text

4
Nama : Catherine Chan Min Yit No Kad Pengenalan : 921031-12-5700 Refleksi Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib disertai oleh semua guru pelatih PISMP semester 5 . Sepanjang program ini , saya telah mempelajari banyak perkara . Contohnya ,tanggungjawab sebagai seorang guru , kepentingan mematuhi peraturan , kepentingan kanak-kanak menerima pendidikan, kepentingan infrastruktur sekolah kepada murid , Melalui bengkel yang bertemakan “Pengurusan Pendidikan” , saya telah mempelajari kepentingan mematuhi peraturan . Sebagai seorang guru , kita haruslah melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab . Di bawah guru perundangan , kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga imej perkhidmatan awam . Selain itu , penceramah tersebut juga menyatakan tentang Akta Pendidikan 1996 . Akta Pendidikan 1996 memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan yang menyeluruh sejak kecil lagi . Melalui Akta ini , saya telah memahami kepentingan kanak-kanak menerima pendidikan sejak kecil lagi .

Upload: catherine

Post on 12-Jan-2016

221 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

text

TRANSCRIPT

Page 1: text

Nama : Catherine Chan Min Yit

No Kad Pengenalan : 921031-12-5700

Refleksi

Bina Insan Guru (BIG) merupakan satu program yang wajib disertai oleh

semua guru pelatih PISMP semester 5 . Sepanjang program ini , saya telah

mempelajari banyak perkara . Contohnya ,tanggungjawab sebagai seorang guru ,

kepentingan mematuhi peraturan , kepentingan kanak-kanak menerima pendidikan,

kepentingan infrastruktur sekolah kepada murid ,

Melalui bengkel yang bertemakan “Pengurusan Pendidikan” , saya telah

mempelajari kepentingan mematuhi peraturan . Sebagai seorang guru , kita

haruslah melaksanakan tugas dengan cekap, beramanah dan bertanggungjawab .

Di bawah guru perundangan , kita mempunyai tanggungjawab untuk menjaga imej

perkhidmatan awam .

Selain itu , penceramah tersebut juga menyatakan tentang Akta Pendidikan

1996 . Akta Pendidikan 1996 memastikan setiap kanak-kanak mendapat pendidikan

yang menyeluruh sejak kecil lagi . Melalui Akta ini , saya telah memahami

kepentingan kanak-kanak menerima pendidikan sejak kecil lagi .

Seterusnya , penceramah juga menyatakan fungsi dan peranan PPD dan

PKG . Pantadbir sekolah adalah penting untuk melicinkan pentadbiran sekolah .

Surat Pekeliling Ihktisas merupakan satu standard untuk guru mematuhi peraturan

yang ada . Sebagai seorang guru , kita haruslah mematuhi peraturan , supaya dapat

menjadi teladan kepada murid .

Page 2: text

Di samping itu , BIG kali ini sangat bermakna kerana kita dapat menjalankan

aktiviti lawatan Benchmarking . Lawatan Benchmarking ini ialah lawatan ke sekolah

cemerlang . Jenis kepimpinan yang dijalankan dalam SJK(C) Yick Nam ialah

Kepimpinan Biokratik . Bahagian pentadbiran amat mementingkan peraturan dan

tertib dalam sekolah .

Pengurusan sekolah dalam SJK(C) Yick Nam sangat sistmatik . Setiap guru

perlu melaksanakan tugas mereka setiap minggu secara bergilir-gilir . Setiap guru

bertanggungjawab untuk mengawal disiplin dan menjaga keselamatan murid

semasa waktu rehat dan lepas sekolah . Melalui pengurusan sekolah ini , saya telah

memahami bahawa tanggungjawab sebagai seorang guru adalah sangat penting .

Visi sekolah ini ialah menjadikan SJK(C) Yick Nam sebuah Institusi

Pendidikan yang cemerlang melalui usaha peningkatan berterusan aspek

kurikulum , kokurikulum , sahsiah , pengurusan dan kepimpinan menjelang tahun

2015. Manakala misi sekolah tersebut ialah merialisasikan Falsafah Pendidikan

Kebangsaan dengan mewujudkan insan yang seimbang dan harmonis dari segi

intelek , rohani , emosi dan jasmani berdasarkan kepercayaan kepada Tuhan . Pihak

pentadbir sekolah SJK(C) Yick Nam telah berusaha untk mencapai visi dan misi

tersebut .

Iklim atau budaya sekolah ini amat baik dan patut dicontohi . Murid sangat

senyap dan beratur semasa menjalankan perhimpunan mingguan . Setiap pagi ,

setiap murid diwajibkan untuk membaca buku di dalam kelas . Selain itu , murid

akan mengucapkan terima kasih kepada orang yang menghantarkan susu sekolah

ke kelas mereka walaupun murid-murid tersebut dalam keadaan menjalankan

pengajaran dan pembelajaran . Melalui lawatan ini , saya telah mempelajari bahawa

budaya sekolah amatlah penting dalam membentuk insan yang bermoral , sopan

dan berdisiplin .

Page 3: text

Infrastruktur sekolah juga dilengkapi dengan makmal Sains , tempat

perjumpaan ibubapa , gelanggang bola keranjang dan lain-lain lagi . Infrastruktur

sekolah ini dapat memudahkan murid untuk menimba ilmu yang banyak . Selain itu ,

pusat sumber sekolah ini juga besar dan dapat menampung bilangan orang yang

banyak . Buku disusun dengan kemas dan rapi untuk memudahkan murid mencari

buku . Saya telah memahami kepentingan infrastruktur sekolah dalam proses murid

menuntut ilmu .

Selain itu , bilik pemulihan juga disediakan untuk murid yang lemah dalam

pembelajaran . Murid lebih senang memahami topik yang diajar oleh guru pemulihan

yang berpengalaman dalam pengajaran .

Saya berasa amat gembira kerana dapat belajar banyak benda dan ilmu yang

baru melalui bengkel dan lawatan Benchmarking . Peranan guru adalah sangat

penting dalam masyarakat . Kita haruslah jadi seorang guru yang baik dan

bertanggungjawab supaya dapat menjadi teladan kepada murid dan dapat

menghasilkan insan yang berguna pada masa akan datang .