terbit pada sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari...

11
MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT − SABTU − 4 MAC 2017 Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan Misi perkukuh pasaran sawit di Iran MUKA 2 Pertandingan mekanisasi tawar hadiah AS$1 juta MUKA 3 Pensijilan MSPO mandatori pada 2019 Datuk Seri Mah Siew Keong ketika mengumumkan mengenai pelaksanaan MSPO secara mandatori kepada pihak media. Oleh FadzilGhazali [email protected] Putrajaya P ematuhan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan dijadikan man- datori kepada pihak industri sawit negara secara berperingkat ber- mula akhir tahun hadapan. Untuk mereka yang telah mematuhi pensijilan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO), pematuhan mandatori MSPO untuk kumpulan ini akan bermula pada 31 Disember 2018. Bagi mereka yang tiada pensijilan RSPO, tarikh pematuhan pensijilan MSPO ditetapkan pada 30 Jun 2019. Pekebun kecil pula perlu mema- tuhi pensijilan MSPO menjelang 31 Disember 2019. Menteri Perusahaan Perladan- gan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata beliau sedar langkah ini agak tegas namun ianya perlu dilaksanakan untuk kebaikan industri bagi jangka masa panjang. Standard minyak sawit “Keputusan ini bukan mudah. Negara-negara lain terutamanya di Eropah mahu kita melakukan RSPO. Saya rasa adalah mustahil bagi pekebun kecil berbuat demi- kian. Kita mesti ada standard minyak sawit mampan kita sen- diri kerana kita adalah negara pengeluar,” kata beliau di sidang akhbar di sini, baru-baru ini. Beliau berkata pihak kementeri- an kini dalam proses menyediakan Pengeluaran sawit mampan untuk kebaikan industri jangka panjang insentif untuk membantu pihak industri sawit Malaysia, khususnya pekebun kecil bagi memenuhi sya- rat-syarat pensijilan MSPO. “Kami akan menyediakan in- sentif kewangan pada Jun tahun ini untuk membantu pensijilan industri. Butiran sedang diusa- hakan,” tambah beliau. Pelaksanaan skim MSPO, yang bermula pada 1 Januari 2015 hingga kini adalah secara suka- rela. Setakat ini, kawasan seluas 222,778 hektar daripada 5.74 juta hektar kawasan ditanam sawit mempunyai pensijilan MSPO. Kawasan ini diusahakan oleh ladang dan pekebun kecil. Setakat Disember 2016, enam peratus daripada keluasan ladang sawit dan hanya 0.3 peratus dari- pada keluasan pekebun kecil yang mempunyai sijil MSPO. Mah berkata langkah menjadi- kan pematuhan MSPO secara man- datori bertujuan untuk menaik taraf keseluruhan industri dan ia penting ke arah penjenamaan minyak sawit tempatan sebagai produk yang dihasilkan secara mampan dan selamat. Pada 2016, nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke Negara Kesatu- an Eropah (EU) meningkat 4.14 peratus kepada RM10.30 bilion daripada RM9.89 bilion pada 2015. Tambah juru audit Pada majlis pertukaran perjanjian teknologi antara MPOB dan Pre- mium Food Corporation Sdn Bhd yang berlangsung di Seri Kemba- ngan pula, Mah telah memberi- tahu pemberita bahawa kerajaan akan menambah jumlah juru audit untuk pensijilan MSPO sebagai langkah mengurangkan kos untuk memenuhi keperluan pensijilan itu. “Kita mahu memperbesarkan jumlah juru audit pensijilan MSPO. Ini akan menjana persaingan hebat untuk mengurangkan kos perkhid- matan di samping meningkatkan kecekapan,” tambah beliau. Mah berkata beliau telah ber- temu dengan beberapa pekebun kecil di empat negeri dan mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai keperluan pematuhan pensijilan MSPO secara mandatori menjelang tahun 2019. “Kami faham dengan kebim- bangan mereka. Pihak kemente- rian akan mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan pekebun kecil dalam masa beberapa bulan ini untuk menjelaskan keperluan mematuhi pensijilan kemampa- nan sebagai usaha meluaskan pasaran minyak sawit negara,” katanya.

Upload: vuongkhuong

Post on 04-Apr-2019

241 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

Page 1: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

MPOB Menjana PeruBahan industri sawit

− sabtu − 4 Mac 2017

Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan

Misi perkukuh pasaran sawit di Iran ≤ Muka 2

Pertandingan mekanisasi tawar

hadiah as$1 juta ≤ Muka 3

Pensijilan MSPO mandatori pada 2019

Datuk Seri Mah Siew Keong ketika mengumumkan mengenai pelaksanaan MSPO secara mandatori kepada pihak media.

Oleh [email protected]

Putrajaya

Pematuhan pensijilan Minyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) akan dijadikan man-

datori kepada pihak industri sawit negara secara berperingkat ber-mula akhir tahun hadapan.

Untuk mereka yang telah mematuhi pensijilan Meja Bulat mengenai Minyak Sawit Mampan (RSPO), pematuhan mandatori MSPO untuk kumpulan ini akan bermula pada 31 Disember 2018. Bagi mereka yang tiada pensijilan RSPO, tarikh pematuhan pensijilan MSPO ditetapkan pada 30 Jun 2019.

Pekebun kecil pula perlu mema-

tuhi pensijilan MSPO menjelang 31 Disember 2019.

Menteri Perusahaan Perladan-gan dan Komoditi, Datuk Seri Mah Siew Keong berkata beliau sedar langkah ini agak tegas namun ianya perlu dilaksanakan untuk kebaikan industri bagi jangka masa panjang.

Standard minyak sawit“Keputusan ini bukan mudah. Negara-negara lain terutamanya di Eropah mahu kita melakukan RSPO. Saya rasa adalah mustahil bagi pekebun kecil berbuat demi-kian. Kita mesti ada standard minyak sawit mampan kita sen-diri kerana kita adalah negara pengeluar,” kata beliau di sidang akhbar di sini, baru-baru ini.

Beliau berkata pihak kementeri-an kini dalam proses menyediakan

Pengeluaran sawit mampan untuk kebaikan industri jangka panjang

insentif untuk membantu pihak industri sawit Malaysia, khususnya pekebun kecil bagi memenuhi sya-rat-syarat pensijilan MSPO.

“Kami akan menyediakan in -sentif kewangan pada Jun tahun ini untuk membantu pensijilan industri. Butiran sedang diusa-hakan,” tambah beliau.

Pelaksanaan skim MSPO, yang bermula pada 1 Januari 2015 hingga kini adalah secara suka-rela. Setakat ini, kawasan seluas 222,778 hektar daripada 5.74 juta hektar kawasan ditanam sawit mempunyai pensijilan MSPO. Kawasan ini diusahakan oleh ladang dan pekebun kecil.

Setakat Disember 2016, enam peratus daripada keluasan ladang sawit dan hanya 0.3 peratus dari-pada keluasan pekebun kecil yang mempunyai sijil MSPO.

Mah berkata langkah menjadi-kan pematuhan MSPO secara man-datori bertujuan untuk menaik taraf keseluruhan industri dan ia penting ke arah penjenamaan minyak sawit tempatan sebagai produk yang dihasilkan secara mampan dan selamat.

Pada 2016, nilai eksport minyak sawit dan produk berasaskan sawit Malaysia ke Negara Kesatu-an Eropah (EU) meningkat 4.14 peratus kepada RM10.30 bilion

daripada RM9.89 bilion pada 2015.

Tambah juru auditPada majlis pertukaran perjanjian teknologi antara MPOB dan Pre-mium Food Corporation Sdn Bhd yang berlangsung di Seri Kemba -ngan pula, Mah telah memberi-tahu pemberita bahawa kerajaan akan menambah jumlah juru audit untuk pensijilan MSPO sebagai langkah mengurangkan kos untuk memenuhi keperluan pensijilan itu.

“Kita mahu memperbesarkan jumlah juru audit pensijilan MSPO. Ini akan menjana persaingan hebat untuk mengurangkan kos perkhid-matan di samping meningkatkan kecekapan,” tambah beliau.

Mah berkata beliau telah ber-temu dengan beberapa pekebun kecil di empat negeri dan mereka telah menyuarakan kebimbangan mengenai keperluan pematuhan pensijilan MSPO secara mandatori menjelang tahun 2019.

“Kami faham dengan kebim-bangan mereka. Pihak kemente-rian akan mengadakan beberapa siri perjumpaan dengan pekebun kecil dalam masa beberapa bulan ini untuk menjelaskan keperluan mematuhi pensijilan kemampa-nan sebagai usaha meluaskan pasaran minyak sawit negara,” katanya.

Page 2: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Datuk Seri Mah Siew Keong menunjukkan buku maklumat sawit versi bahasa Parsi yang dilancarkansempena POTS Iran.

Misi perkukuh pasaransawit di Iran

Delegasi MPICdiketuai Datuk SeriMah Siew Keongbagi perluaspasaran komoditiM a l ay s i aOleh Hisamuddin MohamadAsparhispar@mp ob.gov.my

Te h ra n

Misi Ekonomi dan TeknikalKementerian Perusaha-an Perladangan dan Ko-

moditi (MPIC) ke Iran yang di-ketuai oleh Menterinya, Datuk Se-ri Mah Siew Keong ke Iran adalahbertujuan memperkukuhkan pa-saran sawit dan komoditi kayu-kayan serta getah keluaran Ma-laysia di negara tersebut.

Misi disertai oleh agensi utamadi bawah MPIC iaitu Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia (MPOB), Lem-baga Getah Malaysia (MRB), MajlisKayu Kayan Malaysia (MTC) danMajlis Minyak Sawit Malaysia(MPO C).

Iran adalah antara negara pa-saran minyak sawit Malaysia yangpenting di rantau Asia Barat. Pada2016 negara berkenaan telahmengimport 453,172 tan minyaksawit dan produk minyak sawitdari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion,meningkat 24.6 peratus berban-

ding dengan nilai dagangan tahunseb elumnya.

Objektif utama misi ke Iran ada-lah untuk meningkatkan hubu-ngan perdagangan di antara ke-dua-dua negara dari aspek per-dagangan komoditi minyak sawit,kayu kayan dan getah dan me-laksanakan program berkaitan ko-moditi utama negara dengan tu-juan untuk mengembangkan pa-saran di Iran.

Pertukaran maklumatMisi itu turut menggalakkan per-tukaran maklumat berkaitan ko-moditi minyak dan lemak, kayu-kayan dan getah di antara Malaysiadan Iran. Ia juga mampu mem-buka peluang untuk pelabur-pe-labur Malaysia melabur di dalamsektor berkaitan di Iran.

Yang turut serta dalam misi ber-kenaan ialah Pengerusi MPOB, Da-tuk Seri Ahmad Hamzah; KetuaSetiausaha MPIC, Datuk M. Na-

garajan; Ketua Pengarah MPOB, Dr.Ahmad Kushairi Din, PengerusiMPOC, Datuk Lee Yeow Chor.

Antara aktiviti yang telah di-laksanakan semasa misi adalah pe-nganjuran Pameran dan SeminarPerdagangan Minyak Sawit (POTS),sesi dialog di antara Datuk SeriMah dengan pihak industri kayu-kayan dan getah Iran, perbinca-ngan di antara beliau dengan ra-kan sejawatnya dan juga peras-mian pejabat MPOB Tehran diI ra n .

POTS diadakan pada 6 Februari2017 dihadiri oleh lebih dari 300peserta dari kalangan industri mi-nyak dan lemak tempatan, wakilagensi kerajaan, ahli akademik danpakar penyelidik tempatan. Semi-nar turut dihadiri 100 peserta in-dustri minyak sawit Malaysia yangberminat untuk mengembangkanpasaran produk mereka di Irandan negara-negara berhampiran.Pameran POTS Iran 2017 turut di-sertai 17 syarikat tempatan dansyarikat minyak sawit Malaysia.

Dalam misi yang sama, DatukSeri Mah telah mengadakan per-temuan dan perbincangan denganrakan-rakan sejawatnya dari Ke-menterian Pertanian Iran, Kemen-terian Komunikasi dan TeknologiMaklumat Iran, Pengerusi Parli-men Suruhanjaya Kesihatan Irandan Kementerian Industri, Galiandan Perdagangan Iran.

Antara perkara yang dibincang-kan semasa pertemuan adalah me-nyentuh isu perdagangan dua haladi antara Malaysia dan Iran te-rutamanya berkaitan isu daganganminyak sawit, kayu-kayan dan ge-tah.

2

453,172 TA NJumlah import minyaksawit Malaysia oleh Iranpada 2016

Kerajaan melaksanakan pelbagai strategi dan usaha bagimeningkatkan produktiviti sawit yang merangkumi sektorhuluan hingga sektor hiliran bagi menjamin kemajuanindustri sekali gus memberi sumbangan kepada ekonomin e g a ra .

Bagi sektor huluan, produktiviti ladang diberi keutamaandalam memastikan penghasilan buah tandan segar berkualitiyang sekali gus mencapai kadar perahan minyak yang setimpaldengan hasil yang dikeluarkan.

Untuk mencapai produktiviti tinggi di sektor ladang, pro-duktiviti pekerja juga harus ditingkatkan melalui penggunaanmesin atau jentera perladangan.

Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) dan pihak industrimelalui penyelidikan yang dijalankan telah membangunkanpelbagai jentera yang boleh diguna pakai di ladang sawit.

Bagi menjana idea baharu peng-hasilan jentera perladangan, MPOBmenganjurkan Pertandingan Mekani-sasi Ladang Sawit Antarabangsa (In-ternational Competition on Oil PalmMechanisation - ICOPM) yang telahdilancarkan pada 22 Februari lalu olehMenteri Perusahaan Perladangan danKomoditi, Datuk Seri Mah SiewKe ong.

ICOPM yang dianjurkan kali ketigasempena sambutan 100 tahun indus-tri sawit negara adalah kesinambu-ngan usaha meningkatkan tahap me-kanisasi ladang sawit di Malaysia.ICOPM menawarkan hadiah utamaAS$1 juta kepada pemenang terbaikke s e l u r u h a n .

Penyertaan ICOPM yang akan di-tutup pada 12 Mei 2017 bertujuanmenghasilkan inovasi dan reka ciptayang praktikal, efektif kos dan berdayamaju dalam memantapkan keceka-

pan operasi ladang sawit.ICOPM terbahagi kepada tiga kategori utama iaitu teknologi

penuaian, kutipan buah lerai dan pengangkutan/pengalihanbuah tandan segar.

Semua pihak dipelawa menyertai ICOPM untuk meng-hasilkan inovasi jentera sektor perladangan sawit bagi me-ningkatkan produktiviti dan merealisasi matlamat kerajaanmengembangkan industri sawit sebagai sektor yang moden,berdaya saing dan mampan.

Maklumat lanjut dan borang penyertaan ICOPM bolehdiperoleh melalui www.mpob.gov.my/ICOPM.

Dalam mensasarkan peningkatan produktiviti sawit, aspekkualiti dan keselamatan produk sawit yang dihasilkan diberiperhatian penting oleh Kerajaan.

Sebagai langkah meningkatkan kualiti minyak sawit danproduk berasaskan sawit, Menteri Perusahaan Perladangandan Komoditi juga mengumumkan pelaksanaan pensijilanMinyak Sawit Mampan Malaysia (MSPO) secara mandatori olehpenggiat industri sawit yang akan dilaksanakan secara ber-peringkat bermula akhir tahun 2018.

Datuk Seri Mah menegaskan pensijilan MSPO perlu di-laksanakan untuk kebaikan industri sawit bagi jangka masapanjang.

Pematuhan pensijilan MSPO akan membabitkan semuasektor termasuk pekebun kecil. Menyedari sektor pekebunkecil akan menghadapi kesukaran bagi melaksanakan stan-dard minyak sawit mampan, Kerajaan melalui KementerianPerusahaan Perladangan dan Komoditi dan MPOB kini dalamproses menyediakan insentif untuk membantu pekebun kecilmemenuhi syarat-syarat MSPO.

Kementerian dan MPOB akan mengadakan siri perjumpaandengan pekebun kecil untuk memberi penjelasan mengenaikepentingan pelaksanaan pensijilan MSPO secara mandatoribagi kemajuan sektor sawit negara.

Pelaksanaan pensijilan MSPO bermula pada 1 Januari 2015adalah secara sukarela.

Daripada 5.74 juta hektar kawasan tanaman sawit, hanya222,778 hektar yang diusahakan oleh syarikat perladangan danpekebun kecil mempunyai pensijilan MSPO. Sehingga Di-sember 2016, enam peratus daripada keluasan ladang sawitdan hanya 0.3 peratus daripada keluasan tanaman sawitpekebun kecil mempunyai sijil MSPO.

Langkah melaksanakan pematuhan MSPO secara mandatoribertujuan meningkatkan taraf keseluruhan industri sawit danpenting untuk penjenamaan minyak sawit Malaysia sebagaiproduk yang dihasilkan secara mampan, berkualiti dan selamat.

kushairi@mp ob.gov.my

Page 3: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Datuk Seri Mah Siew Keong pada sidang media di Putrajaya, baru-baru ini

Pertandingan mekanisasitawar hadiah AS$1 juta

ICOPM 3bertujuan cariinovasi praktikal,efektif kos,berdaya maju

MPOB beroperasisemula di Iran

MalaysianPalm Oil Board

MalaysianPalm Oil Board

mpob_tweets mpob.gov.my

Te h ra n : Bagi meningkatkan lagipasaran minyak dan produk mi-nyak sawit Malaysia di Iran dannegara berhampiran, MPOB me-ngambil inisiatif membuka semu-la pejabat serantaunya di sini,baru-baru ini.

Pejabat Serantau MPOB di Irandibuka pertama kalinya pada ta-hun 2001 dan telah berjaya me-ningkatkan pasaran minyak sawitMalaysia ke Iran. Walau bagaima-napun pejabat tersebut ditutuppada 2008 berikutan sekatan eko-nomi yang dikenakan ke atas ne-gara tersebut.

Pembukaan semula pejabat Se-rantau MPOB Tehran yang ditem-patkan di Bangunan Kedutaan Be-sar Malaysia di Shahrake Qods di-rasmikan Menteri Perusahaan

Perladangan dan Komoditi, DatukSeri Mah Siew Keong pada 7 Feb-ruari lalu.

Tingkat pasaran minyak sawitYang turut hadir, Pengerusi MPOB,Datuk Seri Ahmad Hamzah; KetuaSetiausaha Kementerian Perusa-haan Perladangan dan Komoditi(MPIC), Datuk M. Nagarajan, danKetua Pengarah MPOB, Dr. AhmadKushairi Din.

Dalam ucapan perasmiannya,Datuk Seri Mah berharap denganpembukaan semula pejabatMPOB akan meningkatkan pasa-ran minyak sawit Malaysia ke ne-gara itu.

“Saya percaya dengan pembu-kaan semula Pejabat MPOB di Iranakan membuka lembaran baharupasaran minyak di Iran dan juganegara serantaunya, dan menjadipenanda aras baharu kepadaMPOB khususnya dan industri mi-nyak sawit Malaysia amnya”, ka-t a nya .

Oleh HisamuddinMohamad Asparhispar@mp ob.gov.my

3

Oleh FadzilGhazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Pu t ra j aya

Pertandingan MekanisasiLadang Sawit Antarabang-sa (ICOPM), anjuran Lem-

baga Minyak Sawit Malaysia(MPOB) menawarkan AS$1 jutasebagai hadiah utama kepada pe-menang terbaik keseluruhan.

ICOPM yang dianjurkan sejak2014, muncul untuk kali ketigapada tahun ini sebagai kesinam-bungan usaha meningkatkan ta-hap mekanisasi ladang sawit di

Malaysia. ICOPM 3 dianjurkan sem-pena sambutan 100 tahun industrisawit Malaysia tahun ini.

Pelancaran ICOPM 3 diumum-kan oleh Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komoditi, Datuk SeriMah Siew Keong, pada sidang akh-bar yang diadakan di sini baru-baru ini.

Yang turut hadir, Timbalan Men-teri Perusahaan Perladangan danKomoditi, Datuk Datu Nasrun Da-tu Mansur dan Ketua SetiausahaKementerian Perusahaan Perlada-ngan dan Komoditi (MPIC), DatukM Nagarajan.

ICOPM merupakan satu cabarankepada pencipta inovasi dan tek-nologi seluruh dunia untuk meng-hasilkan jentera yang boleh digunapakai di ladang sawit untuk me-ningkatkan produktiviti pekerja.Ianya menyangga komitmenMPOB dalam membentuk industrisawit sebagai satu sektor yang hi-jau, moden dan mampan.

Mah berkata ICOPM 3 mena-warkan hadiah tunai sehingga

AS$1.3 juta, termasuk hadiah uta-ma untuk pemenang keseluruhanbernilai AS$1 juta tunai.

Pengumuman ICOPM 3 olehMah pada 22 Februari 2017 me-nandakan pertandingan itu dibu-ka untuk penyertaan. Peserta bo-leh menyertai pertandingan ini se-cara individu, berpasukan atauwakil syarikat.

Tingkat kesedaranWalaupun belum ada pemenangselepas berlangsungnya ICOPM 1dan ICOPM 2, pertandingan ino-vasi ini berjaya meningkatkan ke-sedaran dalam kalangan pemainindustri akan pentingnya tekno-logi, terutama dalam mekanisasiuntuk meningkatkan status indus-tri sawit negara ke tahap baru.

ICOPM 3 bertujuan untuk men-cari inovasi yang praktikal, efektifkos dan berdaya maju dalam me-mantapkan operasi ladang di sek-tor sawit.

Ia dibahagikan kepada tiga ka-tegori utama, iaitu teknologi pe-

nuaian, kutipan buah lerai danpengangkutan/pemindahan buahtandan segar (BTS).

Di bawah kategori teknologi pe-nuaian, peserta dikehendakimenghasilkan alat yang mampumenuai BTS secara efisien danefektif daripada pokok pelbagai ke-tinggian antara tiga hingga 15 me-ter. Hadiah tunai untuk kategori iniadalah AS$25,000 (Pertama);AS$15,000 (Kedua), dan AS$10,000untuk tempat ketiga.

Hadiah untuk kategori teknologikutipan buah lerai juga dalam for-mat yang sama.

Tempat pertama mendapat ha-diah tunai AS$25,000, kedua(AS$15,000) dan ketiga akan mem-bawa pulang AS$10,000

Cipta alatPeserta kategori ini perlu menciptaalat atau mesin yang dapat me-ngutip buah lerai sawit di permu-kaan tanah pada kadar 1 kg seminitdengan kandungan sampah kurangdaripada 10 peratus. Hasil ciptaanjuga perlu mampu berfungsi atas

pelbagai keadaan muka bumi.Di bawah kategori teknologi pe-

mindahan BTS, peserta dikehendakimencipta jentera berkemampuanmengangkut BTS daripada ladangke tempat memungut di tepi jalanatau platform pungutan. Juara ka-tegori ini akan mendapat AS$25,000tunai manakala tempat kedua akanmendapat AS$15,000 Pemenangtempat ketiga dihadiahkanAS$10,000 tunai.

Di samping hadiah lumayan ta-di, hadiah utama bernilai AS$1 jutaakan diberi kepada pemenang ke-seluruhan yang menghasilkan satuciptaan yang dapat meningkatkanproduktiviti pekerja berdasarkanpenilaian selama satu tahun da-lam operasi.

Tarikh tutup ICOPM 3 telah di-tetapkan pada 12 Mei 2017. Prosespenilaian inovasi dan ciptaan pe-serta akan bermula selepas ini.Pemenang ICOPM 3 akan diumum-kan pada majlis Kongres dan Pa-meran Minyak Sawit Antarabang-sa MPOB 2017 (PIPOC 2017) pada 14November 2017.

Page 4: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Oleh Dr. NagendranB a l a s u n d ra mnagen@mp ob.gov.my

Mumbai

Menteri Perusahaan Perla-dangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew

Keong mengetuai delegasi misiminyak sawit Malaysia ke Mum-bai pada awal Februari lalu da-lam usaha mempromosi dan me-ningkatkan dagangan minyak sa-wit Malaysia ke India.

Turut serta dalam lawatan rasmiberkenaan ialah Pengerusi MPOB,Datuk Seri Ahmad Hamzah; KetuaSetiausaha Kementerian Perusaha-an Perladangan dan Komoditi(MPIC), Datuk M. Nagarajan; Pe-ngerusi Majlis Minyak Sawit Ma-laysia (MPOC), Dato’ Lee YeowChor; Ketua Pengarah MPOB, Dr.Ahmad Kushairi Din dan KetuaPegawai Eksekutif MPOC, Dr. Ka-

lyana Sundram.Pada lawatan berkenaan, Datuk

Seri Mah mengadakan perjumpa-an meja bulat dengan pihak Sol-vent Extractors Association (SEA)of India, bagi membincangkan usa-ha untuk memantapkan pasaranminyak sawit Malaysia ke India.

Datuk Seri Mah turut merasmikanSeminar Rangkaian Minyak Sawit(Palm Oil Networking Seminar) an-juran MPOC dan turut melancarkanbuku bertajuk Palm Oil Health Factsterbitan MPOB yang diterjemahkanke dalam bahasa Hindi.

Beri penjelasanBuku berkenaan yang mengandu-ngi 16 fakta adalah bertujuanmemberi penjelasan kepada pem-baca berkaitan dengan khasiat pe-makanan minyak sawit.

Seminar rangkaian minyak sawityang dihadiri oleh 200 peserta me-libatkan pembentangan berkaitanpotensi penggunaan minyak sawitdalam lemak pejal di India, ca-baran yang dihadapi oleh minyaksawit, impak perkembangan per-undangan India ke atas minyaksayuran dan kemajuan pasaranminyak sayuran di India daripadapakar dalam bidang berkaitan darikedua-dua negara.

Jumlah dagangan Malaysia ke In-dia bagi tempoh Januari - November2016, bernilai RM44.18 bilion. Jumlaheksport Malaysia bernilai RM29.24bilion dan daripada jumlah ini, pro-duk komoditi menyumbang RM9.57bilion (32.7% jumlah eksport).

Santan Sawit PLUS akan dikomersialkanOleh Noor AsmawatiAbdul Samadwatie@mp ob.gov.my

Seri Kembangan: Menteri Peru-sahaan Perladangan dan Komo-diti, Datuk Seri Mah Siew Keongmenyaksikan pertukaran doku-men perjanjian bagi pengkomer-sialan produk Santan Sawit PLUSdi antara MPOB dengan syarikatPremium Food Corporation SdnBhd (PFC) di sini, baru-baru ini.

Majlis pertukaran dokumen itudiadakan sempena lawatan beliauke syarikat pengeluar santan sawityang dihasilkan melalui teknologiyang dibangunkan oleh MPOB.

MPOB diwakili Timbalan KetuaPengarah (Penyelidikan dan Pem-bangunan), Dr. Lim Weng Soon,manakala PFC diwakili PengarahUrusannya, Datuk Zainal Bachik.

Datuk Seri Mah berkata, penge-luaran produk santan sawit akanmeningkatkan penggunaan mi-nyak sawit khususnya dalam peng-hasilan produk makanan.

“Santan Sawit Plus adalah for-mulasi santan sawit terbaharuyang dihasilkan oleh penyelidikanMPOB bagi pengeluaran produksantan sawit berkualiti tinggi.

Katanya, teknologi dan formu-

lasi produk makanan termasukSantan Sawit Plus yang dihasilkanoleh penyelidikan MPOB menyediapeluang kepada syarikat industrikecil dan sederhana (IKS) tempa-tan dan usahawan bumiputera ba-gi menceburi perniagaan dalamsektor sawit.

Santan Sawit Plus“Santan Sawit Plus mempunyai po-tensi pasaran yang luas dalam danluar negara serta pulangan pela-buran dalam tempoh yang singkatiaitu selama dua tahun.

Katanya, hampir 90 peratus ke-gunaaan minyak sawit adalah bagipenghasilan produk makanan se-perti minyak masak, marjerin, pem-buatan coklat, santan dan lain-lain.

“Penghasilan santan daripadaminyak sawit diperkenalkan seba-gai pilihan kepada penggunaansantan kelapa. Produk santan sa-wit sesuai digunakan bagi masa-kan dan penyediaan makanan se-perti masakan kari, pencuci mulut(desserts) dan cendol yang sedapdan berkhasiat.

Katanya juga, formulasi produkSantan Sawit Plus mempunyai ke-istimewaan dan kelebihan dari segitempoh penyimpanan pada suhubilik lebih 10 bulan berbanding tem-

poh satu bulan bagi produk santansawit biasa selain mengekalkan rasayang enak dan berkhasiat.

“Dengan tempoh penyimpananyang lebih lama, Santan Sawit Pluslebih efektif kos berbanding santansawit biasa. Di samping itu, Santan

Sawit Plus diperkaya dengan kan-dungan vitamin E semula jadi te-rutamanya tokotrienol,” ka t a nya .

Santan sawit kaya dengan kha-siat pemakanan seperti vitamin Edan stabil pada suhu bilik iaitu 27darjah Celcius.

Teknologi santan sawit telah di-paten di Malaysia, Indonesia, Fi-lipina, Singapura dan Thailand dansudah berjaya mendapat pengik-tirafan dan kejayaan dalam per-tandingan inovasi dan teknologidalam dan luar negara.

Malaysia, India tingkat dagangan sawit

Datuk Seri Mah SIew Keong melancarkan buku terbitan MPOB berkaitan fakta dan khasiat sawit yangditerjemah kepada bahasa Hindi.

Datuk Seri Mah Siew Keong menyaksikan pertukaran dokumen perjanjian di antara MPOB danPremium Food Corporation bagi pengkomersialan Santan Sawit Plus.

Pe r b i n c a n g a nmeja bulatd i a d a ka ndalam usaham a n ta ppasaran minyaksawit Malaysia

4

Page 5: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Hello Sawit sebar maklumat kepada warga Jasin

Ahli Parlimen Eropahsanjung pengeluaransawit mampan MalaysiaOleh Fadzil Ghazaliafadzilg@mp ob.gov.my

Bangi: Ahli Parlimen Eropah (ME-Ps) yang mengadakan lawatan keMalaysia baru-baru ini ini me-muji usaha Malaysia dalam mem-bangunkan industri sawit secaramampan.

Delegasi tujuh MEP yang dike-tuai oleh Dr Barbara Kappel me-nyertai program anjuran MPOB ba-gi mengenali industri sawit Ma-l ays i a .

Mereka dibawa melawat pusatpemuliharaan Orang Utan di Se-pilok, Sabah; ladang sawit milikAhli Kelab 30 Tan MPOB di Be-luran, Sabah; dan menghadiri be-berapa sesi dialog bersama men-teri, pemilik syarikat dan pegawaikanan kerajaan yang berkaitan de-ngan industri sawit.

Semasa di Sandakan, Sabah, de-legasi MEP berpeluang bersamaTimbalan Menteri Perusahaan Per-

ladangan dan Komoditi, Datuk DatuNasrun Datu Mansur di satu sesimakan malam dan dialog. Pada sesiini, ketua delegasi MEP menceri-takan tentang usul mengaitkan in-dustri sawit dengan pelbagai ke-musnahan alam yang akan diben-tang di Parlimen EU pada April ini.

Beliau mahu melihat Malaysiadan Indonesia mempamerkan ta-hap kesungguhan yang lebih tinggidalam mematahkan usaha men-jadikan usul ini satu resolusi ke-rana beliau faham betapa pen-tingnya industri sawit untuk ne-gara membangun seperti Malaysiadan Indonesia.

“Sekiranya ia menjadi satu re-solusi, produk sawit akan menerimalayanan negatif di EU. Bantu kamiuntuk membantu anda,” ka t a nya .

Datuk Datu Nasrun Datu Mansurmemberi penjelasan kepada de-legasi MEP mengenai penubuhanMajlis Negara Pengeluar MinyakSawit (CPOPC) oleh Malaysia dan

Indonesia pada tahun 2015 danbagaimana majlis ini akan ber-usaha meningkatkan kesedarandunia terhadap kepentingan danpembangunan industri sawit.

Delegasi MEP lawat UPDelegasi MEP turut berpeluangmelawat United Plantations Ber-had (UP) di Teluk Intan, Perak.Mereka disambut Timbalan Penge-rusi dan Ketua Pengarah EksekutifUP, Datuk Carl Bek Nielsen yang

turut memberi taklimat mengenaioperasi UP dan pembangunan in-dustri sawit dunia kepada pelawatdaripada EU itu.

Carl menekankan kepentinganindustri sawit sebagai pembekalminyak masak dan lelemak kepadadunia memandangkan sawit me-rupakan tanaman paling efisiendalam menghasilkan komoditi ber-ke n a a n .

Beliau turut memberitahu ba-hawa industri ternakan lembu

membawa lebih kemudaratan ke-pada bumi berikutan penghasilankarbon dioksida serta penggunaankawasan yang luas namun ianyatidak menjadi bahan kempen ba-dan bukan kerajaan terutamanyadaripada Eropah.

Delegasi MEP juga berkunjung keibu pejabat MPOB di sini untuk sesidialog bersama pengurusan kananMPOB. Sesi ini dipengerusikan olehPengerusi MPOB, Datuk Seri Ah-mad Hamzah.

Oleh Mohd Saufi Awangsaufi@mp ob.gov.my

Ja s i n

Hello Sawit Jasin mendapatsambutan menggalakkandengan hampir 2,000 pe-

ngunjung terdiri daripada peke-bun kecil dan masyarakat setem-pat kawasan Parlimen Jasin.

Penganjuran Hello Sawit olehMPOB menyedia peluang kepadamasyarakat setempat mendapat-kan maklumat terkini mengenaiindustri sawit, teknologi penana-man sawit dan maklumat bantuankerajaan yang ditawarkan kepadapekebun kecil serta maklumat me-ngenai kegunaan dan keistimewa-an produk sawit.

Berucap semasa merasmikanHello Sawit Jasin, Ketua MenteriMelaka, Datuk Seri Utama IdrisHaron berkata, kejayaan Malaysiamemajukan perusahaan sawit danpencapaian dalam bidang penye-lidikan yang diterajui MPOB men-

jadi contoh kepada negara mem-bangun lain bagi mempelajari pe-ngalaman dan kepakaran Malaysiadalam pembangunan industri sa-wit.

Katanya, walaupun tanaman sa-wit berasal dari benua Afrika, Ma-laysia telah menempa nama dalamindustri sawit global sebagai an-tara negara pengeluar dan peng-eksport utama minyak sawit du-nia.

“Dengan potensi pulangan eko-nomi yang lebih baik, tanamansawit telah menjadi pilihan pe-kebun kecil dan pengusaha ladangdi seluruh negara yang menyum-bang peningkatan kawasan tana-man sawit negara yang mencecah5.74 juta hektar, katanya.

“Kemajuan sektor sawit sebagaikomoditi pertanian utama negaratelah menjana pendapatan eksportnegara, menyedia peluang ekono-mi kepada pengusaha ladang danpekebun kecil dan menawar pe-luang pekerjaan kepada pendudukdalam sektor huluan hingga hiliranberasaskan minyak sawit.

Tingkat produktivitiPengerusi MPOB, Datuk Seri AhmadHamzah dalam ucapan aluannyaberkata, sejajar matlamat pemba-ngunan industri sawit yang mam-pan dan berdaya saing, MPOB sen-tiasa mempertingkatkan perkhid-matan kepada pihak industri danpekebun kecil bagi meningkatkanproduktiviti dan pendapatan.

Katanya bagi meningkatkan pe-

nguasaan pasaran minyak sawitMalaysia, Kerajaan akan menetap-kan pelaksanaan pensijilan sawitmampan MSPO kepada semua la-dang sawit menjelang tahun 2018dan kawasan yang diusahakan pe-kebun kecil menjelang tahun 2019.

Katanya, Pegawai TUNAS yangberada di kawasan pekebun kecilberperanan menyedia khidmat na-sihat penanaman sawit mengikutAmalan Pertanian Baik dan ama-lan teknologi baharu bagi penge-luaran minyak sawit mampan danpeningkatan produktiviti penge-luaran hasil buah tandan segar.

MPOB juga berperanan menya-lur bantuan yang disediakan ke-

rajaan kepada pekebun kecil se-perti bantuan tanam semula dantanam baharu, bantuan integrasitanaman dan ternakan bersamatanaman sawit.

Penganjuran aktiviti Hello Sawitseperti Pertandingan Memasak,Pertandingan Gubahan Sawit, Per-tunjukan Tatarias menguna pro-duk kosmetik sawit dan pameranmemberi pendedahan berguna ke-pada pengunjung mengenai kegu-naan dan keistimewaan produkberasaskan sawit.

Sempena sambutan 100 tahunpenanaman sawit secara komer-sial, MPOB dengan kerjasama Mer-limau Riders Club menganjurkan

Hello Sawit Challenge Jamboreeyang disertali lebih 800 pesertaberbasikal melalui ladang sawityang memberi pendedahan kepa-da peserta termasuk luar negarakehijauan ladang sawit.

Turut hadir majlis perasmianHello Sawit Ahli Dewan UndanganNegeri (ADUN) di bawah ParlimenJasin iaitu ADUN Merlimau, DatukRoslan Datuk Haji Ahmad; ADUNRim, Datuk Wira Ghazale Muha-mad; ADUN Serkam, Datuk ZaidiAttan; ADUN Bemban, Datuk NgChoon Koon; Ketua PengarahMPOB, Dr Ahmad Kushairi Din danPegawai Daerah Jasin, ZamrudYa hya .

P ro g ra mmenarikminat lebih2,000p engunjung

Datuk Seri Utama Ir. Idris Haron (dua dari kanan) merasmikan Hello Sawit Jasin.

Datuk Seri Mah Siew Keong bersama Ahli Parlimen Eropah yang mengadakan pertemuan dengan beliausempena kunjungan ke Malaysia.

5

Page 6: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Biak baka asas kemajuan industri sawit negara

Oleh Mohd Saufi [email protected]

Industri sawit negara melakar sejarahdengan sambutan 100 tahun penana-man sawit secara komersial pada 18

Mei 2017 di Ladang Tennamaram, SimeDarby Plantations di Bestari Jaya, Sela-ngor.Pada tahun 1917, pengusaha ladang bang-

sa Perancis, Henry Fouconnier menanamsawit secara komersial di Ladang Tenna-maram di tempat dahulunya dikenali Ba-tang Berjuntai, Kuala Selangor.Sejak penanaman pertama secara komer-

sial, penanaman sawit terus berkembangpesat khususnya pada dekad 60an dan se-lepasnya yang melonjakkan Malaysia se-bagai negara pengeluar dan pengeksportutama minyak sawit dunia.100 tahun selepas diusahakan secara pe-

nanaman komersial, keluasan kawasan pe-nanamansawit di seluruhnegaramencecah5.74 juta hektar.Pokok kelapa sawit atau nama saintifik

Elaeis guineensis berasal dari benua Afrikasecara khususnya dari Guinea.Elaeis dari perkataan greek iaitu elaion

bermaksud minyak. Pokok sawit hidup su-bur di negara asal dan ditanam secarameluas di kawasan garisan khatulistiwayang menerima sinaran matahari dan cu-rahan hujan sepanjang tahun meliputi ne-gara-negara Afrika, Amerika Selatan, Se-latan Pasifik dan Asia Tenggara.Penglibatan pengusaha ladang dan sektor

perladangan mengusaha tanaman sawit se-cara komersialmencetuskan fenomena per-kembangan penanaman sawit yang sete-rusnya menyumbang kepada perkemba-ngan perusahaan sawit negara.Pada tahun 1925, keluasan tanaman sawit

ialah 384 hektar dan meningkat kepada31,000 hektar pada tahun 1940an.Menjelang tahun 1960an, keluasan ta-

naman sawit negara mencecah 60,000 hek-tar.Penubuhan Felda pada tahun 1956 dan

agensi pembangunan tanah pertanian ke-rajaan persekutuan dan negeri yang me-ngusahakan penanaman sawit melibatkanpenyertaan peneroka dan pekebun kecilatau secara perladangan telah menyum-bang peningkatan kawasan tanaman sawitpada dekad selanjutnya.

Kepesatan penanaman sawitPenggubalan dasar pembangunan tanahpertanian bagi penanaman sawit dan stra-tegi mempelbagaikan tanaman untuk tidakbergantung kepada getah telah membawakepesatan penanaman sawit.Keluasan kawasan tanaman sawit me-

ningkat dengan ketara pada tahun 1970andan era selepasnya.Penglibatan pekebun kecil mengusaha-

kan penanaman sawit sama ada di bawahkelolaan agensi kerajaan atau mengusa-hakan secara persendirian menyumbangsebanyak 40 peratus keluasan kawasan ta-naman sawit negara yang sekali gus me-ningkatkan taraf hidup dan sosio-ekonomipenduduk luar bandar.Sejarah penanaman sawit diMalaysia dan

Indonesia bermula dengan empat biji benihsawit, dua dibawa daripada AmsterdamBotanical Garden dan dua biji benih dariReunion Island yang kemudiannya ditanamdi Bogor Botanical Garden, Indonesia padatahun 1848.Benih sawit yang berasal dari induk yang

sama seterusnya dibawa ke Singapura yangditanam di Botanical Garden pada 1870andan seterusnya ke Tanah Melayu pada 1875yang bermula sebagai tanaman hiasan.Baka sawit dari Sumatera yang dikenali

Deli Dura dibawa ke Malaysia oleh pe-ngusaha ladang sekitar tahun 1911 dan 1912ditanam di Rantau Panjang, Kuala Sela-ngor.Baka dari pokok sawit yang ditanam di

Kuala Selangor seterusnya ditanam secarakomersial pada tahun 1917 di Ladang Ten-namaram.Pokok sawit dari baka Deli Dura telah

melalui proses biak baka dari pokok indukdengan baka sawit yang dibawa dari Af-rika.Sebahagian besar tanaman sawit di Ma-

Baka Teneraditanamsecara meluasdi Malaysia

laysia menggunakan baka Tenera iaitu ka-cukan pokok Dura (induk betina) dan Pi-sifera (pokok jantan) atau dikenali DxP.Baka sawit Tenera mempunyai ciri-ciri

induknya iaitu Dura mempunyai sabutatau mesokarpa yang tinggi kandunganminyak dan baka Pisifera yang mengan-dungi minyak isirung sawit yang tinggi.Penglibatan Jabatan Pertanian dan pe-

ngusaha ladang di peringkat awal pena-naman sawit telah menghasilkan bahantanaman sawit yang ditanam di kawasanbaru diteroka.Jabatan Pertanian adalah antara perintis

yang menanam sawit di beberapa tempattermasuk di Batu Tiga, Selangor dan ditaman awam sekitar Kuala Lumpur.Jabatan Pertanian di Serdang menjalan-

kan usaha pengumpulan dan pengeluaranbahan tanaman sawit seawal tahun1920an.Bermula tahun 1930an, syarikat perla-

dangan seperti Elmina Estate, Guthrie, So-cfin, Jenderata Estate, United PlantationsBerhad, Harrison and Crossfield terlibatmenjalankan kajian biak baka bagi meng-hasilkan benih sawit.Ini disusuli oleh syarikat-syarikat per-

ladangan yang ditubuh pada tahun 1950dan selepasnya yang mengeluarkan bakasawit untuk keperluan penanaman di la-dang secara komersial.Penglibatan agensi kerajaan yang dimu-

lakan oleh Jabatan Pertanian dan sete-rusnya Institut Penyelidikan dan KemajuanPertanian Malaysia (MARDI) yang ditubuh-kan pada tahun 1973 telah menjalankankajian biak baka tanaman sawit.Penubuhan Institut Penyelidikan Minyak

Kelapa Sawit Malaysia (PORIM) pada tahun1979 yang dipertanggungjawab bagi me-ningkatkan penyelidikan kelapa sawit telahmenghasilkan bahan tanaman sawit ter-masukdari proses kultur tisudanbaka klonyang berhasil tinggi.Penyelidikan biak baka oleh PORIM me-

liputi ekspedisi ke negara Afrika dan Ame-rika Selatan telah berjaya mengumpulkanbaka sawit terbaik yang ditempatkan diBank Gen, Stesen Penyelidikan MPOB Klu-ang.

Penuhi keperluan industri sawitKajian biak baka sawit melalui kacukan

baka terpilih dari negara asal mengha-silkan baka sawit bagi memenuhi ke-perluan dalam industri sawit.MPOB telah menghasilkan 12 jenis ba-

ka sawit yang dikenali PS Siri iaitu PS1hingga PS12 yang mempunyai ciri-ciriseperti pokok renek, kandungan minyaksawit dan minyak isirung yang tinggi,minyak lebih cair, kandungan karotenatinggi, kandungan Vitamin E, tangkaipanjang dan pokok sawit tahan rinta-ngan penyakit yang ditawarkan kepada

pihak industri untuk penanaman secarakomersial.Penyelidikan MPOB dalam bidang bio-

teknologi menghasilkan bahan tanamansawit kultur tisu dan Genom yang meng-hasilkan penemuan bahan tanaman sa-wit unggul yang sedia diguna pakai olehpengusaha ladang dan pekebun kecil.MPOB juga mengadakan kerjasama de-

ngan syarikat perladangan bagi kajianbiak baka, menyedia kepakaran peng-hasilan bahan tanaman sawit melalui

proses kultur tisu dan menawarkan po-kok sawit induk (mother palm) bagi pe-ngeluaran anak benih sawit berkualiti.Penyelidikanbiak baka sawit oleh agen-

si penyelidikan bersama penglibatan sya-rikat perladangan di peringkat awal per-kembangan penanaman sawit dan de-kad-dekad seterusnyamenyedia asas danlandasan kukuh bagi pengeluaran bakasawit dan bahan tanaman unggul yangmenyumbang kepada kemajuan industrisawit negara.

6 7

Industri sawit berkembang pesat selepas pembukaan ladang pertama di Kuala Selangor.

Page 7: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Koperasi tingkat produktiviti,pendapatan pekebun kecil

La n g ka hgalakpekebun kecilm e ny u m b a n gke p a d akemajuan sawit

Inovasi MPOBdiiktiraf MTE 2017

Oleh Nazirah Che Jaafarnazirah@mp ob.gov.my

Kuala Kangsar

Koperasi Penanam SawitMampan (KPSM) yang di-anggotai oleh pekebun ke-

cil sawit adalah sebahagian usahabagi meningkatkan produktivitidan pendapatan pekebun kecil.

Ahli Parlimen Kuala Kangsar, Da-tin Mastura Tan Sri Mohd Yazidberkata demikian ketika berucapmerasmikan mesyuarat agung per-tama KPSM Kuala Kangsar Berhaddi sini, baru-baru ini.

Katanya, penubuhan KPSM diKuala Kangsar ini adalah hasratAllahyarham Datuk Wan Moham-mad Khair-il Anuar Wan Ahmad

agar pekebun kecil sawit di sekitarKuala Kangsar dapat disatukan un-tuk kebaikan bersama.

“Dengan jumlah 827 pekebunkecil di Kuala Kangsar dan kelua-san tanaman sawit lebih 2,500 hek-tar, penubuhan koperasi adalahsebagai langkah penyatuan sejajardengan usaha meningkatkan pro-

duktiviti dan kualiti buah sawitpekebun kecil.

“ Selain itu, penyertaan pekebunkecil dalam koperasi adalah pen-ting ke arah pensijilan minyak sa-wit mampan,” ka t a nya .

Katanya, melalui pendekatan ko-perasi, pekebun kecil akan dibim-bing mengenai penggunaan tek-

nologi dan amalan pengurusan ke-bun yang betul dan sistematik.

“Pembabitan pekebun kecil da-lam pengeluaran minyak sawitmampan juga akan menyum-bang kepada peningkatan dayasaing dan keupayaan industri sa-wit bagi memenuhi permintaanminyak sawit mampan di pasa-

ran antarabangsa.Katanya juga, penubuhan kope-

rasi merupakan langkah strategikkerajaan bagi menjamin pekebunkecil terlibat dalam arus perdanaperniagaan dan keusahawanan.

Satukan pekebun setempat“Secara khusus koperasi bertujuanmenyatukan pekebun kecil setem-pat dan menjalankan aktiviti ber-kaitan sawit untuk kepentinganb ersama.

Katanya, jualan buah tandan se-gar melalui koperasi memberi ke-san positif peningkatan harga jua-lan dan memberi pulangan terbaikkepada pekebun kecil

Beliau menyeru agar pekebunkecil di Daerah Kuala Kangsar da-pat melibatkan diri dalam KPSM.Penyertaan pekebun kecil dalamgerakan koperasi akan menyum-bang kepada peningkatan produk-tiviti dan pendapatan serta kema-juan industri sawit negara dalamjangka masa panjang.

Yang turut hadir pada majlis itu,ialah Ahli Dewan Undangan Ne-geri (ADUN) Manong, Dato’ Mo -hamad Kamil Dato’ Safie dan Pe-ngarah Bahagian Penyelidikan In-tegrasi dan Pengembangan MPOB,Dr Ramle Moslim.

Kuala Lumpur: Inovasi LembagaMinyak Sawit Malaysia (MPOB)muncul sebagai pemenang pel-bagai anugerah di Ekspo Tekno-logi Malaysia (MTE) 2017 yangdiadakan dari 16-18 Februari diPusat Dagangan Dunia Putra(PWTC), di sini.

MPOB berjaya meraih AnugerahKhas kategori Rekacipta Terbaikdan pingat emas bagi inovasi ber-tajuk ‘Sprayer for Young Palm’ olehAbdul Razal Jelani dari BahagianPenyelidikan Biologi.

Pingat emas turut diraih olehinovasi bertajuk ‘Production of Bio-Compressed Natural Gas (BIO-CNG)From Biogas of Palm Oil Effluent(POME)’ oleh Nasrin Abu Bakar dariBahagian Kejuruteraan dan Pem-prosesan, manakala enam lagi tek-nologi menerima pingat gangsa.

Inovasi ‘sprayer for young palm’direka untuk menyembur racun

herba untuk pokok kelapa sawitmuda. Mesin ini mampu meng-hadkan semburan di bawah ka-nopi pelepah yang akan mengu-rangkan kecederaan kepada pele-pah akibat semburan. Kaedahsemasa racun herba menyemburkelapa sawit muda adalah dengan‘knapsack sprayer’ (sama ada ma-nual atau bermotor).

Teknik ‘knapsack sprayer’ b u ka nsahaja lambat tetapi lebih burukapabila semburan yang terhasil bo-leh merosakkan pelepah dan tidakelok untuk perkembangan pokoks aw i t .

Hasilkan biogas asliInovasi ‘Production of Bio-Com-pressed Natural Gas (BIO-CNG)From Biogas of Palm Oil Effluent(POME)’ adalah teknologi yang di-bangunkan oleh MPOB dengan Fel-da Palm Industries Sdn. Bhd. danSime Darby Offshore EngineeringSdn Bhd, untuk menghasilkan bio-gas asli (BIO-CNG) daripada kolamefluen minyak sawit (POME). Tek-nologi ini menyedia peluang ke-

pada pihak industri untuk men-jana pendapatan melalui sektorbekalan tenaga mesra alam.

Enam inovasi yang memperolehpingat gangsa ialah ‘C on tro lli nggoose grass (Eleusine indica) usingformulated Phoma herbarump owder’ oleh Dr Mohd Hefni Rusliadalah bagi mengawal rumput Ele-usine indica dengan pengguna ser-buk herbarum Phoma. Teknologiini boleh menjadi satu kaedahyang mesra alam dan pendekatan

pengurusan rumpai bersepadu.Inovasi ‘Powder formulation of

Pycnoporus GanoBF2 for degrada-tion of oil palm tissues for con-trolling Ganoderma disease’ olehYuvarani Naidu adalah teknologimesra alam dan efektif kos bagimengawal penyakit Ganodermadaripada menjangkiti tisu pokoksawit. Ia adalah cara yang mam-pan untuk mempercepatkan pro-ses kitar semula sisa dan menam-bah nutrien kepada tanah.

Teknologi lain yang turut mem-peroleh pingat gangsa ialah ‘Si -multaneous Green Production ofPrebiotic Xylooligosaccharides andHigh Value Cellulose from Oil PalmBiomass’ oleh Noorshamsiana Ab-dul Wahab; ‘Phytosterols mix frompalm oil refinery by-product asfunctional food ingredients’ NorFaizah Jalani; ‘Oil Palm HarvestingAid (JiTu)’ dan ‘Application of Trac-tion Aid for Transporter on Peat’oleh Abdul Razak Jelani.

Datin Mastura Tan Sri Mohd Yazid ketika merasmikan Mesyuarat Agung Permulaan Koperasi PenanamSawit Mampan Daerah Kuala Kangsar Berhad.

Pegawai penyelidik MPOB yang berjaya meraih anugerah di MTE 2017.

8

Oleh Syed Mohd HazrySyed Hamidmoh.hazry@mp ob.gov.my

Page 8: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Oleh Hisham Hussain,(hishamhussain@mp ob.gov.my)dan Mohamad Fairus MohdHidzir (fairus@mp ob.gov.my)

Karachi, Pakistan

Lembaga Minyak Sawit Ma-laysia (MPOB) menganjur-kan MPOB Seminar Teknikal

(MTecS) di Jinnah Universiti Ka-rachi pada Februari lalu bagi pen-dedahan dan perkongsian ber-kaitan khasiat sawit.

Seminar teknikal bertemakan‘Minyak Sawit dalam Aspek Kesi-hatan dan Penyakit’ diadakan den-ngan usaha sama MPOB melaluipihak Kedutaan Malaysia di Pakis-tan bersama universiti berkenaan.

Seminar berjaya menarik minatlebih 400 pelajar dan pensyarahFakulti Sains dan Teknologi Ma-kanan universiti yang ditubuhkankhas untuk wanita.

Seminar teknikal yang mempro-mosi industri sawit Malaysia di-rasmikan oleh Konsul Jeneral Ma-laysia di Karachi, Tuan Ismail Mo-hamad Bkri.

Majlis turut dihadiri PengerusiFakulti Sains dan Teknologi Ma-kanan Jinnah Universiti, Dr Rashe-eda Ali, Pengurus Serantau MPOBAsia Barat dan Tengah, MohamadFairus Mohd Hidzir, dan tiga pe-gawai MPOB.

Penerangan terperinciKetika berucap merasmikan semi-nar berkenaan, Ismail berkata pe-nganjuran seminar menerangkanlebih terperinci mengenai industrisawit Malaysia, khasiat pemaka-nan dan aplikasi minyak sawit diPakistan sebagai inisiatif memu-puk kesedaran kepentingan kha-siat pemakanan dan penggunaanminyak sawit dalam kalangan ge-nerasi muda di Pakistan.

“Produk berasaskan sawit Ma-

laysia adalah antara produk ko-moditi utama yang dieksport danadalah menjadi keutamaan pihakkami untuk memastikan semuaproduk menepati piawaian kualitidan aspek keselamatan ditetap-ka n .

“Ini adalah teras utama KerajaanMalaysia melalui MPOB dalam me-mastikan sistem kualiti makanandilaksanakan dalam setiap prosesrantaian makanan dalam industris aw i t .

Katanya, aktiviti yang meliputisektor huluan dan hiliran sawit,pengeluaran, pengangkutan danperkhidmatan melibatkan aktivititerancang hasil daripada kerjasa-ma pihak yang terlibat dalam in-dustri sawit.

“MPOB akan terus komited da-lam memastikan segala aspek kua-liti dan keselamatan adalah di-patuhi melalui aktiviti pembangu-nan dan penyelidikan (R&D),penguatkuasaan dan undang-un-dang yang dilaksanakan dan se-terusnya memastikan ia bersesua-ian dengan kehendak penggunaminyak masak di Pakistan”, katab eliau.

Dr Rasheeda Ali, Pengerusi Fa-kulti Sains dan Teknologi MakananJinnah Universiti dalam ucapanbeliau menyatakan bahawa pe-nganjuran seminar seperti ini akanmembantu pelajar memahamimaklumat teknikal mengenai kha-siat pemakanan minyak sawit disamping membantu memahamibagaimana menggunakan minyaksawit terutama dalam aktivitipenggorengan dengan cara betul.

Beliau juga menekankan minyaksawit merah produk yang baik da-lam membekalkan Vitamin A da-lam diet pemakanan. Ini menun-jukkan minyak sawit minyak serbaguna dalam pelbagai aspek peng-gunaan dan khasiat pemakanan.

Sementara itu, Pengurus Seran-tau MPOB Asia Barat dan Tengah,Mohamad Fairus Mohd Hidzir, se-masa membentangkan kertas ker-janya menyatakan bahawa semi-nar seumpama ini dapat mem-pergiatkan usaha oleh kerajaanMalaysia dalam mempromosikanminyak sawit yang mempunyaikhasiat pemakanan yang baik dansesuai digunakan oleh setiap pe-ringkat umur di Pakistan.

Beliau menegaskan bahawa usa-ha ini dapat meningkatkan lagipengetahuan para pelajar menge-nai penyelidikan dan pembangu-nan yang dijalankan di Malaysiadan seluruh dunia yang melibat-kan khasiat pemakanan dan ap-likasi makanan yang berasaskanminyak sawit dimana aktiviti R&Dyang dijalankan oleh MPOB men-dapat pengiktirafan dunia.

Tekan aspek teknikalMTecS di Jinnah Universiti kali inimenekankan aspek teknikal mi-nyak sawit yang meliputi penge-nalan kepada MPOB dan industrisawit, faedah khasiat pemakananminyak sawit, aspek pasaran dankelebihan tekno-ekonomi minyaksawit dan juga aplikasi dalam in-dustri penggorengan makananberasaskan minyak sawit.

Penganjuran seminar ini bertu-juan untuk memberi pendedahanterutamanya di kalangan generasimuda berkenaan industri sawitMalaysia secara amnya dan faedahminyak sawit dari perspektif kha-siat pemakanan dan penggunaan-nya .

MPOB kongsi khasiat sawit di PakistanSe m i n a r

bantu mahasiswaJinnah Universitifahami industrisawit Malaysia

Seminar perjelas kepadamahasiswa Indiakhasiat, aplikasi sawitOleh Dr NagendranBala Sundramnagen@mp ob.gov.my

Mumbai: Lembaga Mi-nyak Sawit Malaysia(MPOB) dengan Kerjasa-ma Institut Teknologi Ki-mia (ICT) Mumbai dandisokong oleh PersatuanSaintis dan TaknologisMakanan India-Mumbai(AFST(I), menganjurkanSeminar Minyak Sawitbagi memperjelas mak-lumat berkaitan aspekpemakanan dan aplikasikomoditi itu.

Seminar yang dihadiri120 peserta terdiri pe-lajar ICT dalam bidangKejuruteraan & Tekno-logi Makanan; Teknologi

Minyak, Oleokimia danSurfaktan dan Kejurute-raan Kimia dirasmikanoleh Konsul Jeneral Ma-laysia di Mumbai, EldeenHusaini Mohd Hashim.Yang turut hadir, NaibCanselor ICT, Prof Dr G DYa d av.

Tiga pembentanganteknikal sawitSebanyak tiga pemben-tangan teknikal berkai-tan sawit disampaikanoleh pakar dan saintisdalam bidang sawit yangmerangkumi pengena-lan dan aplikasi minyaksawit oleh Pengurus Se-rantau MPOB (Asia Se-latan), Dr Nagendran Ba-la Sundram; produk ni-lai tambah sawit oleh U

R Unnithan dari Sum-Win Solutions Malaysiadan Dr Pramod Khosladari Wayne State Uni-versity, Detroit, AmrikaSyarikat membentang-kan berkaitan aspek pe-makanan dan kesihatans aw i t .

Tujuan seminar ada-lah untuk memberikanpenjelasan berkaitanpelbagai aspek pentingminyak sawit kepadakumpulan sasar, iaitupelajar pusat pengajiantinggi untuk lebih me-mahami berkaitan mi-nyak sawit dan dapatmenggunakan pengeta-huan secara efektif apa-bila bekerja dalam in-dustri pemprosesan ma-kanan di India kelak.

Eldeen Husaini Mohd Hashim (tengah) ketika perasmian Seminar MinyakSawit di ICT Mumbai.

9

Page 9: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Pertandingan fotografi sempena100 tahun industri sawit MalaysiaTahun 2017genapkan 100tahun industriminyak sawitM a l ay s i a

10

Sejarah bermula dengan pe-nanaman pertama pokok sa-wit secara komersial di la-

dang Tennamaram, Batang Ber-juntai (kini dikenali sebagaiBestari Jaya) oleh seorang ber-bangsa Perancis, Henri Faucon-nier. Hari ini, Malaysia telah ber-jaya memajukan industri sawitagar terus berkembang pesat, danmemungkinkan ramai golonganmiskin luar bandar menjadi pe-nanam kecil dan menaikkan taraf

kehidupan mereka.Bersesuaian dengan kedudu-

kan penting minyak sawit sebagaikomoditi negara, pelbagai aktivititelah diatur bagi menyambutulang tahun tersebut.

Sambutan telah pun bermuladengan pelancaran logo dan duapertandingan iaitu 100th Anni-versary Malaysian Palm Oil On-line Contest dan World Palm Por-traits Photography Competition2017 oleh Menteri Perusahaan

Perladangan, dan Komoditi, Da-tuk Seri Mah Siew Keong semasaperasmian kecil (soft launch)pada 10 Januari 2017.

Tahun kelima pertandinganWorld Palm Portraits Pho-tography Competition adalah per-tandingan fotografi yang kini me-masuki tahun kelima. Pertandi-ngan ini kian dikenali bukansahaja di rantau Asia tetapi jugadi negara-negara Barat, dan telahmempunyai pengikutnya tersen-diri.

Menariknya tahun ini, bersem-pena dengan sambutan ulang ta-hun industri minyak sawit, temayang dipilih adalah “This is Ma-laysian Palm Oil” atau “Inilah Mi-nyak Sawit Malaysia”.

Tema ini mengangkat statusminyak sawit Malaysia yang men-jadi pilihan pengilang makanan,chef dan tukang masak, serta surirumah disebabkan ciri-ciri positifseperti bebas lemak trans dankolesterol, dan tiada GMO.

Peserta dari kalangan profesio-nal dan amatur adalah dijemputuntuk menyertai dengan tawaranhadiah lumayan berjumlah ke-seluruhan AS$10,000.

Untuk membolehkan jurugam-bar dari negara-negara yang tidakmempunyai akses kepada ladangsawit atau minyak sawit, turutmenghantar gambar, kategoriStill Life & Photo Manipu-lation diperkenalkan.

Empat kategoriIni adalah satu daripada empatkategori di mana kategori-kate-gori yang lain adalah People& Portraits, Nature &Wildlife, dan Black & White.

Gambar-gambar bakal diadilioleh Shamshahrin Shamsudin,bekas jurugambar EuropeanPress, Che’ Ahmad Azhar, pen-syarah Multimedia University,dan Belvinder Sron, Timbalan Ke-tua Pegawai Eksekutif MPOC. Iniberdasarkan subjek, komposisi,imbangan warna dan maksudyang dibawa.

Pertandingan ini akan tamatpada 30 Jun 2017 dan pengu-muman pemenang akan diada-kan semasa Palm Oil LeadershipAward Dinner 2017.

Untuk tujuan pendaftaran se-bagai peserta dan bagi menda-patkan maklumat lanjut, sila la-y a r i w w w.w o r l d p a l m p o r-traits.org. Serentak denganberlangsungnya pertandinganini, para peserta juga dijemputuntuk menyertai 100th Anniver-sary Malaysian Palm Oil OnlineC o n t e s t d e n g a n m e l ay a r iwww.mp o100years.org.

Page 10: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Pada tahun 1848 orang Belanda membawa kelapa

sawit ke Indonesia yang kemu-diannya ke Singapura dan Tanah Melayu.

Kelapa sawit datang ke Tanah Melayu melalui Taman Botani Singapura sebagai tanaman hiasan M.A. Hallet menanam pokok kelapa sa wit Deli untuk pengeluaran komersial di Sumatera.

Kemuadian M.H. Faucon-nier menanam pokok kelapa sawit Deli di Rantau Panjang, Selangor. Pada tahun 1917 ber-mulalah penanaman kelapa sawit secara komersial di Estet Tennamaram, Kuala Selangor. Seterusnya di Estet Elinina, Kuala Selangor.

Industri sawit Malaysia ber-mula pada tahun 1917 apabila Ladang Tennamaran di Kuala Selangor ditanam dengan benih dura Deli dari Rantau Panjang.

Apabila pewarisan bentuk buah difahami, penanaman komersial beralih daripada bahan dura kepada kacukan dura x pisifera (DxP).

Kacukan DxP menghasil-kan buah tenera. Penanaman ladang yang menggunakan bahan DxP berlaku secara mendadak pada awal dekad 1960-an apabila Felda mem-buka tanah rancangan secara besar-besaran.

Program pembiakan di Malaysia dan Indonesia sejak dekad 1920an terhadap baka dari Deli untuk tujuan komer-sial telah menjadikannya seragam dan bermutu tinggi. Bahan ini kemudiannya dike-nali sebagai dura Deli.

Pengeluaran biji benih DxP berpandukan kepada piawai Malaysia MS157:1997, iaitu biji benih kelapa sawit untuk penanaman komersial. Hanya DxP bermutu dikeluarkan dan dipasarkan kepada pengguna. Kawalan mutu tinggi dipasti-

kan agar tidak berlaku pence-maran ketika mengumpulkan debunga pesifera dan pede-bungaannya terkawal pada induk penanti dura.

Pada tahun 2003, diang -garkan 58 juta benih DxP di- keluarkan di Malaysia. Jumlah keluaran pada tahun tersebut meningkat selepas pengu -ra ngan permintaan antara tahun 2000 hingga 2002. Pe- ningkatan ini disebabkan oleh aktiviti penanaman semula.

Kawasan tanaman sawit meningkat daripada anggaran satu juta hektar dalam tahun 1980 kepada dua juta hektar dalam tahun 1990 dan hari ini ia berada pada keluasan melebihi 5 juta hektar.

Industri ini juga turut ter-babit secara meluas dalam ak- tiviti hiliran daripada pe na- pisan sehingga penghasilan minyak masak dan oleokimia.

Malaysia mempunyai jum- lah penduduk yang agak kecil seramai 31 juta orang dan dengan itu, penggunaan minyak sawit secara tempatan adalah agak terhad.

Oleh kerana itu, lebih 90

peratus pengeluaran minyak makan tahunan telah dieks-port, menjadikan hasil sawit punca pendapatan tukaran wang asing yang penting untuk negara ini, serta tong -gak ekonomi negara.

Nilai pelaburan terkini dalam industri minyak sawit Malaysia dianggarkan sekitar RM62 bilion dengan sejumlah besar pembiayaan ini dipero-leh dalam negeri.

Peningkatan secara meluas penanaman sawit ini memba-wa pembangunan yang amat diperlukan di kawasan luar bandar dan telah menjadi tulang belakang ekonomi luar bandar.

Seramai 290,000 pekebun kecil di skim tanah kerajaan serta pekebun kecil persendi-rian, bergantung sepenuhnya kepada tanaman ini untuk kehidupan harian mereka.

Hasil pendapatan daripa -da sawit membawa kesan penting dalam mengekalkan kestabilan sosio-ekonomi go -longan ini.

Mungkin anda tidak me -nyangka bahawa 80% daripa-da minyak sawit yang diha-silkan di Malaysia digunakan sebagai bahan makanan. Ba- gaimana dengan sejumlah 20% lagi? Selebihnya untuk kegunaan dalam pembuatan produk bukan makanan.

Pembangunan dalam in-dustri kelapa sawit amat memberangsangkan dengan penekanan diberikan kepada penyelidikan bagi menghasil-kan kaedah baru dalam tekno-logi penanaman, penghasilan benih yang berkualiti dan penghasilan produk-produk baru berasaskan kelapa sawit.

Sebagai rakyat Malaysia, kita wajar mensyukuri dan mempromosi negara ke tahap yang sepatutnya, agar dapat terus kukuh dan berdaya saing di arena antarabangsa.

Peraduan ini terbahagi kepada dua kategori iaitu pelajar seko-lah menengah dan awam di seluruh negara. Karangan adalah

me ngenai industri sawit negara dan antarabangsa dan ditulis tangan berpandukan tajuk yang diberikan di bawah:

PERADUAN MENGARANG ESEI BERITA SAWIT BULAN MAC 2017

Keputusan Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Bulan Februari 2017

Kategori 1: Pelajar Sekolah Menengah (Tingkatan 1 hingga 5)Tajuk: “Teknologi mekanisasi tingkat produktiviti, tambah pendapatan. Bincangkan”.

Kategori 2: AwamTajuk: “Pengkomersialan teknologi bantu rancakkan kemajuan industri sawit negara. Bincangkan”.

Tiga pemenang utama setiap kategori akan menerima;− Hadiah Pertama: RM250− Hadiah Kedua: RM200− Hadiah Ketiga: RM150

Esei yang berjaya mendapat tempat pertama akan disiarkan dalam Berita Sawit keluaran bulan APRIL 2017 akan datang.

PEMENANG KATEGORI 1 Pelajar Sekolah Menengah

Hadiah Pertama Puteri Na’ilah Mohd NorSMA SyubbaniahBatu Kurau, Perak

Hadiah Kedua Nurul Safiyyah Mohd FauziMaahad Pengajian Islam Kota Bharu, Kelantan

Hadiah KetigaNor Athirah Mt IsaSMA SyubbaniahBatu Kurau, Perak

PEMENANG KATEGORI 2 Awam

Hadiah Pertama Mohamad Nur Hafiz SabudinKluang, Johor

Hadiah Kedua Rokiah Mat DaudKg. Seberang Tepoh, Terengganu

Hadiah KetigaZulazreen Abd SamadBatu Pahat, Johor

Syarat Penyertaan − Kategori 1: Terbuka kepada pelajar sekolah menengah Tingkatan 1 hingga 5 − Kategori 2: Terbuka kepada dewasa berusia 18 tahun ke atas − Bukan kakitangan MPOB − Panjang esei antara 500 - 700 patah kata − Sila nyatakan nama penuh, alamat sekolah (Kategori 1 sahaja), alamat rumah, nombor kad pengenalan, nombor akaun bank dan sertakan sekeping gambar ukuran pasport − Keputusan juri adalah muktamad − Tarikh tutup penyertaan ialah pada 21 Februari 2017 − Hantarkan penyertaan ke alamat: Peraduan Mengarang Esei Berita Sawit Ibu Pejabat MPOB 6, Persiaran Institusi, Bandar Baru Bangi, 43000 Kajang, Selangor u/p: Noor Asmawati Abdul Samad (Unit Komunikasi Korporat)

100 tahun merupakan satu jangka masa yang

agak lama untuk sesebuah industri bertahan.

Membangun sebagai salah satu industri yang menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi negara dan sekali gus melonjakkan nama negara sebagai salah satu negara pengeluar minyak sawit di persada dunia.

Industri sawit di Malay-sia amat sinonim sebagai penyumbang yang terbe-sar dalam pencambahan ekonomi negara dengan nilai eksport saban hari menunjukkan keputusam yang positif serta mene-rusi pencapaian dan sum-bangan industri kepada negara.

Hal ini kerana, terdapat onak duri yang perlu diha-rungi untuk mengekalkan pencapaian yang sedia ada.

Antara permasalahan yang timbul mengenai isu industri sawit negara adalah penerimaan pro- duk yang berasaskan sawit boleh menyebabkan masa-lah kesihatan.

Selain itu, isu alam sekitar juga disuarakan sebagai kesan daripada industri sawit negara. Isu ini mendapat perhatian Menteri Perusahaan Per-ladangan dan Komodi-ti, Datuk Seri Mah Siew Keong dan respon yang diberikan bahawa indus-tri minyak sawit Malaysia adalah tertakluk kepada 60 peraturan yang melipu-ti spektrum luas undang-undang seperti kesela-matan makanan, alam sekitar, tenaga kerja dan

banyak lagi. Oleh hal yang dimiki-

an, bukan senang untuk menempa nama dalam industri. Pelbagai tujahan dan permasalahn yang perlu dihadapi bagi men-gekalkan momentum pen-capaian dan sumbangan untuk negara.

Pada tahun ini, 2017, merupakan ulang tahun ke 100 tahun industri sawit sejak penanaman pertama secara komersial di Ladang Tennamaram, Kuala Selangor pada 1917.

Minyak sawit kini di -iktiraf sebagai salah satu sumber minyak sayuran paling produktif dengan menembusi pasaran du -nia, malah memenuhi se -bahagian daripada keper-luan makanan global.

‘Minyak Sawit Malay-sia, Kebanggaan dan Pen-capaian Kita’ merupakan tema untuk Sambutan 100 Tahun Industri Sawit

Malasyia. Industri sawit banyak memberikan hasil ke arah peningkatan eko-nomi dan pertambahan sumber pendapatan pena-naman sawit, khususnya pekebun kecil. Hal ini sela-ras dengan misi menyedi-akan peluang pekerjaan kepada hampir satu juta orang meliputi sektor huluan hingga hiliran.

Di samping itu juga, industri minyak sawit ba -nyak juga menyumbang dalam industri makanan.

Menerusi penglibatan industri minyak sawit dalam pembuatan maka-nan dapat menghasilkan produk-produk makanan yang berkualiti, sihat dan selamat digunakan, con-tohnya minyak masakan.

Terdapat banyak ke -bai kan minyak sawit yang digunakan sebagai minyak masak dalam masakan berbanding de -ngan minyak sayuran lain di pasaran. Antaranya ialah bebas koletsrol dan sesuai digunakan untuk menggoreng pada suhu yang tinggi.

Terdapat banyak lagi pencapaian dan sumban-gan industri minyak sawit kepada negara. 100 tahun industri sawit Malaysia membuktikan bahawa bukan senang untuk me- mastikan kemampanan industri sawit negara, pelbagai rintangan dan tujahan yang telah dilalui.

Menerusi penyelidikan yang dilakukan, serta ko- mitmen yang diberikan oleh pelbagai pihak mem-buatkan industri sawit negara terus utuh di sean-tero dunia.

Puteri Na’ilah Mohd Nor SMA Syubbaniah Batu Kurau, Perak

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 1 - PELAJAR SEKOLAH MENENGAH

Mohamad Nur Hafiz Sabudin Kluang, Johor

PEMENANG PERTAMA KATEGORI 2 - AWAM

Sumbangan industri sawit sepanjang 100 tahun

100 tahun industri sawit, pencapaian dan sumbangan membanggakan Malaysia

MPOB MENJANA PERUBAHAN INDUSTRI SAWIT 4 MAC 2017 − SABTU 11

Page 11: Terbit pada Sabtu minggu pertama setiap bulan 453,172 tan minyak sawit dan produk minyak sawit dari Malaysia dengan nilai daga-ngan lebih dari RM1,356 bilion, meningkat 24.6 peratus

Menteri PerusahaanPerladangan dan Komoditi,Datuk Seri Mah Siew Keongmendengar peneranganmengenai penghasilan produksantan sawit ketikamengadakan lawatan ke kilangPremium Food Corporation SdnBhd di Seri Kembangan,S e l a n g o r.

Datuk Seri Mah Siew Keong berucap merasmikan pembukaan semula Pejabat MPOBdi Tehran, Iran. Yang turut hadir, Pengerusi MPOB, Datuk Seri Ahmad Hamzah dan KetuaPengarah MPOB, Dr Ahmad Kushairi Din.

Ketua Menteri Melaka, Datuk Seri Utama Ir Idris Haron menyertaidemonstrasi memasak menggunakan produk sawit sempena program HelloSawit Jasin yang diadakan di Melaka. Yang turut hadir Datuk Seri AhmadHamzah dan Dr Ahmad Kushairi Din.

Ketua Pengarah Lembaga Lada Malaysia (LLM), Dr Harry Entebang ketika melawatGaleri Sawit. Beliau diiringi Timbalan Ketua Pengarah (R&D) MPOB, Dr. Lim Weng Soonsepanjang lawatan di Ibu Pejabat MPOB.

Ahli Parlimen Eropah diiringi oleh Datuk Seri Ahmad Hamzah mengadakan lawatanke ladang United Plantations Bhd di Teluk Intan, Perak sempena kunjungan ke Malaysiabagi mengenali dan mendapatkan maklumat berkaitan industri sawit negara.

12