terma dan syarat pinjaman asb fleksi tujuan asb fleksi

5
Malayan Banking Berhad (3813-K) Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone +603 2070 8833 Telex MA 32837 www.maybank.com.my TERMA DAN SYARAT PINJAMAN ASB FLEKSI Tujuan ASB Fleksi merupakan pinjaman berjangkamasa untuk membeli unit ASB dengan pilihan untuk membiayai semula pinjaman (melalui skim Flexi Cash). Produk ini hanya ditawarkan di Maybank kiosk sahaja. Tempoh pinjaman Dua puluh (20) tahun atau sehingga umur enam puluh (60) tahun (yang mana lebih awal). Yuran dan bayaran 1. Surat Tawaran: RM10 2. Arahan Tetap: RM10 3. Sijil ASNB: RM50 per sijil Jumlah: RM70 (Yuran dan bayaran akan dibayar kepada pihak ASNB dan Lembaga Hasil Dalam Negeri) Bayaran Yuran Keluar Bayaran Yuran keluar akan dikenakan sebanyak 3% daripada jumlah pinjaman yang diselesaikan di dalam tempoh 2 tahun selepas pinjaman bermula. Pelindungan Insurans Perlindungan insurans ‘ASB Reducing Term Assurance’ (ASBRTA) adalah wajib untuk peminjam ASB.

Upload: trinhngoc

Post on 30-Dec-2016

246 views

Category:

Documents


8 download

TRANSCRIPT

Page 1: TERMA DAN SYARAT PINJAMAN ASB FLEKSI Tujuan ASB Fleksi

Malayan Banking Berhad (3813-K) Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone +603 2070 8833 Telex MA 32837

www.maybank.com.my

TERMA DAN SYARAT PINJAMAN ASB FLEKSI

Tujuan

ASB Fleksi merupakan pinjaman berjangkamasa untuk membeli unit ASB dengan pilihan

untuk membiayai semula pinjaman (melalui skim Flexi Cash). Produk ini hanya ditawarkan

di Maybank kiosk sahaja.

Tempoh pinjaman

Dua puluh (20) tahun atau sehingga umur enam puluh (60) tahun (yang mana lebih awal).

Yuran dan bayaran

1. Surat Tawaran: RM10

2. Arahan Tetap: RM10

3. Sijil ASNB: RM50 per sijil

Jumlah: RM70 (Yuran dan bayaran akan dibayar kepada pihak ASNB dan Lembaga Hasil

Dalam Negeri)

Bayaran Yuran Keluar

Bayaran Yuran keluar akan dikenakan sebanyak 3% daripada jumlah pinjaman yang

diselesaikan di dalam tempoh 2 tahun selepas pinjaman bermula.

Pelindungan Insurans

Perlindungan insurans ‘ASB Reducing Term Assurance’ (ASBRTA) adalah wajib untuk

peminjam ASB.

Page 2: TERMA DAN SYARAT PINJAMAN ASB FLEKSI Tujuan ASB Fleksi

Malayan Banking Berhad (3813-K) Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone +603 2070 8833 Telex MA 32837

www.maybank.com.my

Dokumen Yang Diperlukan Untuk Memohon

1. Borang Permohonan

2. Salinan Kad Pengenalan

3. Salinan slip gaji 3 bulan terkini atau mana-mana bukti pendapatan contoh: penyata

akaun bank

4. Salinan muka depan ASB

Kadar Faedah

1. Kadar Pinjaman Asas -1.65% setahun atas baki bulanan untuk baki bulanan

seterusnya sehingga pinjaman selesai bagi jumlah pinjaman RM30,000 ke atas dan

KPA – 1.35% (3 tahun pertama), KPA – 1.30% (selepas 3 tahun) bagi jumlah pinjaman

dibawah RM30,000.

2. Kadar Pinjaman Asas Bank adalah 6.60%. Kadar Faedah tersebut mungkin diubah

pada bila-bila masa mengikut budibicara Bank.

3. Pihak Bank berhak menaikkan kadar faedah semasa yang dikenakan kepada

sekurangkurangnya Kadar Pinjaman Asas (KPA) + 0% sekiranya perbezaan antara

KPA Bank dan Kadar Dasar Semalaman (KDS) Bank Negara Malaysia (BNM) adalah

kurang dari 2.0% semasa tempoh pinjaman.

4. KPA+0% tersebut akan berbalik kepada kadar faedah semasa yang di kenakan sekira

nya perbezaan antara KPA Bank dan KDS BNM adalah 2.0% atau lebih.

Nota: Pada masa kini, perbezaan antara KDS BNM (3.0%) dan KPA Bank (6.6%) ialah

3.6%.

Pembayaran Semula Pinjaman

Pembayaran bulanan tersebut akan dibuat melalui Arahan Tetap daripada salah satu

akaun peminjam.

Page 3: TERMA DAN SYARAT PINJAMAN ASB FLEKSI Tujuan ASB Fleksi

Malayan Banking Berhad (3813-K) Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone +603 2070 8833 Telex MA 32837

www.maybank.com.my

Sekuriti

Sijil Amanah Saham Bumiputera dengan menandatangani dokumen-dokumen berikut:

1. Memorandum Gadaijanji (Memorandum of Charge on Shares – BD 43)

2. Borang Pelaburan Tambahan menerusi Sijil Pinjaman (Borang ASNB 21)

3. Borang Jualan Balik menerusi sijil – tidak bertarikh (Borang ASNB 31)

4. Penyata Pendedahan Risiko Pelaburan dalam saham amanah menerusi pinjaman.

Faedah Penalti

Bahawa faedah penalti 1% setahun ke atas kadar yang ditetapkan atau kadar yang lebih

tinggi akan dikenakan oleh Bank pada bila-bila masa dari masa ke semasa ke atas

pembayaran atau ansuran lewat dengan bayaran minima RM5.

Terma dan Syarat Lain

1. Bahawa semua bayaran guaman dan bayaran yang berkaitan dengan penyediaan

dokumen-dokumen akan ditanggung oleh pihak peminjam.

2. Bahawa peminjam akan bertanggungjawab membayar segala yuran dan

perbelanjaan termasuk kos untuk Peguam Bank (mengikut cara ‘solicitor-client’)

jika wang yang dipinjamkan kepada peminjam perlu dituntut semula melalui proses

guaman atau melalui peguam kami.

3. Bahawa peminjam mengakujanji untuk memberitahu pihak Bank dengan segera

sekiranya berlaku pertukaran taraf pemastautin.

4. Bahawa terma dan syarat yang dinyatakan di atas adalah tidak menyeluruh dan

surat tawaran ini apabila diterima menjadi perjanjian sementara sahaja sehingga

satu memorandum gadaijanji yang mengandungi terma dan syarat yang dinyatakan

di atas dan/atau mana-mana dokumen-dokumen sekuriti yang berkaitan samada

dinyatakan ketika itu atau sebaliknya menjadi sebahagian daripada perjanjian.

Page 4: TERMA DAN SYARAT PINJAMAN ASB FLEKSI Tujuan ASB Fleksi

Malayan Banking Berhad (3813-K) Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone +603 2070 8833 Telex MA 32837

www.maybank.com.my

5. Bahawa pihak Bank berhak untuk menjual balik sijil peminjam yang dicagarkan

kepada pihak Bank jika pihak Bank mendapati akaun pinjaman peminjam tidak

dikemaskinikan atau terdapat tunggakan sebanyak 2 bulan atau lebih walaupun

peringatan telah diberi. Satu Notis Jualan akan dihantar kepada peminjam sebelum

pihak Bank menjual balik sijil tersebut.

6. Pembayaran ansuran bulanan adalah dengan Arahan Tetap (Standing Instruction)

melalui Akaun Simpanan/Semasa daripada Malayan Banking Berhad.

Deklarasi

Bahawa kelulusan dan operasi atau kegunaan kemudahan ini dari masa ke semasa adalah

dengan syarat bahawa peminjam atau rakan kongsi/pengarah, pemegang syer, pengurus

syer, pengurus atau ejen firma atau syarikat atau pinjaman kemudahan ini adalah tidak

bersaudara dengan pengarah, pegawai atau pekerja Bank di masa sekarang atau pada

bila-bila masa akan datang mahupun sebagai ibu bapa atau suami isteri atau anak. Bank

mempunyai hak menarik balik kemudahan dan peminjam mengakujanji atau memberitahu

pihak bank dengan segera pada bila-bila masa jikalau ada perhubungan tersebut dibentuk

atau diketahui.

Pengakuan

Tertakluk kepada terma dan syarat dalam dokumentasi undang-undang yang telah

dismpurnakan, saya/kami selanjutnya bersetuju bahawa surat tawaran ini meliputi,

secara bertulis, semua dan seluruh terma perjanjian saya/kami dan saya/kami dengan ini

mengisytiharkan dan mengesahkan bahawa tiada waranti, janji, representasi atau

perjanjian kolateral telah dibuat secara lisan terhadap saya dan jika, yang dinafikan,

bahawa apa-apa waranti, janji, representasi atau perjanjian kolateral tersebut dibuat,

semuanya telah pada masa ini luput dan akan digantikan oleh surat ini dan adalah tidak

mempunyai apa-apa kuatkuasa.

Page 5: TERMA DAN SYARAT PINJAMAN ASB FLEKSI Tujuan ASB Fleksi

Malayan Banking Berhad (3813-K) Menara Maybank, 100 Jalan Tun Perak, 50050 Kuala Lumpur, Malaysia Telephone +603 2070 8833 Telex MA 32837

www.maybank.com.my

Sekiranya terdapat perubahan pada butiran diri peminjam

Ia adalah penting untuk mengemaskini dan memberitahu pihak Bank sekiranya terdapat

perubahan butiran diri untuk memastikan bahawa semua koresponden terhadap pelanggan

adalah tepat dan terkini.

Maklumat lanjut

Sekiranya peminjam memerlukan maklumat tambahan, sila hubungi Kiosk Maybank

terdekat.