terbitan · 2016. 7. 4. · jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi...

10
ISBN: 978-967-11172 Terbitan:

Upload: others

Post on 17-Nov-2020

5 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

ISBN: 978-967-11172

Terbitan:

Page 2: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 1 | IMPAK

©Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Hakcipta terpelihara

Tidak dibenarkan mengulang dalam apa-apa jua bentuk dan dengan apa juga cara baik secara

elektronik, fotostat, mekanik, rakaman atau lain-lain, mana-mana bahagian kandungan penerbitan ini

sebelum mendapat keizinan bertulis daripada Pengarah, Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu

(IMPAK), Universiti Teknologi MARA, Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,

40450 Shah Alam, Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Perpustakaan Negara Malaysia – Data Pengkatalogan – dalam – Penerbitan

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu.

Diterbitkan di Malaysia oleh:

Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu

Blok 11, Aras 3, Intekma Resort & Convention Centre,

40450 Shah Alam,

Selangor Darul Ehsan Malaysia.

Tel: 03-5522 5448 / 5515

Fax: 03-5522 5489

e-mail: [email protected] Mengandungi Indeks

ISBN 978-967-11172

e-Printed oleh: INSTITUT PEMIKIRAN DAN KEPIMPINAN MELAYU (IMPAK)

Pendapat yang dikemukakan oleh penulis-penulis dalam prosiding ini adalah pandangan peribadi

mereka dan tidak semestinya mewakili pandangan Insitut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu

(IMPAK) dan UiTM. Sebarang ulasan, kemusykilan dan pertanyaan tentang artikel-artikel yang

diterbitkan hendaklah dikemukakan kepada Sidang Editor.

Sidang Editorial

Pengerusi:

Prof. Madya. Dr. Mohd Sazili Mohd Shahibi

Ketua Editor:

Dr. Samsudin Wahab

Senarai Editor:

Prof Madya Dr. Rozi Malim

Prof Madya Dr. Ghazali Daimin

Prof Madya Mat @ Muhammad bin Yusoff

Tuan Haji Juwahir Ali

Hasan Abdullah

Fairul Nazmie bin Osman

Norhayati Hussin

Grafik:

Mohd Husni Mohd Som

Mohd Hafiz Ab Satar

Hussien Harnis

Page 3: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 2 | IMPAK

JADUAL KANDUNGAN

Tajuk Muka

Surat

Dasar Kepimpinan Najib: Model Transformasi Ke Arah Kesejahteraan Global

Dr Samsudin Wahab, Mohd Sazili Shahibi, Juwahir Ali dan Hasan Abdullah

FELO, Institut Pemikiran Dan Kepimpinan Melayu IMPAK

3-10

Peranan Komunikasi Visual dalam Perpaduan Melayu

Prof. Madya Dr Ghazali Daimin, IMPAK 11-15

Bangsa Melayu dan Orang Jawi Menurut Kitab Turath Arab

Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil,CITU, UiTM Perak 16-22

Pengaruh Status Ekonomi Keluarga Terhadap Tahap Motivasi dan Pencapaian

Akademik Pelajar Melayu: Kajian terhadap pelajar Mengubah Destini Anak

Bangsa

Zarul Azhar Nasir, Unit MDAB UiTM Perak

23-29

Perbandingan Manoriti Melayu Ayutthaya & Pattani Dalam Domain Keluarga,

Bahasa, Budaya, Pendidikan, Pekerjaan, Sosial & Politik

Prof Madya Dr Muhammad Rozi Malim, IMPAK

30-42

Komunikasi Efektif Melalui Media Perantaraan Di Kalangan Masyarakat Melayu

Melaka

Raha Radzi Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Melaka

43-57

Estetika Melayu dalam Seni Moden Malaysia

Nurkhazilah Idris, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Kuala Terengganu 58-67

Kajian Budaya Dan Fundamental Terhadap Seni Lukisan Kontemporari Malaysia

: Masyarakat Jawi Peranakan

Siti Nur Izaura Bt Mohd Razis, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Shah Alam

68-77

Atlet Bumiputera: Tahap Keyakinan Diri dan Pencapaian Dalam Sukan

Dr. Vincent A. Parnabas, Fakulti Sains Sukan, UiTM Shah Alam 78-77

Pembentukan Kerangka Sosio-Budaya Anthropologi Terhadap Budaya

Masyarakat Minangkabau Di Malaysia

Nurul Shima Taharuddin Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Perak

84-90

Budaya dan Tradisi Seni Anyaman Melayu

Noor Hafiza Ismail, Fakulti Seni Lukis & Seni Reka, UiTM Terengganu 91-97

Manifestasi Pandangan Dunia Melayu Dalam Rupa Dan Jiwa Seni Catan Wanita

Melayu

Liza Marziana Haji Mohammad Noh, Fakulti Seni Lukis Dan Seni Reka, UiTM Melaka

98-106

Strategi Pujuk Rayu Dalam Perkahwinan: Tanggapan dan Pengalaman Lelaki

Melayu Dalam Konteks Komunikasi Interpersonal

Hariyati Ariffin, Fakulti Komunikasi dan Pengajian Media, UiTM Shah Alam

107-118

Page 4: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 16 | IMPAK

BANGSA MELAYU DAN ORANG JAWI MENURUT KITAB

TURATH ARAB

Wan Kamal Nadzif bin Wan Jamil

Pusat Pemikiran & Kefahaman Islam (CITU),

UiTM (Perak)

[email protected]

ABSTRAK

Artikel ini menyingkap perbahasan istilah Jawi yang masyhur di kalangan orang Melayu dan

penggunaan istilah ini di kalangan sarjana Tamadun Islam khususnya dalam kitab-kitab Arab.

Berpandukan metodologi kajian teks turath dan hasil kajian kontemporari, istilah Jawi dikupas

bagi mencari maksudnya dan perkaitannya dengan bangsa Melayu dan negeri Semenanjung

Tanah Melayu. Kitab-kitab mengenai sejarah (Tarikh), negara (Bulda>n), keturunan (Ansa>b) dan

bahasa (Lughah) menggunakan perkataan Jawi dalam beberapa bentuk antaranya orang-orang

Jawi (al-Jawiyyu>n), semenanjung tanah Jawi (mul Ja>wah), negara Jawi (bila>d Ja >wah), anak

cucu keturunan Jawi (bani Jawi) dan lembah yang luas (al-Jawa>’). Hasil kajian menunjukkan

istilah Jawi dirujuk sebagai satu rumpun bangsa yang menetap di rantau alam Melayu dan

negara yang mereka diami menerima pengaruh Islam hasil dari hubungan perdagangan yang

telah berlaku jauh sebelum Nabi Muhammad SAW diutuskan. Artikel ini dapat merungkaikan

hubungkait antara bangsa Melayu dengan bangsa Arab dengan memberi fokus kepada hubung

kait Jawi sebagai nama bangsa dan tempat menurut tokoh sarjana Islam silam.

1.0 JAWI DAN ASAL KATA PECAHANNYA

Jawi menurut kamus Dewan Bahasa dan Pustaka memberi maksud yang relatif. Sekiranya dikaitkan

dengan bangsa ia merujuk Melayu, maka istilah Jawi pekan atau peranakan ialah orang yang

berketurunan Melayu dan India. Apabila disebut bahasa Jawi, ia bermaksud bahasa Melayu, huruf

Jawi ialah huruf Arab yang digunakan untuk menulis bahasa Melayu. Dari segi adat istiadat, masuk

Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu

bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk kepada tulisan yang menggunakan huruf Jawi

(2002: 524).

Namun menurut kitab-kitab Arab terdapat beberapa pendapat daripada ulama bahasa dan sejarah

mengenai asal-usul perkataan ja>wah. Artikel ini mengambil hanya dua pandangan yang berkaitan

dengan tajuk kajian; pertama bermaksud udara dan kedua bermaksud bumi yang tidak rata walaupun

kesemua pecahan katanya ada perkaitan secara tidak langsung. Pertama dari sudut bahasa ia berasal

dari huruf ji@m waw waw (جوو) dan apabila kedua waw itu bertemu lalu dimasukkan waw kedua ke

dalam waw pertama dan digantikan dengan syaddah. Maka al-jawwu bermaksud al-hawa>’ iaitu udara

dan dalam kitab al-S}ih}a>h} disebut ruang udara antara langit dan bumi berdasarkan firman Allah SWT

dalam surah al-Nahl, ayat 79:

ماء الس ألمي رواإ لىالطير مسخراتف يجو

Tidakkah mereka memperhatikan burung-burung yang dimudahkan terbang melayang-

layang di ruang udara langit.

Page 5: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 17 | IMPAK

Penisbahan jawi kepada udara yang memberi signifikan peredaran angin ini ada justifikasinya. Bumi

jawi atau nusantara pada zaman itu merupakan tempat persinggahan bagi para pedagang ketika

peralihan angin monsun sebelum meneruskan pelayaran. Al-Qazwini (m.1283M/682H), seorang ahli

geografi ketika menceritakan mengenai Jawah (جاوة) dalam kitabnya A>tha>r al-Bila>d wa Akhba>r al-

‘Iba>d (t.th.: 29) menggambarkan: “Itulah negara di pesisir pantai yang menghadap laut China, yang

terletak selepas negara India. Pada zaman kita ini tidak dapatlah para pedagang yang bertolak dari

negara China melainkan mesti melalui negara ini. Disebabkan melalui jalan selain negara ini (laluan

sutera) di negara China menyusahkan kerana jauh jaraknya dan berbeza agamanya. Dan para

pedagang sering mendapatkan dari negara ini gaharu Jawi (العودالجاوي), kapur barus (الكافور), al-sunbul,

bunga cengkih (القرنفل), al-basba>sah dan al-ghad}a>’ir al-s}i >ni> untuk didagangkan pula di negara-negara

lain”. Dari kenyataan beliau ini menunjukkan pada zaman tersebut iaitu pada awal tahun 1200 masihi

atau 600 hijrah, bumi nusantara menjadi tempat persinggahan para pedagang yang berlayar ke China

dan antara faktor orang Arab memilih tempat ini selain jaraknya lebih dekat ialah kerana persamaan

agama yang dianuti.

Kedua al-jawwu bermaksud bumi yang rendah ( الأرض م ن انخفض -sepertimana disebut dalam al (ما

Muh}kam dan menurut kitab al-S}ih}a>h} ia bermaksud lembah yang luas ( الأو دية من اتسع Kata jamak .(ما

(plural) kepada perkataan ini ialah jiwa>’ ( واء sepertimana perkataan jiba>l iaitu bukit dan al-juwwah (ج

ة) ) ialah bumi yang kasar dan tidak rata iaitu bergunung-ganang (الجو فيهاغ لظ ق طعة منالأرض ) (Murtad}a > al-

Zabidi, 1965: 381-383). Menurut al-Jiya >ni (m.672H) al-jawa> (الجوا) dipendekkan daripada perkataan

al-jawa>’ (مقصورالجواء) yang bermaksud lembah yang luas (الواديالمتسع) dan kata jamaknya ialah jawwun

(الجوى) Manakala al-jawi .(البطنمنالأرض) iaitu ceruk bumi atau kawasan pedalaman yang terpencil (جو)yang mana kata jamaknya ialah jawah (جوة) merujuk kepada bumi yang kasar dan keras (قطعةغليظةمن Penisbahan jawi kepada corak muka bumi dan geografi ini ada benarnya kerana .(128 :1984) (الأرض

corak bumi nusantara ialah bergunung-ganang dan berlembah kerana ada yang berbentuk

semenanjung seperti Malaysia, Pattani dan ada yang berbentuk pulau seperti Indonesia, Borneo dan

Filipina. Dengan erti kata lain ia tidak rata dan mendatar seperti geografi tanah Arab yang berbentuk

padang pasir yang luas dan rata.

2.0 JAWI MERUJUK KEPADA ALAM MELAYU

Menjadi satu kebiasaan kepada orang-orang Arab untuk menamakan sesuatu tempat berdasarkan

kedudukan geografi dan tempat letak negara tersebut berbanding negara mereka di Tanah Arab. Allah

SWT berfirman dalam Surah Quraisy, ayat 1 dan 2:

ق ريش يلاف إ يلاف ه مر حلةالش تاء والصيف .لإ

Menjadi kebiasaan bagi orang-orang Quraisy (penduduk Mekah), (iaitu) kebiasaan aman

tenteram perjalanan mereka (menjalankan perniagaan) pada musim sejuk (ke negeri

Yaman), dan pada musim panas (ke negeri Syam).

Maka bumi Yaman dinamakan sebagai nisbah kepada kedudukannya di sebelah kanan mereka dan

bumi Syam dinamakan sebagai nisbah kepada kedudukannya di sebelah kiri mereka apabila

menghadap ke Timur dari lokasi bumi Hijaz. Kata Abu Bakr al-Anba >ri: “Boleh jadi ia diambil dari

perkataan al-yad al-sya’umi yang bermaksud al-yusra> (tangan kiri)” dan kata al-Syarqi dinamakan al-

Yaman kerana kedudukan arah kanan mereka kepada orang Arab (li taya>munihim ilayha). Begitu juga

dinamakan suatu tempat berdasarkan panggilan bahasa mereka terhadap tempat tersebut. Ini seperti

negara Khurasan dari perkataan kullu sahlan yang bermaksud ‘segalanya mudah’ kerana khurr

bermaksud kull dan asa>n bermaksud sahl dalam bahasa Arab. Begitu juga negara Sudan, lawan

Page 6: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 18 | IMPAK

kepada perkataan bayd}a>n yang merujuk kepada orang-orang berkulit gelap kerana aswad bermaksud

hitam dan abyad} bermaksud putih dalam bahasa Arab (Yaqu>t al-H}amwi, 1977: 312, 350 & 447).

Bahkan negeri Melaka di Malaysia dan Malaga di Sepanyol turut dipanggil sempena perkataan

mula>qah (الملاقاة) atau malqa (ملقى) iaitu tempat pertemuan (ال قاء daripada perkataan liqa>’ yang (مكان

bermaksud jumpa. Ini kerana tempat ini adalah pertemuan para pedagang dari seluruh dunia dan

faktor kepayahan menuturkannya menyebabkan orang Melayu menukar bunyi qa>f kepada ka>f dan

orang Andalusia menukarnya ke bunyi ga kerana pengaruh dialek setempat. Walaupun ada pendapat

yang mengatakan bumi Melaka berasal dari nama pokok Melaka, Prof. Dr. Mahayudin mengatakan ia

tidak membawa sebarang makna bagi sejarah negeri Melaka berbanding kata asalnya dari bahasa

Arab (2001: 21).

Kata Muhammad Naquib al-Attas (1972: 2): “Kita tahu bahawa istilah Jawi itu adalah nama gelaran

orang Arab terhadap seluruh bangsa-bangsa penduduk daerah kepulauan ini (Alam Melayu)”. Ini

kerana masyarakat Arab pada zaman dahulu secara umumnya menggelarkan sesuatu bangsa

berdasarkan bentuk muka buminya. Maka istilah Jawi merupakan panggilan orang Arab kepada suatu

rumpun bangsa di Nusantara berasal dari Jawah dan penduduknya dipanggil Jawi sebagai nisbah

kepada negara tersebut. Oleh itu ia ditujukan kepada semua bangsa yang mendiami Asia Tenggara,

tidak terhad hanya kepada orang Jawa yang mendiami Pulau Jawa. Bahkan kepada seluruh bangsa

rantau ini sama ada Jawa, Melayu, Campa, Pattani, Minangkabau, Acheh, Mandailing, Sunda, Bugis,

Banjar, Lombok, Filipino atau bangsa lain.

Begitu juga dengan tulisan yang khusus digunakan di alam Melayu turut digelar tulisan Jawi iaitu

tulisan yang dikaitkan dengan masyarakat Jawah dalam konteks yang lebih luas iaitu tidak terhad

kepada hanya orang Jawa. Ini kerana tulisan Jawi turut digunakan secara meluas oleh masyarakat

Melayu, Mandailing, Filipino, Bugis dan Banjar (Abd Rahman Hamzah, 2008: 124). Kata Pendeta

Za‘ba: “Bangsa Melayu ini dari zaman dahulu kala pun telah ada mempunyai bahasa; tetapi ‘ilmu

menulis’ atau ‘menyurat’ belumlah didapati lagi kira-kira tujoh atau delapan ratus tahun dahulu. Pada

awal kurun Masehi yang keempat belas orang Melayu masok ugama Islam serta di-ambil mereka

huruf-huruf tulisan Arab bagi menuliskan bahasa Melayu. Maka hilanglah huruf-huruf Sanskrit itu

diganti dengan huruf-huruf Arab. Dalam kurun Masehi yang keenam belas pula Tanah Melayu ini

telah mula dilawati oleh bangsa-bangsa Eropah. Tetapi tulisan Melayu dengan huruf Jawi - iaitu huruf

yang dipinjam dari Arab itu - kebanyakan mereka tidaklah suka hendak tahu. Jadinya pada masa

sekarang bahasa Melayu ada mempunyai dua jenis gambar bagi merupakan tulisannya iaitu satu Arab,

biasa disebut Jawi dan satu Rumi” (1954: 2-3). Justeru tulisan Jawi ialah sejenis tulisan yang

menggunakan huruf-huruf Arab dalam bahasa Melayu.

Oleh sebab itu kebanyakan ulama dari alam Melayu sering menggunakan kata “al-Jawi” di hujung

nama mereka sekalipun berlainan suku bangsa seperti Syeikh ‘Abd al-S}amad al-Falembani al-Jawi,

Syeikh Daud ‘Abdullah al-Fattani al-Jawi, Syeikh ‘Abd al-Ra’uf al-Fansuri al-Jawi dan ramai lagi. Di

dalam kitab al-A‘la>m yang menghimpunkan tokoh-tokoh ilmuan dari kalangan Arab, orang yang

diarabkan (musta‘rab) dan orang asia (mustasyriq) disebut mengenai seorang ulama bernama Ah }mad

b. Syiha>b al-Din al-‘Alawi al-H}ad}rami yang lahir di H}adramaut, Yaman dan meninggal dunia di

daerah Betawi di negeri Jawah (مدينةبتاويمنبلادجاوة) (Al-Zirkili, 1980: 136). Maka Palembang, Pattani,

Acheh dan Betawi merupakan sebahagian daripada negeri Jawah. Orang-orang Siam mengistilahkan

masyarakat selatan Thai iaitu Pattani (nama lamanya Pattani Darussalam atau Pattani Raya) sebagai

orang Yawi (khon yawi) iaitu Jawi dan bahasa mereka sebagai Phasa Yami iaitu bahasa Melayu dialek

Pattani. Wilayah Pattani terdiri dari tiga daerah iaitu Narathiwat (Menara), Yala (Jala) dan Songkhla

(Senggora).

Dalam sebuah kajian saintifik yang diketuai oleh Dr. Othman Ainoon dari Fakulti Perubatan,

Universiti Kebangsaan Malaysia mengenai mutasi DNA terhadap 86 orang lelaki Melayu

menunjukkkan adanya kehadiran variant DNA dari mediterranean yang menunjukkan terdapat

pengaruh Arab dalam DNA masyarakat Melayu. Kata beliau (Ainoon et al., 2002): “Our findings

Page 7: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 19 | IMPAK

together with other preliminary data in the presence of the Mediterranean variant in this region

provide evidence of strong Arab influence in the Malay Archipelago”. Kajian juga menunjukkan

adanya hubungan keturunan antara orang Melayu Malaysia dengan masyarakat lain di Asia Tenggara

termasuk dengan orang Kemboja, Laos dan Thailand. Kenyataan yang menunjukkan bahawa Jawi itu

merujuk kepada semua masyarakat Nusantara dan tidak terhad kepada orang Jawa semata-mata ialah:

“Some historians believed that the contemporary Malays and the aboriginal tribes came from the

same genetic pool and cultural, linguistic and biological differences may have developed through

adaptations…The presence of the Mediterranean mutation with 1311T haplotype is most likely

caused by ethnic assimilation with the Arabs who came to the Malay Archipelago in the early 9th

century as traders and at the same time spread the religion Islam”. Beliau kemudiannya membuat dua

kesimpulan; pertama terdapat asal keturunan yang sama antara orang Melayu dengan penduduk Asia

Tenggara yang lain dan kedua ialah adanya pengaruh genetik Arab terhadap rumpun bangsa Melayu.

Adapun mutasi Mediterranean yang disebut dalam kajian di atas penulis menjumpai hubungkaitnya

dengan kenyataan Ibn Khaldu >n (m.808H/1406M) dalam kitab Tarikh bahawa ‘Ays }u bin Ish }a >q > (عيصوبن yang merupakan kembar kepada Nabi Ya‘qub A.S dan cucu kepada Nabi Ibrahim A.S pernah (اسحاق

menetap di Jabal Yas‘in berhampiran Palestin dan penduduknya ialah dari kalangan Bani Jawi yang

merupakan salah satu kabilah bangsa Kan‘a >n. Beliau kemudiannya berkahwin dengan anak

perempuan ‘Ana> bin Yas‘in yang bernama Ahliqa>ma >. Isteri beliau yang lain ialah ‘Adha> dan Ba >smat

anak perempuann Nabi Isma‘il A.S. Beliau mendapat enam orang anak dari perkahwinan ini dan

akhirnya keturunan beliau berkembang biak dan mengatasi orang-orang Jawi (al-Jawiyyin) di negeri

tersebut dan menguasai mereka. Keturunan ‘Ays }u juga mendominasi Bani Madyan dan negeri mereka

(2000: 47-48). Negara-negara yang terletak di sekitar Laut Mediterranean sekarang antaranya Mesir,

Syria, Palestin dan Israel. Namun kajian lanjutan perlu dilakukan khususnya dari sudut sejarah untuk

memahami susur galur hubungan pertalian darah ini.

3.0 MUL JAWAH IALAH SEMENANJUNG TANAH MELAYU

Ibn Bat }u>t}ah (m.769H/1368M) menceritakan dalam pengembaraan (reh}lah) beliau ketika sampai di

kota Sonargaon (سن رهكاوان (جنك) berkemungkinan sekarang di Bangaldesh) terdapat sebuah jong ,مدينة

iaitu kapal layar yang hendak berlayar ke Bila>d al-Ja>wah (الجاوة iaitu Negeri Jawah. Beliau (بلاد

menaiki jong tersebut dan selepas lima belas hari, tiba di negeri Baranagar (البرهنكار ,بلادberkemungkinan sekarang di Bengali, India). Beliau mensifatkan penduduk negeri ini sebagai primitif

dan tidak menganut mana-mana agama sama ada Hindu atau agama lain. Cuma beliau menyebut di

kalangan penduduk ini ada yang beragama Islam iaitu orang Bangala dan orang Jawi (أهلبنجالةوالجاوة) yang tinggal di kawasan tertentu. Dari pelabuhan ini, beliau meneruskan perjalanan dan selepas dua

puluh lima hari tiba di Jazi>rat al-Ja>wah (الجاوة iaitu Kepulauan Jawah yang dinisbahkan (جزيرة

kepadanya setanggi Jawi (الجاوي ,(الفوفل) pinang ,(النارجيل) Negeri ini kaya dengan pokok kelapa .(اللبانbunga cengkih (القرنفل), gaharu India (الهندي al-Jamu>n, limau ,(العنبة) al-Syaki, al-Barki, mangga ,(العود

manis (النارنجالحلو) dan pokok kapur barus (قصبالكافور).

Ibn Bat }u>t }ah menyebut bahawa pokok-pokok yang mengeluarkan haruman wangi ini banyak di

tumbuh di kawasan yang penduduknya kafir berbanding dengan kawasan yang penduduknya Islam.

Dari pelabuhan Kepulauan Jawah ini, beliau menunggang kuda bersama sahabat-sahabatnya menuju

ke kota Sumatera (مدينةسمطرة) sambil diiringi pengawal-pengawal Sultan. Ia sebuah negeri yang cantik

dan besar dan sultannya bernama al-Malik al-Z}a >hir (1326-1350M). Cerita beliau mengenai Sultan dan

penduduk kota ini: “Baginda ialah Sultan al-Malik al-Z}a >hir dari kalangan raja-raja yang mempunyai

kelebihan dan paling pemurah, bermazhab Syafi‘i dan mencintai ulama. Para ulama hadir ke majlis

baginda untuk membaca kitab dan muzakarah. Sangat banyak berjihad dan berperang, merendah diri

serta datang bersolat Jumaat dengan hanya berjalan kaki. Penduduk negerinya bermazhab Syafi‘i,

Page 8: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 20 | IMPAK

sangat mencintai jihad dan keluar berperang bersama baginda secara sukarela dan mereka selalu

mengalahkan lawannya yang kafir dan penduduk bukan Islam membayar jizyah untuk jaminan

perdamaian”.

Maka jelaslah negeri yang dimasuki oleh beliau ini ialah negeri Pasai (atau Perlak sekarang di Acheh)

yang mana Ibn Bat }ut}ah menggunakan istilah jazirah iaitu pulau kerana ia adalah Pulau Sumatera. Ia

merujuk kepada kerajaan Samudera-Pasai yang telah menerima Islam sejak abad ke-9 dengan mazhab

Syi‘ah pada awalnya sebelum bertukar ke aliran Sunnah pada zaman al-Malik al-S}a >lih} atau nama

asalnya Merah Silu pada awal abad ke-13 sepertimana yang dikisahkan dalam buku Hikayat Raja-

Raja Pasai (Mahayudin, 2001: 170). Oleh sebab itu pada zaman al-Malik al-Z}ahir sultan dan

penduduknya bermazhab Syafi‘i. Selepas lima belas hari berada di Sumatera, Ibn Bat }u>t }ah berlayar ke

Mul Ja>wah iaitu Semenanjung Jawah sebuah negeri yang penduduknya bukan beragama Islam.

Negeri ini kaya dengan pokok yang mengharumkan (العطره الطيب) dan pokok gaharu (الأفاويه dari (العود

jenis al-qa>quli dan al-qama >ri. Qa>qulah dan Qama >rah (وقمارة merupakan sebahagian daripada (قاقلة

negeri Mul Jawah.

Untuk membezakan antara Jazirah Jawah dan Mul Jawah, Ibn Bat }ut}ah menyebut bahawa negeri

Sultan al-Zahir di Jawah hanya mempunyai setanggi, kapur barus dan sedikit bunga cengkih dan

gaharu India sedangkan di negeri Mul Jawah barang ini sangat banyak. Beliau menyebut bahawa

setanggi lebih banyak di negeri orang Islam (bila>d al-muslimi>n) berbanding di negeri orang bukan

Islam (bila>d al-kuffa>r). Adapun gaharu India walaupun ia lebih banyak di Qaqulah dan Qamari tetapi

penduduk di negeri bukan Islam tidak menyimpannya sebaliknya menjual kepada penduduk Jawah

(ahl al-ja>wah) di Sumatera untuk tukaran pakaian kerana di negeri orang Islam setiap penduduk

menyimpan dan menggunakannya. Begitu juga pokok bunga cengkih lebih banyak terdapat di negeri

bukan Islam berbanding negeri Islam. Ibn Batutah kemudiannya singgah di negeri T}awa>lisi dan

pelabuhan Kayluka>ri sebelum meneruskan perjalannya ke negeri China. Beberapa orang pengkaji

tempatan cenderung mengatakan Kayluka>ri ini ialah Kuala Kerai di Kelantan yang kerajaannya Islam

dan diperintah oleh raja perempuan yang boleh menulis bahasa Arab dengan baik (Mahayudin, 2001:

22). Penulis kurang bersetuju kerana pertama Ibn Batutah menyebut bahawa raja negeri ini yang

bernama Ratu Urduja (أردجا) bukan seorang muslim dan kerana itu beliau menolak untuk makan

makanan mereka (liannahum kuffa>r la> yaju >z aklu t}a‘amahum). Kedua ketika Ibn Batutah menulis

lafaz Basmalah raja perempuan itu tidak mengetahuinya dan mustahil nama Allah tidak dikenali

sekiranya benar dia memerintah sebuah kerajaan Islam. Ketiga Ibn Batutah hanya menyebut dia

pandai menulis tulisan Arab (ka>nat tuh}sin al-kita>b al-‘arabi) dan tentu ada bezanya antara tulisan

Arab dan bahasa Arab.

Mul Ja>wah ini lokasinya ialah Semenanjung Tanah Melayu kerana Ibn Bat }u >t}ah mengistilahkan

Sumatera sebagai jazi@rah iaitu pulau dan mul merujuk kepada tempat lain yang bukan berbentuk

pulau maka yang lebih tepat ialah tanah semenanjung. Beliau menceritakan bahawa sultan di negeri

Mul Jawah ini seorang yang kafir. Oleh sebab itu ketika Ibn Batutah mengucapkan: Salam sejahtera

ke atas mereka yang mengikut petunjuk (السلامعلىمناتبعالهدى), mereka tidak memahaminya melainkan

lafaz salam (t.th.: 307-315). Al-Zabi @di ketika mengulas perjalanan Ibn Bat }u>t}ah membezakan antara

kedua-dua negeri ini walaupun ia terletak di negeri Jawah (bila>d Jawi). Kata beliau: “Jarak antara

bandar di Mul Ja>wah dengan bandar Sumat}rah di jazi>rat al-ja>wah ialah dua puluh satu hari

perjalanan”. (1965: 473). Dr. ‘Abd al-Ha >di al-Ta >zi dari Morocco dalam tulisannya mengenai lafaz-

lafaz bukan Arab yang digunakan oleh Ibn Bat}ut}ah menyebut: “Dalam perjalanan Ibn Batutah ke

negeri China terdapat satu negeri yang dinamakan sekarang dengan Ma>li@zia> (Malaysia) iaitu negeri

Mul Ja>wah di mana ketika beliau menceritakan mengenai bahasa yang mereka gunakan beliau

mengakui yang dia tidak memahaminya. Sedangkan sedia maklum bahasa Melayu ialah salah satu

bahasa-bahasa Ma>lawiyyah yang merupakan bahasa di pesisir pantai Sumatera”. (t.th.: 4).

Pengaruh bahasa Melayu terhadap perkataan Arab dapat dilihat dalam penggunaan ka>fu>r iaitu kapur

barus. Kata Pak Hamka ketika mentafsirkan ayat kelima surah al-Insan (1982: 7788-7791): “Kaafuur

Page 9: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 21 | IMPAK

artinya ialah kapur atau kamver. Zat putih dan wangi, dikeluarkan dari dalam pohon kayu, yang biasa

tumbuh di hutan-hutan pulau Sumatera. Lebih popular lagi dengan sebutan Kapur Barus. Rupanya

kapur yang diucapkan dalam bahasa Arab dengan kaafuur itu telah lama dikenal dan diingini dunia.

Selain dari rempah-rempah yang banyak tumbuh di kepulauan Melayu Indonesia ini sejak zaman

purbakala, seumpama kayu manis, pala dan cengkeh, setanggi, gaharu dan cendana, kaafuur inilah

yang dicari orang, sehingga sudah lama dikenal sampai ke Tanah Arabia dan Mosopotamia.

Tersebutnya kaafuur di dalam ayat 5 dari Surat al-Insan ini memberikan ilham kepadaku untuk

membuktikan bahwa orang Arab telah belayar ke kepulauan kita Indonesia ini, lama sebelum Nabi

Muhammad s.a.w. lahir, sebagai bangsa-bangsa lain juga, yaitu mencari rempah-rempah. Dan kaafuur

sebagai salah satu hasil bumi yang harum wangi yang keluar dari kepulauan kita telah lama jadi

bahasa Arab, terutama bahasa Arab Quraisy. Dan bahasa Arab Quraisy inilah bahasa yang terpakai

untuk menyampaikan wahyu Ilahi”. Al-Suyu >t }i (m.911H/1505M) dalam kajiannya menyatakan

bahawa kalimah kafur ialah antara lafaz-lafaz yang diarabkan (al-alfa>z } al-mu‘arrabah) yang terdapat

di dalam al-Qur‘an (t.th.: 134). Ini menunjukkan telah ada hubungan yang lama antara orang-orang

Jawi Nusantara dengan masyarakat Arab baik dari sudut perdagangan mahupun hubungan sosial.

4.0 PENUTUP

Alam Melayu atau nusantara merupakan Bilad Jawah dan orang-orang Arab menamakannya kerana

keadaan geografi bumi ini. Bangsa Melayu yang merupakan penduduk asal nusantara ialah orang-

orang Jawi dan hubungan perdagangan antara rantau ini dengan tanah Arab berlangsung sejak

sebelum kedatangan Islam lagi. Kedatangan Islam menyemarakkan hubungan ini dengan perubahan

sejadi dan harmoni terhadap fahaman agama, bentuk tulisan, daya cendekia serta sosio budaya orang

Melayu hinggalah pada masa sekarang takrif Melayu tidak dapat tidak mestilah seorang yang

beragama Islam.

RUJUKAN

‘Abd al-Hadi al-Tazi. t.th. Lughah Rihlah Ibn Batutah. Majallah Majma‘ al-Lughah

al-‘Arabiyyah bil Qahirah. Al-Maktabat al-Syamilah (Version3.44), (http://www.shamela.ws)

(95): 1-21.

Ainoon O, Yu YH, Amir Muhriz AL, Boo NY, Cheong SK, Hamidah NH. 2002. Mutation In

Brief – Glucose-6-Phosphate Dehydrogenase (G6PD) Variants In Malaysian Malays. Human

Mutation (Online): 1-9.

Abd Rahman Hamzah. 2008. Khat & Jawi Mutiara Kesenian Islam Sejagat. Skudai:

Penerbit Universiti Teknologi Malaysia.

Hamka, Abdul Malik bin Abdul Karim Amrullah. 1982. Tafsir al-Azhar. Juzu’ 29.

Singapura: Pustakan Nasional.

Ibn Batutah, Abu ‘Abdillah Muhammad b. Batutah. t.th. Rihlah Ibn Batutah. Al-Maktabah

al-Syamilah (Version 3.32) [CD-ROM]. (http://www.alwarraq.com).

Ibn Batutah, Abu ‘Abdillah Muhammad b. Batutah. 2006. Pengembaraan Ibn Batutah.

Terjemahan: Syed Nurul Akla & Adi Setia. Kuala Lumpur: MPH Publishing.

Ibn Khaldun, ‘Abd al-Rahman b. Muhammad. 2000. Diwan al-Mubtada’ wa al-Khabar fi

Tarikh al-‘Arab wa al-Barbar wa Man ‘Asarahum min Dhawi al-Sya’n al-Akbar / Tarikh Ibn

Khaldun. Jilid 2. Beirut: Dar al-Fikr.

Page 10: Terbitan · 2016. 7. 4. · Jawi ertinya berkhatan atau bersunat manakala dari sudut makanan, padi Jawi bererti padi biasa iaitu bukan beras pulut. Istilah tulisan Jawi pula merujuk

Institut Pemikiran dan Kepimpinan Melayu (IMPAK)

Prosiding Seminar Penyelidikan Pemikiran dan Kepimpinan Melayu 2013 22 | IMPAK

Al-Jiyani, Muhammad b. ‘Abdillah b. ‘Abdillah. 1984. Ikmal al-A‘lam bi Tathlith al-Kalam.

Saudi Arabia: Jami‘ah Umm al-Qura.

Kamus Dewan. 2002. Ed. ke-3. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Mahayudin Haji Yahya. 2001. Islam Di Alam Melayu. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan

Pustaka.

Murtada al-Zabidi, Muhammad b. Muhammadb. ‘Abd al-Razzaq. 1965. Taj al-‘Arus min

Jawahir al-Qamus. Jilid 30 & 37. Kuwait: Matba‘ah Hukumah al-Kuwait.

Al-Qazwini, Zakariyya b. Muhammad b. Mahmud. t.th. Athar al-Bilad wa Akhbar al-‘Ibad,

Beirut: Dar Sadir.

Al-Suyuti, Jalal al-Din ‘Abd al-Rahman b. Abi Bakr. t.th. Al-Muhadhdhab fima Waqa‘a fi

al-Qur’an min al-Mu‘arrab. Morocco: Matba‘ah Faddalah al-Muhammadiyyah.

Syed Muhammad Naquib al-Attas. 1972. Islam Dalam Sejarah Dan Kebudayaan Melayu.

Bangi: Universiti Kebangsaan Malaysia.

Za‘ba, Zainal Abidin bin Ahmad. 1954. Pelita Bahasa Melayu Penggal 1 (Permulaan Nahu

Melayu). Kuala Lumpur: Pejabat Karang-Mengarang, Jabatan Pelajaran, Persekutuan Tanah

Melayu.

Yaqut al-Hamwi, Syihab al-Din Yaqut b. ‘Abdillah. 1977. Mu‘jam al-Buldan. Jilid 2, 3 & 5.

Beirut: Dar Sadir.

Al-Zirkili, Khair al-Din. 1980. Al-A‘lam Qamus Tarajim li Asyhur al-Rijal wa al-Nisa’ min

al-‘Arab wa al-Musta‘rabin wa al-Mustasyriqin. Beirut: Dar al-‘Ilm lil Malayin.