terapi seni

9
Terapi seni Terapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindakbalas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat,kerisauan dan pertelingkahan. Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian. Kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak- kanak bermasalah pembelajaran ialah: Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar Meluahkan perasaan Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti Menguatkan daya imaginasi Menguatkan motor kasar dan motor halus Memperkembangkan bakat yang sedia ada Menghayati nilai seni Cara pelaksanaan terapi seni Lukisan Lukisan adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur

Upload: ha-hangping

Post on 01-Oct-2015

64 views

Category:

Documents


2 download

DESCRIPTION

Terapi Seni

TRANSCRIPT

Terapi seniTerapi seni ialah profesion perkhidmatan kemanusian yang mempergunakan media seni, imej, proses kreativiti seni dan tindakbalas klien/pesakit untuk menghasilkan produk sebagai mencerminkan perkembangan individu, kebolehan, personaliti, minat,kerisauan dan pertelingkahan.

Terapi seni bermaksud bantuan rawatan tanpa ubatan dan pembedahan dalam menyelesaikan permasalahan berkaitan cabang ilmu Pendidikan Seni Visual. Seni visual pula sebagai instrumen yang membantu pelajar mengatasi kekeliruan dan kekalutan emosi dan tekanan bertindan bukan sahaja dalam menghadapi proses pengajaran dan pembelajaran tetapi kehidupan seharian.

Kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas

Antara kepentingan terapi seni dalam pendidikan khas terutama bagi kanak-kanak bermasalah pembelajaran ialah: Meningkatkan keupayaan berinteraksi dengan alam sekitar Meluahkan perasaan Menikmati keseronokan dalam menjalankan aktiviti Menguatkan daya imaginasi Menguatkan motor kasar dan motor halus Memperkembangkan bakat yang sedia ada Menghayati nilai seni

Cara pelaksanaan terapi seni

LukisanLukisan adalah seni yang menggambarkan objek atau pelan dengan garisan di atas permukaan rata dengan menggunakan media kering atau menggunakan warna paling sedikit seperti pensil warna dan krayon. Unsur garisan amat ditekankan di mana ia adalah kerja asas untuk menghasilkan catan, cetakan atau mural. Ia juga adalah terhasil secara spontan mengikut gerak hati atau perasaan pelukis itu.

CatanCatan adalah hasil seni bahantara pigmen warna di atas permukaan rata. Ia terhasil melalui sapuan warna ke atas permukaan rata dengan menggunakan berus atau alatan lain. Ia memberi ruang kepada pelukis meluahkan perasaan, membuat interpretasi pandangan atau merakamkan gambaran pemikiran atau rekaan tertentu sama ada yang nyata atau abstrak. Jenis warna yang lazim digunakan ialah cat guac, warna poster, warna air, cat akrilik, cat minyak, cat tempera dan Fresko (Kapur plaster).

KolajPenghasilan kolaj adalah dengan cara memotong, mengoyak, menggunting, menampal, menindih bahan-bahan di atas permukaan rata atau 2D. Bahan-bahan yang digunakan untuk menghasilkan kolaj adalah dari bahan-bahan terbuang, jenis kekacang, berbagai jenis kertas dan fabrik.

MontajMontaj ialah satu aktiviti seni menggambar menggunakan potongan gambar dari pelbagai sumber atau sumber yang sama untuk menimbulkan mesej pengajarana, alam sekitar dan lain-lain. Aktiviti montaj lazimnya menggunakan teknik memotong, menampal dan mencantum. Namun, teknik tindihan (kolaj) dan teknik susunan gambar (mozek) boleh digabungkan dan digunakan dalam aktiviti montaj. Cantuman gambar-gambar akan menghasilkan satu imej baru.Teknik super impose, image editing photography digunakan dengan menggunakan komputer dalam menghasilkan montaj.

Tema bagi aktiviti menghasilkan montaj boleh dikategorikan kepada tema landskap, alam benda, figura dan corak huruf. Warna-warna harmoni dan warna-warna kontra digunakan dalam montaj untuk menarik perhatian pemerhati.

CetakanCetakan adalah kesan daripada gubahan yang dihasilkan oleh pelukis pada permukaan blok atau plat ke atas permukaan rata, diulang dan dicipta dalam bentuk edisi dengan menggunakan dakwat. Ia boleh dilaksanakanmelalui proses menggambar dan mencorak yang dilakukan dengan cara memotong permukaan plat dengan dakwat. Teknik cetakan mono, teknik cetakan timbul, (blok kayu dan lino) boleh diaplikasikan dalam pengajaran dan pembelajaran murid pendidikan khas.

GosokanMengikut Kamus Dewan, gosokan bermakna bergeser, bergesel, menggosok dengan (tangan, barang) menggunakan sesuatu untuk menggosok. Menurut Glosari Seni Lukis pula, gosokan bermakna pemindahan reka bentuk atau corak dari sesuatu permukaan ke permukaan lain dengan cara menggosokkan pensel di atas permukaan yang hendak dipindahkan.

Gosokan adalah proses menggosok dan merekod corak daripada permukaan yang berjalinan serta memberi ruang kepada murid meneroka proses mengambar menggambarmelalui deria sentuh yang terdapat di sekeliling mereka. Untuk menghasilkan cetakan, murid boleh menggosok dakwat, pensel, kapur ke atas sekeping kertas yang diletakkan di atas suatu permukaan yang berjalinan.

Pelbagai teknik gosokan boleh diteroka iaitu gosokan satu lapis dan satu arah sahaja, gosokan beberapa lapisan di atas tempat yang sama secara berulang kali atau berulang kali dari arah dan sudut yang berlainan, secara pusingan, menggunakan pelbagai warna atau monokrom iaitu menggunakan warna putih dan hitam sahaja dan gosokan potongan kertas.

ResisMenurutGlosari Seni Lukis, resis didefinisikan sebagai suatu kaedah melukis cat airdengan menyapu cat ke permukaan yang telah disapukan lilin di bahagian yang tidak mahu dicat atau diwarnakan. Lilin bertindak sebagai pelindung kepada warna asal atau menghasilkan garisan di atas permukaan kertas.

Sekiranya kain digunakan, maka canting diperlukan untuk membuat garisan lilin bagi menghasilkan corak batik. Warna pada resis kain dapat dikekalkan dengan menggunakan Sodium silikat. Setelah selesai, rendaman soda ash dalam air panas bertindak untukmembuang lilin yang terdapat pada permukaan kain tersebut.

Resis ialah teknik menghasilkan lukisan atau reka corak dengan menggunakan bahan-bahan yang tidak bercampur antara satu sama lain seperti cat air dan cat minyak, cat air dan lilin. Resis juga boleh dikatakan sebagai proses penolakan warna. Teknik ini dapat dilihat dengan jelas di dalam proses penghasilan batik lukis dan batik canting.

GurisanAlat yang tajam diperlukan untuk mengguris keluar sesuatu bahan yang lembut dari sesuatu permukaan. Seperti permukaan kertas disapu dengan krayon secara berlapis supaya bahan krayon yang tebal berlekat di atas kertas. Kayu, paku atau plastik digunakan untuk melakar gambar di atasnya.

PercikanGlosari Seni Lukis menyatakan bahawa percikan adalah corak-corak tompok dan titik pada lukisan cat. Menurut Kamus Dewan Bahasa dan Pustaka pula percikan ialah titik-titik airatau warna yang berserak-serak ke sana sini setelah air atau warna itu terhempas ke suatu permukaan. Makna kedua ialah menghambur ke sana sini, memantul berselerak ke sana sini. Makna ketiga ialah sesuatu yang memercik, menyebabkan berpercikan, merenjisi.

Percikan diistilahkan sebagai satu hasilan titikan warna yang berselerakan ke sana sini setelah warna tersebut jatuh ke atas permukaan. Aktiviti sepertimendetik, merenjis, mengetuk, menyembur dan memercik boleh menghasilkan percikan. Alatan penting yang digunakan untuk menghasilkan percikan ialah berus dari berbagai jenis, warna-warna basah dan kertas.

Percikan akan menghasilkan satu permukaan seperti batu granit atau marble yang menarik. Tema yang boleh dijalankan dalam aktiviti percikan termasuklah landskap, tumbuh-tumbuhan, corak, kad ucapan, setem dan catan. Percikan boleh dihalang dengan menggunakan sesuatu objek atau kertas yang boleh diubah kedudukannya untuk mengahasilkan kesan tindanan apabilawarna kedua dipercikkan.

MozekMenurut Glosari Seni Lukis, mozek boleh didefinisikan sebagai satu reka bentuk atau gambar yang dibuat daripada serpihan kaca, kayu, marmar atau pecahan tembikar. Mozek juga boleh menghasilkan gambar atau corak hiasan dengan menyusun carikan kecil bahan-bahan seperti kaca, marmar dan seramik (tessera), disusun di atas dinding, lantai atau permukaan yang tidak rata untuk menghasilkan pantulan/kilauan. Biasanya ia disusun secara bersebelahan dan tidak bertindih. Mozek dalam bentuk foto boleh terhasildari cantuman beberapa gambar lain disusun menjadi satu tema/tajuk.

StensilanMenggunakan rupa bentuk gambar yang dikeluarkan daripada alat stensil dengan sesuatu cara supaya meninggalkan ruang kosong di atas alat stensil tersebut.Apabila bahan warna disapu di atas stensil yang diletakkan atas kertas, bahan warna akan melalui ruang kosong atau lubang di atas stensil dan diserap oleh kertas. Garis luar pada lubang itu memberi kesan kepada sifat garis luar rupa bentuk yang dihasilkan.

Terapi seni ini sememangnya memberi banyak faedah kepada murid-murid bermasalah pembelajaran. Meskipun kita lihat terapi seni memberi banyak manfaat kepada insan khas, tetapi dalam pelaksanaan aktiviti seni bukanlah mudah seperti apa yang kita jangkakan. Semasa melakukan aktiviti seni, kita perlu bersedia membimbing kanak-kanak khas. Hal ini kerana, kita akan berhadapan dengan banyak masalah sewaktu melakukan aktiviti seni. Antara masalah yang bakal kita hadapi ialah: Masalah pengamatan murid-murid khas Masalah koordinasi motor kasar dan motor halus Masalah komunikasi Masalah sosialisasi Masalah imaginasi Masalah pemahaman konsep

Kesimpulannya, banyak aktiviti yang dapat dijalankan untuk terapi seni. Seperti yang telah dinyatakan di atas terdapat 4 bidang yang boleh diaplikasikan di dalam terapi seni iaitu bidang menggambar, membuat corak dan rekaan, membentuk dan membuat binaan dan yang terakhir sekali mengenal kraf tradisional. Melalui aktiviti seperti ini juga dapat mengurangkan tekanan perasaan murid, memberi peluang murid untuk merasa seronok semasa sesi pembelajaran, memberi peluang kepada murid untuk menghasilkan karya sendiri dan juga memberi peluang kepada murid untuk meningkatkan tahap kreativiti mereka.

Kelebihan terapi seni untuk guru pula ialah, guru dapat mengesan masalah dalam diri murid. Contohnya jika murid merasa marah, guru boleh melihat warna yang digunakan oleh murid dalam menghasilkan sesuatu tugasan yang diberikan. Selain daripada itu, guru dapat mengenali murid dengan lebih mendalam melalui terapi seni, contohnya warna yang diminati oleh murid, siapa yang disayangi oleh murid, latar belakang hidup murid dan lain lain lagi. Oleh itu, banyak kelebihan yang boleh diperoleh melalui aktiviti terapi bukan sahaja untuk guru malahan untuk murid juga.