teori plat tektonik dan perebakan dasar laut

Upload: nurul-afiqah

Post on 08-Jul-2015

223 views

Category:

Documents


2 download

TRANSCRIPT

Teori plat tektonik : - pertembungan plat - pencapaian plat Lapisan kerak bumi boleh dibahagikan kepada kepingan-kepingan yang dikenali sebagai plat Teori plat tektonik membahagikan benua keada plat-plat yang besar dan dan yang kecil Plat boleh dipecahkan kepada dua bahagian iaitu plat benua dan plat lautan. Plat benua: plat yang membawa benua Plat lautan: plat yang membawa lautan Plat-plat tektonik sentiasa mengalami pergerakan akibat adanya arus perolakan magma yang panas di lapisan astenosfera yang terletak di atas mantel bumi

Arus perolakan dalam magma mempunyai daya yang kuat untuk mengerakkan plat-plat yang terapung-apung di atas lautan magma itu. Terdapat 18 plat tektonik di seluruh dunia yang sentiasa bergerak beberapa sentimeter setahun Kadar dan arah pergerakan antara plat-plat tersebut berbeza-beza antara satu sama lain. Terdapat tiga jenis pergerakan plat : - Pergerakan pencapahan (berjauhan) - Pertembungan - Pergerakan lateral (perselisihan) di sepanjang sempadan plat. Pergerakan berlaku pada kedalaman 150km dari permukaan bumi Zon astenosfera terdiri daripada batuan yang bersifat separa cair dan likat serta bersuhu yang sangat tinggi

Arus perolakan yang panas wujud akibat perbezaan suhu antara bahagian atas dengan bahagian bawah mantel Arus-arus perolakan ini mempunyai tenaga yang kuat sehingga boleh menggerakkan plat-plat tektonik di atasnya untuk bertembung , mencapah atau berselisih antara satu sama lain Pertembungan plat terjadi apabila dua sempadan plat bertembung antara satu sama lain Pertembungan antara plat-plat ini boleh berlaku antara : - plat benua dengan plat benua -plat lautan dengan plat lautan - plat benua dengan plat lautan Apabila dua plat lautan bertembung antara satu sama lain maka plat yang tumpat akan terjunam atau terbenam ke bawah

Apabila dua plat benua bertembung maka pinggir keduadua plat itu akan dimampatkan dan terlipat. Proses lipatan ini berlaku kerana adanya kuasa tolakan dari kedua-dua arah plat yang bertembung. Pergerakan pencapahan akan menyebabkan plat-plat akan terpisah dan bergerak menjauhi antara satu sama lain. Pencapahan menghasilkan tegangan yang kuat pada lapisan kerak bumi dan kesannya kawasan sempadan pencapahan akan merekah Akibatnya akan wujud fenomena gempa bumi, letusan gunung berapi, gelinciran (sesaran) dan perlipatan lapisan kerak bumi Garisan sempadan dimana berlakunya perselisihan dinamakan sebagai sempadan neutral iaitu sempadan plat-plat yang tidak bertembung atau bergerak menjauhi antara satu sama lain tetapi sekadar berselisih dan bergeseran sahaja