timer 555

Upload: mohd-shufi-abd-rahim

Post on 11-Oct-2015

93 views

Category:

Documents


0 download

DESCRIPTION

Penerangan Timer

TRANSCRIPT

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    53

    PEMASA Pengenalan Pemasa 555 ialah satu litar integrasi yang sangat stabil. Pemasa kebiasaanya diguna untuk menjana masa tunda (time delay) yang tepat dan juga menjana ayunan (osillation). Ianya berfungi dalam dua mod iaitu Mod Astabil (Astable) dan mod monostabil (monostable) Susunan Pin

    Rajah 6.1 : Konfigurasi pin pemasa 555

    1 pin bumi (ground) 2 pin picu (trigger) 3 pin keluaran 4 pin reset 5 pin kawalan voltan 6 pin voltan ambang (threshold voltage) 7 pin buang cas 8 pin bekalan

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    54

    Binaan Dalaman Rajah 6.2 di bawah menunjukkan litar skematik binaan dalaman bagi suatu cip litar terkamil pemasa 555 dimana ia terdiri dari tiga perintang, dua pembanding, satu flip-flop S-R dan satu transistor.

    Rajah 6.2 : Binaan dalaman pemasa 555

    Berikut ialah huraian mengenai fungsi bagi setiap pin yang terdapat pada binaan dalaman pemasa 555 Pin 1 : Bumi Punca sambungan ke bumi Pin 2 : Voltan picu

    Ia digunakan untuk memicu voltan agar bahagian pembanding 2 dapat membandingkan voltan picu ini dengan 1/3 Vcc. Seterusnya keluaran pada pin 3 bergantung kepada denyut isyarat picu pin 2

    Pin 3 : Keluaran

    Punca sambungan ke keluaran

    Pin 4 : Reset Digunakan untuk mengeset semula keluaran kepada keadaan asal atau keadaan peringkat tetap. Pemasa 555 boleh direset dengan mengenakan denyut negative pada pin ini. Bila tidak digunakan, pin ini disambung ke +Vcc untuk mengelak picuan palsu

    Pin 5 : Voltan kawalan Ia digunakan untuk mengawal voltan ambang serta berfungsi sebagai pelencong hingar (noise diverter) jika pemuat di kenakan ke bumi. Dalam kendalian mod monostabil dan astabil, biasanya pin ini disambung ke bumi melalui pemuat 0.01 F

    Pin 6 : Voltan Ambang Punca ini berfungsi untuk setkan flip-flop dan menentukan paras voltan di dalam litar. Bila voltan pada pin ini melebihi 2/3 Vcc, keluaran pembanding 1 akan HIGH dan menyebabkan keluaran timer akan LOW

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    55

    Pin 7 : Buang cas

    Pin ini disambung secara dalaman kepada collector transistor Q1. Bila keluaran HIGH Q1 OFF, ia akan menyebabkan litar terbuka kepada c. Pada output LOW Q1 adalah tepu, kapasitor C akan menyahcas melalui Q1

    Pin 8 : Voltan bekalan Pin bekalan + Vcc (5V hingga 18V) Pada asanya pemasa 555 beroperasi dalam dua mod iaitu:

    i. Pembilang getar astabil (Astable multivibrator) ii. Pembilang getar monostabil (monostable multivibrator)

    Pembilang Getar Astabil Rajah 6.3 di bawah menunjukkan pemasa disambungkan dalam mod pembilang getar astabil (Astable Multivibrator)

    Rajah 6.3 : Pembilang getar astabil

    Buat anggapan keluaran adalah HIGH pada peringkat awal. Pada masa ini Q

    adalah LOW, jadi transistor Q1 adalah OFF Kapasitor akan mula mengecas menuju nilai +Vcc melalui perintang RA dan RB.

    Semasa voltan pada kapasitor mencapai Vcc, pembanding 1 akan aktif dan mengeset flip-flop. Keluaran akan berubah dari keadaan HIGH kepada LOW. Pada masa ini Q adalah HIGH, jadi transistor Q1 adalah ON

    TL = 0.693RBC

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    56

    Apabila transistor Q1 ON, kapasitor Q1 akan membuang cas melalui RB dan transistor Q1 ke bumi. Apabila voltan pada kapasitor mencapai nilai Vcc, pembanding 2 akan aktif dan mereset flip-flop. Keluaran akan berubah dari LOW kepada HIGH. Pada masa ini Q adalah LOW, jadi transistor Q1 adalah OFF

    TL = 0.693(RA +RB)C

    Proses ini akan berterusan dan menghasilkan gelombang segiempat pada punca

    keluaran (pin 3)

    Masa mengecas Masa mambuang cas Vc

    Vcc

    Vcc

    + Vcc

    TH TL

    0

    Tempoh, T = TL + TH = 0.693 RBC + 0.693 (RA + RB)C = 0.693 (RA + 2RB)C

    Frekuensi, f = T1

    = CRR BA )2(693.0

    1+

    = CRR BA )2(

    44.1+

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    57

    Peratus kitar kerja, D = %100TTH

    = %100)2(693.0

    )(693.0 ++

    CRRCRR

    BA

    BA

    = %100)2(

    )( ++

    CRRCRR

    BA

    BA

    Pemasa 555 kendalian sebagai astabil

    Contoh Satu pemasa 555 disambugkan sebagai pembilang getar astabil. Jika diberi RA = 2.2K, RB = 3.9 K dan C = 0.1F. Lukiskan bentuk gelombang pada pin no 6 atau pin no 2 dan pin no 3. Kirakan TH, TL, frekuensi gelombang segiempat dan peratus kitar kerja

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    58

    Pembilang Getar Monostabil Monostabil multivibator ini juga dikenali sebagai shoot multivibrator . Ia merupakan satu litar penjana denyut dimana tempoh dikira dari rangkaian RC yang disambung pada bahagian luar pemasa . Monostabil Multivibrator ini adalah stabil pada keadaan keluarannya pada logic low (logic 0). Bila denyut picu dikenakan pada pin no 2 (biasanya denyut picu negatif) kel;uaran pemasa akan berubah kepada keadaan HIGH (+Vcc ) buat seketika dan berubah kepada keadaan LOW iaitu keadaan stabil . Keadaan ini akan kekal pada keadaan LOW sehingga denyut picu dikenakan semula . Rajah di bawah menunjukkan I.C. pemasa 555 disambungkan dalam mod monostabil.

    Apabila satu denyut pinggir negatif di suntik pada pin 2. Pembanding 2 akan menjadi aktif. Pada ketika ini F-F akan di reset. Keluaran F-F Q = 0 dan Q = 1 .

    Ini menyebabkan transistor T OFF. Kapasitor C dicaskan sehingga 2/3Vcc. Masa

    mengecas diberi oleh persamaan

    T = 1.1 RA C

    Apabila voltan kapasitor mencapai 2/3 Vcc, pembanding 1 akan menjadi aktif, dan mengesetkan F-F. Keluaran Q = 1 dan Q = 0. Dengan ini transistor T akan

    ON. Keadaan ini akan berterusan sehingga pin 2 menerima denyut picuan

    pinggir negatif yang seterusnya. Frekuensi isyarat keluaran ditentukan oleh

    frekuensi isyarat picuan manakala lebar denyutnya ditentukan oleh nilai RA dan

    juga kapasitor C.

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    59

    Bentuk Gelombang masukan dan keluaran

  • Unit 6 Pemasa

    Instrumentasi 1/2008

    60

    Soalan Latihan :

    1. Satu litar pemasa 555 yang disambungkan dalam mod kendalaian astabil dengan nilai-nilai componen seoerti berikut : RA = 10K, RB = 4.7K dan C = 0.1F. Kirakan :

    i. TH ii. TL iii. Tempoh, T iv. Frekuensi, F v. % kitar kerja

    2. Pemasa 555 di bawah disambungkan dalam mod astabil dan deserta nilai yang

    diberi. Pada voltan keluaran Vo, kirakan: i. Tempoh tinggi ii. Tempoh rendah iii. Frekuensi iv. Kitaran verja

    Diberi RA = 8K, RB = 3K, C = 0.1F

    3. Sebuah pemasa 555 disambungkan sebagai pembilang getar astabil. Pemua 0.01F yang digunakan sebagai pelencung hingar disambungkan pada pin 5 dan dibumikan. Jika frekuensi dan kitar verja bagi gelombang keluaran dikehendaki bernilai 30kHz dan 75% masing-masing:

    i. Kirakan nilai perintang-perintang yang diperlukan jika nilai pemuat yang sebumi dengannya bernilai 0.1F

    ii. Lukis dan labelkan litar binaan (rajah blok) pembilang getar astabil yang lengkap dengan semua nilai-nilai peranti yang digunakan beserta nombor pin

    iii. Lukiskan bentuk gelombang pada pin 6 atau pin 2 dan pada pin keluaran (pin3)