terrarium

4
3.0 Huraian Penilaian Hasil daripada maklum balas dari kumpulan lain mengenai penghasilan terrarium kumpulan kami. Majoritinya menyukai dan merasakan terrarium kami mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kehadiran harimau bintang menyerikan lagi kepelbagaian tumbuhan di dalam terrarium kami. Selain itu, kumpulan lain juga turut mengatakan bahawa bekas kaca yang digunakan oleh kumpulan kami memberikan impak yang besar terhadap susunan tumbuhan hijau serta kaktus. Iabersesuaian dengan tema yang telah diputuskan oleh kumpulan kami iaitu hutan rimba. Oleh itu, ia sedikit sebanyak menghasilkan suasana hutan apabila harimau bintang tersebut menyerlah pada bahagian tengah kawasan terrarium tersebut, Namun begitu, hasil pemerhatian pensyarah kami bagi kursus Alam Sekitar iaitu Pn. Khadijah binti Ayob. Pada pendapat beliau, harimau bintang tersebut boleh digantikan dengan saiz yang lebih kecil supaya ia bersesuaian dengan saiz bekas kaca terrarium kami. Selain itu, kumpulan lain juga memberikan peneguhan yang positif dengan menggalakkan kami menaburkan sedikit batu bata kecil yang berwarna putih agar terrarium kami lebih menyerlah dan cantik. Akhir sekali, komen yang membina kami terima daripada peserta kumpulan lain iaitu Pn. Husna binti Muslim adalah berkaitan dengan tumbuhan yang terdapat di dalam bekas kaca tersebut. Pada pandangan beliau, tumbuhan seperti kaktus dan daun pudding memberikan suasana hutan di Sarawak kerana kaktus tersebut lebih menyerupai Rafflesia dan ia berwarna merah pucat. Oleh yang demikian, tumbuhan di dalam terrarium bukan sahaja berwarna hijau turut diserikan lagi dengan tumbuhan yang mempunyai warna selain warna hijau. Pn. Husna binti Muslim turut memberi cadangan untuk menanam daun ouding yang berwarna kuning agar kesan efek lebih terserlah pada terrarium kami. Ke semua komen yang kami terima daripada peserta kumpulan lain amat

Upload: nadiaamir123

Post on 11-Nov-2015

71 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

ALAM SEKITAR

TRANSCRIPT

3.0 Huraian PenilaianHasil daripada maklum balas dari kumpulan lain mengenai penghasilan terrarium kumpulan kami. Majoritinya menyukai dan merasakan terrarium kami mempunyai daya tarikan yang tersendiri. Kehadiran harimau bintang menyerikan lagi kepelbagaian tumbuhan di dalam terrarium kami. Selain itu, kumpulan lain juga turut mengatakan bahawa bekas kaca yang digunakan oleh kumpulan kami memberikan impak yang besar terhadap susunan tumbuhan hijau serta kaktus. Iabersesuaian dengan tema yang telah diputuskan oleh kumpulan kami iaitu hutan rimba. Oleh itu, ia sedikit sebanyak menghasilkan suasana hutan apabila harimau bintang tersebut menyerlah pada bahagian tengah kawasan terrarium tersebut, Namun begitu, hasil pemerhatian pensyarah kami bagi kursus Alam Sekitar iaitu Pn. Khadijah binti Ayob. Pada pendapat beliau, harimau bintang tersebut boleh digantikan dengan saiz yang lebih kecil supaya ia bersesuaian dengan saiz bekas kaca terrarium kami. Selain itu, kumpulan lain juga memberikan peneguhan yang positif dengan menggalakkan kami menaburkan sedikit batu bata kecil yang berwarna putih agar terrarium kami lebih menyerlah dan cantik. Akhir sekali, komen yang membina kami terima daripada peserta kumpulan lain iaitu Pn. Husna binti Muslim adalah berkaitan dengan tumbuhan yang terdapat di dalam bekas kaca tersebut. Pada pandangan beliau, tumbuhan seperti kaktus dan daun pudding memberikan suasana hutan di Sarawak kerana kaktus tersebut lebih menyerupai Rafflesia dan ia berwarna merah pucat. Oleh yang demikian, tumbuhan di dalam terrarium bukan sahaja berwarna hijau turut diserikan lagi dengan tumbuhan yang mempunyai warna selain warna hijau. Pn. Husna binti Muslim turut memberi cadangan untuk menanam daun ouding yang berwarna kuning agar kesan efek lebih terserlah pada terrarium kami. Ke semua komen yang kami terima daripada peserta kumpulan lain amat kami hargai dan memberikan kami semangat untuk memperbaiki untuk menghasilkan terrarium yang lebih kreatif dan menarik pada masa akan datang. 4.0 Pencapaian AktivitiSecara keseluruhannya pencapaian aktiviti bagi projek terrarium kami adalah memberansangkan. Ia bersesuaian dengan matlamat kami iaitu menghasilkan terrarium yang menarik perhatian sekaligus menjadikan ia sebagai satu perhiasan yang boleh ditempatkan di mana-mana kerana faktor saiz bekas yang sederhana dan mudah untuk dijaga. Tambahan lagi, ia juga dapat memberi inspirasi kepada kami untuk lebih bersemangat menghasilkan terrarium yang cantik dan kreatif. Selari dengan tugas utama kami iaitu sebagai guru Sains, projek terrarium ini boleh dijadikan sebagai projek Sains di dalam persatuan atau pertandingan di sekolah. Secara tidak langsung, ia dapat menarik minat pelajar untuk menghasilkan sesuatu yang inovasi dan kreatif bagi projek terrarium ini. Bahkan keceriaan sekolah juga dapat dipertingkatkan dengan meletakkan hasil kerja murid di tempat yang bersesuaian agar suasana iklim sekolah lebih kepada mesra alam dan hijau. Projek terrarium ini juga sedikit sebanyak boleh dijadikan kempen alam sekitar kerana projek ini dapat menarik minat pelajar untuk berterusan menanam pokok sebagai satu langkah permulaan yang positif bagi pelajar sekolah. Tambahan lagi, projek terrarium ini mampu mengeratkan silaturrahim antara peserta yang terlibat. Ini dapat dibuktikan apabila kumpulan kami bersama-sama memberi pendapat dan cadangan semasa proses penghasilkan terrarium ini. Bahkan kemesraan dapat diwujudkan melalui kerjasama antara mereka. Ia bersesuaian dengan pembelajaran abad ke 21 iaitu pembelajaran kolaboratif, pelajar berinteraksi dalam menyampaikan idea. Malah pelajar mampu membina pasukan yang lebih cekap dan mendapat meningkatkan kemahiran sosial serta mendorong pelajar untuk meningkatkan pengetahuan supaya ilmu dapat diaplikasikan di dalam situasi yang sebenar.5.0 Kemajuan/ MasalahSetiap ujian mempunyai masalah dan hikmah yang tersendiri, begitu juga kumpulan kami. Masalah pertama yang dihadapi oleh kami ialah bagaimana melaksanakan projek terrarium kerana ia merupakan pengalaman pertama bagi kami. Bahkan terrarium juga tidak pernah kami dengar atau lihat. Namun begitu, projek ini dijelaskan dengan lebih mendalam oleh Pn.. Khadijah binti Ayob selaku pensyarah kursus Alam Sekitar. Oleh yang demikian, kami telah mendapat gambaran secara kasar mengenai projek terrarium ini. Dan ia menarik minat kami untuk lebih bersemangat menjalankan projek ini. Seterusnya, masalah utama yang dapat kami perhatikan adalah peralatan yang harus kami sediakan bagi menjayakan projek terrarium. Peralatan yang berkaitan seperti bekas kaca, tanah, batu bata, jenis pokok tumbuhan dan sebagainya. Segala peralatan ini memainkan peranan yang penting untuk menghasilkan terrarium yang menarik. Namun begitu, kedai tapak semaian yang kami kunjungi menjual tumbuhan yang sangat terhad untuk dihias di dalam terrarium. Oleh itu, kami hanya memilih beberapa pokok kaktus dan tumbuhan yang tidak mempunyai batang kerana bekas kami mempunyai ruang yang kecil dan memerlukan tumbuhan hijau seperti pokok pudding aleo vera dan sebagainya.

Kemudian, masalah yang kami hadapi adalah meletakkan lapisan batu bata agar setiap baris lapisan itu jelas kelihatan pada bekas kaca. Dengan itu, kecekapan untuk meletakan batu bata kecil selari dengan garis lapisan memerlukan kekemasan menggunakan kertas putih dan ini merupakan masalah bagi kami. Hal ini kerana, apabila tiba lapisan arang yang disediakan oleh Pn Khadijah binti Ayob ia mula menunjukkan lapisan yang tidak kemas kerana habuk arang itu melekat pada dinding kaca tersebut. Lapisan tanah juga kelihatan tidak kemas kerana faktor pasir yang tidak hancur sepenuhnya maka garisan itu kelihatan sengit dan tidak seimbang pada setiap lapisan.Kemudian, penyusunan tumbuh-tumbuhan juga merupakan masalah bagi kami. Walaupun ia kelihatan mudah dan ringkas, kekemasan dan ketelitian perlu dititikberatkan. Oleh itu, perbincangan dan pendapat setiap ahli kumpulan merupakan kemajuan bagi menjayakan projek terrarium kami. Kami berkerjasama untuk menghasilkan terrarium yang menarik dan kreatif kerana ia merupakan matlamat kami bersama. Selain itu, kami juga berjaya menghasilkan terrarium pada waktu yang singkat. Ia merupakan kebanggaan bagi kami kerana projek terrarium adalah pengalaman pertama dan tidak menjangkakan ia berhasil dengan memberangsangkan.