assalamualaikum.pitas.com.my/images/stories/halatujupelajarmaahadhafiz.pdf · maka tiada masalah...

4
Assalamualaikum. Kawan-kawan semua, Pagi ni saya membaca sedikit perkongsian tentang HALA TUJU PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DI MALAYSIA Mungkin info ini boleh membantu ibu bapa dan anak-anak yang belajar di tahfiz membuat keputusan tentang hala tuju mereka selepas memasuki Mahaad Tahfiz. Maklumat ini saya ambil dari beberapa sumber hanya sebagai pembacaan dan perkongsian info. Harap ibu bapa dapat juga buat semakan. Semoga bermanfaat.Insya Allah. 1. Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu menawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang TIDAK mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di sana mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkat Diploma hingga ke Ijazah terutama dalam bidang ‘Syariah Dan Hukum’. 2. KOLEJ HAFIZ KLANG: Menawarkan Program Diploma dalam Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al- Qiraat, 3 Tahun Pengajian. Terbuka kepada pelajar lepasan SPM dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi mereka yang tidak mempunyai asas Bahasa Arab dan tidak pernah menghafaz Al-Quran juga boleh memohon kerana Kolej Hafiz sedia membantu anda menjadi Hafiz Al-Quran. Berpeluang menyambung pelajaran Peringkat Ijazah ke luar Negara di Universiti Madinah dan Universiti Al-Azhar, Mesir. PERCUMA bagi yang LAYAK. Daftar Online di http://www.hafiz.edu.my . 3. Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL) Untuk Pelajar Tahfiz yang TIDAKmempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), suatu Program Peralihan Pelajar untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran YAPIS-UNISEL yang dinamakan Program Fast-Track SPM ataulebih dikenali sebagai Unismart akan ditawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang berkelayakan. 4. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui program APEL Pelajar Tahfiz juga boleh menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)untuk peringkat Sijil / Diploma / Ijazahmelalui APEL - Accreditation Of Prior Experiential Learning. Mereka menawarkan pengajian di bidang Perniagaan, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Seni Persembahan Boleh lihat http://www.mqa.gov.my/APEL/ 5. Kolej-Kolej Swasta Mereka menawarkan kursus-kursus tertentu peringkat Sijil & Diploma. Contoh : i) Kolej Komuniti Bermodular,INPENS International College, Institut Kerajaan atau Swasta yang menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Kursus-Kursus Jangka Pendek. 6. Menyambung ke Tingkatan 1

Upload: hanga

Post on 24-Feb-2018

288 views

Category:

Documents


7 download

TRANSCRIPT

Page 1: Assalamualaikum.pitas.com.my/images/stories/halatujupelajarmaahadhafiz.pdf · Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia

Assalamualaikum.

Kawan-kawan semua,

Pagi ni saya membaca sedikit perkongsian tentang HALA TUJU PELAJAR MAAHAD TAHFIZ DI MALAYSIA

Mungkin info ini boleh membantu ibu bapa dan anak-anak yang belajar di tahfiz membuat keputusan tentang

hala tuju mereka selepas memasuki Mahaad Tahfiz. Maklumat ini saya ambil dari beberapa sumber hanya

sebagai pembacaan dan perkongsian info. Harap ibu bapa dapat juga buat semakan. Semoga

bermanfaat.Insya Allah.

1. Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) – Terengganu

Kolej Universiti Darul Quran Islamiyyah (KUDQI) Terengganu menawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang TIDAK

mempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM). Di sana mereka dapat meneruskan pelajaran ke peringkat

Diploma hingga ke Ijazah terutama dalam bidang ‘Syariah Dan Hukum’.

2. KOLEJ HAFIZ KLANG:

Menawarkan Program Diploma dalam Diploma Tahfiz Al-Quran dan Al- Qiraat, 3 Tahun Pengajian. Terbuka

kepada pelajar lepasan SPM dan tidak melebihi 25 tahun. Bagi mereka yang tidak mempunyai asas Bahasa

Arab dan tidak pernah menghafaz Al-Quran juga boleh memohon kerana Kolej Hafiz sedia membantu anda

menjadi Hafiz Al-Quran. Berpeluang menyambung pelajaran Peringkat Ijazah ke luar Negara di Universiti

Madinah dan Universiti Al-Azhar, Mesir. PERCUMA bagi yang LAYAK. Daftar Online di

http://www.hafiz.edu.my .

3. Yayasan Pendidikan Islam Selangor (YAPIS) dengan kerjasama Universiti Selangor (UNISEL)

Untuk Pelajar Tahfiz yang TIDAKmempunyai Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), suatu Program Peralihan Pelajar

untuk menduduki kelas intensif Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) anjuran YAPIS-UNISEL yang dinamakan

Program Fast-Track SPM ataulebih dikenali sebagai Unismart akan ditawarkan kepada Pelajar Tahfiz yang

berkelayakan.

4. Agensi Kelayakan Malaysia (MQA) melalui program APEL

Pelajar Tahfiz juga boleh menyambung pelajaran di Institusi Pengajian Tinggi (IPT)untuk peringkat Sijil /

Diploma / Ijazahmelalui APEL - Accreditation Of Prior Experiential Learning. Mereka menawarkan pengajian di

bidang Perniagaan, Pendidikan, Teknologi Maklumat dan Seni Persembahan

Boleh lihat http://www.mqa.gov.my/APEL/

5. Kolej-Kolej Swasta

Mereka menawarkan kursus-kursus tertentu peringkat Sijil & Diploma.

Contoh :

i) Kolej Komuniti Bermodular,INPENS International College, Institut Kerajaan atau Swasta yang

menawarkan Sijil Kemahiran Malaysia (SKM) atau Kursus-Kursus Jangka Pendek.

6. Menyambung ke Tingkatan 1

Page 2: Assalamualaikum.pitas.com.my/images/stories/halatujupelajarmaahadhafiz.pdf · Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia

Bagi Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz seawal umur 8 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30 Juzuk Al

Quran setelah umur 12 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka memasuki melanjutkan Persekolahan arus

perdana (SPM – DEGREE – MASTER – PHD), ataumengambil aliran Agama [SPM dan STAM (Sijil Tinggi

Agama)]. Jika cemerlang boleh sambung belajar ke Universiti Timur Tengah (Mesir, Jordan, Yaman, Kuwait,

juga di Indonesia atau Thailand)

7. Mengambil Peperiksaan SPM

Kebiasaan Pelajar Tahfiz yang memasuki Tahfiz pada umur 13 tahun mereka akan berjaya menghafaz 30

Juzuk Al Quran setelah umur 16 tahun. Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah

untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

8. Kolej Universiti Insaniah (KUIN)

Juga menawarkan lepasan Pelajar Tahfiz untuk mengambil Peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

9. Menyambung Aliran Agama

Pelajar Tahfiz berpeluang menyambungPengajian Kitab ke Madrasah Sri Petaling, Madrasah Kubang Bujuk,

Pondok-Pondok Pesantren di Indonesia, Darul Ulum di India, Pakistan, Afrika Selatan atau menyambung

pengajian di Timur Tengah seperti di Mesir, Jordan, Arab Saudi, Yaman dan Maghribi.

Boleh lihat http:// www.mauizahrc.com

10. Pusat Giat Mara

Pusat Giat Mara juga menawarkan lebih 35Kursus-Kursus Kemahiran untuk Pelajar Tahfiz berumur 15 tahun

ke atas.

Boleh lihat http://eputra.com/permohonan-kemasukan-program-latihan-kemahiran-giatmara-2011/

11. Sijil Tahfiz Malaysia (JAKIM)

Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat Sijil Tahfiz Malayasia

(STM) dan boleh dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mereka yang

mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan pengajian ke

Universiti di dalam dan luar negara

Sila semak di internat atau lihathttp://www.darulquran.gov.my/

12. Pengiktirafan Lepasan Tahfiz dari Jabatan Agama Negeri

Pelajar Tahfiz juga berpeluang menjadiGuru Bertauliah Mengajar dengan mohon Kebenaran Mengajar dari

Jabatan Agama Islam Negeri masing-masing. Juga boleh mendapatkan pengesahan Al-Hafiz melalui

temuduga khas sebagai Pelajar Tahfiz dari Jabatan berkenaan.

13. Lain-lain Peluang bagi lepasan Pelajar Tahfiz

Sila semak di internat atau lihathttp://www.mohe.gov.my/…/Hala_Tuju_Pengajian_Islam_di_Malay…

Syarat Kelayakan Umum :-

a) Pelajar Tahfiz dengan hafalan minimum 10 Juzuk

b) Mempunyai kemahiran 5M (Membaca, Menulis, Mengira, Menghafal dan Memikir)

c) Berumur 17 tahun ke atas

d) Keutamaan kepada pelajar Hafiz 30 Juzuk dengan Sijil Syahadah / Khatam

Page 3: Assalamualaikum.pitas.com.my/images/stories/halatujupelajarmaahadhafiz.pdf · Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia

CARA PENGAMBILAN SIJIL PELAJARAN MALAYSIA (SPM) OLEH PELAJAR TAHFIZ

Pelajar Tahfiz yang ingin menduduki SPM tanpa ada PT3/PMR, mereka perlu mohon kebenaran dari Pengarah

Lembaga Peperiksaan Malaysia. Ibu bapa atau Penjaga perlu menulis surat kebenaran dan menyatakan

sebab-sebab tidak menduduki PT3/PMR. Setelah meneliti dan mempertimbangkan sebab-sebab itu, Lembaga

Peperiksaan Malaysia akan mengeluarkan Surat Kebenaran menduduki SPM sebelum usia 19 tahun.

Jika usia telah mencapai 19 tahun, kebenaran dari Pengarah Lembaga Peperiksaan Malaysia TIDAK

diperlukan lagi. Boleh terus ambil SPM, tetapi pastikan anda ambil subjek teras dan subjek syarat

wajib kemasukkan ke university, kerana jika anda tidak mengambil subjek syarat kemasukkan ke universiti,

maka anda tidak boleh menyambung kemana-mana universiti. Pilihan subjek untuk mengambil SPM, terpulang

kepada anda asalkan 6 subjek teras di ambil. Calon SPM hanya dibenarkan buat pilihan subjek elektif sahaja

Jakim Sediakan Pengiktirafan SIJIL TAHFIZ MALAYSIA (STM)

Darul Quran JAKIM memperkenalkan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) untuk memberi pengiktirafan kepada para

penghafaz Al-Quran di Malaysia yang tidak berpeluang mendapat pendidikan tahfiz Al-Quran secara formal

Syarat Menduduki Peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM)

Antara syarat kelayakan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tahfiz Malaysia (STM) ini ialah

Warganegara Malaysia Menghafaz 30 juzuk Al-Quran (disokong oleh dokumen-dokumen seperti sijil atau surat

pengesahan daripada mudir atau pengetua sekolah)Berumur 15 Tahun Ke Atas

Pemohon hanya perlu hadir sesi Ujian Syafawi & Ujian Tahriri untuk layak mendapat sijil tersebut dan boleh

dimanfaatkan bagi menyambung pelajaran dan peluang pekerjaan seterusnya. Mohon segera sebelum 15 Mei

2015 – Sijil Tahfiz Malaysia (STM) Tahun 2015

Mereka yang mempunyai STM ini boleh memohon biasiswa Skim Pembiayaan Hafiz (SPH) bagi melanjutkan

pengajian ke Universiti di dalam dan luar negara

PROGRAM DIPLOMA TAHFIZ AL-QURAN

PENGAJIANPelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 6 semester (3 tahun) di samping

mempelajari subjek-subjek yang lain mengikut syukbah:Syukbah QiraatSyukbah DakwahSyukbah

SyariahSyukbah Hadith Syukbah Muamalat Syukbah Pengurusan Halal

SYARAT KELAYAKAN

Beragama Islam Warganegara Malaysia Berumur tidak melebihi 21 tahun pada tarikh pendaftaran Belum

berkahwin Lulus Peperiksaan SPM atau kelulusan yang setaraf dengannya yang diiktiraf oleh kerajaan

Malaysia dengan mendapat minimum gred:

1. Bahasa Melayu

= C

2. Bahasa Inggeris

= E

3. Bahasa Arab

= C

4. Pendidikan Islam/Pendidikan Syariah Islamiyah / Pendidikan Al-Quran & Sunnah / Tasawwur Islam

= C

Page 4: Assalamualaikum.pitas.com.my/images/stories/halatujupelajarmaahadhafiz.pdf · Maka tiada masalah untuk mereka masuk semula Sekolah Menengah untuk mengambil Sijil Pelajaran Malaysia

Lulus temuduga

NOTA : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan

FB Darul Quran Jakim pada bulan Februari setiap tahun

SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA

PENGAJIAN SIJIL KEMAHIRAN MALAYSIA (SKM )

BIDANG PENGURUSAN MASJID TAHAP 3

Program ini merupakan kerjasama antara Darul Quran dan Jabatan Pembangunan Kemahiran (JPK).Perantis

(pelajar) diwajibkan menghafaz al-Quran Juzu’ 30, 1-9 dalam masa 16 bulan di samping belajar kompetensi

unit yang lain seperti Pengimarahan Masjid & Tarannum, Pengajaran Asas Fardhu Ain, Khidmat Masyarakat,

Aplikasi ICT dan Penyelenggaraan Infrastruktur & Prasarana.

SYARAT KELAYAKAN

Beragama Islam.Warganegara Malaysia (Bumiputera)Berumur 16 tahun ke atas.Boleh bertutur dalam Bahasa

Melayu atau Bahasa Inggeris.Telah menghafaz sekurang-kurangnya 6 juzu’.Lulus temuduga.Nota : Iklan SKM

akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB Darul Quran JAKIM

pada bulan Januari setiap tahun.

PROGRAM PERSIJILAN TAHFIZ AL-QURAN PENGAJIAN

Pelajar diwajibkan menghafaz al-Quran 30 juzu’ dalam tempoh 3 semester (18 bulan) di samping mempelajari

subjek-subjek yang lain seperti Tajwid Ilmi, Tajwid Amali, Adab Hamalah al-Quran, Aqidah, Fiqh Al-Ibadah dan

Bahasa Inggeris.SYARAT KELAYAKAN

Beragama IslamWarganegara (Bumiputera)Belum berkahwinLulus Peperiksaan Percubaan SPM Semasa

dengan mendapat minimum gred:

=A1. Matematik = A2. Bahasa Melayu = A3. Bahasa Inggeris

=B4. Bahasa Arab = B5. Pendidikan Islam / Pendidikan Syariah Islamiah / Pendidikan Al Quran &

Sunnah /Tasawwur Islam = B6. Biologi = B7. Fizik

= B8. Kimia = B9. Matematik Tambahan = B10. Lulus Temuduga

Nota : Iklan temuduga akan disiarkan dalam laman web Darul Quran Jakim (www.darulquran.gov.my) dan FB

Darul Quran Jakim pada bulan Ogos setiap tahun