terma dan syarat - · pdf fileuntuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) kanak-kanak dengan kupon...

3
1 Terma dan Syarat 1. Peraduan ”Discover the Magic of Milk with Dutch Lady” dan program Penebusan akan dijalankan dari 1 Mei 2014 hingga 30 Jun 2014 [“Tempoh Peraduan”]. Dutch Lady Milk Industries Berhad [“Penganjur”] berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik. 2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Mei 2014), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan peraduan pihak Penganjur. Program Penebusan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Mei 2014). 3. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian daripada produk- produk yang turut serta seperti yang tertakluk di dalam borang penyertaan. 4. Produk yang turut serta dalam Peraduan dan program Penebusan ini adalah pek Dutch Lady UHT Kid dan pek Dutch Lady UHT School Edisi Disney. Setiap watak Mickey Biru yang dipotong daripada pek Dutch Lady UHT Kid adalah bersamaan dengan satu (1) mata manakala setiap watak Mickey Kuning yang dipotong daripada pek Dutch Lady UHT School adalah bersamaan dengan dua (2) mata. 5. Peraduan dan program Penebusan ini dibahagikan kepada dua (2) peringkat: a. Penebusan i. Setiap penebusan mestilah dilampirkan dengan bukti pembelian produk yang turut serta dengan pengiraan jumlah mata ganjaran yang ditetapkan. Sila rujuk carta bukti pembelian dalam borang penyertaan untuk maklumat lanjut. ii. Hadiah-hadiah penebusan adalah: 1. 20 mata untuk 1 x Kotak Pensil Disney 2. 40 mata untuk 1 x Botol Minuman Disney 3. 60 mata untuk 1 x Bekas Makanan Disney iii. Hadiah-hadiah penebusan boleh didapati sementara stok masih ada. Permintaan penebusan hadiah yang terawal sekali diterima akan diproses terdahulu. iv. Hadiah penebusan akan dihantar ke alamat penghantaran yang diberikan oleh peserta dalam masa 8-10 minggu selepas Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur akan mengambil langkah berhati-hati semasa penghantaran hadiah penebusan tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah penebusan tidak diterima, lewat dihantar atau rosak semasa penghantaran. v. Sekiranya permintaan penebusan diterima setelah hadiah-hadiah kehabisan stok, pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah penebusan dengan hadiah penebusan lain, dengan syarat mata adalah mencukupi untuk penebusan. Sebagai contoh, sekiranya peserta meminta dua (2) unit Kotak Pensil Disney yang telah kehabisan stok, pihak Penganjur akan menggantikan dengan satu (1) unit Botol Minuman Disney. b. Peraduan (Hadiah Terutama – Hadiah Utama x 1 dan Hadiah Pertama x 20) i. Setiap dua (2) mata yang diterima melayakkan peserta untuk satu (1) penyertaan peraduan secara automatik.

Upload: dominh

Post on 06-Feb-2018

223 views

Category:

Documents


1 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terma dan Syarat - · PDF fileuntuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) kanak-kanak dengan kupon makan 3-dalam-1 serta perlancongan bandaraya Hong Kong. Semua perbelanjaan lain adalah

1

Terma dan Syarat

1. Peraduan ”Discover the Magic of Milk with Dutch Lady” dan program Penebusan akan dijalankan dari 1 Mei 2014 hingga 30 Jun 2014 [“Tempoh Peraduan”]. Dutch Lady Milk Industries Berhad [“Penganjur”] berhak untuk memendekkan atau memanjangkan Tempoh Peraduan tanpa memberi sebarang notis terlebih dahulu. Semua penyertaan yang diterima di luar Tempoh Peraduan akan dibatalkan secara automatik.

2. Peraduan ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Mei

2014), kecuali kakitangan Penganjur dan ahli keluarga terdekat mereka, termasuk syarikat-syarikat gabungan dan/atau berkaitan, pengedar-pengedar, agensi-agensi pengiklanan dan peraduan pihak Penganjur. Program Penebusan terbuka kepada semua rakyat Malaysia berumur 18 tahun dan ke atas (pada 1 Mei 2014).

3. Salinan fotostat borang penyertaan adalah dibenarkan. Anda boleh menghantar seberapa banyak penyertaan tetapi setiap penyertaan mestilah disertakan dengan bukti pembelian daripada produk-produk yang turut serta seperti yang tertakluk di dalam borang penyertaan.

4. Produk yang turut serta dalam Peraduan dan program Penebusan ini adalah pek Dutch Lady UHT Kid dan pek Dutch Lady UHT School Edisi Disney. Setiap watak Mickey Biru yang dipotong daripada pek Dutch Lady UHT Kid adalah bersamaan dengan satu (1) mata manakala setiap watak Mickey Kuning yang dipotong daripada pek Dutch Lady UHT School adalah bersamaan dengan dua (2) mata.

5. Peraduan dan program Penebusan ini dibahagikan kepada dua (2) peringkat:

a. Penebusan i. Setiap penebusan mestilah dilampirkan dengan bukti pembelian produk yang turut

serta dengan pengiraan jumlah mata ganjaran yang ditetapkan. Sila rujuk carta bukti pembelian dalam borang penyertaan untuk maklumat lanjut.

ii. Hadiah-hadiah penebusan adalah: 1. 20 mata untuk 1 x Kotak Pensil Disney 2. 40 mata untuk 1 x Botol Minuman Disney 3. 60 mata untuk 1 x Bekas Makanan Disney

iii. Hadiah-hadiah penebusan boleh didapati sementara stok masih ada. Permintaan penebusan hadiah yang terawal sekali diterima akan diproses terdahulu.

iv. Hadiah penebusan akan dihantar ke alamat penghantaran yang diberikan oleh peserta dalam masa 8-10 minggu selepas Tempoh Peraduan. Pihak Penganjur akan mengambil langkah berhati-hati semasa penghantaran hadiah penebusan tetapi tidak akan bertanggungjawab sekiranya hadiah penebusan tidak diterima, lewat dihantar atau rosak semasa penghantaran.

v. Sekiranya permintaan penebusan diterima setelah hadiah-hadiah kehabisan stok, pihak Penganjur berhak untuk menggantikan hadiah penebusan dengan hadiah penebusan lain, dengan syarat mata adalah mencukupi untuk penebusan. Sebagai contoh, sekiranya peserta meminta dua (2) unit Kotak Pensil Disney yang telah kehabisan stok, pihak Penganjur akan menggantikan dengan satu (1) unit Botol Minuman Disney.

b. Peraduan (Hadiah Terutama – Hadiah Utama x 1 dan Hadiah Pertama x 20) i. Setiap dua (2) mata yang diterima melayakkan peserta untuk satu (1) penyertaan

peraduan secara automatik.

Page 2: Terma dan Syarat - · PDF fileuntuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) kanak-kanak dengan kupon makan 3-dalam-1 serta perlancongan bandaraya Hong Kong. Semua perbelanjaan lain adalah

2

ii. Pemenang-pemenang Hadiah Terutama akan ditentukan berdasarkan jumlah penyertaan layak yang diterima sepanjang Tempoh Peraduan dan dibahagikan dengan 21.5, sebagai contoh: jika terdapat sebanyak 21,501 penyertaan layak diterima, jumlah ini akan dibahagikan dengan 21.5 dan dibundarkan kepada nombor bulat yang paling dekat dan yang lebih rendah, iaitu 1,000. Maka penyertaan layak ke-1,000, ke-2,000, ke-3,000 dan seterusnya akan memenangi salah satu Hadiah Terutama. Di antara 21 pemenang layak, peserta dengan bilangan penyertaan tertinggi akan memenangi Hadiah Utama, peserta dengan bilangan penyertaan kedua tertinggi akan memenangi Hadiah Pertama dan sebagainya. Sekiranya berlaku seri, peserta dengan penyertaan paling awal diterima akan menang. Jika penyertaan yang disenarai pendekkan dibatalkan kelayakannya, maka penyertaan seterusnya yang terdahulu akan layak menjadi pemenang gantian, sebagai contoh: pemenang gantian untuk penyertaan layak ke-10,000 adalah penyertaan layak ke-9,999.

iii. Hadiah Utama terdiri daripada pakej percutian 4 hari 3 malam ke Disneyland Hong Kong untuk empat orang (dua dewasa dan dua kanak-kanak di bawah 12 tahun). Pemenang dan tetamu undangan mesti mendapatkan pasport dan visa perjalanan yang sah (jika perlu) atas perbelanjaan sendiri,. Pakej percutian termasuk tiket kelas ekonomi pergi balik dari Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, penginapan hotel termasuk sarapan pagi, empat (4) pas tiket 1-hari Disneyland untuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) kanak-kanak dengan kupon makan 3-dalam-1 serta perlancongan bandaraya Hong Kong. Semua perbelanjaan lain adalah atas perbelanjaan sendiri. Pakej percutian hanya sah sehingga 31 Disember 2014. Sekiranya pemenang Hadiah Utama tidak dapat melancong, tidak layak untuk mendapat pasport atau visa atas sebarang sebab, hadiah tersebut akan dilupuskan. Penganjur tidak akan membayar ganti rugi kepada pemenang kerana kegagalan atau ketidakupayaan untuk melancong.

iv. Hadiah Pertama adalah Set Kamera Instax Disney setiap satu. v. Setiap peserta hanya layak untuk memenangi satu (1) Hadiah sahaja sepanjang

Tempoh Peraduan. vi. Pemenang-pemenang layak akan dimaklumkan kelayakannya melalui telefon dan

dikehendaki menjawab satu soalan dengan betul sebelum boleh disahkan sebagai pemenang. Sekiranya pemenang tidak dapat dihubungi pada cubaan pertama, contohnya, tidak menjawab telefon, nombor telefon tiada dalam perkhidmatan atau tiada sambungan, dan lain-lain, tiga (3) cubaan lain akan dibuat lagi dalam tempoh 24 jam yang berikutnya selepas panggilan pertama. Sekiranya percubaan-percubaan ini tidak berhasil, pihak Penganjur berhak memilih peserta seterusnya sebagai pemenang yang layak. Sekiranya pemenang yang layak gagal menjawab soalan dengan betul, pihak Penganjur berhak untuk membatalkan kelayakannya dan menentukan pemenang layak lain yang seterusnya sebagai ganti.

vii. Kesemua hadiah mestilah dituntut atas perbelanjaan pemenang sendiri dalam tempoh 60 hari selepas tarikh pemberitahuan kemenangan. Hadiah-hadiah yang gagal dituntut selepas 60 hari tersebut akan dilupuskan oleh pihak Penganjur.

6. Bukti kiriman borang penyertaan tidak akan dianggap sebagai bukti penerimaan. Pihak Penganjur tidak akan bertanggungjawab ke atas borang penyertaan yang hilang, lewat atau tersilap alamat.

7. Pihak Penganjur berhak membatalkan kelayakan peserta secara automatik bagi sebarang penyertaan

yang tidak lengkap, sukar dibaca, rosak, lewat atau tidak mempunyai bukti pembelian yang sah.

8. Pihak Penganjur berhak atas budi bicara mutlaknya untuk menggantikan hadiah atau hadiah penebusan dengan yang lebih kurang sama nilainya tanpa sebarang notis. Semua hadiah dan hadiah

Page 3: Terma dan Syarat - · PDF fileuntuk dua (2) orang dewasa dan dua (2) kanak-kanak dengan kupon makan 3-dalam-1 serta perlancongan bandaraya Hong Kong. Semua perbelanjaan lain adalah

3

penebusan tidak boleh ditukar milik, dikembalikan atau ditukar dalam apa jua jenis atas sebarang sebab. Nilai hadiah adalah betul pada masa percetakan. Semua hadiah dan hadiah penebusan diberikan dalam keadaan sedia ada.

9. Para pemenang akan menanggung liabiliti dan tanggungjawab sepenuhnya jika berlaku sebarang kemalangan, kecederaan, kerosakan atau tuntutan akibat penyertaan di dalam Peraduan dan program Penebusan ini.

10. Dengan menyertai Peraduan dan program Penebusan ini, peserta memberi keizinan untuk memberi

maklumat peribadinya dan pihak Penganjur berhak menyiarkan, menggunakan nama dan/atau gambar pemenang serta penyertaan mereka untuk tujuan publisiti, pengiklanan dan/atau perdagangan tanpa sebarang bayaran pampasan mahupun pemberitahuan dan setiap peserta tidak berhak membuat sebarang tuntutan ke atas penggunaan penyertaan tersebut oleh pihak Penganjur.

11. Pihak Penganjur mengumpul maklumat peribadi yang boleh dikenal pasti untuk memberi perkhidmatan-perkhidmatan atau untuk berhubung dengan anda. Maklumat ini disimpan oleh pihak Penganjur dalam kaedah yang sesuai dengan data tersebut dan digunakan untuk memenuhi permintaan anda. Dengan mengemukakan maklumat peribadi anda, kami menganggap bahawa keizinan telah diberi kepada pihak Penganjur dan/atau agen-agen yang dilantik olehnya untuk menggunakan maklumat ini bagi tujuan pemasaran dan promosi yang terkini dan di masa hadapan serta untuk menambahbaikan produk-produk dan perkhidmatannya. Sekiranya anda memaklumkan pihak Penganjur melalui talian pelanggannya di 1-800-88-1191 atau di [email protected] bahawa maklumat tersebut tidak patut digunakan sebagai asas untuk hubungan seterusnya, pihak Penganjur akan menghormati permintaan anda. Maklumat anda tidak akan diberi atau dikongsi dengan syarikat-syarikat/rakan-rakan lain untuk kegunaan bebas mereka.

12. Dengan menyertai Peraduan dan program Penebusan ini, setiap peserta harus bersetuju untuk mematuhi Syarat-Syarat dan Peraturan rasmi yang ditetapkan serta segala keputusan pihak Penganjur.

13. Pihak Penganjur berhak untuk meminda, membatal atau mengubahsuai Syarat-Syarat dan Peraturan Peraduan dan program Penebusan ini tanpa sebarang notis terlebih dahulu dan para peserta akan terikat kepada perubahan tersebut.

14. Keputusan pihak Penganjur adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat tidak akan dilayan.

15. Untuk menyertai, peserta harus menghantar borang penyertaan melalui pos biasa ke Peraduan “Discover the Magic of Milk with Dutch Lady”, Peti Surat 3201, 47507 Subang Jaya, Selangor Darul Ehsan. Penyertaan-penyertaan yang diterima melalui perkhidmatan kurier, penghantaran ekspres, penghantaran berdaftar dan/atau sebarang kaedah penghantaran yang lain selain daripada yang dinyatakan akan dibatalkan secara automatik.

16. Syarat-Syarat dan Peraturan disediakan dalam Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia. Sekiranya terdapat percanggahan di antara versi Bahasa Inggeris dan Bahasa Malaysia, versi Bahasa Inggeris akan diguna pakai.