tingkatan 1bm

6
Tingkatan 1 PANTUN ALAM REMAJA terdiri daripada unsur alam dan kerenah manusia. Maksud setiap rangkap 1 Elok rupanya kumbang jati, Dibawa itik pulang petang; Tidak terkatakan besar hati, Melihat ibu sudah pulang. pembayang pantun: unsur alam Anak-anak berasa sangat gembira apabila ibu tiba di rumah 2 Dibawa itik pulang petang, Dapat di rumput bilang-bilang; Melihat ibu sudah pulang, Hati cemas menjadi hilang. Pembayang pantun: unsur alam Apabila ibu sudah ada di hadapan mata, perasaan bimbang tiada lagi 3 Ayam kinantan terbang mengekas, Hinggap di ranting bilang-bilang; Melihat bonda pulang lekas, Hatiku besar bukan kepalang. pembayang pantun: unsur alam glosari: kinantan, iaitu putih seluruhnya / belaka Demi melihat ibu balik cepat / segera, anak-anak berasa terlalu seronok 4 Kita menari keluar bilik, Sebarang tari kita tarikan; Kita menyanyi adik-beradik, Sebarang nyanyi kita nyanyikan. pembayang pantun: kerenah manusia Sebagai tanda kegembiraan ibu sudah balik, secara spontan anak-anak menyanyi girang 5 Hanyut batang berlilit kumpai, Terdampar di ujung Tanjung Jati; Bonda pulang bapa pun sampai, Kita semua berbesar hati. pembayang pantun: unsur alam glosari: kumpai, iaitu sejenis rumput layu / paku-pakis ujung = hujung Sejurus setelah ibu balik rumah, ayah pula muncul. Perasaan gembira bertambah-tambah. 6 Ramai orang bersorak-sorak, Menepuk gendang dengan rebana; Alang besarnya hati awak, Mendapat baju dengan celana. pembayang pantun: Anak-anak berasa lebih girang / gembira apabila dibelikan baju dan seluar baharu 7 Mahulah kami hendak melapun,

Upload: uma-devi-verma

Post on 18-Jan-2017

245 views

Category:

Education


6 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatan 1bm

Tingkatan 1PANTUN ALAM REMAJA terdiri daripada unsur alam dan kerenah manusia.

Maksud setiap rangkap

1        Elok rupanya kumbang jati,                Dibawa itik pulang petang;          Tidak terkatakan besar hati,                Melihat ibu sudah pulang.

pembayang pantun: unsur alamAnak-anak berasa sangat gembira apabila ibu tiba di rumah

2        Dibawa itik pulang petang,                Dapat di rumput bilang-bilang;          Melihat ibu sudah pulang,                Hati cemas menjadi hilang.

Pembayang pantun:  unsur alamApabila ibu sudah ada di hadapan mata, perasaan bimbang tiada lagi

3         Ayam kinantan terbang mengekas,                 Hinggap di ranting bilang-bilang;           Melihat bonda pulang lekas,                 Hatiku besar bukan kepalang.

pembayang pantun:  unsur alamglosari:  kinantan, iaitu putih seluruhnya / belakaDemi melihat ibu balik cepat / segera, anak-anak berasa terlalu seronok

4        Kita menari keluar bilik,               Sebarang tari kita tarikan;          Kita menyanyi adik-beradik,               Sebarang nyanyi kita nyanyikan.

pembayang pantun:  kerenah manusiaSebagai tanda kegembiraan ibu sudah balik, secara spontan anak-anak menyanyi girang

5        Hanyut batang berlilit kumpai,                 Terdampar di ujung Tanjung Jati;          Bonda pulang bapa pun sampai,                 Kita semua berbesar hati.

pembayang pantun: unsur alamglosari:  kumpai, iaitu sejenis rumput layu / paku-pakis               ujung = hujungSejurus setelah ibu balik rumah, ayah pula muncul. Perasaan gembira bertambah-tambah.

6        Ramai orang bersorak-sorak,               Menepuk gendang dengan rebana;          Alang besarnya hati awak,               Mendapat baju dengan celana.

pembayang pantun:  Anak-anak berasa lebih girang / gembira apabila dibelikan baju dan seluar baharu

7       Mahulah kami hendak melapun,               Lapun dibawa orang menjaja;         Jangan marah kami berpantun,               Budak kecil biasa manja.

pembayang pantun:  kerenah manusiaglosari:  lapun, iaitu sejenis jerat bingkas apabila disentuh / jaring menangkap ikanAnak-anak berpantun sebagai tanda kemesraan dengan ibu bapaNilai murni

1   Kasih sayang: anak-anak . Ibu bapa sentiasa menunggu kepulangan ibu bapa ke rumah. Ikatan kekeluargaan yang kukuh

Page 2: Tingkatan 1bm

2   Kemesraan: anak-anak menyambut kepulang ibu bapa dengan gembira. Ibu bapa pula                           membelikan pakaian baharu3   Saling menghargai: Anak-anak menghargai pemberian ibu bapa. Ibu bapa pula melayan keletah /                                       kerenah anak dengan sabar

Persoalan(huraian gunakan seperti dalam nilai murni)1   Kasih sayang sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa2   Kemesraan dalam komunikasi keluarga3   Saling menghargai antara anggota keluarga

Pengajaran1   Kita hendaklah saling menyayangi sesama keluarga / antara anak dengan ibu bapa2   Kita hendaklah mengamalkan kemesraan dalam komunikasi keluarga3   Kita hendaklah saling menghargai antara anggota keluarga

Latihan1 Berdasarkan rangkap 1 hingga rangkap 3, mengapakah anak-anak berasa gembira?2Hubungan antara anak dengan ibu bapa perlu dipupuk sejak anak masih kecil.  Jelaskan pendapat anda. 3 Huraikan dua pengajaran berdasarkan pantun di atas.

Cerpen :-OrenSINOPSIS

Cerpen ini mengisahkan mengenai seekor kucing yang diberi nama Oren. Ayah yang pada mulanya

enggan membenarkan anak-anaknya memelihara kucing telah membawa Oren pulang dan dijadikan

sebahagian daripada ahli keluarga mereka. Pertanyaan ibu mengenai Oren terjawab juga apabila ayah

memberitahu bahawa dia telah melanggar ibu Oren. Tidak beberapa lama kemudian, seekor kucing lain

juga telah dibawa pulang, iaitu Kelabu yang akhirnya telah menimbulkan konflik kepada Oren.

Kehilangan Oren telah disedari oleh ayah dan seisi keluarga. Mereka mengaitkan kehilangan itu dengan

sikap Oren yang berasa iri hati dengan Kelabu yang berjaya menawan hati mereka sekeluarga. Setelah

ketiadaan Oren, ayah amat berasa kehilangannya sehingga bermimpi Oren pulang ke rumah tetapi

realitinya Oren telah ditemui mati oleh Anis di celah pokok tua yang tumbang.

TEMA

Kasih sayang kepada binatang.

Buktinya ayah sekeluarga telah memelihara dua ekor kucing yang diberi nama Oren dan Kelabu. Seluruh ahli keluarga telah menunjukkan minat masing-masing untuk memelihara binatang ini. Kedua-dua kucing ini dijaga dengan baik dan diberikan kasih sayang yang sepenuhnya.

PERSOALAN

i.      Hubungan baik antara manusia dan haiwan

Contoh: Ayah dan ahli keluarga memelihara dua ekor kucing dan sangat menyayangi kedua-dua kucing tersebut

ii.    Konflik antara Oren dan Kelabu

Contoh: Oren lebih banyak mengalah dan selalu mendiamkan diri. Malahan Oren akan membiarkan Kelabu makan dahulu dan baharulah dia mengahabiskan sisa-sisa makanan Kelabu.

iii.   Berkongsi minat yang sama

Contoh: Ayah berkongsi minat memelihara kucing dengan ahli keluarganya.

Nilai

i.      Kasih sayang – ayah dan keluarganya menyayangi kucing peliharaan mereka

ii.    Bertanggungjawab – ayah bertanggungjawab memelihara Oren selepas kematian ibunya

Page 3: Tingkatan 1bm

iii.   Baik hati – ayah memberikan makanan yang berkhasiat kepada kucing peliharaannya

Pengajaran

i.      Kita hendaklah mengamalkan sikap berkasih sayang walaupun kepada makhluk selain manusia.

ii.    Kita perlulah bertanggungjawab dalam melakukan sesuatu perbuatan dan tidak menganiayai orang lain,

iii.   Sifat baik hati adalah sifat yang terpuji dan perlu diamalkan oleh semua orang untuk menjamin

kesejahteraan dalam hidup.

 

 Novel:-Sejambak Bakti

Sinopsis Keseluruhan

Permulaan cerita menggambarkan keadaan fizikal Sekolah Menengah Seri Kayangan yang disimbah cahaya matahari pagi yang segar dan nyaman. Empat buah bangunan yang bercat kuning tersergam indah di dalam kawasan yang dihiasi dengan beraneka jenis pokok bunga. Sebuah bangunan satu tingkat terletak berhampiran dengan padang merupakan Kedai Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi yang tercatat dalam Undang-undang Kecil Koperasi. Cikgu Zulkifli selaku setiausaha mengemukakan usul. Yang pertama ialah melatih ahli-ahli koperasi untuk memelihara dan menternak ayam telur untuk menambahkan hasil pendapatan koperasi. Yang kedua ialah koperasi dicadangkan menjual makanan dan barang-barang keperluan untuk kemudahan ahi-ahli koperasi, guru dan kakitangan sekolah. Yang ketiga ialah menubuhkan bilik bacaan. Tuan Pegawai Koperasi bersetuju dengan usul yang dikemukakan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama dalam pertandingan. Guru-guru dan pelajar berasa gembira.

TEMANovel ini bertemakan perjuangan generasi muda untuk menubuhkan kedai koperasi di sekolah. Tuan pengetua, Cikgu Syamsudin selaku Pengerusi koperasi memaklumkan tujuan penubuhan koperasi. Cikgu Zulkifli selaku setiausaha telah mengemukakan beberapa usul untuk menjayakan kedai koperasi. Cikgu Zulkifli bersama-sama dengan murid bergotong-royong untuk mengemas bilik bacaan dan membersihkan reban ayam hasil kedai koperasi. Tuan Penolong Pengarah Pembangunan Koperasi Bahagian Fungsi Sekolah-sekolah melawat Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan. Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan bersetuju untuk

menyertai pertandingan koperasi maju, berjaya dan baik pentadbirannya. Ahli Lembaga Pengarah Koperasi dan guru-guru bekerja dengan bersungguh-sungguh untuk merealisasikan hasrat mereka. Akhirnya, hasil daripada usaha guru-guru dan murid-murid, Koperasi Sekolah Menengah Seri Kayangan mendapat tempat pertama.

Persoalan

Terdapat beberapa persoalan dipaparkan dalam novel ini, antaranya:

i. Persoalan ekonomi

Contoh: Kemajuan ekonomi dalam kalangan penduduk Kampung Serdang. Kesedaran tentang pentingnya semangat usahawan dalam kalangan generasi muda. Penubuhan koperasi sekolah dapat melatih pelajar dalam bidang perniagaan pada peringkat awal. Sudah ada orang Melayu yang berjaya dalam dunia perniagaan. Contohnya Encik Aziz, pemilik Kedai Buku Indera Store. Kesungguhan orang Cina dalam dunia perniagaan. Encik Aik mengatakan mesti bersungguh-sungguh bekerja seperti orang Jepun untuk maju.

ii. Persoalan kasih sayang seorang ibu

Contoh: Kasih sayang seorang ibu kepada anak dapat dikesan melalui watak Mak Sopiah. Mak Sopiah sentiasa menjaga kebajikan Razali. Mak Sopiah sentiasa menghantar minuman petang ke tempat Razali belajar dan mempertahan Razali daripada kemarahan bapa tirinya.

iii. Persoalan hubungan persahabatan yang positif

Page 4: Tingkatan 1bm

Contoh: Pergaduhan dalam kalangan pelajar sekolah sehingga membawa kepada kecederaan.

Cadangan jawapan

Contoh: Ramlah, Rozita dan Saridevi pernah ke rumah Razali untuk belajar. Razali berserta sahabatnya yang lain juga turut bersama-sama bergotong royong bagi menjayakan koperasi sekolah.

Contoh: Razali sudi membantu Munir sewaktu Munir digantung sekolah selama seminggu walaupun sebelum ini mereka bermusuhan.

iv. Persoalan semangat kerjasama

Contoh: Semangat kerjasama antara pengetua, guru-guru, pelajar, Encik Aik Hong dan Encik Aziz untuk menjayakan koperasi sekolah.

v. Persoalan ketabahan

Contoh: Ketabahan Razali menghadapi gangguan Munir, Leong dan Silvam.

Contoh: Ketabahan Razali berdepan dengan bapa tirinya yang menghalaunya dari rumah tanpa kesalahan yang nyata.

Contoh: Ketabahan pelajar dan guru-guru Sekolah Menengah Seri Kayangan untuk menjayakan koperasi sekolah.

vi. Persoalan kekeluargaan

Contoh: Hubungan kekeluargaan yang positif antara Mak Sopiah dan Razali.

vii. Persoalan kepimpinan

Contoh: Pengetua sekolah sentiasa memberi sokongan kepada guru dan pelajar.

dalam menjayakan koperasi sekolah.

viii. Persoalan gejala Sosial

Page 5: Tingkatan 1bm

1   Anak-anak berasa besar hati demi melihat ibu sudah pulang, lalu hilanglah rasa cemas apabila  ibu pulang lekas.

2   Saya bersetuju bahawa hubungan antara anak dengan ibu bapa perlu dipupuk sejak anak masih kecil. Anak-anak kecil yang dilayan dengqn penuh kasih sayang dengan bahasa dan     komunikasi mesra dalam keluarga akan membetuk perwatakan yang bakal dibawa ke alam     remaja, muda dan dewasa. Anak-anak kecil masih mudah dibentuk seperti maksud peribahasa'   melentur buluh biarlah dari rebungnya.

cara-cara untuk menceriakan kawasan sekolah. Sekolah merupakan tempat kita belajar dan menuntut ilmu. Alam sekitar yang kondusif akanmempengaruhi pelajar menelaah pelajaran dalam suasana yang seronok. Setiap pelajar akan berasa selesa jika persekitaran sekolahnya bersih dan ceria. Oleh itu, pihak sekolah perlu mengambil tindakan yang sewajarnya untuk menceriakan kawasan sekolah.

Salah satu tindakan untuk menceriakan kawasan sekolah adalah dengan mengadakan program gotong-royong. Aktiviti gotong-royong ini harus diadakan secara berkala untuk membersihkan kawasansekolah. Dalam hal ini, seisi warga sekolah harus melibatkan diri supaya mereka memahami mesej dalam peribahasa yang berat sama dipikul, yang ringan sama dijinjing. Pada waktu sama, kerja dapat disiapkan dengan cepat dan mudah.

Pihak sekolah juga wajar mengadakan taman bunga untuk meningkatkan keceriaan sekolah. Usaha ini dapat dijayakan dengan mengadakan program ‘Sekolah dalam Taman’. Dalam hal ini, pelajar-pelajar sekolah menanam pokok-pokok bunga dan tumbuh-tumbuhan hijauan di kawasan sekolah. Untuk menjayakan hasrat ini, pihak pentadbiran sekolah boleh membina kolam ikan, pondokbacaan dan pancuran air seperti air terjun sebagai daya tarikan yang menakjubkan. Dengan ini, persekitaran sekolah menjadi lebih nyaman dan berudara segar.

Selain itu, pertandingan kelas terbersih perlu diadakan pada setiap minggu. Dalam hal ini setiap pelajar akan menjalankan tugas masing-masing untuk membersihkan kelas mereka seperti mengelap cermin tingkap, menyapu lantai dan membalut meja murid dan guru. Untuk memastikan pelajar-pelajar tekun menjalankan tanggungjawab, guru bertugas perlulah memantau dan menilai kebersihan kelas pada setiap hari. Kelas terbersih dan terkotor patut diumumkan dalam perhimpunan mingguan untuk menaikkan semangat para pelajar.

Sebagai kesimpulan, seluruh warga sekolah hendaklah bekerjasama untuk menceriakan kawasan sekolah seperti bukit sama didaki, lurah sama dituruni. Hubungan erat antara guru, pelajar dengan kakitangan sekolah seperti isi dengan kuku penting untuk menentukan persekitaran sekolah yang bersih dan ceria.