tingkatan 1 bab 4

44
KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI

Upload: cikguzue

Post on 09-Aug-2015

103 views

Category:

Science


5 download

TRANSCRIPT

Page 1: Tingkatan 1 bab 4

KEPELBAGAIAN SUMBER DI BUMI

Page 2: Tingkatan 1 bab 4

• Bumi (earth) adalah satu-satunya planet dalam sistem solar yang didiami oleh hidupan.

• Air, udara, tanah, mineral, bahan api fosil dan benda hidup adalah sumber yang paling penting di bumi.

• Air, udara, tanah, mineral dan bahan api fosil adalah sumber yang tidak hidup.

• Sumber-sumber asas ini amat diperlukan untuk mengekalkan proses kehidupan manusia dan semua organisma yang hidup di bumi.

Page 3: Tingkatan 1 bab 4

AIR

• Air meliputi dua-pertiga daripada permukaan bumi. Hanya kira-kira 1% sahaja air bumi yang digunakan. Kira-kira 97% lagi adalah air laut dan 2% dibekukan dalam bentuk glasier dan kawasan kutub.

• Semua hidupan di bumi memerlukan air untuk terus hidup. Kehilangan air dalam sel hidup dipanggil dehidrasi (dehydration).

Page 4: Tingkatan 1 bab 4

UDARA

• Udara yang terdapat di sekeliling bumi dipanggil atmosfera (atmosphere). Udara mengandungi gas penting yang menyediakan bahan-bahan untuk menyokong kehidupan.

• Semua hidupan memerlukan oksigen untuk bernafas. Tumbuhan memerlukan udara untuk menjalankan fotosintesis (photosynthesis).

Page 5: Tingkatan 1 bab 4

TANAH

• Tanah (soil) yang meliputi kebanyakan permukaan tanah bumi dipanggil kerak (crust). Tanah adalah suatu campuran zarah mineral dan batu, tinggalan organisma mati, air dan udara.

Page 6: Tingkatan 1 bab 4

TANAH• Kepentingan tanah (soil) kepada tumbuh-tumbuhan• Tumbuhan memerlukan air dan mineral untuk membesar (grow).

Tanpa air didalam tanah (soil), mineral tidak boleh dilarutkan (dissolve), dan ianya akan menyebabkan pertumbuhan dan perkembangan sesuatu tumbuhan itu terbantut (stunted).

• Akar tumbuhan memerlukan udara didalam tanah bagi menjalankan respirasi (respiration).

• Kepentingan tanah kepada haiwan– Untuk menjalankan aktiviti penternakan dan pertanian.– Untuk menghasilkan kraftangan daripada tanah liat dan kaca.– Sebagai tapak pembinaan bagi kawasan perumahan, bangunan, dan kilang-kilang.– Sebagai sumber untuk bekalan bahan api seperti petroleum, gas asli, dan arang

batu.– Sebagai sumber utama untuk pelbagai bahan-bahan kimia dan mineral.– Untuk pengekstrakan logam-logam seperti timah , emas , dan besi. Logam-logam

adalah bahan utama dalam pembinaan bangunan-bangunan dan jentera.

Page 7: Tingkatan 1 bab 4

BAHAN API FOSIL

• Bahan api fosil (fossil fuels) terdiri daripada fosil tumbuhan dan haiwan berusia ratusan juta tahun. Bahan api fosil terdiri daripada petroleum (minyak), gas asli dan arang batu.

• Produk petroleum (seperti petrol dan diesel) digunakan pada kereta, bas, keretapi, dan kapal terbang.

• Arang batu digunakan dalam loji janakuasa untuk menghasilkan elektrik.

• Gas asli digunakan dalam industri pembuatan, untuk memanas, memasak, atau sebagai bahan api kenderaan.

Page 8: Tingkatan 1 bab 4

BENDA HIDUP• Benda-benda hidup/hidupan (living things) seperti haiwan dan

tumbuhan adalah sumber yang penting bagi manusia untuk mendapatkan makanan, bahan pakaian dan bangunan, dan bahan api.

• Sumber makanan yang diperolehi daripada ayam dan makanan laut dan sayur-sayuran dan buah-buahan.

• Sumber bahan untuk pakaian diperolehi daripada kulit haiwan (seperti biri-biri, ulat sutera, dan buaya) dan tumbuhan (seperti kapas, pokok getah).

• Sumber bahan binaan diperoleh dari kayu, rotan, casuarina, nibung, dll.

• Sumber bahan api diperolehi daripada minyak sawit dan pokok getah.

Page 9: Tingkatan 1 bab 4

4.2

UNSUR, SEBATIAN DAN CAMPURAN

Page 10: Tingkatan 1 bab 4

UNSUR• Elemen (element) atau unsur adalah bahan yang paling

ringkas/mudah (simplest substance). Ianya tidak boleh dipisahkan dengan menggunakan kaedah kimia kepada apa-apa komponen yang lebih ringkas/mudah lagi.

Semua unsur (element) adalah terdiri daripada hanya satu jenis atom sahaja.

Terdapat beberapa unsur yang mempunyai atom dari jenis yang sama, yang bergabung untuk membentuk molekul.

Terdapat 112 jenis unsur. Daripada jumlah tersebut, 92 jenis unsur adalah terjadi secara semulajadi di bumi, manakala 20 dicipta oleh para saintis.

Page 11: Tingkatan 1 bab 4

Contoh-contoh unsur

• Emas (gold).• Zink (zinc).• Besi (iron).• Oksigen (oxygen).• Karbon (carbon).• Nitrogen.• Hidrogen (hydrogen).• Aluminium.

Page 12: Tingkatan 1 bab 4
Page 13: Tingkatan 1 bab 4

UNSUR

Logam Bukan logam

Page 14: Tingkatan 1 bab 4

LOGAM87 jenis logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh logam:Kalium (potassium)Kalsium (calsium)MagnesiumMerkuri/raksa (mercury)Natrium (sodium)Perak (silver)Kuprum/tembaga (copper)PlatinumEmas (gold)

Page 15: Tingkatan 1 bab 4

BUKAN LOGAM17 jenis bukan logam telah dikenal pasti.

Contoh-contoh bukan logam: • Hidrogen (hydrogen)• Oksigen (oxygen)• Fluorin (fluorine)• Klorin (chlorine)• Karbon (carbon)• Fosforus (phosphorus)• Bromin (bromine)• Iodin (iodine)• Nitrogen• Sulfur (sulphur)

Page 16: Tingkatan 1 bab 4

• Kebanyakan bukan logam wujud dalam bentuk gas pada suhu bilik (room temperature). Tetapi, terdapat juga beberapa bukan logam yang wujud sebagai pepejal dan cecair.

Contoh-contoh bentuk bukan logam pada keadaan suhu bilik:Pepejal (cth: karbon, sulfur, iodin, selenium, fosforus)

• Cecair (cth: bromin)• Gas (cth: hidrogen, helium, oksigen, fluorin, neon,

klorin, argon, krypton, xenon, radon)

Page 17: Tingkatan 1 bab 4

Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis sebatian serta komponen-komponennya.

Page 18: Tingkatan 1 bab 4
Page 19: Tingkatan 1 bab 4
Page 20: Tingkatan 1 bab 4
Page 21: Tingkatan 1 bab 4
Page 22: Tingkatan 1 bab 4

MEMECAHKAN (BREAKING DOWN) SEBATIAN DENGAN PEMANASAN

• Memecahkan sebatian gula (sugar)

Satu sudu gula dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan dipanaskan dengan kuat (heated strongly).

Page 23: Tingkatan 1 bab 4

• Pemerhatian:1. Gula berwarna putih sebelum pemanasan.2. Semasa pemanasan pepejal hitam (karbon) terbentuk.3. Selepas pemanasan dan dibiarkan sejuk, titisan air terpeluwap (condense) pada dinding tabung uji.

Kesimpulan:Gula dipecahkan kepada karbon (unsur) dan air (sebatian) apabila dipanaskan.

Page 24: Tingkatan 1 bab 4

• Memecahkan sebatian merkuri oksida (mercury oxide)

Sedikit merkuri oksida (mercury oxide) dimasukkan ke dalam tabung uji yang kering dan

Page 25: Tingkatan 1 bab 4

• Pemerhatian:1. Merkuri oksida berwarna kuning sebelum pemanasan.2. Semasa pemanasan, gas yang dilepaskan didapati boleh menyalakan kayu uji berbara.2. Merkuri berwarna perak (silver) terbentuk pada dinding tabung uji.

Kesimpulan:Merkuri oksida dipecahkan kepada merkuri (unsur) dan oksigen (unsur) apabila dipanaskan.

Page 26: Tingkatan 1 bab 4

Memecahkan (breaking down) sebatian dengan elektrolisis

• Memecahkan sebatian air tulen (pure water)

Page 27: Tingkatan 1 bab 4

• Pemerhatian:Gas tidak berwarna dikumpulkan ke dalam kedua-dua tabung uji, P dan Q. Gas dalam P menyalakan kayu uji berbara, manakala gas dalam Q menghasilkan bunyi 'pop' apabila diuji dengan kayu uji yang menyala.

•Kesimpulan:Air adalah sebatian daripada unsur oksigen dan unsur hidrogen. Pemecahan air oleh arus elektrolisis menghasilkan gas oksigen dalam P tiub dan gas hidrogen dalam tiub Q.

Page 28: Tingkatan 1 bab 4

Memecahkan sebatian kuprum (II) klorida (copper (II) chloride)

Page 29: Tingkatan 1 bab 4

• Pemerhatian:Gas berwarna kuning kehijauan (greenish-yellow) dan berbau sengit (pungent smell) dikeluarkan pada elektrod positif. Mendakan kuprum berwarna perang kemerahan (reddish brown copper precipitate) didapati terhasil pada elektrod negatif.

•Kesimpulan:Sebatian kuprum (II) klorida dipisahkan kepada unsur-unsurnya, iaitu klorin (gas berwarna kuning kehijauan) dan kuprum (pepejal berwarna perang kemerahan) apabila arus elektrik melaluinya.

Page 30: Tingkatan 1 bab 4

CAMPURAN• Campuran (mixtures) adalah terdiri daripada dua atau

lebih bahan (substances) yang digabungkan secara fizikal (combined physically), contohnya, dengan mengacau (stirring).

• Bahan-bahan di dalam campuran tidak bersatu (do not unite) oleh tindak balas kimia. Jadi, komponen-komponen di dalam campuran boleh dipisahkan dengan secara fizikal (physical means).

Page 31: Tingkatan 1 bab 4

• Campuran homogen (homogenous mixture) terbentuk apabila bahan dicampur dengan sama rata dan identiti setiap bahan tidak dapat dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, larutan garam biasa dan minuman ringan.

Campuran heterogen (heterogenous mixture) terbentuk apabila bahan boleh dikenal pasti dengan mudah. Contohnya, udara.

Page 32: Tingkatan 1 bab 4

Keterangan di bawah menunjukkan beberapa jenis campuran serta komponennya.

• Udara Komponen: Nitrogen, oksigen, karbon dioksida, gas lengai (inert gas), habuk, mikroorganisma, wap air.

• Tanah Komponen: Air, pasir, tanah liat, tanah gambut, kerikil, humus.

• Air laut Komponen: Natrium klorida, air, magnesium, kalsium, oksigen.

• Air limau Komponen: Garam, gula, limau.

Page 33: Tingkatan 1 bab 4

• Jeruk buah-buahan Komponen: Buah-buahan, garam, gula, cuka air.

• Kari Komponen: Santan kelapa, gula, garam, rempah, serbuk cili.

• Makanan ringan Komponen: Garam, gula, perisa, pewarna, pengawet.

• Darah Komponen: Hormon, sel darah, nutrien, mineral, air, plasma, oksigen

Page 34: Tingkatan 1 bab 4

Bahan yang terdapat di dalam suatu campuran boleh dipisahkan secara fizikal dengan menggunakan proses-proses berikut:

• Penurasan (Filtration)• Pengayakan (Sieving)• Penyejatan (Evaporation)• Penyulingan (Distillation)• Kromatografi (Chromatography)• Pengekstrakan (Extraction)• Menggunakan magnet (Using a magnet)• Pemendakan (Precipitation)

Page 35: Tingkatan 1 bab 4

4.3

KEPENTINGAN KEPELBAGAIAN SUMBER BUMI KEPADA MANUSIA

Page 36: Tingkatan 1 bab 4
Page 37: Tingkatan 1 bab 4
Page 38: Tingkatan 1 bab 4
Page 39: Tingkatan 1 bab 4
Page 40: Tingkatan 1 bab 4
Page 41: Tingkatan 1 bab 4
Page 42: Tingkatan 1 bab 4
Page 43: Tingkatan 1 bab 4
Page 44: Tingkatan 1 bab 4