terbitan_22122

14
RAHSIA 1 DOKUMEN INI IALAH HAKMILIK KERAJAAN MALAYSIA No. Fail : MEMORANDUM JEMAAH MENTERI Nombor : Salinan Bilangan : MEMORANDUM DARI MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI CADANGAN UNTUK MALAYSIA MENGANJURKAN SIMPOSIUM ANTARABANGSA NANAS KETUJUH (SEVENTH INTERNATIONAL PINEAPPLE SYMPOSIUM), PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA, 13 - 15 JULAI 2010. 1. TUJUAN 1.1 Tujuan memorandum ini adalah memohon pertimbangan Jemaah Menteri Malaysia untuk menimbang dan memberi persetujuan bagi MARDI, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dan ISHS (International Society for Horticulture Science) untuk bersama-sama menganjurkan SIMPOSIUM ANTARABANGSA NANAS KE TUJUH bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Malaysia, pada 13-15 Julai 2010. 2. LATAR BELAKANG 2.1 Simposium ini merupakan simposium ketujuh di peringkat antarabangsa bagi tanaman nanas dan menjadi wahana penting untuk mengumpul segala maklumat terkini tanaman ini dari seluruh dunia. 2.2 Nanas merupakan buah-buahan ketiga terpenting di pasaran antarabangsa selepas limau dan pisang. Pengeluaran nanas dunia dianggarkan 18.4 juta mt setahun. Di kebanyakan negara nanas ditanam secara komersial di ladang-ladang dan juga di usahakan oleh petani secara kecil-kecilan. Melalui simposium ini maklumat berhubung dengan pembangunan dan potensi industri ini akan diperoleh dan di jadikan strategi bagi meningkatkan lagi sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara. Sejajar dengan matlamat ini, sewajarnya satu simposium diperingkat antarabangsa berkaitan industri nanas diadakan.

Upload: nrajentran

Post on 19-Dec-2015

25 views

Category:

Documents


6 download

DESCRIPTION

Terbitan

TRANSCRIPT

Page 1: terbitan_22122

RAHSIA

1

DOKUMEN INI IALAH HAKMILIK KERAJAAN MALAYSIA No. Fail : MEMORANDUM JEMAAH MENTERI

Nombor :

Salinan Bilangan :

MEMORANDUM DARI MENTERI PERTANIAN DAN INDUSTRI ASAS TANI CADANGAN UNTUK MALAYSIA MENGANJURKAN SIMPOSIUM ANTARABANGSA NANAS KETUJUH (SEVENTH INTERNATIONAL PINEAPPLE SYMPOSIUM), PUSAT KONVENSYEN ANTARABANGSA PERSADA JOHOR, JOHOR BAHRU, JOHOR, MALAYSIA, 13 - 15 JULAI 2010. 1. TUJUAN

1.1 Tujuan memorandum ini adalah memohon pertimbangan Jemaah Menteri Malaysia untuk menimbang dan memberi persetujuan bagi MARDI, Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB) dan ISHS (International Society for Horticulture Science) untuk bersama-sama menganjurkan SIMPOSIUM ANTARABANGSA NANAS KE TUJUH bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa Persada Johor, Johor Malaysia, pada 13-15 Julai 2010.

2. LATAR BELAKANG

2.1 Simposium ini merupakan simposium ketujuh di peringkat antarabangsa bagi tanaman nanas dan menjadi wahana penting untuk mengumpul segala maklumat terkini tanaman ini dari seluruh dunia.

2.2 Nanas merupakan buah-buahan ketiga terpenting di pasaran antarabangsa selepas limau dan pisang. Pengeluaran nanas dunia dianggarkan 18.4 juta mt setahun. Di kebanyakan negara nanas ditanam secara komersial di ladang-ladang dan juga di usahakan oleh petani secara kecil-kecilan. Melalui simposium ini maklumat berhubung dengan pembangunan dan potensi industri ini akan diperoleh dan di jadikan strategi bagi meningkatkan lagi sumbangannya kepada pembangunan ekonomi negara. Sejajar dengan matlamat ini, sewajarnya satu simposium diperingkat antarabangsa berkaitan industri nanas diadakan.

Page 2: terbitan_22122

RAHSIA

2

3. LATARBELAKANG MPIB, ISHS DAN SIMPOSIUM KETUJUH 3.1 Lembaga Perindustrian nanas Malaysia (MPIB) merupakan sebuah

agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani yang diberi tanggungjawab sebagai peneraju pembangunan industri nanas negara. Fokus MPIB adalah untuk membuka kawasan-kawasan baru dan meningkatkan produktiviti pengeluaran nanas negara. Selain daripada itu MPIB juga berperanan menangani isu kekurangan bekalan nanas ke kilang-kilang dan bertanggungjawab menyusun strategi berasaskan kepada dasar-dasar yang telah ditetapkan oleh kerajaan.

3.2 ISHS pula adalah Persatuan Sains Hortikultur Antarabangsa yang

mempunyai keanggotaan lebih 4500 ahli berdaftar dari lebih 100 buah negara. Matlamat penubuhanI SHS adalah untuk mempromosikan penyelidikan dalam semua bidang hortikultur dan ia dilaksanakan melalui 12 buah suruhanjaya (Commissions) dan 6 seksyen. Asas penubuhan ISHS adalah seperti berikut:

• Menggalakkan jalinan kerjasama di peringkat antarabangsa

• Menyediakan landasan bagi menemukan ahli-ahli profesional saintifik dan teknikal

• Merangsang, membantu dan menyelaras aktiviti penyelidikan dan saintifik di peringkat antarabangsa.

3.3 Pada tahun 2007, ISHS telah bersetuju pada dasarnya untuk

menawarkan penganjuran simposium berkaitan dengan nanas ini kepada Malaysia, khususnya MARDI sebagai peneraju utama kerana fungsinya sebagai sebuah institusi penyelidikan dan pembangunan pertanian terulung di rantau ini.

3.4 Pihak Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani juga turut

menyokong cadangan ini kerana simposium ini adalah penting dan dapat memberi manfaat besar kepada ekonomi dan profil Negara. Simposium ini tepat pada masanya memandangkan ianya adalah julung-julung kali di adakan di Malaysia.

Page 3: terbitan_22122

RAHSIA

3

4. ASAS PERTIMBANGAN

4.1 Sektor pertanian merupakan enjin penggerak pertumbuhan ketiga dalam wawasan ekonomi baru. Perkembangan pesat dalam pembangunan Negara turut memberi cabaran kepada daya maju semua sektor ekonomi termasuk sektor pertanian. Antara cabaran utama terhadap sektor pertanian adalah untuk memesatkan arus transformasi bagi meningkatkan produktiviti keseluruhan dan mengekalkan daya saing produk pertanian di peringkat antarabangsa.

4.2 Dalam tahun 2007, Malaysia merupakan negara pengeksport nanas

ke 8 di dunia dengan kuantiti eksport lebih 60,600 mt berbanding Negara Filipina yang merupakan peneraju utama dalam pengeksportan nanas di kalangan negara-negara Asean. Sebagai perbandingan, dalam tahun yang sama Filipina telah mengeksport lebih 276,00 mt nanas ke pasaran antarabagsa. Jumlah eksport nanas di dunia dianggarkan berjumlah lebih 2,688,400 mt dan bernilai lebih USD 1.327 bilion. Adalah dianggarkan nilai eksport nanas dunia akan berkembang pada kadar 8% setahun dan mempunyai potensi besar sebagai penyumbang ekonomi negara. Namun begitu, dasar liberalisasi pasaran yang akan dilaksanakan dijangka akan mempengaruhi daya saing industri nanas negara.

4.3 Pemodenan sistem pengeluaran nanas boleh menjadi perintis untuk

mengatasi masalah-masalah berkaitan dengan pengeluaran, kawalan penyakit dan pengendalian lepas tuai nanas. Melalui simposium ini Malaysia akan mendapat manfaat khususnya dalam menambah baik sistem pengurusan tanaman nanas bagi meningkatkan produktiviti bagi membolehkannya terus berdaya saing berbanding dengan pengeluar-pengeluar dari rantau ASEAN.

4.4 Pada umumnya Malaysia masih mempunyai daya saing dalam

pengeluaran nanas berbanding negara pengeluar yang lain. Daya saing ini perlu dipertingkatkan bagi memastikan Malaysia terus kekal sebagai salah satu negara pengeksport utama nanas dunia. Dengan yang demikian, strategi jangka panjang perlu di rancang dan dilaksanakan. Simposium ini diharap akan menjadi asas kepada perancangan pelan induk pembangunan industri nanas negara.

Page 4: terbitan_22122

RAHSIA

4

5. OBJEKTIF

5.1 Tujuan utama simposium ini diadakan adalah untuk mengumpul dan mengenengahkan maklumat bersepadu yang lengkap bagi menghasilkan industri nanas yang mampan, cekap dan berdaya saing dengan kemampuan mengguna dan menerima pemindahan teknologi yang sesuai dan terkini.

5.2 Objektif-objektif simposium ini adalah seperti berikut:-

• Membentangkan penggunaan kaedah-kaedah baru dalam sistem pengeluaran nanas misalnya dalam bidang bioteknologi dan pembiakbakaan.

• Mengenengahkan kaedah-kaedah berinovatif yang sedia untuk diguna pakai di peringkat pengeluaran dan penggunaan input secara optimum.

• Untuk mengatasi cabaran impak globalisasi dan implikasi peraturan WTO, AFTA dan GLOBALGAP serta isu-isu perdagangan seperti Hak Cipta Terpelihara (Intellectual Property Rights).

6. IMPLIKASI KEPADA NEGARA

6.1 Cadangan ini memberi beberapa implikasi positif kepada Malaysia. Antara implikasi utama cadangan Malaysia menjadi tuan rumah adalah seperti berikut:- 6.1.1 Perancangan pembangunan pertanian merencanakan

transformasi sektor nanas daripada tanaman kecil-kecilan ke arah tanaman bertaraf komersial untuk memastikan pengeluaran nanas dapat memenuhi keperluan pasaran eksport. Ini akan memberi panduan kepada Malaysia untuk mengembangkan industri tanaman nanas.

6.1.2 Industri nanas Negara telah dibangunkan di tanah gambut

yang dikelaskan sebagai tanah marginal. Bagaimanapun adalah menjadi dasar kerajaan untuk membangunkan industri nanas secara intensif di tanah mineral. Perubahan dan perkembangan ini memerlukan bukan sahaja pengusaha- pengusaha baharu bahkan teknologi dan kaedah pengeluaran yang berbeza dari tanaman konvensional yang diusahakan di tanah gambut. Penganjuran simposium ini amat bertepatan di mana pertemuan pakar-pakar dari

Page 5: terbitan_22122

RAHSIA

5

pelbagai bidang akan dapat mencetuskan berbagai idea berkaitan kaedah pengeluaran, teknologi pengurusan dan kawalan penyakit yang berkesan dan terkini bagi tanaman nanas. Hal ini amat penting supaya pengeluaran nanas dapat dipertingkatkan.

6.1.3 Peningkatan pengeluaran nanas dijangka dapat memenuhi

dan mengembangkan pasaran eksport nanas. Pada masa ini Malaysia mengeksport lebih 18,800 mt bernilai RM14.88 juta setahun. Tumpuan eksport Malaysia adalah ke negara-negara pengimport tradisional seperti Singapura, Belanda dan Hong Kong. Malaysia kini menumpukan ke pasaran baru seperti China dan Asia Barat yang mempunyai potensi pasaran yang besar.

6.3 Tahap penyelidikan teknologi pemprosesan dan bioteknologi nanas di

negara seperti Amerika Syarikat dan Australia adalah lebih maju. Wakil-wakil Malaysia akan dapat berinteraksi dengan wakil negara-negara ini.

6.4 Perubahan hala tuju nanas ke arah tanaman komersil di tanah

mineral dapat menjamin pasaran dan harga yang stabil sepanjang tahun. Pada masa ini pengeluaran nanas Negara tidak dapat menampung permintaan nanas dunia. Maka tibalah masanya industri nanas negara ini dijadikan sebuah industri yang maju dan berdaya saing.

Jadual 1: Negara pengeksport nanas segar utama di dunia (tan. Metrik )

Negara Kuantiti (MT) AGR

(%) 2002 2003 2004 2005 2006 2007

Jumlah 1,129,293 1,283,831 1,603,408 1,977,262 2,419,132 2,688,454 4.8

Costa Rica 458,393 556,172 701,359 905,090 1,194,179 1,367,497 13.7

Filipina 172,087 180,881 204,176 210,762 261,717 275,657 0.1

Belgium 101,369 131,725 189,952 255,800 242,386 263,429 38.7

Belanda 33,572 50,622 74,176 120,373 190,547 197,575 -0.1

Ecuador 33,456 53,991 70,245 82,376 95,046 99,581 -7.2

Amerika 56,212 60,972 68,841 80,740 93,166 89,813 1.7

Panama 492 5,118 14,333 30,379 51,478 66,072 21.4

Malaysia (8) 37,947 16,079 14,357 19,453 24,139 60,668 9.4

Page 6: terbitan_22122

RAHSIA

6

6.5 Penganjuran ini juga adalah penting kepada sektor lain di Malaysia. Antara faedah-faedah langsung dan tidak langsung yang akan diperoleh adalah seperti berikut:

6.5.1 Mengukuhkan visi negara yang menyasarkan transformasi

sektor pertanian negara sebagai berdaya maju dan bertaraf antarabangsa.

6.5.2 Kesan limpahan kepada sektor lain seperti industri

pelancongan tempatan kepada pelawat antarabangsa. 6.5.3 Mengukuhkan imej Negara yang aman dan selamat untuk

pelawat dan pelancong. 7. PESERTA SIMPOSIUM

Seramai 400 orang peserta bersama pakar/pembentang kertas kerja dari dalam dan luar negara dijangka akan menghadiri simposium ini. Profil peserta-peserta yang akan menyertai simposium ini terdiri daripada pengusaha dalam sektor pertanian pada amnya dan industri nanas khususnya, pakar pengurusan tanaman, bio-teknologis, pengekspot, persatuan peladang, penyelidik, ahli akademik, penuntut, agensi swasta, penggubal polisi, usahawan dan agensi pengembangan yang terbabit dalam industri nanas dari dalam dan luar negara. Antara Negara-negara yang dijangka akan turut serta dalam simposium ini terdiri daripada negara-negara Asean, Amerika Syarikat, Australia, Brazil, China, Negara-negara Amerika Selatan dan lain-lain.

8. TARIKH DAN TEMPAT

Tarikh : 13 hingga 15 Julai 2010 Tempat : Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Johor Bahru, Johor, Malaysia.

9. CADANGAN PROGRAM

9.1 Simposium ini akan berlangsung selama tiga hari dengan dua hari

sesi pembentangan kertas kerja teknikal dan satu hari lawatan teknikal ke kilang pemprosesan, pusat penyelidikan dan ladang-ladang nanas di sekitar negeri Johor bagi memperkenalkan peserta kepada ladang-ladang nanas untuk pasaran eksport dan kaleng yang terdapat di Malaysia.

Page 7: terbitan_22122

RAHSIA

7

9.2 Dua hari yang pertama merangkumi pembentangan teknikal yang

akan memberikan penekanan kepada pembentangan beberapa kertas kerja ucaptama serta pembentangan daripada pembentang jemputan yang merangkumi beberapa topik yang telah dikenalpasti.

9.3 Pihak penganjur turut merancangkan satu sesi khas bagi

pembentangan secara poster diadakan untuk kertas-kertas kerja teknikal yang tidak dapat dibentangkan secara pembentangan oral memandangkan peluang untuk membentangkan kertas kerja secara oral adalah terhad.

9.4 Beberapa topik yang telah dikenalpasti bagi Program Teknikal

Simposium adalah seperti berikut:

� International trade and marketing � Breeding and genetics � Biotechnology � Cultural practices and cropping system � Pest and disease management � Post harvest handling � Product development and processing

9.5 Aktiviti simposium turut dipelbagaikan dengan acara pameran yang

akan memberi peluang kepada syarikat, agensi dan usahawan untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka yang berkaitan dengan industri nanas. Syarikat yang menyertai dijangka berpeluang memperluas pasaran mereka kepada peserta yang juga berperanan dalam industi nanas serantau.

10. TEMA SIMPOSIUM

Tema simposium pada kali ini ialah “Global Pineapple Industry : The Way Foward”

11. ACARA PERASMIAN

Sebagai mengiktiraf simposium yang bertaraf dunia ini, adalah disyorkan acara perasmian disempurnakan oleh Y. A. B. Perdana Menteri Malaysia.

Page 8: terbitan_22122

RAHSIA

8

12. PENGANJUR

12.1 MARDI menganjurkan simposium ini secara bersama dengan agensi berikut:

a) Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)

b) International Society for Horticulture Science (ISHS)

12.2 Untuk memantapkan lagi perlaksanaan penganjuran acara ini, MARDI bekerjasama dengan agensi yang berkaitan dengan skop dan tema acara iaitu :

a) Jabatan Pertanian Malaysia (DOA)

b) Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan (FAMA)

c) Tropical Fruit Network (TF-Net)

d) Lembaga Pelancongan Malaysia

e) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani Malaysia (MOA)

13. KEWANGAN

13.1 Simposium ini akan dibiayai sepenuhnya melalui yuran pendaftaran

yang akan dikenakan kepada setiap peserta simposium melainkan mereka yang dikecualikan. Selain yuran pendaftaran, sumbangan dan tajaan juga akan diperolehi daripada agensi dan syarikat yang berminat melalui pameran dan pengiklanan dalam buku cenderamata. Semua kos terus berkaitan hal ehwal kewangan Simposium akan diuruskan melalui DANA PERSIDANGAN DAN PAMERAN MARDI yang ditempatkan di Program Persidangan dan Pameran, Pusat Perkhidmatan Teknikal dan DANA ini perlu memberikan laporan bulanan kepada Pengarah Kewangan MARDI.

Page 9: terbitan_22122

RAHSIA

9

13.2 Anggaran pembiayaan kewangan adalah seperti berikut:

Perkara Kuantiti RM/Unit Jumlah

(RM)

1. Barangan Simposium

Beg 400 30.00 12,000.00

Cenderamata penceramah/ lawatan teknikal

40 30.00 1,200.00

Alat tulis 400 10.00 4,000.00

Jumlah 17,200.00

2. Percetakan

Broshur 3000 1.50 4,500.00

Buku Program 450 20.00 9,000.00

Buku Abstrak 450 20.00 9,000.00

Buku Prosiding (Diterbitkan oleh ISHS)

400 300.00 120,000.00

Kad Jemputan 450 1.50 675.00

Poster pengumuman 100 7.00 700.00

Jumlah 143,875.00

3. Penginapan dan Pakej Seminar

Pakej Seminar (400 pax x RM 100 sehari x 2 hari )

800 100.00 80,000.00

Jamuan ringan VIP/ Sidang Akhbar

50 35.00 1,750.00

Jamuan ringan (Cocktail reception)

150 25.00 4,500.00

Penginapan penceramah jemputan (RM 250 hari x 3 hari x 15 pembentang jemputan)

45 250.00 11,250.00

Page 10: terbitan_22122

RAHSIA

10

Perkara Kuantiti RM/Unit Jumlah

(RM)

Jumlah 97,500.00

4. Makan Malam Rasmi

Makan malam 40 700 28,000.00

Pertunjukkan kebudayaan 1 3,000.00 3,000.00

Jumlah 31,000.00

5. Lawatan Teknikal

Sewa bas 6 500.00 1,000.00

Makan Minum Peserta 240 30.00 7,200.00

Insuran 240 1.50 360.00

Jumlah 8,560.00

6. Pameran

Sewa ruang pameran 1 1,000.00 1,000.00

Sewa infrastruktur booth 15 300.00 4,500.00

Aksesori/pengangkutan pameran

1 3000.00 3,000.00

Jumlah 8,500.00

7. Pembentang Kertas Kerja Jemputan

Tiket kapal terbang – pergi balik

(7 pembentang)

7 10,000.00 70,000.00

Honorarium (USD 100 x 7 3 hari)

7 1,140.00 7,980.00

Pengangkutan (Tempatan) 1 3,000.00 3,000.00

Jumlah 80,980.00

Page 11: terbitan_22122

RAHSIA

11

Perkara Kuantiti RM/Unit Jumlah

(RM)

8. Pelbagai

Sewa peralatan/ perabot 1 1,500.00 1,500.00

Pemasaran (Pos/Telefon/Faks)

1 4,000.00 4,000.00

Kos wakil ISHS ke Mesyuarat JK Induk 7th IPS Malaysia

1 25,000.00 25,000.00

Bayaran kepada ISHS : Yuran penyertaan peserta antarabangsa bagi bukan ahli ISHS sahaja. (10 peserta x USD 50)

10 190.00 1,900.00

Kos pengurusan 1 5,000.00 5,000.00

Jumlah 37,400.00

JUMLAH BESAR 425,015.00

14. JAWATANKUASA PENGANJUR

Ahli-ahli Jawatankuasa Penganjur Simposium adalah seperti berikut:

Penaung : Datuk Dr Abd Shukor Abd Rahman Ketua Pengarah MARDI

Penasihat Bersama : Dato’ Dr. Sharif Haron

Timbalan Ketua Pengarah (Penyelidikan) MARDI Tuan Haji Ariffin Tawang Timbalan Ketua Pengarah (Pemindahan dan Pengkomersilan Teknologi) MARDI Tuan Haji Mat Hassan Othman Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)

Page 12: terbitan_22122

RAHSIA

12

Convener : Y. M. Tengku Ab Malik Tengku Maamun Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI Pengerusi : Y. M. Tengku Ab Malik Tengku Maamun Pengarah Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI

Pengerusi Bersama : Puan Ramlah Mohd Isa

Pengarah Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI

Encik Sahdan Salim

Timbalan Ketua Pengarah Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)

Jawatankuasa Kecil :-

Teknikal : Encik Abdullah Hassan Timbalan Pengarah

Program Pengendalian Lepas Tuai Pusat Penyelidikan Hortikultur MARDI

Sekretariat : En. Nor Hashim Ujang

Timbalan Pengarah Program Persidangan dan Pameran Pusat Perkhidmatan Teknikal MARDI

Publisiti dan Protokol :

En. Zulkafli Ismail Timbalan Pengarah Program Perhubungan dan Komunikasi Korporat Bahagian Urusan Korporat MARDI

Iklan, Tajaan dan Pameran:

Dr. Mohammed Selamat Madom Ketua Unit

Unit Pengeluaran Bahan Tanaman, Biji Benih dan Baka Ternakan MARDI

Lawatan Teknikal :

Encik Mahmud Kasim Lembaga Perindustrian Nanas Malaysia (MPIB)

Page 13: terbitan_22122

RAHSIA

13

15. KESIMPULAN 15.1 Simposium yang dicadangkan ini adalah satu penghormatan bagi

negara kerana ianya merupakan penganjuran acara simposium teknikal bertaraf antarabangsa. Ini adalah bertepatan dengan hasrat negara untuk merealisasikan transformasi pertanian negara terutama dalam pembangunan industri komoditi yang bersepadu dan berdaya maju.

15.2 Penganjuran simposium ini juga adalah wajar dan bertepatan untuk

diadakan memandangkan Malaysia turut terlibat secara aktif dalam aktiviti pembangunan dan penyelidikan (R&D) dan pemindahan teknologi nanas kepada industri melalui beberapa projek yang dirancangkan. Di samping itu, simposium ini juga akan mempererat hubungan kerjasama antara para saintis antarabangsa dan negara kita.

16. ULASAN KEMENTERIAN / AGENSI PUSAT

16.1 Kementerian Kewangan 16.2 Kementerian Luar Negeri 16.3 Kementerian Dalam Negeri

Page 14: terbitan_22122

RAHSIA

14

17. PENUTUP

Ahli jemaah menteri adalah dengan hormatnya dipohon menimbang dan memberi persetujuan kepada MARDI dan MPIB bersama penganjur-penganjur lain untuk mewakili Malaysia bagi menganjurkan SIMPOSIUM ANTARABANGSA NANAS KETUJUH (SEVENTH INTERNATIONAL PINEAPPLE SYMPOSIUM ) pada 13 hingga 15 Julai 2010 bertempat di Pusat Konvensyen Antarabangsa PERSADA Johor, Johor Bharu, Johor.