teratak kasih sk abdullah

5
TERATAK KASIH SK ABDULLAH PROLOG : Teratak ialah sebuah tempat yang berbumbung yang boleh digunakan sebagai tempat berteduh daripada hujan dan panas. Ia juga bermaksud PONDOK kecil tempat berehat pada waktu-waktu tertentu dengan tujuan-tujuan tertentu. Kasih ialah satu perasaan sayang, cinta, belas, kasihan ,simpati yang lahir dari sudut hati yang tulus dan iklas daripada individu kepada individu atau kelompok masyarakat. Maka, TERATAK KASIH lebih merujuk kepada tempat (pondok atau wakaf) yang digunakan untuk berehat , santai atau bersembang sambil mendapatkan sumber ilmu tentang mengelakan diri daripada terjebak dengan pelbagai gejala tidak sihat terutamanya masalah penyalahangunaan dadah . Melalui info yang diperolehi juga mungkin dapat membantu ahli keluarga murid yang terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah keluar daripada masalahan tersebut.

Upload: rahman-amin

Post on 26-Sep-2015

18 views

Category:

Documents


5 download

DESCRIPTION

sudut PPDa

TRANSCRIPT

TERATAK KASIH SK ABDULLAHPROLOG :

Teratak ialah sebuah tempat yang berbumbung yang boleh digunakan sebagai tempat berteduh daripada hujan dan panas. Ia juga bermaksud PONDOK kecil tempat berehat pada waktu-waktu tertentu dengan tujuan-tujuan tertentu.

Kasih ialah satu perasaan sayang, cinta, belas, kasihan ,simpati yang lahir dari sudut hati yang tulus dan iklas daripada individu kepada individu atau kelompok masyarakat.

Maka, TERATAK KASIH lebih merujuk kepada tempat (pondok atau wakaf) yang digunakan untuk berehat , santai atau bersembang sambil mendapatkan sumber ilmu tentang mengelakan diri daripada terjebak dengan pelbagai gejala tidak sihat terutamanya masalah penyalahangunaan dadah . Melalui info yang diperolehi juga mungkin dapat membantu ahli keluarga murid yang terjebak dengan masalah penyalahgunaan dadah keluar daripada masalahan tersebut. Kesimpulannya, TERATAK KASIH SK ABDULAH, adalah tempat murid-murid di sekolah ini duduk berehat sambil mendapatkan info tentang masalah penyalahgunaan dadah dan sebagainya pada waktu rehat atau waktu menunggu keluarga menjemput mereka pulang ke rumah.SEJARAH TERATAK KASIH SK ABDULLAH Mula dibina sejak tahun 2000 sebagai tempat letak kereta Guru Besar dan pelawat. Ia dibina oleh Pn Hjh Azlah bte Hj Othman. Namun setelah bangunan baru terbina , pondok ini mula digunakan sebagai tempat murid bersantai selepas mereka makan pada waktu rehat . Kemudian ia ditambah dengan diding dan dijadikan sebagai tempat rujukan sumber ilmu dalam pelbagai bidang dan juga info tentang masalah penyalahgunaan dadah. Ia dijadikan sebegai tempat sudut info seperti SUDUT ANTI DADAH, SUDUT RMT, SUDUT KESELAMATAN, SUDUT SENI DAN SUDUT PEMULIHAN KHAS. Sempena dengan Majlis Mesyuarat PEMADAM Peringkat Ledang, maka AJK Unit Anti Dadah SK Abdullah mengambil kesempatan untuk dijadikan tempat ini sebagai Sudut Info Anti Dadah dengan Panggilan TERATAK KASIH dengan harapan ianya dapat memberikan ruang dan peluang kepada murid di sekolah ini bersantai sambil meneguhkan diri daripada terjebak dengan ancaman masalah penyalahgunaan dadah. Sudut atau teratak ini penting bagi murid-murid di sekolah ini kerana persekitaran tempat tinggal mereka ( kawasan Serom dan Sungai Mati ) merupakan kawasan hitam masalah penyalahgunaan dadah. Melalui info yang disalurkan dapat membantu murid memahami tentang penyalahgunaan dadah dan kesannya dalam kehidupan seharian mereka. Secara tidak langsung, mereka akan dapat menghindari diri daripada dipengaruhi oleh rakan aatau sesiapa sahaja daripada terjebak dengan dadah.

AKTIVITI TERATAK KASIH SK ABDULLAH Setiap tahun , 28 Februari merupakan Sambutan Hari Tanpa Dadah di Malaysia. Begitu juga dengan seramai 37 orang guru dan 406 orang murid di sekolah ini menyambut program tersebut pada setiap tahun .

Antara program yang dijalankan ialah :-

1. Majlis Pelancaran Program Anti Dadah

2. Pertandingan Pidato Anti Dadah

3. Pertandingan Mengarang Anti Dadah

4. Pertandingan Mewarna Anti Dadah Tahap 1

5. Pertandingan Melukis Poster Anti Dadah Tahap 2.

6. Pameran Anti Dadah

7. Majlis Ceramah Anti Dadah

8. Pertandingan Kuiz Anti Dadah

9. Sukaneka Anti Dadah

10. Jejak Maklumat Anti Dadah.

KEPERLUAN TERATAK KASIH SK ABDULLAH

Bagi meningkatkan lagi keupayaan Teratak Kasih SK Abdullah, makan pelbagai kemudahan dan peralatan diperlukan. Antaranya :-

1. Dash Board Info Berkaca Keselamatan : RM 18,000.00 2. Baik Pulih teratak

: RM 10,000.00 3. Permainan Indoor

: RM 2,000.00

_________________________________________________

JUMLAH

RM 30,000.00