thivya _ indeks kesukaran.doc

Upload: thivya-narayasamy

Post on 09-Mar-2016

15 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Selepas item dibina dan ujian digubal, analisis item dan ujian perlu dibuat untuk memastikan item/soalan dan ujian yang dihasilkan itu sesuai digunakan. Analisis item membolehkan guru menilai kesesuaian item tersebut dari segi kesukarannya, iaitu sama ada item tersebut terlalu mudah atau terlalu sukar bagi sesuatu kumpulan pelajar. Selain itu, analisis item juga dapat menunjukkan keupayaan sesuatu item itu mengasingkan pelajar pandai daripada pelajar lemah. Selepas membuat analisis item, guru digalakkan membuat analisis ujian (satu set item yang dibina) untuk menentukan darjah ketekalan ukuran yang dihasilkan oleh ujian tersebut dan juga apakah sebenarnya yang diukur oleh ujian ini. Analisis-analisis ini akan menghasilkan pekali/indeks yang dinamakan Indeks Kesukaran Item, Indeks Diskriminasi Item, Indeks Kebolehpercayaan Ujian dan Indeks Kesahan Ujian. Analisis-analisis ini perlu dilakukan supaya ujian yang dihasilkan adalah sesuai/sah bagi sesuatu tujuan tertentu. Selepas mentadbir ujian Sains saya telah membuat satu jadual yang memberikan maklumat tentang murid yang dapat menjawab dan tidak dapat menjawab soalan ujian serta jumlah soalan yang dijawab oleh murid. Berikut adalah analisis jadual berikut:

Ciri pertama yang dapat menentukan kualiti sesuatu item ujian ialah indeks kesukaran item (item difficulty index) (p). Indeks ini dapat menunjukkan aras kesukaran sesuatu item, iaitu sama ada sesuatu item itu mudah dijawab atau susah dijawab. Bagi ujian berbentuk objektif beraneka pilihan, indeks ini dikira dengan menggunakan nisbah bilangan calon yang memberi jawapan betul bagi item tertentu kepada jumlah calon yang menjawab item tersebut. Pengiraannya adalah seperti persamaan berikut:

p = Bilangan calon yang memberi jawapan betul

Jumlah calon yang menjawabJadual berikut menunjukkan aras kesukaran dan pengkelasan item:

Nilai (p)Pengkelasan Item

0.00 0.20Terlalu sukar

0.21 0.40Sukar

0.41 0.60Sederhana sukar

0.61 0.80Mudah

0.81 1.00Terlalu mudah

Berikut adalah jadual yang menunjukan analisis indeks kesukaran item dan pengkelasan item bagi setiap soalan: Post test - Sains dan Kemahiran BerfikirSoalanJumlah calon yang menjawabBilangan calon yang memberi jawapan betulNilai (p)Pengkelasan Item

Item 1402323 40 = 0.57Sederhana sukar

Item 2401616 40 = 0.4Sukar

Item 3402424 40 = 0.6Sederhana sukar

Item 4402121 40 = 0.52Sederhana sukar

Item 5401616 40 = 0.40Sukar

Item 6401717 40 = 0.42Sederhana sukar

Item 7401010 40 = 0.25Sukar

Item 8401616 40 = 0.40Sederhana sukar

Item 9401313 40= 0.32Sukar

Item 10402222 40 = 0.55Sederhana sukar

Item 11401818 40 = 0.45Sukar

Item 12401414 40 = 0.35Sukar

Item 13402121 0 40 = 0.52Sederhana sukar

Item 14401515 40 = 0.37Sukar

Item 15401515 40 = 0.27Sukar

Item 16402222 40 = 0.55 Sederhana Sukar

Item 17401616 40 = 0.40sukar

Item 18402323 40 = 0.52Sederhana sukar

Item 19401616 40 = 0.40 Sukar

Item 20401414 40 = 0.35 Sukar

Bilangan soalanPengkelasan item

(Indeks kesukaran Item)

9 ItemSukar

11 Item Sederhana sukar

INDEKS KESUKARAN

INDEKS KESUKARAN ITEM

Aras Kesukaran dan Pengkelasan Item

Bilangan soalan dan pengkelasan item