terma-terma dan syarat-syarat utama bagi kemudahan ... · vii bank berpuas hati (keputusan bank...
TRANSCRIPT
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama
Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar CIMB
1. SYARAT-SYARAT TERDAHULU BAGI KETERSEDIAAN KEMUDAHAN
Kemudahan (termasuk sepertimana disemak semula atau ditambah dari semasa ke semasa oleh Bank)
sedia digunakan oleh Peminjam setelah semua syarat terdahulu berikut dipenuhi:-
i dokumen cagaran relevan yang perlu disempurnakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak
ketiga dan sebarang dokumen lain yang perlu disempurnakan sepertimana dikehendaki oleh Bank
menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan dan dikembalikan kepada Bank.
ii cagaran relevan yang perlu disediakan oleh Peminjam atau penyedia cagaran pihak ketiga telah
disediakan kepada dan diterima oleh Bank (termasuk kebenaran yang diperlukan, jika berkenaan);
iii pembukaan akaun semasa oleh Peminjam (- akaun tidak boleh dibuka jika terdapat catatan negatif
terhadap nama Peminjam dalam pangkalan data mana-mana Biro Kredit atau CTOS atau DCHEQS);
iv sebarang dokumen yang diperlukan oleh Bank menurut budi bicara mutlaknya telah disempurnakan
dan/atau didaftarkan dan/atau sebaliknya diisi dengan wajar;
v pematuhan dengan undang-undang/ peraturan kawal selia seperti yang dinyatakan dalam Klausa 15
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf Bercagar ini;
vi anda atau mana-mana pihak cagaran tidak melakukan sebarang Peristiwa Keingkaran yang
dinyatakan dalam Klausa 13 Terma-terma dan Syarat-syarat Utama Bagi Kemudahan Overdraf
Bercagar ini;
vii Bank berpuas hati (keputusan Bank adalah muktamad dalam hal ini) bahawa tiada perubahan
material telah berlaku terhadap keadaan kewangan Peminjam (dan/atau penjamin atau mana-mana
pihak cagaran, jika berkenaan) yang menjejaskan atau mungkin menjejaskan cagaran Bank.
Syarat-syarat terdahulu bagi penyediaan kemudahan yang dibentangkan di dalam ini adalah untuk
manfaat tunggal Bank dan boleh diketepikan oleh Bank, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian,
tanpa memudaratkan sebarang hak Bank untuk menegaskannya secara keseluruhan atau sebahagian untuk
penggunaan Kemudahan yang seterusnya.
2. CAGARAN
2.A DEPOSIT TETAP SEBAGAI CAGARAN
a) Jika deposit tetap dinyatakan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran sebagai cagaran yang
diperlukan, Peminjan (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) melalui cagaran
berterusan dengan ini menggadai dan/atau menyerahhakkan kepada Bank melalui gadaian tetap
pertama semua wang dalam kredit dalam Deposit Tetap yang dirujuk di dalam LAMPIRAN pada
Surat Tawaran (selepas ini dirujuk sebagai "FD") sebagai cagaran berterusan untuk membayar balik,
apabila dituntut, semua/atau mana-mana liabiliti Peminjam dengan Bank sama ada terhutang pada
masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan semua caj lain sehingga tarikh pembayaran.
b) Bank mempunyai budi bicara mutlak untuk membaharui FD bersama-sama dengan faedah ke atasnya
pada tarikh matang mengikut sebarang terma yang dianggap wajar olehnya dan gadaian/ penyerahan
hak FD hendaklah termasuk semua faedah yang diperolehi terhadap deposit tersebut dan Bank
berhak menyimpan deposit tersebut bersama-sama faedah yang terakru sehingga keseluruhan liabiliti
Peminjam dengan Bank telah dibayar balik.
c) Di samping hak Bank sebagai pemegang gadaian/pemegang serah hak, Bank mempunyai budi bicara
mutlak dan kebebasan dengan memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari kalendar kepada
Peminjam (atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) untuk melaksanakan hak untuk menolak
FD (termasuk sebarang faedah yang terakru) terhadap sebarang liabiliti Peminjam dengan Bank.
Sementara menunggu pihak Bank melaksanakan hak untuk menolak yang tersebut, pihak Bank
berhak untuk menahan dan atau menggantung bayaran untuk sebarang wang dari FD tersebut
(termasuk apa-apa faedah yang terkumpul). Semasa melaksanakan sebarang budi bicara dan haknya,
Bank tidak mempunyai sebarang obligasi atau kewajipan atau liabiliti pun jua untuk mengelakkan
atau mengurangkan sebarang kerugian kepada Peminjam atau pihak termasuk kerugian faedah.
d) Sepanjang tempoh Kemudahan ini berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan
dijelaskan dengan sepenuhnya, FD dan sebarang faedah yang terakru tidak boleh dikeluarkan atau
diserah hak atau dipindahkan atau diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diwujudkan
sebarang hak memihak kepada atau diberikan kepada mana-mana pihak.
e) Bank boleh menurut budi bicara mutlaknya menghendaki Peminjam (dan/atau pihak cagaran, jika
berkenaan) untuk melakukan apa-apa tindakan atau perkara atau melaksanakan apa-apa dokumen,
notis, pengendorsan bagi tujuan menyempurnakan cagaran Bank terhadap FD dan Peminjam
(dan/atau pihak cagaran, jika berkenaan) hendaklah bertindak/melakukan perkara yang dikehendaki
dalam tempoh yang ditetapkan oleh Bank.
2.B INSTRUMEN DEPOSIT BOLEH RUNDING KADAR TERAPUNG (FRNID)/INSTRUMEN
DEPOSIT BOLEH RUNDING (NID) YANG DIKELUARKAN OLEH CIMB BANK ATAU CIMB
INVESTMENT BANK BERHAD/ PRODUK BERSTRUKTUR YANG DIKELUARKAN OLEH
CIMB BANK ATAU CIMB INVESTMENT BANK BERHAD/ UNIT AMANAH YANG
DIURUSKAN OLEH CIMB PRINCIPAL ASSET MANAGEMENT BERHAD DAN CAGARAN
LAIN YANG BOLEH DITERIMA SEBAGAI JAMINAN
a) Jika ditetapkan dalam LAMPIRAN pada Surat Tawaran ini sebagai cagaran yang diperlukan,
Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) dengan ini secara mutlak menyerah
hak, dan/atau menggadai janji dan/atau menggadai dan/atau menyandar kepada dan/atau mendeposit
dengan Bank melalui gadaian tetap pertama Instrumen Deposit Boleh Runding Kadar Terapung
(FRNID)/ Instrumen Deposit Boleh Runding (NID) yang dikeluarkan oleh CIMB Bank atau CIMB
Investment Bank Berhad/ Produk Berstruktur yang dikeluarkan oleh CIMB Bank atau CIMB
Investment Bank Berhad, instrumen deposit, stok, saham, waran, hak langganan boleh pindah, stok
pinjaman, bon opsyen, debentur, instrumen pasaran wang, kepentingan dalam skim unit amanah
yang diterbitkan dan diuruskan oleh CIMB Principal Asset Management Berhad yang dimiliki oleh
Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran, jika berkenaan) dan cagaran lain yang boleh
diterima oleh Bank (termasuk semua dividen, bonus, penebusan, hak, keutamaan, opsyen, waran
hasil jualan dan penebusan di bawahnya dan semua wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang
dibayar secara terus kepada Peminjam (dan/atau mana-mana pihak cagaran) dari semasa ke semasa
sama ada diberikan atau dideposit dengan atau dipindahkan melalui cara elektronik atau sebaliknya
kepada Bank (penama atau agennya atau depositori, sub-wakil, daftar saham atau institusi lain yang
diberi kuasa oleh Bursa Saham yang berkenaan) untuk menggantikan atau sebagai tambahan pada
cagaran yang disebut sebelum ini) (selepas ini dirujuk sebagai "Pelaburan") sebagai cagaran
berterusan untuk pembayaran balik, apabila dituntut, semua dan/atau sebarang liabiliti Peminjam
dengan Bank sama ada terhutang pada masa ini atau selepas ini termasuk faedah dan semua cagaran
lain sehingga tarikh pembayaran.
b) Bank mempunyai budi bicara dan kuasa pada semua masa untuk membuat keputusan sama ada atau
tidak dan bila untuk meneruskan dengan pendaftaran mana-mana atau semua Pelaburan dalam nama
Bank atau penamanya dan semua Pelaburan hendaklah menjadi cagaran berterusan untuk semua
liabiliti dengan Bank sama ada Pelaburan telah didaftarkan sedemikian atau tidak dan tidak kira sama
ada Pelaburan mungkin didaftarkan dalam nama Bank atau penamanya.
c) Sebarang Pelaburan yang disediakan oleh Peminjam kepada Bank hendaklah, kecuali dipersetujui
sebaliknya oleh Bank, berbayar sepenuhnya atau dikreditkan sebagai berbayar sepenuhnya.
Pelaburan juga hendaklah bebas daripada semua tuntutan atau bebanan daripada mana-mana pihak.
d) Setelah Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam hendaklah (kecuali
telah melakukannya sebelum ini): -
(i) menyerahkan atau menyebabkan penyerahan kepada Bank,
(ii) memindahkan atau menyebabkan pemindahan melalui cara elektronik atau sebaliknya kepada
Bank, agennya, depositori tetapi tidak terhad kepada Malaysian Central Depository Sdn. Bhd.,
sub-wakil, daftar saham atau mana-mana institusi yang diberi kuasa di bawah undang-undang
Malaysia,
(iii) menyempurnakan sebarang borang atau dokumen yang dikehendaki oleh Bank dari semasa ke
semasa bagi penyerahan hak, sandaran, gadaian terhadap sebarang nota kontrak, sijil atau
sebarang cagaran yang dipegang oleh mana-mana pihak dalam akaun Peminjam untuk
memenuhi obligasi Peminjam di dalam ini.
e) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan
dijelaskan dengan sepenuhnya, cagaran yang diwujudkan terhadap Pelaburan termasuk dan
merangkum semua dividen, bonus, penebusan, hak, keutamaan, opsyen, waran, hasil jualan dan
penebusan dan semua wang, saham, stok atau sebarang manfaat yang dibayar secara terus kepada
Peminjam dari semasa ke semasa dan tidak boleh dikeluarkan atau dilupuskan atau diserah hak atau
dipindahkan atau diwujudkan sebarang amanah terhadapnya atau diberikan sebarang waran opsyen
atau hak untuk melanggan atau membeli atau memperolehinya atau diwujudkan sebarang bentuk
bebanan dengan mana-mana pihak pun jua.
f) Semua panggilan, wang langganan dan/atau sebarang wang yang perlu dibayar ke atas atau terhadap
Pelaburan hendaklah dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, dan jika tidak, Bank boleh (tetapi tidak
mempunyai obligasi) berbuat demikian dan jika Bank berbuat demikian, Peminjam hendaklah
menanggung rugi Bank dengan sepenuhnya terhadap semua pembayaran sedemikian bersama-sama
dengan faedah ke atasnya dari tempoh bermula pada tarikh pembayaran tersebut dan berakhir pada
tarikh apabila Bank telah ditanggung rugi dengan sepenuhnya oleh Peminjam, yang dikira pada
kadar yang akan ditentukan oleh Bank menurut budi bicaranya.
g) Peminjam hendaklah pada semua masa tidak mengambil atau abai mengambil apa-apa tindakan,
yang mana tindakan atau peninggalan tersebut boleh menjejaskan secara material dan mudarat atau
boleh mengurangkan nilai sebarang Pelaburan atau yang boleh mengubah atau menjejaskan Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang hak yang diwujudkan disini.
h) (i) Peminjam hendaklah pada semua masa memastikan bahawa Margin Pembiayaan tidak
dilampaui sama ada dengan mendeposit dengan atau menyediakan kepada Bank cagaran tambahan
yang diluluskan oleh Bank dan dengan itu cagaran tambahan tersebut akan menjadi sebahagian
daripada Pelaburan di sini atau dengan membayar kepada Bank atau penamanya secara tunai
sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang dikehendaki oleh Bank; dan
(ii) Peminjam juga memberi kuasa kepada Bank, apabila difikirkan wajar oleh Bank, untuk
menggunakan semua manfaat dan hak daripada cagaran atau yang disertakan padanya untuk
membetulkan sebarang kurangan pada margin yang disebut sebelum ini.
i) Sepanjang tempoh Kemudahan berkuat kuasa dan selepas itu sehingga keseluruhan Kemudahan dan
semua liabiliti daripadanya dijelaskan dengan sepenuhnya, Bank akan pada semua masa
mengekalkan budi bicara mutlak terhadap semua atau sebarang isu berkaitan dengan penggunaan
sebarang dividen yang diterima, pelaksanaan hak mengundi, sama ada untuk mendapatkan
pemisahan sekuriti menjadi lot lebih kecil dan pelaksanaan kuasa penguatkuasaan berikutan sebarang
pelanggaran Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini.
j) (i) Cagaran yang diwujudkan di dalam ini akan menjadi dengan serta-merta boleh dikuat kuasa
dan kuasa penjualan dan sebarang kuasa lain yang diberikan oleh undang-undang, Surat
Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini kepada Bank akan menjadi dengan serta-
merta boleh dilaksana, pada bila-bila masa menurut budi bicara Bank, selepas Peminjam gagal
membayar atau menjelaskan mana-mana bahagian Kemudahan apabila kena dibayar atau
selepas Bank menuntut pembayaran sama ada keseluruhan atau sebahagian daripada liabiliti
Peminjam atau jika Peminjam melanggar sebarang obligasi kepada Bank sama ada di bawah
Kemudahan ini atau sebarang kemudahan dan/atau perjanjian lain dengan Bank.
(ii) Di samping itu dan tanpa menjejaskan sebarang peruntukan di dalam ini, kuasa Bank termasuk
(tetapi tidak terhad kepada) kuasa untuk:-
1. mengambil milikan, memungut dan mendapatkan Pelaburan atau mana-mana bahagian
daripadanya;
2. menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan atau
bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau merealisasikan
atau bersetuju menjual, bertukar, menukar kepada wang atau melupuskan atau
merealisasikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya yang dianggap wajar
oleh Bank sama ada melalui tawaran awam atau triti persendirian dan untuk sebarang
balasan atau nilai dan berdasarkan sebarang terma yang diputuskan oleh Bank menurut
budi bicaranya (bagi sebarang Pelaburan yang tidak boleh dipindahkan, lantas
menyebabkan ianya tidak dapat dijual, Bank berhak melaksanakan penebusan awalnya
selaras dengan terma-terma di sini dan hasilnya boleh digunakan untuk membayar balik
liabiliti Peminjam terhadap Bank);
3. melaksanakan atau menyebabkan atau membenarkan pelaksanakan semua kuasa atau hak
sampingan dengan pemilikan Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
4. menjelaskan, melaraskan, mengkompromi dan menyusun sebarang tuntutan/penyelesaian,
akaun, pertikaian, persoalan dan tuntutan yang berkaitan dalam apa cara jua dengan
Pelaburan atau mana-mana bahagian daripadanya;
5. membawa, mendakwa, menguatkuasakan, membela dan/atau menggugurkan sebarang
tindakan, guaman atau prosiding terhadap apa-apa perkara atau terhadap mana-mana
pihak yang berkaitan dengannya yang dianggap wajar dan perlu oleh Bank; dan
6. mengambil semua tindakan dan/atau perkara yang perlu atau wajar atau sesuai untuk
merealisasikan Pelaburan dan penjelaskan penuh semua liabiliti yang kena dibayar
kepada Bank.
Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank terhadap semua tindakan, kerugian, tuntutan,
prosiding, kos, tuntutan dan liabiliti yang ditanggung oleh Bank (jika ada) untuk
melaksanakan atau cuba melaksanakan sebarang hak, kuasa, remedi atau budi bicara yang
diletak hak pada Bank.
k) Sebarang dividen, faedah, wang dan/atau sebarang bentuk manfaat lain yang diterima daripada atau
berpunca daripada Pelaburan, sama ada dibayar atau diberikan kepada Peminjam atau sebaliknya,
dari permulaan Kemudahan sehingga semua liabiliti dibayar balik sepenuhnya kepada Bank,
hendaklah pada semua masa dipegang dalam amanah untuk Bank dan dibayar kepada Bank apabila
dituntut.
l) Bank (termasuk wakilnya dan sub-wakilnya) tidak akan bertanggungjawab dalam apa-apa keadaan
pun jua atau atas apa-apa sebab pun jua terhadap Peminjam atau mana-mana pihak atas sebarang
kerugian atau kerosakan atau pengurangan harga/nilai yang disebabkan oleh Bank merealisasikan
keseluruhan atau sebahagian daripada Pelaburan atau atas sebarang keingkaran atau peninggalan oleh
Bank berkaitan dengan Pelaburan atau kerana Bank melaksanakan atau tidak melaksanakan sebarang
kuasa atau budi bicara yang diletak hak padanya.
2C. CAGARAN BERTERUSAN
Sebarang cagaran yang diambil oleh Bank atau diwujudkan dibawah ini adalah cagaran yang
berterusan bagi tujuan pembayaran semua wang yang terhutang pada masa ini atau selepas ini kepada
Bank oleh Peminjam dan/atau setiap pihak cagaran dari semasa ke semasa, meskipun:
(a) Peminjam atau mana-mana pihak cagaran tidak lagi berhutang kepada Bank untuk suatu jangka
masa;
(b) sebarang akaun Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan Bank atas sebarang sebab pun jua tidak
lagi aktif dan meskipun sebarang penjelasan akaun atau sebaliknya;
(c) sebarang perubahan melalui penggabungan, penyatuan atau sebaliknya yang mungkin dibuat pada
susunan mana-mana pihak cagaran (yang merupakan sebuah pertubuhan perbadanan) atau Bank;
atau
(d) kebankrapan Peminjam atau kebankrapan mana-mana pihak cagaran, sama ada secara sukarela
atau paksa.
2D. LIEN DAN HAK LAIN
(a) Di samping dan tanpa prejudis terhadap sebarang remedi, kepentingan atau cagaran lain di
pihak Bank, Bank akan, selagi Kemudahan masih berkuat kuasa atau sebarang wang masih
boleh dipinjamkan atau perlu dibayar oleh Peminjam dan/atau pihak cagaran, mempunyai lien
am terhadap semua sekuriti dan aset lain Peminjam dan/atau pihak cagaran yang kini atau
mungkin dari semasa ke semasa selepas ini dideposit dengan atau dalam atau menjadi milik,
dijaga atau dikawal atau dipegang dalam nama atau atas perintah atau untuk Bank dan/atau
penama Bank sama ada untuk simpanan selamat atau cagaran atau sebaliknya atau untuk
sebarang tujuan khusus atau secara amnya.
(b) Tiada apa-apa pun jua yang terkandung di dalam Perjanjian ini akan memudaratkan atau
menjejaskan hak dan remedi atau sebarang cagaran lain yang menjadi hak Bank dari semasa
ke semasa atau yang mungkin dipegang oleh Bank untuk atau bagi jumlah prinsipal yang
belum dijelaskan dari semasa ke semasa di bawah Kemudahan atau sebarang wang lain yang
terhutang oleh Peminjam kepada Bank dan tiada apa-apa yang terkandung di dalam ini akan
memudaratkan atau menjejaskan sebarang bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain yang
mungkin dipunyai atau dipegang oleh Bank pada masa itu untuk sebarang wang yang
dipinjamkan atau didahulukan, faedah ke atasnya dan wang lain yang disebut sebelum ini atau
sebarang hak atau remedi Bank di bawah bil, nota, jaminan, gadaian atau cagaran lain
tersebut.
2E. WA'D UNTUK MENYEDIAKAN CAGARAN LANJUT
Peminjam hendaklah, jika dan apabila dikehendaki oleh Bank, menyempurnakan memihak kepada
Bank atau sepertimana yang diarahkan oleh Bank, sebarang instrumen undang-undang atau instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian lain atau sepertimana yang dikehendaki oleh Bank terhadap sebarang aset Peminjam. Instrumen cagaran, bebanan atau perjanjian tersebut hendaklah disediakan oleh atau bagi Bank dengan kos dan perbelanjaan ditanggung oleh Peminjam dan hendaklah mengandungi semua terma dan syarat untuk manfaat Bank sepertimana dikehendaki oleh Bank.
3. PENETAPAN TENTANG FAEDAH, FI, CAJ, KOS DAN KOMISYEN
(a) Peminjam hendaklah membayar faedah pada Kadar Faedah Semasa, Kadar Ingkar atau Kadar
Had Lebihan (mengikut keadaan), komisyen, fi komitmen, caj bank, fi dan sebarang caj lain
terhadap Kemudahan pada sebarang kadar dan dalam cara yang ditetapkan oleh Bank di dalam
Surat Tawaran.
(b) Faedah ke atas Kemudahan akan dikira atas dasar baki harian seperti yang dinyatakan dalam
Surat Tawaran dan dikira berdasarkan bilangan hari sebenar yang berlalu dan 365 hari setahun
(366 hari pada tahun lompat) dan akan didebit kepada akaun Kemudahan Peminjam setiap bulan
kecuali dinyatakan atau dipersetujui sebaliknya oleh Bank.
(c) Kadar faedah (termasuk faedah pada Kadar Ingkar, Kadar Had Lebihan, faedah tambahan dan
faedah dimodalkan), adalah tertakluk kepada perubahan dari semasa ke semasa oleh Bank
menurut budi bicaranya. Perubahan tersebut termasuk tetapi tidak terhad kepada mengubah asas
bagaimana Bank menentukan Kadar Faedah Semasa, daripada tanda aras Kadar Asas Bank,
spread kuantum yang perlu dibayar melebihi Kadar Asas, atau peratusan faedah itu sendiri
sekiranya kadar faedah tidak dikira terhadap Kadar Asas Bank dan asas yang telah diubah untuk
mengira Kadar Faedah dan/atau kadar faedah baru akan berkuat kuasa dari tarikh yang
ditetapkan oleh Bank dan perlu dibayar dengan serta-merta.
(d) Berhubung dengan perubahan pada komisyen, fi komitmen, caj bank, fi terhadap Kemudahan
dan perubahan pada sebarang kadar faedah yang diperuntukkan di dalam ini berbangkit daripada
perubahan pada profil risiko anda, Bank berhak mengubah komisyen, fi komitmen, caj bank, fi
dan/atau kadar faedah yang terpakai yang terkandung di dalam ini dengan memberikan notis
terdahulu sekurang-kurangnya 21 hari kalendar kepada Peminjam.
(e) Faedah yang dicaj dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan Kemudahan perlu
dibayar setiap bulan secara tertunggak dan Bank boleh, pada bila-bila masa selepas tarikh kena
dibayar berhak mendebit faedah dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengan
Kemudahan kepada akaun Kemudahan Peminjam dan faedah yang didebit tersebut akan
seterusnya dikenakan faedah pada Kadar Faedah relevan dan hendaklah dicagar dan dibayar
sewajarnya.
"Kadar Faedah" bermaksud kadar faedah berkenaan yang terpakai pada Kemudahan sepertimana
dinyatakan dalam Surat Tawaran atau sebarang kadar lain yang mungkin dari semasa ke semasa
ditetapkan oleh Bank.
4. FAEDAH PERLU DIBAYAR SEBELUM DAN SELEPAS PENGHAKIMAN
MAHKAMAH
Semua faedah ke atas sebarang jumlah yang didahulukan selaras dengan Kemudahan yang pada masa
itu dicagar dan sebarang fi, caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya (termasuk faedah pada Kadar
Ingkar, Kadar Had Lebihan, faedah yang diubah dan faedah dimodalkan) perlu dibayar sebelum dan
selepas penghakiman mahkamah dan sebelum dan selepas tuntutan dibuat untuk pembayaran terhadap
Peminjam dan semua wa'd dan syarat yang terkandung di dalam atau dibayangkan secara tersirat oleh
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua kuasa dan remedi yang diberikan oleh undang-
undang atau melalui Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan semua peraturan atau undang-
undang atau ekuiti berkaitan dengan jumlah yang disebut sebelum ini terhadap Bank hendaklah dengan
sama-rata meskipun perhubungan jurubank dan pelanggan antara Bank dan Peminjam telah terhenti
atas apa-apa sebab pun jua. Bagi tujuan memastikan sama ada had prinsipal di bawah Kemudahan telah
dilampaui atau tidak, had prinsipal hendaklah dikurangkan sebanyak jumlah faedah yang telah
dimodalkan.
5. HAK UNTUK MENYEMAK SEMULA DAN MENGUBAH TERMA-TERMA DAN SYARAT-
SYARAT
Meskipun terma-terma dan syarat-syarat yang terkandung dalam Surat Tawaran, Terma-terma dan
Syarat-syarat Utama ini atau di dalam sebarang dokumen cagaran lain, Bank berhak menurut budi
bicara tunggalnya untuk menyemak semula Kemudahan pada bila-bila masa yang dianggap wajar oleh
Bank menurut budi bicara mutlaknya, tanpa sebarang obligasi sama ada di sisi undang-undang atau
ekuiti, untuk memberi sebarang sebab untuknya dan sama ada peristiwa yang dibentangkan di dalam
klausa 13 di dalam ini telah berlaku atau tidak, dan untuk mengubah dan/atau meminda pada bila-bila
masa dan dari semasa ke semasa dan dalam sebarang cara pun jua;-
(a) had Kemudahan (yang termasuk tetapi tidak terhad kepada menurunkan atau menambah had
Kemudahan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa);
(b) cara Kemudahan disediakan;
(c) sebarang terma dan syarat lain Kemudahan; dan/atau
(d) sebarang dokumen cagaran berkaitan dengan Kemudahan.
Sebarang perubahan dan/atau pindaan (sama ada dengan menambah, meminda atau memadamkan
terma-terma dan syarat-syarat Kemudahan dan/atau mengurangkan, memadamkan, membatalkan,
memodifikasi, meminda, menukar, mengganti Kemudahan atau sebaliknya) hendaklah dianggap
berkuat kuasa dari tarikh yang ditetapkan oleh Bank dan tidak akan dalam apa cara pun jua
menjejaskan hak dan remedi Bank yang terkandung di dalam ini dan/atau sebarang dokumen cagaran
lain atau kesahan cagaran, liabiliti dan obligasi yang diwujudkan di dalam ini atau di dalam sebarang
dokumen cagaran lain. Bank tidak akan bertanggungjawab atas sebarang kerugian atau kerosakan
sekiranya sebarang cek atau nota yang dibayar atau bil yang diterima oleh Peminjam tidak dilayan
disebabkan tindakan yang disebut sebelum ini oleh Bank.
5A. KOMUNIKASI TENTANG PERUBAHAN DAN PINDAAN
Peminjam dengan ini bersetuju bahawa Bank berhak untuk mengambil mana-mana satu atau lebih
daripada satu cara atau kaedah komunikasi berikut berkaitan dengan variasi, pindaan dan/atau
perubahan pada Kemudahan, sebarang terma dan syarat berkenaan dengannya dan sebarang faedah
yang dicaj dan sebarang caj, kos dan komisyen berkaitan dengannya termasuk tarikh apabila perubahan
demikian mula berkuat kuasa:-
(i) dengan menampal notis di premis Bank menyatakan perubahan demikian dan tarikh apabila
perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau
dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh notis tersebut ditampal di premis Bank; dan/atau
(ii) dengan menerbitkan dalam satu atau lebih daripada satu akhbar yang dipilih oleh Bank, notis
tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis
tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh
penerbitan pertama dalam mana-mana akhbar yang dipilih oleh Bank; dan/atau
(iii) dengan memasukkan ke dalam penyata akaun Bank notis tentang perubahan tersebut dan tarikh
apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh
atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari selepas tarikh pengeposan penyata akaun Bank
kepada Peminjam; dan/atau
(iv) dengan menghantar melalui pos biasa atau pos berdaftar kepada Peminjam notis tentang
perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut berkuat kuasa dan notis tersebut akan
dianggap sebagai diterima oleh atau dimaklumkan kepada Peminjam tiga (3) hari selepas tarikh
pengeposan notis tersebut kepada Peminjam melalui pos biasa atau pos berdaftar; dan/atau
(v) dengan menghantar notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut
berkuat kuasa melalui sistem pesanan ringkas (SMS) atau mel elektronik kepada Peminjam atau
dengan meletakkan notis tentang perubahan tersebut dan tarikh apabila perubahan tersebut
berkuat kuasa di laman web Bank dan notis tersebut akan dianggap sebagai diterima oleh atau
dimaklumkan kepada Peminjam pada tarikh apabila notis tentang perubahan tersebut dihantar
melalui SMS atau mel elektronik kepada Peminjam atau tarikh apabila notis tentang perubahan
tersebut diletakkan di laman web Bank, mengikut keadaan.
6. PEMBAYARAN BALIK
(a) Meskipun sebarang peruntukan yang terkandung di dalam ini dan di dalam Surat Tawaran,
segala jumlah belum dijelaskan di bawah Kemudahan (sama ada prinsipal, faedah atau sebarang
wang lain yang terhutang kepada Bank) hendaklah perlu dibayar pada bila-bila masa dengan
serta-merta apabila dituntut.
(b) Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada Bank sebarang jumlah yang dibentangkan
di dalam Surat Tawaran atau yang dimaklumkan oleh Bank sebagai jumlah yang terhutang dan
perlu dibayar kepada Bank dalam tempoh yang ditetapkan di dalam Surat Tawaran atau
sebagaimana yang dimaklumkan oleh Bank, mengikut keadaan.
(c) Semua pembayaran yang akan dibuat kepada Bank hendaklah pembayaran penuh tanpa tolakan
atau tuntutan balas, bebas dan bersih dan tanpa potongan sebarang cukai, levi, impos, duti, caj,
fi, potongan, penahanan, sekatan atau syarat tidak kira jenisnya.
(d) Jika undang-undang menghendaki sebarang potongan daripada sebarang pembayaran, Peminjam
hendaklah memastikan bahawa jumlah bersih yang diterima oleh Bank adalah bersamaan
dengan jumlah penuh yang akan diterima oleh Bank, jika potongan tersebut tidak dibuat.
7. REPRESENTASI DAN JAMINAN
Dengan menerima Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, Peminjam membuat
representasi dan menjamin kepada Bank bahawa:
(a) Peminjam mempunyai kapasiti untuk menyempurnakan, memenuhi dan melaksanakan terma-
terma di dalam Surat Tawaran dan di dalam Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini;
(b) baik Peminjam, penjamin mahupun mana-mana pihak cagaran tidak mengingkari sebarang
perjanjian (sama ada berkenaan dengan pembayaran, pelaksanaan atau sebaliknya) yang mana
Peminjam, penjamin atau mana-mana pihak cagaran adalah pihak padanya atau yang mengikat
Peminjam, penjamin atau mana-mana pihak cagaran;
(c) tiada litigasi, timbang tara atau pertikaian sama ada sebenar, belum diputuskan atau diancam
terhadap Peminjam atau mana-mana penjamin atau pihak cagaran;
(d) semua penyata kewangan yang diterima atau akan diterima oleh Bank berkenaan dengan
Peminjam memberikan gambaran yang benar dan tepat tentang kedudukan kewangan Peminjam;
(e) tiada perubahan material yang buruk berlaku pada keadaan kewangan Peminjam atau keadaan
kewangan penjamin atau pihak cagaran, dan jika berkenaan, persekitaran operasi atau
pengurusan perniagaan Peminjam atau perniagaan penjamin atau mana-mana pihak cagaran
yang akan menjejaskan secara material keupayaan Peminjam atau keupayaan penjamin atau
pihak cagaran untuk melaksanakan obligasi Peminjam/mereka di bawah Surat Tawaran, Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau dokumen cagaran;
(f) Peminjam dan jika berkenaan, penjamin dan setiap pihak cagaran adalah pemilik undang-undang
dan benefisial sebarang aset atau harta yang ditawarkan sebagai cagaran kepada Bank berhubung
dengan Kemudahan, Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan dokumen
cagaran;
(g) penerimaan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini merupakan obligasi
yang sah dan boleh dikuat kuasa dan tidak atau tidak akan melanggar peruntukan mana-mana
undang-undang, peraturan, kaedah, perintah, writ, injunksi atau dekri mana-mana mahkamah,
badan pentadbiran atau badan kawal selia yang mempunyai kuasa terhadap Peminjam, dan tidak
melanggar sebarang perjanjian lain yang mana Peminjam adalah pihak padanya atau akujanji
yang mengikat Peminjam atau asetnya;
(h) Peminjam telah mendedahkan kepada Bank dengan sepenuhnya dan secara bertulis semua fakta
berkaitan dengan Peminjam, penjamin dan pihak cagaran yang diketahui atau secara munasabah
sepatutnya diketahui oleh Peminjam dan yang wajar didedahkan kepada Bank dalam konteks
Kemudahan;
(i) semua pengisytiharan yang dibuat kepada Bank dan maklumat yang diberikan oleh Peminjam
dan jika berkenaan, setiap penjamin dan pihak cagaran berhubung dengan Kemudahan tidak
mengandungi sebarang kenyataan yang tidak benar atau tidak menyatakan sebarang fakta dan
semua ungkapan tentang jangkaan, niat, kepercayaan dan pendapat semua unjuran yang
terkandung di dalamnya dibuat dengan jujur dan berdasarkan alasan munasabah selepas
pertanyaan yang wajar dan berhati-hati;
(j) Peminjam, setiap penjamin dan setiap pihak cagaran adalah tertakluk kepada undang-undang
sivil dan perdagangan berhubung dengan setiap obligasi Peminjam/ mereka di bawah
Kemudahan dan penyempurnaan, penyerahan dan pelaksanaan obligasi yang diwujudkan di
bawah ini merupakan tindakan peribadi dan perdagangan dan bukan tindakan kerajaan atau
awam dan Peminjam, penjamin, pihak cagaran mahupun mana-mana harta/Cagaran tidak
menikmati sebarang kekebalan atas alasan kedaulatan atau sebaliknya berhubung dengan
obligasi mereka berbangkit daripada Kemudahan;
(k) tiada prosiding kebankrapan telah dimulakan terhadap Peminjam, dan penjamin dan/atau mana-
mana pihak cagaran;
(l) Jumlah peminjaman Peminjam daripada semua sumber dalam Malaysia, termasuk kemudahan
ini (tidak termasuk kemudahan untuk pembiayaan/pembiayaan semula bagi pembelian atau
pembinaan harta tak alih dan pembelian tanah) tidak melebihi RM10 juta secara agregat atau
sebarang had maksimum lain yang mungkin dikenakan oleh pihak berkuasa yang mengawal dari
semasa ke semasa. (Hanya terpakai kepada warga asing)
(m) Peminjam, setiap penjamin dan setiap pihak cagaran telah memperolehi semua kebenaran, lesen,
pengecualian, kelulusan atau pemberikuasaan yang perlu yang mungkin dikehendaki di bawah
sebarang undang-undang, peraturan atau arahan yang terpakai berkaitan dengan penyempurnaan,
pelaksanaan, kesahan atau kebolehkuatkuasaan terma-terma yang dibayangkan oleh Surat
Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini, dan jika berkenaan, jaminan dan dokumen
cagaran dan pelaksanaan setiap perniagaan Peminjam, penjamin atau mana-mana pihak cagaran;
dan
(n) semua tindakan, syarat dan perkara yang perlu diambil, dipenuhi dan dilakukan (termasuk
memperolehi semua Kebenaran untuk Penyerahan Hak yang dikehendaki daripada pihak
berkaitan, jika berkenaan) telah dipenuhi dan dilakukan untuk membolehkan Peminjam:
(i) memasuki, melaksanakan hak, menjalankan dan mematuhi obligasi di dalam Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dengan sah;
(ii) memastikan bahawa obligasi dan penyerahan hak, sandaran, cagaran Pelaburan adalah
sah, mengikat dan boleh dikuat kuasa; dan
(iii) menjadikan Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini boleh diterima
sebagai keterangan dalam Mahkamah Undang-undang di Malaysia;dan
(o) Terdapat tiada pelanggaran mana-mana peruntukan yang terkandung dalam Akta Perkhidmatan
Kewangan 2013 atau mana-mana undang-undang atau keperluan peraturan atau arahan atau
garis panduan yang dikeluarkan atau yang dari semasa ke semasa boleh dikeluarkan atau dipinda
oleh Bank Negara Malaysia berkaitan dengan pemberian Kemudahan secara amnya atau kepada
orang-orang yang berkaitan dengan pihak Bank ('Undang-Undang atau Garis Panduan').
Setiap representasi dan jaminan yang dinyatakan di atas akan kekal berkuat kuasa selepas Surat
Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini ditandatangani dan diserahkan dan Peminjam
akan dianggap membuat reprentasi dan jaminan kepada Bank bahawa representasi dan jaminan di atas
adalah benar dan tepat dalam semua segi dan diulang setiap hari.
8. KOS, PERBELANJAAN DAN FI
Meskipun Kemudahan mungkin dibatalkan atau dibantutkan atas apa-apa sebab pun jua:
(a) Semua kos dan perbelanjaan pun jua termasuk kos pembantutan, duti setem (termasuk duti
dan cukai lain yang serupa dan apa-apa penalti terhadapnya), pencetakan, perbelanjaan tunai
langsung dan semua kos lain berkaitan dengan Kemudahan yang ditanggung oleh Bank
berhubung dengan rundingan, persediaan atau pennyiapan Kemudahan atau langkah
mendapatkannya kembali atau penebusan akaun Kemudahan Peminjam atau berkaitan dengan
apa-apa akaun atau aset Peminjam perlu dibayar oleh Peminjam apabila dituntut, atas dasar
tanggung rugi penuh.
(b) Jika berkenaan, dokumen cagaran berkenaan dengan Kemudahan akan disediakan oleh
peguamcara dalam panel Bank dan Peminjam bersetuju untuk membayar kepada peguamcara
tersebut semua fi undang-undang dan kos sampingan berkaitan dengan langkah menyediakan,
mematikan setem (termasuk „upstamping‟) dan mendaftarkan apa-apa dokumen cagaran yang
diperlukan oleh Bank di bawah ini walaupun dokumen tersebut tidak disempurnakan oleh
Peminjam atas apa-apa sebab pun jua.
(c) Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali
melalui proses undang-undang atau sebarang proses lain, atau diserahkan kepada peguamcara
untuk pungutan, Peminjam bertanggungjawab untuk membayar kepada peguamcara Bank
(atas dasar peguamcara-anakguam) dan sebarang pembayaran dan perbelanjaan yang
ditanggung berkaitan dengan pungutan tersebut. Peminjam bertanggungjawab membayar fi
penilaian, caj jurulelong, bayaran pungutan hutang dan fi profesional lain berkaitan dengan
langkah mendapatkan kembali wang tersebut dan/atau penguatkuasaannya. Peminjam juga
hendaklah menanggung rugi Bank terhadap sebarang liabiliti berkaitan dengan atau
disebabkan sebarang kelewatan untuk membayar atau kegagalan untuk membayar sebarang
duti atau cukai.
(d) Bank berhak mendebit akaun Kemudahan Peminjam pada bila-bila masa untuk faedah,
komisyen, caj, fi, duti setem, duti, penalti dan semua wang berbangkit daripada Kemudahan
termasuk kos yang disebut dalam perenggan-perenggan sebelum ini. Jumlah yang didebit
tersebut akan dikenakan faedah pada kadar semasa atau Kadar Faedah Semasa, dan boleh
tertakluk kepada sebarang faedah tambahan pada Kadar Ingkar atau Kadar Had Lebihan, yang
mana lebih tinggi dan boleh dimodalkan di bawah peruntukan di dalam ini.
(e) Tanpa prejudis terhadap mana-mana peruntukan di bawah ini, Peminjam adalah
bertanggungjawab ke atas apa-apa cukai barangan dan perkhidmatan yang berhubungan
dengan atau berikutan daripada perjanjian ini atau kemudahan atau apa-apa perkhidmatan
yang berhubungan dengannya. Peminjam hendaklah menanggung rugi Bank dan dengan tak
boleh batal memberi kuasa kepada Bank untuk mendebit akaun Peminjam bagi sebarang
jumlah yang diperlukan untuk membayar cukai barangan dan perkhidmatan.
9. BUDI BICARA BANK TERHADAP PENGGUNAAN/PEMINDAHAN WANG
Jika sebarang jumlah yang dibayar atau didapatkan kembali berkaitan dengan liabiliti Peminjam adalah
kurang daripada jumlah yang terhutang, Bank boleh menggunakan jumlah tersebut untuk membayar
faedah, fi, jumlah prinsipal atau sebarang jumlah yang kena dibayar menurut sebarang kadar dan
turutan dan secara amnya mengikut sebarang cara yang difikirkan wajar oleh Bank atau boleh
mengkredit atau memindahkan sebarang wang dalam kredit akaun bank Peminjam tidak kira jenisnya
dan di mana jua lokasinya untuk menjelaskan jumlah yang kena dibayar kepada Bank kepada akaun
gantungan tanpa faedah buat sebarang tempoh yang difikirkan wajar oleh Bank tanpa sebarang obligasi
sementara itu untuk menggunakannya atau mana-mana bahagian daripadanya untuk atau bagi tujuan
menjelaskan sebarang wang atau liabiliti yang kena dibayar atau yang ditanggung oleh Peminjam
kepada Bank.
10. PENDEDAHAN
Tertakluk kepada peruntukan di bawah yang (i) melarang pendedahan maklumat kepada Syarikat-
syarikat Kumpulan jika dibantah oleh Peminjam; dan (ii) menghendaki kebenaran nyata daripada
Peminjam bagi pendedahan maklumat kepada pihak ketiga untuk tujuan yang dinyatakan, Peminjam
dengan ini bersetuju dan memberi kuasa kepada Bank untuk mendedahkan sebarang maklumat
berhubung dengan Peminjam dan/atau urusan atau akaun Peminjam dan/atau perhubungan akaun atau
perhubungan urusan Peminjam dengan Bank termasuk tetapi tidak terhad kepada butir-butir
Kemudahan, sebarang cagaran yang diberikan, transaksi yang dilaksanakan dan/atau baki dan/atau
kedudukan dengan Bank:
(a) kepada agen, penyedia perkhidmatan, juruaudit, peguam, penasihat profesional Bank yang lain
dan kepada mana-mana orang di dalam atau di luar Malaysia yang menyediakan cagaran atau
jaminan dan/atau adalah pihak pada mana-mana perjanjian yang mungkin merupakan atau
membentuk asas untuk cagaran atau jaminan tersebut;
(b) kepada Biro Kredit Pusat, Biro Maklumat Cek atau pihak berkuasa relevan lain kepada mana
Bank dikehendaki membuat pendedahan sedemikian dan/atau kepada mana-mana pihak
berkuasa yang mempunyai bidang kuasa terhadap Bank;
(c) kepada mana-mana institusi kewangan yang berurusan atau bakal berurusan dengan Peminjam;
(d) kepada mana-mana syarikat insurans yang dianggap wajar oleh Bank berhubung dengan
sebarang polisi insurans yang ingin diambil oleh Bank selaras dengan terma-terma Perjanjian
ini;
(e) kepada syarikat yang kini atau di masa hadapan mungkin menjadi syarikat di dalam kumpulan
Bank serta syarikat di dalam kumpulan CIMB Group Holdings Berhad, syarikat induk
muktamad Bank (“Syarikat-syarikat Kumpulan”) sama ada Syarikat-syarikat Kumpulan
tersebut bermastautin, menjalankan perniagaan, diperbadankan atau ditubuhkan di dalam atau di
luar Malaysia;
untuk memudahkan perniagaan, operasi, kemudahan dan perkhidmatan oleh atau yang diberikan atau
disediakan oleh Bank dan/atau Syarikat-syarikat Kumpulan kepada pelanggan mereka atau seperti yang
dikehendaki oleh undang-undang atau selaras dengan sebarang sepina atau perintah mahkamah.
Pendedahan kepada Syarikat-syarikat Kumpulan hendaklah bagi tujuan memudahkan operasi,
perniagaan, penjualan silang dan tujuan lain di pihak Bank dan/ atau Syarikat-syarikat Kumpulan
dengan syarat sentiasa bahawa pendedahan bagi tujuan penjualan silang tidak akan dilaksanakan
jika pendedahan tersebut dibantah oleh Peminjam dengan menghubungi Bank di nombor telefon
atau alamat berikut (yang boleh diubah oleh Bank dari semasa ke semasa melalui notis kepada
Peminjam): Tingkat 19, Menara Bumiputra Commerce, 11 Jalan Raja Laut, 50350 Kuala Lumpur, No.
Tel.: 1300-880-900.
Selanjutnya, jika Bank bercadang untuk berkongsi maklumat Peminjam (tidak termasuk maklumat
berkaitan dengan urusan atau akaun Peminjam) dengan pihak ketiga untuk tujuan perikatan strategik,
pemasaran dan promosi, Bank hendaklah memastikan bahawa kebenaran daripada Peminjam telah
diperolehi.
Peminjam dengan ini secara nyata membenarkan pendedahan tersebut dan dengan ini mengesahkan
bahawa Bank, pegawai dan agennya tidak akan menanggung sebarang liabiliti pun jua kerana
memberikan maklumat tersebut sama ada disebabkan sebarang salah nyata, kesilapan, kecuaian,
ketinggalan, kelewatan atau apa-apa perkara berhubung dengannya pun jua dan sama ada sebelum pada
atau selepas tarikh Surat Tawaran.
11. FASAL PRIVASI
(a) Peminjam dengan ini mengesahkan bahawa Peminjam telah membaca, memahami dan
bersetuju untuk terikat dengan Notis Privasi Kumpulan CIMB (yang boleh didapati di
www.cimbbank.com.my atau www.cimbislamic.com ) dan fasal-fasal di dalam ini, yang
berkaitan dengan pemprosesan maklumat peribadi Peminjam. Bagi mengelakkan keraguan,
Peminjam bersetuju bahawa Notis Privasi tersebut hendaklah disifatkan sebagai terkandung di
dalam Perjanjian ini secara rujukan.
(b) Sekiranya Peminjam memberikan maklumat peribadi dan kewangan yang berkaitan dengan
pihak ketiga, termasuk maklumat yang berkaitan dengan waris seterusnya dan tanggungan (di
mana Peminjam seorang individu ) atau maklumat yang berhubungan dengan pengarah,
pemegang saham, pegawai, penjamin individu dan pemberi jaminan Peminjam (di mana
Peminjam sebuah perbadanan), untuk tujuan membuka atau mengendalikan akaun /
kemudahan Peminjam dengan Bank atau sebaliknya melanggan produk dan perkhidmatan
Bank, Peminjam (a) mengesahkan bahawa Peminjam telah mendapatkan persetujuan mereka
atau sebaliknya berhak untuk memberikan maklumat ini kepada Bank dan untuk Bank
menggunakannya mengikut perjanjian ini; (b) bersetuju untuk memastikan bahawa maklumat
peribadi dan kewangan pihak ketiga tersebut adalah tepat; (c) bersetuju untuk memberi kemas
kini kepada Bank secara bertulis sekiranya ada apa-apa perubahan yang material kepada
maklumat peribadi dan kewangan tersebut; dan (d) bersetuju akan hak Bank untuk
menamatkan perjanjian ini, sekiranya persetujuan dari mana mana pihak ketiga tersebut ditarik
balik.
(c) Di mana Peminjam mengarahkan Bank untuk melaksanakan sebarang bentuk transaksi rentas
sempadan (termasuk untuk membuat atau menerima pembayaran), butiran yang berkenaan
dengan transaksi merentas sempadan tersebut (termasuk maklumat yang berkaitan dengan
sesiapa yang terlibat di dalam urusniaga tersebut) boleh diterima dari atau dihantar ke luar
negara, di mana ia mungkin boleh diakses(sama ada secara langsung atau tidak langsung) oleh
pengawal selia dan pihak berkuasa luar negara berkaitan dengan kewajipannya yang sah
(contohnya, pencegahan jenayah). Dalam mengarahkan Bank dan/atau ejen-ejen Bank untuk
memasuki apa-apa transaksi rentas sempadan bagi pihak Peminjam, Peminjam bersetuju akan
pendedahan tersebut di atas bagi pihak diri sendiri dan orang lain yang terlibat dalam urus
niaga rentas sempadan tersebut.
(d) Bank mungkin menggunakan agensi pelaporan / rujukan kredit untuk membantu membuat
keputusan, contohnya apabila Bank perlu (a) memeriksa butiran mengenai permohonan kredit,
berkaitan dengan kredit atau permohonan kemudahan lain; (b) menguruskan akaun atau
kemudahan kredit atau berkaitan dengan kredit, termasuk menjalankan semakan portfolio-
portfolio Peminjam; dan/atau mendapatkan semula hutang. Peminjam akan dihubungkan oleh
agensi pelaporan/rujukan kredit kepada mana-mana nama lain yang Peminjam gunakan atau
telah gunakan, dan mana-mana pemohon bersama dan berasingan. Bank juga boleh berkongsi
maklumat tentang Peminjam dan bagaimana Peminjam menguruskan akaun/kemudahan
Peminjam dengan agensi-agensi laporan/rujukan kredit yang berkenaan.
(e) Selepas Peminjam memberi maklumat Peminjam kepada Bank, Peminjam masih mempunyai
pilihan untuk menarik balik kebenaran yang diberikan sebelum ini. Dalam keadaan itu, Bank
mempunyai hak untuk tidak memberi atau memberhentikan penyediaan mana-mana produk,
perkhidmatan, akaun dan/atau kemudahan yang berhubung dengan maklumat tersebut.
(f) Bank menyimpan hak untuk meminda fasal ini dari masa ke semasa mengikut budi bicara
mutlak Bank dan akan memberi notis terdahulu secara bertulis kepada Peminjam dan
meletakkan pindaan tersebut di dalam laman web dan/atau meletak notis-notis di dewan
perbankan atau di ruang utama di dalam cawangan-cawangan Bank.
(g) Untuk tujuan fasal ini, Kumpulan CIMB terdiri daripada CIMB Group Holdings Berhad dan
semua syarikat-syarikat yang berkaitan dengannya sebagaimana yang ditakrifkan di dalam
Seksyen 6, Akta Syarikat 1965 dan syarikat-syarikat dikawal bersama yang menyediakan
perkhidmatan kewangan dan perkhidmatan lain yang dikawal selia, yang tidak termasuk
syarikat, cawangan, pejabat dan bentuk kehadiran lain yang beroperasi di luar Malaysia, dan
penggunaan perkataan “Bank” hendaklah dibaca sebagai merujuk kepada Kumpulan CIMB.
(h) Fasal ini adalah tanpa prejudis kepada fasal-fasal lain di dalam Perjanjian ini yang berkaitan
dengan pendedahan maklumat.
12. PENYATA OLEH BANK
Penyata atau notis oleh pengurus atau mana-mana pegawai atau agen Bank yang diberi kuasa pada
masa itu atau notis daripada Bank yang dihasilkan oleh komputer yang tidak memerlukan tandatangan,
yang diberikan setiap bulan, berkaitan dengan jumlah baki dan liabiliti yang ditanggung oleh atau kena
dibayar kepada Bank atau tentang kadar faedah atau jumlah faedah yang perlu dibayar adalah bukti
konklusif untuk segala tujuan (termasuk tetapi tidak terhad kepada prosiding undang-undang). Di
samping itu, jika Peminjam gagal melaporkan kepada Bank tentang apa-apa kesilapan di dalamnya
dalam sebarang tempoh yang ditetapkan oleh Bank, penyata atau notis tersebut akan menjadi bukti
konklusif tentang liabiliti Peminjam kepada Bank dalam jumlah yang dinyatakan di dalamnya.
13. PERISTIWA KEINGKARAN
Meskipun obligasi keseluruhan Peminjam untuk membayar balik semua jumlah yang belum dijelaskan
apabila dituntut oleh Bank, Kemudahan atau mana-mana bahagian daripadanya yang pada masa itu
belum dijelaskan dan tidak dibayar bersama-sama dengan faedah ke atasnya dan semua wang lain yang
dijamin oleh apa-apa cagaran hendaklah, melalui notis bertulis oleh Bank kepada Peminjam, menjadi
dengan serta-merta kena dan perlu dibayar dan cagaran memihak kepada Bank akan menjadi dengan
serta-merta boleh dikuat kuasa dan boleh dilaksanakan oleh Bank, dan Kemudahan akan dibatalkan dan
pengeluaran lanjut atau ketersediaan Kemudahan tidak akan dibenarkan, apabila berlaku satu atau lebih
daripada satu peristiwa berikut (tidak kira sama ada peristiwa tersebut berlanjutan):
(a) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau penjamin gagal membayar kepada Bank (i)
sebarang wang terhadap Kemudahan, apabila dituntut atau (ii) sebarang wang yang terlebih
keluar/wang berlebihan, dalam masa yang ditetapkan, atau (iii) sebarang wang yang perlu
dibayar yang disebut di dalam Surat Tawaran atau di bawah sebarang perjanjian atau
pengaturan dengan Bank, pada tarikh kena dibayar.
(b) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau penjamin melanggar atau mengancam untuk
memungkiri sebarang waad, akujanji, terma, syarat atau peruntukan dalam Surat Tawaran atau
Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau dalam dokumen yang diserahkan selaras
dengan Kemudahan atau dokumen cagaran dan gagal meremedi kemungkiran tersebut dalam
tempoh tujuh (7) hari selepas notis daripada Bank atau sebarang tempoh lain yang ditetapkan
oleh Bank.
(c) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran, penjamin atau mana-mana syarikat di mana
Peminjam dianggap oleh Bank sebagai mempunyai kepentingan mengawal (sama ada melalui
pemegangan saham, atau sama ada syarikat tersebut lazimnya atau mempunyai obligasi untuk
bertindak mengikut arahan, kepentingan atau hajat Peminjam) gagal membayar pada tarikh
kena dibayar sebarang wang yang perlu dibayar oleh Peminjam, pihak cagaran, penjamin atau
syarikat tersebut, di bawah sebarang perjanjian atau pengaturan dengan Bank atau sebarang
pemberi pinjaman/pemiutang lain.
(d) Jika suatu distres atau pelaksanaan dikenakan ke atas atau dikeluarkan terhadap sebarang harta
atau aset Peminjam atau pihak cagaran dan/atau penjamin dan tidak dibayar atau dilepaskan
dalam tempoh lima (5) hari daripada tarikh permulaan distres atau pelaksanaan tersebut.
(e) Jika prosiding undang-undang guaman atau tindakan tidak kira jenisnya (sivil atau jenayah)
diambil terhadap Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau penjamin.
(f) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau penjamin dihukum bankrap atau digulungkan
atau melakukan tindakan kebankrapan (atau peristiwa serupa) atau jika Peminjam, mana-mana
pihak cagaran atau penjamin menjadi tidak waras atau meninggal dunia.
(g) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau penjamin memasuki persetujuan, moratorium
atau pengaturan atau membuat penyerahan hak secara umum untuk manfaat
Peminjam/pemiutangnya.
(h) Jika berlaku sebarang persitiwa atau berbangkit hal keadaan termasuk perubahan pada
keadaan kewangan Peminjam atau keadaan kewangan mana-mana pihak cagaran atau
penjamin yang menurut pendapat Bank akan memudaratkan keupayaan Peminjam atau pihak
cagaran atau penjamin untuk melaksanakan obligasi Peminjam atau pihak cagaran dan/atau
penjamin yang terkandung di dalam ini atau di bawah sebarang dokumen cagaran.
(i) Jika notis atau cadangan untuk pengambilan paksa mana-mana aset Peminjam atau, jika
berkenaan, aset mana-mana pihak cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya dikeluarkan
atau dibuat di bawah atau menurut Akta Parlimen atau undang-undang.
(j) Jika Bank berpendapat bahawa cagaran memihak kepadanya selaras dengan dokumen cagaran
terancam.
(k) Jika Peminjam disenaraikan sebagai pesalah cek 'tendang' oleh DCHEQS yang ditubuhkan
oleh Bank Negara Malaysia.
(l) Jika Peminjam, mana-mana pihak cagaran atau penjamin gagal untuk mengendalikan akaun
Peminjam/mereka dengan Bank dalam cara yang memuaskan.
(m) Dalam situasi di mana Peminjam atau pihak cagaran adalah tuan punya tunggal atau
perkongsian, berlaku sebarang peristiwa yang membawa kesan buruk yang material terhadap
pemilikan tunggal/perniagaan tersebut.
(n) Jika Peminjam, mana-mana penjamin atau pihak cagaran (sebagai tuan punya tunggal,
perkongsian atau perbadanan) berhenti atau mengancam untuk berhenti menjalankan
keseluruhan atau sebahagian besar daripada perniagaan Peminjam/perniagaannya.
(o) Jika mana-mana bahagian perniagaan Peminjam atau perniagaan mana-mana penjamin atau
pihak cagaran (sebagai peniaga tunggal/perkongsian atau perbadanan) terancam.
(p) Jika sebarang pengisytiharaan, representasi atau jaminan yang dibuat atau dibayangkan secara
tersirat kepada Bank adalah tidak benar atau mengelirukan pada tarikh representasi atau
jaminan tersebut dibuat.
(q) Jika pelaksanaan obligasi Bank atau Peminjam di bawah ini menjadi mustahil atau menyalahi
undang-undang.
(r) Jika berlaku sebarang peristiwa lain yang, menurut pendapat tunggal Bank, boleh atau
mungkin menjejaskan atau memudaratkan keupayaan atau kesanggupan Peminjam (atau
keupayaan atau kesanggupan penjamin atau mana-mana pihak cagaran) untuk mematuhi
semua atau mana-mana obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran atau Terma-Terma atau
Syarat-Syarat Utama ini atau obligasi penjamin atau pihak cagaran di bawah dokumen
cagaran.
(s) Jika Peminjam atau dan/atau mana-mana Peminjam bersama (iaitu apabila Peminjam terdiri
daripada lebih daripada seorang) dan/atau mana-mana penjamin atau pihak cagaran telah
meninggal dunia atau menjadi tidak waras.
(t) Jika sebarang jumlah menjadi kena dibayar daripada Peminjam dan atau mana-mana pihak
cagaran untuk menyokong pemberian Kemudahan termasuk tetapi tidak terhad kepada
penjamin, penyerah hak, penggadai (secara kolektif “Penanggung Obligasi”) kepada Bank dan
atau mana-mana pihak ketiga lain dari semasa ke semasa atau pada bila-bila masa atau jika
mana-mana Penanggung Obligasi atau mana-mana daripada mereka mungkin menjadi atau
telah menjadi bertanggungjawab kepada Bank di mana jua terhadap sebarang kemudahan
perbankan, pinjaman, sebarang kemudahan kredit lain atau sebarang akaun lain, semasa atau
sebaliknya (“akaun”) atau dalam sebarang cara lain pun jua termasuk tetapi tidak terhad
kepada liabiliti mana-mana Penanggung Obligasi yang ditanggung kepada Bank sebagai
penjamin atau jika keingkaran dilakukan terhadap sebarang peruntukan yang mengawal
akaun.
(u) Sekiranya terdapat pelanggaran atau menyalahi mana-mana undang-undang atau garis
panduan oleh Peminjam.
Bagi tujuan klausa ini, dalam keadaan di mana Peminjam adalah dalam perkongsian, rujukan terhadap
"Peminjam" hendaklah termasuk rujukan kepada mana-mana rakan kongsi Peminjam, tidak kira sama
ada orang tersebut telah menyediakan sebarang cagaran kepada Bank.
14. TOLAKAN/CAGARAN BAGI KETERHUTANGAN MASA KINI DAN MASA HADAPAN
Keterhutangan anda kepada Bank di dalam ini yang termasuk keterhutangan masa kini dan masa
hadapan yang mungkin ditanggung oleh anda pada bila-bila masa atau dari semasa ke semasa sama ada
sebagai peminjam dan atau penjamin dan atau penyedia cagaran hendaklah dijamin oleh cagaran yang
diwujudkan di dalam ini atau dari semasa ke semasa oleh anda memihak kepada Bank. Tanpa
menjejaskan perkara yang disebut sebelum ini, dengan ini selanjutnya diperuntukkan bahawa Bank
berhak menahan, menggabungkan atau menyatukan semua atau mana-mana akaun sedia ada
Penanggung Obligasi (sama ada akaun semasa, deposit, pinjaman atau sebarang sifat lain pun jua dan
sama ada dalam Ringgit Malaysia atau sebarang mata wang lain) di mana jua letaknya (Akaun-akaun
tersebut) dan menolak atau memindahkan sebarang baki yang ada atau sebarang jumlah kredit dalam
mana-mana satu atau lebih daripada satu akaun tersebut untuk atau bagi tujuan menjelaskan sebarang
keterhutangan Penanggung Obligasi setelah Bank memberikan notis terdahulu selama tujuh (7) hari
kalendar kepada Penanggung Obligasi.Sementara menunggu Bank melaksanakan tolakan tersebut,
Bank berhak menahan dan atau menggantung pembayaran apa-apa wang daripada baki kredit dalam
Akaun.
15. PEMATUHAN UNDANG-UNDANG/ KEPERLUAN KAWAL SELIA/ AKTA
PERKHIDMATAN KEWANGAN 2013
(a) Tawaran dan ketersediaan Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada
tiada perlanggaran dilakukan terhadap sebarang undang-undang berkaitan dengannya.
(b) Tanpa menjejaskan sifat am perkara yang disebut sebelum ini, tawaran dan ketersediaan
Kemudahan di dalam Surat Tawaran ini adalah tertakluk kepada representasi dan akujanji oleh
Peminjam bahawa pembiayaan oleh Bank di dalam ini dan persetujuannya untuk memberi
atau membuat atau menyediakan Kemudahan secara berterusan kepada Peminjam tidak akan
melanggar atau memungkiri sebarang undang-undang sedia ada atau keperluan kawal selia
atau terma-terma dan syarat-syarat atau peruntukan ditetapkan oleh atau dinyatakan dalam
arahan atau garis panduan yang dikeluarkan atau dari semasa ke semasa akan dikeluarkan oleh
Bank Negara Malaysia ("BNM"), Persatuan Bank-Bank di Malaysia dan/atau mana-mana
orang atau badan yang mempunyai bidang kuasa atau bidang kuasa ke atas Bank ("Undang-
Undang dan Peraturan Yang Terpakai"). Undang-Undang dan Peraturan Yang Terpakai
yang mengawal Kemudahan ini termasuk tetapi tidak terhad kepada (i) semua peruntukan
yang berkuat kuasa di dalam Akta Perkhidmatan Kewangan 2013 dan semua garis panduan
dan arahan oleh BNM yang dikeluarkan terhadapnya dan semua garis panduan BNM tentang
atau yang terpakai bagi pemberian kemudahan kepada orang-orang yang mempunyai kaitan
dengan Bank, dan (ii) sebarang had atau sekatan peminjaman yang boleh dikenakan ke atas
Bank dari semasa ke semasa oleh BNM atau mana-mana pihak berkuasa kerajaan yang lain.
(c) Peminjam hendaklah dengan serta-merta memaklumkan Bank secara bertulis jika mana-mana
Undang-undang dan Peraturan Yang Terpakai atau mana-mana terma dan syarat di dalam
Surat Tawaran ini tidak dipenuhi atau didapati tidak dipenuhi.
(d) Dengan memberikan deklarasi tentang apa-apa perkara yang disebut sebelum ini atau mana-
mana terma dan syarat di dalam Surat Tawaran ini seperti yang dikehendaki oleh dan
mengikut terma-terma yang ditetapkan oleh Bank, Peminjam akan dianggap sebagai membuat
representasi dan menjamin kepada Bank bahawa kandungan di dalamnya adalah benar dan
tepat dalam semua segi selagi Kemudahan masih tersedia atau sebarang jumlah masih perlu
dibayar.
16. GARIS PANDUAN SISTEM MAKLUMAT CEK TENDANG (DCHEQS)
Operasi akaun semasa anda antara lainnya turut tertakluk kepada peruntukan yang ditetapkan oleh
Bank Negara Malaysia (BNM) di bawah Garis Panduan BNM mengenai DCHEQS, di mana Bank
merizab hak untuk menutup akaun Peminjam apabila berlaku tiga (3) kejadian cek tendang dalam
tempoh dua belas (12) bulan dari tarikh kejadian pertama dan selepas itu satu laporan akan dihantar
kepada Biro Kredit BNM mengenai penutupan akaun tersebut.
17. PEMINDAHAN/ JUALAN/ PENYERAHAN HAK
Bank berhak pada bila-bila masa untuk memindahkan, menjual, atau menyerahhakkan semua atau
mana-mana bahagian hak, hakmilik, kepentingan, manfaat dan obligasinya di bawah Surat Tawaran,
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau mana-mana dokumen cagaran kepada mana-mana
pihak lain dengan memberikan notis kepada Peminjam. Peminjam tidak boleh memindahkan atau
menyerahhakkan sebarang hak, manfaat dan obligasi Peminjam di bawah Surat Tawaran, Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama ini dan /atau sebarang dokumen cagaran tanpa kebenaran bertulis terlebih
dahulu daripada Bank dan setiap penyerahan hak yang dikatakan tanpa kebenaran sedemikian adalah
batal dan tidak sah.
18. UNDANG-UNDANG YANG MENGAWAL
Surat Tawaran dan Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini akan ditafsirkan mengikut dan tertakluk
kepada undang-undang Malaysia dan Peminjam dengan ini berserah kepada bidang kuasa Mahkamah
Malaysia. Penyampaian sebarang writ atau saman atau sebarang proses undang-undang terhadap
sebarang tindakan atau prosiding boleh dilaksanakan oleh Peminjam dengan menghantar sesalinan writ
atau saman atau pernyataan tuntutan atau proses undang-undang lain melaui pos pra-bayar (atau
sebarang kaedah lain yang dibenarkan oleh undang-undang) ke alamat Peminjam yang dinyatakan di
dalam Surat Tawaran atau alamat terakhir Peminjam yang diketahui. Sekiranya diserahkan melalui pos,
writ atau saman atau pernyataan tuntutan atau sebarang proses undang-undang lain tersebut akan
dianggap sebagai disampaikan kepada Peminjam dua (2) hari selepas tarikh pengeposan meskipun notis
atau tuntutan tersebut mungkin dikembalikan melalui pejabat pos tanpa diserahkan atas apa-apa sebab
pun jua.
19. INSURAN
Peminjam hendaklah mengekalkan dan/atau menyebabkan pihak cagaran relevan mengekalkan
sebarang polisi insuran dan/atau polisi insuran hayat yang diperlukan oleh Bank melalui syarikat
insuran yang diluluskan oleh Bank, untuk sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang terma yang
dikehendaki oleh Bank untuk melindungi hak dan kepentingan Bank selama mana Kemudahan
disediakan kepada Peminjam. Polisi insurans hendaklah menyediakan perlindungan terhadap sebarang
risiko yang dikehendaki dan difikirkan wajar oleh Bank, menurut budi bicara mutlaknya. Polisi insuran
dan/atau polisi insuran hayat tersebut hendaklah sama ada diserah hak kepada Bank atau menunjukkan
kepentingan Bank sebagai penerima kerugian diendorskan padanya dan Bank merizab hak untuk
membuat pembayaran premium tahunan yang akan didebit daripada akaun Peminjam untuk
memastikan perlindungan secara berterusan. Salinan asal polisi insurans dan/atau polisi insurans hayat
tersebut bersama-sama dengan sebarang resit premium pembaharuan hendaklah diserah simpan dengan
Bank. Jika perlu, Peminjam dengan tak boleh batal dan secara eksklusif memberi kuasa kepada Bank
untuk mengatur polisi insurans dan/atau polisi insurans hayat tersebut bagi pihak Peminjam dengan kos
ditanggung oleh Peminjam bagi sepanjang tempoh Kemudahan.
20. CARIAN KEBANKRAPAN
Bank boleh tetapi tidak mempunyai obligasi untuk membuat carian kebankrapan atau penggulungan
(mengikut keadaan) ke atas Peminjam/mana-mana pihak cagaran dan/atau mana-mana penjamin
sebelum pelepasan Kemudahan dan pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa selepas itu. Semua
kos yang ditanggung berhubung dengan carian kebankrapan atau penggulungan (mengikut keadaan)
hendaklah ditanggung oleh Peminjam.
21. TERMA-TERMA YANG DIKENAKAN OLEH BANK NEGARA MALAYSIA
Kemudahan hendaklah dikawal pada setiap masa oleh peraturan dan/atau arahan (sama ada mempunyai
kuasa undang-undang atau tidak) yang dikehendaki atau dikenakan ke atas Bank dari semasa ke semasa
dan pada bila-bila masa oleh Bank Negara Malaysia atau mana-mana pihak berkuasa yang mempunyai
bidang kuasa terhadap Bank.
22. NOTIS
(a) Sebarang tuntutan, permintaan, notis atau komunikasi lain (secara kolektif dirujuk sebagai
"Notis") oleh atau bagi pihak Bank atau Peminjam hendaklah dibuat secara bertulis.
(b) Notis boleh diberikan atau dibuat melalui pos, telegram, faks, penyerahan kediri atau kaedah lain
yang dibenarkan oleh Bank. Notis hendaklah dikeluarkan oleh atau bagi Bank (termasuk
notis/penyata yang dihasilkan oleh komputer yang tidak perlu ditandatangani) kepada Peminjam
di alamat, nombor faks atau alamat e-mel Peminjam yang dinyatakan di dalam Surat Tawaran
atau alamat, nombor faks atau alamat e-mel yang terakhir diketahui yang dimaklumkan oleh
Peminjam secara bertulis. Peminjam hendaklah memaklumkan Bank dengan segera tentang
sebarang perubahan pada alamat dan/atau butir-butir hubungan Peminjam. Notis akan dianggap
telah dihantar kepada Peminjam;-
(i) sekiranya melalui pos, dua hari selepas tarikh pengeposan meskipun Notis tersebut
dikembalikan kerana tidak diserahkan atau tidak dituntut;
(i) sekiranya melalui telegram, pada hari perniagaan selepas tarikh penghantaran;
(ii) sekiranya melalui faks, pada hari penghantaran;
(iii) sekiranya melalui e-mel, pada hari penghantaran dengan syarat Bank tidak menerima mesej
kegagalan penghantaran atau penghantaran tidak diterima daripada penyedia host penerima
pada hari penghantaran.
(iv) sekiranya melalui penyerahan kediri, pada masa penyerahan.
(c) Notis oleh Peminjam kepada Bank hendaklah ditandatangani sewajarnya oleh Peminjam atau
jika dibenarkan oleh Bank, oleh penandatangan yang diberi kuasa oleh Peminjam dan
diserahkan kepada Bank di alamat atau nombor faks yang dimaklumkan secara bertulis oleh
Bank dari semasa ke semasa. Notis akan dianggap diterima oleh Bank apabila sebenarnya
diterima kecuali sekiranya Bank menganggapnya perlu untuk menentusahkan identiti Peminjam
atau sumber Notis tersebut, Peminjam mungkin dikehendaki menyerahkan, seperti yang
dikehendaki oleh Bank, sebarang bukti dokumen (termasuk Notis sebenar atau Notis asal)
kepada Bank dengan kos ditanggung oleh Peminjan. Jika penentusahan dikehendaki oleh Bank,
Notis akan dianggap diterima oleh Bank hanya apabila Bank menerima bukti berdokumen
tambahan yang diminta oleh Bank.
(d) Peminjam bersetuju bahawa Bank boleh, menurut budi bicara tunggalnya, merakamkan dan
memantau semua komunikasi lisan dan bertulis dengan Peminjam mengikut sebarang cara dan
pada sebarang masa yang dianggap wajar oleh Bank.
23. PERTUKARAN ATAU PENGGANTIAN KEMUDAHAN
Untuk memperluaskan dan di samping hak Bank di bawah Klausa 5 dan meskipun sebarang
peruntukan lain yang terkandung di dalam Perjanjian ini atau dokumen lain, Bank berhak pada bila-bila
masa menurut budi bicara mutlaknya dan tanpa menjejaskan cagaran yang diwujudkan selaras dengan
Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau mana-mana dokumen cagaran, untuk
memberikan kemudahan lanjut, mengubah, menukar atau menggantikan mana-mana Kemudahan
dengan kemudahan perbankan lain yang akan diberikan kepada Peminjam (termasuk hak untuk
mengganti atau menukar Kemudahan menjadi Pinjaman Bertempoh) dan selepas itu Surat Tawaran,
Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran akan menjamin kemudahan
lanjut atau kemudahan yang ditukar atau digantikan tersebut. Bank mempunyai hak untuk memberikan
nombor akaun baru atau untuk memindahkan dan/atau menyatukan akaun-akaun sedia ada Peminjam
dengan Bank kepada akaun baru apabila perubahan, penukaran atau penggantian tersebut dilakukan,
tanpa menjejaskan hak Bank di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau
sebarang dokumen cagaran.
24. MODIFIKASI DAN KELONGGARAN
Bank boleh pada bila-bila masa dan tanpa dalam apa cara jua menjejaskan hak, kuasa dan remedi yang
diberikan kepada Bank dibawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini dan/atau
dokumen cagaran, untuk;-
(a) memberikan kepada Peminjam, penjamin atau mana-mana pihak cagaran sebarang tempoh
masa atau kelonggaran atau penepian atau kebenaran atau pelepasan;
(b) berurusan dengan, menukar, melepaskan atau memodifikasi atau menahan diri daripada
menyempurnakan atau menguatkuasakan sebarang cagaran atau jaminan atau hak lain yang
dipunyai oleh Bank pada masa ini atau pada bila-bila masa selepas ini atau dari semasa ke
semasa daripada atau terhadap Peminjam, penjamin atau mana-mana pihak cagaran;
(c) melepaskan atau mencapai persetujuan atau memasuki sebarang suratikatan atau persetujuan
dengan Peminjam, penjamin atau mana-mana pihak cagaran;
(d) memperbaharui sebarang bil atau sekuriti boleh niaga; atau
(e) memberikan atau terus memberikan atau memperbaharui sebarang kemudahan sedia ada atau
tambahan atau baru atau kemudahan perbankan atau kredit lain atau Kemudahan kepada anda
dan/atau mengubah atau menyusun semula sebarang kemudahan sedia ada yang telah
diberikan kepada anda dengan cara (tetapi tidak terhad kepada) penggantian, penambahan,
kenaikan atau pengurangan pun jua atau sebaliknya menurut terma-terma masing-masing.
25. OBLIGASI PEMBAYARAN BEBAS
Peminjam dengan ini secara nyata bersetuju dan mengisytiharkan bahawa setiap obligasi Peminjam
untuk membuat pembayaran atau pembayaran balik di bawah mana-mana peruntukan Surat Tawaran
dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini, atau jika berkenaan, sebarang dokumen cagaran terdiri
daripada obligasi yang berasingan dan bebas, akan membangkitkan kausa tindakan yang berasingan
dan bebas, akan terpakai tidak kira sama ada sebarang penepian atau kelonggaran diberikan oleh Bank
terhadap sebarang obligasi lain, akan kekal berkuat kuasa dan berkesan meskipun sebarang
penghakiman, perintah, tuntutan atau bukti bagi jumlah tertentu terhadap kewajipan lain dan boleh
disandarkan dan dikuat kuasa oleh Bank secara berasingan atau serentak, dengan atau tanpa perlu
memulakan sebarang tindakan lain di bawah obligasi tersebut atau di bawah sebarang dokumen
cagaran atau tanpa perlu terlebih dahulu menghabiskan sebarang remedi atau terlebih dahulu menolak,
menjual atau melupuskan sebarang aset atau Cagaran, harta atau perusahaan yang mungkin disediakan
sebagai cagaran kepada Bank dari semasa ke semasa.
26. PEMINJAM BERSAMA
Jika Kemudahan ditawarkan kepada dua atau lebih daripada dua peminjam, Peminjam dengan ini
bersetuju bahawa:
(a) semua perjanjian, waad, terma, penepatan dan akujanji yang dinyatakan sebagai dibuat oleh
dan bagi pihak Peminjam hendaklah dianggap dibuat oleh atau mengikat ke atas semua
peminjam secara bersama dan berasingan;
(b) semua wang yang perlu dibayar atau yang dipersetujui sebagai perlu dibayar (termasuk
liabiliti kontingen) oleh setiap peminjam bersama-sama dengan faedah dan sebarang jumlah
lain yang belum dijelaskan terhadapnya akan menjadi kena dibayar dan dengan serta-merta
perlu dibayar atas dasar liabiliti bersama dan berasingan sama ada apabila dituntut atau
apabila berlakunya peristiwa keingkaran yang melibatkan mana-mana peminjam.
27. KENAIKAN KOS
Peminjam hendaklah membayar dengan segera kepada Bank apabila dituntut, sebarang jumlah yang
boleh ditetapkan oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan menanggung rugi Bank terhadap
sebarang kos atau kenaikan kos jika Bank menetapkan bahawa pengenalan atau perubahan sebarang
undang-undang, perintah, peraturan atau arahan rasmi (sama ada mempunyai kuasa undang-undang
atau tidak) daripada mana-mana pihak berkuasa relevan yang, bersama-sama dengan obligasi Bank di
bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau apa-apa dokumen cagaran yang
dimasuki:-
(a) menyebabkan Bank menanggung kos; atau
(b) menambah kos kepada Bank untuk membiayai atau meneruskan obligasinya di bawah Surat
Tawaran atau Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran.
28. MAKLUMAN
Peminjam hendaklah memberikan notis bertulis kepada Bank jika berlaku sebarang peristiwa
keingkaran di bawah Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen
cagaran dalam tempoh tiga (3) hari perniagaan apabila kejadiannya diketahui oleh Peminjam.
29. KESAN MENGIKAT
Surat Tawaran, Terma-terma dan Syarat-syarat Utama ini atau sebarang dokumen cagaran hendaklah
mengikat waris, wakil diri, pengganti hakmilik dan penerima serah hak Peminjam yang dibenarkan dan
pengganti hakmilik dan penerima serah hak Bank.
30. TANGGUNG RUGI
Tanpa memudaratkan terma-terma dan peruntukan yang disebut di atas dan di samping dan tanpa
menjejaskan kuasa, hak dan remedi lain yang dipunyai oleh Bank, Peminjam hendaklah menanggung
rugi Bank dan memastikan Bank tidak dipertanggungjawabkan terhadap dan atas sebarang kerugian,
kerosakan dan perbelanjaan pun jua, sama ada di sisi undang-undang atau sebaliknya, (termasuk tetapi
tidak terhad kepada semua kos undang-undang yang ditanggung oleh Bank atas dasar peguamcara-
anakguam) yang mungkin ditanggung atau dialami oleh Bank akibat sebarang keingkaran untuk
membuat pembayaran di bawah Kemudahan tersebut dan faedah ke atasnya atau mana-mana bahagian
daripadanya atau sebarang jumlah lain yang perlu dibayar di bawahnya atau di bawah jaminan dan/atau
dokumen cagaran, atau disebabkan ketidakpatuhan terhadap semua atau mana-mana terma penetapan
perjanjian dan peruntukan oleh Peminjam atau oleh pihak cagaran dan/atau penjamin yang terkandung
di dalam ini atau di bawah dokumen cagaran, dan kerugian, kerosakan dan perbelanjaan tersebut
hendaklah termasuk tetapi tidak terhad kepada jumlah yang diperakui oleh Bank (perakuan tersebut
hendaklah disertai dengan asas dan pengiraan jumlah tersebut dan menjadi konklusif dan mengikat
Peminjam kecuali jika berlaku kesilapan nyata).
31. MASA
Masa di mana jua disebut adalah menjadi asas.
32. AKUJANJI
Peminjam dan/atau pihak cagaran dengan tak boleh batal dan tanpa bersyarat memberi kuasa kepada
Bank untuk mengeluarkan akujanji pada sebarang masa dan mengikut sebarang cara dan untuk
sebarang jumlah dan berdasarkan sebarang kontingensi dan syarat yang difikirkan wajar oleh Bank
mengikut budi bicara tunggal dan mutlaknya memihak kepada mana-mana orang dan juga untuk
membuat pembayaran di bawah Kemudahan secara terus kepada orang tersebut selaras dengan akujanji
tersebut. Bank pada semua masa berhak membuat sebarang pembayaran dan/atau melaksanakan
sebarang obligasi yang dikenakan di bawah akujanji tersebut tanpa perlu menjalankan penyiasatan atau
membuat pertanyaan. Peminjam dan/atau pihak cagaran tidak berhak sama ada di sisi undang-undang
atau ekuiti untuk melarang atau menuntut agar Bank menahan sebarang pembayaran atau menahan
daripada melaksanakan sebarang obligasi yang dikehendaki selaras dengan akujanji tersebut, tidak
kiralah sama ada Peminjam dan/atau pihak cagaran mungkin mempunyai apa-apa tuntutan, tuntutan
balas atau hak tolakan terhadap penerima akujanji tersebut. Meskipun peruntukan di dalam ini, Bank
mempunyai budi bicara tunggal dan mutlak untuk mengubah, meminda, membatalkan, menarik balik,
menggantikan, menggantung dan/atau untuk meminta pelepasan akujanji tersebut tanpa menjejaskan
atau memudaratkan obligasi Peminjam dan/atau pihak cagaran kepada Bank.
33. PERWAKILAN
Bank boleh, menurut budi bicara mutlaknya, pada bila-bila masa dan dari semasa ke semasa melalui
surat kuasa wakil atau melalui sebarang kaedah lain yang tersedia, mewakilkan kepada mana-mana
orang atau badan orang yang berubah-ubah, semua atau sebarang kuasa dan budi bicara yang diletak
hak kepada Bank di bawah Surat Tawaran dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama ini berkenaan
dengan Cagaran atau mana-mana bahagian daripadanya dan sebarang perwakilan tersebut (termasuk
sub-perwakilan) boleh berdasarkan sebarang terma dan syarat yang dianggap wajar oleh Bank dan
Bank tidak akan bertanggungjawab dalam apa jua keadaan atas sebarang kerugian atau kerosakan yang
ditanggung oleh Peminjam berbangkit daripada sebarang tindakan, keingkaran, peninggalan, salah laku
atau kecuaian oleh wakil atau sub-wakil tersebut.
34. SURAT KUASA WAKIL
Peminjam sebagai jaminan dengan ini melantik Bank dan setiap wakil atau sub-wakilnya (jika ada)
yang ditetapkan oleh Bank sebagai Wakil Peminjam dalam nama Peminjam atau sebaliknya dengan
kuasa penggantian yang penuh untuk melaksanakan dan melakukan semua jaminan, tindakan dan
perkara yang seharusnya dibuat oleh Peminjam di bawah peruntukan Surat Tawaran dan Terma-terma
dan Syarat-syarat Utama ini untuk menyempurnakan dan menyiapkan sebarang pemindahan atau
dokumen yang diperlukan oleh Bank untuk menyempurnakan hakmiliknya atau untuk meletak hak
Cagaran kepada atau dalam nama Bank atau penamanya dan/atau untuk mendapatkan kembali dan/atau
menerima daripada mana-mana pihak yang terlibat, semua jumlah yang kena dibayar kepada Peminjam
terhadap Cagaran dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang hak berkenaan dengannya dan untuk
memberi resit sah dan/atau untuk memulakan sebarang prosiding dengan kos dan perbelanjaan
ditanggung oleh Peminjam, sama ada melalui tindakan, distres atau sebaliknya sebagaimana dianggap
sesuai dan wajar oleh Bank mengikut budi bicara mutlaknya dan/atau untuk menguatkuasakan sebarang
hak yang disebut sebelum ini dan Peminjam dengan ini meratifikasi dan mengesahkan semua tindakan
dan perbuatan Wakil atau Wakil-wakil yang dilaksanakan secara sah olehnya/oleh mereka di bawah
Surat Kuasa Wakil ini.
35. PIHAK CAGARAN DAN PEMINJAM ADALAH PIHAK BERLAINAN
(a) Jika pihak cagaran dan Peminjam adalah pihak yang berlainan, pihak cagaran dengan tak
bersyarat dan tanpa boleh batal secara bersama dan berasingan menjamin pembayaran kepada
Bank terhadap liabiliti Peminjam kepada Bank bagi Kemudahan sama ada dalam Ringgit
Malaysia atau mana-mana mata wang lain, yang adalah kena dibayar atau terakru kepada
Bank sama ada liabiliti tersebut adalah atau mungkin adalah bersama atau berasingan atau
utama atau sampingan atau kontingen. Jika sebarang pembayaran adalah tertakluk kepada apa-
apa cukai atau jika pihak cagaran dikehendaki membuat potongan atau penahanan, pihak
cagaran hendaklah membayar cukai tersebut, hendaklah memastikan pembayaran, potongan
atau penahanan tersebut tidak melebihi liabiliti undang-undang minimum untuknya dan
hendaklah dengan serentak membayar kepada Bank sebarang jumlah tambahan yang
diperlukan untuk membolehkan Bank menerima, setelah semua pembayaran, potongan dan
penahanan tersebut, jumlah bersih yang bersamaan dengan jumlah penuh yang perlu dibayar
di bawah Surat Tawaran ini dan Terma-Terma dan Syarat-Syarat Utama.
(b) Jika terdapat dua (2) atau lebih daripada dua orang yang dirangkum atau termasuk di dalam
ungkapan "pihak cagaran" semua persetujuan, waad, obligasi, penetapan dan akujanji yang
dinyatakan sebagai dibuat oleh dan bagi pihak cagaran hendaklah dianggap sebagai dibuat
oleh atau mengikat orang-orang tersebut secara bersama dan berasingan.
(c) Pihak cagaran bersetuju secara bersama dan berasingan dengan Peminjam untuk membayar
atau membayar balik kpeada Bank duti setem dan kos, caj dan perbelanjaan Bank untuk
menguatkuasakan semua hak Bank di dalam ini termasuk, tanpa had, kos dan perbelanjaan
undang-undang atas dasar tanggung rugi penuh.
36. HAK UNTUK MENYUMBERLUARKAN PUNGUTAN HUTANG
Jika sebarang wang yang perlu dibayar di bawah Kemudahan perlu didapatkan kembali daripada
Peminjam, Bank berhak untuk menyumberluarkan pungutan hutang kepada agensi luar yang dipilih
oleh Bank menurut budi bicara tunggalnya dan Peminjam bertanggungjawab bagi fi pungutan hutang,
fi penilaian, fi jurulelong, fi profesional lain dan caj dan kos lain yang ditanggung untuk
mendapatkannya kembali dan/atau untuk menguatkuasakannya.
37. KEBOLEHASINGAN
Sebarang terma, syarat, penetapan, peruntukan waad atau akujanji dalam Surat Tawaran atau Terma-
terma dan Syarat-syarat Utama ini yang menyalahi undang-undang, dilarang, atau tidak boleh dikuat
kuasa tidak membawa kesan setakat kepenyalahan undang-undang, keterbatalan, larangan atau
ketidakbolehkuatkuasaan sahaja tanpa membatalkan peruntukan lain.
38. PENTAFSIRAN
Kecuali konteks menghendaki sebaliknya, perkataan yang ditulis dengan huruf besar yang digunakan di
dalam ini yang tidak ditafsirkan akan membawa maksud yang sama seperti yang ditakrifkan di dalam
Surat Tawaran. Jika terdapat sebarang perkara yang tidak konsisten, konflik, kesamaran atau
percanggahan antara teks Bahasa Inggeris atau sebarang versi lain bagi terma-terma dan syarat-syarat
ini, versi Bahasa Inggeris akan mengatasi yang lain. Meskipun perkara yang disebut sebelum ini,
sekiranya anda meminta versi terma-terma dan syarat-syarat di dalam ini dalam Bahasa Malaysia, Bank
hendaklah menyediakannya kepada Peminjam dan jika perjanjian dimasuki atas dasar ini, maka versi
terma-terma dan syarat-syarat ini dalam Bahasa Malaysia akan mengatasi yang lain.
************************************
(Bahagian seterusnya dalam muka surat ini sengaja dibiarkan kosong)