terapi hati cinta remaja.docx

Upload: sabariah-ismail

Post on 14-Apr-2018

225 views

Category:

Documents


0 download

TRANSCRIPT

  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    1/8

    Terapi HatiSesungguhnya Al Quran dan zikir itu akan membuatkan hati menjadi tenang.

    Cinta monyet dalam kalangan anak-anakMenarik sungguh isu yang dikupas dalam Majalah Anis bulan Oktober ni.Saya rasa terpanggil untukmembelinya (memang setiap bulan saya cuba jangan tak beli majalah ni).Isu kali ni berkisar mengenaibermulanya cinta monyet itu sendiri, menangani kemaruk cinta monyet anak-anak, sebab-sebab anak-anak terjebak dengan cinta monyet dan cara-cara penyelesaian untuk berdepan dengan anak-anak yangdilamun cinta monyet ni.

    Fuhh...ibubapa mana yang tak risau jika anak-anak terjebak dalam cinta monyet ni.Termasuk saya jugasebenarnya.Memandangkan anak gadis sulung saya semakin meningkat remaja, risau dan rasa bimbangmemang sentiasa bersarang di dalam hati sekarang ni.Bukan tak mempercayai dia, cuma saya rasalangkah berhati-hati memang perlu ada untuk berdepan dengan situasisebegini.Nau'zubillahiminzalik...semoga di jauhkan apa yang tak baik kepada keluarga kami.

    Gambar ihsan: Google

    Apa kata saya kongsikan beberapa tips yang boleh saya simpulkan untuk menangani cinta monyet dikalangan anak-anak kita.(melalui pembacaan majalah Anis tersebut)

    1. wujudkan budaya usrah dalam keluarga, iaitu perbincangan sesama ibubapa dan anak-anak.Tanyasiapa kawan-kawan mereka.Kalau boleh kenal siapa kawan-kawan mereka.Perbincangan juga untuk mendengar luahan hati mereka, permasalahan mereka agar mereka merasadiri mereka disayangi.

    http://mysdear.blogspot.com/http://4.bp.blogspot.com/_rWvyoi6IYtg/TKn5v10kL7I/AAAAAAAAA2c/OFCL-GyPMqs/s1600/Cinta_Monyet_by_KaixerGroup.jpghttp://mysdear.blogspot.com/
  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    2/8

    2. Dampingi mereka selalu , jadi sahabat mereka.Kebanyakkan anak-anak yang terjebak dengan cintamonyet ini adalah mereka yang kekurangan kasih sayang ibubapa.

    3. Ayah perlu mengasihi anak perempuan dan menjaga kebajikan mereka.Hingga satu hari nanti ayahnyaakan menjadi role model yang terbaik untuk mencari bakal suami seperti ayahnya.

    4. Anak lelaki hendaklah disibukkan dan didedahkan dengan pelbagai aktiviti kemasyarakatan,keagamaan dan aktiviti bersukan.Sehingga tiada ruang untuk nya memikirkan untuk terjebak dengancinta monyet.Sayangi lah mereka, peranan ibubapa penting dalam hal ini.

    ...dan banyak lagi tips nya..saya ringkaskan sepadat mungkin seperti yang di atas.Semoga Allah peliharaanak-anak kita dari terjebak dengan cinta monyet.Amin..rabbala'lamin...

    MysDear - Cinta monyet memungkinkan kepada bunga-bunga zina...nau'zubillah.

    Cinta bukan tiket gadai maruahOlehMuhammad Asyraf

    BHOnline Ruangan Agama (2011/12/06)

    Remaja mesti bijak jaga penampilan elak digoda lelaki

    PENGUMUMAN di akhbar tempatan berkenaan isu pembuangan bayi, keterlanjuran gadis dan masalah

    sosial di kalangan remaja agak merunsingkan. Statistik menggambarkan betapa seriusnya krisis itu.

    Fokus kita bukan sekadar menyalahkan remaja perempuan. Ia juga membabitkan lelaki yang tidak

    bertanggungjawab meragut kesucian wanita. Namun, kita cuba mengatasi detik bagaimana wanita begitu

    mudah terpedaya pujuk rayu lelaki.

    Mereka akhirnya terpaksa menanggung beban hamil anak luar nikah, ditinggalkan lelaki yang tidak mahubertanggungjawab, maka anak tidak bersalah itu dibuang begitu saja. Pengharaman pembuangan bayi

    jelas bagi kita.

    Firman Allah bermaksud: Jangan kamu membunuh anakmu lantaran takut kelaparan, Kamilah yang

    akan memberi rezeki kepada mereka mahupun kepadamu; sesungguhnya membunuh mereka suatu

    dosa besar.(Surah al-Israk, ayat 31).

    Menariknya, ayat berkenaan pengharaman m embunuh ataupun membu ang anak i tu d i i r ing i ayat

    yang m enghalang zina.

    Ayat berikut dalam surah yang sama bermaksud: Dan janganlah kamu menghampiri zina, sesungguhnya

    zina itu adalah satu perbuatan yang kej i dan satu jalan yang jahat (yang membawa kerosakan). (Surahal-Israk, ayat 32)

    Kesinambungan ayat ini menggambarkan cara Islam yang menitikberatkan mencegah lebih baik daripada

    merawat. Namun, jika ditanya kepada si pelaku, adakah mereka tidak mengetahui pengharaman zina?

    Jawapan yang pasti ialah mereka mengetahui hukumnya. Namun, nafsu sudah menguasai diri dan lebih

    kuat dalam menolak wahyu.

    http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cintabukantiketgadaimaruah/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cintabukantiketgadaimaruah/Articlehttp://www.bharian.com.my/bharian/articles/Cintabukantiketgadaimaruah/Article
  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    3/8

    Sebelum menuding jari ke pihak lain, remaja perempuan perlu mengetahui sifat mereka dari segi fizikal

    dan jiwa yang berbeza. Antara sifat wanita yang banyak dipergunakan lelaki adalah kelemahan dan

    kelembutan fizikal mereka.

    Begitu juga naluri cinta dan setia serta kepercayaan tidak berbelah bahagi terhadap pasangan

    membuatkan wanita mudah terpedaya. Oleh itu, berhati-hatilah sebelum bersahabat dengan lelaki walau

    apa saja latar belakang mereka.

    Islam tidak membezakan lelaki baik atau tidak, tetapi menjelaskan bagaimana wanita dapat menghindari

    gangguan lelaki dengan menjaga penampilan diri.

    Firman Allah bermaksud: Wahai Nabi, suruhlah isteri-isterimu dan anak-anak perempuanmu serta

    perempuan yang beriman, supaya melabuhkan pakaiannya bagi menutup seluruh tubuhnya (semasa

    mereka keluar); cara yang demikian lebih sesuai untuk mereka dikenal (sebagai perempuan yang baik)

    maka dengan itu mereka tidak diganggu. Dan (ingatlah) Allah Maha Pengampun, lagi Maha

    Mengasihani.(Surah al-Ahzab, ayat 59).

    Ayat ini memberi panduan kepada wanita menjaga penampilan supaya menutup aurat yang secara tidak

    langsung memberi gambaran kepada lelaki mereka wanita baik dan sukar digoda. Ayat ini juga antara

    janji Allah SWT bahkan syarat pertama bagi wanita mengawal daripada diganggu.

    Islam menitikberatkan tanggungjawab bapa mengawal anak gadis. Kaedah mendidik anak lelaki dan

    perempuan berbeza. Anak perempuan hadiah syurga kepada ibu bapanya. Rasulullah SAW bersabda

    yang bermaksud: Siapa memiliki tiga puteri atau tiga saudari atau dua puteri atau dua saudari dan

    mendidiknya dengan baik serta menjadikannya bertakwa kepada Allah, maka baginya syurga. (Hadis

    riwayat Tirmizi)

    Syeikh Jamal Abdurrahman dalam kitabnya Athfal Muslimin Kaifa Rabbahum an-Nabiyyu al-Amin,

    menyatakan Nabi SAW melarang anak berusia 10 tahun tidur bersama dalam satu selimut dan

    dipisahkan tempat tidur mereka.

    Ayah juga perlu menjadi tempat bermanja bagi anak perempuan untuk mengelak mereka menagih kasih

    lelaki bukan mahram. Contohi saja kemesraan Nabi SAW dengan puteri kesayangannya, Fatimah.

    Walaupun Rasulullah SAW mesra dan cinta kepada anaknya, kecintaan itu tidak menjadikan Baginda

    mengambil mudah terhadap tanggungjawab anak. Baginda mendidik Fatimah mengikat tali hubungan

    yang utuh dengan Allah SWT bersesuaian manfaat agamanya.

    Sejarah Islam juga menunjukkan tanggungjawab menjaga anak perempuan terletak di bahu abang atau

    saudara lelaki. Malangnya, hari ini, abang atau saudara lelaki yang membuka ruang untuk adik mereka

    diganggu. Selain menjaga diri, ibu dan ayah, lelaki bertanggungjawab menjaga anak atau adik

    perempuan. Setiap manusia akan ditanya Allah sejauh mana mereka memenuhi amanah itu.

  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    4/8

    Ana lampirkan jawapan yg berkisar mengenai suara, apakah ianya aurat. Jwpn ana petik dari al-Ahkam

    bagi menjimatkan masa.

    -------

    suara wanita bukanlah aurat. Kalau tidak masakan kaum wanita zaman nabi boleh berbicara dgn nabi

    malah dibaiah; umar ditegur oleh wanita dalam isu mahr; banyak hadith diriwayatkan oleh Aishah R.A;

    dsb.

    Cuma yang dilarang seperti yang disebut di dalam al-quran:

    Firman Allah S.W.T:

    "Oleh itu jgnlah kamu berkata-kata dgn lembut manja (semasa bercakap dgn lelaki asing) kerana

    yg demikian boleh menimbulkan keinginan org yg ada penyakit di dlm hatinya (menaruh tujuan

    buruk kpd kamu) dan berkatalah dgn kata-kata yg baik (sesuai dan sopan)." (Surah Al-Ahzab: ayat

    32)

    Ayat ini merujuk kepada kata-kata yang lembut manja menggoda, bak kata orang...tergedik2..inilah

    yang terlarang. Adapun komunikasi biasa (kata2 baik sesuai dan sopan), tidaklah terlarang.

    Oleh Sheikh Ziyad

    -----

    Suara wanita bukanlah aurat dan ia dituturkan didalam batas-batas syara' yang telah ditetapkan. Suara

    wanita perlulah dibataskan agar tidak berbentuk menggoda, atau kerana ingin menarik perhatian dan

    membangkitkan syahwat lelaki, dan supaya tidak menimbulkan fitnah. Ia akan menjadi haram jikatimbulnya Fitnah. Berkata Dr Nasr Farid Wassel, Mufti Mesir mengenai wanita membaca Al-Quran di

    hadapan lelaki :

    :

    ( ) (: 32).Kesimpulan jawapan Mufti tersebut :

  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    5/8

    "Islam tidak menghalang atau menutup pintu-pintu bagi seorang wanita itu meluaskan keupayaan dan

    kelebihannya, dan digalakkan mereka menyumbangkan bakat yang dikurniakan oleh Allah kepadanya,

    dengan syarat ia tertakluk kepada batasan agama dan akhlak. Pembacaan seorang wanita tidaklah

    diharamkan dihadapan lelaki atau menzahirkan suaranya bagi mencapai penyampaian yang baik dan

    dibenarkan oleh syara', jika dengan adanya mahramnya, dan aman dari fitnah. Dengan syarat juga ia

    tidak perkataannya tidak membangkitkan keinginan lelaki dengan memanjang-manjangkan dan

    melembut-lembutkan , dengan membataskan sebutan-sebutan yang lembut dan mengajak kearah

    membangkitkan syahwat disisi pendengar. Firman Allah swt kepada isteri-isteri Nabi khasnya dan

    seluruhan Mukminin amnya :

    "Wahai isteri-isteri Nabi, kamu semua bukanlah seperti mana-mana perempuan yang lain kalau

    kamu tetap bertakwa. Oleh itu janganlah kamu berkata-kata dengan lembut manja (semasa

    bercakap dengan lelaki asing) kerana yang demikian boleh menimbulkan keinginan orang yang

    ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk kepada kamu) dan sebaliknya berkatalah

    dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan). - [Al-Ahzab : 32)""

    ---------

    Berkata Imam Ibnu Kathir berkenaan dengan surah Al-Ahzab [53 dan 32] :

    . ( )

    . . : . , . ."Ini bermakna mereka tidak boleh bercakap secara lembut. Allah merintahkan mereka bercakap secara

    padat dan tegas (mereka seharusnya serius dan ringkas perkataannya, dan tidak bercakap tidak tentu

    arah) . Tidak memungkinkan menunjukkan tanda-tanda di wajah mereka apa-apa kelembutan didalam

    hati mereka, sebagaimana wanita Arab (sebelum Islam) biasa melakukan apabila bercakap dengan

    lelaki, dengan melembutkan suara mereka seperti wanita yang menjaga kanak-kanak, atau seperti

    pelacur. Allah melarang wanita melakukan seperti itu.

    Perkataan "menimbulkan keinginan orang yang ada penyakit dalam hatinya (menaruh tujuan buruk

    kepada kamu) " membawa makna keinginan mereka yang ingin melakukan perkara yang mungkar atau

    syahwat. "berkatalah dengan kata-kata yang baik (sesuai dan sopan) " bermakna bercakap dengan tidak

    melanggar syariah atau kejahatan. Wanti digalakkan apabila bercakap dengan mereka yang bukan

    mahram dengan keadaan yang seruis dan ucapan yang padat, tanpa meninggi suara, kerana mereka

  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    6/8

    diarahkan merendahkan suara mereka"

    Oleh Sheikh Kamin

    -------------

    Jadi, suara perempuan itu pada asalnya bukanlah auratm elainkan ia diluar batasan syara'. Demikian

    juga ketika berbual di dalam telefon. Di samping ianya perkara lagha dan membazir (jika borak2

    kosong). WA.

    wassalam

  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    7/8

    Assalamualaikum Ustazah,

    Saya ingin bertanya tentang hukum saya berkomunikasi dengan bukan mahram saya melalui internet samadachatting atau perbualan-perbualan melalui facebook, email dsb.Saya seorang wanita muslimah yang masih menuntut di IPT. Bentuk perbualan saya selalunya bukan perkara

    penting, cuma sembang-sembang, menyampuk-nyampuk maklumat yang ada dalam facebook mereka. Begitu juga

    kawan-kawan lelaki saya akan membalas perbualan tersebut. Begitulah hari demi hari kami saling berhubungan

    tanpa sekatan di alam cyber sedangkan di alam nyata kami menjaga batas-batas hubungan lelaki dan wanita bukan

    mahram ini.

    Harap ustazah dapat melayani pertanyaan saya ini. Terima kasih.Gadis Muslimah.

    Ust.Shahidah Sheikh AhmadTerima kasih atas pertanyaan itu.Gadis Muslimah dan semua wanita muslimah yang membaca soaljawab ini,Sebagaimana yang kita maklumi bahawa, komunikasi dengan tulisan melalui jaringan internet atau yang lebihdikenal dengan chatting baru muncul dan populer beberapa tahun terakhir. Yaitu, tepatnya setelah ditemui

    jaringan internet. Karena itu dalam kitab-kitab ulama terdahulu khususnya buku fiqh, istilah ini tidak akan ditemui.Namun asas bagi hukum chatting ini sebenarnya sudah dibahas oleh ulama, jauh sebelum jaringan internetditemukan.Chatting dengan lawan jenis yang bukan mahram sama halnya dengan berbicara melalui telepon, SMS, dan

    berkiriman surat. Semuanya ada persamaan. Yaitu sama-sama berbicara antara lawan jenis yang bukan mahram.Persamaan ini juga mengandung adanya persamaan hukum. Karena itu, ada dua perkara berkaitan yang perlukita bahas sebelum kita lebih jauh membicarakan hukum chatting itu sendiri.Pertama, adalah hukum bicara dengan lawan jenis yang bukan mahram.Kedua, adalah hukum khalwat.Berbicara antara laki-laki dan perempuan yang bukan mahram pada dasarnya tidak dilarang apabila pembicaraanitu memenuhi syarat-syarat yang sudah ditentukan oleh syara'. Seperti pembicaraan yang mengandung kebaikan,menjaga adab-adab kesopanan, tidak menyebabkan fitnah dan tidak khalwat. Begitu jika hal yang penting atauberhajat umpamanya hal jual beli, kebakaran, sakit dan seumpamanya maka tidaklah haram.Dalam sejarah kita lihat bahwa isteri-isteri Rasulullah berbicara dengan para sahabat, ketika menjawab pertanyaanyang mereka ajukan tentang hukum agama. Bahkan ada antara isteri Nabi SAW yang menjadi guru para sahabatselepas wafatnya baginda yaitu Saidatina Aisyah RA.Dalam hal ini, Allah SWT berfirman yang artinya:Karena itu janganlah kamu (isteri-isteri Rasul) tunduk (yakni melembutkan suara) dalam berbicara sehinggaorang yang dalam hatinya ada penyakit memiliki keinginan buruk. Tetapi ucapkanlah perkataan yang baik. (QS.al-Ahzab: 32)Imam Qurtubi menafsirkan kata Takhdhana (tunduk) dalam ayat di atas dengan arti lainul qaul(melembutkansuara) yang memberikan rasa ikatan dalam hati. Yaitu menarik hati orang yg mendengarnya atau membacanyaadalah dilarang dalam agama kita.Artinya pembicaraan yang dilarang adalah pembicaraan yang menyebabkan fitnah dengan melembutkan suara.Termasuk di sini adalah kata-kata yang diungkapkan dalam bentuk tulisan. Karena dengan tulisan seseorang jugabisa mengungkapkan kata-kata yang menyebabkan seseorang merasakan hubungan istimewa, kemudianmenimbulkan keinginan yang tidak baik.

  • 7/27/2019 Terapi Hati CINTA REMAJA.docx

    8/8

    Termasuk juga dalam melembutkan suara adalah kata-kata atau isyarat yang mengandung kebaikan, namun iaboleh menyebabkan fitnah. Yaitu dengan cara dan bentuk yang menyebabkan timbulnya perasaan khusus ataukeinginan yang tidak baik pada diri lawan bicara yang bukan mahram. Baik dengan suara ataupun melalui tulisan.Jika ada unsur-unsur demikian ia adalah dilarang meskipun pembicara itu mempunyai niat yang baik atau niatnyabiasa-biasa saja.

    Adapun khalwat, hukumnya dilarang dalam agama Islam. Sebagaimana dalam sabda Rasulullah SAW yang artinya:"Janganlah ada di antara kalian yang berkhalwat dengan seorang wanita kecuali dengan mahramnya." (HR.

    Bukhari dan Muslim)Khalwat adalah perbuatan menyepi yang dilakukan oleh laki-laki dengan perempuan yang bukan mahram dan tidakdiketahui oleh orang lain. Perbuatan ini dilarang karena ia dapat menyebabkan atau memberikan peluang kepadapelakunya untuk terjatuh dalam perbuatan yang dilarang.Kerana ada sabda Nabi SAW bermaksud:Tiadalah seorang lelaki dan perempuan itu jika mereka berdua-duaan melainkan syaitanlah yg ketiganya(HadisSahih)Khalwat bukan saja dengan duduk berduaan. Tetapi berbual-bual melalui telepon di luar keperluan syar'i juga dikira berkhalwat. Karena mereka sepi dari kehadiran orang lain, meskipun fisikal mereka tidak berada dalam satutempat. Namun melalui telepon mereka lebih bebas membicarakan apa saja selama berjam-jam tanpa merasadikawal oleh sesiapa.Dan haram juga ialah perkara-perkara syahwat yang membangkitkan hawa nafsu contohnya yang berlaku pada

    kebanyakkan muda mudi atau remaja-remaja sekarang dimana sms atau email atau Facebook atau Friendster atauseumpamanya menjadi alat untuk memadu kasih yang memuaskan nafsu diantara pasangan dan masing2melunaskan keinginan dan keseronokkan semata2. Membincangkan perkara2 lucah lebih2 lagi hukumnya adalahharam.

    Kesimpulan:Hukum chatting sama dengan menelepon sebagai mana yang sudah kita terangkan di atas. Artinya chatting di luarkeperluan yang syar'i termasuk khalwah. Begitu juga dengan sms. Walaupun dengan niat berdakwah. Karenaberdakwah kepada jenis lawan bukanlah suruhan agama kerana Allah telah menetapkan untuk berdakwah kepadalelaki adalah lelaki juga, begitu juga sebaliknya.Namun bila ada tuntutan syar'i yang darurat, maka itu diperbolehkan sesuai keperluan. Tentunya dengan syarat-syarat yang sudah kita jelaskan di atas. Di sinilah menuntut kejujuran kita kepada Allah dalam mengukursejauhmana urusan kita itu satu keperluan atau mengikut nafsu semata-mata. Dan kejujuran itu pula bergantungsejauhmana iman kita kepada Allah. Jika muraqabatillah kita kuat (yakni merasa diri sentiasa dalam pandanganAllah), maka itu yang akan menjadi pengawal kita. Jika tidak maka kita akan hanyut bersama orang-orang yangterpedaya dengan teknologi moden ini. Nauzubillah.Agak menyedihkan dengan keadaan bahawa dalam suasana nyata seseorang itu amat menjaga batas pergaulandengan lelaki bukan mahram, namun di alam cyber bebas berbual mesra tanpa batasan syara. Saya percayaramai remaja muslim yang terjebak ke dalam situasi yang syubhah ini.Internet sangat baik untuk kita, di mana ia memudahkan banyak urusan kita tapi jika kita menyalahgunakannyaakan membawa akibat buruk kepada akhlak dan masyarakat kita.Semoga jawapan ini dapat memandu para muslim dan muslimah remaja atau dewasa dalam melayari kehidupanyang penuh ujian keimanan ini.Alangkah bahagianya jika para remaja muslim dan muslimah yang terdiri dari para intelek hari ini berpegang teguhkepada tali agama yaitu taat kepada perintah dan larangan Allah dalam setiap urusan hidupnya. Semoga denganitu Allah akan menurunkan rahmahNya kepada kita semua.Dan semoga Allah menjauhkan kita dari segala fitnah dunia yang sangat manis pada pandangan mata. Demikian yang dapat saya sampaikan. Semoga mendapat manfaat.

    Wallahu a'lam.