tingkah laku murid.doc

10
i) Tingkah Laku Negatif Jadual di bawah menunjukkan kekerapan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh mu muri pada dtempoh masa yang ditetapkan. Jadual 2 : ekerapan tingkah laku Negatif !urid "ebelum kajian tindakan "emasa kajian tindakan "elepas kajian tindakan # e m e r h a t i a n s e l a m a $ j a m w a k t u # d # "asaran kajian !$ !2 !$ !2 !$ !2 $.!engganggu%berbual dengan rakan & ' ( ( $ $ 2. membuat kerja sambil lewa% tidak mendengar arahan. ( 2 $ $ - (. menunjukkan muka bosan ( 2 $ $ - - . termenung% memerhatikan persekitaran luar. ' $ $ $ &.tidak menumpukan perhatian pada akti*iti bertulis & ( 2 - $ +eberapa tingkah laku negatif bersama data- data yang dikumpul telah disenaraikan jadual di atas. ,ntara tingkah laku negatif yang telah saya perhatikan selama satu waktu proses #d# dijalankan ialah mengganggu atau berbual dengan rakan membuat ker sambil lewa atau tidak mendengar arahan menunjukkan muka bosan termenung dan jug menumpukan perhatian pada akti*iti mengira. ajah di atas pula menunjukkan perband kekerapan tingkah laku negatif sasaran kajian sebelum semasa dan selepas teknik /" dilaksanakan.

Upload: derrick-mckenzie

Post on 08-Oct-2015

17 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

i)Tingkah Laku Negatif

Jadual di bawah menunjukkan kekerapan tingkah laku negatif yang ditunjukkan oleh murid- muri pada dtempoh masa yang ditetapkan.

Jadual 2 : Kekerapan tingkah laku Negatif Murid

Sebelum kajian tindakanSemasa kajian tindakanSelepas kajian tindakanPemerhatian selama 1 jam waktu PdP

Sasaran kajianM1M2M1M2M1M2

1.Mengganggu/berbual dengan rakan563311

2. membuat kerja sambil lewa/ tidak mendengar arahan.43211-

3. menunjukkan muka bosan3211--

4. termenung/ memerhatikan persekitaran luar.644111

5.tidak menumpukan perhatian pada aktiviti bertulis4532-1

Beberapa tingkah laku negatif bersama data- data yang dikumpul telah disenaraikan dalam jadual di atas. Antara tingkah laku negatif yang telah saya perhatikan selama satu jam sepanjang waktu proses PdP dijalankan ialah mengganggu atau berbual dengan rakan, membuat kerja sambil lewa atau tidak mendengar arahan, menunjukkan muka bosan, termenung dan juga tidak menumpukan perhatian pada aktiviti mengira. Rajah di atas pula menunjukkan perbandingan kekerapan tingkah laku negatif sasaran kajian sebelum, semasa dan selepas teknik Sifir kahwin dilaksanakan.

Rajah 2:Kekerapan Tingkah Laku Negatif Murid 1

Berdasarkan rajah tersebut murid 1 telah menunjukkan tingkah laku termenung dan memerhatikan persekitaran sebanyak 6 kali iaitu kekerapan yang paling tinggi berbanding tingkah laku negatif yang lain. Sewaktu saya membuat pemerhatian, saya mendapati murid ini mudah terganggu dengan bunyi bising dan aktiviti yang berada di luar kelas. Murid ini seakan- akan tertarik untuk mengetahui keadaan yang berlaku . Semasa saya membuat aktiviti bersoal jawab dengan murid lain, murid ini kelihatan termenung dan berada di dalam dunianya sendiri. Sikap yang ditunjukkan oleh murid ini menyebabkan murid ini sering ditegur oleh guru . Namun begitu, semasa saya menggunakan teknik Sifir Kahwin dalam aktiviti pengajaran saya, tingkah laku ini dapat dikurangkan menjadi 1. Bagi menguji keberkesanan teknik yang telah saya gunakan, saya telah memerhatikan keadaan murid ini selepas saya melaksanakan teknik ini dan jumlah kekerapan yang ditunjukkan adalah 1.

Manakala sikap menunjukkan muka bosan pula menunjukkan kekerapan paling rendah iaitu 3 berbanding tingkah laku negatif yang lain. Murid ini merupakan murid yang ceria tetapi cara pengajaran saya yang menggunakan kaedah tradisional membuatkan murid ini cepat jemu sehingga menunjukkan muka bosan . Namun begitu, sikap ini mula berubah kepada 1 setelah saya memperkenalkan teknik Sifir Kahwin sewaktu proses PdP. Malah murid ini tidak lagi bosan apabila saya mengajar dia topik bahagi di dalam kelas. Hal ini dibuktikan apabila jumlah kekerapan berubah kepada sifar.

Tingkah laku mengganggu dan berbual dengan rakan pula mencatatkan kekerapan sebanyak 5 dan mula berkurangan kepada 3 semasa teknik ini dilaksanakan. Namun, selepas teknik ini dijalankan, bilangan kekerapan yang ditunjukkan berkurangan kepada 1. Tingkah laku sambil lewa / tidak mendengar arahan dan tidak menumpukan perhatian pada aktiviti mengira masing masing menunjukkan jumlah kekerapan 4. Semasa aktiviti dilaksanakan, tingkah laku sambil lewa ini mula menunjukkan perubahan sebanyak 2 dan menjadi 1 apabila pemerhatian dilakukan sekali lagi selepas saya menjalankan aktiviti ini. Manakala sikap tidak menumpukan perhatian pula berjaya dikurangkan kepada 3 semasa teknik Sifir Kahwin ini diaplikasikan. Walau bagaimanapun , selepas teknik ini dijalankan ,tingkah laku ini berubah kepada 0

Rajah 3 :Kekerapan Tingkah Laku Negatif Murid 2

Kekerapan tingkah laku yang paling tinggi ditunjukkan oleh murid 2 ialah mengganggu rakan dan berbual semasa saya menjalankan aktiviti membahagi. Murid ini lebih aktif dan peramah berbanding murid 1 yang menjadi sasaran kajian saya. Selama satu jam saya membuat pemerhatian, saya mendapati murid ini berbisik-bisik dengan murid di sebelahnya sehingga menyebabkan saya terpaksa menukarkan tempat duduknya . Namun begitu, situasi ini tidak bertahan dalam masa yang lama. Semasa saya menggunakan teknik Sifir Kahwin ini, saya mendapati sikap berbual dengan rakan

telah berkurangan kepada 3 kerana murid ini perlu mendengar dan memahami pengajaran saya. Saya berasa gembira kerana sikap ini telah berkurangan menjadi 1 selepas teknik tersebut dilaksanakan.

Tingkah laku negatif yang menunjukkan kekerapan paling rendah ialah menunjukkan muka bosan . Pada pemerhatian saya dia hanya menunjukkan wajah yang kurang ceria sebanyak 2 kali sepanjang proses pengajaran berlangsung . Namun begitu, semasa saya menggunakan teknik Sifir Kahwin dalam pengajaran , murid ini kelihatan gembira dan seronok dengan aktiviti yang dilakukan. Selepas pelaksanaan aktiviti tersebut, saya

membuat pemerhatian sekali lagi terhadap tingkah laku ini dan saya mendapati bilangannya berkurang menjadi 1.

Tingkah laku tidak menunjukkan perhatian semasa saya menjalankan aktiviti membahagi telah dicatat sebanyak 5 kali dan ini merupakan tingkah laku kedua tertinggi. Saya melihat murid ini sering memegang alat tulisnya seperti pemadam dan kadang- kadang kelihatan sedang menyorokkan sesuatu di bawah mejanya. Namun begitu, apabila saya menggunakan teknik Sifir Kahwindalam pengajaran, tingkah laku ini hanya dicatat sebanyak 2 kali dan berkurangan menjadi satu selepas teknik ini

dijalankan. Sementara tingkah laku termenung dan memerhatikan persekitaran luar mencatatkan kekerapan sebanyak 4 kali sebelum aktiviti dilaksanakan dan berkurangan menjadi 1 semasa saya melaksanakan teknik Sifir Kahwin dan akhirnya menjadi sifar pada pemerhatian terakhir selepas saya menjalankan teknik ini. Murid ini juga menunjukkan sikap sambil lewa sebanyak 3 kali serta tidak mendengar arahan yang diberikan semasa saya menjalankan pengajaran. Namun begitu, sikap ini mula menunjukkan perubahan kepada 1 semasa saya menjalankan teknik Sifir Kahwin dan akhirnya menjadi 0 pada pemerhatian saya yang terakhir.

ii) Tingkah Laku Positif

Jadual 3: kekerapan tingkah laku positif murid 1 dan 2

Sebelum teknik Sifir Kahwin dilaksanakanSemasa teknik Sifir Kahwin dilaksanakanSelepas teknik Sifir Kahwin dilaksanakanPemerhatian selama 1 jam waktu PdP

1.mengangkat tangan / cuba menjawab soalan guru215365

2.melibatkan diri secara aktif di dalam kelas. 122355

3. mendengar arahan guru213274

4.memberi maklum balas positif-21436

5.menunjukkan wajah yang ceria1-4467

Berpandukan jadual di atas, saya telah membuat pemerhatian terhadap beberpa tingkah laku postif selama satu jam waktu Pdp. Antara tingkah laku yang diberi perhatian ialah menumpukan perhatian semasa aktiviti membahagi dijalankan, melibatkan diri secara aktif, mendengar arahan yang diberi oleh guru, menyiapkan kerja yang diberi dan memberri maklum balas yang positif semasa proses PdP.

Rajah 4: Kekerapan Tingkah Laku Positif Murid 1

Berdasarkan graf tersebut, tingkah laku yang menunjukkan kekerapan tertinggi ialah tingkah laku mendengar arahan yang diberikan oleh guru iaitu 7. Pada mulanya , sebelum saya menggunakan teknik Sifir Kahwin ini, tingkah laku ini hanya mencatatkan kekerapan sebanyak 2 kali .dan mula meningkat kepada 3 ketika saya mula menggunakan teknik ini dalam proses PdP.

Tingkah laku yang menunjukkan kekerapan terendah ialah tingkah laku memberi maklum balas positif iaitu 3. Sebelum teknik Sifir Kahwin dilaksanakan, murid ini tidak memberi maklum balas yang positif semasa saya menjalankan aktiviti membahagi, namun tingkah laku ini mula meningkat kepada 1 apabila dia tertarik dengan teknik Sifir Kahwin yang diadakan di dalam kelas. Pemerhatian yang terakhir telah mencatatkan kekerapan sebanyak 3 apabila selepas saya menggunakan teknik ini sewaktu pengajaran. Murid ini juga sangat berminat dengan teknik ini apabila saya menyediakan peneguhan dan ganjaran apabila beliau berjaya menyelesaikan soalan yang terdapat dalam aktiviti tersebut.

Bagi tingkah laku menjawab soalan yang diberi oleh guru , kekerapan yang berjaya dicatat ialah 2 iaitu sebelum teknik Sifir Kahwin dilaksanakan. Pada mulanya murid ini tidak berminat untuk menjawab soalan yang saya berikan berbanding dengan murid murid lain yang berebut- rebut mengangkat tangan untuk menjawab soalan. Namun semasa teknik Sifir Kahwin dilaksanakan, jumlahnya mula meningkat kepada 5 dan akhirnya mencapai 6 melalui pemerhatian yang dibuat selepas teknik ini dijalankan. Kekerapan ini dicatat berdasarkan bilangan murid ini cuba menjawab soalan yang saya berikan. Dia juga kelihatan lebih aktif dan yakin berbanding sebelum ini.

Jika sebelum ini, murid ini tidak memberi maklum balas yang positif terhadap aktiviti yang dilakukan . dia juga kelihatan memencilkan diri dan sering mengelak untuk bekerjasama dengan rakan- rakan apabila saya mengadakan aktiviti berkumpulan. Walau bagaimanapun, semasa saya memperkenalkan teknik ini, tingkah laku ini mula meningkat kepada 1 kerana saya percaya teknik Sifir Kahwin dapat memupuk sikap berkumpulan dan tolong menolong ke dalam diri murid ini. Pada pemerhatian yang saya lakukan selepas teknik ini , bilangan kekerapan telah meningkat kepada 3.

Tingkah laku yang terakhir ialah tingkah laku menunjukkan wajah yang ceria semasa saya menjalankan prose PdP . Tingkah laku ini menunjukkan kekerapan sebanyak 1 dan mula meningkat kepada 4 semasa saya menggunakan teknik Sifir Kahwin dalam pengajaran. Pada pemerhatian yang terakhir, murid ini telah menunjukkan riak muka yang positif dan ceria sehingga mencatatkan bilangan kekerapan sebanyak 6.

Rajah 5 : Kekerapan Tingkah Laku Positif Murid 2

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

EMBED Excel.Chart.8 \s

_1485536515.xlsChart1

255

125

234

016

147

sebelum

semasa

selepas

Tingkah laku positif

kekerapan

Kekerapan Tingkah Laku Positif Murid 1 Sebelum, Semasa Dan Selepas PdP Menggunakan Teknik "Sifir Kahwin"

Sheet1

sebelumsemasaselepas

cuba menjawab soalan guru255

melibatkan diri secara aktif125

mendengar arahan guru234

memberi maklum balas positif016

menunjukkan wajah yang ceria147

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1485536521.xlsChart1

631

310

210

411

511

sebelum

semasa

selepas

Tingkah Laku Negatif

kekerpan

Kekerapan Tingkah Laku Negatif Murid 2 Sebelum, Semasa Dan Selepas PdP Menggunakan Teknik Sifir Kahwin

Sheet1

sebelumsemasaselepas

berbual631

membuat kerja sambil lewa310

menunjukkan muka bosan210

termenung/ memerhatikan persekitaran luar411

tidak menumpukan perhatian511

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1485536526.xlsChart1

531

421

310

641

430

sebelum

semasa

selepas

Tingkah Laku Negatif

kekerapan

Kekerapan Tingkah Laku Negatif Murid 1 Sebelum, Semasa Dan Selepas PdP Menggunakan Teknik Sifir Kahwin

Sheet1

sebelumsemasaselepas

berbual531

membuat kerja sambil lewa421

menunjukkan muka bosan310

termenung641

tidak menumpukan perhatian430

To resize chart data range, drag lower right corner of range.

_1485536509.xlsChart1

135

235

124

246

047

sebelum

semasa

selepas

Tingkah Laku Positif

kekerapan

Kekerapan Tingkah Laku Positif Murid 2 Sebelum, Semasa Dan Selepas PdP Menggunakan Teknik Sifir Kahwin

Sheet1

sebelumsemasaselepas

cuba menjawab soalan135

melibatkan diri secara aktif235

mendengar arahan guru124

memberi maklum balas yang positif246

menunjukkan wajah yang ceria047

To resize chart data range, drag lower right corner of range.