. – Foto SHAKIR SAIFUDDIN

Berita HarianSingapura

@BeritaHarianSG

IKUTI KAMI DI

BERGAMBAR SEBELUM BERANGKAT: Cik Hazreen (bertudung) dan anaknya, HanisUmairah (tiga dari kiri), serta Cik Farhan (lima dari kiri) sempat bergambar sebagaikenangan bersama beberapa ibu yang bakal mendaki puncak Gunung Kinabalu sebagaimemperingati ulang tahun setahun tragedi menyayat hati itu. – Foto ihsan HAZREENMAHMODD HUSSAIN

30JUMAAT, 3 JUN 2016 (27 SYAABAN 1437)

SETAHUN SELEPAS TRAGEDI GEMPA BUMI DI GUNUNG KINABALU

Diterbitkan dan dicetak oleh Singapore Press Holdings Limited. Co. Regn. No. 198402868E. Anggota Pengedaran Biro Audit Singapura. Perkhidmatan Pengguna (Pengedaran): 6388-3838, [email protected], Faks: 6746-1925.