tetamu senja

Upload: nur-ain-mohd-amin

Post on 30-May-2018

641 views

Category:

Documents


27 download

TRANSCRIPT

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    1/11

    Nama Fakulti : Akademi Pengajian Melayu,Universiti Malaya

    Nama Pelajar : Siti Murni Binti Othman

    Nombor Matrik : JEA080132

    Tajuk Tugasan : Karya klasik,Puisi,Sajak Tetamu Senja,A.Samad Said

    Tarikh Tugasan : 25hb Ogos 2008

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    2/11

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    3/11

    Sajak yang bertajuk Tetamu Senja ini dcipta oleh sasterawan negara yang termasyhur

    iaitu A.Samad Said.Sajak yang beliau cipta ini dikategorikan sebagai sajak agama yang

    menumpukan tentang hidup manusia yang mempunyai pegangan agama iaitu agama

    Islam.

    Kita datang ini hanya sebagai tetamu senja

    Bila cukup detik kembalilah kita kepadanya

    Menurut A.Samad Said,kita ialah manusia yang dianggap sebagai tetamu senja kerana

    manusia yang dilahirkan dan berada di dunia ini sesungguhnya seperti matahari yang

    terbenam dan burung-burung yang pulang ke sarang masing-masing apabila hari semakin

    gelap.Manusia diibaratkan sedemikian akibat daripada perjanjian yang ditetapkan oleh

    Allah.

    Sesungguhnya kita sebagai orang mukmin telah dikuasai oleh Allah S.W.T.Orang

    mukmin wajib berkeyakinan bahawa satu masa nanti kita pasti akan

    dikembalikan.Walaupun Allah seakan-akan mengkhususkan bahawa hari akhirat akan

    berlaku kepada orang mukmin saja tetapi kebenaran tentang hari kebangkitan tetap

    mutlak dan akan terjadi kepada seluruh manusia.

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    4/11

    Kematian adalah akhir dari kehidupan,apabila nyawa tiada lagi dalam badan.Semua

    makhluk hidup dan akhirnya mati disebabkan oleh keadaan seperti penyakit dan

    menghadapi kecelakaan.

    Persepsi kematian ini wujud daripada ajaran wahyu yang mentauhidkan

    Allah.Kewujudan manusia di dunia alam nyata ini berakhir dengan kematian.Selepas

    kematian,manusia berpindah ke alam roh,alam kubur,alam barzah,berakhir dengan neraka

    atau syurga.Kesejahteraan di alam-alam sesudah mati ini ditentukan oleh Allah

    berdasarkan perbuatan atau amalan seseorang manusia itu semasa hayatnya,adakah dia

    tunduk kepada aturan-aturan daripada tatanilai yang sudah diwahyukan itu.Jika dia

    akur,balasannya ialah kesejahteraan di alam matinya(alam roh,kubur,barzah)seterusnya

    masuk syurga.Sebaliknya yang mungkar akan terseksa di alam matinya.

    Kita datang ini kosong tangan dada

    Bila pulang nanti bawa dosa bawa pahala

    Allah sudah menciptakan manusia pada kali pertama dalam keadaan suci dan

    sempurna.Firman Allah yang bermaksud,

    Sesungguhnya kami menciptakan manusia dalam bentuk yang sebaik-

    baiknya.Kemudian kami kembalikan dia ke tempat yang serendah-rendahnya(neraka)

    kecuali orang-orang yang beriman dan mengerjakan amal salih yang akan diberikan

    pahala yang tiada putusnya.

    Perkara ghaib yang wajib bagi setiap orang yang beriman yakin dan percaya ialah

    adanya dosa dan pahala yang dijanjikan oleh Allah.Pahala ialah ganjaran daripada Allah

    bagi setiap muslim yang patuh kepada perintahNya dengan melakukannya menurut cara

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    5/11

    yang telah ditetapkan oleh Allah secara ikhlas.Dosa pula akan dikenakan kepada sesiapa

    saja yang melanggar perintah Allah termasuklah melakukan perintah Allah tetapi tidak

    mengikut cara yang telah ditetapkan oleh Nya.Allah menjanjikan pahala kepada sesiapa

    yang taat kepadaNya sebagaimana firmanNya dalam Surah Al-Maidah ayat 9 yang

    bermaksud,

    Dan Allah menjanjikan kepada orang-orang yang beriman dan beramal soleh bahawa

    akan memberi mereka keampunan dan pahala yang besar.

    Contohnya,kita mengerjakan sembahyang fadhu secara berjemaah kerana yakin dengan

    pahala 27 kali ganda berbanding dengan sembahyang seorang diri sebagaimana yang

    dijanjikan oleh Rasulullah kepada kita.

    Pada tetamu yang datang dan kenal jalan pulang

    Bawalah bakti mesra kepada Tuhan kepada Insan

    Firman Allah dari surah Al-Zalzalah ayat 7-8 yang bermaksud,

    Dan sesiapa yang melakukan sebesar zarah yang halus daripada kebajikan,nescaya akan

    dilihatnya(pada hari akhirat),dan sesiapa yang melakukan kejahatan sebesar zarah yang

    halus daripada kejahatan nescaya akan dilihatnya juga pada hari akhirat.

    Sebagai manusia,kita seharusnya mencari keberkatan hidup dengan memberi bakti

    kepada insan-insan disekeliling kita antaranya memberi sumbangan dalam bentuk harta

    yang sedia ada.perkara yang mendorong kita menafkahkan harta dan kekayaan pada jalan

    Allah adalah untuk mendapatkan pahala dan ganjaran daripada Allah kerana janji Allah di

    dalam Al-Quran dari surah Al-Baqarah ayat 261 yang bermaksud,

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    6/11

    Perumpamaan orang-orang yang membelanjakan hartanya pada jalan Allah seperti sebiji

    benih yang menumbuhkan tujuh tangkai,pada setiap tangkainya ada seratus biji dan

    ingatlah Allah akan melipatgandakan pahala bagi sesiapa yang dikehendakiNya,dan Allah

    amat luas(rahmat)kurniannya,dan meliputi ilmu pengetahuanNya.

    Pada tetamu yang datang dan lupa jalan pulang

    Usahlah derhaka pula pada Tuhan kepada Insan

    Menurut rujukan daripada buku Kosmologi Melayu,masyarakat yang telah mengalami

    transformasi iaitu lebih mengenal ilmu agama Islam,namun ia tidak semestinya

    mempertahankan doktrin-doktrin kosmologi Islam dalam semua keadaan atau secara

    berterusan,kerana terdapat dalam kalangan mereka yang kembali menganut pendekatan

    dan gaya hidup lama,atau memilih pendekatan dan gaya hidup moden berikutan

    pensejagatan nilai-nilai Barat.Inilah yang dimaksudkan pada insan yang lupa jalan pulang

    sepertimana yang disebutkan oleh A.Samad Said kerana tidak mengamalkan perintah

    Allah ketika hayatnya dan seolah-olah lupa asal-usul insan.

    Bila kita lihat manusia lupa tempat

    Atau segera sesat puja darjat puja pangkat

    Segera kita insaf kita ini punya kiblat

    Segera kita ingat kita ini punya tekad

    Bila kita lihat manusia terbiar larat

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    7/11

    Hingga mesti merempat ke laut biru ke kuning darat

    Harus kita lekas sedar penuh pada tugas

    Harus kita tegas sembah seluruh rasa belas

    Harta,pangkat dan nama merupakan sesuatu yang selalu dicari oleh manusia di dunia

    .Sekiranya pencarian itu dengan niat ingin berbangga-bangga,maka itu hanyalah

    sementara kerana kita akan terikat dan hidup berasa tidak tenang.Sepanjang tujuannya

    mulia dan cara melakukannya baik,ia akan dapat diperoleh.Kalau hidup manusia

    dianggap sebagai tujuan hidup,maka hidup kita akan terombang-ambing mengikut pasang

    surutnya harta,pangkat dan nama sekaligus menyebabkan manusia mengalami

    penderitaan.

    Apabila kita merasakan bahawa kita seolah-olah telah lalai atau lupa diri,kita

    dinasihatkan agar kembali ke jalan yang lurus dan beringat bahawa kita mempunyai

    kiblat.Sepertimana yang dijelaskan dalam surah Al-Baqarah ayat 148 yang bermaksud,

    Dan bagi tiap-tiap umat ada kiblatnya sendiri yang mereka menghadap kepadanya.Maka

    berlumba-lumbalah kamu dalam berbuat kebaikan.Di mana saja kamu berada pasti Allah

    akan mengumpulkan kamu sekalian pada hari khiamat.Sesungguhnya Allah Maha

    berkuasa atas segala sesuatu

    Selain itu,terdapat juga firman Allah dalam surah An-Nisaayat 4 yang bermaksud,

    Dan kami turunkan kitab yang membawa kebenaran,memperkuatkan kitab yang sudah

    ada sebelumnya dan menjaganya.Maka putuskanlah sesuatu perkara menurut apa yang

    diturunkan Allah.Dan jangan mengikut nafsu dengan meninggalkan kebenaran yang

    datang kepadamu.Untuk kamu masing-masing Kami tentukan suatu undang-undang dan

    jalan yang terang.Sekiranya Allah menghendaki,nescaya Dia menjadikan kamu satu

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    8/11

    umat,tetapi Dia hendak menguji kamu atas pemberianNya.Maka berlumbalah kami dalam

    kebaikan.Kepada Allah tempat kamu kembali,lalu ditunjukkan kepadamu apa yang

    perselisihkan.

    Bagi ulama fiqh,alam ini ialah tempat insan mengamalkan hukum lima,iaitu Syariat

    Tuhan,demi untuk mendapat ganjaran dan pahala yang akan menyebabkan tercapainya

    keselamatannya di alam yang kekal abadi kelak.

    Bagi orang sufi,alam ini adalah tempat mereka hidup bagi melakukan perjuangan demi

    untuk mencapai keredhaan Tuhannya dan membuang sifat-sifat jahat diripada dirinya dan

    mengamalkan sifat-sifat yang sempurna pada dirinya.Dengan itu ia akan menemui

    Tuhannya sebagai seorang yang berjiwa mutmainnah.

    Kita seharusnya bersyukur kerana masih diberikan ruang,peluang dan kesempatan untuk

    bersama berada di halaman yang penuh dengan barakah ini bagi menggunakan peluang

    dengan sebaik-baiknya serta mengumpul sebanyak mungkin amal kebajikan untuk

    dipersembahkan di hadapan Allah kelak.Beruntunglah bagi sesiapa yang benar-benar

    mempergunakan peluang yang ada ini dengan penuh kehambaan

    Maka setiap orang yang beriman hendaklah melakukan ibadat dan semua suruhan Allah

    dengan ikhlas di samping menjaga tatatertib yang telah ditetapkan oleh ajaran Islam dan

    meninggalkan segala larangannya.Semuanya hendaklah dilakukan semata-mata untuk

    mendapat keredhaan Allah.

    Kita datang ini satu roh satu jasad

    Bila pulang nanti bawa bakti padat berkat

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    9/11

    Manusia dijadikan daripada tanah supaya serasi dengan hidup di dunia.Manusia

    mempunyai roh dan jasad.Roh adalah makhluk berbentuk benda dan asal-usulnya sama

    dengan malaikat.Roh adalah bahagian utama dan jasad adalah alat bagi roh.Perhubungan

    antara roh dan jasad adalah seperti tuan dan hamba.Roh menggunakan jasad setelah ia

    bercantum dengan jasad melalui hati dan jasad bertindak sebagai pembantu kepada roh.

    Sementara hidup di dunia ini,manusia perlulah memberi sumbangan dan nilai positif

    untuk dikongsikan bersama dengan umat manusia yang lain.Terdapat beberapa

    sumbangan yang boleh dilakukan manusia.

    Pertama ialah melalui kekuatan ekonomi.Rasullullah bersabda,

    Tangan di atas lebih baik dari tangan yang di bawah(Riwayat Imam

    Muslim)Masyarakat yang berusaha gigih dan meningkatkan produktiviti akan mampu

    berdikari malah membantu orang lain yang lebih memerlukan.

    Kedua ialah menerusi ilmu.Selagi ilmu itu baik dan bermanfaat,Islam tidak

    membezakan ilmu.Firman Allah di dalam surah Al-Mujadalah ayat 11,maksudnya,

    Allah S.W.T meningkatkan beberapa darjat orang-orang yang beriman dan juga orang-

    orang yang dianugerahkan ilmu dan sesungguhnya Allah tahu apa yang dilakukannnya

    Semangat berkongsi ilmu dengan sesama manusia boleh dihidupkan dengan baik di

    rumah,sekolah,masjid mahupun di pejabat.

    Kesimpulan

    Melalui sajak yang ditulis oleh A.Samad Said ini,ia menjelaskan bahawa hidup insan di

    dunia ini hanyalah sementara dan hanya sebagai suatu persinggahan.Allah meletakkan

    kita di atas dunia ini untuk mengumpulkan segala pahala dan memberi sumbangan

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    10/11

    kepada insan lain dan tuhan untuk dibawa ke alam akhirat yang abadi.Selagi diberi

    peluang seperti diberikan kesihatan dan masa yang baik,insan perlulah berusaha sedaya

    upaya untuk mendapatkan keredhaan Allah agar tergolong dalam golongan yang

    diredhaiNya.Bagi insan yang tersesat jalan,perlulah kembali ke jalan yang lurus melalui

    kesedaran dalam diri sendiri dan mendapatkan rujukan kitab dan sebagainya.Bagi insan

    yang telah berada di jalan yang lurus hendaklah menguatkan hati dan membantu insan

    yang berada di dalam kesesatan.Semoga kita berada di dalam golongan orang yang tidak

    lupa diri.

  • 8/14/2019 Tetamu Senja

    11/11

    Sumber rujukan

    http://vlib.unitarklj1.edu.my/staff-

    publications/datuk/KESUCIAN%20HATI%20BUDI.ppt

    http://aferiza.wordpress.com/2007/12/10/roh-jasad-bersatu-capai-kesempurnaan/

    http://www.jawhar.gov.my/berita penuh.php?id=99

    http://idrusali85.wordpress.com/2007/08/08/wijhah-kiblat-masing-masing-umat/

    Yaacob Harun,Kosmologi Melayu,2001.

    http://vlib.unitarklj1.edu.my/staff-publications/datuk/KESUCIAN%20HATI%20BUDI.ppthttp://vlib.unitarklj1.edu.my/staff-publications/datuk/KESUCIAN%20HATI%20BUDI.ppthttp://aferiza.wordpress.com/2007/12/10/roh-jasad-bersatu-capai-kesempurnaan/http://www.jawhar.gov.my/beritahttp://idrusali85.wordpress.com/2007/08/08/wijhah-kiblat-masing-masing-umat/http://vlib.unitarklj1.edu.my/staff-publications/datuk/KESUCIAN%20HATI%20BUDI.ppthttp://vlib.unitarklj1.edu.my/staff-publications/datuk/KESUCIAN%20HATI%20BUDI.ppthttp://aferiza.wordpress.com/2007/12/10/roh-jasad-bersatu-capai-kesempurnaan/http://www.jawhar.gov.my/beritahttp://idrusali85.wordpress.com/2007/08/08/wijhah-kiblat-masing-masing-umat/